Thursday, October 28, 2010

Bukan Kerna Nama

Tentangan Syaitan dan Hawa Nafsu

Sememangnya golongan yang menurut hawa nafsu dan berjalan di atas kehendaknya adalah menjadi makanan yang enak bagi syaitan dan amat mudah digodainya.

Al-A’masy berkata: Ada seorang lelaki yang berkata-kata dengan jin, jenis syaitan berkata kepadanya bahawa jin itu pernah berkata:

“Tidak ada atas kami yang lebih berat menggodanya dari orang yang mengikut sunnah Rasulullah. Adapun terhadap orang-orang yang menurutkan hawa nafsu, maka kami akan permainkan mereka benar-benar”

Hendaklah orang yang berakal selalu berhati-hati terhadap musuhnya yang nyata ialah syaitan yang telah menyatakan permusuhannya kepada manusia dari sejak zaman Adam a.s. dan telah menghabiskan umurnya, dirinya dan segala usahanya untuk merosakan dan mencelakakan manusia.

Allah s.w.t. telah memberi peringatan kepada manusia supaya berhati-hati dan jangan menurut jejak langkah syaitan:

“Dan sesungguhnya kamu turuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya ia hanya menyuruhmu membuat kejahatan dan melakukan perbuatan nista dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah, apa-apa yang kamu tidak ketahui.” (Al-Baqarah: 168-169)

Keinginan dan kehendak syaitan terhadap manusia tidak lain, melainkan untuk menyesatkan. Inipun diperingatkan oleh Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan kehendak syaitan itu ialah akan menyesatkanmu satu kesesatan yang jauh.” (An-Nisa: 60)

Oleh kerana itu, itu janganlah kita menyembah syaitan alat-alat yang dijadikan syaitan sebagai penyembah supaya manusia tidak menyembah Allah lagi atau mengadakan syirik bagi-Nya dalam penyembahan-Nya. Ini juga diperingatkan Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Tidakkah aku mengikat janji kepadamu hai anak Adam (manusia), iaitu janganlah kamu menyembah syaitan, sesungguhnya dia itu musuh yang nyata bagimu.” (Yaasin: 60)

Begitu juga kata harus menjauhi dari menurut dan menyembah hawa nafsu kerana ia adalah alat syaitan untuk menggoda manusia:

“Maka sudahkah engkau fikirkan orang yang menjadikan hawa nafsu nya sebagai tuhan. Dan Allah biarkan dia sesat padahal ia mengetahui dan dimenterai-Nya atas pendengarannya dan hatinya dan diadakan-Nya atas matanya satu tutupan . lantaran itu siapakah yang boleh memimpinnya selain Allah? Maka tidakkah kamu fikirkan?” (Al-Jatsiah: 23)

Jawapan Soalan 5

6 9 5
7 8 2
4 3 1

Wednesday, October 27, 2010

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
  • saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
  • saling berinteraksi secara bersemuka,
  • akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
  • kemahiran koperatif, dan
  • pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Keajaiban Tumbuhan Herba

Ketika kecenderungan orang ramai sebagai pengguna mula terarah kepada produk semula jadi, mereka kini memilih untuk menjadikan tumbuhan sebagai bahan utama kegunaan harian.

Produk tersebut mungkin ubat-ubatan, makanan atau produk penjagaan kesihatan berasaskan herba yang kini semakin popular.

Justeru, apabila semakin banyak pihak mula menyedari kecenderungan tersebut dan mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba, ia boleh dianggap satu perkembangan positif.

Menjalankan penyelidikan mengenai khasiat herba tidak sahaja membantu mempromosikan tumbuhan tersebut secara langsung tetapi masyarakat juga kini mula menghargai bukti saintifik dan khasiatnya.

Lebih menarik, beberapa pihak sudah mengambil langkah lebih kehadapan yang akan menyokong industri ini pada masa akan datang menerusi pewujudan taman-taman herba dan seumpamanya.

Sebagai bukti, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatif Pertanian yang menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan ubat-ubatan.

Usaha tersebut yang digerakkan oleh Institut Biosains (IBS) UPM telah berjaya menarik para penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan bagi mengatasi pelbagai penyakit.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, konsep taman tersebut sangat bersesuaian dengan UPM yang memberi fokus kepada penanaman tumbuhan untuk menghasilkan produk hiliran.

"Menerusi taman ini, para penyelidik dapat menjadikannya sebagai pusat tumpuan utama bagi sumber tumbuhan herba dalam kajian bioteknologi mereka.

"Malaysia merupakan negara bertuah kerana berada di tangga keempat selepas China, Indonesia dan India daripada 12 negara di dunia yang mempunyai lebih 1,500 spesies tumbuhan berstatus ubat-ubatan,'' katanya ketika ditemui di UPM, Serdang, baru-baru ini.

Sementara itu, koordinator taman berkenaan, Dr. Faridah Qamaruz Zaman memberitahu, taman itu diusahakan di kawasan seluas dua hektar yang dipenuhi dengan tumbuhan asli dan eksotik dari spesies tempatan.

"Keistimewaan yang diketengahkan adalah kesemua pokok diatur dalam susunan landskap yang cukup menarik serta dilengkapi dengan label memaparkan maklumat seperti nama asal, nama saintifik dan kegunaannya,'' jelas beliau.

Dalam memastikan perkembangan industri herba, pihak IBS juga ada menjalankan kerjasama secara komersial dengan pihak industri seperti organisasi bukan kerajaan (NGO).

Sebagai contoh, sejak empat tahun lalu, IBS bersama Majlis Kanser Nasional (Makna) telah bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.

Selain itu, kesemua tumbuhan herba yang ditanam juga akan di hantar ke beberapa fakulti seperti fakulti perubatan untuk tujuan penyelidikan dan kajian lanjut mengenai khasiatnya.

Ia biasanya melibatkan pelbagai spesies tumbuhan herba tidak kira daripada bahagian bunga, daun, batang atau akarnya. Antara contoh tumbuhan tersebut adalah seperti cekur, daun kaduk, daun kemangi, misai kucing dan sebagainya

Mungkin ramai yang tidak mengenali kumpulan tumbuhan ubatan jenis herba ini kerana penanamannya tidak dilaksanakan secara meluas.

Justeru bagi mendedahkan masyarakat kepada penggunaan, kaedah penanaman dan penjagaan tumbuhan jenis itu, UPM melalui IBS telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubatan.

Bengkel yang pertama kali diadakan itu adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan minat di kalangan peserta terhadap tumbuhan ubatan di samping mengenalpasti potensinya dalam industri.

Menurut Pengarah IBS, Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff, disebabkan aplikasi perubatan tradisonal menggunakan tumbuhan herba hanya diamalkan oleh masyarakat di sesuatu tempat, maka ia perlu diperluaskan kepada umum.

"Penggunaan tumbuhan herba telah meluas, namun pengetahuan tentang khasiat sebenar dan cara penanaman yang betul tidak diamalkan sepenuhnya.

"Justeru, melalui bengkel seperti ini, para peserta dapat berkongsi maklumat dan seterusnya dapat menambah pengetahuan tentang tanaman ini dengan lebih mendalam,'' jelasnya.

Secara keseluruhannya, bengkel dua hari berkenaan memberi fokus kepada pengenalan sumber tumbuhan baru, mengenalpasti khasiat tumbuhan secara saintifik, pembiakan tumbuhan secara in-vitro, industri herba semasa, pemakanan berasaskan herba serta pelaksanaan kebun dapur.

Untuk memperolehi maklumat tumbuhan dengan lebih jelas, para peserta turut didedahkan dengan jenis dan nama tempatan serta nama saintifik. Mereka juga akan diberi penerangan tentang pembahagian tumbuhan yang boleh dikategorikan kepada tiga fungsi utama iaitu untuk tujuan aromaterapi, refleksi dan kesihatan.

Bagi mengelakkan masalah kepupusan di samping mengatasi masalah kekurangan bekalan sumber bahan mentah, para peserta juga akan diajar dengan teknik penanaman secara tisu kultur. Ini keran teknik berkenaan mempunyai kelebihan untuk menghasilkan anak pokok yang berkualiti serta mengalami pertumbuhan yang cepat.

Bukan setakat itu, pendidikan secara praktikal akan diberikan untuk menggalakkan mereka menanam pokok herba sebagai tumbuhan landskap di rumah seperti pokok ulam-ulaman agar hasilnya dapat dimakan secara terus.

Selain itu, IBS melalui unit bantuannya juga akan menyalurkan pertolongan seperti khidmat nasihat, jualan benih dan juga penerangan secara terperinci.

Kira-kira 50 orang peserta mengambil bahagian dalam bengkel tersebut terdiri daripada orang awam, para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan dan juga swasta.

Menurut salah seorang peserta, Abdul Razak Roslan, 41, bengkel tersebut memberi banyak manfaat kepadanya dari segi maklumat berkaitan khasiat setiap tumbuhan dan teknik tanaman yang betul.

"Dengan ilmu tersebut, selepas ini saya boleh menanam sendiri tumbuhan herba di rumah dan juga di tempat kerja,'' katanya.

Sementara itu, seorang lagi peserta yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Universiti Darul Iman Malaysia, Nor Haslinda Haron, 25 berpendapat, bengkel tersebut memberi peluang kepadanya mengenali beberapa individu yang mempunyai kepakaran dalam industri tersebut.

"Mereka tentunya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan untuk saya mendapatkan maklumat mengenai fungsi herba dalam menyembuhkan penyakit.

"Ini kerana ketika ini saya sedang menjalankan penyelidikan dan kajian mengenai kegunaan herba tradisional,'' jelasnya.

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
Sumber: utusan.com.my

Pendidikan Prasekolah Berkualiti

Asas Masa Depan Kanak-Kanak Kita Apa yang dikatakan penjagaan & pendidikan awal kanak-kanak berkualiti dan bagaimana anda boleh membantu anak anda memanfaatkan sepenuhnya?

“Mak… B-O-L-A ialah bola!” Jamie kata dengan bangga menunjukkan kepandaiannya kepada anda. Anda melihat contengan pada buku anak anda. Tiada satu pun huruf yang boleh dibaca, namun anda tetap memberikan pelukan. Anak anda nampak seronok walaupun baru dua bulan ke tadika. Lebih penting lagi, dia berminat belajar membaca dan menulis. Ini terbukti daripada buku kerja sekolah yang dibawa pulang setiap hari. “Dia pandai. Dia seharusnya dapat membaca dan menulis dengan baik tidak lama lagi,” kata suara hati anda.

Persoalan yang sama bermain dalam fikiran beribu-ribu ibubapa Malaysia yang menghantar anak mereka ke prasekolah setiap tahun. Seperti anda, mereka juga tahu kepentingan pendidikan.

Mereka juga tidak sabar melihat kemajuan anak mereka. Tetapi prasekolah bukan sahaja untuk belajar membaca dan menulis. Ia adalah untuk memperlengkap anak anda dengan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) yang akan membina asas yang kukuh untuk pembelajaran sepanjang hayat... dan ini sudah tentu tidak terbatas kepada A-B-C dan 1-2-3.

Permulaan Yang Baik

ECCE adalah satu konsep bimbingan yang menjamin ‘permulaan yang kukuh’. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa enam tahun pertama hayat kanak-kanak adalah sangat penting. Bakat, pemikiran dan sikap yang akan menjadi asas pendekatan mereka terhadap gaya hidup mereka apabila dewasa terbentuk sepanjang tempoh ini. Baik atau buruknya kecenderungan ini banyak bergantung kepada persekitaran dan pengalaman mereka setiap hari. ECCE yang berkualiti memastikan kanak-kanak mendapat pengalaman dan rangsangan yang betul untuk mengoptimumkan pembangunan. Manfaat ECCE berkualiti diakui seluruh dunia.

“Kanak-kanak yang mendapat ECCE menunjukkan kemahiran komunikasi yang lebih baik, kognisi (proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu) lebih baik, dapat berinteraksi dengan orang lain secara positif dan mempunyai lebih kekuatan emosi daripada kanak-kanak lain yang tidak mendapat ECCE,” kata Datin Radziah. ”Kemahiran ini akan membantu anak anda menyesuaikan diri apabila memasuki alam persekolahan dan seterusnya berjaya dalam kehidupan.”

(Datin Radziah M Daud Presiden, Persatuan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan Malaysia)

Kurikulum Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak

Apabila negara bertambah maju dan makmur, keperluan modal insan berkualiti turut meningkat. Memang itulah yang menjadi matlamat sistem pendidikan kita: untuk melahirkan individu yang bijak berfikir, bersifat ingin tahu, mampu mencipta inovasi dan menyelesaikan masalah, serta sentiasa mencari idea-idea baru; individu berkemahiran dan ada daya ketahanan, cintakan tanah air dan disemai nilai-nilai moral tinggi.

Keperluan modal insan ini menjadikan ECCE amat penting sebagai asas kukuh yang mesti dibina sejak kecil.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) dirumus dan diperkenalkan pada 2003 sebagai garis panduan untuk membantu prasekolah merancangkan aktiviti dan pengalaman yang mengoptimumkan segala aspek perkembangan kanak-kanak.

“Akta pendidikan 1996 mewajibkan semua prasekolah – kerajaan atau swasta – mematuhi KPK. Oleh kerana KPK adalah fleksibel, prasekolah swasta boleh menggabungkannya dengan mudah dalam kaedah mereka sendiri,” kata Jayawathi.

(Jayawathi Perera Presiden, Persatuan Tadika Malaysia)

Menurut Presiden Persatuan Pendidik Profesional Awal Kanak-Kanak Malaysia (MAPECE), Profesor Dr Chiam Heng Keng, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) memastikan prasekolah menumpu kepada kanakkanak, bukan kehendak ibubapa atau guru. “Kurikulum ini disesuaikan untuk kanak-kanak, bukan sebaliknya. Ia sesuai untuk perkembangan kanak-kanak dan menggalakkan pembelajaran menerusi permainan. Ini penting semasa zaman kanak-kanak.”

“KPK adalah berasaskan kemahiran, bukan kandungan,” katanya. “Contohnya, tumpuan diberikan kepada pembangunan kemahiran komunikasi, mengira, berfikir, membuat pertimbangan, mendapat dan menggunakan maklumat, bercampur-gaul dengan kawan-kawan dan sebagainya. Kerja rumah dan peperiksaan tidak digalakkan.”

Banyak Pilihan

Terdapat begitu banyak prasekolah di Malaysia sekarang hingga menyukarkan ibubapa untuk membuat pilihan. Menurut Dato’ Alimuddin, keadaan ini amat jauh berbeza daripada zaman 1950-an sewaktu prasekolah baru muncul. “Pada zaman itu, prasekolah ditubuhkan oleh sektor swasta, kebanyakannya untuk keluarga kaya di kawasan bandar. Kerajaan menubuhkan tadika prasekolah awam pertama pada tahun 1970-an dengan matlamat merapatkan jurang pendidikan antara kanak kanak bandar dan luar bandar. Tadika prasekolah KEMAS dibuka pada 1971, tadika Perpaduan pada 1976 dan tadika Kementerian Pelajaran pada 1992,” katanya. “KPK dilaksanakan menerusi tadika prasekolah kerajaan dan swasta yang mendaftar dengan Kementerian Pelajaran. Ia dikuatkuasa dan dipantau oleh pegawai kami daripada Jabatan Pelajaran Negeri.”

“Ibubapa zaman ini sedar bahawa pendidikan prasekolah berkualiti adalah asas masa depan anakanak mereka. Permintaan semakin meningkat apabila lebih ramai ibubapa mendaftarkan anak anak mereka di prasekolah,” katanya. “Kerajaan memenuhi permintaan yang meningkat ini dengan menambah bilangan tadika awam dan kelas prasekolah.”

“Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan pendidikan yang baik sejak kecil mempunyai kemahiran sosial dan kekuatan emosional. Mereka belajar bersikap positif, menghargai nilai dan berkelakuan baik, yang akan menjadikan mereka warga masyarakat yang berguna apabila dewasa.”

ECCE Adalah Tanggungjawab Anda Juga

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) boleh disediakan bukan sahaja menerusi prasekolah tetapi juga di rumah. Anda boleh membina asas kukuh untuk masa depan anak anda dengan mewujudkan persekitaran yang sesuai dan memastikan anak anda mendapat pengalaman positif sepanjang masa – baik di rumah mahupun di tadika.

MEMAHAMI KONSEP

Anda perlu memahami terlebih dahulu konsep ECCE. Dengan membaca rencana ini, anda sudah mengambil langkah pertama. Bacalah seterusnya dan minta pendapat orang yang memahami dan mengamalkan ECCE.
PILIH TADIKA PRASEKOLAH BERKUALITI

Datin Radziah menasihatkan ibubapa supaya mencari tadika prasekolah yang menggunakan kurikulum yang sesuai. “Tadika kerajaan menggunakan KPK. Jadi, anda boleh mendapat kepastian kurikulumnya sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. Tetapi anda tidak boleh mendapat kepastian penuh daripada prasekolah swasta, maka pilih tadika swasta yang berdaftar,” katanya. “Jika anda mengambil keputusan untuk mendaftarkan anak anda di tadika swasta, pastikan ia menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi permainan dan aktiviti yang sesuai dengan usia dan peringkat perkembangan mereka. Kanak-kanak tidak seharusnya duduk di meja dan menulis sepanjang masa.”

