Monday, September 3, 2012

Kelebihan Menangis Yang Perlu Lelaki Tahu


Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.

Ada beberapa alasan manusia menangis:
  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  • Menangis kerana rasa takut.
  • Menangis kerana cinta.
  • Menangis kerana gembira.
  • Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  • Menangis kerana terlalu sedih.
  • Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  • Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  • Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Sumber: http://busuk.org/

HARUN AR-RASYID (61-101 H/ 681-720 M)


Nama penuh Harun ar-Rasyid ialah Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi. Beliau dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 H bersamaan 756 M. Beliau telah menggantikan saudaranya iaitu al-Hadi sebagai khalifah Baghdad yang kelima dalam pemerintahan Abbasiyah. Beliau merupakan anak yang ketiga dalam keluarga. Sejak dari awal lagi, beliau dikenali sebagai seorang yang pintar dan sukakan ilmu pengetahuan. Tidak hairanlah jika beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta banyak pengalaman sama ada dalam bidang politik, ketenteraan mahupun dalam bidang pentadbiran awam. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling besar dalam dunia penyebaran ilmu pengetahuan di Kota Baghdad..

KEBERKESANAN PEMERINTAHAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID

Populariti daulah Abbasiyah mencapai kemuncaknya di zaman khalifah Harun al-Rasyid Rahimahullah (786-809 M). Ini kerana keberkesanan sistem pemerintahan yang telah dilakukan oleh khalifah Harun al-Rasyid dalam pentadbirannya.

Antara keberkesanannya dari segi sosial ialah, kekayaan yang banyak dimanfaatkan Harun al-Rasyid Rahimahullah untuk keperluan sosial seperti membina rumah sakit, lembaga pendidikan doktor, dan farmasi pada zaman pemerintahannya. Keadaan tersebut telah menjadikan pembangunan dan teknologi umat Islam pada masa itu semakin maju dan berkembang.

Kemudian, pembinaan Baitulhikmah yang merupakan sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh khalifah Harun al- Rashid turut berkembang secara meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al- Makmun. Hasilnya, aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan mencapai kemuncaknya dan kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Penterjemah juga bekerja secara berkumpulan di bawah kawalan seorang penyelaras. Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa Yunani menjadi kegiatan utama.selain itu, ianya juga menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan para ilmuwan dalam pelbagai bidang.

Keberkesanan pemerintahannya dalam bidang penulisan pula boleh dilihat melalui tiga tahap. Tahap yang pertama ialah mencatat segala percakapan atau idea. Beliau mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku. Tahap yang kedua pula mengarang. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan pada zaman pemerintahannya. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya seperti Imam Malik menyusun buku al- Muwatta’, Ibn Ishaq menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w., Abu Hanifah menyusun fikah dan pendapat ijtihad.

Tahap ketiga pula ialah penterjemahan. Penterjemahan pada masa itu mula dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan Yunani kepada Bahasa Arab. Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan ialah, di samping menterjemah, orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulasan. Selain itu,Orang Islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap.

Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatkan kegiatan penyelidikan. Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah. Zaman pemerintahan beliau juga merupakan zaman perkembangan keilmuan Islam. Perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cordova memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan di Eropah dan perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan zaman pemulihan budaya atau Renaissance.

Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian. Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing banyak memberi faedah kepada orang Islam sendiri. Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Hasilnya, pada zaman pemerintahannya itu sudah terdapat sekitar 800 orang doktor.

Begitulah keberkesanan sistem pemerintahan yang telah berlaku pada zaman khalifah Harun al-Rasyid yang dikenali sebagai zaman keemasan Islam. Kemajuan pembangunan dan teknologi pada zaman itu seperti kesejahteraan, sosial, kesihatan, pendidikan, ilmu pengetahuan, dan kebudayaan serta kesusasteraan berada pada zaman keemasannya. Pada masa inilah negara Islam menempatkan dirinya sebagai negara terkuat dan tidak dapat ditandingi.

Antara sumbangan Khalifah Harun Ar-Rasyid ialah:

1. Pendidikan.

Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya seorang yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun sosial. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.

2. Pentadbiran

Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sesebuah negara agar menjadi sebuah negara yang aman. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, sseorang khalifah tidak akan mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi musuh untuk mendapatkan keamanan dan kemakmuran. Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

3. Kemajuan Intelektual

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.

4. Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.

5. Hubungan diplomatik

Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian-Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah. Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange. Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga al-Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.

