Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts
Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Prinsip Perniagaan dalam Islam

Prinsip utama dalam perniagaan menurut perspektif Islam yang perlu dipatuhi oleh usahawan muslim ialah perniagaan yang diceburi adalah halal di mana ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Ianya tidak bercanggah dengan kehendak agama dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Maksud tidak bercanggah dengan kehendak agama merujuk kepada perniagaan haram seperti arak, judi, khinzir, riba, maksiat atau yang meragukan (syubhah) iaitu tidak dapat dipastikan halal haramnya (Muhammad Nasri Md. Hussain dan Muhammad Ahmad (2006).

Berikutnya adalah beberapa prinsip yang telah digariskan oleh Mustafa Daud (1995) berkaitan dengan urusan perniagaan:

Kebebasan, di mana tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut dan mereka diberikan tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan sesuatu urusniaga. Manakala kebebasan untuk mencari keuntungan keduniaan semata-mata amat ditegah di dalam Islam dan ini telah diterangkan dalam Surah ali-Imran ayat 196 yang bermaksud:

“Jangan sekali-kali kamu terpedaya dengan kebebasan orang-orang kafir bergerak dan kelancaran mereka membina kemajuan perdagangan dan perusahaan di dalam negeri di dunia ini. Semua itu hanya kesenangan sementara. Kemudian (di akhirat) tempat tinggal mereka di dalam neraka Jahannam”.

Kerelaan kedua-dua pihak turut menjadi prinsip perniagaan dalam Islam. Persetujuan dari sudut harga yang dikenakan oleh penjual dan kerelaan pembeli untuk menerima harga berkenaan akan dapat menghindarkan mereka dari sebarang pertelagahan di masa hadapan. Ini adalah selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud: “Janganlah kamu makan hasil pendapatan perniagaan yang dilakukan secara salah, kecuali ianya dilakukan dengan keredhaan kedua-dua pihak yang terbabit”.

Seterusnya adalah keadilan di dalam perniagaan, faktor ini amat penting bagi menjamin hubungan baik di antara peniaga dan pelanggan terus berkekalan. Keadaan ini dapat diwujudkan sekiranya kedua-dua belah pihak bersifat jujur, ikhlas dan amanah sewaktu melaksanakan urusan perniagaan tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bila mana dua pihak (penjual dan pembeli) bercakap benar dan berterus terang, jual beli ini akan diberkati, tetapi jika mereka menyembunyikan (sesuatu dari pihak lain) dan melakukan pembohongan, keberkatan akan terhapus dari jual beli tersebut”.

Islam turut mengutamakan kebajikan dalam kehidupan umatnya di mana perlindungan dari sebarang bentuk penipuan atau monopoli dalam perniagaan amat ditegah kerana ianya zalim dan menekan kesejahteraan masyarakat. Sebarang bentuk penipuan dari sudut sukatan, ukuran, jaminan, kerosakan dan sebagainya adalah perbuatan terkutuk dan balasan untuk mereka yang melakukan perkara ini telah diperjelaskan dalam Surah an-Nisa’ ayat 145 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang munafik (ditempatkan) di tingkat yang paling bawah dari neraka dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka”.

Kesopanan dalam perniagaan pula amat digalakkan oleh Islam di mana hubungan yang baik, berbudi bahasa, bertolak ansur dan bertimbang rasa akan memberikan perasaan yang tenang dan menggembirakan bagi kedua-dua pihak. Perniagaan di dalam Islam bukanlah sekadar proses pertukaran di antara wang dan barang semata-mata sebaliknya di dalam proses tersebut Allah s.w.t. mahukan hambanya memberikan layanan yang baik sesama mereka seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud: “Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia dan berbuat baiklah kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik”.

Sumber: http://www.islam.gov.my/

Friday, December 14, 2012

Matlamat Perniagaan

Menurut Megginson et. al. (2006), terdapat empat faktor yang menjadi matlamat bagi individu menceburi bidang perniagaan iaitu ingin mencapai kebebasan, memperolehi pendapatan yang lebih besar, menyediakan peluang pekerjaan ataupun menyediakan barangan/perkhidmatan yang tidak di tawarkan oleh mana-mana pihak.

Longenecker et. al. (2006) menegaskan bahawa, penglibatan individu dalam bidang perniagaan disebabkan oleh ganjaran yang bakal diterima dari sudut kepuasan peribadi di mana perniagaan mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, bebas membuat segala keputusan kerana kita merupakan pemilik perniagaan berkenaan berbanding dengan bekerja makan gaji, menikmati kepuasan secara peribadi kerana segala yang diusahakan akan menjadi milik sendiri dan akhirnya kepuasan dari sudut memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Begitu juga dengan Zimererer dan Scarborough (1998) yang berpandangan bahawa, mereka yang menceburi bidang perniagaan ini akan mampu mencapai matlamat yang diingini dalam kehidupan. Di antaranya adalah mampu untuk mengawal jalan hidup sendiri, boleh mencipta perbezaan berbanding dengan orang lain, berupaya menggunakan potensi diri dengan sepenuhnya, berpeluang mengaut keuntungan sebanyak yang mungkin, berpeluang menyumbang kepada masyarakat dan dalam masa yang sama mereka akan menghargai sumbangan tersebut dan akhir sekali kita boleh melaksanakan perkara yang kita suka dalam hidup ini.

Zaharuddin Yahya (1995) berpendapat menceburi bidang perniagaan dapat membantu individu merealisasikan segala impiannya, meringankan bebanan pihak lain, dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Selain dari itu juga, sebagai pembina empayar perniagaan yang boleh diwariskan kepada keturunannya.

Motif seseorang yang terlibat dalam perniagaan menurut Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002) menjadi faktor pendorong kepada indvidu berkenaan menceburi bidang perniagaan. Pada kebiasaan individu ini ingin mencari kepuasan peribadi, meningkatkan taraf sosial, mengawal nasib diri dan pulangan keuntungan yang lumayan sebagai matlamat mereka menceburi bidang perniagaan. Namun begitu, kepuasan peribadi ini perlu diseimbangkan dengan keperluan kerohanian agar individu berkenaan tidak bongkak, lupa diri dan takbur apabila diberikan kekayaan yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Menurut pandangan Zaharuddin Yahya (1995) bagi seorang muslim apa jua pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan rezeki yang halal maka ianya dianggap sebagai ibadah dan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Setiap ibadah mestilah berteraskan keinginan untuk mendapatkan keuntungan yang abadi. Keuntungan abadi ini dirujuk kepada usaha untuk mencari keredhaan Allah bagi kesempurnaan kehidupan di dunia dan kebahagian yang kekal di akhirat.

Secara umumnya, Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim (2005) telah merumuskan bahawa dengan melibatkan diri dalam perniagaan, individu tersebut boleh merealisasikan matlamatnya untuk menjadi bos kepada diri sendiri tanpa menerima arahan dari orang lain, menguruskan masa mengikut kesesuian diri, memberikan komitmen serta bekerja keras untuk diri sendiri, mampu untuk mendapatkan pendapatan yang lebih berbanding makan gaji dan berpeluang untuk memperolehi sesuatu dari peluang dan cabaran yang ada dalam bidang perniagaan.

Jika dilihat dari sudut Islam pula, tiada suatu ketetapan yang khusus untuk umatnya menceburi bidang yang tertentu bagi memenuhi matlamat hidupnya. Namun begitu segala yang dilaksanakan perlu mematuhi prinsip umum kehidupan kita sebagai seorang muslim iaitu segala aktiviti pekerjaan yang dilaksanakan tidak semata-mata mencari faedah kebendaan dan keduniaan. Sebaliknya kita perlu mengambil kira apakah pekerjaan yang kita laksanakan itu dapat menjadi ibadah yang boleh memberikan pahala untuk kehidupan di akhirat kelak. Ini telah diperjelaskan dalam Surah at-Taubah ayat 105 yang bermaksud: “Bekerjalah, nanti Allah dan Rasul serta orang mukmin akan melihat (menilai) apa yang kaum kerjakan”.

Sumber: http://www.islam.gov.my/

Friday, November 30, 2012

Berniaga perlu berasaskan konsep kemanusiaan

Oleh: SAODAH ABD. RAHMAN

SIKAP prihatin kerajaan terhadap pengawalan harga barangan perlu berterusan supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Secara rasional kenaikan harga barangan tidak boleh dikaitkan dengan kenaikan gaji kerana jumlah kakitangan kerajaan adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk keseluruhannya. Ramai di kalangan penduduk Malaysia tidak mempunyai pendapatan tetap dan miskin.

Dalam suasana golongan kecil menikmati kenaikan gaji masih ramai lagi masyarakat berasa terkilan dan gelisah kerana khuatir harga barangan dinaikkan terutama berhubung kait dengan bahan-bahan makanan dan keperluan asas.

Perasaan dan psikologi golongan yang tidak mempunyai peluang untuk menikmati keuntungan negara perlu diberi keutamaan sewajarnya. Sekurang-kurangnya harga barang makanan dan keperluan asas berada dalam kawalan. Para peniaga perlu menanamkan perasan belas kasihan kepada pelanggan. Sikap mengaut keuntungan secara mendadak adalah terkeluar daripada etika perniagaan dalam Islam.

Rasulullah s.a.w. mengambil berat terhadap kualiti dan harga barang yang dijual oleh para peniaga ketika Baginda menjadi pemimpin umat Islam. Baginda secara tegas menyatakan bahwa orang-orang yang menipu dalam perniagaan bukanlah termasuk dalam golongan umatnya. Baginda memberi amaran bahawa orang yang terlibat dalam aktiviti menyorok barang jualan dengan tujuan untuk menjual dengan harga yang tinggi ketika negara berada dalam keadaan terdesak maka orang tersebut akan dibalas oleh Allah dengan menjadikannya muflis.

Perniagaan merupakan satu aktiviti yang boleh memberi keuntungan dan kebaikan kepada diri individu dan juga masyarakat. Jika etika perniagaan tidak dilaksanakan dan pencabulan terhadap konsep kemanusiaan menjadi lumrah hidup para peniaga maka masyarakat dan negara keseluruhannya akan menjadi sengsara.

Oleh itu perkara menaikkan harga barang makanan dan keperluan asas masyarakat adalah satu perkara yang serius dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Islam.

Setiap pemimpin Islam di zaman keagungan Islam terutamanya khulafa al-Rashidun mengambil berat terhadap perkara yang berkaitan dengan urusan pemakanan dan minuman masyarakat serta keperluan asas.

Di zaman Umar Al-Khattab beliau melantik Shifa Abdullah ibn Sham menjadi pentadbir dalam urusan perniagaan di pasar-pasar Madinah. Beliau merupakan seorang yang bijak dan berilmu pengetahuan.

Pelantikan wanita sebagai pentadbir dalam urusan perniagaan di pasar-pasar menunjukkan bahwa wanita memainkan peranan penting dalam menentukan kawalan harga barangan. Wanita lebih halus perasaannya dalam memahami kenaikan harga barangan makanan dan keperluan asas kerana mereka merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan pemakanan dan minuman ahli-ahli keluarga. Sikap tegas wanita dalam melaksanakan tugas penting ini juga boleh mengubah pendirian para peniaga dalam meletakkan harga jualan.

Para peniagaan perlu mempunyai sikap dan perasaan belas kasihan kepada pembeli terutama golongan kurang berada dan miskin. Jika sikap begini wujud dalam diri individu Islam dan ahli-ahli perniagaan maka orang awam tidak akan menghadapi kesempitan hidup untuk mendapat sesuap makanan. Rasulullah s.a.w. melatih umat Islam berniaga secara ihsan.

Baginda sentiasa melihat latar belakang pelanggan ketika Baginda melaksanakan perniagaan. Baginda meletakkan harga yang ditetapkan oleh penguasa ketika berurusan dengan orang yang berada dan kaya. Jika pelanggan miskin yang mempunyai anak yang ramai datang ke kedainya maka baginda sering melipatgandakan kadar barangan walaupun dengan menggunakan harga yang ditetapkan.

Sikap prihatin dan ihsan Baginda dalam perniagaan memberi keuntungan berlipat ganda kepada Baginda kerana orang miskin dan kaya gemar membeli barang-barang di kedai baginda.

Kualiti barang-barang jualan dan penetapan harga barangan oleh pihak berkuasa sepatutnya dijadikan panduan ketika berurusan dalam hal ehwal perniagaan.

Perkara seperti ini bukan merupakan satu urusan yang sulit sehingga boleh mendatangkan kerugian dalam perniagaan. Pihak-pihak yang berwibawa dalam urusan perniagaan perlu memantau harga dan kualiti barang yang dijual berterusan bukan bermusim.

Sikap dan mentaliti yang cuai terhadap tugas dan tanggungjawab menyebabkan para peniaga mengambil kesempatan untuk menipu pelanggan.

Bagi golongan kaya dan berada kenaikan harga barangan kurang dirasai kerana pendapatan mereka melebihi keperluan asas. Sedangkan golongan kurang berada dan miskin setiap sen yang dibelanjakan oleh mereka merupakan satu nilai yang tinggi. Ini disebabkan untuk mendapat setiap sen mereka perlu membanting tulang setiap hari. Oleh itu jika kenaikan harga barangan merupakan satu bebanan kepada mereka walaupun dalam kadar sen.

Jika keluhan dan kesempitan hidup golongan miskin tertanam dalam pemikiran ahli perniagaan maka mereka tidak akan tergamak menaikkan harga barangan dengan tujuan untuk menjadi kaya secepat mungkin. Sikap tamak begini terkeluar daripada konsep kemanusiaan.

Di negara maju persatuan pengguna dan masyarakat cukup sensitif terhadap kualiti dan harga barangan. Oleh itu harga dan kualiti barang yang dijual adalah terjamin.

Nilai dan etika perniagaan sepatutnya diamalkan dalam negara Islam kerana Islam membicarakan etika perniagaan yang berlandaskan kepada konsep kemanusiaan dan ihsan.

- DR. SAODAH ABD. RAHMAN ialah pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Thursday, November 29, 2012

JENIS-JENIS ENTITI PERNIAGAAN

Pemilikan Tunggal (Enterprise) 
 
Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan perniagaan tunggal sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan.
 
Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal. Termasul rumah, kereta dan sebagainya. Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.
  
Perkongsian (Partnerships) 
  
Sebuah perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan penubuhannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkongsian wujud dengan berbagai cara, antaranya :
Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individuPersetujuan menjalankan perniagaan perkongsian di antara dua ahli perniagaan (peniaga milik tunggal) tidak kira bentuk asal sama ataupun tidak selepas bergabung, asalkan bersetuju menjalankan perniagaan bersama.Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga) menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan bantuan modalTiada klausa dalam Akta Perkongsian 1961 menyebut tentang bilangan maksimum pekongsi, hanya menyatakan bilangan minimum pekongsi iaitu 2 orang. Namun Seksen 14(3)(b) Akta Syarikat ada menyatakan bilangan maksimum pekongsi sesebuah perkongsian ialah 20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk profesional seperti guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.
 
Dari segi perundangan perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Ini bermakna segala urusan yang dibuat oleh seseorang pekongsi akan mengikat perkongsian keseluruhannya. Contoh : Jika pemiutang (Creditors) menuntut wang dari perkongsian, setiap perkongsi bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut. Jika mana2 pekongsi gagal melunaskan tuntutan tersebut, pekongsi lain wajib membantu untuk melunaskannya. Dari segi perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi. Rujukan Seksyen 7, 8, 11 dan 12 Akat Perkongsian 1961.
 
Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa & tanggungjawab rakan kongsi & syarat-syarat lain.Rakan2 kongsi dikhendaki menyumbang modal menikut nisabh modal yang persetujui dalam Artikel PerkongsianKeuntungan dan kerugian diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.
  
Syarikat Berhad (Sendirian, Sendirian Berhad Dan Berhad)
 
Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan senarang entiti.
Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk :
SendirianSendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
Berhad (Bhd.)Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.
 
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)
  • Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham. 
  • Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad. 
  • Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modalSyarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat. 
  • Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut. 
  • Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain.
  • Tidak disenaraikan di BSKL.
  • Jangka hayat perniagaan adalah panjang.
  • Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd. 
Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.
Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.
 
Kelebihan:
  • Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  • Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
  • Kemudahan untuk mendapat modal.
  • Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
  • Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  • Potensi untuk perkembangan luas.
  • Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
Kekurangan:
  • Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
  • Cukai Pendapatan yang tinggi.
  • Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
 
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.
 
Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.
 
Penjualan Saham
Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu.
 
Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat. Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.
 
Organisasi Syarikat
Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat. Penubuhan Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).
 
Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya
 
Kelebihan
  • Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.
  • Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
  • Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan.
Kekurangan
  • Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
  • Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan.
  • Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
  • Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
  • Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.
KOPERASI
 
Merupakan perniagaan yang dijalankan sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya. Terdapat 2 bentuk koperasi iaitu :
  • Koperasi keahlian terhad - Terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latarbelakang seperti Koperasi Guru.
  • Koperasi keahlian bebas - Iannya terbuka kepada sesiapa saja untuk menjadi ahli seperti Koperasi Pengguna, Koperasi Perumahan
 
Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggota sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif, di semua peringkat.
 
Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.
Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen , anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.
Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.
  • Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
  • Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
  • Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi . Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya.
  • Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
  • Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
  • Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.
 
BADAN BERKANUN
Pada kebiasannya Badan Berkanun ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat.
  • Diwujudkan melalui Akta Parlimen @ Enakmen Negeri.
  • Ditubuhkan secara perbadanan.
  • Mempunyai tugas dan kaedah pengoperasianya mirip sektor swasta.Contoh : KWSP, UDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), LHDN, Perbadanan Kemajuan Negeri dsb.
Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui dasar penswastaan dan pensyarikatan pada tahun 1980an seperti TNB dan Syarikat Telekom Malaysia.Mengabungkan matlamat sosial dengan keuntungan.
 

Tuesday, September 18, 2012

Ciri-ciri usahawan yang menepati ajaran islam.


Bersyukurlah kepada Allah,kerana dilahirkan islam.Bersyukurlah kepada Allah kerana diberikan rezeki menjalankan perniagaan.Mengerjakan perniagaan adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama.Malah nabi saw adalah usahawan yang amanah,cemerlang dan menjadi tauladan yang baik.Setiap usahawan perlu menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi ajaran agama dengan baik dalam kehidupan seharian dan perniagaan agarmenjadi usahawan yang benar-benar diredai Allah Maha Pencipta. Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan islam yang benar-benar menepati ajaran islam dan diakui oleh islam serta diredai Tuhan dan rasul-Nya.Antara ciri-ciri tersebut ialah:

1.Menunaikan solat lima waktu.

Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari.Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat.Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.

Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan di pasar malam,kedai-kedai,gedung perniagaan dan lain-lain leka serta cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang,usahawan sibuk menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan kekayaan.Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat,ianya menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan solat lima waktu ketika sibuk,susah atau senang.Bumi Malaysia yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid,surau untuk kemudahan orang islam.Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja,asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat.

Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada.Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf.Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat.Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak,memandu BMW,tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.

2.Mementingkan rezeki halal.


Perniagaan mempunyai pelbagai cabang.Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.

Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.

Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.

Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.

3.Sentiasa benar.

Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu berjaya dalam perniagaan perlu belajar menjadi penipu dan pembohong.Sifat berbohong dan menipu akan melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan berbohong akan mudah melariskan jualan dan memajukan
perniagaan kerana pelanggan mudah percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan. Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci oleh Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk melariskan perniagaan.