Di bawah adalah beberapa perkara yang harus anda ingat bila memilih prasekolah:
  • Selamat dan mesra untuk kanak-kanak Keselamatan anak adalah keutamaan anda. Itulah sebabnya mengapa anda perlu menghantar anak ke prasekolah yang berdaftar kerana ia memenuhi keperluan keselamatan tempat, keselamatan kebakaran dan juga kebersihan. Sebagai tambahan, anda boleh perhatikan sama ada terdapat ciri-ciri keselamatan yang lain. Contohnya, pastikan kawasan luar prasekolah berpagar, tiada bucu-bucu tajam di meja, dan sinki dan tandas sesuai untuk kanak-kanak.
  • Bilangan kanak-kanak yang sesuai Memandangkan komunikasi terbuka juga penting dalam proses pembelajaran, kelas yang ideal ialah antara 12 hingga 15 kanak-kanak dengan seorang guru dan seorang pembantu.
  • Guru yang baik dan berkelayakan Seorang guru prasekolah yang bagus adalah baik hati, ceria dan menyukai kanak-kanak. Dia berminat untuk melibatkan diri dengan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak. Dia berpakaian yang memudahkannya berbongkok apabila bercakap dengan kanakkanak, berlari atau merangkak apabila bermain bersamanya. Dia perlulah mempunyai kelayakan akademik dan profesional, mempunyai pengetahuan mengenai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan boleh menjelaskan bagaimana dia menggunakannya di dalam kelas.
  • Kanak-kanak yang gembira, mengerti & produktif Anda patut lihat kanak-kanak bekerjasama menyelesaikan projek, berkawan dan berseronok. Mereka lebih ekspresif, yakin dan berkomunikasi secara terbuka sesama mereka dan juga guru apabila berada di dalam kelas.
Tip-tip di atas adalah berdasarkan artikel Positive Parenting yang bertajuk ‘Bersedia Ke Prasekolah’ Artikel penuh boleh didapati di www.mypositiveparenting.org/articles/bm/preparepreschool-bm.htm

JANGAN MENDESAK, JANGAN MENEKAN

“ECCE masih baru di Malaysia dan banyak prasekolah masih terlalu akademik. Malah, ada prasekolah yang mengadakan peperiksaan!” kata Eveleen. “Ibubapa perlu faham bahawa kerja rumah yang bertimbun bukan bukti anak anda pandai belajar. Banyak kemahiran yang dipelajari olehnya tidak boleh dilihat pada kertas. Itulah sebabnya anda perlu memilih tadika yang baik dan boleh dipercayai agar anak anda belajar dengan cara yang betul.”

ULANGKAJI DI RUMAH
Tunjukkan minat terhadap anak anda. Berbual dengannya, dengar pandangannya, tanyakan apa yang dilakukan di kelas dan bincangkan kemajuannya dengan gurunya. Cari cara untuk anak anda mengulangkaji apa yang dipelajari dari tadika di rumah. Untuk idea yang berguna, sila ke laman web www.mypositiveparenting.org/articles/bm/v3-article13-bm.htm.

BIARKAN DIA BERMAIN!

“Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini terhadap amalan pendidikan awal kanak-kanak di Finland menunjukkan bahawa sehingga usia tujuh tahun, semua pengalaman pembelajaran awal kanak kanak Finland adalah berasaskan mainan. Kajian itu juga menunjukkan bahawa menjelang usia dua belas tahun, kanak-kanak Finland mengatasi kanak-kanak dari negara perindustrian lain dari segi bacaan, matematik dan sains!” kata Dr Chiam. Jadi, sebagai ibubapa, anda perlu memberi masa dan ruang untuk anak anda bermain dengan bebas tanpa halangan. Tetapkan masa bermain, lebih lebih lagi jika anda mempunyai jadual tugas yang ketat. Sebagai ibubapa, keselamatan anak-anak adalah perkara yang paling membimbangkan anda. Tetapi, dengan tidak membenarkannya bermain di luar tanpa halangan, anda sebenarnya menyekat aktiviti motor dan pergaulan sosial mereka. Jangan kurung anak-anak dalam rumah tetapi awasi mereka untuk memastikan keselamatan semasa bermain.

Usaha untuk memberikan ECCE yang berkualiti kepada kanak-kanak memastikan anda menangani keperluan perkembangan menyeluruh mereka – dari kemahiran berkomunikasi ke kemahiran kognitif, nilai-nilai moral hingga pembangunan sosio-emosional. Tahun-tahun pembentukan awal ini hanya datang sekali. Jadi, asuhlah anak anda dengan baik, luangkan masa untuk bersama mereka, dan berikan segala peluang untuk mereka belajar dan membangun mengikut rentak mereka sendiri menerusi permainan. Tumpukan pada aspek ini dan anda terjamin keupayaan membaca dan menulis akan muncul sendiri.

Oleh: Winnie Yong, Positive Parenting
Sumber: http://www.mypositiveparenting.org/

Sumbangan Organ Tanpa Prejudis kaum, Agama Mampu Bantu Insan Lebih Memerlukan

PEPATAH berkorban nyawa sudah biasa didengari. Namun, bagaimana dengan berkongsi organ? Pasti ramai yang memberi reaksi kehairanan berikutan masih ada pihak yang memandang sepi kepentingan berkongsi organ demi menyelamatkan nyawa.

Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Julai lalu, turut mengakui tahap kesedaran orang ramai terhadap pendermaan organ di negara ini masih rendah, berbanding jumlah pesakit yang memerlukan pemindahan organ bagi menyambung nyawa. Antara usaha mencetuskan kesedaran termasuk Minggu Derma Organ diadakan mulai semalam hingga Ahad depan. Andai ada masih meragui, kisah yang dipaparkan di bawah boleh menjadi teladan betapa pentingnya pendermaan organ ini.

Penderma organ

ESTHER Lim Joy-Ern, dua tahun sembilan bulan adalah seorang anak yang cukup comel dan manja. Tidak pernah terdetik di fikiran ibunya Claire George, 32, dan ayah, Lim Heng Seng, 56, satu-satunya anak perempuan akan pergi buat selama-lamanya sewaktu sedang menikmati percutian bersempena Krismas di Karambunai, Sabah dua tahun lalu.

Tiada sebarang tanda yang jelas, Esther hanya kerap tidur, mahu dipeluk setiap masa, enggan gambarnya diambil serta masalah kejang yang sering dialami.

“Awal pagi 28 Disember 2008 dia kejang, pengsan dan terus koma. Ujian dan imbasan di Hospital Likas menunjukkan Esther mengalami ketumbuhan otak di tahap kritikal sehingga berlaku pendarahan dalaman. Pada 30 Disember 2008, dia diisytiharkan mengalami mati otak. Doktor memberikan kami dua pilihan membawanya pulang atau mendermakan organnya walaupun kami sekeluarga bukan penderma organ berdaftar ketika itu,” cerita Claire mengimbas kembali detik cemas dan penuh trauma itu.

“Entah bagaimana, saya terus bersetuju, tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu, apa yang mendorong saya dan suami untuk meneruskannya. Apa yang saya tahu, Esther tidak pergi begitu saja, dia meninggalkan kami untuk satu tujuan yang cukup agung dan murni,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Claire mengakui, pada awalnya, ada bantahan keluarga tetapi selepas melihat penderitaan Esther dan diberi penjelasan, mereka akur dengan keputusan Claire dan Lim.

Sebaik bersetuju, pada 30 Disember buah pinggangnya diambil atau ‘dituai’ dalam bahasa perubatan. Keesokannya, ia diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama seorang penerima dari Kota Kinabalu dan seorang lagi penerima dari Melaka. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas sekali.

Sebagai penderma organ pertama dari Hospital Likas, pakar perubatan sendiri tidak menyangka bagaimana tubuh kecil itu mampu untuk hidup lama memandangkan saiz ketumbuhan yang agak besar.

“Perkara begini hanya hati ibu saja yang tahu, dan jauh di sudut hati saya tahu ia adalah perkara yang betul dan terbaik. Secara tidak langsung tindakan ini seolah pengubat luka dan terapi yang memulihkan kami sekeluarga. Kami melalui saat-saat yang sukar terutama untuk menerima kehilangannya hingga pada satu peringkat kami sekeluarga terpaksa menghadiri sesi kaunseling bagi mengendalikan trauma ini.

“Abang dan adiknya Benjamin Lim An-Yi (7 tahun) dan Joshua Lim An-Yue (3), masih bercerita mengenainya setiap hari seolah-olah Esther masih berlegar-legar di rumah,” kata guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati ada menerima dua kad ucapan tanpa nama dari penerima organ Esther.

Sambil mengakui proses pemulihan amat menyakitkan, Claire berkata, jauh di sudut hati, mereka berharap dapat bertemu dua penerima organ Esther.

Sebagai penderma berdaftar, Claire dan Lim mengakui kesedaran terhadap pendermaan organ masih di tahap rendah. Tidak kiralah menderma sewaktu hayat mahupun sebaliknya, ia memberi impak besar kepada kelangsungan dan kesejahteraan masyarakat.

Setakat ini belum ada lagi kawan-kawan yang bersedia menjadi penderma organ walaupun mereka secara tidak langsung menggalakkannya.

Penerima organ

KISAH hidup penerima organ buah pinggang, Jamal Jamlus, 45, sememangnya layak dikongsi ramai. Apa tidaknya, melihatkan riak wajahnya, siapa sangka anak kelahiran Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini pernah melalui episod cukup getir apabila hidup bergantung kepada mesin dialisis selama 10 tahun!

Bertugas sebagai Koordinator Projek Berjaya Roaster Sdn Bhd di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, insan berperwatakan cukup ceria dan cergas ini diberi dua pilihan, sama ada bergantung seumur hidup dengan mesin dialisis atau mencari penderma membabitkan ahli keluarga dan sanak saudara yang sanggup melakukan usaha murni itu.

Sebaik disahkan mengalami kegagalan buah pinggang kronik pada 1996, namanya secara automatik tersenarai sebagai penerima organ dan tisu. Onak duri penuh ranjau dilaluinya termasuk terpaksa berhenti kerja sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat swasta akibat masalah kesihatan serta melupakan hasrat mendirikan rumah tangga bersama kekasih.

“Masuk tahun keempat, saya hampir putus harapan. Mujur sokongan dan dorongan keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya bertambah kuat menempuh dugaan Tuhan ini. Dalam kepayahan dan kos perubatan yang tinggi, saya perlu berdikari mencari alternatif untuk mendapatkan bantuan kebajikan.

