Monday, November 28, 2011
Kisah Harun ar-Rasyid
Harun ar-Rasyid adalah seorang raja. Dia terkenal dengan keadilan dan cintanya pada ilmu pengetahuan. Suatu hari, Harun ar-Rasyid pergi berburu. Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan sesorang yang bernama Bahlul. Harun berkata, “Berilah aku nasihat, wahai Bahlul.”
Lalu lelaki itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, di manakah bapa dan datuk-datukmu, dari sejak Rasulullah sehingga bapamu?”
Harun menjawab “Semuanya telah mati.”
“Di manakah istana mereka?” Tanya Bahlul.
“Itu istana mereka.” Jawab Harun.
“Lalu di mana kubur mereka?” Tanya Bahlul.
“Ini, di sini kubur mereka.” Jawab Harun.
Bahlul berkata, “Di situ istana mereka, di sini kubur mereka. Bukankah sekarang itu sedikitpun tidak member manfaat kepada mereka?”
“Kamu benar. Tambahlah nasihatmu, Bahlul,” kata Harun ar-Rasyid. “Wahai Amirul Mukminin, kamu diberi kekuasaan dan umur panjang. Lalu, apa yang boleh kamu lakukan? Bukankah kubau adalah perhentian terakhir bagi setiap yang hidup, kemudian kamu akan dibicarakan tentang berbagai masalah?”
“Tentu!” kata Harun.
Setelah itu, Harun pulang dan jatuh sakit. Setelah beberapa hari menderita sakit, sehingga ajal menjemputnya. Ketika detik-detik terakhir kehidupannya, dia memanggil menterinya serta menyuruh menterinya mengumpul keseluruh tenteranya. Sejurus kemudian itu, datanglah tenteranya dan berkumpul di hadapan Harun lengkap dengan pedang dan perisai. Begitu ramai tenteranya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Melihat keadaan itu, Harun terus menangis lalu berkata, “Wahai Zat yang tidak pernah kehilangan kekuasaan, kasihanilah hambaMu ini yang telah kehilangan kekuasaan.”
Tangisan itu tidak berhenti sehingga ajalnya sampai. Setelah meninggal, Khalifah yang memiliki kekuasaan yang sangat luas itu tinggal di lahad yang sempit. Tidak ada menteri yang menemaninya. Tidak ada kawan bersembang yang menyertainya. Dia tidak dikebumikan dengan harta dan istananya. Kekuasaan yang dimiliki sebelum ini tidak berguna lagi.
Labels:
Kisah Tauladan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment