LUQMAN Al-Hakim sentiasa memberikan
kata-kata berguna kepada anaknya supaya dia berfikir dan mendalami maksud
nasihat itu.Contohnya, beliau mahu anaknya tidak terlalu menerima bulat-bulat
kebaikan seseorang kepadanya.
Mungkin,
bimbang ada udang di sebalik batu di atas kebaikan itu. Katanya: “Hai anakku!
Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada segala kejahatan manusia dan
berhati-hatilah engkau daripada segala kebaikan mereka.
“Jauhilah diri daripada musuhmu serta berhati-hati dengan kawanmu dan janganlah engkau menghalang sesuatu yang tidak berkaitan denganmu.”
Pada maksud
yang hampir sama, katanya: “Dan janganlah engkau meminta pertolongan daripada
orang yang akan memperdayakanmu dan orang yang keji perangainya kerana jika dia
membalas permintaanmu itu, balasannya berupa keaiban buatmu. Dan sekiranya dia
menunaikan hajatmu itu, ia hanya untuk kebanggaan (dirinya).
“Janganlah
engkau meminta maaf kepada orang yang tidak suka melihat engkau memperoleh
kemaafan.
Janganlah
engkau meminta pertolongan daripada orang yang tidak suka melihat engkau
mencapai kemahuanmu.”
Kebijaksanaan
Luqman dalam memberikan nasihat turut dilihat apabila berkata: “Barang siapa
yang bercerita kepada orang yang tidak mendengar akan percakapannya, ia
seumpama orang yang membawa harta bendanya kepada ahli kubur.
“Hai anakku!
Utuslah seorang yang bijaksana dan berwasiat padanya. Utuslah seorang yang
bijaksana dan jangan pula engkau berwasiat (lagi) padanya.”
Kita
hendaklah berhati-hati ketika memberi nasihat atau meluahkan sesuatu perkara
kepada seseorang.
Biarlah
nasihat itu didengar dan diikuti oleh orang itu. Jika memberi nasihat kepada
mereka yang enggan mendengarnya, ibarat mencurah air ke daun keladi.
Luqman
ketika menasihatkan anaknya supaya tidak terlalu mementingkan dunia berkata:
“Jual duniamu untuk membeli akhiratmu, nescaya engkau akan untung keduaduanya
sekali. Jangan sesekali engkau menjual akhiratmu semata-mata untuk membeli
duniamu kerana itu menjadikanmu rugi kedua-duanya.”
Diriwayatkan,
bahawa beliau berkata kepada anaknya: “Hai anakku! Aku akan memberikan rahsia
padamu dengan dua perkara, apabila engkau berpegang dengan kedua-duanya engkau
akan sentiasa dalam kebaikan: Setiap dirhammu (hartamu) untuk kehidupanmu (di
atas dunia) dan agamamu untuk (bekalanmu) di hari akhirat.”
Luqman berkata lagi kepada anaknya: “Jangan engkau condong kepada dunia
serta jangan hatimu (memikirkan) mengenainya. “Engkau tidak diciptakan untuk
memikirkan hal keduniaan, sedangkan tidak ada ciptaan Allah yang lebih hina
daripadanya.
Oleh: paktam
Sumber: http://www.detikdaily.net/
No comments:
Post a Comment