Friday, July 9, 2010
Kisah Penciptaan Tubuh Rasulullah
Ka'ab al Ahbaar radhiy-Allahu 'anhu mengatakan, "Ketika Allah SWT menginginkan untuk menciptakan Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, Ia memerintahkan Malaikat Jibril untuk membawa kepada-Nya tanah liat yang menjadi jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan cahayanya. Jibril pun turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat Tertinggi di Surga. Ia mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi makam suci beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian ia meramas dan mengadun tanah itu dengan air ciptaan terbaik dari Air Terjun Syurgawi Tasniim, yang berada dalam sungai-sungai jernih yang mengalir di Syurga. Ia mengaduninya sampai tanah itu menjadi suatu mutiara putih dengan pancaran warna putihnya yang cemerlang. Para malaikat membawanya, mengelilingi 'Arasy Syurgawi dan gunung-gunung dan samudera. Dengan begitu, para malaikat dan seluruh makhluq menjadi tahu akan keberadaan junjungan kita Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dan kehormatan beliau; sebelum mereka mengetahui Adam."
Ibn 'Abbas radhiy-Allahu 'anhumengatakan, "Asal usul dari tanah liat Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam adalah dari pusat bumi, di Makkah, di titik di mana Ka'bah berdiri. Kerana itu pula, Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam menjadi asal usul penciptaan, dan semua makhluq ciptaan adalah pengikut-pengikut beliau."
Pengarang Awarif al Ma'arif [al-Suhrawardi], berkata bahawa ketika Banjir meluap, menebarkan buih ke seluruh penjuru, esensi dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam berhenti hingga ke suatu tempat di dekat tanah kubur beliau di Madinah, sehingga beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam menjadi seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun Madinah.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah Subhanahu Wa Ta'ala menciptakan Adam 'alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta'ala mengilhamkan kepada Adam untuk bertanya, "Wahai Tuhan, mengapakah Engkau memberiku nama panggilan, Abu Muhammad (ayah dari Muhammad)?" Allah menjawab, "Wahai Adam, angkat kepalamu." Adam pun mengangkat kepalanya dan ia melihat cahaya dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dalam kubah 'Arsy. Adam kemudian bertanya lagi, "Wahai Tuhan, cahaya apakah ini?" Allah menjawab, "Ini adalah cahaya dari seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga adalah Ahmad, dan di Bumi namanya Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam. Jika bukan demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakan dirimu, tidak pula Langit, tidak pula Bumi."
'Abd al-Razzaq meriwayatkan, dari Jabir bin 'Abdullah radhiy-Allahu 'anhu, bahawa ia berkata, "Ya RasulAllah, semoga ayahku dan ibuku dikorbankan demi dirimu, ceritakan padaku tentang hal pertama yang Allah ciptakan, sebelum yang lain-lainnya." Beliau menjawab, "Wahai Jabir, Allah menciptakan, sebelum apa pun yang lain, cahaya Nabimu dari cahaya-Nya. Cahaya itu mulai bergerak ke mana pun Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah Allah. Pada saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum pula Pena; belum ada Syurga mahupun Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula Bumi; tak ada Matahari mahupun Bulan, tak ada Jinn ataupun manusia. Ketika Allah ingin untuk menciptakan makhluq-Nya, Ia membagi cahaya itu menjadi empat bagian. Dari bagian pertama, Ia menciptakan Pena, dari yang kedua, Tablet (Lauh), dan dari yang ketiga, 'Arasy. Kemudian, Ia membahagi bahagian keempat menjadi empat bahagian: bahagian pertama membentuk para pembawa 'Arasy, bahagian kedua menjadi penunjang kaki 'Arasy, dan dari bahagian ketiga Ia menciptakan malaikat-malaikat lainnya. Ia kemudian membahagi bahagian keempat menjadi empat bahagian lagi: Ia menciptakan langit dari bahagian pertama, bumi-bumi dari bahagian kedua, Syurga dan Neraka dari bahagian ketiga. Kemudian Ia membahagi lagi bahagian keempat sisanya menjadi empat bahagian: menciptakan cahaya firasat orang-orang beriman dari bahagian pertama, cahaya kalbu-kalbu mereka(iaitu ma'rifat Allah) dari bahagian kedua, dan dari bahagian ketiga Ia ciptakan cahaya kesenangan dan kegembiraan (Uns, iaitu Laa ilaha illa Allah, Muhammadun Rasuulullah).
Suatu riwayat lain dari 'Ali ibn Al-Husain radhiy-A llahu 'anhu dari ayahnya [iaitu Husain ibn 'Ali ibn Abi Talib, peny.] radhiy-Allahu 'anhu, dari datuknya [iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram-Allahu wajhahu, dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam yang bersabda, "Aku adalah suatu cahaya di hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan Adam." Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Allah menciptakan Adam 'alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta'ala menaruh cahaya itu di punggung Adam, dan cahaya itu biasa berkilau dari bahagian depannya, menelan seluruh sisa cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke 'Arasy Kekuasaan-Nya, dan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya membawanya di pundak mereka, dan memerintahkan mereka pula untuk membawa Adam berkeliling di Langit dan mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan Kerajaan-Nya.
Ibn 'Abbas radhiy-Allahu 'anhu berkata, Penciptaan Adam adalah pada hari Jumat di sore hari. Allah kemudian menciptakan baginya Hawa', istrinya, dari satu tulang rusuk kirinya ketika ia sedang tertidur. Saat ia bangun dan melihat Hawa', Adam merasa tenteram dengannya, dan ia mulai merentangkan tangannya ke Hawa'. Malaikat berkata, "Berhenti, Adam." Adam berkata, "Kenapa, tidakkah Allah menciptakannya untukku?" Mereka menjawab, "Tidak boleh hingga kau membayar mas kawin padanya". Adam bertanya, "Apa mas kawinnya?" Para Malaikat menjawab, "Dengan membaca salawat atas Muhammad tiga kali." [dan dalam riwayat lain, dua puluh kali].
Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Adam 'alaihissalam meninggalkan Syurga, ia melihat tertulis di kaki 'Arasy dan di setiap titik dalam Syurga, nama Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam di samping nama Allah. Adam bertanya, "Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?" Allah menjawab, "Dia adalah anakmu, yang jika seandainya tidak demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakanmu." Kemudian Adam berkata, "Wahai Tuhan, demi anak ini, kurniakanlah rahmat pada ayahnya." Allah memanggil, "Wahai Adam, seandainya engkau akan bersyafa'at melalui Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bagi seluruh penduduk Langit dan Bumi, Kami akan kabulkan permohonan syafa'atmu."
'Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu 'anhu berkata bahawa Sayyidina Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Ketika Adam berbuat dosa, ia berkata, 'Ya Allah, aku memohon kepadamu demi Muhammad untuk mengampuniku.' Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman padanya, 'Bagaimana dirimu tahu akan Muhammad padahal Aku belum menciptakannya?' Adam menjawab, 'Kerana ketika Engkau, Ya Tuhanku, menciptakanku dengan Tangan-Mu, dan meniupkan padaku dari Ruh-Mu, aku memandang ke atas dan melihat tertulis di kaki-kaki 'Arasy, Laa ilaaha illallah, Muhammadun Rasuulullah. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan menaruh suatu nama di samping Nama-Mu, melainkan pastilah itu adalah nama seseorang yang paling Kau-cintai dari makhluq-Mu.' Allah berfirman, 'Oh, Adam, kau telah mengatakan kebenaran: dialah yang paling Kucintai di antara makhluq ciptaan-Ku. Dan kerana engkau telah memohon pada-Ku demi dirinya, engkau kuampuni. Seandainya tidak untuk Muhammad, Aku tak akan menciptakanmu. Dialah penutup para Nabi dari keturunanmu.'"
Dalam Hadits Salman radhiy-Allahu 'anhu, diriwayatkan bahawa Jibril 'alaihissalam turun menemui Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Tuhanmu mengatakan, 'Jika Aku telah menjadikan Ibrahim sebagai yang Ku-cintai, sahabat dekat (khalil), Aku pun menganggapmu demikian. Tak pernah Ku-ciptakan makhluq apa pun yang lebih berharga bagi-Ku daripada dirimu, dan telah Ku-ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan maksud untuk membiarkan mereka mengetahui kehormatanmu dan mengetahui erti keberadaanmu bagi-Ku; dan seandainya tidak untukmu, tidaklah Kuciptakan dunia ini'".
Hawa' 'alaihassalam melahirkan empat puluh anak dari Adam 'alaihissalam, dalam dua puluh kali kelahiran; tetapi ia melahirkan Seth [atau Syits] 'alaihissalam secara terpisah, sebagai kehormatan bagi junjungan kita Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, yang cahayanya berpindah dari Adam ke Seth. Sebelum wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan anak-anaknya kepada Seth, dan ia pun, sebagai gilirannya, mempercayakan pada anak-anak tersebut, wasiat dari Adam: untuk menaruh cahaya itu hanya pada wanita yang suci. Wasiat ini berlanjut, abad demi abad, sampai Allah memberikan cahaya itu kepada Abdul Muttalib dan puteranya, Abdullah. Dengan cara inilah, Allah menjaga kemurnian silsilah tanpa cela dari Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam, dari perzinaan orang-orang bodoh.
Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata, "Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, 'Tak satu pun perzinaan jahil menyentuh kelahiranku. Aku dilahirkan tidak lain hanya dengan pernikahan Islam.'"
Hisyam ibn Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, "Aku menghitung bagi (silsilah) Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam ada lima ratus ribu ibu, dan tak kutemukan di antara mereka satu jejak pun perzinaan, atau apa pun dari interaksi orang-orang bodoh."
Ali radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Aku datang dari pernikahan, aku tidak datang dari perzinaan; dari Adam hingga diriku dilahirkan dari ayah dan ibuku, tak satu pun perzinaan orang jahil yang menyentuh diriku."
Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Orang tua moyangku tak pernah melakukan perzinaan. Allah menjaga memindahkanku dari sulbi yang baik ke rahim yang suci, murni dan tersucikan; bila saja ada dua jalan untuk berpindah, aku menuju ke yang terbaik di antara mereka."
Anas radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam membaca, "La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum" [QS. 9:128], dan bersabda, "Aku adalah yang terbaik di antara kalian dalam silsilahku, dalam hubungan-hubungan-ku dan nenek moyangku: tak ada perzinaan pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat hingga ke Adam."
'Aisyah radiyAllahu 'anhu meriwayatkan dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bahawa Jibril 'alaihissalam berkata, "Aku telah meneliti Bumi dari timur ke barat, dan tak kutemui seorang manusia pun yang lebih baik dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, dan tak kutemui seorang anak laki-laki dari ayah mana pun yang lebih baik dari anak-anak Hasyim (Bani Hasyim)."
Dalam Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah radiyAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Aku telah diutus dari generasi terbaik dari Anak-anak Adam, satu demi satu hingga aku mencapai keadaanku sekarang ini."
Dalam Sahih Muslim, Watsila ibn al-Aska' meriwayatkan bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah telah memilih Kinana dari anak-anak Isma'il, dan Quraisy dari Kinana, dan dari Quraish, anak-anak Hasyim, dan akhirnya memilihku dari Bani Hasyim."
Al 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah menciptakan makhluq, dan menempatkanku dalam kelompok-kelompok terbaik, dan yang terbaik dari dua kelompok; kemudian Ia memilih suku, dan menaruhku pada yang terbaik di antara keluarga-keluarga mereka. Kerana itulah, aku memiliki keperibadian terbaik, roh dan sifat terbaik, dan memiliki asal-usul terbaik di antara mereka."
Ibn 'Umar radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah memeriksa ciptaan-Nya dan memilih Bani Adam (manusia) dari mereka; Ia memeriksa Bani Adam dan memilih orang-orang Arab darinya; Ia memeriksa kaum Arab dan memilihku dari antara mereka. Kerananya, aku selalu menjadi yang terpilih di antara yang terpilih. Lihatlah, orang-orang yang mencintai kaum Arab, adalah kerana cinta kepadaku hingga mereka mencintai kaum Arab, dan mereka yang membenci kaum Arab, adalah kerana mereka membenciku hingga mereka pun membenci Arab."
Ketahuilah bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam tidaklah terkait (memiliki) secara langsung pada saudara laki-laki atau perempuan siapa pun dari orang tua-orang tuanya; beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam adalah anak satu-satunya mereka dan silsilah mereka berhenti pada beliau. Dengan begitu, beliau secara eksklusif 'memegang penuh' suatu silsilah yang Allah (SWT)inginkan menjadi yang tertinggi yang dapat dicapai suatu kenabian, dan yang memegang puncak kehormatan.
