Tuesday, June 8, 2010

Merekabentuk Ujian

Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan adalah mengenalpasti apa yang anda mahu murid pelajari dari sesuatu unit pengajaran. Pertimbangkan keutamaan objektif dan masukkan soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak menumpukan kepada objektif-objektif kehendak, murid tidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda.

Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja dapat memberikan maklumat yang akan diberi dalam ujian tetapi bentuk spesifik ujian yang akan dijalankan. Sebagai contohnya, adalah penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah matematik yang memerlukan jawapan bertulis yang panjang dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Jenis soalan yang akan digunakan juga bergantung kepada objektif pembelajaran. Jika murid diperlukan untuk memahami bagaimana kesan sejarah yang berlaku adalah berkaitan dan mengakibatkan perubahan kepada keadaan, mungkin soalan jawapan pendek atau soalan esei adalah lebih sesuai. Jika murid diperlukan untuk mengingati tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi tempat kosong adalah lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment