Friday, December 23, 2011

Amalan Di Dunia Penentu Kehidupan Akhirat


Umat Islam wajib percaya setiap perbuatan pasti dapat ganjaran sama ada dosa atau pahala

ALLAH SWT menyediakan dua penempatan kepada manusia iaitu penempatan sementara di dunia dan penempatan kekal di akhirat. Di penempatan pertama, Allah SWT mendatangkan kepada manusia pelbagai ujian kepada orang Islam dan bukan Islam, beriman atau sebaliknya.

Di penempatan akhirat, Allah SWT menjanjikan balasan kepada manusia sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada nilai amalan manusia sepanjang hayat mereka di dunia yang dihitung menerusi timbangan antara pahala atau dosa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan cari pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baik (kepada orang lain) seperti Allah berbuat baik kepadamu dan jangan kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, ayat 77).

Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan ditetapkan Allah SWT. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat, bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.

Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan akhirat kerana semuanya akan dinilai di akhirat nanti. Justeru, manusia mesti melakukan urusan keduniaan yang menepati ajaran Islam untuk mendapat nikmat atau azab di akhirat.

Bagaimanapun, fitrah hati dan diri manusia cenderung melihat bukti atau dalil yang dapat mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap perkara dijanjikan Allah SWT seperti bukti kewujudan pahala, dosa, syurga dan neraka serta semua perkara yang tidak dapat dilihat pada mata kasar.
Sedangkan hakikatnya, persoalan dosa dan pahala serta syurga dan negara termasuk kiamat adalah termasuk dalam perkara ghaib, yang tidak wajar diperkatakan melainkan berpandukan nas dan dalil al-Quran dan Sunnah.

Walau bagaimanapun, sebagai Muslim yang beriman kepada Allah SWT, kita hendaklah melakukan amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menghindarkan setiap apa yang mendekatkan diri kepada neraka.

Orang beriman harus memahami konsep Islam ialah agama yang memperseimbangkan antara tuntutan hidup di dunia dan akhirat. Segala harta kurniaan Allah hendaklah diguna dan diuruskan kepada perkara kebaikan yang mendapat ganjaran di akhirat.

Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di akhirat tidak mungkin dapat dikecapi tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia seperti menafkahkan harta pada jalan Allah, mengeluarkan zakat, bersedekah selain melaksanakan perintah wajib seperti solat lima waktu.

Keseimbangan dunia dan akhirat akan mewujudkan umat Islam yang sentiasa memberi manfaat pula kepada sekalian manusia. Justeru, umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian.

Dalam apa juga aspek kehidupan, Islam mengingatkan kita mengenai dua kehidupan yang perlu diseimbangkan iaitu dunia dan akhirat. Malangnya, dalam keghairahan umat Islam mengejar impian hidup di dunia, ada masanya mereka tergelincir daripada landasan agama sehingga mengabaikan kepentingan akhirat.

Pada masa sama, wujud pula kumpulan yang berpendirian mahu mengutamakan akhirat semata-mata sehingga meninggalkan kehidupan dunia.

Menyentuh perkara ini, pensyarah bebas, Harryanto Rizal Rokman menegaskan, perkara itu berlaku disebabkan manusia hanya dapat melihat atau nampak kehidupan serta keseronokan dunia tetapi tidak dapat melihat kehidupan akhirat kerana ia perkara ghaib.

“Bagaimanapun, amalan kita di dunia itu yang akan menentukan nasib kita di akhirat sama ada menuju ke syurga atau neraka. Akan tetapi disebabkan manusia tidak nampak akhirat, mereka tersilap untuk membezakan mana yang lebih penting adakah dunia atau akhirat,” katanya pada majlis Forum Hal Ehwal Islam bertajuk Dunia Diuji, Syurga Dinikmati anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan The New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, kelmarin.

