Pada 25 minggu kehamilan, bayi anda hampir 660 gram beratnya, dan 35 sentimeter panjang bila diukur dari mercu kepala ke tapak kaki. Lemak bayi mula ditambah pada tubuh badannya yang kelihatan panjang and ramping. Pada 26 minggu, imbasan otak fetus menunjukkan respon terhadap sentuhan. Jika anda tujukan cahaya pada perut anda, bayi anda akan menolehkan kepalanya. Ini bermakna saraf optiknya lengkap dan sudah berfungsi.
Bayi anda juga terus mengambil nafas kecil, sebagai latihan untuk kelahiran. Ini semua persediaan yang dibuatnya bagi menempuhi detik pertama menghela nafas ketika dilahirkan. Bayi anda membesar dengan cepat, dan otaknya berkembang secara pesat pada peringkat ini. Sesetengah pakar percaya yang bayi-bayi mula bermimpi pada 27 minggu kehamilan! Pada 29 minggu kehamilan, anda bukan sahaja memasuki trimester ketiga, bayi anda juga sudah membesar sehingga 39 sentimeter panjang, dari kepala ke jari kaki.
Nota: Setiap bayi berkembang secara berlainan. Laman ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
Sumber: http://www.babycenter.com.my/
No comments:
Post a Comment