“Syukur Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF) menerima permohonan saya dan bebanan kos perubatan dikurangkan selain mendapat bantuan Jabatan Agama Islam,” katanya.

Rahmat Allah ada di mana-mana, akhirnya Jamal bertemu jodoh dengan Salmah Che Ahmad yang kebetulan bertugas di NKF Petaling Jaya waktu itu.

Ibarat pembuka pintu rezeki, dua bulan selepas mendirikan rumah tangga, dia mendapat organ penderma yang punya keserasian jenis darah dan sel. Buah pinggang milik seorang pemuda berbangsa Cina, berusia 25 tahun yang diisytiharkan mengalami mati otak selepas terbabit dalam satu kemalangan.

Pada 14 Februari 2006, dia selamat menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di Hospital Selayang. Malah proses pemulihan juga dianggap antara paling cepat dan serasi dengan organ penderma.

“Benarlah, hubungan antara penderma dan penerima itu sepanjang hayatnya. Peliknya selama seminggu selepas pembedahan, semua orang di hospital menyangka saya seorang lelaki Cina, malah hingga kini saya terasa lebih selesa bergaul dengan budak muda berbanding yang sebaya,” katanya.

Jamal turut mengalami masalah mata kian rabun, selera makan bertambah, rambut gugur, pelupa, tangan menggigil, mudah hilang fokus terutama waktu membaca.

Bagaimanapun menurut pakar, kesan itu tiada kena mengena dengan ubat mahupun buah pinggang yang diterima.

Apapun, Jamal mengakui kempen kesedaran terhadap pendermaan organ, seharusnya lebih meluas memandangkan senarai penerima organ yang semakin panjang.

“Nyata stigma dan ketakutan di kalangan ahli keluarga masih kuat, biarpun di negara ini semua agama mengizinkan pendermaan organ, termasuk Islam yang mengiktiraf pendermaan organ sebagai perbuatan yang sangat mulia,” katanya.

Info

•  Jumlah pendermaan organ setakat 1 September 2010: 300 orang
•  Jumlah individu yang berikrar menderma organ : 146,362
•  Jumlah pendermaan organ bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu : 29
•  Jumlah pengikrar pendermaan organ : 7,941 orang

Sumber: Pusat Sumber Transplan Negara

Anda boleh mendapatkan maklumat bagaimana hendak menjadi penderma organ sempena Minggu Derma Organ di Malaysia pada 16-24 Oktober 2010. Sila hubungi 1800-88-9080 untuk mendaftar atau layari laman web Kementerian Kesihatan (www.moh.gov.my); Pusat Sumber Transplan Nasional (www.agifttolife.gov.my) dan Persatuan Transplan Malaysia ; Persatuan Nefrologi Malaysia.
Sumber: http://www.bharian.com.my/

Keteguhan iman Abu Darda'

ABU Darda' ialah seorang sahabat yang akrab dengan Nabi Muhammad. Beliau bersikap rendah diri dan bertakwa kepada Allah. Beliau banyak mendapat hadis daripada Nabi Muhammad.

Antara hadis yang terkenal adalah mengenai manusia dianggap gagah apabila dapat menahan perasaan marah.

Hadis ini dilaporkan oleh Imam Tabrani dan Ibin Abid Dunya. Pada suatu hari, Abu Darda' bertanya kepada Nabi Muhammad: "Wahai nabi, tunjukkanlah kepada saya amalan yang dapat membawa saya ke syurga."

Kemudian Nabi Muhammad menjawab, "Janganlah kamu marah. Mereka yang dapat menahan perasaan marah adalah orang yang mengawal diri sendiri supaya patuh dan taat kepada Allah dan Nabi Muhammad".

Abu Darda' mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Kemudian Abu Darda' mengangguk-anggukkan kepalanya dan berkata: "Tahulah saya sekarang, orang yang dapat menahan perasaan marah adalah orang yang mulia dan dapat masuk syurga."

Abu Darda' juga ahli fikah yang masyhur antara para sahabat Nabi Muhammad. Beliau digelar 'Hakimul ummah' iaitu orang yang pandai dan bijak dalam hal berkenaan agama Islam.

Pada suatu hari, Abu Darda' mendapat berita mengenai kebakaran yang berlaku di kawasan rumahnya. Pada masa itu, Abu Darda' berada di tempat kerjanya. Perjalanan dari rumah ke tempat kerjanya agak jauh.

Kemudian, datang seseorang memberitahunya. "Ada rumah terbakar! Ada rumah terbakar! Semua rumah di kawasan tempat tinggal di kampung sebelah sana semua sudah terbakar!"

Abu Darda' mahu mendapat kepastian mengenai berita kebakaran itu. Beliau menghampiri lelaki yang menyampaikan berita itu.

"Betulkah apa yang kamu cakap ini?" tanya Abu Darda' kepada orang itu.

"Ya. Saya baru sahaja datang dari kawasan rumah itu. Api semakin marak dan menjilat rumah-rumah yang berada di kawasan itu!" terang orang itu.

Tidak lama kemudian, orang itu perasan Abu Darda' adalah salah seorang penghuni di kawasan itu.

"Bukankah kamu tinggal di kawasan rumah itu? Mungkin rumah kamu juga turut terbakar. Segeralah pulang dan lihat keadaan rumah kamu itu. Mungkin ada apa-apa yang dapat diselamatkan," kata orang itu kepada Abu Darda'.

"Terima kasih kerana memberitahu saya mengenai berita kebakaran ini," kata Abu Darda'.

"Pergilah segera pulang ke rumah kamu. Selamatkan barang-barang kamu," ulang orang itu lagi.

"Saya tidak dapat pulang ke rumah sekarang. LAgi pula, sekarang saya bekerja. Kerja ini sudah diamanahkan kepada saya. Saya perlu menyelesaikan kerja ini terlebih dahulu," bisik Abu Darda' sendiri.

Abu Darda' langsung tidak terkejut dengan berita kebakaran itu. Malah, beliau tidak risau sekiranya rumah beliau sendiri yang terbakar. Lagi pula, rumah beliau berada jauh dari tempat beliau bekerja. Sebaliknya, Abu Darda' segera menyelesaikan tugasnya.

"Saya bertawakal kepada Allah atas apa yang berlaku," bisik Abu Darda' lagi.

Abu Darda' terus menyelesaikan pekerjaannya. Bagi Abu Darda', beliau hanya dapat bertawakal kepada Allah. Sekiranya rumahnya musnah dijilat api, itu adalah takdir yang ditetapkan oleh Allah. Beliau dapat menerima kenyataan itu dengan tenang.

"Alhamdulillah, kerja saya hari ini sudah selesai. Saya mahu pulang ke rumah segera," katanya sendiri.

Petang itu, selepas selesai bekerja, Abu Darda' pulang ke rumahnya seperti biasa. Perjalanan ke rumahnya agak jauh.

Sampai sahaja di kawasan tempat tinggalnya, beliau melihat rumah-rumah yang ada di sana habis musnah terbakar. Tidak ada satupun rumah yang berdiri teguh dan terselamat daripada kebakaran itu.

"Habis semua rumah di sini terbakar di jilat api," bisik Abu Darda' selepas melihat rumah-rumah yang hangus terbakar itu.

Abu Darda' meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke rumahnya. Tiba-tiba, beliau melihat keadaan rumahnya masih elok.

"Subhanallah. Saya bersyukur kepada Allah. Rumah saya tidak terbakar," kata Abu Darda' gembira. Beliau terkejut dan gembira melihat rumahnya terselamat dan tidak terbakar sedikit pun.

Beginilah sifat orang yang sentiasa bertawakal kepada Allah atas setiap pekerjaan yang dilakukannya. Allah lebih mengetahui mengenai sesuatu perkara. Sekiranya Allah mahu sesuatu perkara itu berlaku, pasti ia berlaku dengan izin Allah juga.

lPetikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

http://www.utusan.com.my/

Ayam vs Kambing

Pada suatu petan,ayam telah bersiap-siap untuk ke rumah kambing, untuk mengajak kambing ke Bandar. Bila sampai di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Hai Bing, Apa kabar?

Kambing: Khabar baik Ya,! Wah! Bukan main lagi kau Yam, nak ke mana tu? Segak sungguh hari ni.

Ayam: Nak pergi karoke di bandar. Nak ikut Tak?

Kambing: Terima kasih je! Hari ni saya ada urusan sikit. Yam! Aku Tanya sikit boleh tak?

Ayam: Boleh apa salahnya?

Kambing: Ko ni memang smart dan bergaya, hensem pulak tu!

Ayam: Terima kasih (Ayam tersengih dan tersenyum apabila mendapat pujian dan kambing).

Kambing: Tapi! (Kambing tersenyum)

Ayam: Tapi kenapa? (Ayam terkejut)

Kambing: Ye la! Harap muka smart dan hensem je! Tapi tak pakai kasut! He! He! He! (Kambing ketawa)

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko tu lagi teruk!

Kambing: Aku teruk! Apesal pulak!

Ayam : Nampak macam alim. Ada janggut. Tapi suka tunjuk telur... macam orang sewel... Kah! Kah! Kah! (Ayam ketawa dengan kuat, tanda rasa puas hati)

Kambing: (Ayam ni aku tanduk baru tau – dalam hati)

Malaikat Kagum Dengan Orang Suci

Berkata Abdul Aziz bin Rafi’:

“Apabila dibawa naik roh seorang Muslim ke langit (roh kafir tetap di bawah) berkatalah malaikat: Maha suci Allah yang telah menyelamatkan hamba ini dari godaan syaitan. Ya aneh! Bagaiman ia boleh selamat.’
Sampai malaikat haran kalau ada orang mukmin yang mati dalam keadaan selamat dari godaan syaitan. Ini menunjukkan hebatnya godaan syaitan yang tidak pernah tidur daripada menyesatkan dan menggoda manusia.
 

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Al-Hasan Al-Bashri: “Apakah iblis itu tidur?” Jawabnya: “Kalau ia tidur tentu kita mendapat kesenangan”.

Maka hanya orang-orang diiklaskan oleh Allah s.w.t. dapat selamat dari godaan syaitan. Allah tidak begitu sahaja mengiklaskan diri manusia sebelum manusia itu sendiri berlaku iklas betul kepada Allah. Dan boleh dicapai yang sebetulnya ialah dengan mengikut ajaran sunnah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. Golongan inilah yakni yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat sukar bagi syaitan untuk menggoda dan menyesatkannya.

Tuesday, October 26, 2010

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilikan Perniagaan

Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara beriku perlu diteliti;
  • Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?
  • Apakah implikasi setiap jenis milikan perniagaan?
  • Apakah keperluan tatacara perundangan?
  • Apakah pengaruh setiap jenis milikan?
  • Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?
  • Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik
Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi menentukan bentuk yang terbaik untuk perniagaan anda.
  • Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa hadapan?
  • Berapakah keperluan modal untuk memulakan perniagaan dan untuk masa hadapan?
  • Setakat manakah anda berkehendakkan tahap kawalan dalam proses membuat keputusan perniagaan anda dikenhendaki? Adakah anda sanggup berkongsi idea dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang boleh membantu membangun dan menjayakan perniagaan/
  • Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting?
  • Apakah sumber pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?
  • Sekiranya perniagaan gagal, sejauhmanakah anda sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bhutang-hutang yang ditinggalkan oleh perniagaan?
  • Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak berkemampuan atau meninggal dunia?

Nabi Ibrahim berdebat dengan Raja Namrud

Namrud: Ibrahim! Siapakah yang menjadikan alam ini?
Ibrahim: Yang menjadikan alam ini ialah Zat yang dapat menghidupkan dan dapat mematikan dan berkuasa atas segala-galanya.
Namrud: Aku juga berkuasa, barang siapa yang aku perintahkan untuk membunuhnya, maka matilah ia, dan apabila aku tidak bunuh ia, maka hiduplah ia.
Ibrahim: Tuhan kami yang menerbitkan matahari dari sebelah timur, maka cuba kamu putar terbitkan dari sebelah barat.


Mendengar perkataan Ibrahim itu, maka tercenganglah ia tidak dapat menjawab.
Akhirnya Namrud dan pengikutnya diseksa oleh Allah dengan nyamuk yang sangat banyak sekali, dan Namrud sendiri dimasuki seekor nyamuk ke dalam lubang telinganya, dan Namrud terseksa dengan gigitan nyamuk hingga beliau mati

Thursday, October 21, 2010

Kisah 3 Pemuda Hitam Dan Jin Afrit Serta Kisah Mat Rempit Menjadi Imam

Kisah 1 : 3 Pemuda Hitam Dan Jin Afrit

Pada suatu masa dahulu yang tidaklah  dinyatakan dengan tepat masa dan tempatnya, di dalam sebuah kampung terdapat 3 orang pemuda yang sangat hitam.Lebihlah lagi jika dibandingkan dengan buntut kuali.Hitamnya pekat dan  likat, jika hendak digambarkan bolehlah dikatakan seperti perbandingan orang yang ikhlas yang selalu kita dengar – seperti semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita.Bukanlah menghina orang yang hitam tetapi sebagai gambaran betapa melampaunya darjah kehitaman mereka bertiga.

Oleh kerana hitam yang amat itu, ketiga-tiga pemuda tersebut merasa rendah diri.Bahkan mereka selalu menjadi bahan ejekan dan kutukan orang-orang kampung.Dek kerana tidak tahan dengan penghinaan daripada orang-orang kampung tersebut, suatu hari berbincanglah mereka dan bersepakat untuk keluar meninggalkan kampung tersebut.

Maka berjalanlah mereka keluar dari kampung tersebut.Dipendekkan cerita, merentasilah mereka akan sebuah hutan.Di dalam hutan tersebut mereka bertemu dengan Jin Afrit.Jin Afrit bertanyakan perihal mereka dan berceritalah mereka akan kisah penderitaan mereka.Lalu berkatalah Jin Afrit itu,””Aku boleh membantu kamu bertiga.Kamu mintalah apa-apa saja permintaan aku akan tunaikan.Cuma syaratnya ialah satu permintaan sahaja”. Sungguh gembira mereka bertiga mendengar kata-kata Jin Afrit tersebut.Sekarang mereka boleh meminta apa sahaja dengan Jin Afrit tersebut di mana akan ditunaikan tanpa perlu berusaha dan bersusah payah .

Dipendekkan cerita lagi, berkatalah pemuda hitam yang pertama,”Wahai Jin Afrit, aku ingin engkau jadikan aku seorang pemuda yang putih”.Di dalam sekelip mata ditunaikanlah oleh Jin Afrit akan permintaan pemuda hitam pertama itu.Menjadi putihlah beliau.Handsome dan segak sekali.Terujalah 2 lagi pemuda hitam yang tinggal melihat keadaan itu.

Tanpa berlengah lagi, berkatalah pemuda hitam yang kedua,”Wahai Jin Afrit, aku pun ingin kau jadikan aku putih.Putih-seputihnya sehinggalah tiada lagi putih selepas itu”.Seperti tadi ditunaikanlah hajat pemuda hitam kedua itu oleh Jin Afrit.Sepintas dalam sehela nafas, menjadi putihlah pemuda hitam yang kedua itu.Putih seputih-putihnya sehingga tiadalah lagi putih selepas itu.

Bertanyalah Jin Afrit kepada pemuda hitam yang ketiga,”Wahai pemuda, dua orang sahabatmu telah membuat permintaan mereka dan aku telah menunaikannya,Sekarang giliran kamu pula, apakah yang engkau ingin minta wahai pemuda”.

Ternyata pemuda hitam yang ketiga tidaklah segembira dan seteruja sepertimana kawan-kawan beliau pemuda pertama dan kedua tadi.Ini kerana beliau berfikir apa lagi yang aku boleh minta.Aku nak minta jadi putih pun, kawan aku dah minta semuanya.Sudah tidak ada lagi putih selepas diaorang mintak putih seputih-putihnya tadi .Sudah habis stok putih untuk diriku ini”.Tiba-tiba wajah pemuda hitam yang ketiga itu berubah menjadi ceria, datang idea  yang baginya sungguh baik dan bernas.Tertunggu-tunggulah Jin Afrit dan kedua-dua sahabatnya tadi dengan suspen apakah yang akan diminta oleh pemuda hitam ketiga tersebut.

Lalu dengan muka berseri dan konfidentnya pemuda hitam ketiga itu berkata,”Wahai jin afrit, sebenarnya aku pun ingin minta kau jadikan aku seorang pemuda yang putih,Walaubagaimanapun, kawan-kawan aku semuanya dah ‘rembat’semua kaler putih tu hinggakan tiadalah lagi baki kaler putih untuk aku.Jadi permintaan aku, aku minta engkau jadikanlah kedua –dua sahabat aku itu kembali menajdi hitam seperti sediakala sepertimana aku sekarang.Barulah adil rasanya”.

Maka arakian terpinga-pingalah para sahabatnya pemuda yang pertama dan kedua itu serta tersengihlah Jin Afrit itu.

Begitulah tuan-tuan jika tiada sifat mahmudah di dalam diri.Sifat pentingkan diri.Yang difikirkan hanya diri sendiri. Paling utama diri sendiri dan kesenangan diri.Mana-mana kesenangan dan peluang akan disapu bersih tanpa memikirkan orang lain dan orang dibelakang.Tanpa mengira halal dan haram.Satu lagi, sifat dengki dan irihati.Tak boleh melihat orang lain senang dan lebih dari dia,Ada jer jalan dan ikhtiar nak lihat orang susah dan derita .Semoga Allah membuang sifat-sifat mazmumah dan menambah  sifat-sifat mahmudah di dalam diri kita sempena sehabis sebulan kita menghadiri kem Ramadhan ini.Amin.

Kisah 2 : Mat Rempit Menjadi Imam

Arakian dikisahkan, ada seorang mat rempit yang turun awal dari rumah di waktu maghrib ingin pergi merempit dengan kawan-kawannya.Dengan motor Yamaha LC 135 ekzos modifiednya dan rambut mayang mengurai serta jaket kulit ala-ala Slash kumpulan Gun &Roses dan jeans bertampal-tampal, bergeraklah beliau daripada rumah (ini pak bilal tak cakap, gambaran yang aku bagilah berdasarkan budaya dan penampilan sesetengah mat rempit).Diringkaskan cerita,di dalam perjalanan, terdengar laungan azan Maghrib.Singgahlah mat rempit itu di surau berdekatan ingin menunaikan kewajipan, walaupun di dalam hatinya timbul kerisauan bimbang terlewat sampai ke tempat perlumbaan dan akan ditinggalkan kawan-kawan serempitan beliau.

