Thursday, September 26, 2013

Pemuda gila Vs Ketua Orang Kampung

 
Pada suatu masa ada seorang pemuda yang dikatakan gila oleh penduduk kampong. Sebenar pemuda ini adalah lepasan Universiti Al-Azhar. Entah macam mana akibat kemalangan jalan raya, menjadi kurang siuman. Suatu hari hendak menjadi cerita, pemuda tersebut telah melukukan azan pada pukul 10.30 pagi di surau. Apalagi berpusu-pusu orang kampong dengan ramainya berkumpul di surau termasuk ketua kampong. Alangkah marahnya ketua kampong mendapat yang melakukan azan adalah pemuda gila tersebut. Maka ketua kampong bertempik dengan memarahi pemuda gila tersebut.

Ketua kampong: Hei orang gila kenapa kamu azan waktu 10.30 pagi.

Pemuda gila: Siapa yang gila?

Ketua Kampung: Kamulah, menyusahkan orang saja. (Orang ramai mengiyakan kata ketua kampong tadi.

Pemuda: Kamu kata saya gila? Habis tu waktu azan subuh tadi waktu azan hanya empat orang yang datang ke surau. Sekarang aku azan 10.30 pagi, hamper satu kampong datang. Sebenarnya kamu yang gila.

Ketua kampong: Betul juga (dalam hati)

No comments:

Post a Comment