Dr Anwar Ridhwan
Generasi muda gagal berfikir secara kritis
Bagi mereka yang bertugas sebagai tenaga akademik di institusi pengajian tinggi, pada setiap awal semester pengajian mereka selalu mengharapkan kemasukan pelajar baru yang memiliki kemahiran insaniah tinggi. Bagaimanapun, tenaga akademik ini sedar bahawa pelajar yang mereka terima adalah produk daripada sistem pendidikan sedia ada.
Kemahiran insaniah atau soft skill adalah istilah sosiologi berhubung EQ (Emotional Intelligence Quotient) seseorang individu, berkaitan ciri atau sifat personalitinya, kemahirannya bersosial, berkomunikasi, berbahasa secara bertulis atau bertutur, kebiasaan atau tabiat yang positif, suka bergaul dan optimis dalam kehidupan serta lingkungan sosialnya.
Adakah sistem persekolahan kita amat menjurus kepada peperiksaan? Adakah pelajar kita terlalu ‘disuap’ dan ‘disusui’? Adakah pelajar kita terlalu terikat dengan skema hingga tidak dibenarkan berfikir secara kreatif di luar kebiasaan?
Berikut, dapatan umum yang saya peroleh daripada teman di beberapa buah institusi pengajian tinggi awam di negara ini.
Daripada sejumlah pelajar baru, pada umumnya hanya segelintir kecil memiliki kemahiran insaniah yang boleh berkembang. Majoriti yang lain kurang kemahiran bersosial, hanya bergaul dalam kelompok kecil. Mereka juga tidak dapat berkomunikasi dengan baik, termasuk tidak dapat menuturkan atau menulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris yang gramatis, jelas dan berkesan.
Peringkat sekolah rendah
Kebiasaan atau tabiat yang positif seperti gemar membaca buku di perpustakaan serta mengadakan diskusi berkumpulan juga jarang-jarang dapat dilihat, kecuali dalam minggu menjelang peperiksaan. Kurang terpancar optimisme dalam diri pelajar, seolah-olah membiarkan masa menghanyutkan mereka dan menyerahkan segala kepada nasib.
Dalam dunia penuh persaingan dan persaingan semakin sengit, hanya pelajar memiliki kemahiran insaniah tinggi yang akan berjaya. Jika majoriti pelajar kita kurang memiliki kemahiran insaniah tinggi, bagaimana generasi muda kita akan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa? Begitu pentingnya kemahiran insaniah, sehingga wajar ia diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah lagi.
Atas sebab seperti itulah, sekolah antarabangsa biasanya sejak peringkat rendah lagi, mendedahkan pelajar mereka kepada kemahiran insaniah. Ini termasuklah kaedah berfikir secara kreatif, menaakul secara kritis, berkomunikasi secara berkesan, bekerjasama secara membina, menempuh proses pembelajaran penuh semangat, dan menjalani kehidupan beretika.
Kita dapat melihat produk pelajar yang dilahirkan oleh sekolah antarabangsa ini – sama ada anak kita sendiri, anak saudara kita atau anak kenalan kita. Bagaimanapun pernyataan ini tidaklah menafikan adanya segelintir pelajar produk sistem pendidikan kebangsaan kita yang mempunyai kualiti lebih kurang sama.
Sistem persekolahan kebangsaan
Kita percaya sistem pendidikan kebangsaan turut berhasrat membentuk dan melahirkan pelajar yang dapat berfikir secara kreatif, menaakul secara kritis, berkomunikasi secara berkesan, bekerjasama secara membina menerusi proses pembelajaran penuh semangat dan menjalani kehidupan beretika. Bagaimanapun, apabila kita meneliti pencapaian pelajar baru di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), hanya sebahagian kecil yang berkualiti demikian.
