Sunday, February 28, 2010

Coaching and Mentoring

Pengenalan
  • Proses yang membolehkan seseorang individu atau kumpulan untuk mencapai potensi yang sepenuhnya.
  • Kedua-duanya berkongsi banyak persamaan yang menjadikan ia boleh diterima untuk dijadikan garis panduan kepada perkara biasa yang dilakukan oleh coaches and mentors samaada secara formal iaitu berbayar (professional) atau tidak formal iaitu tidak berbayar (philanthropic).
  • Tinjauan terhadap keperluan, motivasi, keinginan, kemahiran dan proses untuk membantu seseorang individu untuk berubah secara berterusan dapat dilakukan dengan mudah.
  • Teknik menyoal digunakan untuk memudahkan pelatih melihat sendiri proses bagi mengenalpasti jalan penyelesaian dan tindakan daripada mengambil pendekatan secara arahan sepenuhnya.
  • Beri sokongan kepada pelatih dalam merangka matlamat sebenar dan cara menilai keberkesanan ke arah mencapai matlamat tersebut.
  • Perhati, dengar dan berikan soalan kepada pelatih bagi memahami situasi pelatih.
  • Penggunaan alat dan teknik yang kreatif meliputi latihan satu kepada satu (one-to-one training) , pemudahcaraan, kaunseling dan rangkaian hubungan.
  • Komitmen untuk bertindak dan membangunkan perkembangan kendiri dan perubahan perlukan galakan.
  • Coach sepanjang masa memberikan sokongan berdasarkan pandangan, cara hidup dan harapan tetapi tidak menilai berdasarkan persepsi yang negatif.
  • Memastikan pelatih membangunkan kompetensi kendiri dan bukannya penggantungan yang tidak sihat (Coaching and mentoring)
  • Menilai hasil proses menggunakan alat pengukuran yang sesuai bagi memastikan pelatih mendapat matlamat kendiri.
  • Menggalakkan pelatih untuk terus meningkatkan keupayaan kendiri dan membina kesepakatan di mana perlu supaya matlamat tercapai.
  • Berkerja dalam lingkungan keupayaan kendiri.
  • Memiliki kelayakan pengalaman di dalam bidang yang diperlukan oleh pelatih.
  • Bina hubungan baik untuk memastilan pelatih mendapat perkhidmatan dan program yang sepatutnya.
Perbezaan antara coaching dan mentoring

Kita boleh melihat perbezaannya melalui pengertian, di mana mentoring adalah satu bentuk pertolongan/bantuan secara formal (kelas) atau tidak formal (role model) oleh seorang individu atau individu lain. Pertolongan yang dimaksudkan ialah dalam menghasilkan pemindahan maklumat , pengetahuan, kerja dan cara kerja yang bermakna apabila perubahan sikap atau tingkahlaku. Pendekatan kurang formal berbanding coaching. Fokusnya lebih kepada memberi bantuan di dalam memperkembangkan kerjaya, diri serta kematangan dalam membuat sebarang keputusan

Coaching dalam erti kata lain merupakan satu proses yang membolehkan pembelajaran dan perkembangan berlaku dan akhirnya peranan dipertingkatkan. Ianya memerlukan pengetahuan dan kesefahaman terhadap proses yang seiring dengan pelbagai kemahiran dan teknik yang bersesuaian. Coaching lebih kepada kerja berfokus dan penghasilan mutu kerja yang tinggi.

Coach yang baik akan mendorong individu yang dilatihnya untuk berfikir tentang mencari pendekatan sesuai terhadap program atau tanggungjawab, apa yang dipelajari atau akan dipelajari dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dengan peranan dalam profesion tertentu.

Business coaching and mentoring

Coaching dan mentoring boleh memperkenalkan teknologi, peralatan, produk serta perkhidmatan baru. Ianya dapat mempermudahkan perubahan yang ingin dilaksanakan dalam halatuju organisasi dan melatih staf dengan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jawatan atau peranan baru.

Program coaching dan mentoring akan meningkatkan individu atau kumpulan mencapai tahap kompeten yang optimum. Keupayaan / potensi kerja seseorang lebih terserlah dan dapat diaplikasikan dalam apa jua keadaan. Coaching dan mentoring biasanya akan dilakukan secara profesional atau tidak profesional dan secara formal atau tidak formal.

Ianya juga akan menambahkan kecenderungan seseorang individu mengenalpasti masalah atau kekangan yang wujud di tempat kerja sekaligus akan menghasilkan quality improvement secara berterusan. Coaching dan mentoring dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari serta merta dalam situasi sebenar dengan menghubungkait secara terus tugasan yang diberi dalam pembelajaran dengan aktiviti sebenar. Individu juga berpeluang menggunakan masa dan sumber yang diperuntukkan dengan lebih efisyen.

EXECUTIVE COACHING & MENTORING (COACHING DAN MENTORING EKSEKUTIF)

Executive coaching lebih menumpukan kepada sikap perlakuan, pengurusan individu, strategi, kehendak nilai-nilai organisasi, tugasan dan matlamat utama. Proses ini boleh berubah mengikut keadaan semasa, juga mengikut individu. Executive coaching hendaklah dilaksanakan menggunakan had masa yang ditentukan (time frame) secara kumpulan atau individu.

Executive coaching yang dijalankan secara kumpulan dapat menghindarkan konflik dan dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dan seterusnya dapat melahirkan team building.


 Kunci utama executive coaching adalah :
  • mempunyai jejak rekod (track record) secara professional dan peranan secara eksekutif.
  • bekerja secara eksklusif dengan high flyers atau dengan mereka yang mempunyai keupayaan high-flyer.
  • bekerja mengikut struktur organisasi dan tanpa mengira kedudukan dan pangkat.
  • memberikan / menawarkan perkhidmatan dengan penuh kerahsiaan.
  • bekerja secara ‘kapten sebuah industri’ dan sebagai ketua yang bertanggungjawab.  
PERFORMANCE COACHING & MENTORING (PENCAPAIAN COACHING & MENTORING)

Performance coaching sebenarnya merupakan satu perkhidmatan yang menghairahkan dan inovatif. Ia dapat menjiwai kesan secara fizikal dan mental. Ia juga boleh dilaksanakan secara setting, keinginan tahu, reputasi mental, penglihatan, ketegasan kreativiti, penumpuan, dan keyakinan diri. Performance coaching boleh meningkatkan kesedaran diri dan pengetahuan.

Sebagai penjawat awam, seseorang sama ada golongan eksekutif atau pengurus seharusnya dapat mengimbangkan cara kehidupan diri dengan tidak mencampuradukkan masalah di rumah dengan masalah di tempat kerja. Cara ini pasti dapat menghasilkan keberkesanan dan produktiviti yang tinggi dalam melaksanakan tugas.

Performance coaching pasti dapat ditingkatkan melalui teori underpinning dan juga pendekatan kaedah pengurusan yang cekap.

SKILLS AUDITS

Satu kaedah bagaimana kita hendak mengetahui kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada pada diri sesaorang dengan memasukan pengetahuan dan kemahiran itu ke dalam kategori tertentu dengan tepat bagi memudahkan kita membuat perancangan tentang bentuk latihan yang diperlukan.

Skill Audits dapat menentukan keberkesanan latihan sebelumnya,bagaimana dan di mana latihan ini dapat diadakan di masa hadapan dan aras kemahiran dan pengetahuan individu,kumpulan atau organisasi.

Beberapa kaedah yang dicadangkan untuk menentukan Skill Audits:

1. Pemantauan (Observasion)
2. Soal Jawab.(Questionaire)
3. Latihan Reflektif
4. Temuduga (Interview)
5. Penilaian menerusi bentuk penulisan dan amali.
6. Performance dan performance reviews.

PERSONAL COACHING & MENTORING
  • Berlaku samada secara bersemuka ataupun secara komunikasi elektronik, cth : e mail,dll
  • Coaching dan mentoring memainkan peranan amat penting dalam membantu perubahan secara signifikan terhadap kehidupan seseorang.
  • Coaching menawarkan bantuan dan motivasi persekitaran kepada pelangan untuk menerokai apa yang dikehendaki dalam kehidupan, di samping mencapai aspirasi bagi memenuhi keperluannya.
  • Teknik mendengar pelbagai masalah, berkongsi pengalaman lepas dan kesungguhan untuk mencari jalan penyelesaian akan dapat membantu perkembangan dan pembangunan individu klien semasa sessi coaching
  • Coach berperanan dalam membantu mengekalkan motivasi dan komitmen bagi mencapai sesuatu matlamat yang klien harapkan
  • Personal Coaching lebih menekankan kepada perspektif individu berbanding Business Coaching yang dijalankan di peringkat organisasi secara berkumpulan.
Perbandingan melaksanakan ‘coaching and mentoring dengan kaaedah lain?