Dalam bentuk sindiran, beliau menjelaskan, manusia mungkin akan berlumba-lumba mengerjakan amalan jika Allah SWT memberi keizinan kepada mereka untuk melihat jumlah amalan mereka seperti kita dapat memeriksa jumlah simpanan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kalau pahala boleh diperiksa macam kita periksa duit KWSP, sudah tentu manusia akan gembira kerana dapat mengetahui jumlah amalan mereka. Walaupun simpanan itu belum boleh diambil, tetapi kita nampak. Dapat tengok berapa banyak jumlahnya pun akan menggembirakan walaupun tidak dapat lagi.

“Akan tetapi, pahala, dosa dan akhirat ini perkara yang tidak nampak kerana Allah hendak menguji manusia di dunia bagi menentukan kehidupan mereka di akhirat sama ada ke syurga atau neraka,” katanya.

Seorang lagi ahli panel forum, Abdul Halim Din menegaskan umat Islam perlu menyoal diri mereka dengan tiga soalan setiap hari selepas bangkit dari tidur iaitu siapa diri kita, untuk apa kita di dunia dan ke mana kita akan pergi selepas ini.

“Manusia perlu menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam setiap aspek kehidupan, pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga akan memastikan zakat dan sedekah dikeluarkan,” tegasnya

Oleh Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Monday, December 19, 2011

Ereksi Petunjuk Kesihatan


PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin

SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.

“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.

Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.

Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Tahap

“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.

“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.

“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.

ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah

Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

“Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.

“Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.

Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.

Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.

Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.

“Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar,” kata Wah Yun.

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

Saturday, December 17, 2011

Peperiksaan vs Pentaksiran

Kita seringkali mendengar ungkapan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Kita disarankan supaya lebih memberi tumpuan kepada pentaksiran yang holistik. Apa itu peperiksaan dan apa itu pentaksiran. Apa pula yang dimaksudkan dengan penilaian? Apakah perbezaan antara istilah-istilah tersebut? Siri Peperiksaan Oh Peperiksaan kali ini membicarakan konsep dan penggunaan ketiga-tiga istilah ini di samping istilah-istilah lain yang berkaitan seperti pengukuran, ujian, soal selidik, kuiz, menduga akal dan temu duga.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:

Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan senarai semak (check list).

Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan.

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.

Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.

Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.

Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.

Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.

Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).

Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan merosot berbanding prestasi tahun sebelumnya, walau pun hanya 0.1%, merasa tertekan kerana prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot.

Wajarkah tindakan di atas berlaku dalam sistem pendidikan kita? Jika kita menganggap tidak wajar, maka wajarkah pula kita memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR dan SPM serta mencadangkan pentaksiran berasaskan sekolah sahaja? Rata-rata peserta Seminar Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pendidik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju ketiga-tiga peperiksaan itu dimansuhkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan menganggap penekanan kepada peperiksaan (exam oriented) hanya merupakan persepsi masyarakat. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran alternatif, pentaksiran autentik, pentaksiran prestasi, pentaksiran formatif dan pentaksiran untuk pembelajaran, dengan sendirinya persepsi tersebut dapat dicairkan.

Oleh Dr Jamil Adimin - Lembaga Peperiksaan Malaysia

Usia Bukan Penghalang

Dengan pemeriksaan dan penjagaan teliti, kehamilan di kalangan wanita berusia bukanlah sesuatu yang sukar dan terlalu berisiko

ATAS sebab-sebab tertentu, tidak dinafikan ramai wanita ketika ini melangkah ke gerbang perkahwinan pada usia melebihi 30-an. Malahan ada juga yang mengambil keputusan berkahwin pada usia 40 tahun.

Fenomena ini adakalanya menimbulkan kerisauan terutama di kalangan ibu bapa pasangan kerana memikirkan peluang wanita tersebut untuk hamil rendah.

Umum mengetahui seseorang wanita itu berada di tahap kesuburan tinggi pada usia 20-an. Bermula pada usia 30 tahun, peluang itu menurun dan seterusnya semakin mengecil ketika mencecah 40 tahun.

Namun bagi Pakar Perubatan Reproduktif dari Hospital Pakar DEMC, Dr. Zamri Abd. Rahim, usia bukanlah penghalang kepada individu untuk melalui proses kehamilan asalkan beberapa faktor diambil kira.

“Alasan itu tidak boleh gunakan dalam menyekat sesiapa saja untuk hamil. Malah jika seorang itu berusia 46 tahun dan datang berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan kesuburan, saya tidak teragak-agak untuk membantu,” kata beliau.

Namun begitu katanya, beberapa faktor perlu diambil kira seperti keadaan kesihatan, kos yang perlu dan juga masa kerana ia semua bergantung kepada rezeki.

Menjelaskan lebih lanjut katanya, tahap kesuburan setiap individu itu berbeza. Ini berikutan usia wanita itu tidak sama dengan usia fungsi ovarinya. Kadangkala seseorang itu berusia 40 tahun ke atas, namun kilang ovarinya masih aktif menghasilkan telur dan dia masih mampu mengandung tanpa sebarang masalah.

Ada juga wanita yang masih muda, namun mengalami masalah penghasilan ovari dan golongan ini sangat memerlukan rawatan bagi membolehkan mereka hamil.

Namun begitu beliau berkata, sememangnya wanita yang berusia mempunyai risiko kehamilan dari segi penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Risiko terhadap kandungan seperti keguguran juga perlu diambil kira selain risiko kecacatan pada pada bayi.

Namun seandainya mereka mengambil langkah pencegahan seperti menjalani kehidupan sihat, tidak ada yang dirisaukan kerana ia adalah ketentuan daripada Ilahi.

Ketidaksuburan

Soal ketidaksuburan kata Dr. Zamri, tidak seharusnya diletakkan 100 peratus kepada wanita.

“Kehamilan melibatkan kerjasama antara suami dan isteri. Bukan sahaja wanita perlu menjalani rawatan, suami juga perlu melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi bersama,” katanya.

Menurut beliau 30 peratus ketidaksuburan dikenalpasti berpunca daripada wanita, 30 peratus lagi daripada lelaki, 30 peratus daripada kedua-duanya dan selebihnya disebabkan punca yang tidak diketahui.

Masalah biasa yang dihadapi oleh wanita berlaku di bahagian ovari, tiub falopio tersumbat, masalah fibroid, gejala endometriosis dan sebagainya. Masalah obesiti juga menurutnya boleh menjejaskan peluang kehamilan.

Lelaki pula berkemungkinan menghadapi masalah bilangan sperma berkualiti, tidak menghasilkan sperma dan sebagainya. Bagi lelaki yang mengalami masalah tiada sperma pada pancutan air mani mereka, doktor akan melakukan penyedutan dari testis kerana ia mungkin berlaku disebabkan saluran yang tersumbat.

Pemeriksaan teliti perlu dijalankan bagi mengenalpasti punca ketidaksuburan sebelum sesuatu rawatan itu dijalankan.

Menurut Dr. Zamri, tempoh masa untuk rawatan setiap individu berbeza bergantung kepada masalah yang mereka hadapi.

Rawatan

“Terdapat pelbagai jenis rawatan ditawarkan ketika ini dalam mengatasi masalah kesuburan. Kosnya juga sebenarnya masih rasional dan berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, bagi wanita yang datang bertemunya untuk mendapatkan rawatan kesuburan, beliau akan melakukan analisis terperinci mengenai keadaan wanita tersebut.

“Punca masalah akan dikenalpasti dan kita akan terus melakukan rawatan tanpa menunggu masa terlalu lama,” katanya.

Biasanya seseorang wanita itu akan datang bertemu beliau selepas mencuba beberapa lama tetapi tidak berhasil.

Rawatan pertama yang biasa dilakukan adalah suntikan dalam rahim (IUI) yang mana terdapat dua cara sama ada melalui pengambilan ubat kesuburan clomip atau melalui suntikan gonadotrofin.

“Biasanya saya lebih gemar menggunakan kaedah suntikan kerana lebih berkesan dan ia sampai terus ke bahagian ovari. Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada individu,” katanya.

Jika masih tidak berjaya pada percubaan pertama, rawatan IUI dilakukan sehingga tiga atau empat kali. Namun seandainya masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda, doktor akan menyarankan rawatan berikutnya iaitu persenyawaan in-vitro (IVF).

“Jika ada yang bertanya kepada saya yang mana lebih berkesan tentulah IVF kerana ia membolehkan kita memilih hanya telur yang terbaik dan embrio yang terhasil juga yang terbaik untuk dipindahkan ke dalam rahim,” katanya.

Menurutnya, pada satu rawatan IVF, antara lima hingga enam telur terbaik akan dipilih bagi disenyawakan dengan sperma terpilih untuk percubaan menghasilkan embrio.

Selepas dua atau tiga hari, doktor akan memilih embrio terbaik terus dipindahkan ke bahagian rahim.

“Rawatan IVF membolehkan antara dua hingga tiga embrio dimasukkan ke dalam rahim. Jika ia berjaya, maka pasangan tadi akan menjadi bayi kembar,” kata beliau.

Telur yang tidak digunakan boleh dibekukan bagi tujuan persenyawaan di masa hadapan. Namun bagi Dr. Zamri, beliau lebih gemar menggunakan embrio segar kerana peluangnya lebih tinggi berbanding yang dibekukan.

Rawatan alternatif/ suplemen


Tidak dinafikan, kebanyakan produk suplemen yang terdapat di pasaran ketika ini mendakwa ia mampu merawat masalah ketidaksuburan.

Menurut Dr. Zamri, dakwaan itu belum dibukti secara saintifik dan tiada kajian sahih dilakukan bagi mengesahkannya.

“Memiliki cahaya mata adalah impian semua pasangan yang berkahwin. Namun seandainya rezeki belum berpihak kepada mereka, segera berjumpa dengan doktor pakar bagi merungkai masalah yang dihadapi,” katanya.

Beliau tidak menggalakkan wanita mengambil produk yang terdapat di pasaran kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Katanya, masalah berkaitan kehamilan sangat berkait rapat dengan emosi. Kerana itu setiap pihak perlu berusaha kerana memiliki cahaya mata itu ibarat satu anugerah yang tidak terhingga.

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my

Sumber: http://www.utusanonline.com.my/

Sunday, December 4, 2011

Asal-usul Nama Negeri Perak


Kerajaan Purba

Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.

Sebelum munculnya nama "Negeri Perak" Kitab "Sejarah Melayu" ada menceritakan nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman moden ini.

Prasejarah

Penemuan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan manusia Zaman Batu Lama Tanah Melayu.

Malah satu rangka fosil telah dijumpai yang digelar Perak Man. Jumpaan dari carigali menunjukkan negeri Perak diduduki secara terus menerus sepanjang Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam.

Selepas itu Perak juga dijangkakan mengalami zaman Hindu/Buddha, yang tersebar secara menyeluruh semua kawasan di Tanah Melayu.

Asal Usul Nama

Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.

Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.

Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.

Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak. Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.

Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?





Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.

Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.

Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik

selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia".

Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab.

Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.

Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.

Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.

Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit.

Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.

Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .

Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)













Sumber: http://nizar-coretanku.blogspot.com/

Saturday, December 3, 2011

Nanoteknologi Pemangkin Pembangunan Negara


BIDANG nanoteknologi memerlukan kajian berterusan bagi membolehkan lebih banyak inovasi dihasilkan

Perkataan 'nano' bermakna kerdil atau tersangat kecil. Ia masih begitu asing bagi kebanyakan daripada kita kerana ia jarang didengar dan tidak dapat dikaitkan dengan sesuatu yang dapat digambarkan.

Berbanding bioteknologi yang menggambarkan sesuatu tentang kehidupan atau aeroteknologi yang berkaitan penerbangan, nano tidak mampu membarikan satu gambaran yang jelas kepada masyarakat.

Hanya selepas produk-produk tertentu yang berkait rapat dengan teknologi nano dihasilkan baru orang ramai dapat 'merasai' kesan kehadirannya.

Berdasarkan kepada satu catatan, pada 1959 seorang ahli Fizik Amerika Syarikat, Richard Feynman membentangkan kertas kerjanya There's Plenty of Room at the Bottom and The Feynman Lectures on Physics yang merintis kepada penerokaan bidang nano.

Eric Drexler pada 1986 pula menulis buku bertajuk Engines of Creation yang mengandungi wawasannya dalam nano manakala saintis Jepun, Norio Taniguchi, yang mencipta perkataan 'nanotechnology pada 1974 bagi proses menggunakan alat dengan had kurang daripada saiz mikrometer (satu per juta meter).

Sehubungan itu apabila membincangkan bidang nanoteknologi nama ketiga-tiga tokoh berkenaan tidak boleh dilupakan.

Kini, nanoteknologi merupakan suatu fenomena atau penemuan teknologi baru yang baru berlaku.

Ia adalah teknologi yang berkaitan dengan saiz iaitu dalam skala nano (1-100 nm) atau satu billion lebih kecil daripada sebarang benda yang bersaiz satu meter.

Teknologi halus itu antaranya penting dengan mengecilkan komponen-komponen tertentu. Malah tanpa kita sedar banyak benda di sekeliling kita menjadi semakin kecil, ringan dan sukar dilihat.

Cuba bayangkan, penggunaan nanoteknologi dalam bidang perubatan memungkinkan rawatan penyakit dilakukan di bawah permukaan kulit dengan hanya menggunakan memakai ubat bersaiz nano pada muka anda.

Satu lagi konsepnya ialah menghantar robot bersaiz nano dalam saluran darah untuk merawat penyakit yang telah dikenal pasti lokasinya dalam badan anda.

Dalam bidang pertahanan, alat pengintip musuh mungkin boleh dipasang di mana-mana bahagian kenderaan, pakaian atau pesawat kerana saiz nano terlalu kecil untuk dikesan.

Perkembangan nanoteknologi dunia telah menuju ke arah itu.

Malaysia juga yang sedang bergerak menuju negara maju tidak boleh ketinggalan untuk bersaing dalam bidang tersebut.

Sebab itu kerajaan mengambil langkah tepat apabila menubuhkan Inisiatif Nanoteknologi Kebangsaan Malaysia (NNIM) pada 19 September 2006. Manakala Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND) ditubuhkan pada Julai 2010.

Pada masa sama, terdapat 15 pusat kecemerlangan berkaitan nanoteknologi diwujud di beberapa universiti. Lima daripadanya telah diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan NanoMalaysia.

Jumlahnya akan bertambah pada masa akan datang tetapi pusat kecemerlangan tersebut berperanan menjadi penggerak kepada bidang penyelidikan nanoteknologi di negara ini.

Hasilnya, beberapa penyelidikan oleh saintis tempatan dalam bidang tersebut seperti aerogel dan nanotiub karbon berjaya membuktikan persediaan Malaysia memasuki era baru bidang tersebut.

Perkembangan tersebut tidak terlalu jauh ketinggalan selepas pengumuman inisiatif nanoteknologi Amerika Syarikat pada 2000.

Setiausaha Bahagian yang juga Pengarah NND, Prof Dr. Halimahton Hamdan berkata, nanoteknologi dianggap teknologi abad ke-21 yang dijangka akan memberi kesan ketara kepada kehidupan manusia.

Menurutnya, selepas kejuruteraan genetik, nanoteknologi merupakan satu lagi bidang yang akan berkembang dengan pesat dalam abad ini.

"Nanoteknologi sememangnya telah lama wujud. Hanya manusia tidak mampu mengkajinya dalam skala yang terlalu kecil untuk diolah dengan deria yang ada pada manusia," ujarnya.

Kata beliau, meskipun bidang berkenaan belum begitu difahami oleh masyarakat, ilmu nano atau nanosains telah wujud sejak sekian lama di kalangan ahli akademik dan saintis.

Dengan berasaskan ilmu sains asas iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik dan bantuan kemajuan peralatan seperti mikroskop yang sensitif, manusia kini mampu menyusun, mengubahsuai atom dan molekul dan membina sistem, bahan dan fenomena baru dengan sifat yang menakjubkan yang tidak pernah dipamerkan sebelumnya.

