- Sentiasa buat perancangan dan diikutinya.
- Patuhi! pembahagian masa. Latih keluarga juga perlu kerana masa tidak boleh dipersia-siakan. Ingatkan mereka masa itu emas.
- Anak-anak, baik lelaki atau perempuan, mesti diberi tanggungjawab supaya mudah mereka berdikari.
- Beri tempoh percubaan setiap kali tanggungjawab diberikan kepada anak supaya mereka tidak tertekan.
- Jangan menyerah bulat-bulat tanggungjawab yang diberi sebaliknya memantau dari masa ke semasa.
- Jika meningggalkan anak di rumah, talipon selalu!
- Jangan abaikan waktu rehat kerana ia membantu mencergaskan badan dan menenangkan fikiran. Badan yang letih membuat kita gagal berfikir dengan baik dan mudah marah.
- Mesti tegas dengan peraturan yang dibuat. Memang sukar pada awalnya tetapi lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan.
- Ibu bapa mesti menunjukkan contoh dengan mematuhi peraturan dibuat secara langsung, anak-anak akan mengikut.
- Sentiasa tekankan kepentingan displin pada keluarga agar mereka juga berdisplin di sekolah dan apabila melangkah ke alam kerja kelak.
PAGE
▼
No comments:
Post a Comment