Saturday, April 10, 2010

Darjah Kecerdasan Interpersonal

    Darjah kecerdasan interpersonal ini ialah kebolehan seseorang berinteraksi dan memahami kemahuan, motivasi, perasaan, fikiran dan perlakuan orang lain. Islam amat mementingkan hubungan sosial yang baik sesama manusia dan kehidupan seharian sama ada dalam keluarga, persatuan atau organisasi.

    Para pendidik dan ibu bapa perlu menyemai dan mengembangkan benih kasih saying dalam diri anak-anak supaya mereka mampu hidup dengan manusia lain dalam usahanya membentuk keluarga dan hidup bermasyarakat. Dalam konteks pembelajaran optimum seseorang pelajar perlu menguasai darjah kecerdasan ini supaya boleh menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan mampu belajar secara kumpulan.

    Darjah kecerdasan interpersonal atau kemahiran bermasyarakat ini boleh dipertingkatkan melalui latihan. Antaranya termasuklah seperti berikut:

  1. Tingkatkan diri supaya boleh berkomunikasi dengan baik.
  2. Gunakan masa sekurang-kurang 15 minit setiap hari untuk berlatih mendengar dengan aktif dengan keluarga atau rakan yang baik.
  3. Cuba temui seorang kawan baru pada setiap hari atau pada setiap Minggu.
  4. Ambil peranan sebagai pemimpin dalam kumpulan yang anda terlibat di tempat kerja atau di tempat belajar.
  5. Ambil kursu komunikasi yang berkesan.
  6. Selalu adakan perhimpuna keluarga di rumah anda untuk berbincang atau bertukar-tukar fikiran.
  7. Baca buku-buku berkaitan dengan hubungan antara manusia.

Friday, April 9, 2010

Perlukah Memukul Anak?


Apabila anak anda melakukan kesalahan, ramai ibu bapa yang mengambil langkah dengan memukul anak mereka sebagai salah satu cara hukuman di atas kesalahan yang dilakukan oleh anak. Tindakan ini diambil sebagai tanda amaran dan ingatan agar anak tersebut tidak akan mengulangi kesalahan yang sama buat kali kedua. Bagaimanapun menggunakan cara ini bukan sahaja memberi impak kepda anda tetapi juga kepada si kecil itu sendiri. Tidak boleh memukul anak bukan bermaksud langsung tidak boleh memukul anak jika anak bersikap melampaui batas. Tetapi, sebaik-baiknya elakkanlah daripada terus menjatuhi hukuman peukul kepada mereka.

Sebab Tidak Digalakkan Memukul Anak
  1. Mengajar anak erti keganasan; Memukul anak sebenarnya bukanlah cara terbaik mendidik anak. Ini kerana anda sebenarnya mereka erti keganasan. Kanak-kanak yang kerap dipukul juga menjadi tersangat buasdan lasak serta kerap bergaduh. Ini kerana mereka akan berasa puas berbuat demikian serta menganggap tindakan memukul adalah jalan penyelesaian.
  2. Menyebabkan anak membenci anda; Tindakan anda memukul anak sebagai hukuman ke atas kesalahan mereka bukanlah langkah yang bijak. Ini kerana asas kepada hukuman dera adalah ketakutan, kesakitan dan rasa geram pada anda. Akibatnya, tindakan anda ini akan mengundang rasa benci mereka terhadap anda.
  3. Menyebabkan anak hilang rasa hormat pada ibu bapa; Meskipun, ada ibu bapa yang berkata mereka mahu mencuba cara memukul untuk menyedarkan anak terhadap kesalahan mereka. Namun, tindakan memukul oleh ibu bapa sehingga emosi meledak sebenarnya tidak baik. Ini kerana, anak dapat melihat ibu bapa mereka hilang Kawalan dan rotan yang digunakan dalam keadaan marah dan kecewa. Situasi ini menyebabkan anak menganggap ibu bapa melepaskan kemarahan kepada mereka dan bukan dipukul kerana berkelakuan kurang baik. Jika ini berlaku, lama-kelamaan anak akan hilang rasa hormat pada ibu atau bapanya.
  4. Membuat ibu bapa lebih marah; Disebabkan terlalu marah, ada ibu bapa yang tidak dapat mengawal diri semasa memukul anak. Ini menyebabkan pukulan yang diberi kepada anak adalah terlalu kuat. Oleh itu, cara yang paling baik untuk mengawal diri anda daripada terus memukul mereka adalah dengan bertenang.
Apakah Tindakan Yang Perlu Dilakukan
  1. Jelaskan kesalahan anak; Tindakan yang terbaik yang boleh diambil sekiranya anak melakukan kesalahan adalah dengan memberi penjelasan yang mudah mengenai kesalahan yang dilakukan.
  2. Cuba fahami anak: Usah berkata anak ini nakal, degil atau tidak mahu mendengar kata. Sebaliknya, cuba fahami apa yang dia mahukan. Ambil masa bertenang meskipun anda perlu berhadapan dengan karenah mereka.
  3. Ajar mengawal diri dengan contoh; Anda perlu mengajar anak bagaimana untuk menahan diri dan mengawal diri. Sikap anda yang tenang dan yakin akan menjadi lebih berkesan dalam mendisplin anak.