NND kata Dr. Halimaton hanya sebagai langkah awal kerana banyak aktiviti dan program sedang dirangka melibatkan penyediaan dan pemantapan infrastruktur , perundangan, dasar dan akta yang akan berfungsi sebagai penentu hala tuju bidang nanoteknologi negara.

Antara penyelidikan berkaitan yang telah dibangunkan ialah silika aerogel yang dihasilkan oleh Dr. Halimaton dan kini sedang dalam proses prapengkomersialan.

Penyelidikan lain termasuk proses rawatan air buangan oleh Prof. Dr Fakhrul-Razi Ahmadun dan Pendashteh AliReza dari Universiti Putra Malaysia (UPM); pengesan pantas kaedah bioassay mengesan racun makhluk perosak menggunakan matriks gel sol oleh Dr. Zamri Ishak dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Salmah Abdul Aziz (UPM).

Penyelidikan lain termasuk peralatan cip tindak balas berangkai polimerasi (PCR) pelbagai guna mudah urai oleh Dharmalingam Sugumar dan Kong Lingxue (USM), proses untuk menghasilkan nanotiub karbon oleh Mohamed Abdul Rahman dan Chai Siang Piao dari USM dan kaedah pengkestrakan dan penulenan bioplastik polihidroksi alkanoates (PHA) oleh Prof. Mohd Ali Hassan (UPM).

Kejayaan-kejayaan mereka menjalankan penyelidikan berkenaan memberi petanda kemampuan saintis tempatan dalam bidang nanoteknologi. Pada masa sama membuktikan Malaysia sudah bermula dengan bidang tersebut sebelum NND ditubuhkan.

Apatah lagi penyelidikan berkenaan sudah dipatenkan di peringkat antarabangsa.

Malah tiga daripada 13 penyelidikan berkenaan atau 23 peratus daripadanya iaitu silika aerogel, nanotiub karbon dan penghasilan nano alumina berpotensi untuk dikomersialkan

Selepas mencatat kejayaan-kejayaan tersebut, NND mempunyai beberapa inisiatif dan program lain antaranya merangka draf Dasar Nanoteknologi Kebangsaan dan merangka strategi implikasi kewangan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Beberapa program lain juga telah dirangka. Antaranya meningkatkan kemahiran tempatan menerusi latihan serta mewujudkan dan merangka program pendidikan nanoteknologi kebangsaan selain membantu aktiviti pengkomersialan serta pelaburan

Perkara yang tidak kurang pentingnya yang berada dalam senarai program NND termasuk memantau potensi kesan nanoteknologi kepada persekitaran , kesihatan dan sosial.

Sebab itu program pembangunan nanoteknologi negara telah mengambil kira tempoh masa sehingga 2020.

Menurut Dr. Halimahton, bidang nanoteknologi yang diberi keutamaan dalam peta kerangka (roadmap) itu bermula tahun ini sehingga 2020 melibatkan nano bahan (nanomaterial) dengan anggaran nilai pasaran RM60 bilion, yang dibangunkan dalam fasa awal atau fasa jangka pendek.

Pembangunan seterusnya melibatkan nanoperalatan bernilai RM15 bilion dan ketiga nanopemangkin bernilai RM40 bilion.

Fasa awal jangka pendek akan menumpukan kepada bahan nano manakala fasa pertengahan struktur bahan nano manakala fasa ketiga dari 2015 hingga 2020 melibatkan aplikasi

Oleh: Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Thursday, December 1, 2011

Kitar semula sisa pepejal


DALAM sedar atau tidak, pengurusan sisa pepejal yang efektif sangat penting dalam memberi impak positif kepada kehidupan manusia dari aspek sosial, politik, ekonomi dan persekitaran.

Apabila sesebuah negara semakin maju dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, lebih banyak sisa pepejal akan dihasilkan.

Malaysia yang sedang berkembang pesat tidak terkecuali. Negara ini perlu berdepan dengan cabaran menguruskan sisa pepejal secara berhemah.