Lalu kita bertanya, di mana bahagian-bahagian longgar dalam sistem pendidikan kebangsaan kita yang perlu kita perbaiki dan perkasakan? Adakah sistem persekolahan kita amat menjurus kepada peperiksaan? Adakah pelajar kita terlalu ‘disuap’ dan ‘disusui’? Adakah pelajar kita terlalu terikat dengan skema hingga tidak dibenarkan berfikir secara kreatif di luar kebiasaan? Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran kita masih sangat konservatif? Adakah suasana pembelajaran belum dapat membentuk pelajar kita kemahiran bersosial, berkomunikasi, berbahasa secara bertulis atau bertutur, bertabiat yang positif, bergaul dan optimis dalam lingkungan sosialnya?
Kualiti akademia
Pendedahan kemahiran insaniah pelajar kita seharusnya sudah meningkat ketika mereka berada di sekolah menengah. Apabila mereka menyambung pengajian di kolej atau universiti, mereka akan berhadapan dengan suasana, kaedah serta budaya pembelajaran yang agak berbeza.
Mereka harus berdikari, banyak membuat rujukan sendiri bagi menambah nota kuliah, bijak bergaul, mahir berkomunikasi baik di dalam bilik kuliah atau di luar serta dapat menyiapkan tugasan dipersembahkan dengan baik, termasuk aspek bahasanya. Jika lebih ramai pelajar baru IPTA memiliki kemahiran insaniah, maka kualiti akademia di pusat pengajian tinggi kita akan meningkat dengan lebih pantas.
Penulis ialah Sasterawan Negara dan Pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA
Sumber: Berita Harian
Friday, September 6, 2013
Pembangunan Mekah dan Kedatangan Dajjal
Mekah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam sedang mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah. Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah, para sahabat dan kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah Othmaniyyah. Tinggalan Kubu Ajyad dari zaman Othmaniyyah pada abad ke 18 merupakan kubu yang dibina untuk mempertahankan Mekah pada masa itu telah diratakan tanpa sebarang kesan. Dengan satu malam sahaja bukit yang menempatkan kubu tersebut telah diratakan untuk pembinaan menara Abraj Al Bait. Begitu juga seluruh penduduk yang mendiamai kawasan tersebut telah dipindahkan ke pinggir-pinggir Mekah dan bandar-bandar yang berdekatan. Kawasan yang dulunya adalah bersejarah dalam tamadun Islam akan bertukar menjadi komplek membeli belah yang terhebat, hotel termasyhur dan kediaman mewah.
Apakah Hijaz yang dikuasai Raja Badwi itu adalah milik sepenuhnya. Apakah tujuan pembangunan besar-besaran itu untuk kebaikan umat Islam? Gabenor Mekah, Putera Khaled Al Faisal sering melaung-laungkan menjadikan Mekah bandar abad 21, menukar destinasi ibadat haji ini kepada bandar contoh dari segi pembangunan dan pemodenan. Mereka berpegang dengan fatwa tempat tinggalan Rasulullah dan sahabatnya adalah bidaah tapi peliknya membawa masuk pengaruh yahudi di Mekah dan Madinah, telah memusnahkan semua sejarah dan senibina yang telah di asaskan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat.
Pembangunan Mekah sepatutnya dikongsi bersama oleh umat Islam bukan dibolot oleh dinasti Raja Badwi sahaja. Setidak-tidaknya umat Islam tidak terbeban dengan kewangan yang tinggi bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Tetapi motif sebenar pembangunan tersebut seperti yang terjadi adalah kerana dorongan keuntungan kepada suku sakat Raja Badwi semata-mata.