Jika Anda memeriksa status silsilah beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam dan mengetahui kesucian kelahiran beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam, Anda akan yakin bahawa silsilah beliau adalah suatu keturunan dari ayah-ayah yang terhormat, kerana beliau adalah Al-Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al 'Arabi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Abtahi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Harami sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Hasyimi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Quraisyi sall-Allahu 'alaihi wasallam, elite dari Bani Hasyim, seseorang yang telah dipilih dari suku-suku terunggul bangsa Arab, dari silsilah terbaik, keturunan paling mulia, cabang yang paling subur, pilar tertinggi, asal usul terbaik, akar-akar terkuat, memiliki lidah terfasih, gaya bicara terhalus, darjat kebajikan) yang paling memberatkan, iman paling sempurna, persahabatan paling kuat, kaum kerabat paling terhormat dari kedua pihak orang tua, dan dari tanah Allah yang paling mulia. Beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam memiliki banyak nama dan yang paling terkemuka adalah Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam ibn (putera) Abdullah. Beliau juga adalah putera Abdul Muttalib, yang namanya adalah Syaybat-ul Hamd, anak Hasyim, yang namanya adalah Amr; anak dari Abd Manaaf, yang namanya adalah al-Mughiirah, anak dari Qusai, yang namanya adalah Mujammi', anak dari Kilaab, yang namanya Hakiim, ibn Murra, ibn Ka'b (dari suku Quraisy), ibn Lu'ai, ibn Ghalib, ibn Fihr, yang namanya adalah Kinana, ibn Khuzaima, ibn Mudrika, ibn Ilias, ibn Mudhar, ibn Nizar, ibn Ma'add, ibn Adnan.
Ibn Dihia berkata, "Para ulama setuju dan kesepakatan ulama adalah bukti bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam telah menyebutkan silsilah beliau hingga Adnan, dan tidak menyebutkan di atas itu."
Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa bila saja Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam menyebutkan silsilahnya beliau tak pernah menyebut di atas Ma'add, ibn Adnan, dan akan berhenti, dengan mengatakan, "Para genealogis (ahli silsilah) telah berbohong." Beliau akan mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali. Ibn 'Abbas juga berkata, "Di antara Adnan dan Isma'il ada tiga puluh ayah yang tak diketahui namanya."
Ka'b al-Ahbaar radiyAllahu 'anhu berkata, "Ketika cahaya Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam sampai pada Abdul Muttalib, dan dia telah mencapai usia kedewasaan, dia tidur suatu hari di halaman Ka'bah; ketika ia bangun, matanya terhitamkan dengan antimony (kohl), rambutnya terminyaki, ia terhiasi dengan jubah yang indah dan cantik. Ia terkejut, tak mengetahui siapa yang telah melakukan hal itu padanya. Ayahnya menggapai tangannya dan segera membawanya ke tukang ramal Quraisy; mereka menasihatinya untuk menikah, dan ia pun menikah. Bau dari misk terbaik biasa memancar keluar dari dirinya, dengan Nur (cahaya) dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam berkilauan dari dahinya. Bila saja terjadi kekeringan, kaum Quraisy biasa membawanya ke Gunung Tsabiir, dan berdoa kepada Allah melalui dirinya memohon Allah untuk menurunkan hujan. Allah akan menjawab doa mereka dan menurunkan hujan kerana barakah dari Nur Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam."
Ketika Abrahah, raja Yaman datang untuk menghancurkan rumah suci (Ka'bah) dan khabar tentang ini sampai ke kaum Quraisy, Abd al-Muttalib berkata pada mereka, "Ia tak akan sampai ke Rumah ini, kerana Rumah ini di bawah perlindungan Tuhannya." Dalam perjalanannya ke Makkah, Abrahah menjarah unta-unta dan domba kaum Quraisy, di antaranya empat ratus unta betina milik Abd Al-Muttalib. Ia dan banyak dari kaum Quraisy pergi ke Gunung Tsabiir. Setelah mendaki gunung tersebut, cahaya dari NabiyAllah sall-Allahu 'alaihi wasallam muncul dalam bentuk suatu lingkaran di dahinya seperti sebuah bulan sabit, dan sinarnya terpantulkan ke Rumah Suci Ka'bah. Ketika 'Abdul Muttalib melihat hal itu, ia berkata, "Wahai, kaum Quraisy, engkau boleh kembali sekarang, sudah aman. Demi Allah, kini cahaya ini telah membentuk suatu lingkaran pada diriku, tak ada keraguan bahawa kemenangan menjadi milik kita."
Mereka kembali ke Makkah, di mana mereka bertemu seorang laki-laki yang diutus Abrahah. Saat melihat wajah 'Abdul Muttalib, laki-laki tersebut tertegun, lidahnya tergagap-gagap. Ia pun pingsan, sambil melenguh seperti lembu jantan yang tengah disembelih. Ketika ia sedar kembali, ia pun jatuh bersujud kepada Abdul Muttalib, sambil berkata, "Aku bersaksi bahawa engkau benar-benar Pemimpin Kaum Quraisy."
Telah diriwayatkan pula bahawa ketika Abdul Muttalib muncul di depan Abrahah, gajah putih yang besar dalam pasukannya melihat ke wajah Abdul Muttalib dan jatuh berlutut seperti seekor unta, dan jatuh bersujud. Allah membuat gajah tersebut berbicara, berkata, "Keselamatan bagi cahaya di sulbimu, wahai Abd al-Muttalib." Ketika pasukan Abrahah mendekat untuk menghancurkan Ka'bah suci, gajah tadi berlutut kembali. Mereka memukulinya kepalanya dengan hebat untuk membuatnya berdiri, yang tak mahu ia lakukan. Tetapi, ketika mereka memutarnya menuju Yaman, ia pun berdiri. Kemudian Allah mengirimkan untuk melawan mereka, armada-armada burung dari lautan, setiap ekor dari mereka membawa tiga batu: satu dalam paruhnya, dan satu dalam setiap cakar kakinya. Batu-batu itu memiliki ukuran seperti miju-miju, dan jika satu batu mengenai seorang prajurit, prajurit itu akan terbunuh. Pasukan Abrahah lari tunggang langgang. Abrahah sendiri terserang suatu penyakit. Hujung jari-hujung jarinya terlepas, satu demi satu. Tubuhnya mengeluarkan darah dan nanah, dan akhirnya jantungnya terbelah, dan ia pun tewas.
Peristiwa inilah yang diacu oleh Allah ketika Ia berfirman pada Nabi-Nya sall-Allahu 'alaihi wasallam, mengatakan, "Tahukah engkau bagaimana Tuhanmu memperlakukan Pasukan Gajah…" (QS Al-Fiil:1-5). Peristiwa ini adalah suatu tanda akan martabat dari junjungan kita, Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, dan suatu tanda akan kenabiannya, dan kedudukannya. Peristiwa ini juga menunjukkan kehormatan yang dikurniakan pada masyarakatnya, dan bagaimana mereka dilindungi, yang membuat kaum Arab menyerah pada mereka, dan percaya pada kemuliaan dan keunggulan mereka, kerana adanya perlindungan Allah atas diri mereka dan pembelaan-Nya pada mereka melawan plot dari Abrahah yang seakan-akan tak terkalahkan.
Tamat untuk Penciptaan Tubuh Suci Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam…
Sumber: http://smzblog.wordpress.com
Tok Janggut
Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai yang terlalu lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Petikan dari http://sejarahmalaysia.pnm.my
Wednesday, July 7, 2010
Pengajaran Berkesan
Pengajaran yang berkesan melibatkan beberapa prosedur. Ia termasuklah penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, pengagihan masa yang baik, pemeringkatan isi untuk memudahkan pemahaman para pelajar, penggunaan sumber yang berkesan dan pengelolaan bilik darjah.
1. Penentuan Strategi Pengajaran-Pembelajaran
Strategi pengajaran merujuk kepada kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah merupakan suatu siri tindakan guru yang sistematik dan berturutan serta bertujuan mencapai objektif spesifik satu-satu pelajaran. Teknik ialah unit-unit kecil yang terdapat di dalam kaedah. Teknik mencakupi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru. Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru patutlah memikirkan tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan dan keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran.
Strategi pengajaran yang sesuai bukan saja dapat meningkatkan mutu penyampaian, malah ia akan menjadikan sesuatu pelajaran itu lebih bermakna dan menyeronokkan. Strategi-strategi pelajaran seperti bercerita, perbincangan, sumbangsaran, simulasi, sosiodrama dan main peranan mungkin mendatangkan kesan berlainan bagi situasi-situasi yang berbeza. Oleh itu, guru sepatutnya meluangkan masa untuk memikirkan strategi yang akan digunakan dalam sesuatu pelajaran untuk menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektif pelajaran. Ketika memilih strategi pengajaran pembelajaran, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan;
- Strategi itu seharusnya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Strategi itu hendaklah bersifat mudah lentur, iaitu boleh diubah mengkut situasi atau keadaan pelajar.
