Pada suatu malam sepasang suami isteri sedang berbincang mengenai masalah anak mereka yang suka bercakap bohong. Si isteri memberi pandangan agar suami membeli seekor Orang Utan yang dapat mengesan sesiapa yang bercakap bohong. Orang Utan tersebut bukan sahaja dapat mengesan orang bercakap bohong, binatang tersebut akan membelasah sesiapa yang bercakap bohong. Lebih kuat seorang itu berbohong lebih teruk dia kena belasah. Sebenar isteri mempunyai niat yang lain, kerana semenjak kebelakangan ini ia merasa curiga bahawa suami sedang bermain kayu tiga. Inilah peluang dia melepaskan geram terhadap suaminya. Biar Orang Utan itu membelasah suaminya cukup-cukup sekiranya suaminya berbohong terhadapnya.
Isteri: Abang jangan risau Orang Utan ini tidak merbahaya, ia hanya membelasah orang yang berkata bohong. Dengan cara ini ia akan membantu anak kita menjadi manusia yang berguna (dalam hati – siapa ko, biar Orang Utan ini ajar ko cukup-cukup)
Suami: Abang setuju! Esok abang pergi beli Orang Utan yang bijak tu.
Keesokan harinya
Suami dan Isteri: Azrul! Mari sini sekejap! Abah nak tunjukan sesuatu kepada kamu.
Azrul: Ya Ayah, Ibu (buat2 muka macam orang baik)
Suami: Ini ada Orang Utan yang ayah belikan. Orang Utan ini bijak dan ada keistimewaannya.
Azrul: Apa yang istimewa sangat tu ayah.
Suami: Ok mari ayah tunjukkan (sambil mengajak Azrul duduk bersama dengan Orang Utan tersebut). Orang Utan namanya Tony. (sambil memperkenalkan nama Orang Utan kepada anak lelakunya). Ok
Azrul ayah nak tanya satu soalan.
Azrul: Ya, ayah! (dengan suara lemah lembut)
Suami: Malam tadi kamu buat apa?
Azrul: Saya semahyang dan kemudian mengulangkaji pelajaran.
Tidak semena-mena Orang Utan memberi penampar yang kuat terhadap Azrul, hingga pening Azrul dibuatnya.
Suami: Azrul Orang Utan ni pandai mengesan orang bercakap bohong! Lebih baik kamu bercakap benar nanti teruk kamu dibelasahnya.
Azrul: Baik ayah! Sebenarnya Azrul buka laman Web Lucah
Orang Utan tidak membelasah Azrul
Suami: Bertuah punya anak!
Isteri: Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi! Tentu dia ikut perangai tak senonoh bapak. Bapak borek anak rintik! Bapak kencing berdiri anak kencing berlari. Anak bapak katakan
Suami: Eh! Ke situ pulak.
Isteri: Ialah kalau ayah ok tentula anaknya ok. Kalau ayahnya tak ok tentulah anaknya tak ok! Azrul tu kan anak kamu (sambil tangan isteri menunjuk ke arah suaminya).
Tiba-tiba Orang Utan membelasah isteri dengan teruk
Suami terkejut, Azrul tergamam! Muka suami merah padam!
Wednesday, November 10, 2010
Cabaran Transformasi Kurikulum
Boleh dikatakan proses transformasi ini agak kompleks kerana ia melibatkan dua bahagian yang paling penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bagi memastikan kejayaannya, mahu tidak mahu, kedua-dua bahagian ini perlu berkerja sama secara erat dan efektif. Keduanya juga perlu jujur dengan dapatan masing-masing bagi memastikan rumusan yang terbaik dapat dibuat bagi menjamin masa depan anak-anak kita di sekolah.
Dari segi konsep, difahamkan bahawa transformasi kurikulum melibatkan aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang, bersifat holistik dan tidak terlalu akademik atau membebankan. Konsepnya masih berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bentuk kurikulum ini dibahagikan kepada Enam Tunjang Pembelajaran, iaitu aspek komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika serta ketrampilan diri.
Difahamkan juga akan terdapat sedikit perbezaan dari segi susunan kandungan kurikulum pada setiap tahap pembelajaran. Bagaimanapun perbezaan yang paling ketara adalah dari aspek organisasi kurikulum. Dalam KBSR, misalnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) diasaskan kepada hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian SP manakala dalam transformasi, ia akan dilaksanakan berasaskan standard kandungan (perkara yang murid patut ketahui) dan standard pembelajaran (satu penetapan kriteria yang perlu dicapai oleh murid).
Kurikulum di sekolah akan disusun dalam bentuk yang modular dan mungkin melibatkan penyusunan semula jadual waktu di sekolah. Begitupun transformasi kurikulum ini tidak akan berjaya jika ia berjalan secara sendirian. Oleh kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan standard kandungan (standard based), bukan lagi secara berdasarkan hasil (outcome based), maka elemen yang amat penting untuk dilaksanakan serentak adalah pentaksiran.
Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Kemahiran guru diperlukan untuk mengenal pasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan. Bagi memastikan ini dapat dilaksanakan dengan baik, KPM perlu memberikan tumpuan terhadap usaha melatih semula guru-guru dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran baru yang diperlukan.
Bahan sokongan seperti bahan multimedia, buku panduan guru dan buku aktiviti yang sesuai perlu disediakan. Ia melibatkan implikasi perjawatan bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan transformasi ini dapat terlaksana mengikut tempoh dirancang selain implikasi kewangan untuk mengadakan penanda arasan, pembinaan bahan, uji rintis, kajian semula geran per kapita PCG) dan latihan guru.
Akhir sekali, pengalaman dan kelemahan pelaksanaan dasar-dasar yang besar sebelum ini seperti KBSR, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) serta program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar transformasi ini beroleh kejayaan di masa hadapan.

Pelaksanaan dan Pembinaan Kurikulum
- Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan ialah yang menggabungkan elemen Aktiviti Sosial, Kandungan dan Interaksi.
- Dalam sesuatu Pengajaran dan Pembelajaran, guru merupakan orang yang terpenting, manakala murid adalah pertimbangan terpenting.
- Kurikulum yang terbaik mempunyai ciri-ciri berikut: (Teori dan prinsip yang berstruktur dan teratur, Jelas kepada guru (melibatkan ilmu dan kemahiran) dan Menggunakan bahasa yang mudah difahami dari segi teori dan praktikal).
- Membina sesuatu kurikulum mestilah mengutamakan keperluan dan sesuai dengan golongan sasaran.
- Faktor kritikal terhadap pembinaan kurikulum ialah kandungan, murid, guru dan bahan sumber)
Sumber:
Rahayu Binti Jaapar
Unit Reka Bentuk & Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
Tuesday, November 9, 2010
Nabi Luth diutuskan untuk Bani Saadum
Nabi Luth adalah anak saudara Nabi Ibrahim dan beliau pindah bersama Nabi Ibrahim dari negeri Babil ke negeri Syam (Kan’an – Palestina). Tetapi tidak lama kemudian desakan penghidupan memaksa kedua Nabi berpisah. Nabi Luth lalu menetapi di sebuah dusum bernama Saadum, masih dalam wilayah Palestina juga.
Menurut Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Abussyakh dari Saad bin Abi Arubah kaum Nabi Luth itu sebanyak 4 juta orang. Masyarakat Saadum adalah masyarakat rendah segi moral, mental, pegangan agama, kemanusiaan dan peradaban. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka.
Mencari, merompak dan merampas harta benda orang lain adalah kerja harian kebanyakkan masyarakat Saadom. Maksiat yang paling menonjol ialah dengan melakukan homosexual (liwat) dikalangan kaum Lelaki, manakala lesbian merupakan maksiat dikalangan wanita. Kedua-dua jenis kemungkaran tersebut begitu bermaharajalela hingga menjadi satu kebudayaan masyarakat tersebut. Sekiranya Nabi Luth menasihati mereka dan memperingati azab seksaan Allah tenta masiat yang mereka lakukan, maka mereka membalas dengan menjawab “Datanglah seksaan Allah itu, hai Luth, jika sekiranya engkau orang yang benar.”
Firman Allah swt bermaksud
“Kami utuskan Nabi Luth, iaitu ketika ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu memperbuat suatu yang keji (jahat) yang belum diperbuat oleh seorang juga di antara isi alam ini. Sesungguhnya kamu bersetubuh dengan Lelaki dan menyamun di tengah jalan raya serta kamu memperbuat barang mungkar (haram) di tempat perhimpunanmu.” Maka tidak ada jawapan kaumnya selain berkata: Datangkanlah seksaan Allah itu jika kamu benar.” (Al-Ankabut: 28-29)

Faktor Yang Mempengaruhi Pemilikan Perniagaan
Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara berikut perlu diteliti;
Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi membentuk perniagaan yang terbaik.
- Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?
- Apakah Implikasi setiap jenis milikan perniagaan?
- Apakah keperluan tatacara perundangan?
- Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?
- Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik?
Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi membentuk perniagaan yang terbaik.
- Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa hadapan?
- Berapakah keperluan modal untuk memulakan perniagaan dan untuk masa hadapan?
- Setakat manakah anda berkehendakan tahap kawalan dalam peroses membuat keputusan perniagaan anda kehendaki?
- Adakah anda sanggup berkongsi idea dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang boleh membantu membangun dan menjayakan perniagaan?
- Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting?
- Apakah sumber pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?
- Sekiranya perniagaan gagal, sejauh manakah anda sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang-hutang yang ditinggalkan oleh perniagaan?
- Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak berkemampuan atau meninggal dunia?
- Siapakah yang akan mendapat manfaat tunggal atau yang paling besar daripada hasil kejayaan perniagaan?
- Sanggupkah anda mengambil semua risiko dan dengan itu mengait semua keuntungan jika berjaya?
- Bolehkah anda mematuhi peraturan dan prosedur birokrasi berkaiatan dengan pemilikan perniagaan?
- Apakah reaksi anda terhadap peraturan kerajaan dan keperluan-keperluan dokumentasi?
Jenis Ujian Bilik Darjah
Penilaian dalam bidang pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran seseorang guru. Terdapat beberapa alat pengukuran yang biasa digunakan oleh seseorang guru iaitu ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Penilaian mempunyai fungsi penting iaitu mengesan hasil pembelajaran yang diperolehi, mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi, mengesan tahap kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain, mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar (Lee, 1993). Bagi mendapat fungsi penilaian tersebut seseorang guru berhadapan dengan penilaian diagnostik pada permulaan pembelajaran dan penilaian sumatif serta penilaian formatif selepas pembelajaran bermula.
Menurut Ng (1991), penilaian sumatif pula merupakan suatu aktiviti penilaian yang dilakukan pada akhir tiap-tiap aktiviti pendidikan umpamanya di sekolah, pada akhir tahun, akhir semester, akhir program, akhir eksperimen ataupun di akhir penggal. Sementara itu, bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ujian sumatif merupakan satu sesi peperiksaan besar yang tarafnya sama dengan penilaian peringkat kebangsaan seperti yang diadakan pada akhir sembilan tahun pembelajaran iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala penilaian formatif pula merupakan suatu cara penilaian yang dilakukan secara kerap.
Melalui penilaian formatif, maklumat pencapaian pelajar dapat diambil dari semasa ke semasa. Ujian yang dilakukan adalah sepanjang tempoh persekolahan atau sepanjang tempoh sesuatu kursus. Manakala penilaian sumatif pula suatu penilaian yang memberi tumpuan pada akhir tempoh sesuatu kursus. Dengan kata lain, penilaian sumatif memperlihatkan ruang skop penilaian yang agak luas, longgar dan jauh jaraknya.

Sumber: Bahagian Kurikulum Teknik & Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal
Rajah 2.1: Hubungkait penilaian diagnostik, formatif dan sumatif.