Coaching and Mentoring
  1. Memanafaat potensi secara aktif
  2. Mengenal pasti dan membina kemahiran.
  3. Membina aktiviti berdasarkan rekabentuk yang memenuhi keperluan dan gaya pembelajaran klien.
  4. Menghapuskan masalah prestasi yang spesifik.
  5. Dapat memfokus kepada kemahiran diri, sama ada yang tidak dapat ditonjolkan atau kesan daripada latihan berasaskan tradisional.
  6. Menyediakan hubungan dan jaringan bantuan dengan kerjaya atau cita-cita kehidupan masa depan klien.
  7. Dilaksanakan dalam kehidupan sebenar.
  8. Amat berkesan apabila digunakan sebagai alat untuk menyokong latihan inisiatif untuk memastikan kunci kemahiran dapat dipindahkan dalam kehidupan sebenar.
  9. Coaches dan mentor memindahkan kemahiran tinggi kepada klien.
Latihan berbentuk tradisional
  1. Memindahkan keseluruhan kemahiran baru (menukarkan prosedur, sistem baru.
  2. Kebanyakkan program adalah umum dan tidak sesuai dengan keperluan individu.
  3. Secara umumnya penyampaian perlu melengkapkan tahap setiap modul, maka ruang (masa dan tempat) adalah terlalu kecil untuk melaksanakan program (pengetahuan, kemahiran atau kedua-duanya).
  4. Tidak pernah memenuhi keperluan dalam suasana pekerjaan sebenar bagi memastikan perpindahan kemahiran lebih berkesan.5. Lebih sesuai untuk memindahkan pengetahuan dan sebahagian khusus kemahiran berbanding dari membina kualiti peribadi atau kompetensi.
Kaunseling
  1. Membongkar isu dan masalah peribadi melalui perbincangan dalam urutan untuk mengurangkan salah faham atau membina kesedaran diri dengan lebih baik.
  2. Tujuan kaunseling adalah mengetuai terhadap aksi diri klien untuk mencapai objektif mereka.
*Nota: Kebanyakan coaching berhubungkait dengan elemen kaunseling tetapi sesi kaunseling dijalankan oleh pakar kaunseling. Pakar Kaunseling membuat perjanjian dengan dalam isu lebih peribadi daripada keseluruhan dalam konteks coaching.

Konsultan (Rundingan)
  1. Fokus kepada membina latihan, proses dan struktur organisasi.
  2. Peranan umum lebih strategik dan kerapkali digunakan untuk diplomasi dan rekabentuk kasar/luas yang berkisar pertukaran program.
  3. Kekerapan rundingan bergantung kepada nasihat pakar tentang isu khusus dan proses organisasi.
  4. Consultancy kerapkali dibina dalam menyediakan penyelesaian khusus pemasalahan dan keperluan urusan kerja.
  5. Consultancy diperlukan untuk organisasi, berbanding pekerja/klien untuk meningkatkan kemahiran dalam pekerjaan mereka.
Adakah coaching mempunyai maksud yang sama dengan terapi ?
  • Coaching tidak mempunyai maksud yang sama dengan terapi walaupun secara teorinya dari segi pengetahuan sedia ada, model dan tekniknya ada di dalam bidang psikologi dan lain-lain terapi, seperti gestalt dan perlakuan terapi kognitif, yang mempunyai kepenggunaan yang luas dalam kontek organisasi dan peribadi.
  • Perkara penting antara coaching dan terapi ialah coaching tidak memerlukan penyelesaian. Perlu untuk menyelesaikan masalah serius seperti motivasi yang rendah, rasa rendah harga diri ataupun prestasi kerja yang buruk. Coaching dan mentoring adalah lebih menjurus kepada kaedah praktikal untuk merancang dan meletak matlamat dalam waktu yang ditentukan.
  • Coaching dan mentoring biasanya dijalankan di premis yang disediakan dan pelanggan juga sedar dan tahu mereka tak perlu rawatan penyembuhan. Biasanya seseorang yang menjalani coaching dan mentoring akan mencapai matlamatnya walaupun keseluruhan masalah yang ada belum selesai. Jikalau kaedah coaching dan mentoring tidak menyelesaikan masalah yang ada, mungkin rawatan terapiutik boleh digunakan.
  • Coaching dan mentoring adalah latihan jangka pendek yang bukan bertujuan untuk menilai individu yang memerlukan rawatan teraputik. Walaupun begitu, coaching dan mentoring mempunyai had dan batasan dalam membantu pelanggan yang merasakan program coaching dan mentoring tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Jurulatih dan mentor selalu memantau kemajuan pelatih dan memerhati sebarang tanda-tanda kegagalan program coaching dan mentoring supaya dapat merujuk pelanggan tadi kepada pakar terapi. Ada juga jurulatih yang menjalankan program coaching dan mentoring mirip kepada perantaraan terapiutik.
  • Kebanyakan jurulatih coach dan mentoring tidak mencampuradukan program coach dan mentoring dengan terapi asli. Mereka akan menunjukkan pelanggan kepada pakar terapi apbila diperlukan.

Hubungkait antara coaching, terapi psikologi dan kaunseling


Berlawanan dengan amalan biasa terapi, ianya tidak memerlukan masa perjumpaan yang panjang hanya untuk membincangkan pengalaman di zaman kanak-kanak untuk mengesan punca-punca masalah yang dihadapi klien. Rujuk: ”A Guide To Clincal Psychology And Its Practise” untuk mendapat maklumat terperinci dan pandangan moden serta apa yang dapat ditawarkan oleh terapi klinikal dan psikologi ke atas klien yang memerlukan.

Terapi adalah merangkumi semua aspek pemulihan yang secara tidak langsung adalah kesinambungan kesan coaching. Fokus utamanya adalah untuk meningkatkan dan menambah baik mutu kehidupan. Ianya untuk membebaskan diri dari kekangan masalah dan isu yang menghalang individu untuk lebih berdaya saing.Terdapat juga pemahaman salah yang mengatakan mereka yang memerlukan terapi dikategori sebagai sakit jiwa atau mental.

Oleh kerana coaching mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan terapi psikologi, ada setengah pakar psikologi juga menawarkan perkhidmatan coaching kepada klien mengikut keperluan dan kecenderungan.Ianya juga secara tidak langsung dapat menyangkal tanggapan yang salah atas konsep terapi.

Individu yang ingin meningkatkan mutu kehidupan boleh memikirkan untuk merujuk kepada coach atau mentor yang mempunyai kepakaran dalam kaedah perawatan teraputik yang diiktiraf.

Sebab untuk merujuk kepada pakar psikologi klinikal.

Apabila memilih pakar teraputik atau kaunsel, ianya adalah amat penting bagi kita memilih atau merujuk kepada badan yang mengiktiraf pelantikan pakar-pakar itu. Contoh: British Psychological Society, British Conferderation Of Pyshoterapiest or British Association Of Counselling. Kegagalan itu boleh menyebabkan kerosakan yang besar kepada individu.

UK tidak menekankan perundangan yang mewajibkan seseorang mempunyai kepakaran untuk memberi perkhidmatan kaunselor atau terapi.

Australia mewajibkan dan ada akta penggunaan nama pakar psikologi, psikologi pekerjaan mestilah yang bertauliah dan diiktiraf oleh badan profesional.

Thursday, February 25, 2010

Adakah anak-anak anda kerap bermusuhan

Permusuhan (sibling rivalry) bermula dengan perasaan cemburu dan boleh berlarutan menjadi pertengkaran hingga menyebabkan permusuhan antara adik beradik. Jika ia dibiarkan dan tidak diberi perhatian oleh ibubapa, sikap ini akan terbawa-bawa oleh anak-anak tersebut bila sudah dewasa kelak dan boleh menjadi lebih serius. Permusuhan berlaku apabila kedua-dua anak anda sering menimbulkan perbalahan dan menegakan kebenaran masing-masing.

Antara punca tercetusnya pertengkaran adalah seperti berikut;
  1. Kesemua anak mengharapkan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa. Sekiranya mereka merasakan ibubapa telah melakukan perbezaan kasih sayang, ini akan menimbulkan perasaan cemburu dikalangan mereka.
  2. Kecenderungan ibubapa memberi perhatian dan memuji seorang anak berbanding adik-beradik yang lain, contohnya anak yang bijak, baik, bongsu atau sebagainya.
  3. Apabila salah seorang anak merasa diri kekurangan berbanding dengan adik-beradik lain.
Cara mengelak permusuhan dikalangan anak-anak anda.
  1. Sentiasa menunjukkan anda sangat sayang ke semua anda dan elakkan salah seorang anda merasakan tidak mendapat kasih sayang daripada anda.
  2. Jangan lupa setiap tarikh lahir setiap anak anda dan pastikan anakpnak anda yang lain terlibat dalam persiapkan menyambut hari kelahiran salah seorang adik-beradik mereka.
  3. Yang paling penting jangan membanding-banding anak-anak anda. Ini adalah kerana anak anda mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Semaikanlah semangat saling membantu di kalangan mereka.
  4. Luangkan masa anda bersama-sama kesemua anda. Contohnya berkelah, makan malam diluar atau melawat sanak saudara di kampung.
  5. Buatkan agihan tugas kepada anak-anak anda untuk berkerjasama membersihkan di dalam rumah dan diluar rumah.
  6. Tanamkan sifat saling mengambil berat antara satu sama lain dan elakkan persaingan yang tidak sihat antara anak-anak anda.
  7. Yang paling baik sekali selalulah bersembhyang jemaah kesemua ahli keluarga anda, dan galakkan mereka membaca al-Quran bersama-sama.
Persaingan dikalangan anak-anak memang sukar dielakkan, namum begitu sebagai ibubapa adalah tanggungjawab kita untuk lebih peka dengan sentiasa memastikan persaingan tersebut tidak berlarutan hingga menimbul perasan cemburu dan permusuhan diantara mereka.

Adakah Keguruan Suatu Profesion?

Ada pendapat mengatakan guru sebagai seorang artis, yang membawa maksud bahawa pengajaran adalah seni (art) dan bukannya sains (science). Jika ini benar, guru dilahirkan (born) sebagai guru (guru tidak perlu dilatih), dan sehubungan itu pembangunan profesionalisme guru mungkin tidak diperlukan kerana pembangunan seorang artis adalah semulajadi (natural)

Adakah keguruan (teaching) boleh dianggap sebagai profesion (profession) atau pekerjaan (occupation)? Di Jepun, Japanese Teachers Union mendeffinisikan guru sebagai pekerja (workers), dan sepertimana lain-lain kesatuan guru hanya memberi fokus kepada peningkatan gaji guru dan lain-lain kebajikan sahaja. Tidak terdapat usaha dari kesatuan untuk membantu guru meningkatkan status guru sebagai profesional dan mempromosikan pembangunan profesionalisme guru.