- Strategi itu hendaklah dipelbagaikan dari semasa ke semasa agar kebosanan dan kemerosotan minat dapat dielakkan.
- Strategi yang berpusatkan pelajar, iaitu yang menggalakkan penyertaan para pelajar hendaklah ditekankan.
- Strategi dapatan, inkuiri dan penyelasaian masalah hendaklah diutamakan.
- Strategi yang menekankan pengajaran secara kumpulan atau individu seharusnya digalakkan.
- Strategi yang meningkatkan kecekapan guru dan menjadikan pembelajaran itu bermakna, kreatif dan inovatif perlu diberi penekanan.
Pemeringkatan isi merupakan sesuatu perkara yang perlu dibuat bagi menjamin pengajaran-pembelajaran yang berkesan. Di peringkat mata pelajaran, isi pelajaran diperingkatkan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala di peringkat topik, pemeringkatan isi dilakukan oleh pihak guru. Ketika melakukan pemeringkatan isi ini, guru hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar. Kemudian, guru haruslah memikirkan topik dan isi manakah yang perlu diawalkan dan yang mana boleh diajar kemudiannya. Pemeringkatan isi pelajaran lazimnya dibuat mengikut prinsip-prinsip tertentu seperti bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada fakta kepada teori dan sebagainya.
3. Pemilihan Sumber Pengajaran-Pembelajaran
Sumber pengajaran-pembelajaran yang dipilih haruslah sejajar dengan kehendak objektif pelajaran. Guru pelatih digalakkan menggunakan pelbagai bentuk sumber untuk
merangsang penggunaan pelbagai deria pelajar. Sumber yang biasa digunakan termasuklah kad-kad perkataan, kepingan gambar, model-model, objek-objek maujud,
pita rakaman, slaid, projektor overhead, carta-carta, radio dan televisyen.
Semasa menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran, guru perlu memikirkan cara-cara penggunaan, iaitu sama ada perlu digantung, dilekat, disandar atau diedarkan. Cara-cara mengedar dan mengutip balik alatan seharusnya difikirkan supaya masa dan tenaga dapat dijimatkan. Sekiranya sumber pengajaran-pembelajaran itu memerlukan bekalan elektrik, guru perlu menguji penjangnya dawai, saiz plag, keadaan mentol projektor dan juga langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.
Bagi carta-carta yang digunakan, guru perlu meneliti saiz-saiz tulisan dan daya tarikan gambar-gambar. Tulisan yang terlalu kecil untuk dilihat oleh semua pelajar akan mengurangkan keberkesanan penggunaan carta. Gambar-gambar yang kabur dan tidak berwarna tidak mungkin dapat menarik minat pelajar. Dalam pemilihan sumber atau alat bantu mengajar, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:
- Sumber itu hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, iaitu berkaitan dengan isi pelajaran.
- Sumber itu hendaklah menambahkan keberkesanan pengajaran guru.
- Sumber itu hendaklah menarik dan dapat memudahkan pemahaman pelajarpelajar terhadap konsep-konsep yang disampaikan.
- Sumber itu sepatutnya memudahkan guru menyampaikan konsep dan dapat menjadikan pembelajaran lebih bermakna serta menyeronokkan.
- Sumber hendaklah dipelbagaikan agar semua deria pelajar-pelajar dapat digunakan.
- Pelbagai jenis alat bantu mengajar digunakan dengan baik agar objektif-objektif pelajar dapat dicapai.
- Pelbagai jenis kemudahan dapat digunakan dengan berkesan.
- Iklim bilik darjah yang menggalakkan pengajaran-pembelajaran dapat diwujudkan.
- Masa dan tenaga dapat digunakan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Organisasi bilik darjah.
- Kebersihan bilik darjah.
- Menyimpan alatan
- Perhiasan bilik darjah.
Carta Alir Menilai Item
Rajah 1 di bawah menunjukkan carta alir untuk menilai sebuah item. Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), penilaian item ialah proses membuat pengadilan terhadap mutu item dengan mengambil kira setiap ciri item yang baik. Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) lagi, proses ini harus berakhir dengan ketetapan yang sama ada item itu harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu diterima, ditolak atau dalam perhatian (KIV).