Pembangunan di Mekah menyebabkan harga tanah melonjak lebih dua puluh kali ganda sejak sepuluh tahun lepas kepada purata $70,000 per meter persegi dan harga apartment sekurang-kurangnya $3 juta. Akibat dorongan mendapatkan keuntungan semata-mata, pemaju pembinaan tidak memberikan keutamaan kepada keperluan sebenar jemaah haji (tidak seperti didakwa pemerintah). Kesemua pembangunan setakat ini hanya menumpukan kepada keperluan golongan berada dan hartawan, daripada gedung membeli belah ternama, restoran terkenal berada dalam mall hinggalah hotel-hotel berjenama antarabangsa (yang dikuasai Yahudi) yang mengenakan caj sekurang-kurangnya $700 semalaman. Umat Islam amat berkira untuk berbelanja supaya tidak terbeli barangan buatan Yahudi tapi rupanya di Mekah umat Islam berbelanja tanpa had di gedung-gedung dan hotel-hotel milik Yahudi! Siapakah yang menggadaikan tanah suci dan kiblat umat Islam ini? Inilah tahap umat Islam sekarang ini yang tergambar oleh Rasulullah s.a.w ketika hampir wafatnya beliau, ya ummati, ya ummati!
Antara mercu tanda terbaru ialah pembinaan Menara Abraij Al Bait (menara Jam) atau Fairmont Tower merupakan pembangunan yang merangkumi Masjidil Haram itu sendiri. Komplek menara tersebut mempunyai keluasan lantai 15.6 juta kp adalah terbesar di dunia dan menaranya adalah antara tertinggi didunia; binaan pencakar langit akhir zaman seperti yang di beritahu oleh Rasulullah yang dibina oleh kaum badwi adalah betul-betul berada di hadapan Kaabah!
Abraij Al Bait merupakan penswastaan komersial yang terbesar didunia. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Saudi Binladen Group (SBG), dan diberi kontrak selama 25 tahun untuk menguruskan komplek tersebut. Sebahagian akan disalurkan kepada Wakaf Malik Abdul Aziz tetapi SBG mempunyai hak terhadap keuntungan selepas tamat tempoh penswastaan selama 25 tahun.
Sebelum ini umat Islam di war-warkan menara tertinggi ini akan menempatkan jam terbesar didunia yang akan menjadi kemegahan umat Islam dan bilik-bilik penginapan akan dibuka untuk pelaburan umat Islam seluruh dunia. Tetapi sebenarnya kesemuanya sebanyak 1005 bilik telah diserahkan kepada rangkaian hotel antarabangsa Yahudi, Fairmont hotel; rangkaiannya meliputi kasino di Monte Carlo hingalah Tel Aviv. Fairmont hotel ini diasaskan oleh Benjamin Swig seorang banker dan aktivis Yahudi di San Francisco pada tahun 1945. Dia merupakan tokoh Yahudi dan termasuk dalam senarai tokoh Yahudi paling berpengaruh.
http://www.fairmont.com/EN_FA/Property/SAF/AboutUs/HotelHistory.htm
http://www.sfjcf.org/endowment/initiatives/academicconsortium/swigfamilyfund.asp
http://www.geni.com/people/Benjamin-Swig/6000000003134904541
Siapakah penduduk Madinah yang menjadi pengikut Yahudi dan bersama Dajjal?
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:
“Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)
Sumber: http://petunjukzaman.blogspot.com/

4 Peringkat untuk mengenali pengidap penyakit kencing manis
Menurut pakar, ada empat peringkat orang yang mengidap penyakit kencing manis.
Peringkat Pertama:
Sesudah buang air kecil di tandas, didapati semut banyak berkumpul di kawasan air kecil anda. Diperingkat ini anda digalakkan mengurangkan makanan yang manis.
Peringkat Kedua:
Semasa anda memasuki tandas untuk membuang air kecil, didapati semut sudah berada di kawasan untuk membuang air kecil. Pada peringkat ini anda di galakkan bersenaman dan kurangkan memakan makanan yang mengandungi banyak gula.
Peringkat Ketiga:
Sewaktu anda hendak memasuki tandas untuk membuang air kecil. Semut sedang mengekori anda untuk memasuki tandas bersama-sama. Pada peringkat ini anda dinasihat mengamal herba dan ulam yang pahit. Ini adalah untuk mengawal penyakit kencing manis yang agak kriktikal. Anda juga perlu mengelak dari melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda terluka, kerana pada peringkat ini, jika terluka adalah sukar untuk sembuh.