Hoyle (1995) menggariskan lima kriteria untuk mendefinisikan sesuatu bidang pekerjaan sebagai profesion; fungsi sosial, pengetahuan, autonomi pengamal, autonomi kolektif dan nilai profesional. Menurut Hoyle, keguruan tidak memenuhi semua kriteria untuk diiktiraf sebagai profesion.

Keguruan dari sudut fungsi sosial (social function) dianggap sebagai kerana mempunyai kepentingan yang jelas dalam membangunkan masyarakat dan melahirkan modal insan yang diperlukan Negara seperti profesion lain.

Pengetahuan (knowledge) merupakan ciri penting sesuatu profesion. Dari sudut ini, keguruan boleh dianggap profesion kerana guru menerima latihan yang formal dalam bentuk latihan pra-perkhidmatan (pre-service) yang terancang sebelum dilantik sebagai guru. Pembangunan profesionalisme guru untuk meningkatkan lagi keguruan sebagai satu profesion. Guru perlu membuktikan kepada masyarakat bahawa guru sentiasa membangunkan profesionalisme secara berterusan.

Guru tidak mempunyai autinomi (pracititioner autinomy) kecuali di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Peranan guru di banyak negara ditentukan oleh pentadbir, naziran dan sebagainya. Guru hanya melaksanakan kurikulum yang telah ditentukan oleh mereka yang dianggap pakar dan tidak mempunyai ruang untuk merekabentuk kurikulum sendiri. Dalam aspek ini keguruan buka suatu profesion.

Secara kolektif juga guru adalah kakitangan kerajaan negeri atau kerajaan pusat yang berperanan hanya untuk melaksanakan polisi kerajaan. Guru tidak mempunyai kebebasan atau autonomi kolektif (collective autonomy) dari kerajaan untuk pentadbiran kendiri (self-goverment). Guru diorganisasikan dalam bentuk kesatuan (union) bukannya badan profesional (professional organization), yang dengan itu memberi kesan negatif untuk menjadikan keguruan sebagai profesion.

Profession lain seperti perubatan atau perundangan mempunyai nilai profesional (profesional value) kerana mereka mempunyai akauntabiliti terhadap pelanggan. Ini sukar berlaku berlaku kepada guru kerana guru mempunyai pelanggan yang terlalu ramai untuk dipertanggungjawabkan. Seperkara lagi guru tidak ada kod etika yang khusus untuk menentukan tatakelakuan seperti profesion lain.

Walaupun terdapat perdebatgan samada keguruan dianggap sebagai profesion atau tidak, perkara yang lebih penting ialah guru perlu membina profesionalime yang tersendiri untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Guru perlu membangunkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang membolehkan guru mempunyai kompetensi untuk menjadi guru yang berkesan.

Sumber: BPTV, KPM 2008.

Tuesday, February 23, 2010

Asrul yang kebal.

Asrul merupakan salah seorang penjaga gol bagi pasukan The Dragon yang sangat kebal. Bukan calang-calang penyerang yang mampu menembusi pertahanannya. Dengan semangat juang yang tinggi Asrul berjaya membantu pasukannya menjuarai Liga Super Futsal 2009. Dalam kejugaan Liga Super terbut, ia hanya melepaskan 5 gol sahaja. Gol tersebut dinamakan own gol (gol sendiri). Sebenarnya Asrul sendiri yang menjaring gol tersebut, sempena nama manjanya di kalangan teman-teman seperjuangan. Asrul sangat serius di gelanggang, ini adalah kerana hendak menakutkan pihak lawan, sehingga mampu melunturkan semangat juang mereka. Antara kelebihan Asrul selain berlakun serius di gelanggang, ia juga boleh membuat aksi menggiurkan, dengan melentikan badan seperti penyanyi Ziana Zain. Dengan cara ini penyerang pihak lawan tidak mampu menjaringkan gol, kerana, penyerang tersebut tidak sanggup melihat aksi tersebut. Yuran rekod perpindahan Azrul ialah 50 juta dirham, rekod ini amat mengejutkan. Bagaimana pengurus pasukan Azrul terdahulu boleh menggunakan mata wang Arab, hakikat sebenarnya masa itu Azrul sedang mewakili pasukan Real Madrid. Apapun biarlah kisah perpindahan Azrul dijadikan sebagai rahsia, seperti kata Dato Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia". Rahsia apa kejadah aku pun tak mau tau (maaf penulis emosional sikit). Akhir sekali diharapkan Asrul tidak menghampakan peminatnya di pasukan The Dragon, kerana mereka berharap Asrul dapat membantu pasukan kesayangan mereka sekali lagi untuk kejuaraan Liga Super Futsal tahun ini.

Kurikulum Vokasional dan Teknikal

Pembangunan kurikulum teknikal dan vokasional tidak seharusnya tertumpu kepada isi kandungan yang hendak disampaikan semata-mata, kerana usaha sedemikian akan menyebabkan kurikulum vokasional dan teknikal menjadi terlalu padat dengan isi kandungan. Sesi pengajaran akan memfokuskan kepada memenuhi kehendak silibus, dan mengabaikan usaha menolong pelajar mempelajari isi kandungannya melalui kemahiran berfikir.

Sebagai guru, terdapat beberapa isu yang mungkin anda boleh pertimbangkan yang ada hubungkait dengan kurikulum vokasional dan teknikal;

Apakah pandangan anda sendiri secara peribadi mengenai kurikulum vokasional dan teknikal?
Adakah kurikulum vokasional dan teknikal sedia ada menyatakan apa yang hendak diajar, bagaimana hendak diajar, bila hendak diajar, bagaimana hendak ditaksir? Adakah persoalan ini boleh terjawab dalam kurikulum anda? Sejauh mana pelaksanaan kurikulum vokasional dan teknikal menerapkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

Adalah diharapkan selepas ini kita menjadi lebih peka terhadap pengertian kurikum dan bagaimana seharusnya kurikulum vokasional dan teknikal digubal dan di dilaksanakan.

Stenhouse (1975) memberi satu dimensi lain iaitu kurikulum sebagai satu proses. Kurikulum tidak dilihat dalam bentuk fizikal, tetapi sebagai proses interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu. Dalam konteks ini, kurikulum ialah satu proses membuat persediaan oleh guru sebelum masuk ke kelas, apa yang berlaku di dalam kelas, apa yang berlaku selepasnya, apa yang perlu dinilai, dan bagaimana dinilai. Proses ialah sesuatu yang dinamik, bertambah baik dengan pengalaman dan kebijaksanaan guru.

Mengikut Stenhouse (1975), paling minima, kurikulum seharusnya menyediakan asas untuk merancang sesuatu kursus, mengkaji secara imprikal dan boleh memberi justifikasi. Berikut ialah huraiannya;

A. Mearancang.
  • Prinsip untuk memilih isi kandungan (apa yang perlu dipelajari dan diajar).
  • Prinsip untuk membina strategi pengajaran (bagaimana ianya diajar)
  • Prinsip untuk membuat keputusan mengenai urutan.
  • Prinsip untuk menganalisa kekuatan dan kelemahan pelajar.

B. Kajian Emperikal.
  • Prinsip untuk mengkaji dan menilai pencapaian pelajar.
  • Prinsip untuk mengkaji dan menilai pencapaian guru.
  • Memberi panduan dan ruang untuk melaksanakan kurikulum dan konteks yang berbagai (sekolah, pelajar, persekitaran).
C. Justifikasi
  •  Mampu memberikan justifikasi apabila kurikulum dipersoalkan.

Sumber: BKTV, 2005.

Monday, February 22, 2010

Membina kreativiti anak anda melalui pemainan

Apabila anak anda mencapai tahap untuk mula berdikari dan mengawal bahasa pertuturan, maka dia sudah bersedia untuk membina kemahiran baru. Kita sebagai ibubapa seharus peka dengan perkembangan ini dan pandai memilih permainan yang sesuai, bukan sahaja selamat tetapi membantu perkembangan minda serta kreativiti anak anda. Selari dengan usianya, anak anda lebih gemar menggunakan daya kreativiti hingga boleh mencabar mindanya. Pun begitu kita sebagai ibubapa mereka, kita perlu membuat pengawasan, kerana mereka (anak anda) masih belum dapat membeza barangan yang bahaya atau tidak. Antara permainan yang sesuai ialah seperti berikut.

Permainan Blok. Permainan ini amat popular dah mudah dididapati di kedai-kedai atau pasaraya. Dengan pelbagai warna yang ceria dan terang pada blok tersebut dapat menarik minat anak anda terhadap pemainan blok tersebut. Dengan bermain blok, anak anda akan membina beberapa objek yang terlintas dalam fikiran mereka, contohnya rumah, kereta, lori, dan bermacam bentuk yang pernah mereka lihat. Permainan blok ini bukan sahaja memberi hiburan kepada mereka (anak anda), tetapi ia membantu anda berfikir dan mengembang kreativiti minda mereka.

Mewarna dan Menggunting. Mewarna dan menggunting adalah benda yang sememang tidak beberapa digemari ibubapa, alat tersebut bukan sahaja menyebab kekotoran tetapi mampu mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Namun begitu pemainan ini sebenar membantu perkembangan otak sebelah kanan anak anda. Menurut pendapat pakar, untuk melahirkan anak genius perkembangan otak kiri dan kanan haruslah selari. Walau bagaimanapun anda seharus pandai memilih alat permainan yang sesuai dan tidak berbahaya kepada anak anda.

Kerja Olok-olok. Ada banyak kerjaya yang cuba ditiru oleh anak anda contohnya guru, polis, jururawat, doktor dan sebagainya. Sekiranya anak anda minat memasak belilah permainan perlatan memasak, dengan ini timbulah daya imaginasi dalam fikiran mereka untuk meniru cara ibu mereka memasak di dapur.

Kreativiti kanak-kanak seharus dipupuk oleh ibubapa, jangan biar mereka membina kebolehan dan kemahiran bersendirian. Kanak-kanak biasanya mengalami perkembangan pantas sehingga kita kadang-kadang kita tidak sedar dengan situasi tersebut. Sekarang anda melaku beberapa aktiviti dan pemaina yang lebih kreatif dan menghiburkan, sesuai dengan perkembangan anak anda. Manafaatlah kebolehan mereka (anak anda) dengan menyeluruh, agar mereka mampu mengukuhkan keupayaan fizikal dan mental, untuk menghadapi cabaran-cabaran dan pengalaman yang baru. Ada pendapat beberapa pakar perkembangan kanak-kanak, usia yang paling sesuai untuk membina daya kreativiti anak anda ialah ketika usia mereka bermula 3 tahun. Namun begitu masih belum terlambat bagi ibubapa yang mempunyai anak yang melebihi dari tiga tahun. Apa yang penting kita haruslah sentiasa memerhatikan setiap perkembangan anak kita. Akhir sekali luangkanlah lebih banyak masa untuk berbual-bula dengan anak anda, tumpukanlah setiap perkataan andak anda. Galakkan dia bercerita setiap aktiviti harian mereka, kerana ini akan meningkatkan keupayaan minda mereka.


Thursday, February 11, 2010

Trend kemasukan murid ke sekolah rendah di kalangan ibu bapa Melayu kini mula berubah ke SRJK(C)

Sekolah Jenis Penghantar Bahasa Cina ditubuhkan sebelum peperangan Dunia ke II, kesemua sekolah Cina adalah sekolah persendirian. Guru-guru adalah lulusan sekurang-kurangnya tingkatan III. Ramai di antara guru-guru telah dibawa masuk daripada negara China. Kemudiannya, guru-guru tersebut menjalani latihan perguruan dan kursus intensif secara berperingkat-peringkat.

Menurut Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (2001), trend kemasukan murid ke sekolah rendah menunjukkan ibu bapa murid Melayu dan bukan Melayu mula memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C)) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK (C) bagi anak-anak mereka. Perkara ini berlaku dipercayai berpunca daripada keyakinan ibu bapa terhadap keberkesanan SRJK (C) dan SMJK (C).

Sebagai penyelidik kita tertanya-tanya apakah ciri-ciri serta proses dalaman sesebuah sekolah yang dianggap berkesan dan strategik oleh ibu bapa dan masyarakat. Dalam konteks ini, komitmen dan rasa tanggungjawab guru-guru sebagai pendidik, pengetua sebagai pengurus / pentadbir, pelajar dan PIBG sangat penting ke arah mencapai objektif dan prestasi sesebuah organisasi atau sekolah.

Selain itu, sekolah memerlukan suatu pengurusan strategik kearah menangani perubahan dalam pendidikan dan menjayakan Konsep Sekolah Berkesan. Pengurusan yang strategik amat diperlukan bagi melahirkan “persekolahan berwatak” supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Kita kerap dikemukakan ialah adakah terdapat perbezaan ketara pada ciri-ciri tertentu bagi kedua-dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan SRJK (Cina) dan SMJK (Cina).Dalam usaha kita mengkaji persamaan dan perbezaan di antara dua jenis sekolah rendah, iaitu SK dan SRJK (Cina), kita harus menggunakan kriteria atau kayu pengukur yang sah dan boleh dipercayai.

Dalam konteks ini, model sekolah berkesan Mortimore (1995) yang mempunyai 11 ciri utama dapat digunakan untuk membandingkan kedua-dua jenis sekolah tersebut.

1. Kepemimpinan profesional

Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang berdaya maju dan tegas dan sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan bagi mengekalkan usaha dan proses memajukan sekolah. Selain itu, sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

2. Perkongsian wawasan dan tujuan

Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan piawai disiplin Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.

3. Persekitaran pembelajaran

Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.

4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

5. Pengajaran yang bertujuan

Mortimore juga mendapati kualiti pengajaran sebagai agenda utama sekolah berkesan, di samping memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang fleksibel.

6. Jangkaan kejayaan yang tinggi

Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap murid-murid mereka kerana kajian Mortimore (1995) menunjukkan ada kaitan yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid untuk berjaya.

7. Pengukuhan yang positif

Mortimore (1995) juga mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur dan suasana damai yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap tindakan yang dijalankan, ganjaran atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.

8. Memantau kemajuan

Berdasarkan penyelidikan oleh Mortimore(1995), sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan kaedah mengajar yang terkini serta mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.

9. Hak dan tanggungjawab pelajar

Melalui kajian Mortimore (1995), didapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.

10. Hubungan rumah-sekolah

Mortimore (1995) juga menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah yang erat bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Melalui penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah, lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru, seterusnya pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.

11. Organisasi Pembelajaran

Penyelidikan Mortimore (1995) juga menunjukkan sekolah berkesan mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am sentiasa meningkatkan ilmu profesional. ke arah sekolah berkesan. Di samping itu, pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

Kesimpulan

Rumusan pelbagai kajian oleh Model Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata pelajaran yang prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

Sebahagian besar rangka rujukan dengan sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore(1995) didapati sesuai dan relevan dengan struktur dan organisasi sekolah-sekolah formal di Malaysia. Walau bagaimanapun, Teddlie dan Reynolds (2000) dalam buku mereka, "The International Handbook of School Effectiveness Research" telah memberi peringatan kepada penyelidik bahawa terdapat faktor-faktor penting lain yang perlu diambil kira dalam menafsir keberkesanan sekolah. Antaranya ialah faktor "konteks" yang harus diberi perhatian supaya penafsiran kita tentang keberkesanan sekolah dapat dibuat secara holistik dan adil.

Sepuluh daripada sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore (1995) ialah ciri dalaman sekolah (in-school factors) yang lebih bertumpukan proses daripada konteks. Cuma ciri penyelidikan hubungan sekolah-rumah merupakan ciri luaran sekolah. Jadi, penyelidikan keberkesanan sekolah menunjukkan lebih banyak varian keberkesanan dijelaskan oleh faktor dalaman sekolah. Justeru, bagi tujuan pembaikan sekolah kita harus menumpukan tindakan yang lebih ke atas faktor-faktor dalaman berbanding dengan faktor konteks.

Namun, sebelas ciri sekolah berkesan rumusan Mortimore(1995) yang berasaskan ratusan kajian keberkesanan sekolah dapat diguna sebagai rangka rujukan untuk kita bandingkan kedua-dua jenis sekolah dalam dua tahap persekolahan, iaitu SK / SMK dengan SRJK (C) / SMJK (C). Hasil perbandingan dapat menunjukkan persamaan dan perbezaan ciri utama untuk digunakan sebagai panduan dalam program memajukan sekolah di Malaysia.

Pada pandangan saya pula, kepimpinan dan pengurusan seharusnya diberi perhatian yang berat dalam menggerakkan sesuatu organisasi begitu juga dengan sekolah. Pengetua perlu mengalami perubahan yang pesat selaras dengan keadaan semasa. Ini adalah kerana tanpa kepimpinan dan pengurusan berkesan seseorang pengetua, pendidikan bertaraf dunia tidak akan tercapai. Kepimpinan dan pengurusan harus mempunyai pengurusan yang berkesan untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu organisasi. Kecemerlangan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada stail kepimpinan dan pengurusan menggunakan sumber, untuk mencapai matlamat organisasi dengan mengekalkan dan mewujudkan hubungan yang baik dan waras. Di samping itu pengetua seharusnya berani dan sanggup mengambil risiko terhadap tindakan yang dilakukan. Pengetua mestilah bersedia mendengar, menerima pandangan, berbincang dan mengamalkan pengurusan dengan cara bermuafakat dan musyawarah.

Ciri sekolah yang berkesan mestilah mempunyai ideologi yang jelas dan murni yang mana mampu menghadapi tekanan dari luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Apa yang penting untuk menjadi sebuah organisasi sekolah yang berkesan, perkongsian dan pakatan antara pengetua, guru ibubapa dan pelajar perlu mempunyai kemesraan dan kepercayaan yang unggul antara satu dengan yang lain. Selain daripada itu, sekolah yang berkesan harus dapat memberi ruang kebebasan kepada guru-guru untuk menyuarakan kehendak dan kebebasan mereka, menyediakan ruang yang luas bagi penyertaan dan tanggungjawab dan melengkapkan mereka supaya tidak dipandang secara stereotaip seperti yang biasa digambarkan terhadap profesion keguruan pada masa kini.

Sekolah yang berkesan mempamerkan struktur authoriti yang padu dan memberi sokongan terhadap tindakan disiplin yang dilakukan oleh guru. Sekolah yang berkesan juga dapat melaksanakan tindakan yang rasional, jelas serta mementingkan aktiviti bercorak akademik, dan kurikulum. Seterusnya, tumpuan terhadap keintelektualan perlu dilakukan bagi melahirkan kesamaan (equity) di kalangan kumpulan-kumpulan pelajar di samping memberi perhatian yang serius untuk kecemerlangan akademik.

Tuesday, February 9, 2010

Melahirkan Anak Yang Cemerlang



Kita mungkin terkejut apabila anak kita bertanyakan sesuatu perkara yang tidak terfikir oleh kita. Menurut kajian kanak-kanak bertindak seperti span yang membantu mereka menyerap segala yang mereka lihat, mendengar dan apa yang dipelajari. Sebagai ibu bapa, kita sepatunya merangsang minda anak-anak kita dengan memberi peluang kepada mereka untuk membina asas yang kukuh sebagai persediaan untuk menempuh pengalaman seterusnya.

Tempoh pembangunan mental yang paling intensif dan sensitif dalam zaman kanak-kanak ialah dari peringkat bayi hingga mencapai usia 10 tahun. Pembangunan mental membabitkan dua matlamat utama. Pertama - untuk memahami simbol (seperti warna, gambar, abjad dan nombor) dan yang kedua - untuk memahami jumlah (seperti banyak, sedikit dan sebagainya. Pengetahuan asas ini akan membolehkan mereka menimba kemahiran yang lebih rumit seperti bertutur, membaca, mengira, melukis dan menghargai muzik. Segala yang dilihat, didengar dan dilakukan membawa pengajaran kepada kanak-kanak semasa bayi, mereka diasuh untuk memahami kesan memasukkan mainan ke dalam mulut atau menyepahkan mainan di merata tempat.

