Thursday, May 23, 2013

Kebaikan Epal Hijau

Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
 
Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
 
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
 
Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  •  Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  •  Membantu kesihatan membran paru-paru.
  •  Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  •  Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  •  Membantu mengekalkan berat badan.
  •  Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  •  Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
 
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit
 

3 comments:

  1. lepas letak dekat muka, boleh makan terus...jangan buang membazir hahahaha

    ReplyDelete
  2. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete