Friday, August 6, 2010

Persembahan Rancangan Perniagaan


Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
  • Nama perniagaan/projek
  • Nama syarikat
  • Tarikh siap Rancangan Perniagaan
Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan
  • Surat-surat iringan
  • Kandongan Rancangan Perniagaan
Bahagian 1 – Pengenalan

Bahagian pengenalan ini perlu memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu melebihi separuh muka suratdenagn maklumat-maklumat berikut;
  1. Jenis perniagaan yang diceburi
  2. Nama dan lokasi/alamat perniagaan
  3. Tarikh perniagaan akan beroperasi
  4. Tarikh perniagaan akan beroperasi
  5. Tren pasaran yang menjustifikasikan projek ini
Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik samaada Rancanag Perniagaan ini disediakan untuk;

  1. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan
  2. Merancang perlaksanaan projek
  3. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
  4. Lain-lain
Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti;

  1. Alamat - Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jiak tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
  2. Bentuk perniagaan - Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
  3. Tarikh dan Nombor Pendaftaran - Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
  4. Modal Permulaan - Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan Modal dibenarkan dan Modal Dobyar perniagaan
  5. Bank - Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permhonan pembiayaan pinjaman
Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
  1. Nama penuh
  2. No. kad pengenalan
  3. Tarikh lahir
  4. Umur
  5. Alamat Tetap
  6. No telefon
  7. Taraf perkahwinan
  8. Kelulusan akedamik
  9. Kursus yang pernah dihadiri
  10. Kemahiran
  11. Pengalaman
  12. Pekerjaan sekarang
  13. Perniagaan yang pernah diceburi
Bahagian 5 - Rancangan Pentadbiran

  1. Pengenalan Organisasi: Alamat penuh Perniagaan & Pelan lokasi kedudukan
  2. Carta Organisasi
  3. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
  4. Spesifikasi Tugas
  5. Imbuhan Balas jasa/ gaji
  6. Keperluan Pejabat
  7. Perbelanjaan Pentadburan: Perbelanjaan asset, Perbelanjaan bulanan & Lain-lain perbelanjaan.
Bahagian 6 - Rancangan Pemasaran

  1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan: Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan
  2. Sasaran Pasaran: Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
  3. Saiz Pasaran: Langkah ini adalah untuk mereamal jualan pernaigaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
  4. Pesaing-pesaing utama: Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
  5. Kekuatan dan kelemahan pesaing: Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
  6. Syer pasaran: Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
  7. Ramalan Jualan: Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
  8. Strategi Pemasaran: Strategi Barangan (Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej & Corak pembungkusan dan jenama berkaitan), Strategi Promosi (Bentuk Promosi yang dicadangkan), Strategi harga (Harga seunit yang dicadangkan) & Strategi edaran (Corak pengedaran yang dicadangkan & Kenderaan atau kaitangan pemasaran).
Bahagian 7- Rancangan Operasi

  1. Carta aliran Proses: Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini di ersembahkan dalam carta proses kerja.
  2. Unit pengeluaran / jam operasi: Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
  3. Keperluan bahan: Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belain di buat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
  4. Tenga Kerja: Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Natakan status pekerja berkenaan.
  5. Mesin dan peralatan: Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
  6. Susunatur Ruang Operasi: Nyatkan factor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susunatur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik susun atur tersebut.
  7. Lokasi: Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan samada sewaan atau belian.
  8. Overhed operasi: Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.
  9. Perbelanjaan Operasi: Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.
Bahagian 8 - Rancangan Kewangan

  1. Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut;
  2. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
  3. Penyata-penyata kewangan - Aliran wang tunai, Penyata pendapatan, Kunci kira-kira & Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
  4. Kos pelaksanaan Projek - Pelaburan asset tetap (Termasuk semua asset yng dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga asset-aset ini. Termasuk juga kos ubahsuai), Modal Pusingan (Merangkumi perbelanjaan pentadbiran , pemsaran dan operasi) & Lain-lain perbelanjaan (Seperti deposit sewaan dan utility serta belanja permulaan - bayaran pendaftaran perniagaan, lessen dn sebagainya)
  5. Sumber Pembiayaan Projek (SPP) - Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau asset. Nyatakan nilai asset jika sumbangan adalah asset, Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal & Sewabeli merangkumi pembiayaan asset teap perniagaan. ( mesin operasi peralatan dan kenderaan).
  6. Proforma penyata Aliran Wang Tunai - Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.
  7. Proforma Penyata Pendapatan - Proforma penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan proforma penyata aliran wang tunai.
  8. Proforma Kunci kira-kira - Penyata ini juga selaras dengan proforma penyata pendapatan.
  9. Analisis Daya Maju Kewangan - Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah. Diantara petunjuk-petunjuk dayamaju kewangan yang kerap digunakan ialah Nilai kini bersih, Kadar Pulangan dalaman, Nisbah faedah kos & Tempoh pulang modal.
  10. Dokumen-dokumen sokongan - Surat sebutharga, Sijil kursus, Surat sokongan pihak tertentu, Surat dapat tender, Sijil pendaftaran syarikat, Salinan permit/lessen, Surat-surat kepujian, Bukti modal sendiri & Salinan Cagaran.

No comments:

Post a Comment