Peranan kita dalam proses pembelajaran mereka akan meningkat apabila mereka membesar. Kemahiran bercakap dan menguasai bahasa dengan baik sangat penting untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kebolehan ini merupakan sebahagian daripada kemahiran yang dapat membantu mencegah salah laku apabila mereka dewasa.


Proses membina kemahiran bertutur dan menguasai bahasa, seharusnya dimulakan daripada usia sembilan bulan hingga anak-anak mencapai usia tujuh tahun.

Selepas itu proses pembelajaran bahasa menjadi semakin rumit. Jadi pastikan anda berbual mesra dengan anak-anak walaupun mereka mungkin belum dapat memahami sepenuhnya apa yang anda perkatakan.

Anda boleh bercerita, menyanyikan lagu kanak-kanak dan berpantun seloka sambil menyelitkan unsur-unsur pendidikan. Sebagai contoh, seni kata lagu popular kanak-kanak Pok Amai-Amai yang berbunyi:

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu;
Tepuk ramai-ramai,
Nanti malam upah susu.
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda;
Adik jangan menangis,
Emak banyak kerja.

Daripada seni kata lagu ini mengajar anak-anak tentang pantun dua kerat, empat kerat dan nasihat supaya adik jangan menangis kerana ibu perlu menguruskan banyak kerja rumah. Menyanyi sambil bertepuk tangan melatih anak-anak kecil menghargai rentak muzik dan menguasai bahasa dengan baik. Kita boleh melatih anak-anak yang lebih besar untuk mengulangi cerita, nyanyian atau pantun untuk adik-adik yang lebih kecil kerana cara ini dapat membantu membina kemahiran mendengar dan menguatkan daya ingatan mereka.

Dengan menggunakan alat bantuan membaca yang sesuai seperti buku dan sebagainya lagi, kita membantu anak-anak memahami perkataan bertulis yang juga melambangkan bahasa. Kita boleh mengajar anak-anak membaca dengan mengenal abjad serta bunyinya, mengeja nama dan beberapa nombor dalam bentuk tulisan.

Kegiatan matematik boleh membantu anak-anak memahami bahawa nombor melambangkan hitungan objek dan mengajar mereka mengira serta memahami konsep sedikit, banyak, kurang, lebih atau sama.

Melukis adalah satu cara paling menyeronokkan untuk meniru dan mengambarkan idea. Dengan menconteng kertas menggunakan pensil warna, mereka mula mencuba warna, bentuk dan tekstur. Lama kelamaan, mereka akan menghargai kegiatan seni lukis dan menggunakan pelbagai bahan untuk mewujudkan bentuk-bentuk berlainan.

Selain kegiatan seni lukis, muzik juga dapat membantu pembangunan anak-anak secara keseluruhan. Dengan menyanyi, bermain dan bergerak mengikut rentak, kita membantu mereka menghargai muzik.

Pepatah lain padang, lain belalang, lain orang, lain ragam menggambarkan hakikat bahawa kanak-kanak mempunyai keupayaan dan minat yang berlainan. Namun, pertumbuhan mental mereka berlaku secara berperingkat.

Menjelang usia dua tahun, kita akan mendapati anak-anak berlagak seperti ‘pembantu kanan.’ Mereka berminat untuk melibatkan diri dalam semua kerja rumah yang kita lakukan, kerana mereka menyangka semua yang kita lakukan adalah permainan. Mereka mahu menolong kita mengemas mainan, menyapu atau mencuci pinggan mangkuk sambil bermain air. Pujian patut diberikan setiap kali mereka melakukan kerja dengan sempurna.

Rumah boleh dijadikan gedung ilmu untuk anak-anak pra sekolah. Peluang pembelajaran terdapat dalam setiap aspek kehidupan di rumah. Sambil melipat kain kita boleh mengajar anak mengenal warna, jenis pakaian seperti seluar, baju, kain, stokin, sapu tangan dan sebagainya. Sambil menguruskan kerja rumah kita boleh menunjukkan pelbagai kegunaan sesuatu peralatan. Sebagai contoh, selain untuk makan, sudu juga boleh digunakan untuk menyeduk gula, membancuh minuman, mengumpil penutup tin susu dan sebagainya.

Dalam usia tiga tahun, anak-anak bertukar menjadi seperti ‘rama-rama’ yang gemar bercampur-gaul dan cuba berkawan dengan orang dewasa dan kanak-kanak sebaya. Mereka sudah boleh membuat ayat menggunakan tiga atau empat patah perkataan dan lebih petah bercakap mengenai banyak perkara. Oleh kerana mereka sudah pandai berinteraksi dengan kita, perbualan dengan mereka menjadi lebih bermakna. Masa yang diluangkan bersama mereka boleh kita gunakan untuk membaca buku cerita, menyanyi dan menguji daya ingatan mereka dengan meminta mereka menyebut perkataan-perkataan dalam pantun atau menyanyi yang sengaja tidak disebutkan.

Pada masa yang sesuai kita boleh membawa mereka berjalan-jalan di taman untuk melihat tumbuh-tumbuhan, serangga, ranting kayu dan batu-batu yang bertaburan di atas tanah. Sambil berjalan, kita boleh bercerita mengenai segala yang kita lihat dan menjawab pelbagai pertanyaan yang mungkin diajukan oleh anak-anak kita.

Menjelang hari jadi tahun keempat, anda sudah boleh melihat semua bakat yang terpendam dalam diri anak-anak anda. Daripada ‘rama-rama,’ mereka bertukar menjadi ‘penyiasat.’ Bersedialah untuk menjawab pelbagai pertanyaan yang bukan saja remah tetapi ada kalanya meleret-leret. Antaranya “Papa pergi mana?'’ Setelah diberitahu papa pergi kerja, mereka menyambung pertanyaan “kenapa papa pergi kerja?'’ Kalau dijawab untuk mencari duit, mereka akan sambung “kenapa nak cari duit?'’ Pertanyaan yang bertali-arus ini menguji kesabaran kita. Tetapi di peringkat ini juga kita dapat melihat kemajuan yang membanggakan. Mereka bukan sahaja mengetahui nama penuh mereka tetapi juga semua ahli keluarga dan ramai saudara mara lain. Lebih penting lagi, mereka dapat menguasai keadaan. Kita boleh membiarkan mereka membuat pilihan seperti jenis buku dan rancangan televisyen yang digemari serta menentukan segala kegiatan seni dan kraf yang diminati. Kita juga boleh berkongsi perasaan dengan mereka.

Sebaik sahaja memasuki alam prasekolah, mereka sudah bersedia untuk menghadapi cabaran mainan yang lebih rumit, membaca buku ejaan dan menerima idea-idea yang lebih mencabar daya pemikiran mereka. Kebanyakan kanak-kanak dalam usia pra sekolah boleh bercakap dengan jelas, kecuali perkataan-perkataan yang sukar disebut bunyinya. Ada juga yang pandai mengarang cerita dan melawak. Begitu banyak yang dipelajari. Walaupun anak kita sudah mencapai banyak kemajuan dalam masa yang singkat dan menjadi seorang ‘pakar,’ dia masih mahu kita memahami perasaannya dan mendengar ceritanya, pada masa yang sama dia mahu bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Oleh kerana dia baru belajar mengenal erti buruk dan baik, kita perlu bersabar menghadapi sifat ‘loyar buruk’ anak kita.

Menjelang kemasukannya ke sekolah rendah, dia sudah boleh berdikari. Fikirannya lebih matang, mahu berkongsi idea, perasaan dan pengalamannya, mendengar ceritanya mengenai apa dilakukan dan dipelajari di sekolah juga mengenai kawan-kawan baru dan sebagainya.

Selain menjadikan diri kita sebahagian daripada proses tumbesaran mereka, kini tibalah masanya untuk mereka menjadikan kita sebahagian daripada kehidupan mereka. Inilah ganjaran yang paling membahagiakan kita sebagai ibu bapa yang membesarkan mereka.

sumber: Cikgu Senior

Sunday, February 7, 2010

Pelaksanaan Competency-Based-Training and Assessment (CBTA) di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Malaysia



1. Pengenalan

Sistem pendidikan konvensional yang sedang dilaksanakan selama ini adalah berasaskan masa (time-based). Mata pelajaran dirangka mengikut jangkamasa tertentu supaya tamat pada akhir tahun. Guru perlu berada pada sesuatu tajuk dalam sukatan pelajaran pada masa yang telah ditetapkan.

Sistem pembelajaran konvensional memerlukan semua pelajar bergerak pada tahap yang sama dengan guru. Keadaan ini akan menyebabkan sebahagian pelajar tercicir jika mereka tidak berupaya mengejar tahap pengajaran guru yang lebih menyebelahi pelajar cerdas dan berpencapaian tinggi sahaja

Pendekatan konvensional menunjukkan kejayaan pada umumnya, terutama untuk menguji aspek kognitif atau pengetahuan (knowledge), tetapi kurang efektif jika matlamatnya ialah untuk melatih individu dalam aspek kemahiran (skills) terutama kemahiran berkaitan pekerjaan ( job-related skills) atau untuk menguji aspek sikap (values).

2. Pengenalan Kepada CBTA

Kompetensi adalah kebolehan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut STANDARD yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan individu.

CBTA adalah kaedah pembelajaran dan pentaksiran dimana pelajar boleh menunjukkan tugas secara spesifik sebagaimana dikehendaki oleh industri, majikan, organisasi dan individu. Pelajar yang kompeten ialah pelajar yang boleh menunjukkan pengetahuan dan kemahirannya sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain untuk melakukannya. Kemahiran yang dipunyai oleh pelajar tersebut sangat spesifik sifatnya dan mampu ditunjukkan secara satu persatu bagi setiap proses dan akhirnya dibuktikan dengan bukti-bukti seperti eviden proses dan eviden produk.