Monday, November 8, 2010
Ciri-Ciri Sekolah Berkesan
Ciri disitilah sebagai tanda atau sifat yang khusus pada sesuatu yang membezakan dengan yang lain. Dalam kajian awal behubung dengan konsep sekolah berkesan di kebanyakan negara, telah dapat mengenalpasti lima hingga tujuah ciri yang difikirkan membezakan sekolah berkesan daripada sekolah yang kurang dan tidak berkesan. Pada tahun tujuh puluhan, terdapat lima ciri yang dikemukakan oleh para penyelidik.
Brookpver dan Lezotte (1979) dan Broojkover (1979), telah meletakkan ukuran asas sekolah berkesan sebagai tanada, iaitu (1) memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas di kalangan pelajar, (2) janagkaan tinggi terhadap pelajar, (3) kepemimpinan pentadbiran yang kuat, (4) pemantauan tentang kemajuan pelajar, dan (5) iklim yang kondusif untuk belajar. Ternyata kelima-lima ciri tersebut berhubungan dengan aspek-aspek kepemimpinan dan peranan aspek keguruan.
Sekitar tahun lapan puluhan, terdapat beberapa orang penyelidik lain seperti Gauthier (1982), Shoemaker(1982) dan Villanova (1984) telah mengenal pasti beberapa set dan seterusnya mengembangakan ciri-ciri tersebut seperti berikut, iaitu (1) persekitaran sekolah yang selamat dan tersusun, (2) misi sekolah yang jelas, (3) kepemimpinan pengajaran, (4) jangkaan tinggi, (5) peluang belajar, (6) sering membuat pemantauan ke atas pelajar, dan (7) perhubungan positif antara sekolah dan rumah.
Manakala Purkey dan Smith (1983), membuat satu kajian secara literatur, dan mendapati 13 ciri sekolah berkesan. Purkey dan Smith telah membahagikan 13 ini kepada dua struktur, antaranya strukrtur pertama terdapat sembilan ciri sekolah berkesan yang berkaitan dengan struktur organisasi, dan struktur kedua terdiri daripada empat ciri yang berkaitan dengan pembolehubah proses, yang berhubungkait pula dengan budaya dan iklim sesebuah sekolah.
Purkey dan Smith melihat struktur organisasi adalah:
Manakala pembolehubah proses pula dimaksudkan oleh Purkey dan Smith adalah seperti:
Abdul Karim bin Mohd. Nor (1989) yang membuat kajian terhadap empat buah sekolah menengah luar bandar mendapati 12 ciri institusi yang membezakan sekolah berkesan dengan sekolah tidak berkesan. Ciri-ciri tersebut ialah:
Sementara Rahimah dan Zulkifli (1996) pula menggunakan empat kriteria untuk mengukur iklim sekolah berkesan, antaranya termasuklah (a) Perhubungan interpersonal, (b) Pengajaran dann pembelajaran, (c) pentadbiran, dan (d) Kemudahan fizikal. Dapatan daripada kajian ini merealisasikan sekolah berkesan mempunyai iklim sekolah yang positif dari keempat-empat dimensi yang dikaji berbanding dengan sekolah yang tidak berkesan.
Dalam konteks yang lain, terdapat juga kajian-kajian yang dilakukan untuk membandingkan sekolah berkesan di 27 buah negara yang menggunakan beberapa kategori pembolehubah (Scheerens dan Boskeer, 1997). Apa yang dimaksudkan dengan pembolehubah ialah pembolehubah input dan output dan pembolehubah proses. Pembolehubah input dan output adalah melibatkan ibu bapa, saiz kelas dan pendidikan perguruan yang telah dan akan diterima oleh seseorang guru. Sementara pembolehubah proses merangkumi kepemimpinan pengetua, penglibatan pengetua, penilaian guru, masalah di sekolah, prosedur penilaian dan fokus kepada kemahiran penyelesaian masalah. Dalam hubungan yang sama, konteks pembolehubah bilik darjah merangkumi masa untuk mengajar, masa untuk bacaan, kerja rumah, startegi pengajaran, penilaian kemajuan dan penilaian keperluan.

- Penekanan kepada pengurusan dan membuat keputusan secara demokratik;
- Kepemimpinan pengajaran yang kuat diberikan oleh guru besar atau pengetua atau guru-guru lain;
- Kestabilan staf;
- Penekanan kepada kurikulum dan pengajaran;
- Program pembangunan staf di peringkat sekolah;
- Penglibatan dan sokongan ibu bapa;
- Pengiktirafan tentang kejayaan akademik;
- Penggunaan masa yang berkesan, melibatkan lebih masa kepada pelajaran akademik dan kurang kepada aktiviti-altiviti bukan akademik; dan
- Sokongan daripada pejabat pendidikan daerah.
Manakala pembolehubah proses pula dimaksudkan oleh Purkey dan Smith adalah seperti:
- Perancangan kolaboratif dan perhubungan kerja yang baik dan berkesan;
- Perasaan komuniti;
- Matlamat yang jelas dan jangkaan tinggi; dan
- Disiplin berdasarkan peraturan yang jelas dan dilaksanakan dengan adil.
Abdul Karim bin Mohd. Nor (1989) yang membuat kajian terhadap empat buah sekolah menengah luar bandar mendapati 12 ciri institusi yang membezakan sekolah berkesan dengan sekolah tidak berkesan. Ciri-ciri tersebut ialah:
- kemahiran kepemimpinan pengetua,
- persepsi peranan pengetua,
- pengalaman sebagai pengetua,
- strategi pembangunan yang digunakan oleh sekolah,
- penglibatan ibu bapa,
- jangkaan guru terhadap pelajar,
- sikap guru terhadap pelajar,
- pandangan guru terhadap sekolah,
- disiplin pelajar,
- penggunaan sumber sekolah,
- persepsi guru terhadap mandat dan arahan kerajaan, dan kepuasan guru dengan pelajar.
Sementara Rahimah dan Zulkifli (1996) pula menggunakan empat kriteria untuk mengukur iklim sekolah berkesan, antaranya termasuklah (a) Perhubungan interpersonal, (b) Pengajaran dann pembelajaran, (c) pentadbiran, dan (d) Kemudahan fizikal. Dapatan daripada kajian ini merealisasikan sekolah berkesan mempunyai iklim sekolah yang positif dari keempat-empat dimensi yang dikaji berbanding dengan sekolah yang tidak berkesan.
Dalam konteks yang lain, terdapat juga kajian-kajian yang dilakukan untuk membandingkan sekolah berkesan di 27 buah negara yang menggunakan beberapa kategori pembolehubah (Scheerens dan Boskeer, 1997). Apa yang dimaksudkan dengan pembolehubah ialah pembolehubah input dan output dan pembolehubah proses. Pembolehubah input dan output adalah melibatkan ibu bapa, saiz kelas dan pendidikan perguruan yang telah dan akan diterima oleh seseorang guru. Sementara pembolehubah proses merangkumi kepemimpinan pengetua, penglibatan pengetua, penilaian guru, masalah di sekolah, prosedur penilaian dan fokus kepada kemahiran penyelesaian masalah. Dalam hubungan yang sama, konteks pembolehubah bilik darjah merangkumi masa untuk mengajar, masa untuk bacaan, kerja rumah, startegi pengajaran, penilaian kemajuan dan penilaian keperluan.
Thursday, November 4, 2010
The Average Child
I don’t cause teachers trouble,
my grades have been OK.
I listen in my classes
and I’m in school everyday.
My teachers think I’m average,
my parents think so too.
I wish I didn’t know that
‘cause there’s lots I’d like to do.
I’d like to build a rocket, I have
a book that tells you how,
or start a stamp collection-well
there’s no use in trying now.
‘Cause since I found I’m average
I’m just smart enough you see,
to know there is nothing special
that I should expect of me.
I’m part of the majority,
that hump part of the bell,
who spends their life unnoticed
in an average kind of hell.
my grades have been OK.
I listen in my classes
and I’m in school everyday.
My teachers think I’m average,
my parents think so too.
I wish I didn’t know that
‘cause there’s lots I’d like to do.
I’d like to build a rocket, I have
a book that tells you how,
or start a stamp collection-well
there’s no use in trying now.
‘Cause since I found I’m average
I’m just smart enough you see,
to know there is nothing special
that I should expect of me.
I’m part of the majority,
that hump part of the bell,
who spends their life unnoticed
in an average kind of hell.
Peta Minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Otak manusia berbeza dari komputer . Komputer hanya bekerja secara terus, tetapi otak manusia bekerja secara dua hala iaitu secara terus dengan melakukan aktiviti membanding, menggabung dan menyatukan sepertimana ia dikehendaki.
Menurut teori otak, bahan-bahan pembelajaran harus selari dengan arkitektur otak bagi meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar. Kepantasan pembelajaran berasaskan otak dipersetujui oleh Rose dan Nicholl (1997). Konsep peta minda adalah berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola (Buzan and Buzan, 1991). Melakar peta minda membolehkan seseorang mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar atau kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Peta minda boleh dibentuk dengan penuh kreatif dan informal yang menggunakan warna, anak panah, rajah dan kod bagi menunjukkan kaitan penting dalam apa yang dipelajari. Peta minda dapat membantu proses ingatan dan mempertingkatkan kreativiti seseorang.
Penggunakan peta minda kepada pelajar adalah bagi membantu mereka mencatat nota secara ringkas atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca termasuk apa yang sedang difikirkan. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda digunakan untuk :

- Teknik mencatat nota syarahan, taklimat atau bahan bacaan
- Teknik merancang dalam membina kerangka penulisan seperti laporan, esei atau persembahan
- Teknik membuat sinopsis atau rumusan apabila membaca buku
- Alat grafik dalam pengajaran untuk lebih menarik dan ringkas
- Bantuan kepada pelajar untuk mengingat sesuatu tanpa merujuk semula pada bahan asal
Tuesday, November 2, 2010
PENDAWAIAN ELEKTRIK
PENGENALAN
Bekalan ke Rumah
Litar Pengguna
Litar Akhir
Litar yang keluar daripada papan fius agihan bagi membekalkan satu atau lebih titik-titik kelengkapan atau soket alur keluar tanpa perantaraan papan agihan lain atau dengan kata lain litar yang bersedia membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan, kelengkapan atau soket alir keluar seperti lampu, kipas atau melalui soket alit keluar seperti sterika, TV, peti sejuk dll.
Umumnya, litar akhir untuk kediaman boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut:
Peraturan Litar Akhir
Litar Akhir untuk Soket Alir Keluar
Penentuan Saiz Kabel dan Peranti Perlindungan
JENIS – JENIS PENDAWAIAN
Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu:
Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah:
Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)
Pendawaian Terbenam (Embedded Wiring)
Pendawaian Pembuluh (conduit)
KABEL
Faktor Pemilihan Kabel
Bahagian–bahagian kabel dan Istilah Kabel
Warna Teras Kabel (tidak boleh lentur) – Penebat PVC dan Getah Fungsi Kabel Pengenalan Warna
PERLINDUNGAN
Pemencil (Isolator)
Perlindungan Arus Lebih (Over Current Protection)
JENIS PELINDUNG ARUS LEBIH
Fius
Asasnya ialah dawai pengalir yang akan lebur apabila arus yang mengalir melebihi had keupayaannya.
Terdapat 4 jenis fius: (Fius yang boleh didawai semula, Fius katrij, Fius keupayaan pemutus tinggi dan Fius palam
Pemutus litar (Circuit Breaker)
Geganti (Relay)
Pemutus Litar Cara Terma
Pemutus Litar Cara Magneto Hidraulik
Pemutus Litar Cara Elektromagnet
Pemutus Litar Cara Geganti
Perlindungan dari Renjatan Elektrik
PEMBUMIAN
Apa Yang Perlu Dibumikan (Disambung ke Bumi)
Cara dan Istilah Pembumian (Rajah Berkaitan)
Pembumian dilakukan dengan menyambungkan apa yang perlu dibumikan ke dawai atau punca bumi pengguna;
Elektrod – elektrod Bumi
Berikut adalah jenis elektrod yang diperakui dan memenuhi kehendak peraturan pendawaian.