Thursday, April 8, 2010

Bermula Dengan Mengingati Matlamat

    Bermula dengan mengingati matlamat bermakna bermula dengan memahami dengan jelas tentang apakah destinasi kita. Ini bermaksud ke manakah kita akan pergia. Maknanya di mana kita berada sekarang, supaya langkah yang kita ambil itu sentiasa ke arah yang betul

    Sungguh mudah untuk kita termasuk dalam perangkap setiap aktiviti kita, dalam kesibukan hidup, berusaha untuk mengejar tangga kejayaan dan akhirnya kita tersedar bahawa kita tersalah menyandar tangga untuk mengejar impian. Kita boleh sibuk, sangat sibuk tetapi kita jangan menyesal tentang apa yang kita lakukan sebelum ini.

    Kadang kala sering mendapati diri mencapai kemenangan kosong, mencapai kejayaan dengan mengorbankan sesuatu yang tiba-tiba disedari jauh lebih berharga kepada diri kita. Antara kita dalam semua bidang kehidupan; doktor, ahli akademik, pelakon, ahli politik, professional perniagaan, atlit, dan tukang kebun sering berjuang untuk mencapai pendapatan yang lebih tinggi, pengiktirafan yang lebih banyak, atau tahap tertentu ketrampilan professional, Namun akhirnya mendapati bahawa keinginan mencapai matlamat telah membutakan mereka terhadap perkara yang jauh lebih bernilai dan kini sudah lesap.

    Betapa berbezanya kehidupan kita jika kita benar-benar tahu apa yang paling penting kepada diri kita, dan dengan membayangkan gambar itu dalam minda kita, kita mengurus diri sendiri setiap hari untuk menjadi dan melakukan segala yang paling penting itu. Jika salah tempat menyandarkan Tangga, setiap langkah yang kita ambil hanya membawa kita dengan lebih cepat ke tempat yang salah. Kita mungkn sangat sibuk, kita mungkin sangat cekap. Tetapi kita akan benar-benar berkesan hanya apabila kita bermula dengan mengingati matlamat.

    Jika kita berhati-hati memikirkan apa yang kita mahu perkatakan tentang diri kita dengan kematian, kita akan dapat mencari definasi kejayaan. Mungkin amat berbeza daripada definisi yang kita fikirkan dahulu. Mungkin kemasyuran, pencapaian, kewangan, atau beberapa perkara lain yang berusaha untuk mencapainya itu bukan sebahagian tempat yang betul untuk menyandarkan tangga.

    Dengan sentiasa mengingati matlamat itu, kita akan dapat memastikan apa yang kita lakukan pada bila-bila hari tertentu, tidak melanggar kriteria yang kita takrif sebagai penting, dan setiap hari dalam hayat kita menyumbang secara bermakna kepada wawasan kita tentang keseluruhan hidup kita.

Monday, April 5, 2010

Persediaan Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Yang Tersayang


Kalau hendak bercerita tentang hubungan suami isteri tidak mungkin habis begitu sahaja, pendek kata topik hubungan suami isteri sentiasa hangat hendak diperbincangkan. Selalunya, tidak kira Lelaki ataupun Perempuan, mereka sangat teruja untuk menyediakan diri sebelum hari perkahwinan berbanding hari selepas berumahtangga. Apa selepas beberapa Minggu selepas sah perkahwinan, semuanya telah dilupakan. Si Lelaki kembali seperti biasa, jika dulu sebelum hari nikah, sanggup bercukur sana-sini, mandipun menggunakan sabun paling wangi dan mahal, tetapi setelah benikah mandipun ala kadar sahaja. Kalau dulu kalau tak mendengar suara pun asyik teringat-ingat, kini asyik berlepak dengan kawan-kawan di kedai kopi.

Manakala si Perempuan pula, lebih gemar bergaya santai dengan kain batik bersama-sama T-shirt lusuh. Rambut pula, kadang kalau sikat dan ada ketikanya kusut masai. Tiada lagi yang menarik pada suami isteri, Cuma Nampak bergaya di tempat kerja. Jadi, tidak hairanlah sekiranya tiada lagi hubungan mesra antara suami isteri. Tiada lagi hubungan hangat dan mengghairahkan. Sekiranya ini terjadi pada diri anda, sudah tentu anda tidak dapat merasai kenikmatan dalam hubungan suami isteri.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada anda dan pasangan bertindak segera, agar situasi tersebut tidak berpanjangan. Carilah jalan supaya, anda dan pasangan kembali romantik seperti zaman bercinta dahulu. Antaranya dengan mennyambut hari ulang tahun perkahwinan. Ini adalah Tarikh paling bermakna selain tarikh hari lahir pasangan anda. Persoalannya apakah persediaan anda untuk menyambut hari yang paling bermakna bersama-sama dengan pasangan anda. Semoga ulang tahun perkahwinan kali ini akan menjadi kenangan paling manis, cubalah ikuti tip di berikut;

Berterus terang: Luahkan perasaan anda pada pasangan, jangan malu, kelak nanti anda yang rugi. Beritahu pasangan setiap apa yang anda rasa pada dirinya. Tidak yang tersurat atau tersirat. Janganlah kedekut untuk memuji pasangan anda. Tetapi berhati-hati ketika meluah perasaan, agar pasangan tidak berjauh hati.

Berbual mesra dengan si dia: Sambil berbual, beritahu pasangan apa yang anda inginkan daripadanya. Tetapi jangan terlalu banyak bercerita tentang apa yang anda inginkan sahaja, sehingga anda terlupa apa yang sepatutnya anda berikan kepada pasangan anda. Sebenarnya cara ini dapat merangsangkan emosi dan perasaaan pasangan anda.

Ciuman yang menghangatkan suasana: Jangan sesekali anda lupa memberi ciuman yang penuh perasaan pada pasangan anda, kerana ia penting untuk membuat hubungan menjadi lebih intim. Tetapi janganlah berhenti begitu sahaja, teruskanlah dengan usapan mesra dan belaian yang penuh kasih sayang.

Hiasi diri sebelum tidur: Ketahuilah bahawa penampilan diri sangat penting untuk menambat hati pasangan. Lebih-lebih lagi ketika di dalam Rumah. Pikatlah pasangan dengan penampilan seksi dan mengghairahkan.

Sentuhan lembut: Setiap kali melihat si dia, timbul rasa kasih saying dan tidak ingin berpisah. Agar anda menjadi igauan si dia, apa kata belai dirinya dengan secukupnya.

Renungi matanya: Renungilah matanya dalam-dalam, kerena ia pasti menghangatkan lagi suasana. Pada masa yang sama jangan lupa wangi-wangian yang mengharumkan.

Hari yang ditunggu kini tiba. Tunggu apa lagi? Berikanlah apa yang sepatutnya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan yang paling bermakna. Agar hubungan intim anda lebih hangat iringilah dengan aktiviti yang lebih romantik.

Lima Langkah Asas Membina Alat Pentaksiran Yang Baik


Sekiranya anda mahu membina alat pentaksiran yang sesuai dan efektif, anda perlu mengambil masa bagi tujuan persediaan dan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan tugasan kerja. Kita perlu mematuhi langkah berikut;

Langkah 1: Ambil satu "copy" unit kompentsi (modul) yang berkaitan dengan pentaksiran yang akan dijalankan, pastikan setiap pelajar telah mempelajari unit kompetensi tersebut. Sekiranya anda ingin mengumpul semua unit kompetensi dalam satu pentaksiran keseluruhan, anda haruslah memastikan, anda masih boleh menilai setiap eleman dalam setiap kompetensi, ia bermaksud anda mesti menghakimkan apa yang telah pelajar mempelajari kompetensi tersebut. Kriteria Tambahan dalam alat pentaksiran haruslah terdapat ciri nilai contohnya nilai murni, haruslah melibatkan perkembangan industri dan perkembangan semasa (teknologi)

Langkah 2: "Highlight" aspek madatori alat pentaksiran yakni elemen, kreteria prestasi, petunjuk evedens, julat pembolehubah dan kunci kompetensi.

Langkah 3: Keperluan tambahan bagi memastikan pekara-pekara yang ditaksiran hendaklah mengikut konteks yang berkaitan serta relevan dengan kumpulan pelajar yang ditaksir, termasuk persekitaran di mana pentaksiran yang dijalankan, peluang mengumpul evidens, maklumat pendekatan yang lengkap dan masa yang diperlukan untuk tujuan pentaksiran.

Langkah 4: "Sila Beri Perhatian"
  • Bagaimana, di mana dan bila setiap elemen yang ditaksir.
  • Bagaimana pencapaian keseluruhan kompetensi dihakimi.
  • Bagaimana pencapaian yang akan ditunjukkan.
  • Apakah jenis evidens yang diperlukan untuk mematuhi semua bahagian kompetensi yang akan ditaksir.
  • Siapakah yang mengesahkan kualiti alat pentaksiran.
Langkah 5: Senaraikan setiap keperluan alat pentaksiran yang anda rasakan sesuai digunakan semasa menguruskan pentaksiran yang akan dijalankan.

Apa yang penting, anda haruslah memastikan setiap kompetensi dan tugas telah pelajar mempelajari sebelum pentaksiran dilakukan. Ini adalah bagi memastikan alat pentaksiran anda sah, boleh percaya dan adil.

Sunday, April 4, 2010

Cubalah Dahulu Untuk Memahami


Sungguhpun ia berisiko dan sukar, cubalah dahulu untuk memahami, atau dianogsis sebelum anda berpreskripsi, merupakan sesuatu patut wujud dalam kehidupan kita. Ia merupakan tanda sifat profesional pada diri. Ia kristis bagi ahli optometri, ataupun doctor. Anda tidak akan mempunyai keyakinan terhadap presikripsi doktor kecuali jika anda yakin terhadap diagnosisnya.

Jika anda tidak yakin terhadap diagnosis, anda tidak yakin dengan preskripsi. Prinsip ini selalu digunakan dalam jualan. Juru jual yang berkesan mula-mula cuba untuk memahami keperluan, keprihatinan, situsi pelanggannya. Jurujual amator menjual barangan, jurujaul professional menjual penyelesaian kepada keperluan dan masalah. Ia pendekatan yang berbeza langsung. Seorang professional belajar bagaimana mendiagnosis, bagimana memahami. Dia juga belajar bagaimana mengaitkan keperluan orang lain dengan barangan perkihdmatannya. Dan, jika perlu, dia mempunyai integriti untuk berkata, "Barangan atau perkhidmatan saya tidak memenuhi kerperluan itu".

Mendiagnosis sebelum anda berpreskripsi adalah asas undang-undang. Peguam professional akan mula-mula mengumpul fakta untuk memahami situasi, untuk memahami undang-undang dan presedent, sebelum membuat persediaan sesuatu kes. Peguam yang baik hampir dapat menulis kes peguam pihak yang bertentangan sebelum dia menulis kes sendiri.

Hal ini juga perlu untuk reka bentuk barangan. Dapatkah anda membayangkan seseorang dalam sesuatu syarikat menyatakan, "Penyelidikan pengguna ini tidak berguna. Mari kita reka sahaja barangan." Dengan kata-kata lain, tak payah kita memahami tabiat dan niat membeli seseorang pengguna, kita reka barangan sahaja. Tak boleh.

Jurutera yang baik akan memahami daya dan rintangan yang bertindak sebelum mencipta jambatan. Guru yang baik akan menilai muridnya sebelum mengajar. Pelajar akan memahami sebelum dia Gunakan apa yang dia belajar. Ibubapa yang baik akan memahami sebelum menilai atau menghakim. Anak kunci pertimbangan yang baik ialah kefahaman. Kalau seseorang itu menghakim dahulu, dia tidak akan memahami dengan betul. Cuba dahulu untuk memahami ialah prinsip yang perlu dipraktikan dan dan terbukti berkesan kehidupan.

Thursday, April 1, 2010

Senyum


Mengajar pelajar kemahiran memang menarik dan mencabar. Sepanjang saya berkhidmat mengajar pelajar kemahiran, saya telah menghadapi pelbagai karenah karenah mereka. Tapi bagi saya itulah cabaran sebagai seorang guru. Setakat ini saya masih gembira dan sangat terujua untuk mendidik mereka. Saya ada satu pengalaman untuk dikongsi bersama anda..

Saya mempunyai salah seorang pelajar baik dan agak bendul, ia merupakan pelajar yang jarang "mis" menunaikan solat Jumaat.di masjid

Ceritanya begini. Pada suatu Jumaat, sedang saya ingin menunai solat di masjid, saya ternampak anak murid saya, yang saya sayangi itu sedang tersenyum-senyum di lubang tabung masjid. Lalu saya bertanya pada anak murid saya tersebut

Firdaus! Kenapa hang senyum kat Lubang tabung tu?

Lalu Firdaus pun menjawab: Kan cikgu pernah pesan kat saya... senyumkan satu sedekah!

Oleh: Adam

Penggunaan Humor Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran


Menurut Loomax dan Moosavi (1998) mendapati penggunaan humor dalam pengajaran dalam mengurangkan tekanan, meningkatkan suasana pembelajaran, menjadikan pembelajaran lebih seronok dan menarik perhatian pelajar, meningkatkan interaksi antara pelajar dan guru. Provine (2000) pula berkata, penggunaan humor dalam pengajaran juga dapat meningkatkan perlakuan efficacy kendiri seseorang, terutama dalam kalangan pelajar yang agak malu dan kurang mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. Humor bukan sahaja merupakan salah satu langkah guru dalam menarik minat terhadap pengajarannya kepada pelajar, disamping itu ia juga mampu menyumbangkan suasana yang kondusif, bukan sahaja dalam diri pelajar bahkan dalam diri guru itu sendiri. Antara kelebihan pendekatan humor dalam P&P ialah;
  1. Mengurangkan tekanan; Menurut Duncan, Smelter dan Leap (1990), humor mampu memberi peranan bagi menghadapi situasi yang tegang, mengurangkan tekanan, membolehkan seseorang berhadapan dengan kebosanan dan meningkatkan rasa pemilikan.
  2. Meningkatkan hubungan dengan orang lain; Humor sebenarnya meningkat hubungan komunikasi antara guru dan pelajar, secara tidak langsung ia juga meningkatkan kerjasama antara pelajar apabila aktiviti kumpulan dijalankan.
  3. Mengurangkan konflik; Sesuutu konflik dapat dihindarkan atau dikurang apabila kita berjaya menimbulkan suasa humor. Disamping itu, ia juga dapat memudahkan membuat keputusan dengan mudah untuk menyelesaikan konflik dalaman.
  4. Membina dan mengekalkan harmoni; Humor juga dapat mengeratkan hubungan dua hala antara guru dan pelajar. Dengan kata lain humor mampu mengwujudkan hubungan kekeluargaan, hingga menghasilkan sifat saling membantu, saling mempercayai dan saling menghormati. Hubungan yang mesra akan melahirkan suasana P&P yang lebih kondusif antara guru dan pelajar.
Pada asasnya unsur humor dalam suasana bilik darjah mampu menyumbangkan kebersan P&P yang dijalankan. Di dsamping itu humor juga boleh mewujudakan iklim pembelajaran positif dalam suasana sangat ceria. Namun begitu guru perlu berhati-hati dengan kaedah humor dijalankan tersebut, kerana kaedah itu juga boleh menyebabkan guru kehilangan kawalan kelas. Apa-apa pun, guru yang berkesan akan berusaha bagi memastikan pelajar-pelajarnya mendapatkan ilmu yang diperlukan oleh mereka, untuk kerjaya mereka di masa hadapan.

Tijah Gadis Kampung


Tijah adalah budak kampung yang bekerja di Kuala Lumpur. Biasalahbila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut,bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriend nya yg bermata biru. Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis suratu ntuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup , yg berjaya "dicuri" ...

Mike....
I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
Safewalk..
Tijah

(Petikan ni dipetik salah satu blogger yang popular)

Keistimewaan Gelombang Otak Alpha - Theta


Menurut penyelidikan Elmer dan Ayce Green gelombang α – θ ini selalu dikaitkan dengan suatu keadaan pendalaman (a deeply internalized state) yang dapat memberikan ketenangan badan, emosi dan fikiran. Melalui gelombang α – θ ini seseorang dapat menghasilkan idea baru dan sahih atau idea sintesis, bukan melalui deduksi, tetapi melalui intitusi dari sumber minda terpendam (subconscious mind). Dengan cara inilah seseorang itu dapat mencetuskan idea kreatif. Menurut Elmer dan Ayce Green, keadaan gelombang α – θ ini bukan sahaja kondusif kepada ingatan dan pembelajaran tetapi juga sebagai sumber pemikiran kreatif otak.

Gelombang α – θ mempunyai amplitude yang lebih tinggi dan Frekuensi yang lebih rendah berbanding dengan gelombang β. Dengan sebab itu gelombang α – θ ini dapat memberi lebih tenaga anggutan (fluctuation of energy) dalam otak untuk membentuk hubungan neural yang lebih kompleks dan kreatif antara sel otak.

Banyak kajian penyelidikan telah menunjukkan tentang hubungan kreativiti dengan gelombang α – θ. Thomas Taylor, professor kimia dari Universiti Texas, USA menggunakan alat EEG (electroencephalography) kepada pelajar yang sedang menyelesaikian masalah matematik/teknikal yang agak rumit. Dari rekod pengawasan EEG, taylor dapati gelombang otak β pelajar amat aktif pada masa pelajar itu berfikir secara mendalam tentang masalah itu. Bila sahaja gelombang itu berubah serta-merta dari gelombang β ke gelombang α – θ, dengan cara tiba-tiba terserlah suatu peluang di mana masalah matematik/teknikal itu dapat diselesaikan. Perkara seperti itu kerapkali dialami oleh seseorang yang kreatif menyelesaikan masalah.