Kompetensi mengandungi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap kemahiran, pengetahuan dan sikap yang merujuk kepada prestasi yang standard di bidang pekerjaan. Seseorang pekerja membawa kompetensinya sendiri walaupun dimana mereka bekerja dan biar apa pun yang mereka lakukan, kemahiran itu tetap ada pada dirinya.

Beberapa contoh dibawah boleh membantu menjelaskan bentuk kompetensi yang dimaksudkan.
  1. Tukang masak yang kompeten – restoran tidak kompeten
  2. Doktor yang kompeten – hospital tidak kompeten
  3. Guru yang kompeten – sekolah tidak kompeten
Kompetensi adalah kualiti kerja yang dilakukan setiap hari oleh pekerja yang diperakukan oleh majikan. Komponen kompetensi termasuklah:

  1. Pengetahuan – tentang organisasi, proses pentadbiran, prosedur,pelanggan dan bidang kepakaran
  2. Kemahiran Berfikir – tentang penyelesaian masalah, analisis, menulis laporan, nombor dan kemahiran merancang.
  3. Kemahiran Motor – tentang koordinasi matatangan, kekuatan dan keseimbangan
  4. Sikap - tentang kebolehpercayaan, tanggungjawab, tingkahlaku, inter-personal, kesabaran, fleksibel dan berhati-hati
Kompetensi diterjemahkan seperti perenggan di bawah:

“ People are considered to be competent when they are able to apply their knowledge and skills to successfully complete work activities in a range of situations and environments, in accordance with the standard of performance expected in the workplace"

Pentaksiran kompetensi memerlukan pekerja yang berpengetahuan serta sikap yang baik terhadap pekerjaanya dan juga perlu menunjukkan prestasi kompetensi beserta eviden yang wujud. Pelajar juga akan ditunjukkan kompetensi yang telah dikuasai oleh mereka pada akhir pembelajaran dan disokong oleh Sijil Modular bagi memperakui kemahirannya.

3. Perbandingan Konvensional dengan CBTA

Pendidikan vokasional dan kemahiran secara konvensional banyak bergantung kepada guru. Sebelum ini, sistem pendidikan terlalu membandingkan pencapaian antara pelajar. Sistem ini tidak sihat kerana tidak menghormati keupayaan pelajar. Adalah menjadi kesalahan jika pelajar yang berpencapaian tinggi dan rendah dianggap boleh mendapat pengetahuan yang dipelajari serentak. Pelajar berpencapaian tinggi mempunyai aras pengetahuan yang tinggi tetapi tidak semestinya mempunyai kemahiran yang tinggi. Pelajar yang berpencapaian rendah biasanya mempunyai pengetahuan yang rendah dan selalunya boleh mendapat kemahiran yang tinggi jika diberi peluang, Kedua-dua kumpulan pelajar ini tidak boleh dibandingkan dari aspek pengetahuannya kerana mereka mempunyai peluang mendapat kemahiran yang sama.

Oleh itu, kaedah pembelajaran CBTA merujuk kepada kepada keupayaan pengetahuan dan kemahiran setiap pelajar, bukan antara pelajar. Prinsip CBTA ialah pelajar yang lemah akademik dibimbing sehingga kompeten walaupun mengambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran manakala pelajar yang pandai akademik tidak akan disekat kemahirannya.

Perbandingan Konvensional dengan CBTA
  • KONVENSIONAL (RUJUKAN NORMA): Dalam sistem pendidikan konvensional, kemajuan pembelajaran bergantung kepada masa (time related) dan bertumpukan guru (teacher centered).
  • CBTA (RUJUKAN KRITERIA): Dalam sistem pendidikan berasaskan kompetensi, kemajuan pembelajaran ialah masteri dalam pengetahuan atau kemahiran yang spesifik dan bertumpukan pelajar (learner centered)
4. Istilah utama CBTA

  • KEMAHIRAN - Tugas (task) atau sekumpulan tugas yang dilaksanakan pada tahap kemahiran yang telah ditetapkan, selalunya dikaitkan dengan aspek psikomotor dimana ianya memerlukan penggunaan tangan dan peralatan, walaubagaimanapun, sesetengah kemahiran mungkin bersifat pengetahuan dan nilai.
  • KOMPETENSI - Kemahiran yang dipamerkan pada standard yang dikenalpasti pada keadaan yang spesifik.
5. Elemen Penting CBTA

CBTA ditunjangi oleh beberapa elemen yang saling lengkap melengkapi diantara satu sama lain. Elemen ini menjadi peraturan utama CBTA yang perlu dipatuhi dan dihormati. Elemen tersebut adalah seperti di bawah:

Kompetensi yang hendak dicapai perlu dikenalpasti dengan teliti, disahkan dan dimaklumkan kepada pelajar lebih awal.

Kriteria yang ada digunakan untuk mengukur pencapaian dan keadaan dimana pencapaian yang akan diukur dimaklumkan kepada pelajar lebih awal.

Program instruksional menyediakan pembangunan individu dan penilaian terhadap setiap kompetensi yang ditentukan.

Pentaksiran kompetensi bukan hanya mengambil kira pengetahuan dan sikap tetapi memerlukan pelaksanaan
sebenar kompetensi sebagai eviden.

Kemajuan pelajar dalam program instruksional adalah mengikut kadar kemampuannya dengan membuktikan pencapaian kompetensi yang ditetapkan

6. Kebaikan Latihan Berasaskan Kompetensi

Istilah latihan vokasional dan pendidikan vokasional adalah berbeza. Latihan vokasional lebih menyediakan pengalaman sebenar alam pekerjaan kepada pelajar. Pendidikan vokasional pula menyediakan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang memenuhi kehendak industri.

Namun begitu, matlamat memberikan latihan dan pendidikan kepada pelajar mempunyai kebaikan yang setara. Latihan dan pendidikan vokasional berasaskan kompetensi dilihat sebagai sangat sesuai dilaksanakan khasnya bagi latihan dan pendidikan vokasional di sekolah kerana kemahiran perlu diajar dan ditaksir dengan lebih spesifik berbanding mata pelajaran akademik.

Maka, kebaikkan latihan dan pendidikan berteraskan kompetensi di tafsirkan seperti berikut:
  1. Pelatih menguasai kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi kerjaya mereka.
  2. Pelatih membina keyakinan apabila mereka mencapai masteri dalam kompetensi spesifik.
  3. Pelatih menerima transkrip atau senarai kompetensi yang telah dikuasai.
  4. Masa latihan digunakan secara berkesan dan efektif kerana jurulatih bertindak sebagai fasilitator bukannya sebagai penyampai maklumat.
7. Kekangan Pelaksanaan CBTA

Sistem pendidikan berbentuk CBTA mempunyai kelemahan tersendiri namun bukanlah sesuatu yang terlalu penting untuk dibincangkan. Walaubagaimanapun, kekangan yang berlaku perlu di atasi bagi memberi peluang kemahiran kepada semua kumpulan pelajar. Berikut adalah beberapa kekangan pelaksanaan CBTA:

Lebih banyak masa digunakan untuk membantu pelatih secara individu atau kumpulan yang kecil jika dibandingkan dengan memberi kuliah.
Lebih banyak masa latihan difokuskan untuk mentaksir keupayaan setiap peserta melaksanakan kemahiran.

8. Kekangan Pendekatan CBTA

Program CBTA hanya akan menjadi efektif sekiranya proses mengenalpasti kompetensi dilakukan dengan
teliti. Jika perhatian tidak diberikan dalam pengenalpastian kemahiran yang diperlukan, program latihan menjadi kurang berkesan.

Sesuatu program mungkin dinamakan berasaskan kompetensi , tetapi jika bahan pembelajaran dan pendekatan latihan (panduan pembelajaran, senarai semak dan kejurulatihan) tidak direka bentuk untuk pendekatan ini, pendekatan CBTA yang diharapkan tidak akan dicapai.

9. Ciri-ciri CBTA

Berikut adalah ciri-ciri pembelajaran CBTA bagi memenuhi standard latihan dan pendidikan vokasional dan kemahiran di Malaysia:
  1. Kompetensi dipilih dengan teliti.
  2. Teori sokongan diintegrasikan dengan kemahiran. Pengetahuan yang relevan dipelajari untuk menyokong pelaksanaan kemahiran.
  3. Bahan latihan yang terperinci disediakan untuk mencapai kompetensi seperti yang dihasratkan dan direka bentuk untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran.
  4. Metodologi instruksional melibatkan pembelajaran masteri seseorang individu boleh menguasai pengetahuan dan kemahiraan terdahulu (achievement of prior learning) diambil kira.
  5. Pembelajaran adalah pada kadar individu (self-paced).
  6. Pendekatan latihan yang fleksibel disediakan sama ada untuk kumpulan besar, aktiviti dalam kumpulan kecil atau pembelajaran secara individu.
  7. Pelbagai bahan sokongan disediakan untuk mencapai kompetensi.
  8. Penamatan latihan yang memuaskan adalah berdasarkan pencapaian semua kompetensi yang ditentukan.
10. Perbezaan Pentaksiran CBTA dengan Konvensional

Komponen penting CBTA ialah pentaksiran. Pentaksiran MPAV dan MPV telah dirangka menggunakan asas-asas CBTA seperti terkandung di dalam dokumen pentaksiran MPAV dan MPV yang diterbitkan oleh LPM. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan oleh LPM juga dilihat selari dengan pentaksiran CBTA yang menuntut supaya pelajar boleh menunjukkan setiap kompetensi dengan bukti dalam bentuk proses dan produk.

Konvensional
  1. Berasaskan Keseluruhan Sukatan Pelajaran: Pentaksiran dijalankan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran
  2. Linear: Pentaksiran yang mengukur pencapaian pelajar di akhir sesi pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
  3. Merujuk norma: Prestasi dibandingkan dengan prestasi kohort pelajar keseluruhan.
  4. Berpusatkan sistem: Pelajar menduduki peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  5. Pelaporan berpusat: Dilaporkan melalui Sijil Pelajaran Malaysia.
CBTA
  1. Berasaskan modul dalam sukatan pelajaran: Pentaksiran dijalankan berdasarkan kandungan setiap modul.
  2. Modular: Pentaksiran dijalankan secara berterusan (on-going) sepanjang proses P&P sesuatu modul.
  3. Merujuk Kriteria: Prestasi pelajar dirujuk kepada standard atau kriteria yang ditetapkan.
  4. Berpusatkan pelajar: Pentaksiran dijalankan setelah pelajar bersedia ditaksir.
  5. Pelaporan Berpusat & Modular: Dilaporkan melalui SPM dan Sijil Modular MPAV – satu dokumen komprehensif yang melaporkan modul yang pelajar telah kompeten.
11. Perancangan CBTA

Berikut merupakn maklumat berkaitan kursus CBTA yang telah dilaksanakan
  1. Competency-Base-Training and Assessment For Teachers and Instructors of Vocational Education and Officers of Vocational Education(Group 1) pada 2- 12 /9/2007 di Quality Hotel Shah Alam seramai 90 orang.
  2. An Exposure Course on Competency-Base-Training and Assessment For Technical School Principals pada 29/10 - 1/11 2007 di Legacy Hotel Melaka seramai 90 orang.
  3. Development of Master Trainers Advanced Competency-Base- Training and Assessment Skills For Teachers and Instructors of Vocational Education pada 24/2/- 5/3 2008 di Hotel Gold Course Klang seramai 30 orang.
  4. Competency-Base-Training and Assessment For Teachers and Instructors of Vocational Education and Officers of Vocational Education (Group 2) pada 23/3 - 2/4 /2008 di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur seramai 90 orang.
  5. Competency-Base-Training and Assessment For Teachers and Instructors of Vocational Education and Officers of Vocational Education (Group 3) pada 13-23/4/2008 di Hotel Dynasty Kuala Lumpur seramai 90 orang.
  6. 10-Days Intensive Workshop and Tutorial: Writing Competency Based Learning and Assessment Guide For Form 5 Vocational and Technical Subjects pada 23/3 – 2/4/2008 di Hotel Puteri Park Kuala Lumpur seramai 30 orang.
  7. Development of Master Trainers Advanced Competency-Base- Training and Assessment Skills For Teachers and Instructors of Vocational Education pada 20-30/4/2008 di Hotel Dynasty Kuala Lumpur seramai 30 orang.
12. Kursus Mentoring and Coaching kepada Pentadbir Sekolah.

Pengisian kursus ialah pendedahan peserta dengan kaedah mentor CBTA dengan sesi teori, membuat latihan, persembahan, micro-teaching dan laporan. Peserta dibekalkan dengan nota yang lengkap beserta contoh, hand-out, rancangan latihan dan rancangan pentaksiran.

Kursus ini penting kepada KPM yang akhirnya manfaat kursus ini adalah seperti berikut:
  1. Membangunankan modal insan di KPM
  2. Memartabatkan profesion keguruan
  3. Meningkatkan komitmen guru untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan
  4. Meningkatkan produktiviti dan moral guru
13. Pelaksanaan CBTA

Selepas dirancang dengan sebaiknya, sesuatu perubahan kurikulum akan disebarkan kepada agen pelaksana iaitu pendidik. Perubahan kurikulum kepada pelaksanaan CBTA akan mengambil tempat sebagai aliran utama pendidikan vokasional dan kemahiran di Malaysia. Pelaksanaan CBTA di dalam sistem PTV adalah selari dengan pelaksanaan MPAV dan Sijil Kemahiran Malaysia.

Mulai tahun 2009, CBTA dilaksanakan di sekolah menengah teknik. Pada peringkat permulaan ini, guru telah diarahkan supaya menggunakan Rancangan Sesi Latihan (RSL) bagi menggantikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RSL merupakan rancangan pengajaran yang ringkas tetapi lebih spesifik dan jelas dalam rangka konsep pembelajaran vokasional dan kemahiran. RSL dapat menunjukkan bentuk perancangan dan menjelaskan kemahiran dan sub-kemahiran yang perlu dipamerkan oleh pelajar. RSL juga mampu membantu guru merancang bentuk eviden proses dan eviden produk yang ingin dihasilkan kerana ianya dirancang dengan jelas dan terbukti.

Manakala Rancangan Pembelajaran (RP) adalah rancangan guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. RP juga merupakan rancangan yang spesifik dengan merujuk kepada hasil pembelajaran (learning outcomes), susunan proses pembelajaran, bahan sumber pembelajaran dan catatan masa. RP akan membantu guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan tersusun dan terkawal. Guru tidak perlu menyatakan bentuk eviden di dalam RP kerana telah dnyatakan di dalam RSL. RSL dan RP mempunyai perkaitan dan perbezaan.

Pendekatan secara CBTA di sekolah bermula dengan penyediaan RSL dan pematuhannya semasa proses pengajaran di dalam bengkel.

Perluasan pelaksanaan CBTA akan dilaksanakan di SMK yang menawarkan MPV setelah perancangan dilakukan oleh KPM. Pelaksanaan CBTA di SMK hanya boleh dilaksanakan selepas latihan intensif dibuat pada masa yang akan datang.

Tindakan yang lebih penting di dalam proses penilaian kurikulum ialah pelaksanaan CBTA perlu dipantau bagi memastikan keakuran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pematuhan standard ini adalah penting supaya pelajar yang dilahirkan nanti mampu bersaing dibidang pekerjaan khusus masing-masing.

13. Lawatan Mengkaji Pelaksanaan CBTA di Sekolah di Australia

Lawatan bagi mengkaji pelaksanaan CBTA di sekolah di Australia telah di buat oleh dua orang pegawai dari KPM bersama-sama seorang guru kanan dari Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan. Tujuan lawatan ini ialah untuk menilai keberkesanan CBTA di sekolah menengah, meneliti kaedah pembangunan kurikulum CBTA, mengkaji bentuk latihan dan akreditasi guru, mengkaji perancangan dan perolehan peralatan dan kemungkinan hubungan School-Linkages antara kedua-dua negara.

Hasil lawatan kajian ini, KPM berpendapat bahawa CBTA boleh dilaksanakan di dalam sistem PTV di Malaysia. KPM juga sedang berusaha untuk mengaplikasikan CBTA di sekolah yang menawarkan kursus vokasional dan kemahiran secara berperingkat. Maka penambahbaikkan kurikulum PTV perlu dilakukan dan akan disebarkan ke seluruh sekolah berkaitan di Malaysia.

Berikut adalah cadangan dari lawatan tersebut kepada Kementerian Pelajaran Malaysia:
  1. Mewujudkan Pusat Kajian dan Penyelidikan Pendidikan Teknik dan Vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melaksanakan kajian dan penyelidikan pengurusan, kurikulum dan latihan pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.
  2. Menyebarkan risalah dan poster berkaitan laluan kerjaya dan laluan pembelajaran seluas-luasnya kepada pelajar menengah rendah khususnya kepada pelajar Tingkatan 3 termasuk faedah pembelajaran berteraskan kompetensi.
  3. Ibubapa/penjaga dilibatkan secara aktif di dalam memilih aliran di peringkat menengah atas dan seterusnya menunjukkan laluan kerjaya yang lebih tepat kepada pelajar. Buat masa ini, sekolah diberi autonomi menentukan masa depan pelajar lepasan PMR sama ada Aliran Sains, Sastera, Agama, Teknikal dan Vokasional
  4. Diujudkan Badan Penasihat Latihan Vokasional (Training Advisor) di peringkat KPM bagi memberi nasihat kepada pelaksanaan PTV.
14. Harapan dan Komitmen

Tindakan bagi pelaksanaan CBTA di sekolah harus bermula dengan kurikulum. Kurikulum mengikut Akta Pendidikan 1996 ialah suatu set program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum yang dimaksudkan selain kokurikulum itu sendiri boleh termasuk Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, pedagogi, psikologi, teknologi, buku dan modul, pentaksiran dan lain-lain asalkan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

15. Komitmen BPK, KPM

KPM melalui BPK berhasrat untuk menghasilkan Buku Panduan Pembelajaran (Learning Guide) yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional dan kemahiran. Selain daripada itu, penyebaran kurikulum telah mula digerakkan di BPK dengan merancang melaksanakan bengkel dan modul orientasi kurikulum aliran vokasional dan kemahiran sebagai aktiviti utama BPK pada tahun-tahun mendatang.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) juga menggunakan CBTA sepenuhnya di dalam mentaksir pelajar aliran vokasional melalui pentaksiran Mata Pelajaran Vokasional(MPV) dan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

Jabatan pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang membangunkan National Occupational Skills Standard (NOSS) yang digunakan oleh pelajar aliran kemahiran di sekolah juga menguatkuasakan CBTA. NOSS juga dibangunkan dengan menekankan tiga komponen CBTA iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap.

BPK telah merancang memperluaskan pengetahuan berkaitan CBTA seperti dinyatakan di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) agar manfaat itu dapat dikongsi dengan guru-guru di sekolah.

Kurikulum pendidikan teknikal, vokasional dan kemahiran akan diterjemahkan oleh BPK ke bentuk yang lebih fleksibel dan mempunyai perkaitan di antara satu dengan yang lain supaya kurikulum aliran teknikal boleh menyediakan jurutera, kurikulum aliran vokasional boleh menyediakan pekerja separa mahir dan kurikulum aliran kemahiran boleh menyediakan pekerja mahir.

16. Komitmen BPTV

Peranan BPTV juga diperlukan bagi pelaksanaan CBTA di sekolah. BPTV boleh mencorakkan masa depan PTV di Negara ini. Sebagai bahagian terpenting di KPM yang mengurus sistem PTV terutamanya MPV dan MPAV serta kemahiran di Malaysia, BPTV ditegaskan untuk terus berfungsi bagi menyelaraskan sumber kurikulum seperti peralatan yang konsisten, bahan yang bermutu, guru yang kompeten dan pelajar yang bertanggungjawab. Pegawai BPTV bukan sahaja mengurus, tetapi seharusnya memantau dan memastikan kaedah pelaksanaan CBTA dipatuhi dan dibudayakan di sekolah.

CBTA di sekolah seharusnya dirancang pelaksanaannya dengan teliti dan berfokus. BPTV boleh menganalisis pencapaian kompetensi pelajar dengan mengkaji keupayaan pelajar di sekolah dan memberi maklum balas CBTA kepada BPK, KPM bagi penambahbaikkan masa depan.

17. Komitmen Pendidik

Guru adalah agen pelaksana terpenting di peringkat pelaksanaan di sekolah. Maka, guru adalah juga agen kepada perubahan kurikulum. Guru aliran vokasional dan kemahiran yang kompeten semestinya akan mengambil peluang yang diberikan dengan menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel, seminar, konvensyen, kolokium dan penulis buku. Guru aliran vokasional dan kemahiran yang tulen akan mengambil bahagian terhadap peluang-peluang peningkatan diri dengan inisiatif sendiri. Guru aliran vokasional dan kemahiran seharusnya tidak akan menolak cabaran.

Guru aliran vokasional dan kemahiran juga seharusnya berani dan sanggup melalui cabaran berubah dari kaedah pengajaran konvensional kepada pengajaran CBTA. Guru aliran vokasional dan kemahiran bukanlah ‘guru biasa’ tetapi guru yang ‘ada hati’ dan ‘ada jiwa’ dan yang paling penting ialah mempunyai penghayatan terhadap vokasional.

Guru yang mendidik pelajar aliran vokasional dan kemahiran sudahpun mempunyai pengalaman yang luas dan lama. Sesuai dengan pengalaman itu dan selari dengan perubahan pendidikan, maka CBTA diharapkan boleh membantu guru memberikan pengalaman baru agar guru vokasional akan terus dipandang tinggi kemahirannya dan disegani oleh industri. Sesuatu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dimiliki oleh guru sebenarnya itulah kekuatan yang ada pada dirinya.

Guru aliran vokasional dan kemahiran yang matang akan sentiasa memikirkan cabaran pelajarnya dan berfikir bagaimana supaya pelajarnya boleh kompeten dan diterima oleh industri. Kegemilangan sistem pendidikan teknik dan vokasional tidak hanya terletak kepada kurikulum sahaja tetapi yang lebih utama ialah penyampaian kurikulum oleh guru-guru.

18. Penutup

Perubahan daripada proses pembelajaran secara konvensional kepada CBTA yang telah dirancang untuk dilaksanakan seharusnya didokong dengan rasa tanggungjawab yang jitu oleh semua pegawai di KPM, pentadbir PTV di sekolah seterusnya pendidik di sekolah. Maka semua pihak harus menerima perubahan ini dengan fikiran yang terbuka. Adalah diharapkan bahawa perubahan kurikulum nantinya akan menjadi sinonim kepada pendidik dan pelajar PTV di sekolah. Ia penting supaya perancangan memperkasakan pendidikan PTV relevan dan dapat diterima oleh semua golongan masyarakat.

CBTA di dalam PTV adalah perubahan kurikulum yang diharapkan boleh membentuk modal insan yang dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan employable di industri di dalam negara bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang untuk melaksanakan CBTA di SMT dan SMK dengan penuh komitmen. Perancangan untuk melaksanakan CBTA telah diselaraskan dengan diterajui oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional sebagai perancang utama serta Bahagian Pembangunan Kurikulum sebagai penyebar dari peringkat KPM sehingga ke peringkat sekolah.

Perancangan CBTA dimulakan dengan memberi kursus-kursus intensif kepada guru-guru aliran teknikal, aliran vokasional dan aliran kemahiran yang mengajar di sekolah –sekolah menengah teknik. Kursus juga diberikan kepada pegawai-pegawai di KPM bagi membentuk pasukan profesional yang mantap supaya proses penyebaran CBTA lebih terancang dan berkesan. Setiap sesi kursus akan dihadiri oleh 90 orang guru dari pelbagai bidang dan kursus selama sepuluh hari.

Kursus-kursus pendek selama selama empat hari juga diberikan kepada pentadbir SMT bagi memberi pendedahan peri pentingnya proses bimbingan dalam bentuk mentor bagi melatih dan menyebarluaskan ilmu dan kaedah pendidikan yang betul. Matlamat kursus ini adalah untuk membina struktur latihan tidak formal kepada pentadbir khususnya pengetua sekolah. Pengetua diharapkan boleh membantu merealisasikan konsep membimbing dan melatih dikalangan guru dan staf di sekolah masing-masing.

Sumber: BPK KPM 2008

Beckham Yang Licik

Pemain kelahiran Pahang amat disenangi rakan-rakan pasukannya. Senyumannya di dalam padang dan di luar padang sentiasa menimbulkan suasana ceria hingga hilang rasa keletihan rakan-rakannya. Disebaliknya senyumnya Azam juga mempunyai skil larian yang mampu mengelirukan pihak lawan ketika pasukannya sedang melakukan serangan. Kelicikannya yang itu, mampu membuahkan hasil yang sungguh lumayan kepada pasukan the Dragon. Bekas pemain terbaik 2008 ini, adalah seorang pemain yang suka merendah diri, sehingga ia amat dikagumi oleh musuhnya terutama dari pasukan the Lion. Azam lebih gemar bermain pada posisi sayap kiri dalam pasukan the Dragon, ini adalah ia mempunyai sepakan kaki kiri yang sungguh kencang dan mampu mengelirukan pasukan musuh. Walaupun baru dua tahun bersama pasukan the Dragon, ia telah memberikan impak yang amat berkesan kepada pasukan. Setakat ini Azam telah berjaya menjaring 137 gol bagi pasuakan barunya, iaitu the Dragon. Azam yang dikenali sebagai Beckham, kini amat digilai oleh peminatnya terutama wanita. Azam sebelum ini telah bermain dengan kelab Ajax dari Belanda selama 7 tahun, sekarang Azam tealh kembali ke Tanah Air untuk menyumbang bakti kepada kelab tempatan iaitu the Dragon. Diharapkan Azam dapat menyumbang idea dan pengalamannya ketika bermain di Eropah, demi kemajuan Futsal yang semakin popular di negara kita.

Friday, February 5, 2010

Cipta saat romantis


ADA pendapat menyatakan yang lelaki Malaysia terutama kaum Melayu kurang romantik dalam menjalani perhubungan kasih sayang. Mungkin keromantikan itu jelas terserlah pada awal bibit perhubungan, namun setelah beberapa bulan atau selepas meniti rumah tangga, perkataan romantik tidak ada lagi dalam kehidupan pasangan itu.

Adakah wajar meletakkan semua kesalahan pada kaum lelaki? Sebagai pasangan, wanita juga ada tanggungjawabnya. Jadi baik lelaki mahupun wanita masing-masing perlu berusaha untuk mencipta detik-detik romantik dalam memastikan kemanisan percintaan boleh berterusan.

Menurut pakar motivasi bebas, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad detik-detik romantik mampu menyegarkan kembali sesebuah perhubungan. Justeru, beliau berkongsi beberapa panduan yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian untuk memupuk saat romantis itu.

Luang masa

Menonton rancangan kegemaran bersama, berkelah, bercerita di kamar sebelum tidur, duduk berdua di rumah dan mandi bersama adalah antara masa yang boleh digunakan pasangan suami isteri untuk mencipta suasana romantis.

Selain itu, cara meluah perasaan atau berbincang ketika berdua-duaan juga boleh menghasilkan suasana romantis.

Lafaz cinta

Pasangan yang saling mencintai akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.

Lantas, ucapkanlah perkataan-perkataan cinta, sayang atau rindu dalam nada yang berbeza daripada percakapan biasa ketika bersama.

Lafazkan kata-kata sayang sebagai satu panggilan harian, semasa melakukan hubungan seks atau sebelum anda masuk tidur.

Kejutan

Dengan lambakan kerja di pejabat kebanyakan kita menjalani kehidupan harian yang rutin dan adakalanya ia membosankan.

Tidak ada undang-undang yang menghalang kita daripada membuat kejutan atau memberikan sesuatu yang istimewa kepada pasangan pada hari-hari biasa. Ingatan anda kepada si dia pada masa-masa yang tidak dijangka akan mencetuskan rasa sayang yang menebal di hati.

Sesekali buat kejutan kepada pasangan anda. Lakukan perkara yang jarang dilakukan. Seperti pemberian hadiah, memasak atau membawa pasangan bercuti.

Tarikh penting

Wanita biasanya peka terhadap tarikh penting dalam hidup mereka. Jika anda dapati tiba-tiba isteri memakai pakaian cantik dan menyedia makanan istimewa ketika pulang dari kerja, cuba segera ingat tarikh itu.

Kemungkinan hari itu adalah hari istimewa bagi anda berdua. Mungkin wanita tidak akan memberitahu, sebaliknya dia berharap agar anda sentiasa mengingatinya.

Masa berdua

Pastikan anda menyediakan masa untuk anda berdua sahaja. Jika ada anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama, beritahu kepada keluarga bahawa anda ingin masa berdua.

Jika ada anak kecil pula, tinggalkan sebentar anak dengan keluarga sementara anda berdua menghabiskan masa bersama. Jika ada kemampuan dari segi kewangan luangkan cuti berdua tanpa kehadiran anak-anak atau kawan-kawan.

Google+ Followers