Ia adalah untuk memastikan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal dapat dipanjangkan seterusnya boleh menampung sisa pepejal negara.

Dalam tahun 2005, kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia adalah sejumlah 19,000 tan sehari.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah menganggarkan bahawa pada tahun 2020, jumlah buangan sisa pepejal akan mencecah hampir 30,000 tan sehari.

Bagaimanapun, beberapa penemuan terkini menunjukkan bahawa jumlah sampah dan bahan buangan telahpun mencecah hampir 27,000 tan sehari.

SISA pepejal akan diangkut menggunakan kren untuk dihancurkan dan dicincang

Ini bermakna jangkaan bahawa jumlah sisa pepejal sebanyak 30,000 tan sehari akan dicapai lebih awal sebelum tahun 2020.

Pengurusan sisa pepejal yang baik dapat memastikan alam sekitar, sumber tanah, air dan udara kekal terpelihara.

Bahkan, dengan kaedah yang tepat, sampah-sarap menggunung di tapak pelupusan sisa pepejal yang menyakitkan mata itu boleh diubah menjadi sumber tenaga untuk bekalan penduduk.

Menyedari kepentingan pengurusan sisa pepejal, YCB Renewable Energy Sdn. Bhd. tampil memberi alternatif dengan membawa kepakaran teknologi stabilat Herhof dari Jerman untuk dimanfaatkan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif YCB Renewable Energy Sdn. Bhd. (YCB), Yaakop Daut, berkata, teknologi stabilat Herhof menggunakan konsep pengurusan sisa pepejal kitar semula menyeluruh. Dalam falsafah operasi mereka, sisa pepejal merupakan aset yang boleh menjana pendapatan.

“Teknologi stabilat adalah berbeza berbanding teknologi pengurusan sisa pepejal yang pernah dilihat sebelum ini. Ia lebih mesra alam dan pengguna malah mampu memberi pelbagai faedah apabila digunakan kelak.

“Disebabkan itu, kita telah menjadi ejen rasmi teknologi stabilat Herhof untuk memindahkan teknologi yang diguna pakai di negara Jerman. Ia merupakan penyelesaian menyeluruh kepada pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal,” katanya kepada Kosmo!.

Faedah

Dalam erti kata lain, dia memberitahu, terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh apabila menggunakan teknologi stabilat didatangkan khusus dari negara Jerman itu.

PENGGUNAAN sistem berkomputer terkini memudahkan lagi proses kitar semula sisa pepejal.

Pertama adalah mengenai aspek termasuklah penjimatan tanah. Memulakan mekanisme pengurusan sampah menggunakan teknologi stabilat itu tidak memerlukan pembukaan tapak pelupusan tanah yang baharu.

“Bayangkan berapa banyak tanah perlu digunakan untuk membina tapak pelupusan sisa pepejal dengan sampah sarap semakin meningkat.

“Dengan implikasi teknologi stabilat ini, tapak pelupusan sisa pepejal yang tidak aktif turut ditebus guna semula untuk memastikan ia tidak dibiarkan begitu sahaja sekali gus dapat menjimatkan tanah,” ujarnya.

Yaakop menambah, kelebihan itu secara tidak langsung dapat membantu memulihara alam sekitar sekali gus menghindari pencemaran air, udara dan tanah yang boleh mengakibatkan risiko penyakit.

Teknologi stabilat membolehkan sisa buangan yang telah melalui pelbagai proses dapat dikitar semula menjadi tenaga bahan api seperti gas mahupun material pepejal guna semula.

Penjimatan pelepasan karbon yang dipromosi teknologi stabilat juga boleh ditukar nilainya dalam sistem perdagangan kredit karbon untuk menjana ekonomi kepada negara.

Proses


Berbanding membiarkan proses reputan sampah dan menimbusnya seperti di pusat pelupusan sampah biasa ataupun pembakaran menggunakan insinerator yang menelan belanja tinggi, stabilat ada perbezaannya.

“Dalam kaedah teknologi stabilat, terdapat tiga fasa utama yang perlu dilalui iaitu pemprosesan, penstabilan dan pengasingan sisa pepejal.

“Sisa pepejal akan melalui proses pengasingan setelah dihancurkan dan dikeringkan sebelum dikitar semula,” kata Yaakop.

Ujarnya lagi, sisa sampah tersebut akan dikumpulkan pula di dalam bunker yang mampu menampung muatan sehingga 300 buah lori sampah.

Dengan teknologi terkini dan sistem berkomputer, dia menambah, sisa pepejal akan dicincang serta dihancurkan di dalam mesin pengisar menggunakan kren.

PRODUK akhir stabilat yang telah dikitar semula mempunyai pelbagai faedah.

Selepas proses tersebut, sampah akan dipindahkan ke bunker pemindahan yang dikenali sebagai kebuk Herhof bio box.

“Selepas semua sudah selesai, proses penstabilan biologi sisa pepejal pula dilakukan. Kerja pengeringan terebut memakan masa selama tujuh hari.

Yaakop memberitahu, pengasingan sisa pepejal pula akan dilakukan untuk mengasingkan pecahan mineral seperti batu, gelas, seramik, besi dan lain-lain material.

Katanya, selepas ketiga-tiga langkah tersebut dilakukan, barulah hasil produk kitar semula dapat diperoleh.

Kelebihan

Sementara itu, Ketua Bahagian Borneo YCB, Zubir Zainuddin, menjelaskan, penggunaan teknologi terbaharu itu juga dapat mengatasi masalah bau busuk dan pencemaran di tapak pelupusan sisa pepejal.

“Ia juga dapat mengurangkan kos operasi dan pengurusan sisa pepejal apabila menggunakan teknologi ini.

“Dalam pada itu, pengenalan teknologi ini mampu mengatasi tapak pembuangan haram malah menghilangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sisa pepejal,” katanya.

Kajian

Menyedari hakikat bahawa tidak semua teknologi dari luar negara boleh diaplikasikan di negara ini, YCB telah melantik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai konsultan khas bagi melakukan penilaian teknikal terhadap teknologi stabilat Herhof.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan dan Kejuruteraan Bioperubatan, Prof. Dr. Jasmy Yunus, berkata, pasukan yang melakukan penilaian teknikal terhadap teknologi stabilat Herhof mendapati ia adalah teknologi terkini rawatan sisa pepejal yang mendukung ciri mesra alam sekitar dan mapan.

PIHAK kerajaan tidak perlu membuka tapak pelupusan atau pengurusan sampah yang baharu kerana teknologi stabilat boleh mengguna pakai tapak yang sedia ada.

“Kita turut mendapati teknologi Jerman ini mempunyai kesesuaian untuk digunakan di Malaysia kerana mampu menjadi teknologi penyelesaian menyeluruh dalam pengurusan sisa pepejal.

“Teknologi tersebut juga dapat memanfaat sisa pepejal apabila boleh di kitar semula dan digunakan dengan lebih efisien serta ekonomi,” katanya yang merupakan Pengurus Besar Global Technology and Innovation Management Sdn. Bhd. (GTIM).

Jasmy menambah, pasukan yang menjalankan kajian tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Katanya, mereka adalah Prof. Mohd. Razman Salim, Prof. Mohd. Rashid Mohd. Yusof, Prof. Farid Ani Nasir dan Prof. Abdul Halim Yatim.

Dalam pada itu, Yaakop menambah, dia menjangka menggunakan loji pengurusan sisa pepejal teknologi Herhof yang mempunyai kapasiti 1,000 tan satu hari.

Jelasnya, ia amat bersesuaian dan berharap dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
Sumber: http://www.kosmo.com.my/

Pengakuan Orang-Orang Barat Terhadap Imam Mahdi


Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): MenjauhkanUmat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

Montgomery Watt

Seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:

“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”

Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.

David Ben Gurion

Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata:

“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”

Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islamsendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernamaMuhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.

Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

The Mahdi by A J Quinnell

A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.

Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagaiMahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapaitujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Wallahualam.

Sumber: http://zharifalimin.blogspot.com/