Di surau itu kedapatan seorang imam tua.Semakinlah risau akan mat rempit itu akan kehabisan masa beliau melihatkan pak imam tua yang bertongkat dan terketar-ketar.”Tentulah lambat habis solat maghrib kalau macam ni gayanya kalau aku bermakmumkan pak imam tua ni’”.Lalu disuarakanlah kerisauannya kepada pak imam tua tersebut.”Pak Imam tua, lu semayang cepat sikit boleh tak,gua nak pergi merempit pulak ni”.

Walaupun sedikit terkejut mendengar kata-kata mat rempit yang agak ‘sopan’ itu, di offerlah pak imam tua tersebut kepada mat rempit,”Orang muda, kau sajalah jadi imam”.

Bersetujulah mat rempit tersebut.”Betul jugak,baik gua je jadi imam.Boleh gua cepatkan sikit solat maghrib ni.Tak derlah gua terlepas nak pergi merempit nanti”,

Diringkaskan cerita, menjadi imamlah mat rempit tersebut akan solat maghrib tersebut.Dimakmumkan oleh pak imam tua dan beberapa orang lagi makmum.Terpegun atau dalam bahasa yang dahsyat sikit, terkesima dan terpana lah akan pak imam tua itu mendengar bacaan mat rempit tersebut.Dengung dan tarannumnya ala-ala  imam Mesir lagaknya.Sungguh merdu dan gemersik.Kata orang zaman sekarang,”Boleh Lawan la”.

Sesudah memberi salam, berkatalah pak imam tua tersebut,”sedap sungguh bacaanmu wahai orang muda, lain kali bolehlah jadi imam jemputan surau kami”. Jawab mat rempit tu dengan hidung yang kembang kempis dan dalam nada berbisik kepada pak imam tua.”terimakasih pak imam tua atas pujian lu tu.Itu gua solat tak ambik air sembahyang tu, kalau gua solat ambik air sembahyang..fuhh..bacaan gua lagi power pak imam!”.

Arakian terloponglah mulut pak imam tua adanya..


Semogalah kisah-kisah di atas  memberi sedikit iktibar kepada aku terutamanya dan saudara-saudari sekalian bagi menambah ilmu dan amalan.Wallahua’lam.

Oleh: BekokCobbong
Sumber: http://www.tranungkite.net/

Lina

Lina sedang menunggu bas untuk pulang kerumah. Memang sudah menjadi tabiat Lina suka membaca buku ketika menunggu bas tiba. Lina memakan biskut dan membaca buku. Tiba2 dia terperasan ada tangan lelaki yang duduk disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang diletakkan disebelahnya itu. Setiap kali Lina mengambil biskut itu, lelaki itu pun akan turut mengambil sama. Dalam hati Lina menyumpah-nyumpah lelaki itu, "Tak malu punya jantan, dah la tak mintak izin, makan banyak pulak tu ... pencuri!" rungut Lina di dalam hati.

Lelaki yang berkulit sawo matang itu kelihatan tenang sahaja. Sambil mengunyah sekali-sekala lelaki itu menjeling ke arah wajah Lina. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Lina menunggu apakah reaksi lelaki itu seterusnya.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatahkan dua lalu diberikan separuh kepada Lina. Walaupun Lina merasa marah dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Dengan kasar Lina merampas biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam macam cuka. Dalam hati dia berkata, "Berani betul jantan ni. Memang muka tak tahu malu. Pencuri besar..!"

Kedua-duanya terus duduk diam membisu sehingga bas tiba. Sambil menarik nafas panjang seolah olah baru lepas dari satu seksaan Lina terus bergerak menaiki bas meninggalkan lelaki itu sendirian.

Sampai ditempat duduk, Lina membuka beg tangannya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalam beg aku, biskut siapa yang aku makan tadi?" tanya Lina sendiri. Tak syak lagi memang biskut yang dimakan oleh Lina adalah kepunyaan lelaki tadi.

Alangkah malunya Lina bila dia mengingat kembali segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir walaupun Lina telah menunjukkan reaksi marah dan tidak senang padanya.

Bas yang dinaiki Lina berjalan terus. Lina menyesali sifat kedekutnya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.....!

Sumber: Tak dapat dikesan

Ribaibaru

Bahana cinta dari chatting..

"TELEFON dan komputer alat penghubung dan lambang kemajuan. Namun alat itulah juga punca segala-galanya, menghubungkan dan memutuskan. Ada orang bercerai melalui telefon, ada yang berkenalan melalui Internet. Begitulah yang berlaku pada saya, bukan bercerai tetapi dapat kawan.

‘‘Mula-mula chatting, tak sangka pulak lama-kelamaan jadi seronok akhirnya jatuh cinta dengan lelaki bernama Sam yang mengaku bujang. Peristiwa ini berlaku kira kira lapan tahun lalu. Walaupun perkenalan di alam maya dan berjauhan, tapi kami serius dalam masa tak sampai setahun.’’ Demikian cerita Nooratila dalam emelnya.

‘‘Bila dah seronok chatting mulalah nak ajak jumpa, seorang di utara seorang di selatan. Tapi kata Sam itu semua bukan masalah, kita boleh naik kereta, bas ataupun keretapi untuk berjumpa. Zaman ini semua dah canggih yang jauh boleh didekatkan.

‘‘Dipendekkan cerita KL jadi destinasi lokasi pertemuan kami. Bila empat mata bertemu maka ikatan cinta kami menjadi semakin kuat. Ketika itu tidak ada siapa boleh memisahkan kami.

‘‘Bila dah berjumpa terasa macam serasi pulak, ketika inilah telefon menjadi alat pilihan pertama. Malangnya telefon juga jadi alat merosakkan hubungan kami.

‘‘Sangkakan cinta kami ibarat panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari. Semuanya bermula bila gelora cinta memaksa saya menghubungi Sam. Nak jadi cerita panggilan saya hari itu dijawab oleh seorang wanita. Sepantas kilatsaya kenalkan diri sebagai teman sepejabat, apabila wanita itu bertanya.

‘‘Di talian saya terdengar tangisan anak-anak. Wanita itu menjawab suaminya masih mandi. Nak pitam saya cuba kawal perasaan marah, sebab dah kena tipu. Sam rupanya suami orang. Malam itu saya menangis kerana sedih ditipu.

‘‘Esoknya saya serang Sam di telefon, mengaku bujang konon rupanya dah beranak pinak. Sam ajak jumpa di KL nak terangkan semuanya. Nak pujuklah tu.Cinta punya pasal saya pergi jumpa dia di KL.

‘‘Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terus percayakan Sam sedangkan saya tahu dia dah kahwin.

‘‘Satu hari entah macam mana saya terkantoi, isteri Sam dapat nombor telefon saya, apa lagi sebu perut saya kena sumpah seranah. Saya terpaksa diam, dah tahu salah sendiri layan suami orang. Tapi bukan salah saya seorang, Sam yang mengaku bujang, kalau dari awal saya tahu dah kahwin, tak ada pasal saya nak layan dia.

‘‘Tetapi kalau hati dah suka nak buat macam mana, sampai sekarang kami masih berhubungan, dah tak boleh berpisah lagi. Bayangkan kini dalam diam tak diam hubungan kami mencecah lapan tahun. Dulu duduk berjauhan kini dah dua tahun saya berpindah dekat dengan negeri Sam. Dan sudah pasti kami sering berjumpa.

‘‘Lepas kerja dia ikut saya balik kami makan malam bersama. Kecuali kalau ada hal. Hujung minggu Sam datang jumpa saya. Dia buat alasan ada kerja lebih masa, kerja luar daerah dan macam-macam asalkan dapat bersama saya.

‘‘Dek kerana dah frust isteri Sam pun layan komputer, dia cerita pasal suaminya curang. Dari situ saya dapat emelnya, kami berhubung, dia tak tahu saya, sebab saya menyamar. Melalui komputer saya dapat tahu dia bencikan suaminya, dia kutuk suaminya curang, dia dah bosan dan tak kisah kalau berpisah pun.
maki hamun

‘‘Sebenarnya hubungan saya dengan Sam dah erat, malah kami pernah pergi bercuti ke luar negara bersama selama dua minggu tanpa pengetahuan isterinya. Banyak gambar kami bersama, kalau isterinya tengok pasti dia minta cerai, tetapi saya masih sabar dan lihat apa tindakan dia dan Sam sendiri.

‘‘Sam tak tinggalkan saya sebab dia tahu siapa yang banyak bantu dia selama ini. Jadi biarlah dia buat keputusan. Siapa yang belikan laptop untuk anaknya masuk kolej, siapa bayar yuran kolej dan asrama anaknya. Dan siapa yang banyak bantu Sam yang sering kekurangan duit untuk menguruskan kehidupan keluarganya.

‘‘Isteri Sam tak pernah ambil tahu daripada siapa suaminya dapat duit untuk membiayai perbelanjaan anaknya melanjutkan pelajaraan. Dia tak pernah peduli dalam banyak hal urusan rumahtangga, sebab semua Sam uruskan. Tiap-tiap minggu saya dan Sam akan belikan barang keperluan dapur mengikut kehendak isterinya.

