Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
- Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
- Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.
- Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
- Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat.
Sambutan Yang Positif
Sebagaimana syarikat-syarikat dimestikan membuat penyata kewangan untuk setiap tahun kewangan masing-masing, penutup tahun tersebut menjadi satu titik terbaik untuk kita muhasabah dan menganalisa pencapaian sebenar untuk sepanjang tahun. Post-mortem diperlukan untuk mengetahui di mana kita berada dan ke mana tujuan kita seterusnya.
Ada beberapa langkah untuk membuat post-mortem seperti berikut;
- Merujuk kembali kepada matlamat atau azam
- Merujuk perancangan untuk mencapai matlamat tersebut
- Perancangan dilaksana
- Perancangan tertangguh
- Sebab tertangguh dan idea mengatasinya
No comments:
Post a Comment