6. Baitul hikmah

Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Sumber: http://ustazhikmah.blogspot.com/

Kisah Anak Kecil Di Zaman Khalifah Harun Ar Rashid


Khalifah Harun Ar Rashid terkenal dengan ketokohannya memimpin sebuah kerajaan yang amat dikagumi dalam sejarah Islam. Suatu hari khalifah melihat seorang anak kecil sedang mengis di hadapan unggun api yangmarak menyala. Lalu khalifah bertanya kepada anak kecil itu kenapa menangis.

Jawab anak kecil itu, “Aku takutkan api neraka”

Khalifah memujuk anak kecil itu dengan berkata anak kecil seperti kamu ini tak akan dimasukkan ke neraka.

Namun anak kecil itu terus menangis sambil berkata,

“Tadi sewaktu orang mula menyalakan api, mereka masukkan ranting-ranting kecil dahulu…selepas ranting kecil terbakar baru dimasukkan kayu besar” “Aku takut hal yang sama di neraka kelak…aku ibarat ranting kecil itu”.

Mendengar kata-kata anak kecil itu, khalifah turut sama menangis.

Roselle


Hibiscus Sabdariffa L. adalah dalam keluarga Malvaceae atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Pokok rcselle, di kalangan penduduk tempatan dikenal: sebagai asam paya atau asam susur, boleh ditanam melalui biji benih atau juga keratan batang merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ianya berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India.

Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3 meter serta mengeluarkan bunga hampir setiap tahun, mempunyai banyak kegunaan tetapi penyalut buahnya yang paling kerap dimanfaatkan.

Kajian saintifik menunjukkan roselle terbukti mengandungi khasiat dan nilai perubatan yang cukup tinggi. Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi, asid malik, aspartik asid den antosianin, A ntos ianin adalah pigmen yang memberi warna kemenhan kepada roselle. Ia berkhasiat sebagai antioksidan yang mana dapat membantu proses metabolisma sekiranya diambil se- cara berterusan.

Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi seuap 100gram roselle kering. Selain itu”setiap 1009 roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.

Kebaikan Pengambilan Roselle .
  1. Membantu penghadaman
  2. Melembutkan dan menyihatkan kulit
  3. Membantu melancarkan pembuangan air kecil
  4. Membantu mengurangkan pengumpulan lemak
  5. Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  6. Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak
Khasiat:
  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
  • Memperlancar peredaran darah.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
  • Sebagai diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
  • Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  • Mempunyai efek anti kejang otot.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Membunuh bakteria penyebab TBC.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Mengubati insomnia.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Menyihatkan mata
  • Menyeimbangkan berat badan.
  • Mengurangi panas dalam .
  • Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Menghilangkan sakit sakit di badan.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kelebihan Buah Anggur


Pasti ramai yang tidak tahu akan khasiat yang ada pada buah anggur bukan? Yang tahu hanyalah buah anggur itu sedap dan manis.

Anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi ini kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2, dan mempunyai kalori yang rendah. Anggur yang mengandungi 80 peratus air adalah sumber yang bagus bagi kalium, dan mempunyai phytonutrient iaitu bahan aktif yang melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

Turut terdapat pada buah anggur ini ialah bahan antioksida, dimana kandungan antioksida yang berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Oleh itu, pengambilan anggur sangat digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi.

Dalam satu kajian yang dilakukan tentang proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protien boleh mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Namun ia boleh dielakkan dengan mengambil buah-buhan yang mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur.

Tidak dapat dinafikan lagi kelebihan yang terdapat pada buah anggur ini, dan bukan itu sahaja kelebihan yang ada pada anggur, antara kelebihan yang ada pada buah anggur ialah :

1. Boleh menghilangkan bau mulut yang busuk.
2. Mencairkan lendir atau kahak di dalam tekak.
3. Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
4. Menghilangkan perasaan marah.
5. Menguningkan warna kulit (menjadikan kulit lebih gebu)
6. Menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.
7. Mampu menyembuhkan batuk-batuk.
8. Menghilangkan rasa pedih / sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
9. Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya ia mudah hadam.
10. Menguatkan hati dan jantung.

Banyakkan kelebihan yang ada pada buah anggur ini? Jadi selepas ini jadikan penggambilan buah anggur ini sebagai amalan pemakanan seharian anda untuk menikmati khasiat-khasiat yang terdapat pada buah anggur ini.

Sumber: http://www.tupai.com.my/