‘‘Kami pernah terlanjur, sebab itu susah nak berpisah, saya pernah ajak Sam kawin, tapi alasan dia takut tak boleh berlaku adil. Malangnya saya tak boleh berpisah dengan Sam. Dan saya tak nampak lelaki lain kecuali Sam. Sam banyak habiskan masa dengan saya. Setiap hari dia balik ke rumahnya jam 10 malam. Kami makan tengah hari dan malam bersama. Jadi berapa jam sangat dia dengan isterinya di rumah selepas ditolak waktu bekerja?

‘‘Kalau difikirkan memang saya bodoh layan suami orang dan habiskan banyak wang tanggung anak bini orang, tapi saya tak ada teman lelaki lain. Tak tahu sampai bila saya mesti hidup begini, menagih cinta suami orang dan janji kahwin yang belum pasti. Kadang tu bila tidur sendirian saya sering terfikir bila agaknya Sam mahu ambil saya sebagai isterinya yang sah. Kerana saya sudah menunggu terlalu lama, umur pun semakin meningkat, jadi sampai bila saya mesti bersabar?”

Demikian luahan hati Nooratila bercinta dengan suami orang. - UM

Sumber: http://lhakim-suarahati.blogspot.com/

Wednesday, October 20, 2010

Fesyen Tudung Bersanggul

Sanggul yang dimaksudkan adalah seperti dalam gambar di bawah. Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. Renungkanlah hadith-hadith dibawah:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” - Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Oleh: Nik Noor Azman Ghazali

Wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.
Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.
Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram.

Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” - (Riwayat Muslim).

Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

SURAT DARI IBLIS LAKNATULLAH...

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir dan surat ini juga hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapiaku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkatketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkankepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani.

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik,makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh! Kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun

Oleh: Abdul Rashidi Abdul Rahaman

Kuda Talipon

Pada suatu hari yg tenang, seorang suami sedang berehat sambil duduk membaca suratkhabar. Tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk.

(PANG!! !!) Diketuknya atas kepala si suami tersebut, suaminya terpinga-pinga sambil menggosok kepalanya yang sakit, lalu bertanya!. ....

"Ape hal dengan awak ni? Dan bertanya lagi kenapa awak ketuk kepala saya?” Si isteri pun menjawab "Nah! awak tengok ni!”, sambil menunjukkan secebis kertas yang tertulis nama 'Mary'.

Si steri menyangka si suami mempunyai hubungan denga kekasih lain yg bernama ‘Mary’, dengan tenang si suami menjawab. “Oooo! Itu nama kuda yg saya bertaruh malam tadi namanya Mary” Si isteri merasa puashati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang beberapa hari ketika si suami sedang rehat seperti biasa sambil membaca suratkhabar. (PANG!!!) kali ini dengan lebih kuat lagi! Si suami terkejut lalu bertanya sambil menggosok kepala.”aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali ni?

Dengan selamba..si isteri menjawap. “KUDA AWAK TALIPON TADI!!!”

Tuesday, October 19, 2010

Kaedah dan Teknik Mengajar

Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar

Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai gar penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar.
1. Objektif pengajaran yang hendak dicapai.
2. Jangka masa pengajaran.
3. Bahan-bahan pengajaran yang ada.
4. Latar belakang pelajar.
5. Jumlah dan susunan pelajar.

1. Objektif pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut.

Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya.

2. Jangka Masa pengajaran

Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minit atao 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajarn tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam masa tersebut. Beberapa kaedah perlu diubahsuai agar pelajar tidak melebihi masa. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan, sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujah-hujah perlu diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya.

4. Bahan Pengajaran

Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajarn itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran- kemahiran tersebut.

Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar boleh disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakan dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut mungkin perlu diubah suai, sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran.

Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alat seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih.

5. Latar Belakang Pelajar

Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di peringkat rendah.

Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut.

6. Jumlah dan susunan pelajar

Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah ang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru boleh mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah- pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan permainan
masing-masing.

Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran dan selain bilik darjah guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai sepeti di dalam dewan, Pusat Sumber atau di persekitaran sekolah.

Kemahiran Kebolehkerjaan

Sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membangunkan modal insani khususnya dalam aspek Latihan kemahiran, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyokong untuk meningkatkan tahap kemahiran seseorang pelajar bagi menghadapi perubahan dalam dalam struktur ekonomi dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Tenaga pekerja yang mahir merupakan syarat asas untuk menjamin perkembangan ekonomi negara. Seperti yang diketahui latihan kemahiran juga dikenal pasti menjadi sebagai tonggak kejayaan sektor ekonomi di negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman. Negara tersebut sebenarnya mempunyai sistem latihan yang mantap serta mampu menghasilkan tenaga kerja yang kompeten serta memenuhi keperluan sektor industri di negara tersebut termasuk sektor perkhidmatan. Bagi tujuan tersebut sektor pendidikan teknik, vokasional dan kemahiran di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia, memainkan peranan yang penting dalam membantu membina modul dan unit kompetensi selaras dengan kemahiran yang diperlukan dan seterusnya memberi peluang pelajar memenuhi ruang pekerjaan (employability) apabila tamat persekolahan.

Berdasarkan kepada perkembangan dan perubahan struktur ekonomi semasa, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia sedang giat usaha untuk memartabatkan aspek latihan kemahiran ke tahap lebih berkualiti bagi memenuhi keperluan permintaan tenaga kerja dalam pelbagai sektor seperti perkilangan dan perkhidmatan. Malah usaha juga sedang dan akan dilakukan untuk menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan sektor industri yang baru muncul (new emergence industry).

Atas dasar ini, terdapat lapan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi, berinisiatif dan keusahawan.

Rajah: Kemahiran Kebolehkerjaan

Menurut BPK 2010, Kemahiran kebolehkerjaan adalah kemahiran dan kualiti individu yang diperlukan oleh majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja, kualiti dan individu ini adalah berguna kepada semua pihak. Kemahiran ini boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja lain. Kemahiran kebolehkerjaan ini tidak meliputi kemahiran kualiti yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan yang khusus sahaja malah merangkumi semua bidang kerjaya.

Adalah diharapkan, kerjasama rapat di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan sektor perindustrian yang berterusan dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir bukan hanya didalam bidang kecantikan malahan dalam bidang-bidang lain pada masa akan datang.

Adam Othman
Sektor Teknik dan Vokasional
BPK, Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, October 18, 2010

Darah Tinggi Penyakit Seumur Hidup

HIPERTENSI ataupun darah tinggi merupakan salah satu penyakit utama yang sering dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini banyak didedahkan, begitu juga cara-cara untuk mencegahnya namun bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan.

Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit ini.

Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman menegaskan, punca tekanan darah tinggi membabitkan 95 peratus pesakit masih tidak diketahui.

“Malah, ada individu yang tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedikit pun menunjukkan simptom,” katanya.

Ujarnya lagi, penyakit ini tidak akan hilang. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan penyakit seumur hidup.

Akibatnya, penghidap darah tinggi perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka.

Secara amnya, darah tinggi merujuk pada tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dalam keadaan rehat berpotensi positif mendapat penyakit tersebut.

“Darah tinggi memang tiada sebarang gejala. Namun, jika tidak dibendung daripada awal, seseorang boleh terkena serangan atau kegagalan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang,” katanya.

PERUBATAN alternatif akupuntur dipercayai dapat memulihkan penyakit darah tinggi.
PENGHIDAP darah tinggi perlu bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka.

Satu daripada dua

Mengikut satu kajian pada tahun 2006, satu daripada tiga rakyat negara ini yang berumur 30 tahun ke atas menghidap darah tinggi.

“Saya berpendapat angka ini telah meningkat dan melebihi 50 peratus rakyat Malaysia menghidapnya.

“Dahulu penghidapnya berusia 30 tahun ke atas, kini ia tidak mengira peringkat umur.

“Mereka yang berada di bawah umur tersebut juga berisiko. Malah kanak-kanak turut terdedah kepada penyakit ini kerana faktor pemakanan dan obesiti,” ujarnya.

Tambah Azhari, ada pesakit hanya mengetahui mereka mempunyai darah tinggi setelah mereka diserang strok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, risiko komplikasi darah tinggi boleh dielakkan jika seseorang berdisiplin dengan mengambil makanan berkhasiat.

“Kawalan diet terutama pengambilan garam selain rejim senaman bagi mengekalkan berat badan ideal juga perlu bagi penghidap darah tinggi,” katanya.

Berbicara mengenai rawatan darah tinggi melalui medium perubatan alternatif, pengamal perubatan alternatif, Nik Omar Nik Daud berkata, penyakit itu memerlukan rawatan secara holistik selain mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang bersumberkan dadah.

“Dari sudut homeopati, keadaan pesakit darah tinggi termasuk simptom yang mereka alami akan dinilai terlebih dahulu.

“Selepas didiagnosis, mereka akan diberikan ubat-ubatan yang bersumberkan alam semula jadi seperti garam galian,” katanya.

Ujarnya lagi, garam galian berbeza daripada garam yang terdapat dalam makanan yang menjadi punca darah tinggi.

Katanya, garam galian lebih selamat dan bersumberkan sulfur, magnesium dan kapur.

“Ia selamat dan boleh membantu mengurangkan tekanan darah seseorang,” katanya.

Akupuntur

Tambah beliau, kebiasaannya pesakit darah tinggi memerlukan masa selama tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Namun, mereka juga mesti mengambil makanan yang sihat dan banyak bersenam,” katanya.

Ujar Nik Omar lagi, rawatan akupuntur dan bekam turut membantu memulihkan tekanan darah tinggi.

“Rawatan akupuntur memberi tumpuan pada bahagian kaki dan tangan yang merupakan kawasan berkaitan saluran darah.

“Ini untuk memastikan pengaliran darah sempurna dan stabil selain mengaktifkan sel-sel darah yang terjejas,” katanya.


RAWATAN sering menjadi alternatif dalam mengurangkan penyakit darah tinggi.

Bagi rawatan bekam pula, Nik Omar berpendapat amalan itu mempunyai manfaat yang cukup banyak kerana dapat mengeluarkan toksik daripada darah.

“Ia juga dapat membuang darah kotor dalam badan. Jika diamalkan mengikut nasihat pengamal perubatan tradisional terlatih, tekanan darah tinggi boleh menjadi normal semula.

Bagi pakar pemakanan, Dr. Fatimah Arshad menjelaskan, penghidap darah tinggi perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan.

“Kurangkan makanan berlemak dan banyak makan sayur-sayuran serta buah-buahan segar. Jangan makan buah betik yang dibuat rojak. Kicap mengandungi garam yang tinggi.

“Kurangkan penggunaan belacan untuk masakan, begitu juga ikan dan telur masin. Makanan segera pula harus dielakkan,” katanya.

Oleh: MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Sumber: http://www.kosmo.com.my/

Ikan Bakar di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah






















Kematian Abu Jahal

ABU Jahal atau namanya yang sebenar adalah Abu Hakam bin Syams. Beliau adalah pemimpin Quraisy yang sangat kuat dalam menentang usaha Rasulullah SAW untuk menyebarkan Islam.

Beliau mendapat gelaran Abu Jahal kerana sikapnya yang jahil dengan kebenaran.

Apabila beliau mendengar bahawa Rasulullah serta umat Islam di Madinah cuba menyekat kafilah Abu Sufian, beliaulah orang yang paling lantang mengapi-apikan permusuhan kaumnya dengan Rasulullah.

Abu Jahal selalu memaki dan memburuk-burukkan Rasulullah di hadapan kaumnya. Beliau sangat sombong dan selalu bercakap besar.

Beliau pernah berkata bahawa, beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan kembali sebelum tiba di Badar.

Mereka akan tinggal di sana selama tiga hari tiga malam, berpesta dengan riang ria sambil memotong kambing dan meminum khamar (arak), serta dihiburkan dengan syair-syair merdu yang dinyanyikan oleh wanita-wanita yang dibawa oleh mereka.

Semasa dalam Perang Badar, beliau dikawal oleh tentera-tentera yang ditugaskan khas untuk mengawalnya.

Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan bahawa telah datang kepadanya dua orang pemuda iaitu Muaz bin Amru dan Muawiz bin Afra bertanyakan perihal Abu Jahal. Lalu ditunjukkan kepada mereka kedudukan Abu Jahal.

Berlakulah pertembungan yang sengit antara kedua-dua pemuda itu dengan Abu Jahal. Muaz terus memukul dan memenggal separuh daripada kaki Abu Jahal.

Tiba-tiba anak Abu Jahal telah menetak sebelah tangannya sehingga terkulai, lalu Muaz mengheret tangannya yang tergantung itu dan ditanggalkan terus daripada badannya.

Muaz pun terus mengasak Abu Jahal dengan pedangnya sehingga terhumban jatuh dan hampir menemui ajal. Sementara Muawiz pula terus berperang sehingga gugur sebagai seorang syahid.

Setelah selesai peperangan, Rasulullah memerintahkan orang-orang Islam supaya mencari Abu Jahal. Akhirnya Abdullah bin Mas'ud menjumpai Abu Jahal yang ketika itu masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Abdullah meletakkan kakinya ke atas leher Abu Jahal dan memegang janggut beliau lalu memenggal kepala Abu Jahal dan dibawa ke hadapan Rasulullah.

Lalu baginda pergi ke tempat jasad Abu Jahal yang tersadai itu dan berkata, "Inilah dia Firaun umat ini".

Melihat kepala Abu Jahal itu maka, Rasulullah SAW pun turun dari tunggangan baginda. Rasulullah mengadakan sujud syukur serta memuji kebesaran Allah SWT apabila musuh nombor satu Islam itu akhirnya mati di tangan tentera Islam.

Kematian Abu Jahal bermakna lumpuhnya kepimpinan kaum Musyrikin Quraisy Mekah. Sehingga kini nama Abu Jahal masih disebut-sebut sebagai orang yang menjadi musuh Rasulullah. Begitulah tragisnya kematian Abu Jahal di tangan tentera Muslimin.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Nabi Ibrahim Pindah ke Negeri Syam

Setelah terlihat keadaan bagi diri Nabi Ibrahim kurang aman, maka beliau pindah ke negeri Syam dengan bantuan isterinya Sarah.

Sejak dahulu negeri Syam termasuk negeri yang sejahtera, aman tidak ada kekhuatiran apa-apa.

Tidak lama kemudian Nabi Ibrahim pergi ke negeri Mesir. Ketika Raja Mesir mendengar bahawa Sarah adalah seorang yang sangat cantik maka disuruhnya Ibrahim mengadap.

Setelah mengadap Raja Mesir, maka Ibrahim ditanya: Siapakah perempuan itu? Ibrahim menjawab: Saudaraku.

Ibrahim berdusta terhadap orang yang akan menganiayanya, ia diizinkan oleh Allah. Maka menjadi qaidah, boleh berdusta terhadap orang yang ingin menganiaya. Keizinan itu disebut dalam Al-Quran, Surah Nisa': 148 dan Hadis yang dikeluarkanoleh Imam Abu Dawud, Tarmizi, Ibnul Mundzir, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Mirdawah dari Hurairah dari Rasulullah s.a.w. dan juga dalam Bukhari Muslim.

Nabi Ibrahim tidak pernah berdusta kecuali tiga kali iaitu;
1. Ia mengatakan sakit sewaktu diajak ke tanah lapang.
2. Kepada Raja Namrud waktu ditanya yang menghancurkan berhala-barhala.
3. Kepada Raja Mesir ia mengatakan bahawa Sarah adalah saudaranya.

Sekiranya Nabi Ibrahim mengaku Sarah isternya, sudah tentu Raja Mesir merampas Sarah dari Nabi Ibrahim.

Format Rancangan Perniagaan

Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Isi kandungan
  2. Ringkasan Eksekutif atau Abstrak
  3. Pengenalan
  4. Tujuan
  5. Latar belakang perniagaan
  6. Latar belakang pemilik
  7. Latar belakang projek
  8. Rancangan Organisasi
  9. Rancangan Pemasaran
  10. Rancangan Pengeluaran dan Operasi
  11. Rancangan Kewangan
  12. Jadual perlaksanaan Projek
  13. Rumusan
  14. Lampiran/Dokumen Sokongan

Ciri Asas Rancanagan Perniagaan Yang Baik

Setiap Rancangan Perniagaan yang baik perlu memenuhi syarat asas berikut:

  1. Fakta dan maklumat yang diperlukan adalah benar dan terkini, yang diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti rekod dan data dalaman perniagaan, statistik kerajaan, data penyelidikan pemasaran dan lain-lain.
  2. Maklumat atau data yang dikumpul dianalisis secara terperinci dan berasas
  3. Maklumat dan data-data yang berubah dari masa ke semasa diubahsuai dan dikemaskini.
  4. Mempunyai satu set penyata kewangan proforma aliran tunai, akaun penamat.
  5. Memberi fokus kepada keperluan pengguna. Penyediaan Rancangan Perniagaan hendaklah mengambil kira tujuan ianya disediakan, contohnya untuk memohon pinjaman bank, untuk mendapat tender dan sebagainya.
  6. Mempamerkan penyelarasan semua fungsi atau aktiviti perniagaan. Contohnya jika ramalan pendapatan pendapatan adalah RM1 juta, maka bahagian permasaran pengeluaran, kewangan, sumber manusia dan lain-lain aktiviti perniagaan bertindak sebagai 'satu pasukan' bagi mendapatkan sebanyak RM1 juta.
  7. Menunjukkan keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan atau pengurus terbabit.
  8. Mempunyai pelan tindakan (action plan) yang jelas dan boleh dilaksanakan.

Cinta Di Syurga

Syurga yang serba nikmat Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam 'alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah). Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Kisah Nabi Adam dan Hawa

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian.

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata "Kun!" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum. Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: "Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?" Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang. "Aku Hawa," sambutnya ramah. "Aku dari Pencipta!" suaranya tertegun seketika. "Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!" tekanan suaranya menyakinkan.Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: "Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!" Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: "Kekasihku, ke marilah engkau!" Suaranya halus, penuh kemesraan.

"Aku malu!" balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban."Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!" Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik "malu" terselit "rasa mahu". Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: "Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!".Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuanitu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon "Syajarah Thuba", menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: "Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!".Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami. Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. "Mana mahar?" tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup. Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: "Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?". "Bukan!" kata Tuhan. "Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?" tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan. "Bukan!" tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: "Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!". Allah SWT. berfirman: "Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya' dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!". Adam a.s merasa lega.

Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil 'alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. "Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu", perintah Allah, "dan dapatlah ia sebagai isterimu!". Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.Allah SWT. berfirman kepada mereka: "Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim".(Al-A'raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.Firman Allah SWT.: "Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati."(Al-Baqarah: 3)

Sumber: http://www.darulnuman.com/