Monday, February 20, 2012
NT JAUNDICE (Sakit Kuning)
ECPI Boleh Mengubati ? BAYI SAKIT KUNING
Neonatal jaundice adalah keadaan yang sangat kerap berlaku pada bayi yang baru lahir. Dianggarkan lebih daripada 50% bayi mengalami keadaan ini. Jaune' dalam bahasa Perancis bermakna kuning.
Tanda-tanda. Sakit kuning ini dapat dilihat tanda-tandanya dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning. Selain daripada itu, mata putih bayi kelihatan agak kuning juga. Selalunya ia bermula pada hari kedua dan ketiga dan menjadi paling buruk pada hari keempat. Kebanyakannya hilang dalam masa 10 hari.
Kenapa ini berlaku . Sakit kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin. Bilirubin berwarna kuning. Semasa dalam kandungan, bahan kumuhan bayi dibuang melalui placenta (tali perut) ibu. Setelah seseorang bayi itu dilahirkan, fungsi-fungi badannya bergantung kepada hati (liver) bayi tersebut. Hati penting untuk membuang bahan-bahan toksik, kumuhan dsb. Hati bayi yang baru lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu, pembuangan bilirubin tidak secekap orang yang sudah besar. Hasilnya, bilirubin ini berkumpul di dalam badan bayi dan inilah yang menyebabkan sakit kuning ini.
Adakah ia merbahaya. Selalunya keadaan ini tidak merbahaya dan ia akan sembuh. Bagaimanapun sekiranya ia semakin teruk atau tidak sembuh, rawatan lanjut adalah diperlukan segera. Ia dapat dikenalpasti sekiranya warna kuning kulit tidak baik selepas beberapa hari atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah bila sakit kuning ini semakin merebak dari bahagian kepala ke bahagian-bahagian badan yang lain. Ini mungkin terjadi bila bilirubin semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan lambat. Sekiranya ini terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak.
Rawatan penyembuhan. Dengan mengunakan PERUBATAN ELEKTRONIK (NT JAUNDICE)dan ECPI dapat mencepatkan pemulihan hati dan seterusnya Bilirubin berwarna kuning iaitu bahan kumuhan bayi dibuang melalui pembuangan najis (kencing, pembuangan air besar, dan tahi mata)
Sumber: http://www.sakitkuningjaundice.blogspot.com/
Labels:
Baby Ku Sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment