Wednesday, June 30, 2010

Nabi Yunus ditelan ikan paus


YUNUS bin Matta seorang soleh, dilantik menjadi rasul ke-21 pada usia 30 tahun. Beliau diutuskan supaya memimpin kaumnya menyembah Allah, sekali gus meninggalkan pemujaan berhala.

Selama 33 tahun beliau berdakwah terhadap kaumnya, namun dua orang saja yang mengikut dan beriman bersamanya, iaitu Rubil dan Tanukh. Disebabkan tidak tahan dengan gelagat kaumnya yang tidak mahu beriman dengan ajarannya, beliau berdoa kepada Allah.

Kemudian beliau diberikan wahyu supaya meneruskan seruan itu selama 40 hari dan jika masih ingkar, kaumnya dijanjikan Allah dengan azab
Masa berlalu dengan pantas dan sampai hari ke-37 umatnya masih enggan mendengar nasihatnya. Akhirnya cukup 40 hari, awan hitam kelihatan di kaki langit. Melihat perubahan cuaca yang membimbangkan itu, Yunus segera keluar dari negerinya.

Umatnya yang menyedari azab Allah semakin hampir menimpa mereka, terus keluar rumah dan menuju ke satu tempat untuk bertaubat. Mereka mencari Yunus untuk mengadu perkara itu, tetapi sia-sia kerana rasulnya sudah berpindah ke tempat lain.

Allah yang Maha Pengampun menerima taubat mereka, lalu dihilangkan awan hitam itu. Selepas itu mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa, namun masih berusaha mencari Yunus, tetapi tidak dijumpai.

Firman Allah bermaksud: "Tatkala mereka (kaum Yunus) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu."

Nabi Yunus yang menghilangkan diri daripada kaumnya berlayar dengan sebuah kapal, tetapi dalam pelayaran itu berlaku taufan sehingga kapal yang dinaikinya hampir karam.

Memandangkan keadaan kapal tidak stabil, nakhoda bertanya: "Siapakah antara kamu yang menaiki kapal ini orang pelarian? Jika ada lebih baik mengaku saja dan terjun ke laut segera demi menyelamatkan penumpang yang ramai ini."
Apabila mendengar suruhan nakhoda itu, Nabi Yunus segera terjun ke laut dan terus dilambung ombak. Ketika itu juga datang seekor ikan paus menelannya, tetapi dengan pertolongan Allah beliau tidak mati dalam perut ikan terbabit.

Bagaimanapun, ketika berada dalam perut ikan, beliau tidak berhenti memohon keampunan dan berdoa kepada Allah supaya beliau diselamatkan.

Kemudian ikan itu berenang ke tepi pantai dan mengeluarkannya dalam keadaan selamat.

Firman Allah bermaksud: "Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok daripada jenis labu."

Selepas mengalami peristiwa itu, Yunus menuju ke negerinya dan dalam perjalanan pulang itu beliau berselisih dengan seorang pengembala, lalu bertanya: "Bagaimanakah keadaan orang-orang yang tinggal di kampung ini?"

Pengembala terbabit menjawab: "Keadaan orang di sini baik, hidup aman dan tenteram kerana sudah bertaubat kepada Allah, selepas melihat azab yang didatangkan Allah. Mereka menunggu nabinya yang telah lama meninggalkan mereka."

Mendengar jawapan pengembala itu, Yunus berkata: "Akulah nabi dan rasul mereka, Yunus." Selepas itu, pengembala terbabit memaklumkan kepulangan Yunus kepada kaumnya dan mereka ternyata sungguh gembira dengan berita itu.

Firman Allah bermaksud: "Dan Kami utus dia (Yunus) kepada 100,000 orang atau lebih, lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu."

Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/?

Huru-hara Kiamat


SURAH al-Takwir ini termasuk dalam kategori surah Makkiah. Ia berjumlah 29 ayat dan diturunkan selepas surah al-Masad. Hubungan surah ini dengan surah Abasa yang terdahulu ialah kedua-duanya menceritakan peristiwa hari kiamat dan bala bencananya

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada sahabat Umar r.a yang mengatakan bahawa: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin melihat hari kiamat yang seolah-olah dia melihat dengan mata kepalanya, maka bacalah: Idhashshamsu kuwwirat, idhassama'un fatarat dan idhassama'un shaqqat"

Firman Allah SWT: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)

Al-Maraghi berkata: Tanda-tanda datangnya hari Kiamat ialah ketika matahari digulung, cahayanya pudar dan hilang ketika dunia mengalami kehancuran sehingga tidak ada satu pun benda di alam lain yang boleh menggantikan benda-benda itu

Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak

Syed Qutb berkata: Gugurnya bintang dimaksudkan ia kelak akan terjatuh bertaburan dari sistem yang mengikatnya dan akan padam cahayanya. Allah SWT sahaja yang tahu bintang manakah yang akan jatuh bertaburan

Adakah kumpulan bintang-bintang yang dekat dengan kita atau galaksi yang terdiri dari ratusan juta bintang atau seluruh bintang yang tidak diketahui bilangannya melainkan Allah SWT

Namun, yang pastinya ada bintang-bintang yang akan gugur bertaburan pada hari kiamat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh berita yang benar ini. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja

Firman Allah SWT: Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)

Al-Maraghi berkata: Sehingga ikatannya terlepas dan terhempas di padang sahara dan terbang dibawa awan di atas kepala

Firman Allah SWT: Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar

Menurut al-Qurtubi bahawa tidak terurusnya unta bunting pada saat itu hanyalah sebagai perlambangan sahaja. Ini disebabkan pada hari kiamat sudah tidak ditemui unta bunting

Tuhan menggambarkan huru-hara hari Kiamat bagaikan satu keadaan di mana seseorang berangan-angan mempunyai unta bunting 10 bulan yang nescaya unta itu akan dibiarkan sahaja kerana amat sibuk menjaga urusan dirinya sendiri yang lebih kritikal itu

Firman Allah SWT: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan

Ibn kathir berkata: Dan umat manusia telah mengabaikan unta-unta pilihannya yang sedang bunting serta mengabaikan urusan kebajikannya sedangkan sebelum ini binatang itulah yang disayangi. Ini kerana mereka disibukkan dengan hal yang lebih utama tanpa memikirkan kewujudan hari kiamat dan peristiwa lain yang akan berlaku

Firman Allah SWT: Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur

Al-Maraghi berkata: Ia juga bermaksud laut meluap. Perkara ini disebabkan airnya bergelombang bagaikan lautan api kerana di dalam perut bumi terdapat magma yang dapat menggegarkan permukaan bumi

Pada ketika itu air mendidih dan terus berwap sehingga yang tinggal hanya bara api sahaja.

Kajian saintifik telah menetapkan bahawa di perut bumi terdapat gunung-gunung berapi yang selalu bergejolak dan menimbulkan gempa bumi yang hebat boleh menghancurkan dataran bumi dan gunung-ganang di beberapa daerah. Contohnya gempa bumi yang telah terjadi di Nessina, Itali pada tahun 1909 dan kemudian di Jepun. Dalam beberapa hadis disebutkan: "Bahawa laut itu adalah penutup neraka jahanam"

Firman Allah SWT: Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya. Iaitu ketika jiwa itu kembali kepada jasadnya ketika memasuki awal kehidupan akhirat. Pendapat ini daripada Ikrimah, al-Dahhak dan al-Sya'bi

Firman Allah SWT: Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?

Syed Qutb berkata: Kerendahan jiwa manusia di zaman jahiliah mengakibatkan tersebarnya adat menanam anak perempuan hidup-hidup kerana takut malu dan miskin. Adat ini telah diceritakan oleh al-Quran sebagai merakamkan keburukan zaman jahiliah. Ketika inilah Islam datang menyelamatkan umat arab dari jurangnya yang dalam dan mengangkat darjat manusia seluruhnya

Firman Allah SWT: Dan apabila surat-surat amal dibentangkan

Ibn Kathir berkata: Oleh yang demikian, hendaklah seseorang memperhatikan dengan apa dia mengisi lembaran catatannya.

Mujahid berkata: Iaitu ditarik. Sedangkan al-Suddi berkata: Iaitu dibuka dan al-Dahhak mengemukakan: Mengelupas dan kemudian menghalang

Firman Allah SWT: Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya

Al-Maraghi berkata: Ketika langit sudah terbuka secara keseluruhan sehingga tidak ada lagi apa yang dikatakan atas dan bawah

Firman Allah SWT: Dan apabila neraka dinyalakan menjelang

Al-Qatadah berkata: Neraka itu dinyalakan oleh murka Allah SWT dan pelbagai kesalahan anak cucu Adam a.s

Firman Allah SWT: Dan apabila syurga didekatkan

Al-Dahhak, Abu Malik, al-Qatadah dan al-Rabi' bin Khaitsam berkata: Iaitu mendekati para penghuninya

Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya

Al-Maraghi berkata: Pada saat seluruh kejadian yang telah diterangkan di atas berlaku, barulah setiap orang mengetahui amalannya yang diterima dan yang ditolak

Kebanyakan manusia yang sewaktu hidupnya di dunia ini tertipu oleh pujuk rayu syaitan, pada hari kiamat kelak akan mendapati amalan-amalan mereka itu ditolak dan tidak dihargai Allah SWT. Bahkan amalan itu dijauhkan daripada Allah SWT serta dia mendapat kemurkaan-Nya

Orang yang melakukan amalannya dengan riak untuk dilihat oleh orang ramai, maka amalannya itu hanya dianggap usaha yang sia-sia sahaja dan tidak diterima oleh Allah SWT

Oleh sebab itu, kita wajib memandang perbuatan kita dengan kacamata Islam dan menimbangnya dengan timbangan yang benar. Allah SWT hanya menerima amalan yang lahir daripada hati yang berisi keimanan, penuh cinta dan mengharapkan keredaan-Nya serta melakukan kewajipan-Nya dengan bersungguh-sungguh

Semoga kita bertambah keimanan berkenaan dengan hari kiamat dan seterusnya menjadikan kita golongan yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI 
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Dr. Burhanuddin Al-Helmy


Dr. Burhanuddin dilahirkan pada 29hb November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Taiping, Perak. Ayahnya berasal dari Minangkabau, Indonesia. Kehadirannya di bumi bertuah ini memberi sumbangan bermakna kepada politik Malaysia justeru beliau terlibat secara langsung dalam perjuangan menuntut kemerdekaan sejak sebelum pendudukan Jepun.

Dalam bidang perubatan homeopati, beliau merupakan lulusan Medical Doctor of Homoeopathy (M.D.H) dari Ismeliah Medical College, Hydrabad, India. Selain itu, beliau juga menerima ijazah Doctor of Naturopathy (N.D) daripada School of Naturopathy, London dan Doctor of Divinity daripada International Academy Canada. Beliau juga merupakan ahli International Federation of Naturopath (I.F.N) dan Homoeopathic Physician Association (H.P.A., London).

Di kalangan masyarakat homeopati di Malaysia beliau dikenali sebagai orang Melayu pertama yang belajar homoeopati dan bertanggungjawab memperkembangkannya pada dekad-dekad awal. Meskipun beliau dikatakan telah mempraktikkan ilmu perubatan homoeopati sejak tahun 1930an lagi, namun beliau terlalu sibuk dengan agenda politik semasa. Kerana itulah, hanya pada tahun 1953 atau 1954 baru beliau beroleh kesempatan mendidik pelajar perintis homoeopati.

Selepas merdeka pada tahun 1957, beliau melangkah ke hadapan dalam kerjaya politik apabila memenangi kerusi parlimen bagi tahun 1959-1964. Di waktu itu beliau mengusaha penubuhan persatuan homeopati yang pertama di Malaysia. Persatuan homeopati itu didaftarkan pada 1962 dan dikenali sebagai Persatuan Perubatan Homoeopathy Malaysia (Malaysian Homoeopathic Medical Association) atau PPHM. Pada masa yang sama beliau dilantik sebagai presiden persatuan yang pertama.

Selain bijak dan petah berucap, Dr. Burhanuddin juga mahir menulis. Beliau banyak menyumbangkan hasil tulisan baik dalam bidang politik maupun homoeopati. Banyak artikel yang ditinggalkan beliau. Sebahagian daripada tulisan itu telah diterbitkan, khususnya mengenai politik. Buku-buku homeopati beliau telah disalin dan diperturunkan kepada kerabat homeopati dari generasi pertama, tetapi malangnya tiada satupun diterbitkan. Sedangkan karyanya mengenai falsafah homeopati, materia medika dan biokimia merupakan rujukan utama dalam bahasa ibunda bagi para pelajar homeopati di Malaysia untuk dua dekad yang pertama.

Sumber: http://www.homeolibrary.com/

Burhanuddin al-Helmy bin Hj.Mohammad Nor dilahirkan pada 29 November 1911 di kampung Changkat Tualang, mukim Kota Bharu, Taiping, Perak.  Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik kepada pasangan berketurunan darah campur Minangkabau-Arab. Bapanya, Haji Mohammad Nor adalah perantau dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera.

Pada tahun 1908, Haji Mohammad Nor datang ke Tanah Melayu selepas pulang dari Mekah setelah berada di sana beberapa tahun untuk mempelajari selok belok pengajian agama disamping menunaikan fardhu haji. Selain ingin menunaikan fardhu haji dan mempelajari hal-ehwal agama di Mekah, sebenarnnya pemergian Haji Mohammad Nor ke Mekah bertujuan untuk mengelak daripada tekanan pihak penjajah Belanda yang mengenakan cukai kepala dan mewujudkan buruh paksa  yang terdiri daripada para pemuda tempatan.

Lantaran itu, sekembalinya dari Mekah dalam usia 18 tahun, beliau terus menuju dan menetap di Changkat Tualang, Perak.  Ibu Burhanuddin pula berketurunan Arab yang berhijrah ke Perak dari Melaka kerana mencari rezeki lebih bersama keluarga. Akhirnya Sharifah Zahrah binti Habib Osman bertemu jodoh dengan Haji Mohammad Nor di Changkat Tualang dan perkahwinan mereka direstui oleh ibubapa kedua belah pihak.

Di peringkat awal, Burhanuddin mendapat pendidikan di beberapa buah sekolah Melayu yang terletak di Behrang Ulu, Bakap, Kota Bharu, di Perak.  Beliau mendapat pendidikan agama daripada bapanya sendiri yang pernah menetap dan berguru di Mekah suatu ketika dulu. Burhanuddin meminati bahasa-bahasa lain dan pernah mempelajari bahasa Cina daripada anak seorang pekedai Cina di kampungnya dan juga bahasa Tamil daripada seorang penoreh getah di kebun getah bapanya pada masa lapang. Ketekunan beliau akhirnya membolehkan dia membaca dan bertutur dengan bahasa-bahasa tersebut untuk perbualan harian.

Tokoh ini amat gemar membaca dan pernah membaca kitab-kitab ayahnya meskipun pada masa itu beliau masih belum dapat memahami dengan baik isikandungannya. Ketika membaca, tumpuannya begitu khusyuk sekali. Dia juga merupakan seorang anak yang memiliki sifat ingin tahu yang tinggi terutama sekali dalam soal ketuhanan dan ayahnya lah menjadi sasaran utama untuk beliau bertanya berkaitan dengan soal ketuhanan.

Semasa menduduki darjah lima, minatnya dalam bidang penulisan karangan mulai menyerlah. Dalam merealisasikan minatnya, beliau berusaha membuat sebuah majallah dengan menggunakan buku tulis sekolah. Tulisan jawi yang digunakan sebagai tulisan rasmi di sekolah-sekolah Melayu pada masa itu dapat dikuasainya dengan begitu amat baik sekali.

Semasa dalam usia remaja, Burhanuddin pernah dihantar oleh bapanya untuk belajar pondok di kampung asal bapanya, Sungai Jambu selama 6 bulan. Kemudian dia berpindah ke Pondok Pulau Pisang di Jitra, Kedah untuk belajar dan hanya kekal disana selama 2 bulan sahaja. Sebenarnya pusat pengajian  pondok yang mengamal system menadah dan menghafal kitab tidak digemari oleh Burhanuddin kerana baginya sistem ini tidak banyak membuka peluang untuk murid dan guru bersoal jawab. Lalu ayahnya mengizinkan beliau belajar di Madrasah al-Mahsyor Pulau Pinang (1927-1933). Madrasah ini dikendali oleh Kaum Muda. Lantaran kecemerlangan pelajarannya, Burhanuddin terpilih sebagai salah seorang yang layak menerima biasiswa kumpulan saudagar India Islam di Pulau Pinang untuk belayar ke India pada tahun 1934.

Di India, beliau mendalami ilmu falsafah di University Alirgah, New Delhi dan mendapat ijazah pertama dalam bidang falsafah dan sastera di Universiti Aligarh. Selain itu, beliau juga terdedah kepada ajaran tasawwuf Naqsyabandiah dan ideologi politik Mahatma Gandhi. Pada tahun 1936 semasa kembali ke tanahair, beliau menuju ke Singapura dan bertemu Dr.Rajah untuk mendalami bidang homeopati. Semasa berada di luar negara khususnya di Timur tengah, Burhanuddin berusaha memahami perjuangan Kaum Muda yang mula menular di Tanah Melayu sekitar awal abad ke-20.

Sebagai seorang yang berfahaman Kaum Muda di peringkat antarabangsa yang berpelajaran tinggi tentulah agak sukar bagi beliau menyesuaikan diri dengan amalan-amalan agama Islam di kampung-kampung yang pada keseluruhannya bersifat lama secara turun temurun. Pemahaman tentang al-Quran dan hadis juga tidak dilakukan dengan betul. Beliau pernah menegur bilal masjid, Haji Haron (bapa saudaranya) yang masih bercakap menegur orang ramai supaya diam sedangkan imam telah naik ke atas mimbar. Sepatutnya bilal juga kena turut diam seperti orang lain juga. Teguran itu memalukan Haji Haron.

Ekoran ini, satu perjumpaan diadakan bagi menjernihkan kekeruhan dan mencari penyelesaian. Keadaan menjadi bertambah tegang apabila Burhanuddin mencabar  berkali-kali Haji Harun untuk mengemukakan kitab-kitab yang dikatakan mengandungi dalil-dalil yang menyokong tindakan Haji Harun. Mulai detik itu, beliau mula dipandang serong oleh sebahagian penduduk yang sudah biasa dengan pegangan Kaum Tua. Hal ini diketahui oleh Mufti Perak, Haji Mohd.Zain yang kemudiannya memanggil Burhanuddin ke Kuala Kangsar dan menasihatinya agar keluar dari kampungnya demi mengelak perbalahan terus berterusan. Hal ini juga sampai ke pengetahuan Sultan Perak, Sultan Iskandar yang juga tidak bersetuju dengan pegangan Kaum Muda.

Akhirnya Burhanuddin membawa diri ke Singapura yang mengamalkan dasar terbuka. Lantaran dasar itu, Singapura merupakan syurga kepada golongan cerdik pandai Melayu yang berkumpul dan menerbitkan majallah serta akhbar-akhbar dalam pelbagai bahasa. Disebabkan mampu berbahasa Arab, Burhanuddin diterima mengajar bahasa tersebut di Madrasah al-Junid. Di Singapura juga beliau berusaha menerbitkan sebuah majallah bertajuk Taman Bahagia. Namun selepas satu jam diterbitkan, beliau ditangkap oleh pihak British kerana menganggap isikandungan majallah itu tentang masalah rakyat Palestin yang dicabut hak mereka oleh British dan Yahudi sebagai satu dakyah untuk memburukkan pihak British. Beliau didenda sebanyak $1,000. Burhanuddin diikat jamin oleh salah seorang ahli keluarga al-Sagof setelah didesak oleh seorang pemimpin pembebasan Palestin yang datang ke Singapura.  Dengan ikat jamin tersebut, beliau hanya dilokap selama satu malam sahaja.

Selepas dibebaskan, kehidupan beliau sebagai guru bahasa Arab di Madrasah al-Junid diteruskan kembali disamping membuka klinik homeopati bersama Dr.Rajah. Semangat kental beliau untuk membela nasib orang-orang Melayu muslimin mendorong beliau terbabit dalam beberapa organisasi politik. Antaranya ialah Kesatuan Melayu Muda atau KMM (pada zaman penduduk Jepun). Pada 10hb.Oktober 1969, reformis muslim ini kembali ke rahmatullah lantaran penyakit yang dideritainya semenjak berada dalam tahanan ISA.

Sumber: http://towardsmardhatillah.wordpress.com/

Tuesday, June 29, 2010

Keadilan (Fairness) Dalam Pentaksiran


Guru hendaklah memastikan prosedur pentaksiran adalah adil bagi semua murid, dan ianya tidak mendiskriminasikan kumpulan murid dengan masalah etknik, perkauman, jantina, gender, atau kumpulan kurang upaya atau istimewa. Prosedur pentaksiran akan menjadi tidak adil jika ianya menunjukkan ketidakadilan dengan menyinggung kumpulan murid, atau dengan cara mereka merujuk kepada kumpulan murid dan merendahkan skor yang diberikan atau lain-lain prosedur kualiti yang menurunkan prestasi dan kebolehan murid dalam menjawab soalan dengan betul. Keputusan pentaksiran dari kumpulan yang berlainan tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sama hendaklah serupa. Jika skor murid diturunkan oleh kerana masalah atau kedudukan kumpulan maka prosedur pentaksiran adalah mendiskriminasikan.

Guru kadang-kadang memperolehi bukti bahawa ujian bebas yang dijalankan telah dikaji semula dan/atau telah dianalisa secara statistik bagi meghapuskan ketidakadilan. Bagaimanapun , mereka tidak seharusnya terus menerima bukti tersebut, mereka hendaklah mengkaji bukti yang dikemukakan bagi memastikan pentaksiran dijalankan secara adil. Mereka harus mengkaji kaedah yang digunakan untuk memastikan keadilan, tumpuan terhadap kumpulan, perwakilan atau "representativeness" dan kredibiliti pengkajisemula "reviewers", dan isu dan sensitiviti pengkaji semula yang biasanya sangat prihatin. Jika maklumat yang disediakan tidak memberi keadilan, pendidik hendaklah menjalankan analisa tambahan. Mereka juga harus mengkaji keadilan terhadap prosedur pentaksiran yang diperolehi dari organisasi selain dari penerbit ujian komersial (seperti penerbit bukuteks atau dari lain-lain badan pentaksiran) atau dibina ditempat sendiri.

Peranan Penilaian Dalam Pendidikan

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan bengkel sekolah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru 'mengajar' dan pelajar 'belajar'.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah dan bengkel sekolah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira.

Pelajar yang berlainan gred misalnya boleh mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple delivery ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.

Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat.Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain). Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran. Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar.

Tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun/tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun/tahap yang sama.

Manakala pelajar yang berprestasi lemah, tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya.

Pada akhir sesuatu tempoh, semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan.

Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item.Satu kumpulan item (item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa. Untuk memastikan bank item yang sentiasa mengandungi item pelbagai strand atau kemahiran yang bermutu, perkara berikut perlu dilaksanakan
pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina analisis item untuk memastikan item bermutu dipilih

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan ujian ialah ujian perlu mengandungi unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan, menimbulkan kesediaan dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.

Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Antara strategi yang boleh dijadikan panduan semasa merancang ujian ialah:

1. Tentukan tujuan ujian.
  • mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.
  • menilai kemahiran pra-syarat.
  • menilai tahap penguasaan ilmu.
  • merancang program pemulihan dan pengayaan.
2. Tentukan bidang yang akan dinilai
  • aspek kognitif
  • aspek afektif - nilai/sikap
  • aspek kemahiran (Pedagogi, Pemudahcaraan, Berfikir, Belajar, Teknologi Maklumat)
  • aspek personaliti (Tingkah laku, Gaya kognitif, Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences), Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)
Ujian memerlukan perancangan yang rapi. Jadual Penentuan Ujian (JPU) merupakan satu blue print yang dapat membantu penggubal soalan menyediakan soalan mengikut kriteria yang ditentukan. Setiap ujian perlu ada jadual spesifikasinya ataupun JPU. Guru boleh merancang dan mentadbir ujian dengan menggunakan item dari bank item berpandukan JPU tertentu.

Guru memilih item berdasarkan item dalam bank dan jenis ujian bertulis mengikut format ujian yang diperlukan. Guru boleh menyediakan satu ujian mengikut bilangan, arahan yang diberi dan mencetak ujian mengikut bilangan pelajar yang akan diuji.

Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran. Setiap item penentuan ujian mengandungi perkara-perkara berikut : nombor pengenalan objektif, tahap gred, rangkuman matapelajaran, pengenalan tujuan, penerangan kemahiran, rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah kepada guru dalam memaklumkan pencapaian pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang persediaan menghadapi ujian.
  1. Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan pembentukan jadual penentuan ujian termasuklah : Menentukan dan membentuk piawaian
  2. Membina spesifikasi ujian
  3. Membina item
  4. Mendaftar dan mentadbir ujian
  5. Penskoran, analisa dan pelaporan.
Bagi tujuan menentukan piawaian, maklumbalas dari ahli-ahli dari pelbagai bidang hendakah diperolehi. Untuk tujuan itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian, bilangan item ujian dan masa yang diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi kandungan dan kemahiran, ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan dan ujian diskriminasi ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Menurut Hecht (1974), Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item dan pengujian awal. Pendaftaran dan pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat ujian dan pentadbiran ujian.

Langkah terakhir perlu dilakukan oleh guru dengan membuat penskoran, penanalisaan dan pelaporan keputusan. Ini adalah untuk guru melakukan tindakbalas yang lebih berkesan terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara "apa yang dihasilkan" dengan "apa yang dihasratkan" dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.




Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. Rajah 1 di bawah menunjukkan carta alir bagaimana proses pembinaan ujian hingga ke menganalisa item ujian.

Rajah 1:Carta alir membina ujian

SEJARAH PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK


Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik di negara ini.

Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C. Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario, Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya, mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan, bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya.Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.

Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.

MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.
MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992.Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL).

Monday, June 28, 2010

Wajah kesayangan Hamba

video

Rentap


Masyarakat Sarawak di sini terdiri daripada pelbagai bangsa terutama masyarakat Iban, Melayu dan Cina. Masyarakat Iban Betong kebanyakkannya tinggal di kawasan pedalaman di sepanjang Sungai Layar, Sungai Spak dan Sungai Padeh. Di kawasan Spaoh dan Debak pula lebih tertumpu di kawasan Ulu Paku, Ulu Rimbas, Ulu Bayor dan sedikit tinggal di sepanjang jalan Pusa. Mereka mengamalkan pertanian pindah (padi bukit) di samping getah, lada dan koko sebagai tanaman komersial. Antara tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu di kawasan ini termasuklah seorang panglima yang bernama Rentap.

Manakala masyarakat Melayu pula ramai yang mendiami kawasan hiliran dan persisiran pantai meliputi kawasan Pusa, Debak, Spaoh dan Maludam sedikit di kawasan pinggiran pekan. Pekerjaan tradisi masyarakat ini termasuklah menjadi nelayan terutama di Kampung Pusa dan sekitarnya. Mereka juga pada zaman awalnya bergiat dalam usaha penanaman padi di pinggiran sungai. Selain daripada itu, ada juga yang melibatkan diri dengan aktiviti pembalakan terutama di sekitar Beladin. Seperti juga masyarakat Iban, masyarakat Melayu di sini juga tidak kurang hebatnya dengan nama-nama tokoh terkenal seperti nama Datuk Patinggi Udin, Abang Abdul Kadir, Abang Godam dan Datuk Patinggi Kedit.


Penduduk Cina pula kebanyakannya tinggal di pekan, sama ada di Betong, Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam. Pada tahun 1927, pekan Betong dikatakan mempunyai 16 buah unit kedai sahaja yang dimonopoli oleh masyarakat Cina. Tidak dinafikan juga masyarakat Cina di sini pada awalnya ada yang tinggal di pinggir pekan bagi mengusaha tanaman sayur-sayuran. Golongan ini lebih dikenali sebagai 'Cina Kebun'.

Seperti juga di daerah-daerah lain di negeri Sarawak, Betong juga mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah. Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang "White Colonial Regime" yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar dan Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Regime Brooke telah membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Regim Brooke membuat serangan besar-besaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861.

Sumber: http://sejarahmalaysia.pnm.my/

Allah limpahkan rezeki Ilyas


NABI Ilyas, seorang daripada keturunan Nabi Harun. Diutuskan Allah kepada satu kaum daripada Bani Israel yang berada dalam kesesatan kerana mereka menyekutukan Allah dengan menyembah patung dan berhala bernama Ba'al.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk seorang rasul. Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya; mengapa kamu tidak bertakwa kepada Allah? Patutkah kamu menyembah Ba'al dan kamu tinggalkan sebaik-baik pencipta, iaitu Allah Tuhanmu, Tuhan bapa-bapamu yang terdahulu."

Bagaimanapun, kaum Bani Israel tidak mempedulikan nasihat nabi itu. Mereka meneruskan perbuatan salah itu, malah dengan riak dan sombong mahu membunuh Ilyas pula, sehingga menyebabkan beliau terpaksa menyembunyikan diri.

Ilyas menjadikan rumah kosong di kawasan sunyi untuk bersembunyi. Satu hari, ketika memasuki sebuah rumah untuk bersembunyi, beliau menemui seorang kanak-kanak lelaki, lalu diambilnya kanak-kanak itu dijadikan anak angkat.

Kanak-kanak itu sebenarnya Ilyasa bin Akhtab bin Ayuz. Ilyas yang menjadikannya anak angkat sering membawanya ke mana saja, sehingga Allah mengurniakan keberkatan kepada mereka.
Misalnya Allah menganugerahkan rezeki yang melimpah kepada Ilyas, dengan makanan terus terhidang di mana saja beliau singgah untuk bersembunyi. Anugerah yang luar biasa itu berlaku apabila Ilyasa sudah dewasa.


Keadaan itu menyebabkan orang Bani Israel yang sentiasa memburu Ilyas dapat menghidu kedatangannya. Seorang daripada mereka berkata: "Tentu rumah ini sudah dimasuki Ilyas."

Walaupun nasihat dan amaran diberikan, kaumnya langsung tidak mendengarnya, malah terus memburunya. Mereka terus menyembah berhala sehingga Allah menurunkan azab, iaitu kemarau yang panjang mengakibatkan semua kawasan tandus.

Hujan tidak diturunkan beberapa tahun, mengakibatkan kebun dan ladang mereka kering, ternakan mati bergelimpangan kerana tiada makanan sehingga mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan dan minuman.


Disebabkan tidak tahan dengan kesengsaraan itu, mereka mengambil keputusan untuk menemui IIyas dengan cara baik. Mereka mahu meminta Ilyas berdoa kepada Allah, supaya diturunkan hujan, sekali gus mengembalikan semula kesuburan di kawasan itu.

Bagi memastikan Ilyas melakukan permintaan itu, seterusnya ia diterima Allah, mereka berjanji mahu mengikuti ajaran Ilyas, beriman kepada Allah dan meninggalkan penyembahan berhala.

Ternyata doa Nabi Ilyas diterima dan Allah terus menurunkan hujan, sehingga kawasan yang tandus tadi bertukar menjadi subur dan mereka dapat menjalani kehidupan dalam kemakmuran seperti dulu.

Namun, lama-kelamaan janji itu dilupai dan akhirnya Allah lenyap dalam hati mereka. Mereka kembali dengan amalan sebelum ini, iaitu menyembah berhala, malah kali ini mereka bertambah kerap melakukan penyembahan itu.

Memandangkan nikmat yang dikurniakan dibalas dengan perbuatan syirik menyekutukan-Nya, Allah menurunkan azab sekali lagi dan ia adalah azab terakhir, sehingga semua kalangan mereka hancur binasa. Bagaimanapun, Nabi Ilyas dan Ilyasa terkecuali daripada azab itu kerana mereka berdua beriman dan berbakti kepada Allah.

Bagi Nabi Ilyasa, kisahnya agak berlainan sedikit, kerana tidak mendapat tentangan daripada kaumnya, malah mereka patuh kepada ajarannya dan beriman kepada Taurat, yang menyeru kepada mengesakan Allah.

Beliau diangkat menjadi rasul ketika dewasa. Kerasulannya disebut al-Quran bersama beberapa rasul sebelumnya. Firman Allah bermaksud: "Dan Ismail, Ilyasa, Yunus dan Lut, masing-masing Kami lebihkan darjatnya atas umat pada masanya."

Sewaktu hayat Nabi Ilyasa, umatnya memang patuh kepada segala ajaran supaya beriman kepada Allah, dengan mengikuti nasihat yang terkandung dalam Taurat tanpa banyak soal, tetapi selepas kewafatannya keadaan berlaku sebaliknya.

Umatnya terus membelakangkan kitab Taurat, menyebabkan mereka berada dalam kesesatan, sehingga melakukan penderhakaan terhadap Allah. Perbuatan mereka yang salah itu dibalas Allah dengan azab, iaitu menarik segala nikmat yang dikecapi mereka selama ini. 

Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/

Peranan Kepentingan Usahawan Kepada Diri, Masyarakat dan Negara



  1. Peluang untuk mengawal nasib sendiri: Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Usahawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam hidup ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalnya seorang usahawan yang memerlukan modal tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya, ia boleh bekerja lebih masa dan menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang lebih banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai cara dapat dilakukan oleh seorang usahawan bagi mengawal nasibnya.
  2. Peluang untuk mencapai potensi sebenar: Untuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang usahawan harus menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai hasratnya. Disini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya sendiri. Tercapai atau tidak matlamat selalunya tidak begitu penting setelah ia berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila segala potensi yang ada telah digunakan.
  3. Peluang untuk memperolehi keuntungan: Mendapat untung sememangnya adalah salah satu matlamat seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan. Pulangan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya.
  4. Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara: Seorang usahawan yang berjaya bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, mereka juga telah banyak mendermakan wang untuk aktiviti masyarakat. Usahawan juga telah banyak membantu mempertingkatkan kualiti infrastruktur dalam sesebuah kawasan perniagaannya contohnya jalan, secara masyarakat di kawasan dapat menggunakan kemudahan tersebut. Seorang usahawan yang berjaya akan menjadi contoh kepada masyarakat dan ia juga dapat mengharumkan nama negara kerana usaha-usaha murni yang telah ditunjukkan.

Penjaminan Kualiti dan Isu Kebolehpercayaan dan Kesahan

Setiap individu yang melibatkan diri dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran adalah bertanggungjawab dalam memastikan pentaksiran yang dijalankan adalah terjamin kualiti dan mutu. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama ketika membina sistem pentaksiran; memilih atau membina prosedur pentaksiran; mentadbir prosedur pentaksiran; dan ketika memberi skor, membuat pelaporan dan mengunakan keputusan. Pentaksiran yang berkualiti rendah adalah rendah tahap pengunaannya. Informasi yang dihasilkan tidak akan menunjukkan keadaan sebenar tahap pembelajaran pelajar dan ini membantu atau memberi maklumat yang mencukupi untuk pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan sistem pendidikan dan pembelajaran. Masa dan sumber yang diperuntukkan untuk perancangan dan pentadbiran sistem akan terbuang dan menjadi sia-sia. Indikator atau petunjuk utama bagi jaminan kualiti adalah kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan.

Lima faktor utama yang perlu dan penting bagi menjamin kualiti pentaksiran adalah disenaraikan, Tiga faktor pertama iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability) dan keadilan (fairness) sering digunakan disekolah dan juga diperingkat nasional bagi tujuan menumpukan perancangan pembangunan. Dua lagi faktor seperti pentadbiran pentaksiran dan penyelarasan (alignment) juga merupakan faktor kritikal dalam memastikan kejayaan bagi proses peningkatan pentaksiran
  1. Kesahan (validity) adalah keadaan dimana pentaksiran mengukur apa yang diperlukan bagi tujuan tertentu dan keputusan seperti yang diterjemahkan dan digunakan, adalah bermakna dan mewakili pengetahuan atau kemahiran spesifik.
  2. Kebolehpercayaan (reliability) adalah nilai ketekalan, kestabilan keputusan atau hasilan pentaksiran. Definisi kebiasaan bagi kebolehpercayaan adalah darjah atau tahap dimanan pentaksiran adalah bebas dari ralat pengukuran.
  3. Keadilan (fairness) bermaksud prosedur pentaksiran yang tidak mendiskriminasikan kumpulan pelajar tertentu (sebagai contoh, pelajar dari pelbagai kaum, etknik, kumpulan gender atau pelajar yang kurang upaya).

Ketiga-tiga faktor ini mewakili elemen-elemen sebuah sistem pentaksiran yang baik. Prosedur atau hasilan pentaksiran yang menunjukkan nilai kesahan yang tinggi tetapi nilai kebolehpercayaan yang rendah sebenarnya menunjukkan kesahan yang rendah dan tidak boleh digunakan secara terus kerana perbezaan skor pelajar dan masa berkemungkinan disebabkan oleh ralat rawak dan bukan disebabkan perbezaan sebenar pencapaian mereka.

Pentaksiran yang mempunyai bilangan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi nilai kesahan yang rendah menunjukkan dengan tepat pengukuran sesuatu yang bukan dihajati dan keputusannya adalah tidak bermakna jika dikaitkan dengan tujuan yang dikehendaki. Oleh kerana ianya hanya mewakili pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diukur, ianya menjadi tidak perlu.

Pentaksiran yang dianggap mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi mendiskriminasikan kumpulan pelajar tertentu hendaklah tidak digunakan kerana ianya didapati tidak adil dan seterunya tidak sah.

Sungguhpun ketiga-tiga indikator tersebut adalah menjadi keperluan, kesahan merupakan faktor yang terpenting. Namun begitu, pendidik atau guru banyak memberi tumpuan dan mencari bukti mengenai kebolehpercayaan dan tidak menitikberatkan hal kesahan.

5 Perkara Yang Perlu Diketahui/Difahami Sebelum Membina Item

Menulis dan membina Item yang berkualiti memerlukan kombinasi dari segi kesahan dan kebolehperyaan yang tinggi. Jadual Penentuan Ujian dijadikan panduan ketika proses menulis dan membina item bagi memastikan item tersebut tidak lari dari konstruk, dan yang paling penting sekali item yang dibina tidak lari dari Huraian Sukatan Pelajaran. Item yang dibina harus mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif pelajar dapat menkelasfikasi kemampuan pelajar yang berbeza kebolehan. Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), terdapat lima perkara yang perlu diketahui dan difahami sebelum membina item iaitu;
  1. konsep dan teori asas pentaksiran.
  2. konsep kesahan dan kebolehpercayaan.
  3. konstruk yang ditaksir
  4. prinsip pembinaan item.
  5. prinsip penilaian item.
Model Rasch dipilih dalam menentukan kualiti item yang dibina, kerana Model Rasch tersebut tersebut adalah model satu parameter. Menurut Wright dan Stone (1979), Model Rasch mengendalikan bahawa respon terhadap sesuatu item dipengaruhi oleh dua faktor iaitu; (i) kebolehan respon dan (ii) kesukaran item. Oleh yang demikian untuk membina item yang berkualiti memerlukan langkah-langkah yang sistematik bermula dari peringkat proses pembinan item, kemudian peringkat menganalisa kebolehpercayaan melalui kajian rintis, dan peringkat yang terakhir adalah menganalisi respon pelajar terhadap item dari segi kesahan, kebolehpercayaan, kesukaran item dan kebolehan pelajar.

Sunday, June 27, 2010

Azab pengikut Firaun


ALLAH SWT memerintahkan Nabi Musa supaya menyampaikan kepada Firaun bahawa sekiranya Firaun tidak berhenti melakukan kezaliman dan enggan beriman terhadap Allah, maka Allah SWT akan menurunkan seksa dan azab kepadanya.

Lalu Nabi Musa menghadap Firaun bagi menyampaikan perintah Allah itu kepadanya. Namun Firaun bersama pengikutnya enggan menurut perintah tersebut.

Beberapa hari selepas Nabi Musa menghadap Firaun, Allah menurunkan azab seperti yang telah dijanjikan. Allah mendatangkan kemarau yang berpanjangan ke atas bumi Mesir.

Ini mengakibatkan tanam-tanaman tidak tumbuh dan Sungai Nil yang besar dan luas menjadi kering kontang. Maka berkuranglah sumber makanan sehingga berlakunya kemarau dan kebuluran yang teruk.

Namun begitu, Firaun bersama pengikutnya tetap berdegil. Tidak sedikit pun mereka mengendahkan azab yang diturunkan oleh Allah SWT itu. Orang yang beriman telah menyuruh Nabi Musa memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan, maka Allah menurunkan hujan kepada mereka.

Apabila Allah menurunkan hujan dan menyuburkan segala tanaman, Firaun dan pengikutnya mendakwa itu adalah hasil usaha daripada mereka. Sedangkan ketika berlakunya kemarau, mereka menyatakan bencana itu disebabkan oleh Nabi Musa. Firaun bersama pengikutnya semakin sombong.

Oleh kerana kesombongan mereka itulah, Allah SWT menurunkan pula taufan yang dahsyat sehingga menenggelamkan segala tanaman mereka. Disebabkan terdesak, para pengikut Firaun datang menemui Nabi Musa.

"Wahai Nabi Musa, selamatkanlah kami daripada azab ini. Sekiranya engkau menyelamatkan kami, kami akan menerima ajaranmu," janji pengikut Firaun. Mendengar kata-kata pengikut Firaun itu, Nabi Musa berasa amat gembira. Lalu baginda memohon kepada Allah agar dihentikan bencana itu.
Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa dan segala tanaman mereka kembali subur. Namun, mereka telah mengingkari janji.

Lantas Allah SWT menurunkan pula belalang dan kutu-kutu yang tidak terkira banyaknya untuk memusnahkan tanaman mereka. Sekali lagi mereka terpaksa meminta Nabi Musa. Namun memungkiri lagi.

Selepas itu mereka menderita pula menanggung pelbagai penyakit. Ada di antara mereka yang darahnya keluar bercucuran dari mulut dan ada mengalir dari hidung dan telinga. Tanpa segan silu mereka datang lagi menemui Nabi Musa. Sesungguhnya Allah SWT Maha Penyayang. Dia telah menghentikan azab itu. Namun mereka masih tidak mahu beriman.

Akhirnya Allah telah menukarkan pula air Sungai Nil menjadi darah. Air itu digunakan sebagai sumber keperluan mereka. Akan tetapi air itu hanya menjadi darah apabila kaum Qibti yang mengambilnya. Peristiwa itu berlaku selama tujuh hari. Sekali lagi mereka datang menemui Nabi Musa.

Dengan penuh kepercayaan terhadap mereka, maka Nabi Musa sekali lagi berdoa kepada Allah SWT. Kemudian Allah yang Maha Pengampun telah menghilangkan malapetaka ke atas mereka. Segala seksaan yang hebat itu lenyap. Namun, mereka masih lagi enggan menerima ajaran Nabi Musa.

Setelah Allah SWT menurunkan segala seksaan dan bala kepada mereka, namun ramai lagi yang tidak mahu beriman kepada ajaran Nabi Musa.

Walaupun begitu, terdapat sebahagian lagi yang telah menerima ajaran tersebut. Firaun tidak boleh menghalang mereka yang telah beriman ini kerana Allah telah menetapkan hati dan keimanan mereka kepada-Nya

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Kau Pergi Jua

video


Kursus Membina Laman WEB Anjuran ULKS SMVBP & PERDA (26 Jun 2010)

En. Zamri sedang memberi taklimat dan memperkenalkan penceramah dari PERDA En. Megat
Depan dari kiri: Cik Azreen, Pn. Siti Rokiah, Pn. Zakiah dan Pn. Lim
Belakang dari kiri: Pn. Faridah, Pn Siti Najwa, Cik Mahfuzah, Pn. Roslinda dan Cik Yusniezawati
En. Khoo dan En. Zamri
Pn. Fazli, En. Hamsaril dan En. Jamil
Guru-sedang menumpu ceramah yang disampaikan
Peserta-peserta kursus sedang cuba membina laman sendiri, setelah ditunjukkan teknik membina laman WEB
Penceramah dari PERDA (En. Megat) sedang menunjuk cara membina laman WEB kepada Pn. Roslina dan Pn. Asmawati sedang memikir cara membuat persembahan yang lebih menarik pada laman WEbnya
Pn. Siti Aishah dan Pn. Suhaida peserta yang mula-mula berjaya menyiapkan laman WEB mereka
En. Johari berjaya membina laman WEB yang paling menarik
En. Johari sedang menunjuk ajar kepada Pn. Sarina bagaimana membina Laman WEB
Sesi kompetensi! Peceramah sedang mentaksir peserta untuk memberikan sijil kepada mereka yang berjaya membina laman WEB berdasarkan standard yang diperlukan
Antara peserta yang gembira kerana diistiharkan telah kompeten dan akan diberikan sijil
En. Adam (S/U ULKS) mengiringi Pn. Latifah (Pengetua) untuk menyampaikan cenderahati kepada En. Megat (Penceramah  PERDA)
Jamuan makan setelah tamat kursus
En. Jamil (dalam hati: Best jugak kursus ni! nanti nak buat laman WEB pasai pancing)
PENGHARGAAN

ULKS SMVBP ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan terhadap individu yang telah menjayakan Program Kursus Membina Laman WEB.  Terutama sekali sekali kepada:
1. Pn. Latipah Bt. Mohd. Yusof (Pengetua SMVBP)
2. En. Ilyas B. Che Ali (Penolong Kanan 1 SMVBP)
3. En. Othman B. Mohd. Nor (PK HEM SMVBP)
4. Pn Zalina Bt. Harisson (PK Koku SMVBP)
5. En. Tan Meng Ting (Guru Kanan Vokasional)
6. En. Adam B. Othman (SU. ULKS)
7. Peserta-peserta kursus

Jutaan terima kasih tidak terhingga ini  dan penghargaan juga ditujukan kepada pihak PERDA terutama sekali penceramah En. Megat. Semoga Allah membalas segala budi baik kepada anda semua.

Ratu Balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman


SELESAI membangunkan Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tidak ada ketika dipanggil.

Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: "Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan..."

Firman Allah, bermaksud: "Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata; aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.

"Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah..."

Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis.

Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan: "Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?

"Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.

"Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga."

Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman.

Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.

Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba ditanya Sulaiman: "Seperti inikah singgahsanamu? Dijawab Ratu Balqis: "Ya, memang sama apa yang seperti singgahsanaku?

Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu, dikiranya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya.

"Berkatalah Sulaiman; sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca. Berkatalah Balqis; Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam."

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.

Demikian kisah Sulaiman dengan tenteranya terdiri daripada manusia, haiwan dan jin dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa.

Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.

Firman Allah: "Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya.

"Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan."


Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/

Friday, June 25, 2010

Sulaiman kawal jin, haiwan


NABI Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

Allah berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya semua ini benar-benar satu anugerah yang nyata."

Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya, beliau cuba mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi menyelesaikan perselisihan antara dua pihak, masing-masing membabitkan pemilik haiwan ternakan dan kebun.



Walaupun ketika itu usianya masih muda, pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud memutuskan pemilik haiwan supaya menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi disebabkan ternakannya memasuki dan merosakkan kebun itu.

Sulaiman yang mendengar keputusan bapanya mencelah: "Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya.

"Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya." Pendapat yang dikemukakan Sulaiman dipersetujui kedua-dua pihak. Malah orang ramai yang menyaksikan perbicaraan itu kagum dengan kebolehan beliau menyelesaikan perselisihan terbabit.

Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah dan ia juga sebagai bibit permulaan kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel.

Namun, abangnya Absyalum tidak meredai beliau melangkah bendul dalam hiraki pemerintahan itu, malah mendakwa dia yang sepatutnya dilantik putera mahkota kerana Sulaiman masih muda dan cetek pengalaman.

Absyalum mahu mendapatkan takhta itu daripada bapa dan adiknya. Justeru, dia mula menunjukkan sikap baik terhadap rakyat, dengan segala masalah mereka ditangani sendiri dengan segera, membuatkan pengaruhnya semakin meluas. Sampai satu ketika, Absyalum mengisytiharkan dirinya sebagai raja, sekali gus merampas kekuasaan bapanya sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di kalangan Bani Israel. Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitulmaqdis, menyeberangi Sungai Jordan menuju ke Bukit Zaitun.

Tindakannya itu semata-mata mahu mengelakkan pertumpahan darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki istana bapanya. Di Bukit Zaitun, Nabi Daud memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan Bailtulmaqdis daripada dimusnahkan anaknya yang derhaka itu.

Allah segera memberi petunjuk kepada Nabi Daud, iaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum memulakan peperangan itu, Nabi Daud berpesan kepada tenteranya supaya tidak membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap hidup-hidup.

Bagaimanapun, kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati juga kerana dia mahu bertarung dengan tentera bapanya.

Kemudian, Nabi Daud kembali ke Baitulmaqdis dan menghabiskan sisa hidupnya selama 40 tahun di istana itu sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman.

Kewafatan Nabi Daud memberikan kuasa penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani Israel berpandukan kebijaksanaan yang dianugerah Allah.

Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi untuk dijadikan perkakasan.

Firman Allah bermaksud: "Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya pada waktu petang, sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpan antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala."

7 Sunnah Nabi Yang Patut Dilakukan

1. Solat Tahajjud
 
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
  • Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya
  • Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin
  • Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana
  • Dimudahkan hisab ke atasnya
  • Mendapat catatan amal dari tangan kanan
 Firman Allah SWT yang bermaksud :
 
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji." (Al-Isra : 79)
 
 2. Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari
 
Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :
 
"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar." (Al-Isra : 9)
 
3. Jangan Tinggalkan Masjid
 
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
 
"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."
 
4. Jaga Solat Dhuha
 
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
 
"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha ." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
5. Jaga Sedekah
 
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
 
"Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)
 
6. Jaga Wudhuk Terus Menerus
 
Wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
 
"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
7. Istighfar Setiap Masa
 
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
 
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)." (Al-Anfal : 33)
 
Oleh: asshafiee

Sumber: http://www.tranungkite.net/

Thursday, June 24, 2010

Peranan Dan Kepentingan Usahawan


Peluang untuk mengawal nasib sendiri

Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Usahawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam hi ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalnya seorang usahawan yang memerlukan tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya ia boleh bekerja lebih masa atau menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai-bagai cara dapat dilakukan oleh beliau untuk mengawal nasibnya sendiri.

Peluang untuk mencapai potensi sebenar

Untuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang usahawan harus menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai hasratnya. Di sini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya sendiri. Tercapai atau tidak matlamatnya selalunya tidak begitu penting setelah berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila segala potensi yang ada telah digunakan.

Peluang untuk memperolehi keuntungan

Mendapat untung sememangnya salah satu matlamat seorang usahawan dam menjalankan perniagaan. Pelanggan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya.

Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara

Peranan usahawan terhadap masyarakat dan negara amat besar, seorang usahawan yang berjaya akan menjadi contoh kepada masyarakat. Ia juga dapat mengharumkan nama negara kerana usaha-usaha murni yang telah ditunjukkan.

Tanggungjawab Sosial Dalam Keusahawanan Terhadap Negara


  1. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup penduduk
  3. Mewujudkan lebih banyak kemudahan infrastruktur pendapatan negara
  4. Meningkatkan taraf ekonomi dan menambahkan pendapatan negara
  5. Mempelbagaikan ekonomi negara agar bergantung kepada sektor ekonomi sahaja.

Wednesday, June 23, 2010

Merancang Ujian

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:
  1. Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
  2. Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
  3. Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
  4. Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
  5. Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk
Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 1
Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:
  1. sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,
  2. stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,
  3. sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.
Jadual 1: Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
TAHAPISTILAH
Pengetahuan: Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
Kefahaman: Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Pilih, terangkan,tulis semula.
Penggunaan: Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis: Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis: Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian: Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Tuesday, June 22, 2010

Pembinaan Item Ujian Subjektif

Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersifat polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu.

Kata Tugas Item Ujian

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penulis item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan.

Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang menggunakan item berkenaan, dimana kata tugas boleh membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis respons yang berlainan.

Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan item daripada beberapa perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas.

Item Esei Jawapan Terbatas

Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu perenggan.

Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad, butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah.

Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang kemahiran berfikir pelajar dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka.

Item Esei Jawapan Terbuka

Item jawapan terbuka bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Item ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan penilaian sesebuah pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Meskipun begitu, darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.

Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusnya menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif.

Ali bin Abu Talib yang suka bertoleransi


ALI bin Abi Talib adalah khalifah keempat yang dilantik selepas mendapat sokongan majoriti. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 35 Hijrah. Beliau dilahirkan pada tahun 602 Masihi.

Beliau berasal daripada Bani Hasyim yang berketurunan Quraisy.

Beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad. Beliau ialah suami Fatimah bin Muhammad dan juga pemuda pertama yang memeluk Islam.

Nabi Muhammad menggelarkannya Zu al-Fiqar kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya yang terserlah. Beliau juga mendapat gelaran Asad Allah yang bermaksud Singa Allah.

Ali meninggal dunia pada 40 Hijrah kerana ditikam oleh Abdullah bin Maljam iaitu salah seorang daripada golongan Khawarij.

Menurut cerita, Khalifah Ali kehilangan sepasang pakaian perang. Puas beliau mencarinya tetapi masih tidak jumpa pakaian perang tersebut. Pada suatu hari, Khalifah Ali ternampak seorang lelaki Nasrani memakai pakaian perang itu. Ali dapat mengecam pakaian perang itu benar-benar kepunyaannya.

"Tahukah kamu, pakaian perang yang kamu pakai itu adalah milik saya," kata Ali kepada orang Nasrani itu.

"Pakaian perang itu milik saya," ulang Ali lagi.

"Tidak. Pakaian perang ini adalah milik saya," jawab orang Nasrani itu.

Ali tidak berputus asa lalu berkata, "Serahkan semula pakaian perang itu kepada saya. Sudah lama saya mencari pakaian perang itu".

"Tidak. Saya tidak mahu serahkan pakaian perang ini kepada kamu," kata lelaki Nasrani itu.

Lelaki Nasrani itu tetap dengan pendiriannya. Beliau tidak mahu menyerahkan pakaian perang itu walaupun sudah berkali-kali di minta oleh Ali.

"Sekiranya begitu kata kamu, mari kita pergi ke mahkamah. Di sana, pihak pengadilan dapat menentukannya," kata Ali.

"Baik, saya setuju. Mari kita pergi berjumpa dengan tuan hakim," jawab lelaki Nasrani itu.

Kemudian, mereka berjumpa dengan hakim yang bernama Kadi Syuraih. Beliau adalah seorang hakim yang adil dan bijaksana. Sampai sahaja di mahkamah itu, Ali berkata kepada tuan hakim, "Saya tidak pernah memberikan pakaian perang itu kepada orang lain. Saya rasa pakaian perang yang dipakai oleh lelaki Nasrani itu adalah milik saya. Saya dapat mengenali pakaian perang tersebut".

Mendengar penjelasan Ali, hakim menyoal pula orang Nasrani itu, "Adakah benar seperti yang dikatakan oleh Ali tadi".

Lelaki Nasrani itu menjawab, "Pakaian perang itu milik saya". Lelaki Nasrani itu masih tetap dengan pendiriannya menyatakan pakaian perang itu miliknya.

Tuan hakim menjalankan tugasnya dengan adil. Bagi mendapatkan kepastian, tuan hakim bertanya pula kepada Ali, "Bolehkah kamu berikan bukti? Bukti yang menunjukkan bahawa pakaian perang itu milik kamu dan bukan milik lelaki Nasrani itu".

Tuan hakim itu memang seorang yang adil dan bijaksana. Ali berkata, "Saya tidak mempunyai sebarang bukti".

Keputusan mahkamah dibuat. Orang Nasrani itu tidak bersalah. "Saya memutuskan bahawa pakaian perang itu adalah milik orang Nasrani dan bukan milik Ali," kata tuan hakim.

Keputusan mahkamah adalah muktamad. Ali dan orang Nasrani itu keluar daripada persidangan mahkamah. Di luar kawasan mahkamah, lelaki Nasrani itu berjumpa Ali.

"Keputusan yang dijatuhkan oleh tuan hakim adalah muktamad. Tuan hakim hanya menjalankan tugasnya dengan seadil-adilnya. Kamu memang seorang yang jujur dan sabar. Mulai pada hari ini, saya mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah," kata orang Nasrani itu di hadapan Ali.

Ali mendengar dengan teliti. Kemudian, lelaki Nasrani itu menceritakan kisah sebenar mengenai pakaian perang yang dipakainya itu.

"Pakaian perang ini saya terjumpa ketika kamu pergi ke Perang Siffin. Pakaian perang ini terjatuh daripada kenderaan yang kamu naiki. Lalu saya mengambil pakaian perang itu.

"Saya pakai pakaian perang ini dan menjadi milik saya. Tetapi sekarang pakaian perang ini bukan milik saya lagi. Pakaian perang ini adalah milik kamu. Ambillah," kata lelaki Nasrani itu. Mendengar penerangan lelaki Nasrani itu, Ali kagum dengan sikapnya yang jujur itu.

Kemudian Ali berkata kepada lelaki Nasrani itu, "Kamu memang seorang yang jujur. Sekarang kamu sah menjadi orang Islam. Ambillah pakaian perang ini.

"Saya beri pakaian perang ini kepada kamu. Sekarang pakaian perang ini sah menjadi milik kamu".

Demikianlah sikap jujur, amanah dan suka bertoleransi di antara satu sama lain. Sikap bertoleransi, jujur dan amanah terhadap orang lain akan mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan di kalangan manusia sejagat.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Google+ Followers