“Berkatalah benar walau pahit sekalipun”, begitulah sabda nabi. Dan sebuah hadis bermaksud “Benar itu membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu membawa kepada syurga”. Kedua-dua hadis tersebut jelas menunjukkan kepentingan sifat benar. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Tuhan perlu sentiasa benar dalam apa jua yang dilakukan samaada dalam kehidupan seharian atau perniagaan. Jangan mengharapkan jualan yang laris dengan sikap berbohong. Berbohong akan menyebabkan rezeki yang diperolehi menjadi haram dan tidak berkat. Matlamat usahawan islam ialah hala dan berkat. Berbohong untuk mendapatkan keuntungan dan kemajuan dalam perniagaan tidak membawa keberkatan dan keredaan Tuhan.
Usahawan perlu sentiasa benar dalam apa jua keadaan. Jangan mengikut teladan sesetengah usahawan yang suka berbohong kerana perbuatan tersebut akan membawa musibah kepada usahawan nanti.Sifat buruk tersebut patut tiada dalam hidup usahawan islam yang mahu cemerlang.

Sentiasalah benar dalam perniagaan. Jangan menipu dan berbohong kerana tamakkan keuntungan.Jangan jadikan rezeki itu haram dan tidak berkat. Jangan campakkan diri dalam kerosakan akibat berbohong dan berdusta.

4.Mengutamakan hak pengguna.

Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab.

Usahawan yang bertanggungjawab dan menjaga hak pengguna tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang menyusahkan pengguna dan pelanggan. Ketamakkan sesetengah usahawan mencari keuntungan sehingga sanggup melakukan apa sahaja dalam perniagaan sehingga menyusahkan pengguna dan pelanggan. Malah ada syarikat besar mencipta dan menjual produk yang memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Sebagai contoh, Viagra. Walaupun produk tersebut mampu memberi tenaga istimewa kepada lelaki tetapi telah banyak berlaku kematian dan serangan jantung kepada pengguna.Ini menunjukkan syarikat berkenaan tidak bertanggungjawab kepada pengguna.

Pelbagai jamu,pil kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di mana-mana dengan mudah.

Setiap manusia adalah pengguna.Begitulah juga dengan usahawan. Setiap usahawan perlu berhati-hati dalam perniagaan agar tidak melakukan perkara yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan.

5.Menunaikan zakat.

Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Zakat adalah rukun islam,namun ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu sahaja. Apabila usahawan mampu dan layak mengeluarkan zakat,maka usahawan perlu mengeluarkan zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak. Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke arah lain seperti melancong, membeli perhiasan,membeli barang kemas dan lain-lain. Usahawan degil merasa rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu zakat itu wajib. Usahawan yang mahu keredaan Allah tidak akan mengabaikan zakat. Usahawan cemerlang akan memiliki akaun untung-rugi setiap tahun supaya dapat mengesan perniagaan. Mempunyai akaun akan membantu usahawan agar tahu sama ada layak atau tidak membayar zakat. Ketika zaman nabi masih hidup, wujud usahawan yang degil dan enggan membayar zakat walaupun tahu ianya wajib. Ini menunjukkan telah wujud usahawan tamak dan rakus ketika baginda masih hidup. Apa lagi pada zaman ini.

Zakat akan membersihkan harta dan memberi banyak manfaat kepada orang memerlukan seperti orang miskin, orang cacat, fakir dan lain-lain. Usahawan perlu mempunyai akaun kira perniagaan dan membayar zakat jika layak jika mahu menjadiusahawan cemerlang dan diredai Tuhan. Malah harta zakat akan menjadi saksi nanti diakhirat kepada usahawan.

6.Sentiasa bersyukur.

Kebiasaannya manusia akan gembira bila mendapat nikmat dan kecewa dan sedih apabila ditimpa kesusahan dan masalah.Begitulah dengan usahawan. Usahawan perlu belajar menjadi manusia bersyukur ketika susah dan senang. Usahawan perlu bersyukur ketika perniagaan menampakkan kemajuan dan tidak kecewa apabila mengalami kemerosotan. Usahawan yang bersyukur akan merasakan kemerosotan sebagai ujian dan dugaan dari Allah.

Menjadi usahawan yang bersyukur akan membersihkan usahawan daripada segala sifat keji dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan mementingkan diri sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri. Usahawan perlu sentiasa bersyukur agar diredai Allah dan nabi-Nya.Jangan hanya tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi menyalahkan Tuhan apabila ditimpa kesusahan dan masalah.

7.Sentiasa bertaubat.

Tiada manusia yang bersih tanpa noda,tidak terkecuali usahawan.Bertaubat adalah jalan membersihkan diri.Manusia sering lalai dan lupa.Manusia sering ditipu oleh nafsu dan syaitan. Usahawan perlu sering bertaubat untuk membersihkan diri.Jangan jadi usahawan yang suka menipu dan melakukan perbuatan haram,kemudian bertaubat untuk menghalalkan harta perniagaan. Ianya taubat yang tidak bernilai di sisi Tuhan. Harta haram tetap haram.I anya tidak akan menjadi halal walau ribuan zikir taubat dilaungkan. Justeru usahawan perlu menjauhkan perbuatan dan cara perniagaan yang haram. Amalkan cara dan panduan perniagaan berlandaskan suruhan dan ajaran agama.

8.Menjaga perhubungan baik dengan manusia.

Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan pelanggan. Justeru usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja bermatlamat keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan. Usahawan perlu menjauhkan sikap yang menyakiti manusia lain seperti menggunakan perkataan kesat, sindiran, penghinaan dan lain-lain. Usahawan juga tidak patut memandang rendah kepada manusia lain terutama orang miskin dan hina. Sikap sombong dan ego terutama berhadapan manusia serba kekurangan patut dijauhi. Lihatlah bagaimana kereta mewah menghimpit penunggang motosikal, begitulah sikap manusia ego dan tidak bertanggungjawab.

Usahawan perlu menjaga tingkah laku dan perbuatan agar tidak dibenci manusia lain. Profesion usahawan bukanlah peluang menunjukkan kehebatan dan kebanggaan tetapi adalah cara mencari rezeki halal dan mendapat keredaan Tuhan disamping menjaga hubungan baik dengan manusia.

9.Berjasa.

Sebuah hadis bermaksud “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain”.Justeru usahawan boleh menjadi manusia yang paling banyak berjasa kepada manusia lain kerana usahawan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak berbanding manusia yang makan gaji. Pelbagai perbuatan baik boleh dilakukan usahawan jika mahu berjasa. Binalah perpustakaan persendirian di kawasan anda dan beri peluang pelajar dan orang ramai memanfaatkannya. Bantulah anak yatim dan pelajar miskin.Bantulah ibu atau bapa tunggal yang susah.

Binalah perhentian bas. Berilah sumbangan untuk membina dewan, surau, tempat permainan dan lain-lain. Terlalu banyak perkara dan benda boleh dilakukan usahawan jika mahu menjadi manusia berjasa. Usahawan perlu mengejar keuntungan dan kekayaan, namun usahawan perlu berjasa kepada negara dan manusia lain.Jangan sia-siakan kekayaan dan keuntungan. Jadilah
usahawan yang dikenang kerana kebaikan,bukan usahawan yang banyak menghabiskan harta keuntungan di tempat maksiat dan dosa.

10.Membantu usahawan lain.

Jika anda berjaya dan cemerlang dalam perniagaan,bersyukurlah kepada Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda. Andai anda berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk memberi ceramah kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel tentang perniagaan di akhbar dan majalah, menulis buku tentang perniagaan. Berikanlah ilmu, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan kepada usahawan lain. Ramai usahawan menunggu buku karangan usahawan terkenal seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Halim Saad, Datok Saleh Sulong dan lain-lain.

Berikan idea dan pengalaman berguna kepada usahawan lain.Sekiranya tidak mampu membantu dengan wang ringgit,berikanlah ilmu.Ini berdasarkan sebuah pepatah cina yang bermaksud “Apabila seseorang meminta ikan, jangan beri ikan tetapi berilah pancing dan ajarkan dia memancing ”.

11.Menjauhi maksiat.

Usahawan perlu mengelakkan perbuatan dosa terutama sekali dosa-dosa besar. Melakukan pelbagai dosa dan maksiat akan menjadikan usahawan manusia yang tidak mencintai agama. Ramai usahawan menghabiskan masa bermain golf sehingga melupakan solat. Begitu juga ada yang berseronok dengan pelacur di negara jiran. Tidak kurang juga yang meminum arak, berjudi, mengamalkan sihir dan tangkal.

Pelbagai dosa dilakukan tanpa memikirkan implikasi di hari akhirat. Usahawan perlu menjauhi maksiat.Nikmat rezeki yang halal dan bersih tidak sepatutnya dibelanjakan ke jalan yang tidak baik dan merosakkan agama. Sayangi wang dan harta dan pastikan ia membawa ke arah kebaikan.

12.Tidak melakukan sabotaj.


Usahawan perlu mengelakkan perbuatan sabotaj kepada usahawan lain. Melakukan perbuatan sabotaj boleh merosakkan perniagaan orang lain dan menutup periuk nasi mereka. Usahawan yang mahu diredai Allah tidak akan melakukan perbuatan sabotaj dan meruntuhkan perniagaan orang lain. Hadapi segala masalah perniagaan dengan cara yang bersih dan beretika.

13.Membayar pinjaman.

Ramai usahawan mendapat peluang pinjaman dari pelbagai badan dan agensi kerajaan dan swasta.Usahawan perlu bijak memanfaatkan peluang pinjaman untuk membesarkan dan memajukan perniagaan dan berusaha melangsaikan pinjaman sebagaimana perjanjian. Masih ramai usahawan degil dan mementingkan diri sendiri. Ada yang sengaja melewatkan pembayaran pinjaman sedangkan mampu.Usahawan perlu membayar pinjaman demi memberi peluang usahawan lain merasa wang pinjaman membesarkan perniagaan. Demikianlah beberapa ciri usahawan yang menepati ajaran agama.

Usahawan islam perlu menjadi manusia yang benar-benar mendapat keredaan Tuhan dan rasul. Jangan jadi usahawan yang tamak,rakus,mementingkan diri,kaki maksiat dan dibenci manusia. Pastikan setiap langkah dalam perniagaan membawa kebaikan kepada diri dan keluarga. Pastikan perniagaan memberi banyak faedah kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Didiklah diri menjadi usahawan yang maju dalam perniagaan dan mendapat keredaan Tuhan dan nabi-Nya.Keredaan Tuhan adalah harta dan bekalan yang amat berharga di akhirat nanti. Apalah guna kereta mewah, rumah banglo, emas permata……..ianya akan ditinggalkan. Yang kekal dan berguna kepada diri ialah keredaan Tuhan.

sumber : http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com

Wednesday, August 8, 2012

Etika Perniagaan : Memupuk Budaya Keselamatan


Suatu aspek yang sering dilupakan oleh kebanyakan syarikat perniagaan termasuk jabatan-jabatan yang berkenaan ialah keselamatan di tempat kerja dan tempat-tempat kunjungan awam seperti di tempat peranginan atau pengangkutan awam. Sebab utama kemalangan ialah kerana tidak wujud budaya keselamatan atau sikap ‘ingat sebelum kena’ dalam syarikat, jabatan, di kalangan pengurus, kakitangan organisasi, serta orang awam yang terlibat. Yang wujudnya ialah kesilapan pengurusan dan pengurusan tidak berfungsi. Kedua-dua ini berlaku sebahagian besarnya kerana salah cara berfikir tentang kemalangan. Kemalangan diberi nama ‘trageri’ .Tragedi tidak dapat dielakkannya. Oleh itu difikirkan tidak ada apa-apa yang boleh dibuat untuk mengelakkannya. Tetapi harus diingati bahawa sikap berjaga-jaga dan usaha menjalankan pembikinan (maintenance) alat-alat yang terlibat secara regular akan mengurangkan kekerapan dan darjah seriusnya sesuatu kemalangan berlaku. Tetapi budaya ini hanya boleh dipupuk melalui kesedaran tentang prinsip-prinsip pengurusan yang utuh.

Akhir-akhir ini kita sering menyaksi dan mendapat tahu melalui media massa banyak kes tragedi yang melibatkan kematian atau kecederaan akibat daripada ‘kemalangan’ seperti keruntuhan bangunan, keruntuhan jalan bukit, kebakaran tempat awam dan perlanggaran kenderaan atau pengangkutan awam. Memang di akhir bahawa sesetengah daripada ‘kemalangan’ ini disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan manusia seperti hujan lebat selama beberapa hari yang menyebabkan keruntuhan sebahagian bukit, tetapi kebanyakan daripada tragedi ini adalah kerana kecuaian, kelalaian atau kealpaan manusia. Dalam bukunya Global Disasters, Allinson (1993) menegaskan bahawa boleh dikatakan hampir semua kemalangan adalah berpunca daripada kesilapan dalam pengurusan (mismanagement) atau mencerminkan pengurusan yang tidak berfungsi (dyfunctional management). Kedua-dua ini berlaku sebahagian besarnya, kerana salah cara berfikir tentang sesuatu. Pertama, terdapat kepercayaan yang meluas bahawa kemalangan atau ‘tragedi’, (label yang selalu diberi) tidak dapat dielakkan. Kepercayaan ini berasaskan beberapa idea dan rangkai kata. Oleh itu, syarat pertama untuk memulakan meneliti mengelakkan tragedi ialah menyenaraikan dan membuang idea dan rangkai kata yang membuai pihak pengurusan dalam pemikiran bahawa kemalangan atau tragedi tidak dapat dielakkan. Dalam menganalisis empat kemalangan korporat yang besar (yang meliputi kemalangan kapal angkasa Challenger), Allison mendapati pihak pengurusan tidak nampak perkaitan di antara asas-asas pengurusan yang lemah dan ‘kemalangan’ yang berlaku. Biasanya tidak terdapat rangkaian arahan yang jelas, pembahagian tanggungjawab, komunikasi yang berjalan dengan licin, arahan atau perintah bertulis. Oleh itu, pihak pengurusan atas perlulah lebih peka terhadap tanggungjawab moralnya menentukan sistem pengurusan yang betul dan berpandukan etika diwujudkan. Dengan lebih khusus, satu sistem pengurusan yang berstruktur perlulah diadakan untuk mengelakkan suasana beretika dalam organisasi yang menekankan keselamatan.

Mengikut Allinson lagi, banyak perbincangan menyebut konsep “kesilapan manusia” (Human error) yang mana meletakkan kesilapan atau tuduhan berlakunya sesuatu tragedi ke atas bahu seseorang atau orang-orang tertentu. Pendekatan ini cenderung mengelak dari menyebut faktor pengurusan secara terasing daripada rangkaian atau sistem faktor-faktor penyebab yang saling berinteraksi. Apabila terdapat usaha yang kuat untuk mengelak tuduhan atau menunding jari kepada seseorang individu atau kumpulan sebagaimana dalam kes yang menuduh “kesilapan juruterbang”, maka ini dipanggil ‘mencari salah’ (scapegoating). Mencari salah tidak dapat menolong mengelakkan tragedi daripada berulang, cuma hanya seolah-olah mewujudkan satu penyelesaian. Oleh kerana ‘kesilapan manusia’ atau ‘faktor manusia’ senantiasa ada, maka tidak ada apa-apa yang boleh dibuat, dan rangkai kata yang selalu disebutkan akan terus disebut ‘kita semua membuat kesilapan’, ‘ tiada manusia sempurna’, ‘dia hanya manusia biasa’. Oleh itu tragedi dikatakan dapat dielakkan.

Penggunaan perkataan “tragedi” juga menunjukkan betapa kuatnya pengaruh perkataan : ‘tragedi’ membawa makna ‘tidak dapat dielak’ bukan sahaja sesuatu peristiwa yang menjadi tumpuan, tetapi juga peristiwa-peristiwa yang serupa dan banyak lagi yang akan berlaku. Jadi tanggungjawab dengan senang sahaja dibatalkan atau dihapuskan dengan menggunakan perkataan ‘tragedi’. Sebagaimana kata Allison, contoh terbaik ialah kemalangan Bhopal yang selalunya dirujuk sebagai tragedi Bhopal. Jadi,sebagai tragedi, kejadian ini dipanggil ‘nasib’ atau ‘telah ditentukan’ dan respons yang boleh diambil ialah hanya menerimanya sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Begitu juga dengan kepercayaan bahawa ‘kemalangan tetap akan berlaku’ atau ‘tidak boleh dielakkan’. Sikap atau kepercayaan begini tidak hairanlah menjadi satu penghalang kepada usaha menggubal satu program yang menyeluruh dalam pengurusan pengekalan kemalangan (disaster prevention management).

Harus diingati bahawa tidak ada orang yang mengatakan bahawa kesilapan manusia boleh dihapuskan sama sekali. Apa yang ditekankan ialah kesilapan manusia boleh dikurangkan ketahap minimum. Malah satu daripada hasil pengurusan pengelakan kemalangan ialah mengurangkan kekerapan dan kesan kesilapan manusia. Begitu juga dengan kemalangan. Kita tidak mengatakan bahawa kemalangan tidak akan berlaku. Apa yang dihujahkan ialah membuang kepercayaan karut daripada rangkai kata “kemalangan tetap akan berlaku” dan menukarkannya dengan kata-kata “kemalangan korporat secara global adalah sebahagian besarnya bukan kemalangan , tetapi hampir semuanya fungsi pengurusan yang salah (mismanagement)”.

Pemikiran yang mencari sebab tunggal untuk sesuatu kemalangan (pemikiran ‘monocausal’) juga adalah simplistik. Contohnya adalah seperti yang diberi oleh Pratley (1995). Pada 4 Oktober 1992, sebuah kapal terbang pengangkut barang Boeing 747 EI AI kehilangan satu enjin semasa sedang mendaki perlahan-lahan selepas meninggalkan lapangan terbang Schiphol. Enjin yang jatuh menimpa pula enjin berdekatannya dan menyerpihkannya. Akhirnya kapal terbang itu jatuh beserta dengan lebih separuh daripada had minyak bahan bakarnya ke atas satu blok rumah pangsa di kawasan luar bandar Amsterdam, membunuh sambil membakar anak-anak kapal dan kira-kira 50 orang penghuni rumah pangsa tersebut.

Kejadian ini disebabkan oleh interaksi beberapa peristiwa, tindakan dan keadaan yang malang. Walau bagaimanapun, laporan kemalangan itu mengatakan bahawa faktor penyumbang utama ialah kesilapan dalam rekabentuk kancing besi (bolt). Pembuat kapal terbang, Boeing, boleh dipersalahkan kerana kesilapan ini dan kerana mengambil masa untuk mencari kesilapan itu. Tetapi adalah merupakan satu reaksi yang keterlaluan untuk menuduh Boeing kerana keseluruhan rangkaian peristiwa yang membawa kepada kemalangan itu. Boeing hanya patut dipersalahkan kerana kesilapan rekabentuk dan kecuaian serius dalam kawalan mutu, kerana kelemahan Boeing dalam hal ini telah menyebabkan enjin pertama terserpih. Tetapi kesemua peristiwa yang berikutnya tidak dapat dipersalahkan Boeing sahaja, walaupun kemalangan itu tidak akan berlaku jika rangkaian peristiwa-peristiwa yang berlaku tidak dicetuskan oleh kesilapan penting di pihak Boeing. Namun begitu, satu pengajaran besar boleh didapati di sini : adalah satu menjadi perkara penting bagi sesebuah syarikat memperbaiki rekabentuk produknya dan responsif kepada pandangan timbalbalik mengenainya. Dalam kes ini Boeing memang telah lama mengetahuinya.

Apa yang boleh dirumuskan di sini ialah konsep tanggungjawab moral, syarikat-syarikat akan bertindak mengikut setakat mana komitmen moral mereka terhadap kesejahteraan komuniti atau masyarakat umum.

Perspektif Islam Tentang Keselamatan

Etika keselamatan dalam Islam tidak lari daripada konsep tanggungjawab seseorang terhadap dirinya atau terhadap orang lain, di bawah jagaannya. Mengikut sejarah pemerintahan Islam, seseorang pemimpin yang baik dan adil mestilah antara lain, senantiasa memerhati dan mengambil tahu secara menyeluruh hal ehwal pejabat atau negara yang ditadbirnya. Dalam satu laporan, Khalifah Umar AlKhattab, di zaman pemerintahannya pernah mengatakan bahawa beliau takut jika seekor baghal terjatuh daripada jalan di kawasan pergunungan di Iraq dan patah kakinya, dan Tuhan kemudian akan bertanya kepadanya mengapa beliau tidak menturapkan jalan-jalan di kawasan tersebut. Riwayat ini menunjukkan bahawa seseorang pentadbir atau pengurus patut senantiasa memikirkan keselamatan orang-orang di bawahnya dan masyarakat umum walaupun mereka berada jauh dari pandangan mata. Khalifah Umar juga mengamalkan pintu terbuka terhadap rakyat dan untuk ini beliau menubuhkan satu pejabat untuk menerima dan meneliti apa-apa rungutan terhadap mana-mana pegawai kerajaan, termasuk gabenor dan hakim.

Khalifah Umar pernah berpesan kepada gebenor-gabenor yang baru dilantik supaya menekankan perkhidmatan kepada masyarakat, katanya :

Dengar, sesungguhnya aku bukan menghantar kamu sebagai pemerintah dan orang berkuasa, tetapi aku menghantar kamu sebagai pembimbing agar manusia mengikut kamu. Berilah kepada orang-orang Islam hak mereka; jangan pukul mereka takut mereka terhina; jangan puji mereka takut mereka hilang disiplin. Jangan tutup pintu terhadap mereka takut yang gagah di antara mereka mencederakan yang lemah.

Khalifah Ali b. Abu Talib pula pernah mengarahkan Gabenor Mesir, Malik al-Ashtar supaya mengamalkan komunikasi yang regular dan berterusan dengan gabenor-gebenor lain, kommisioner dan pegawai-pegawai lain.

Ciri komunikasi begini dan sikap terbuka orang atasan adalah merupakan syarat-syarat penting dalam menangani apa-apa masalah dalam organisasi dan masyarakat. Sebagaimana kata Allison (1995), dalam kebanyakan kemalangan yang berlaku hari ini, terdapat sesuatu ketika atau tahap dalam organisasi di mana komunikasi terputus—sama ada orang berkuasa tidak menerima laporan, atau orang berkuasa menerima laporan tetapi tidak berbuat apa-apa, atau orang bawahan mendapat maklumat tetapi tidak menyampaikan kepada pihak atasan kerana orang atasan tidak mahu mendengar atau orang bawahan tidak merasakan maklumat itu penting untuk disampaikan ke atas.

Perasaan bertanggungjawab ke atas orang-orang di bawah jagaan masing-masing merupakan satu kreteria penting dalam menangani bukan sahaja masalah keselamatan, malah banyak masalah lain dalam keluarga, organisasi dan masyarakat. Mengikut satu Hadith, Rasullah s.a.w.pernah berkata :

“Setiap orang daripada kamu adalah penjaga, dan akan ditanya mengenai jagaannya. Pemimpin adalah penjaga ke atas rakyat dan dia akan ditanya mengenai rakyatnya; seseorang lelaki (suami) adalah penjaga ahli-ahli keluarganya dan akan disoal tentang jagaannya; perempuan (Isteri) adalah penjaga ahli-ahli keluarga (suaminya dan anak-anaknya) dan akan disoal mengenai jagaanmu.”

Jika arahan ini dihayati oleh mana-mana pengurus atau sesiapa saja anggota organisasi, banyak masalah yang melanda organisasi dan masyarakat akan dapat diatasi. Kita boleh bayangkan komunikasi akan berjalan dengan licin, semua lapisan organisasi akan mendapat maklumat dan bertindak menyampaikan maklumat atau berbuat sesuatu. Komitmen akan tetap ada terhadap keselamatan dan pengelakan berlakunya keadaan-keadaan berbahaya.

Apa yang jelas daripada sejarah Islam di atas ialah peranan orang atasan atau ketua pentadbiran dalam menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Dan apa yang dilakukan oleh seseorang ketua atau pemimpin sangat penting mengikut Islam kerana dia adalah Khalifah Allah yang diamanahkan menjaga dan menjalankan kebaikan dan kebajikan di dunia. Nilai-nilai pemimpin pula adalah nilai-nilai yang diharapkan dihayati daripada al-Quran dan Hadith.

Walaupun peranan pemimpin penting dalam menjaga keselamatan dan kebajikan secara umum, peranan semua tahap masyarakat tidak dilupakan mengikut pandangan Islam. Sebagaimana jelas daripada Hadith di atas, semua tahap dalam masyarakat mempunyai tanggungjawab terhadap seseorang atau kelompok tertentu suami terhadap ahli keluarganya, isteri terhadap suami dan ahli keluarganya, anak terhadap ayah, pemimpin terhadap rakyat, manakala hamba abdi terhadap tuannya.

Oleh itu, jika semua pihak menyedari dan menunaikan tanggungjawab masing-masing, maka jika sesuatu potensi punca kemalangan mula dikenalpasti, sudah tentu ianya disampaikan ke pihak yang berkuasa mengambil tindakan segera. Dengan ringkas, azam untuk berkomunikasi (the will to communicate) tetap wujud di semua tahap keluarga, organisasi, mahupun masyarakat.

Budaya Keselamatan

Kajian mengenai kemalangan-kemalangan besar yang berlaku misalnya kemalangan kapal angkasa Challenger menunjukkan budaya korporat sebagai punca yang penting dalam rangkaian peristiwa-peristiwa yang mencetus kemalangan tersebut. Semenjak tahun-tahun 1980-an, teori pengurusan telah kecewa dengan limitasi kawalan ekonomi atau birokratik, dan dengan itu menekankan pemupukan budaya korporat sebagai menambah kawalan pengurusan. Melalui matlamat yang jelas, sistem makna atau nilai yang dikongsi bersama di antara pengurusan dan pekerja, perasaan terlibat dalam organisasi, keberkesanan organisasi dapat dipertingkatkan. Ringkasnya pengurusan patut mengurus budaya organisasi secara aktif kerana budaya boleh menerangkan kelakuan beretika atau tidak beretika (termasuk mengenai keselamatan dan kesihatan), di samping budaya itu sendiri dapat diubah melalui cara yang lebih komited dan dengan kemahiran.

Metodologi Pemupukan Budaya


Metodologi pemupukan budaya yang menyeluruh (unitary) memang telah terkenal dan bertapak dalam pengurusan. Proses ini meliputi strategi, falsafah dan misi korporat. Strategi ini tidak terhad kepada matlamat ekonomi sahaja tetapi termasuk pernyataan. “Apakah jenis organisasi yang syarikat mahu jadi – cirinya, nilai-nilai yang dipegangnya, perhubungan dengan pelanggan, pekerja, masyarakat setempat, dan pemegang saham. Nilai-nilai ini pula diterjemahkan sebagai kod etika yang lebih spesifik; diedar dengan meluas, disampaikan (communicated), dikuatkuasa dan disemak semula.

Disamping pemupukan budaya yang menyeluruh ini, ada pula pendekatan yang menekankan peranan sub-budaya dalam organisasi yang dipercayai lebih berkesan, dalam memberi kesedaran kepada golongan-golongan tertentu seperti ahli profesional. Sub-budaya mampu menjadi punca penyeliaan dan kritik ke atas golongan-golongan lain yang kurang beretika dan menyebabkan kemalangan dalam organisasi. Pendekatan ini tidak memberatkan budaya korporat yang menyeluruh yang bergantung kepada pihak pengurusan sebagai arkitek kod moral, tetapi menggalakkan anggota-anggota sub-budaya berkenaan supaya meningkat kesedaran nilai etika yang masing-masing memegang atau membawa ke dalam organisasi (Sinclair, 1993).

Rumusan

Kertas kerja ini tidak bertujuan menambahkan polemik atau perdebatan tentang pendekatan mana lebih berkesan, sama ada pendekatan budaya menyeluruh atau sub-budaya. Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah teori dan amalan pengurusan mempunyai peranan penting dalam pemupukan budaya (atau etika) keselamatan dan harus digunakan oleh semua pihak yang terlibat dalam keselamatan dan kesihatan pekerja dan semua pihak yang mempunyai kepentingan (stakeholders) termasuk masyarakat setempat.

Walau bagaimanapun, apabila syarikat, jabatan ata organissi memberikan tumpuan kepada etika keselamatan, harus diingat bahawa etika keselamatan hanya merupkan satu aspek tanggungjawab moral. Tanggungjawab moral seseorang adalah lebih luas daripada keselamatan atau kesihatan pekerja dalam industri-industri tertentu. Tanggungjawab moral meliputi semua ‘stakeholder’ yang berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana organisasi (misalnya orang awam yang mungkin menjadi mangsa kemalangan yang timbul dari amalan yang tidak beretika sesebuah syarikat). Oleh itu pendidikan dan latihan dalam etika dan tanggungjawab sosial korporat harus menjadi agenda penting bagi jabtan-jabatan, jawatankuasa-jawatankuasa, organisasi-organisasi yang bertanggungjwab dalam keselamatan dan kesihatan, termasuk juga syarikat-syarikat perniagaan yang mana merupakan majikan kepada pekerja-pekerja.

Sumber: miosh.net/

Thursday, April 5, 2012

Aktiviti Ekonomi Di Bandar



Mengikut Santos, M. (1975), sesebuah bandar mempunyai dinamik ruangan, yakni aktiviti ekonomi kerana ketidaksamaan dari segi geografi dan individu. Untuk menilai kepada ruangan ekonomi ini, kita perlu pertimbangkan dua faktor, iaitu pengeluaran dan penggunaan. Pengeluaran adalah maksimum di sesuatu lokasi geografi boleh disebabkan oleh ekonomi perkelompokan. Keadaan ini wujud apabila industri yang sama jenis berkelompok di sesuatu tempat yang sama, pengkongsian maklumat, tenaga buruh dan kemudahan lain dapat menjimatkan kos. Dari segi penggunaan pula, kepadatan penduduk dan citarasa mereka adalah faktor yang mempengaruhi ruangan dinamik tersebut.

Santos, M seterusnya membahagikan ruangan dinamik ini kepada 2 bahagian atau sistem. Mengikut beliau, bandar bukan satu entiti homogenius, tetapi dibahagikan kepada sistem "Upper Circuit" dan "Lower Circuit" seperti berikut:
Pengkategorian 2 "circuit" adalah berguna untuk memahami bandar sebagai satu "organisma hidup". Geertz (1963:34) menceritakan tentang "ekonomi berorientasikan firma" dan "ekonomi bazaar". Dalam perkataan mudah, "upper circuit" meliputi bank, perniagaan dan industri eksport, industri moden, perdagangan dan perkhidmatan dan pemborong dan "trucking". "Lower circuit" meliputi pembuatan bentuk bukan intensif modal, perkhidmatan tidak moden seperti peruncitan dan perdagangan skalan kecil dan tidak moden.
Sumber: Santos, M (1975)

Pada umumnya, perbezaan utama di antara aktiviti "Upper circuit" dan "Lower circuit" adalah ciri-ciri tekonologi dan organisasinya. "Upper circuit" menggunakan teknologi berintensifkan modal, import tiruan dan bertaraf tinggi. Di "Lower circuit" pula, teknologi adalah berintensifkan buruh dan biasanya berasaskan tempatan.

Selain itu, aktiviti di "Upper circuit" bergantung kepada kredit bank sementara aktiviti "Lower circuit" bergantung kepada kredit dan tunai juga. Biasanya, tunai yang kecil jumlahnya sudah memadai untuk dijadikan model memulakan aktiviti "Lower circuit". Perbezaan lain telah disenaraikan di jadual di atas.

Ekonomi Mampan

Mengikut Blowers, A. (1993), ekonomi mampan boleh digalakkan jika ia dikaitkan kepada keperluan perubahan persepsi, corak hidup dan kehidupan.

"Developing a sustainable economy implies altering the way in which an economy is managed and resulting this to the need for changed perceptions, life-styles and lifelihoods."

Untuk mencapai tujuan yang dinyatakan di atas, ekonomi mampan boleh dilihat dari 5 segi iaitu pemeliharaan sumber, alam bina, kualiti alam sekitar, kesaksamaan sosial dan penyertaan.

Terdapat 3 aspek dalam aktiviti ekonomi yang boleh diambil tindakan untuk menuju suatu pembangunan mampan.

1. "Penghijauan perniagaan" 

Secara amnya, perniagaan adalah aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan ekonomi kewangan. Ia melibatkan pemprosesan sumber-sumber untuk dijadikan produk yang dapat memenuhi kepuasan rakyat atau pengguna. Di rantaian ini, kita boleh "menghijaukannya" dengan penggunaan sumber-sumber yang "hijau", pemprosesannya yang "hijau" dan produk akhir yang "hijau".

2. Perancangan dan pembangunan ekonomi

Perancangan patut menggalakkan perubahan dalam lokasi aktiviti yang sepandan dengan lokasi sumber infrastruktur dan perumahan dan yang mana menyumbang kepada penyebaran peluang pekerjaan yang seragam.

3.  Cara hidup yang mampan

Lokasi, bentuk dan operasi aktiviti ekonomi.

Sumber: http://www.hbp.usm.my/