(a) Earth rods 4 pipes
(b) Tapes or wires
(c) Plates
(d) Underground structural metalwork embedded in foundation
(e) Welded metal reinforment of concrete (not prestressed)
(f) Lead or metallic covering of cables
Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)
Umumnya setiap rumah atau mana – mana pemasangan elektrik akan dipasang dengan alat ini. Terdapat beberapa jenis ELCB, antaranya yang kini digunakan:
Pemutus Litar Bocor ke Bumi Kendalian Arus Baki
• Alat ini digunakan untuk sistem 1 fasa.
• Ia amat sensitif, berkendali pada nilai arus yang kurang daripada 2% daripada arus litar dan dapat mengawal pendawaian di rumah.
• Merujuk kepada litarnya, apabila berlaku kebocoran, arus pada gelung Z dan Y menjadi tidak seimbang, dengan itu gegelung L akan mendapat voltan aruhan.
• Keadaan ini menyebabkan gegelung berkendali (beroperasi) kerana mendapat tenaga elektrik daripada gegelung L dan seterusnya menarik suis pemutus litar ke kedudukan off.
• Arus bocor akan masuk ke bumi melalui pengalir pelindung litar bumi jika kebocoran itu berlaku antara “live” dan “bumi”.
Pemutus Litar Bocor ke Bumi Jenis Arus Imbang
Pemutus Litar Bocor ke Bumi dengan Menggunakan Geganti (Relay)
- Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
- Sistem pendawaian 1 fasa – biasa di kawasan kediaman (residential area) kecil dan sederhana.
- Sistem pendawaian 3 fasa – kawasan industri dan komersial (industrial dan commercial area).
Bekalan ke Rumah
- Bekalan elektrik yang diterima di rumah kediaman (kecil/sederhana) biasanya ialah AC 1-fasa 240 V, 50 Hz.
- Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian (sama ada R, Y atau B) dan neutral dari sistem 3 fasa 4 dawai (sambungan Y).
- Sumber 3 fasa adalah dari pencawang (substation) yang berhampiran.
Rajah 1: Sistem bekalan pengguna kecil arus ulang-alik (1fasa)
Litar Pengguna
- Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu papan penyambung (pangkalan perkhidmatan).
- Di papan ini terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. Dua alat ini milik TNB dan menjadi tanggungjawabnya.
- Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter kilowatt jam (Watt hour meter).
- Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board (msb)) atau pengasing berkadar 60, 80 dan 100A.
- Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB – earth leakage circuit breaker atau RCCB - residual current circuit breaker).
- Diikuti dengan papan fius agihan atau papan agihan.
- Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup (live), neutral dan bumi (earth).
- Fius – fius (pemutus litar miniatur @ miniature circuit breaker (MCB)) yang berkadaran sama ada 5, 15, 30, 45 A atau 6, 16 dan 32 A ini akan disambung daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian.
- Bar neutral dan busbar bumi akan disambung terus pada litar akhir – tidak perlu melalui MCB lagi.
- Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu live, neutral dan bumi.
Rajah 2: Sistem Bekalan Elektrik Di Rumah (240 V, 1- Fasa, 50 Hz)
Litar Akhir
Litar yang keluar daripada papan fius agihan bagi membekalkan satu atau lebih titik-titik kelengkapan atau soket alur keluar tanpa perantaraan papan agihan lain atau dengan kata lain litar yang bersedia membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan, kelengkapan atau soket alir keluar seperti lampu, kipas atau melalui soket alit keluar seperti sterika, TV, peti sejuk dll.
Rajah 3: Pemencilan secara elektrik
Umumnya, litar akhir untuk kediaman boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut:
- Litar akhir pada kadaran arus kurang daripada 15 A.
- Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A.
- Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A tetapi tertumpu pada soket alir keluar 13 A sahaja.
Peraturan Litar Akhir
- Litar akhir hendaklah diasingkan untuk peralatan yang berbeza (berlainan fius dan kawalannya) bagi mencegah gangguan bekalan jika litar akhir lain mengalami kerosakan.
- Sebagai contoh, antara lampu dan soket alir keluar hendaklah diasingkan fiusnya.
- Pendawaian setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik (neutral dan live berlainan) kecuali ke bumi.
Rajah 3: Contoh gambar rajah skematik bagi pelbagai litar akhir
Litar Akhir untuk Soket Alir Keluar
- Terdapat 2 cara pendawaian soket alir keluar (2, 5, 13, 15 dan 30 A) iaitu Litar Gelang (ring circuit) dan Litar Jejari (radial circuit).
- Sambungan litar gelang – sambungan soket alir keluar yang bersambung antara satu sama lain dalam bentuk gelang.
- Sambungan bermula dan berakhir pada tempat yang sama iaitu di papan fius agihan.
- Sambungan litar jejari – soket alir keluar disambung secara jejari atau selari.
- Saiz kabel yang biasa digunakan untuk litar gelang ialah 2.5 mm2 dan 4 mm2 bagi litar jejari.
Rajah 4: Litar jejari (radial circuit)
Rajah 5: Litar gelang (ring circuit)
Penentuan Saiz Kabel dan Peranti Perlindungan
- Kadar fius atau pemutus litar miniatur yang mengawal sesuatu litar akhir hendaklah tidak melebihi kadar kemampuan membawa arus mana–mana kabel dalam litar tersebut.
- Besar kecilnya kabel dan fius sesuatu litar adalah bergantung pada jenis beban yang hendak digunakan.
- Umumnya, bagi rumah kediaman, saiz kabel yang digunakan ialah 1.5, 2.5 dan 4 mm2.
- Saiz fius yang biasa digunakan pula ialah 5 A, 15 A dan 30 A.
JENIS – JENIS PENDAWAIAN
Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu:
- Pendawaian Permukaan.
- Pendawaian Terbenam.
- Pendawaian Pembuluh (conduit) - (i) Pembuluh keluli, bukan keluli dan boleh lentur, (ii) Sesalur, (iii) Salur
Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah:
- Jenis beban yang hendak dipasang
- Keadaan tempat pemasangan
- Kos perbelanjaan
- Tempoh ketahanan pemasangan
- Kekemasan dan kecantikan
- Keadaan sekeliling
- Tempoh masa menyiapkan
- Perubahan atau penambahan litar di masa akan datang
- Jenis voltan bekalan
- Keselamatan dan kelulusan JBE/TNB/JKR
Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)
- Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.
- Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada keadaan persekitaran dan kerosakan mekanikal.
Rajah 6: Pendawaian yang bertebat di permukaan
- Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling.
- Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum.
- Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah, pemasangan tambahan juga mudah dilakukan.
- Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan perumahan baru untuk tujuan keselamatan).
- Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap, tidak cantik dan sistem perlindungan mekanik yang kurang memuaskan.
Pendawaian Terbenam (Embedded Wiring)
- Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban.
- Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
- Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan simen (plaster) dijalankan.
- Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atasnya.
- Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal dn tahan pada perubahan cuaca, tahan lama dan kosnya juga rendah.
- Tetapi sistem ini sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi.
Pendawaian Pembuluh (conduit)
- Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel.
- Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, contohnya di kilang–kilang perusahaan, makmal, bengkel dll.
Rajah 7: Penyesuai dan pembuluh boleh lentur
- Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.
- Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung litar (grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat mengelakkan kebakaran dan kabelnya tidak mudah tercacat.
- Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
- Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.
- Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan amat berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak
- atau di tempat – tempat yang bebannya selalu diubahsuai.
- Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
- Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak.
Rajah 8: Palang bas sesalur atas
Rajah 9: Sistem pendawaian palang bas sesalur atas
- Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup.
- Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai.
- Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.
- Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90.
- Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah – ubah kedudukannya.
Rajah 10: Sistem pendawaian salur bawah tanah
KABEL
- Kabel ialah bahan pengalir yang membenarkan arus mengalir.
- Ia merupakan media yang amat penting dalam pemasangan elektrik.
- Ia menjadi perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik.
- Oleh sebab kadaran arus, voltan, keadaan alat dan tempat yang berbeza – beza, kabel juga dibuat berbeza – beza bagi menyesuaikannya dengan keperluan aplikasi tersebut.
Faktor Pemilihan Kabel
- Saiz kabel mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan kabel.
- Susut voltan tidak melebihi 2.5 % voltan bekalan.
- Penebat kabel sesuai dengan keadaan (kabel PVK sesuaiuntuk suhu 0 - 65? C).
Bahagian–bahagian kabel dan Istilah Kabel
- Sekurang – kurangnya kabel mempunyai bahagian yangdikenali sebagai Pengalir, Penebat dan Perlindungan Mekanik.
- Teras (core) – pengalir bertebat, cth 1, 2, 3, 4 dll.
- Lembar (strand) – bilangan pengalir pada sesuatu teras, biasanya 3, 7, 19, 24, 37, 91 dll. Contoh kabel 7/1.04 mm (7 lembar dan garis pusat setiap lembar ialah 1.04 mm).
- Sarung kabel (jacket).
- Luas keratan rentas pengalir – jumlah luas keratan rentas setiap lembar pengalir. Contoh kabel 7/0.85 mm ialah kabel saiz 4mm2.
- Penebat – bahan penebat yang mengelilingi pengalir untuk mencegah arus daripada terbocor. Contoh penebat getah, polivinil klorida (PVK), kertas dll.
- Pengalir – bahan yang selalu digunakan ialah kuprum, aluminium, perak dll.
- Kadaran voltan – kadar ketahanan kabel dari segi penebatnya apabila sesuatu voltan dikenakan. Contoh 600/1000 V bermakna 600 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan bumi manakala 1000 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan pengalir.
- Kadaran arus – kadaran arus maksimum yang mampu dibawa oleh kabel tanpa memanaskan pengalir atau merosakkan penebatnya.
Rajah 11: Keratan rentas satu kabel yang menunjukkan pengalir, penebat dan perlindungan mekanik pada kabel bertebat pvc berperisai wayar keluli
Warna Teras Kabel (tidak boleh lentur) – Penebat PVC dan Getah Fungsi Kabel Pengenalan Warna
- Bumi / Pengalir perlindungan Hijau dan kuning @ hijau
- Pengalir 1 fasa Merah @ kuning @ biru
- Fasa R bagi litar 3 fasa Merah
- Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning
- Fasa B bagi litar 3 fasa Biru
- Neutral bagi litar AC 1 fasa dan 3 fasa Hitam
PERLINDUNGAN
- Perlindungan bermakna memberi jagaan kepada alat–alat pemasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, kebocoran arus ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya.
- Di samping perlindungan daripada bahaya kilat, 3 jenis perlindungan yang perlu diadakan: (Perlindungan untuk mengawal pemasangan atau Pemencil, Perlindungan arus lebih (Fius, Pemutus Litar, Geganti), Perlindungan daripada renjatan elektrik).
Pemencil (Isolator)
- Alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan kabel hidup dan neutral secara serentak.
- Untuk bekalan 1 fasa – ia menggunakan suis 2 kutub berangkai.
- Untuk bekalan 3 fasa – ia menggunakan suis 3 kutub berangkai.
- Tujuan mengadakan pemencil – mengasingkan litar dan seterusnya dapat melindungi pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan jika berlaku kebocoran dan sentuhan renjatan.
- Biasanya pemencil dipasang pada permulaan litar.
- Selain itu, pemencil boleh digunakan untuk memutuskan bekalan sebelum kerja – kerja membaiki kerosakan atau membuat pendawaian tambahan.
- Kadaran pemencil hendaklah dipadankan dengan kadaran arus bekalan dan beban.
- Yang penting, pemencil mestilah mampu membawa arus beban penuh dan berkeupayaan memutuskan dan menyambungkan bekalan seperti yang diperlukan.
Perlindungan Arus Lebih (Over Current Protection)
- Alat ini boleh memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih (litar pintas dll) daripada yang dihadkan.
- Alat ini dipasang pada dawai hidup di awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan.