Peringkat Keempat:
Pada peringkat ini adlah peringkat yang paling sukar untuk sembuh. Sekiranya anda mempunyai harta yang banyak eloklah diwasiatkan kepada orang yang boleh dipercayai. Di peringkat keempat ini, semasa membuang air kecil didapati semut akan keluar bersama-sama dengan air kencing anada.

Pengawalan Kolesterol
Makanan seimbang yang disertai dengan aktiviti fizikal merupakan aspek yang harus diutamakan dalam usaha menangani kebanyakan penyakit masyarakat masa kini. Mungkin sesetengah dari kita sudah jemu mendengar cadangan ini, namun percayalah ia masih relevan dan terbukti berkesan hingga kini.
Kebanyakan daripada kita boleh melihat perubahan yang positif selepas sebulan berpuasa, terutamanya penurunan berat badan atau perut yang lebih kempis. Namun, ramai juga yang akan mengeluh apabila keadaan akan kembali kepada asal selepas sebulan hari raya. Begitu juga dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan kolesterol.
Makan secara berlebihan dan tidak terkawal terutamanya dalam sebulan selepas hari raya dengan undangan rumah terbuka yang kebanyakannya menyajikan hidangan lazat yang sukar untuk ditolak. Makanan seperti kek, pelbagai biskut, kuih-muih yang seringkali menjadi hidangan wajib banyak mengandungi lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak yang tidak sihat. Tidak terkecuali hidangan lain seperti rendang ayam, daging, sate yang rata-ratanya mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh yang demikian, hadkan pengambilannya dan makanlah secara sederhana.
Sementara mengawal pengambilan makanan adalah penting, mengambil suplemen untuk mengawal kolesterol mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan. Red Yeast Rice yang mengandungi sejenis statin semula jadi hasil dari penapaian beras dan yis merah merupakan antara hasil penyelidikan yang bermanfaat dan seringkali disyorkan untuk pengawalan kolesterol.
Red yeast rice yang mengandungi monacolins merencatkan penghasilan kolesterol yang menyamai ubat statin dan dengan itu membantu mengurangkan paras kolesterol tubuh. Ia merupakan cara alternatif untuk menangani peningkatan paras kolesterol bagi mereka yang tidak mengambil ubat anti kolesterol.
Kita dinasihatkan agar menjauhi pengambilan lemak berbahaya, sebaliknya pengambilan lemak baik seperti asid lemak omega-3 akan memberi manfaat kesihatan. Asid lemak omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan tubuh, maka memperolehinya daripada makanan adalah perlu. Bagi masalah kolesterol, pengambilan asid lemak omega-3 seharusnya diambil sebagai suplemen harian kerana ia didapati memberi kesan tambahan dalam usaha mengawal peningkatan kolesterol. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Red yeast rice dan asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai boleh bantu mengawal peningkatan kolesterol setara dengan pengambilan ubat anti kolesterol.
Asid lemak omega-3 daripada ikan atau suplemen minyak ikan boleh membantu mencegah masalah jantung di kalangan individu yang sihat dan juga bermanfaat kepada mereka yang sudah ada penyakit jantung. Asid Eikosapentaenoik (EPA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) yang terkandung dalam minyak ikan dari kumpulan omega-3 dibuktikan bermanfaat kepada jantung dengan menstabilkan plak pada arteri dan tekanan darah.
Amalan pengambilan minyak ikan juga diketahui mengurangkan risiko aterosklerosis; iaitu pembekuan arteri akibat pemendapan lemak, serangan jantung dan kegagalan jantung. Sumber omega-3 yang baik termasuklah salmon, sardin, trout, herring dan beberapa lagi. Bagaimanapun, ramai yang mempertimbangkan pengambilan suplemen minyak ikan untuk memperolehi jumlah yang mencukupi untuk perlindungan jantung yang optimum.
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Thursday, September 5, 2013
B17 Aprikot Bantu Terapi Kanser
JIKA disebut mengenai penyakit kanser, ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status.
Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia d imana 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun di Malaysia dengan 1 daripada 4 rakyat menghadapinya.
Pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor pemakanan merupakan antara penyumbang utama kepada kanser.
Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser.
Menurut mereka, hampir 90 peratus makanan yang diambil bersifat asid dan mengandungi kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.
Akibatnya kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya system antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah dimana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan.
Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa, penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.
Kajian terhadap haiwan liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun vitamin B17, tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan yang dipelihara dalam zoo berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi B17.
Puak Hunza di pergunungan Pakistan didapati hidup sehingga usia 120 tahun. Makanan utama mereka adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Pihak saintis perubatan turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah dengar mengenai penyakit kanser.
Pakar perubatan berpengalaman dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof Madya Dr Sayed Zainal Husin, mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi yang dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Menurutnya, dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel kanser akan menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel kanser.
Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetis.
Prof Madya Dr syed Zainal, merupakan penaung produk Apricon Farmas Health.
Katanya, vitamin B17 aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya membantu melawan kanser turut diperakui oleh saintis-sainstis di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan.
Pandangan pakar & saintis mengenai Vitamin b17
Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia; "Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser"
Dr. Dean Burk, Pakar Kanser Jerman; "Di bawah Mikroskop, kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali"
Namun katanya, biji aprikot mentah yang diambil dan dimakan begitu sahaja amat berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dari luar negara ke Malaysia. Ia boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan negatif terhadap tubuh bahan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries komited mengeluarkan satu produk Aprikot Vitamin B17 di mana biji aprikot tersebut diproses terlebih dahulu dengan penyelidikan klinikal dan teknologi farmaseutikal yang tinggi supaya bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan.
Syarikat tersebut tampil dengan produknya yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health yang merupakan produk pertama di Malaysia yang berunsurkan vitamin B17 yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan.
Produk ini mengandungi 100 peratus kapsul biji aprikot dimana biji aprikot diproses dengan kawalan piawaian farmaseutikal yang tinggi dimana pemprosesannya dijamin bersih dan selamat serta bebas dari sebarang campuran kimia bagi mengekalkan kandungan vitamin B17 yang tinggi.
Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia,Dr Ismail Lasa berkata, Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain.
Syarikat TK Farmas Solution & Industries merupakan sebuah syarikat yang dinamik dan terdiri dari kakitangan yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang perubatan, menghasilkan produk kesihatan terbaik dan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.
Bagi mereka yang telah menggunakan produk Apricon ia ternyata memberi kesan memuaskan.
Khairun Nisa, 36, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai alternatif bagi membantu merawat penyakit yang dihidapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif.
Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya makin menyusut dan menghilang.
Apricon Farmas Health mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berada di pasaran.
Makanan dan agen penyumbang kanser:
- Berbentuk berasid: daging, telur, ayam, nasi, mee, mihun, makaroni, spageti, ubi kentang, gula, kek, coklat, susu, yogurt, mentega, aiskrim, keju, kopi, teh.
- Mengandungi penambah: perisa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, pemanis buatan, penaik, yis dan garam.
- Kurang zat: makanan segera, makanan dalam tin, makanan ringan dan minuman berkarbonat.
- Gaya hidup: tekanan, pencemaran alam sekitar, tidak aktif, merokok, seks bebas dan pengambilan alkohol.
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Wednesday, September 4, 2013
Lelaki Tampan Yang Boleh Jadi Bangang Orangnya…
Seorang lelaki yang agak tampan dari ibu kota sedang bersiar-siar dengan sebuah kereta BMW dalam kawasan sebuah kampong utara Malaysia. Di saat ia sedang menikmati keindahan kampung tersebut, tiba-tiba ia ternampak seorang perempuan tua sedang memakan rumput di atas padang. Terdetik di hatinya ingin mengetahui mengapa perempuan tersebut melakukan perbuatan sedemikian. Lantas lelaki tersebut menemui perempuan tua itu, lalu bertanya.
Lelaki tampan: Mak cik! Kenapa mak cik makan rumput.
Perempuan tua: Mak cik miskin! Mak cik tak mampu membeli makanan. Mak cik sangat lapar.
Lelaki tampan: Tak sakit perut ke?
Perempuan tua: Mak cik dah biasa. Kadang-kadang lalang pun mak cik makan.
Lelaki tampan: Kalau begitu mak cik ikut saya ke ibu kota. Datanglah ke rumah saya.
Perempuan tua: Tak mengapa ke?
Lelaki tampan: Tak mengapa?
Perempuan tua: Tetapi saya ada anak ramai.
Lelaki tampan: Bawalah mereka ke semua sekali.
Perempuan tua: Anak saya ada sepuluh orang
Lelaki tampan: Bagus tu! Lagi ramai lagi bagus. Nanti saya suruh pemandu saya jemput mereka di rumah makcik.
Perempuan Tua: Ok! Baik lah!
Setelah perempuan tua dan kesemua anaknya sampai di rumah lelaki tampan tersebut. Lalu lelaki tampan tersebut menunjuk sebuah padang sambil berkata “Mak cik padang ini kepunyaan saya. Mak cik makanlah sepuas-puasnya bersama anak-anak mak cik, saya sedekah. Nanti bila rumput dah pendek bolehlah saya bermain golf.
Perempuan tua: Celeka betul…. Jauh-jauh kau jemput mak cik semata-mata sedekah rumput untuk mak cik dan anak-anak makcik makan.

Tuesday, September 3, 2013
KEHAMILAN MINGGU KE-19
Pertumbuhan dan Perkembangan Janin ketika Hamil 19 Minggu
Dalam minggu-minggu sebelumnya, semasa dan selepas minggu ke-19 kehamilan anda, otak janin anda berkembang luar biasa cepatnya. Sistem-sistem lain terus bertumbuh.
- Saiz janin sekarang sudah kira-kira 15 cm.
- Apabila hamil minggu ke-19, otak janin tersebut tersusun dari berjuta-juta neuron motor. Neuron adalah saraf-saraf yang membantu otot-otot dalam otak berkomunikasi. Perkembangan yang baru dan berterusan ini akan membantu janin membuat gerakan sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh menghisap jarinya, menggerakan kepalanya, atau membuat gerakan-gerakan lain yang mungkin dapat dirasai oleh ibunya
- Pendengaran janin semakin baik ia menghampiri minggu ke-19. Ia mungkin boleh mendengar suara-suara dan perbualan dari luar. Suara dari luar sangat jelas didengarnya. Dia boleh mendengar orang bercakap, bersenandung dan bernyanyi!
- Kulit janin pada minggu ke-19 ini ditutup dengan lapisan pelindung berwarna putih, berkilau seperti lilin, yang disebut verniks.
- Di bawah verniks, bulu halus yang disebut lanugo masih terus menutupi kulit.
- Pada minggu ke-19 kehamilan, buah pinggang janin sudah boleh berfungsi. Air seni atau urinnya dibuang ke poket ketuban Poket ketuban merupakan beg cecair dalam rahim yang mengandungi janin dan air ketuban. Plasenta ibu mengandung kemudiannya akan membuang kotoran tersebut.
Kegemukan akan berlaku ketika hamil Itu perkara biasa. Lemak merupakan bahagian terpenting dalam pertumbuhan dan perkembangan janin sekitar minggu ke-19 kehamilan. Memilih lemak yang tepat adalah perkara yang amat penting sekali.
Pilihlah: Bahan makanan dari susu yang rendah lemak, daging tanpa lemak, Lemak yang terdapat dalam ikan, minyak tumbuhan (zaitun, kenari), kacang-kacangan, bijan, biji-bijian.
Hindari: Lemak yang terdapat dalam daging, produk-produk susu, barang-barang yang sudah matang, makanan-makanan yang perhangat (dipanaskan semula apabila sudah semalaman), kelapa, mentega. Lemak trans yang terdapat dalam margerin. (biskuit dan kerepek).