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003)
Tuesday, July 6, 2010
Sifat pemaaf Rasulullah
NABI Muhammad SAW ialah seorang nabi dan rasul yang memiliki akhlak terpuji. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.
Pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat-rehat, datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.
Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang.
Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu.
Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.
Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun berasa lapar. Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali.
Baginda makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma'rur. Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaan was-was di hati.
Rasulullah pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah.
Ternyata suara hati baginda itu benar. Bisyir bin Barra bin Ma'rur telah menjadi korban. Sahabat baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.
Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang tanpa berselindung berkata: "Aku mahu menguji kamu. Jika engkau seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk mengenai hal ini. Tetapi kalau engkau hanya orang biasa, maka aku pasti merasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa kemusnahan kepada kaum Yahudi."
Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian, baginda pun memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabat baginda.
Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Monday, July 5, 2010
Nabi Yahya lahir berkat doa bapa
FIRMAN Allah, bermaksud: "Wahai Yahya, ambillah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak. Dan Kami anugerahkan pula kepadanya rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian daripada dosa dan ia adalah seorang yang bertakwa.
"Dan seorang yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan bukanlah dia seorang yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan baginya pada hari dia dilahirkan dan pada hari dia meninggal dan pada hari dia dibangkitkan kembali."
Ayat al-Quran itu menceritakan mengenai Nabi Yahya. Beliau dilahirkan berkat doa bapanya, Nabi Zakaria kepada Allah, yang teringin sangat menimang anak dan untuk dijadikan pewaris.
Doa bapanya berbunyi: "Ya Tuhanku, berilah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian daripada keluarga Yaakub yang akan meneruskan pimpinan dan tuntutanku kepada Bani Israel.
"Aku bimbang bahawa sepeninggalanku, anggota keluargaku akan rosak kembali akidah dan imannya kerana tiada pengganti yang akan meneruskan ajaranku.
"Wahai Tuhanku, tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, sedangkan isteriku seorang perempuan mandul, namun kekuasaan-Mu di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu berdoa kepadamu, memohon rahmat-Mu mengurniakan aku seorang putera soleh."
Allah memperkenankan permohonan Zakaria, maksudnya: "Wahai Zakaria. Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperolehi seorang putera bernama Yahya yang soleh, yang membenarkan kitab Allah..."
Nabi Yahya tidak banyak diceritakan al-Quran, tetapi beliau digambarkan sebagai seorang yang bijak, terkenal berhati mulia, bertakwa dan sering melakukan ibadat sejak kanak-kanak.
Apabila dewasa, beliau menjadi rujukan kaumnya mengenai agama dan pelbagai perkara penting lain.
Namun, pada ketika itu, ada seorang raja bernama Hirodus yang menguasai Palestin dan mencintai anak tirinya sendiri, Horodia. Gadis itu memang cantik dan menjadi kegilaan pemuda sehingga Hirodus tidak dapat menahan nafsunya.
Seluruh keluarga merestui perhubungan itu dan majlis perkahwinan dirancang. Nabi Yahya membantah kerana waktu itu hukum Allah melarang mengahwini anak tiri sendiri.
Nabi Yahya bukan saja menentang, malah mengeluarkan fatwa, perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Allah yang mengharamkan seseorang mengahwini anak tiri.
Perkara itu menjadi buah mulut masyarakat dan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap Hirodia kerana khuatir jika larangan daripada Nabi Yahya membantutkan hasratnya.
Hirodia bimbang calon suaminya terpengaruh dengan kata-kata Nabi Yahya dan perkahwinan yang dirancang tidak menjadi. Justeru, dia merancang mempengaruhi bakal suaminya membunuh Yahya.
Dia menggunakan kecantikannya untuk mempengaruhi Hirodus membunuh Nabi Yahya, iaitu mengenakan pakaian seksi dan bertemu Hirodus lalu menyampaikan hasrat itu.
Hirodus terpengaruh dan akhirnya Nabi Yahya dibunuh untuk memuaskan hati Hirodia.
Bagi Nabi Zakaria, apabila mendengar anaknya dibunuh, beliau segera mencari perlindungan. Kebetulan ada pokok di depannya, dengan izin Allah pokok itu terbelah dua, lalu beliau masuk ke dalamnya dan ia tertutup semula.
Selepas itu, tentera raja terbabit memotong pokok berkenaan, sehingga Nabi Zakaria yang berada di dalamnya terbunuh.
Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my
Friday, July 2, 2010
Perkara-perkara Yang Merosakkan Akidah
- Melakukan perkara-perkara yang menyekutukan Allah dengan makhluk sama ada melalui perkataan dan perbuatan seperti percaya apa perkara lain yang berkuasa selain daripada Allah s.w.t.
- Menyembah kepada selain daripada Allah, seperti berhala, patung dan lain-lain.
- Melakukan amalan-amalan kerana yang lain daripada Allah seperti untuk mendapat pujian dan lain-lain.
- Mengingkari kuasa Allah, kenabian Nabi Muhammad s.a.w.
- Mempersendakan hukum Allah seperti menafikan kewajipan sembahyang, puasa dan lain-lain.
- Melakukan perbuatan yang menyerupai orang kafir seperti pakar salib dan sebagainya.
Kesan kerosakan akidah.
- Menjejaskan sistem kekeluargaan Islam.
- Membatalkan akad perkahwinan
- Membatalkan hak mempusakai.
- Membatalkan hak perwalian.
- Hilang keistimewaan sebagai sebagai seorang Muslim.
- Hubungan Suami Isteri terjejas
- Rumahtangga tidak tenteram.
- Berlaku kekurangan
- Hubungan keluarga renggang.
Allah makbul doa Nabi Zakaria
KETURUNAN Nabi Sulaiman ialah Nabi Zakaria, seorang yang cukup berpengetahuan di kalangan Bani Israel dan beliau mempunyai isteri bernama Isya.
Isterinya bersaudara dengan Hannah, yang bersuamikan Imran. Hannah terlalu berkeinginan mendapatkan anak, sehingga bernazar: "Jika Allah mengurniakan anak, maka anakku itu akan aku serahkan ke rumah suci-Mu Baitulmaqdis."
Doa Hannah diterima Allah, tetapi suaminya meninggal dunia sebelum melihat anaknya, Maryam dilahirkan. Apabila melahirkan Maryam, Hannah meletakkannya di Baitulmaqdis, sesuai dengan nazarnya terhadap Allah sebelum ini.
Firman Allah yang bermaksud: "Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya.
Berhajat
Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria bertanya; wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini? Maryam menjawab; makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab."
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Diceritakan dalam al-Quran: "Ia berkata, wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku.
Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai."
Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu.
Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: "Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua."
Allah berfirman kepadanya: "Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali."
Kemudian Nabi Zakaria berkata: "Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda." Allah berfirman: "Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat."
Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.
Firman Allah bermaksud: "Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.
http://klikkhas.bharian.com.my/
Thursday, July 1, 2010
Kepentingan ICT Kepada usahawan
- ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Ini hanya berlaku sekiranya syarikat membangunkan laman webnya dalam internet yang boleh dilayari oleh berjuta orang dari seluruh pelusuk dunia.
- Melalui ICT, syarikat dapat dilawati untuk masa yang panjang, iaitu 24 jam sehari 7 hari Seminggu untuk sepanjang tahun, tanpa sebarang masalah perbezaan zon masa.
- ICT dapat memberi gambaran dan imej syarikat yang kukuh (well-established) kerana pelanggan dapat berkomunikasi dengan syarikat tanpa perlu melihat lokasi fizikal syarikat. Imej syarikat yang kukuh ini penting untuk mendapat keyakinan pelanggan berurusan dengan syarikat.
- Syarikat dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos mengurus seperti bayaran bil telefon, kos perjalanan dan lain-lain kos pengurusan dapat dikurangkan kerana penggunaan kemudahan internet jauh lebih rendah daripada kos perbelanjaan secara tradisional.
- ICT dapat membantu usahawan menyebar maklumat perniagaan untuk kegunaan organisasi dan pihak luar seperti pelanggan dan orang ramai dengan lebih berkesan dan perbelanjaan yang lebih murah dan pantas dengan kaedah tradisional.
- Syarikat dapat menjimatkan ruang menyimpang fail. Dengan menyimpang maklumat syarikat dalam sistem maklumat secara sistematik, ruang simpanan fail di pejabat dapat dikurangkan.