- Tujuan memasang pelindung arus lebih pada sesuatu pemasangan ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran keupayaan maksimum alat itu mengalir di dalam litar.
- Di samping itu, ia juga melindungi kabel daripada rosak.
- Umumnya, pelindung arus lebih terbahagi kepada 3 iaitu: (Fius, Pemutus litar (circuit breaker), Geganti (relay))
JENIS PELINDUNG ARUS LEBIH
Fius
Asasnya ialah dawai pengalir yang akan lebur apabila arus yang mengalir melebihi had keupayaannya.
Terdapat 4 jenis fius: (Fius yang boleh didawai semula, Fius katrij, Fius keupayaan pemutus tinggi dan Fius palam
Rajah 12: Fius separuh tertutup dan fius terdedah
Rajah 13: Fius katrij bentuk keranda dan bentuk bilah pisau
Pemutus litar (Circuit Breaker)
- Dapat dikendali secara automatik dan boleh dilaraskan pada nilai (arus dan masa) yang dikehendaki.
- Tidak perlu ditukar ganti, boleh dihidupkan semula.
Rajah 14: Pemutus litar jenis miniatur
- Terdapat beberapa cara kendalian: (a. Cara terma, b. Cara magneto hidraulik, c. Cara elektromagnet
Geganti (Relay)
- Memutuskan litar secara tidak langsung.
- Litar geganti biasanya dibuat secara kendalian terma atau magnet untuk disalingkuncikan dengan bekalan utama melalui sesentuh.
- Banyak digunakan di litar pemula motor.
- Tidak perlu ditukar ganti, boleh direset semula.
- Geganti boleh dilaraskan ke beberapa kadaran arus yang diperlukan dan boleh dilaraskan (reset) semula apabila sambungan telah terputus.
Pemutus Litar Cara Terma
- Komponen yang terlibat dalam kendalian ini terdiri daripada lapisan dwilogam yang dicantumkan kepada satu sesentuh sebagai satu tempat sambungan suis.
- Jika arus yang masuk ke litar itu tidak melebihi jumlah yang dihadkan, dwilogam itu tidak akan memberi apa-apa kesan (sesentuh masih membuat sambungan seperti biasa).
- Tetapi apabila arus itu melebihi arus yang dihadkan masuk ke dalam litar, dwilogam akan menjadi panas dan seterusnya meleding (kerana kadar pengambangannya berbeza).
- Apabila keadaan ini terjadi, litar akan terbuka kerana tarikan spring.
- Kadaran arus pemutus litar ini boleh dilaraskan dengan skru pelaras, jadi ia akan membuka sambungan dengan cepat atau sebaliknya mengikut pelarasan skru itu.
Rajah 15: Pemutus litar jenis miniatur dengan kendalian cara terma
Pemutus Litar Cara Magneto Hidraulik
- Komponen yang terlibat ialah gegelung magnet yang digulung pada satu despot dan di tengah–tengahnya dipasang omboh secara terus atau rangkaian ke suis sesentuh.
- Kendaliannya bergantung pada kekuatan medan magnet dan kekuatan magnet itu pula bergantung pada kadaran arus yang mengalir padanya.
- Gegelung ini dibuat dalam beberapa kadaran arus yang diperlukan dan gegelung ini menjadi penentu kadaran pelindung arus lebih yang dikehendaki.
- Gegelung magneto-hidraulik akan menolak omboh apabila kadaran arus yang mengalir dalam litar itu melebihi hadnya dan seterusnya akan membuka sesentuh.
Rajah 16: Pemutus litar jenis miniatur dengan kendalian cara magnetohidraulik
Pemutus Litar Cara Elektromagnet
- Satu atau lebih sesentuh mungkin dikendalikan oleh gegelung elektromagnet.
- Kadar pelarasan kawalan pelindung arus lebih dibuat dengan skru pelaras atau dengan menambah bilangan belitan gegelung untuk perubahan besar.
- Setelah pemutus litar berkendali, ia boleh dikembalikan ke kedudukan asal dengan menggunakan punat tekan set semula.
- Apabila arus yang masuk ke litar itu tidak melebihi kadaran yang dihadkan oleh pemutus litar, gegelung elektromagnet tidak akan mempunyai tenaga yang cukup untuk menarik sesentuh dan seterusnya memutuskan litar kerana kekuatan sesentuh lebih besar daripada kekuatan gegelung elektromagnet.
- Tetapi sebaliknya, sebaik sahaja arus yang memasuki gegelung elektromagnet itu melebihi hadnya, gegelung magnet itu akan menarik sesentuh dan seterusnya litar itu akan terputus (buka @ off).
Rajah 17: Pemutus litar jenis miniatur dengan kendalian cara elektromagnet
Pemutus Litar Cara Geganti
- Apabila punat tekan hidup ditekan, arus akan masuk mengikut arah anak panah dan seterusnya melengkapkan litar gegelung C.
- Gegelung C akan memegang semua sesentuh S1, S2 dan S3 ke kedudukan bersentuh (on).
- Ini membolehkan arus mengalir ke motor (beban), arah anak panah.
- Jika motor ini dipasang pada beban yang tidak melebihi beban penuhnya, arus akan mengalir dengan tidak memberi apa–apa kesan kepada pemanas P.
- Tetapi jika arus yang masuk itu lebih besar daripada yang dihadkanoleh geganti akibat penambahan beban motor, maka arus yang lebih besar akan mengalir dan akan memanaskan P.
- Seterusnya suis beban (suis beban lampau) akan ditolak dan terbuka (off).
- Apabila ini terjadi, motor akan berhenti sebab tiada arus yang mengalir.
- Oleh itu suis S1, S2 dan S3 akan terbuka (off).
Rajah 18: Geganti atau sesentuh sebagai pelindung arus lebih
Perlindungan dari Renjatan Elektrik
- Peralatan, kelengkapan dan pemasangan elektrik mestilah dilindungi dari arus bocor atau disentuh oleh manusia dan haiwan.
- Sentuhan ini mengakibatkan renjatan elektrik.
- Kecil atau besarnya sesuatu renjatan bergantung pada rintangan badan, voltan dan arus bekalan.
- Oleh itu, pengalir mestilah ditebat dan tiada mana–mana bahagian litar terdedah kepada sentuhan.
- Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut di bahagian pembumian.
PEMBUMIAN
- Merupakan salah satu kaedah perlindungan.
- Ia juga merupakan sambungan yang dibuat antara logam dan bumi.
- Bumi merupakan pengalir yang terbesar dari segi saiz dan jumlah kawasan liputan menyediakan laluan bergalangan rendah bagi arus rosak atau arus bocor.
- Sebarang benda yang disambung akan mempunyai keupayaan sifar.
- Bumi yang berada pada beza-upaya sifar (Beza-upaya rujukan) dapat menyahkan beza-upaya yang besar dengan cepat.
- Inilah tujuan asas pembumian sesuatu alat atau benda iaitu sebagai laluan balik arus atau untuk keselamatan.
- Oleh itu, pembumian memberi keselamatan daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran.
Apa Yang Perlu Dibumikan (Disambung ke Bumi)
- Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti saluran logam, perisai pembuluh, salur, sesalur, dawai katenari dan sebagainya.
- Struktur logam terdedah bagi suatu peralatan elektrik termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik seperti paip air, rangka rumah dan sbgnya.
Cara dan Istilah Pembumian (Rajah Berkaitan)
Pembumian dilakukan dengan menyambungkan apa yang perlu dibumikan ke dawai atau punca bumi pengguna;
- 0 – Dawai pengikat sama upaya
- 1 – Bumi, sambungan yang berkesan ke bumi
- 2 – Elektrod Bumi. Batang (rod) logam, plat logam dan sistem paip logam dalam tanah atau sebarang benda berpengalir bagi memperoleh sambungan bumi yang berkesan
- 3 – Pengalir perlindung litar
- 4 – Dawai pembumi
- 5 – Dawai pengikat sama upaya, 10 – Punca bumi pengguna.
Rajah 19: Istilah – istilah pembumian
Elektrod – elektrod Bumi
Berikut adalah jenis elektrod yang diperakui dan memenuhi kehendak peraturan pendawaian.
- Rod–rod dan paip – paip bumi
- Pita–pita atau dawai – dawai bumi
- Plat–plat bumi
- Elektrod–elektrod bumi yang terbenam di dalam tanah
- Konkrit yang bertetulang logam
- Sistem – sistem paip logam
- Sarung plumbum dan sarung daripada logam yang digunakan untuk menyarung kabel dalam tanah
- Struktur – struktur bawah tanah lain yang bersesuaian
Rajah 20: Jenis – jenis elektrod bumi
(a) Earth rods 4 pipes
(b) Tapes or wires
(c) Plates
Rajah 21: Jenis-jenis elektrod bumi
(d) Underground structural metalwork embedded in foundation
(e) Welded metal reinforment of concrete (not prestressed)
(f) Lead or metallic covering of cables
Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)
- Pemutus litar bocor ke bumi digunakan apabila pembumian yang baik tidak diperolehi kerana galangan bagi gelung litar rosak ke bumi terlalu tinggi sehingga tidak mampu untuk memutuskan pelindung arus lebih.
- Pemutus litar ini boleh bekerja pada voltan yang rendah (50V).
Rajah 22 – Pemutus litar bocor ke bumi
Umumnya setiap rumah atau mana – mana pemasangan elektrik akan dipasang dengan alat ini. Terdapat beberapa jenis ELCB, antaranya yang kini digunakan:
- Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus baki.
- Pemutus litar bocor ke bumi jenis arus imbang.
- Pemutus litar bocor ke bumi dengan menggunakan geganti.
Pemutus Litar Bocor ke Bumi Kendalian Arus Baki
• Alat ini digunakan untuk sistem 1 fasa.
• Ia amat sensitif, berkendali pada nilai arus yang kurang daripada 2% daripada arus litar dan dapat mengawal pendawaian di rumah.
• Merujuk kepada litarnya, apabila berlaku kebocoran, arus pada gelung Z dan Y menjadi tidak seimbang, dengan itu gegelung L akan mendapat voltan aruhan.
• Keadaan ini menyebabkan gegelung berkendali (beroperasi) kerana mendapat tenaga elektrik daripada gegelung L dan seterusnya menarik suis pemutus litar ke kedudukan off.
• Arus bocor akan masuk ke bumi melalui pengalir pelindung litar bumi jika kebocoran itu berlaku antara “live” dan “bumi”.
Rajah 23: Pemutus litar ke bumi kendalian arus baki
Pemutus Litar Bocor ke Bumi Jenis Arus Imbang
- Alat ini digunakan pada pemasangan sistem 3 fasa.
- Alat ini dapat berkendali pada arus bocor yang tidak melebihi daripada 2% arus yang mengalir.
- Apabila berlaku kebocoran, keseimbangan arus pada setiap talian 3 fasa itu tidak wujud lagi dan arus berlebihan di mana–mana bahagian talian tersebut akan menyebabkan gegelung belantik mendapat voltan aruhan dan arus akan mengalir dalam litar.
- Seterusnya suis pemutus litar akan ditarik ke kedudukan “off”
Rajah 24 – Pemutus litar bocor ke bumi jenis arus imbang
Pemutus Litar Bocor ke Bumi dengan Menggunakan Geganti (Relay)
- Kaedah ini lebih cekap dan litar asasnya seperti rajah.
- R adalah gegelung geganti yang akan menutup sesentuh apabila voltan gegelung mencapai satu nilai yang boleh disetkan iaitu semasa berlaku arus bocor ke bumi.
- Apabila berlaku kebocoran arus ke bumi, litar gegelung akan berkendali kerana ia akan menjadi lengkap, seterusnya ia akan menarik sesentuh utama pemutus litar ke kedudukan mati (off) dan dengan itu litar bekalan akan terputus.
Rajah 25: Pemutus litar ke bumi dengan menggunakan geganti
Subscribe to:
Posts (Atom)