Aturkan: Pemakanan dan senaman yang baik agar kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik.
Perubahan pada Tubuh ketika Hamil 19 Minggu
Dalam minggu ke-19 kehamilan dan minggu-minggu sekitarnya, tubuh ibu terus berubah dan menyesuaikan untuk dapat menampung pertumbuhan baru dan keperluan selanjutnya dari janin.
- Tubuh ibu semakin banyak menghasilkan darah.
- Sistem peredaran darah ibu akan berubah, tekanan darah lebih rendah daripada kebiasaannya. Akibatnya, keadaan ibu mungkin akan merasa pusing, pening, mual-mual atau pengsan kalau anda berdiri atau bangun terlalu cepat.
- Pada sekitar minggu ke-19 kehamilan, ibu mungkin anda mengalami hidung tersumbat, hidung berdarah, dan sakit kepala akibat bertambahnya aliran darah. Pelajari cara menangani masalah hidung.
- Ibu mungki juga mengalami rasa perih atau pendarahan pada gusi. Pelajari tentang rawatan gigi selama hamil.
- Pada usia kehamilan minggu ke-19, kapasiti paru-paru ibu terus meningkat dan boleh menyebabkan ibu akan bernafas agak cepat atau mengalami sesak nafas.
- Saiz tutupan payudara ibu bertambah di sekitar minggu ke-19 kehamilan akibat kelenjar-kelenjar milk-duck yang membesar dan naiknya aliran darah.
Monday, September 2, 2013
Mendapat bantuan baja daripada MPOB, Syukur kepada Allah!!! dapat mengurangkan Kos. Terima Kasih MPOB
Baja MPOB F4.
- Membekalkan peratusan nutrien-nutrien yangseimbang iaitu N_P_K (9-6-18) serta Mg (2.0) dan B (0.5) untuk pokok sawit menghasilkan buah yang banyak.
- Mengandungi mineral zeolite dan bahan organik yang meningkatkan CEC (Cation Exchange Capacity) dan juga membekalkan nutrien-nutrien lain seperti kalsium, silika dan lain-lain nutrien mikro untuk pertumbuhan pokok yang sihat.
- Mineral Zeolite untuk membantu nutrien bertahan lebih lama dikawasan perakaran pokok kerana peningkatan CEC tanah berupaya mengawal pelepasan nutrien-nutrien seiring dengan keperluan nutrien-nutrien pokok.
- Bahan organik yang terdapat di dalam MPOB F4 berupaya untuk menarik kehadiran mikro-organisma yang efektif untuk menyuburkan tanah.
- Baja MPOB F4 mempunyai sifat spesifik yang sesuai digunakan di tanah teres kawasan berbukit yang kandungan organik tanahnya rendah dan juga jenis-jenis tanah bermasalah seperti tanah lateratik, tanah liat dan tanah berpasir
Monday, August 19, 2013
Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun)
Sejak akhir-akhir saya kurang menumpukan perhatian terhadap pembelajaran anak sulung saya di rumah. Mungkin disebabkan kepenatan, kesibukan suami dan kekangan masa yang saya hadapi seminggu dua ini. InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki cara saya terutamanya dalam segi menguruskan masa bersama anak-anak. Ingin saya berkongsi cara-cara mendidik anak-anak yang berumur 2 hingga 3 tahun di rumah. Artikel ini saya ambil dari www.bicaramuslim.com. Semoga ia berguna untuk saya dan ibubapa diluar sana.
A. PERKEMBANGAN FIZIKAL
- Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.
- Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.
B. PERKEMBANGAN MENTAL
- Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..
- Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.
- Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.
- Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.
C. PERKEMBANGAN EMOSI
- Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.
D. PERKEMBANGAN SOSIAL
- Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.
- Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.
- Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.
E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)
- Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.
- Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.
AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI
Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:
1. PERMAINAN BLOK
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.
2. PUZZLE
Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.
3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.
4. MENAMPAL
Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.
5. MEWARNA
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.
Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.
Sumber: http://whenmayend.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)