Tuesday, June 7, 2011

Dimanakah Kecantikan Wanita Itu?


Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah.

Firman Allah SWT bermaksud;
 
“Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah……” (Al-Ahzab : 33)

Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.

Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut :

  • Menundukkan pandangan. Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita adalah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan seperti firman Allah SWT yang bermaksud : “Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya,” (An-Nur : 31)
  • Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di universiti, di dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu daripada diketuk dengan tukul besi yang tajam dikepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya.”

Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :

  1. Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.
  2. Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi bermaksud : “Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”
  3. Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.
  4. Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.
  5. Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda Nabi SAW bermaksud ; “sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah bangsa itu”
  6. Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud : “janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)……“(Al-Ahza:3)
  7. 7. Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah SWT bermaksud : “dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (an-Nur:31). Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud : “seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina.”
Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain

Oleh: unic.develOper
Sumber: http://blogs.iium.edu.my/

Saat Indah Awal Perkahwinan


Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Mengapai kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau mencium ku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku…..!

Sesudah 5 tahun perkahwinan
Anda baca dari bawah keatas pulak…


Sumber: http://www.saifulazrul.net/

Kamunting


Sejarah Kamunting

Long Jaafar bin Long Abdul Latif(Datuk Paduka Setia)begitu sinonim dengan sejarah awal bandar Taiping dan Kamunting. Pada zaman mudanya, Long Jaafar telah pergi ke Bukit Gantang yang berada di bawah penguasaan mentuanya, Alang Alaiddin (Datuk Panglima Bukit Gantang). Ketika ini , kawasan Kamunting masih lagi hutan belantara.

Pada suatu hari,Long Jaafar telah mandi di sebatang sungai.Beliau mendapati pasir sungai itu berwarna hitam dan mengandungi bahan bijih timah.Maka dia pun berminat untuk mengusahakan perlombongan bijih timah secara besar-besaran.Tempat yang mula-mula sekali dijumpai bijih timah itu dinamakan Kelian Pauh(sekitar kawasan Penjara Taiping sekarang).Kelian bermaksud lombong atau galian manakala Pauh ialah sejenis buah mangga.Kelian Pauh merupakan nama lama bagi bandar Taiping.

Pada 1840, Long Jaafar telah membawa masuk 3 orang pelombong Cina untuk memulakan kerja-kerja perlombongan di Kelian Pauh (Taiping). Selain itu,penduduk Melayu di kawasan tersebut turut juga melombong tetapi hanya pada musim panas dan pada musim hujan, mereka menjalankan kerja-kerja melebur bijih timah.Dengan berbantukan orang Cina,pengeluaran bijih timah meningkat. Mengikut rekod,pada tahun 1844,bijih timah dari kawasan ini telah dieksport ke Pulau Pinang. Pada tahun 1848,Long Jaafar telah membawa masuk 20 orang pekerja Cina dari Pulau Pinang untuk bekerja dan membuka lombong di kawasan ini .

Pada suatu hari, seekor gajah peliharaannya yang digunakan untuk mengangkut bijih timah telah terlepas dan lari ke dalam hutan. Selama 3 hari gajah yang bernama Larut itu hilang kerana pergi berkubang di dalam sebuah paya,dalam rimba yang tidak berapa jauh dari kediaman Long Jaafar.Apabila ditangkap semula,didapati kaki dan badan gajah itu dipenuhi dengan lumpur berwarna hitam yang mengandungi pasir bijih timah.Akhirnya,Long Jaafar telah menemui sebuah lagi tempat baru yang kaya dengan bijih timah.Tempat itu dinamakan Kelian Bahru yang bermaksud lombong baru.Kelian Bahru ialah nama lama bagi Kamunting. Manakala daerah yang terdapat Kelian Pauh dan Kelian Bahru serta kawasan-kawasan sekitarnya dinamakan Larut,diambil sempena nama gajah yang menjumpai lombong bijih timah itu.

Kelian Bahru ( Kamunting) dibuka setelah bijih timah ditemui di kawasan ini. Kumpulan yang menempati kawasan ini ialah golongan Hakka yang dipanggil Fui Chew . Terdapat juga golongan Hakka yang dikenali sebagai Cina Macao tinggal di sini. Manakala di Kelian Pauh (Taiping) , lombong-lombong diusahakan oleh orang Cina Hakka, Chen Sang. Pada masa ini kebanyakan orang Melayu menempati kawasan Bukit Gantang dan Trong. Pada tahun 1850-an,bilangan pelombong Cina di sini berjumlah 5,000 orang dan meningkat kepada 35,000-40,000 orang menjelang tahun 1870-an.

Awal tahun 1860-an, jumlah penduduk Cina di Kelian Pauh adalah sebanyak 4,000 orang. Terdapat kira-kira 100 buah deretan rumah, antara 70-80 buah rumah kepunyaan Chen Sang dan tujuh buah kepunyaan Fui Chew . 3000 orang penduduknya ialah pelombong atau pekebun.20 buah lombong di Kelian Pauh dimiliki oleh Chen Sang dan tiga buah lagi dimiliki oleh Hakka Fui Chew. Penduduk Cina di Kelian Bahru berjumlah lebih kurang 2,200 orang. Mereka menempati antara 40 hingga 50 buah deretan rumah kongsi . 2000 orang penduduknya ialah pelombong dan selebihnya ialah pekebun sayur. 16 buah lombong di Kelian Bahru dikuasai oleh Hakka Fui Chew dan tiga buah lombong kepunyaan Hakka Chen Sang.

Sumber: http://www.cikgusejarah.com/

History of Taiping

The area developed quickly in the 19th century when tin was discovered. The mines attracted large numbers of settlers, particularly Chinese. Feuds began between the different groups of Chinese immigrants and became so bitter that, in the early 1870s, the British intervened and assumed control of the town. Taiping was the town center for the districts of Larut, Matang and Selama in Perak. Before 1937, Taiping was the capital of the state of Perakand was the center of a long drawn out war resulting in a change of rulership for the state. Taiping used to be known as Klian Pauh - Klian means mine and Pauh is a type of small-sized mango. Before the arrival of the British, the district (known in its earlier days as the The Larut Settlement) was governed by the Minister of Larut, Dato’ Long Jaafar (and later by his son Ngah Ibrahim) who was empowered by the Sultan of Perak at that time, to govern that territory.

Long Jaafar has been historically credited with the discovery of tin in Larut in 1848. According to legend, Long Jaafar had an elephant named Larut and he used to take this elephant with him when journeying between Bukit Gantang and Lubok Merbau. One day, the elephant went missing and when the elephant was eventually found three days later when Long Jaafar noticed tin ore embedded in the mud that was on the elephant’s legs. It is said that this is how Larut got its name. Eventually in 1850, the Larut district was bestowed on Long Jaafar by Raja Muda Ngah Ali and the Chiefs of Perak, Temenggong, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta, Syahbandar and Seri Adika Raja. Some time later, the Sultan of Perak, Sultan Abdullah I, died in 1857 and a series of Sultan succession disputes ensued. Unhappy with the abuse and favoritism of various royalties, rival Malay camps took sides with one or the other of the two great Chinese secret societies present in that place.

Tin mining in Taiping, circa 1880. (Source: Arkib Negara Malaysia)

Long Jaafar established and developed his administrative center at Bukit Gantang and made Kuala Sungai Limau at Trong the principal harbour of the Larut Settlement. In 1857, Long Jaafar was succeeded by his son, Ngah Ibrahim. Sultan Jaafar Muazzam Shah presented an acknowledgement letter to Ngah Ibrahim on 24 May 1858. This letter was signed by Sultan Jaafar, Raja Muda Ngah Ali and the Raja Bendahara of Perak. In the time of Ngah Ibrahim, the Chinese increased in number and in early 1860, two large groups were formed by the Chinese, the “Five Associations” whose members worked in the mines of Klian Pauh and the “Four Associations” whose members worked in the mines of Klian Baharu.

Mining rights were given to the Hakka “Five Associations” or Go-Kuan (五館 or 五群) and the Cantonese “Four Associations” or Si-Kuan (四館). Chung Keng Quee (鄭景貴) was leader of the Hakka Go-Kuan and the Hai San (海山) society they belonged to and began to operate his tin mines in Larut in1860. Larut was destined to be plagued by four major wars between members of both the Ghee Hin Society (義興私會黨) that owned the Cantonese Go-Kuan and the Hakka Hai San society. Many Hakka fled China when the Taiping Rebellion broke out there and found work in the mines of Chung Keng Quee establishing his position over the mining area in Larut as leader of the Hai San from 1860 to 1884.

The capital of Perak was moved from Bandar Baru (New Town) to Taiping after Datok Maharaja Lela assassinated the first British Resident of Perak, Mr.James Wheeler Woodford Birch at Pasir Salak in 1875. In 1937, the capital of Perak was moved from Taiping to Ipoh.

The town’s mining industry continued to thrive; the country’s first railway was built to transport tin from Taiping to Port Weld (now known as Kuala Sepetang) at the coast for export. The first train in Malaysia to take its schedule was on June 1 1885.

Perak Museum in Taiping. (Source: Arkib Negara Malaysia)

By 1900, an English language school, a newspaper, and the Perak Museum (the oldest in Malaysia) had been established.

Source: Wikipedia

Iblis Dengan Ahli Neraka


DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”

Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”

Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”

Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”

Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.”

Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.

Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.

Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

Oleh Arbain Muhayat
Sumber: http://www.ipislam.edu.my/

Monday, June 6, 2011

Tok Kenali - Tokoh Intelektual Islam Kelantan


Tok Kenali (Muhammad Yusof bin Ahmad) 1870-1933 merupakan seorang ulama sekaligus seorang intelektual Islam dari negeri Kelantan yang memandang penting tentang pendidikan Islam di negeri itu. Malah ilmu yang dimilikinya tersebar luas ke Nusantara. Tokoh ini dilahirkan di Kampung Kenali, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menuntut di Mekah selama 22 tahun dan kembali ke tanahair pada tahun 1909.

Mempunyai semangat yang kental bagi menyebarkan Islam serta pendidikannya, Tok Kenali mendirikan pusat pengajian pondok Kendali pada tahun 1911. Institusi pondok ini kemudiannya menjadi pusat pengajian Islam yang dikenali hingga kini. Semasa hayatnya beliau menjadi guru agama di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dilantik menjadi anggota Majlis Ulama Kelantan. Menjadi anggota Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Kelantan. Pernah menjawat jawatan Penolong Mufti dan menjadi Ketua Pelajaran Agama Islam.

Pada 11 Julai 1918 bersamaan 1 Syawal 1336, tokoh ini mengasaskan majalah Pengasuh yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam, Kelantan. Paling terhormat ialah majalah ini diterbitkan terus hingga kini, yang telah menjangkau usia 84 tahun. Tok Kenali menjadi Ketua Pengarang, majalah Pengasuh di samping terus menjadi “Tuan Guru” serta pemimpin Islam yang berwibawa dengan ilmu yang dimilikinya. Beliau terus menulis dalam majalah Pengasuh sehingga di saat akhir hayatnya.

Daya usaha yang dilaksanakan oleh Tok Kenali itu telah meninggalkan kepada kita khazanah ilmu yang tidak ternilai malah menjadi amalan kita semua pada hari ini. Pelajarnya ramai di merata tempat yang masing-masing menyumbang usaha murni gurunya. Malah dapat dirasakan nama tokoh ini harum semerbak di Nusantara walaupun beliau telah lama meninggalkan kita semua. Terdapat dua buah buku yang merakamkan ilmu yang dimiliki oleh Tok Kenali, dan buku-buku tersebut ialah Pusaka Tok Kenali dan sebuah lagi Cerpen Warisan Tok Kenali hasil usaha Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh terbitan Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat juga berpuluh rencana serta kajian yang ditulis oleh penulis-penulis untuk menjadi bahan yang amat berguna untuk kita meneliti jasa bakti yang ditinggalkan oleh Tok Kenali.

Pada tahun-tahun 60-an misalnya, cerita-cerita tentang Tok Kenali begitu diminati bukan sahaja oleh kanak-kanak tetapi juga oleh segenap lapisan masyarakat. Di negeri Pahang misalnya, Tok Kenali memang dikenali serta diingati sebagai seorang yang “keramat” iaitu sangat mulia di sisi Allah S.W.T. Cerita-cerita tentang tokoh ini sering sahaja diceritakan oleh guru-guru yang mengajar al-Quran selepas murid-muridnya belajar mengaji.

Dalam mengkaji tokoh ini terdapat beberapa perkara yang sangat menarik untuk diketahui mengenainya. Perkara yang dimaksudkan ialah amalan-amalan Tok Kenali, tulisan-tulisannya tentang Islam, syair yang pernah dibacakannya, cerita-cerita daripada Tok Kenali, dan kata-kata pujangganya di samping kitab-kitab yang ditulisnya. Sebagai seorang Tuan Guru yang bijaksana, Tok Kenali menyelitkan cerita dalam pengajarannya. Cara pengajaran sedemikian, menjadikan pengajarannya menarik dan tidak menjemukan murid-muridnya. Dalam hal ini Abdullah Al-Qari menyenaraikan sebanyak 21 buah cerita yang pernah disampaikan oleh Tok Kenali semasa mengajar. Antara cerita-cerita itu diberikan tajuk “Ikut Bapamu Tetapi Takutkan Allah”, “Sebab Setitis Susu”, “Penebus Belanja Ayah”, “Orang Cerdik dan Orang Bodoh”, “Berfikir Sebelum Bernazar”, dan beberapa yang lain.

Walau bagaimanapun, Tok Kenali tidak menuliskan cerita-cerita ini. Namun, cerita-cerita tersebut masih diingati oleh murid-muridnya yang kebanyakannya telah menjadi guru agama sama ada yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke Rahmatullah. Melihat sekali imbas ternyata cerita-cerita yang disampaikan oleh Tok Kenali ini merupakan cerita-cerita rakyat yang sangat tinggi nilai moralnya. Apatah lagi cerita-cerita yang sedemikian ini telah diselitkan semasa menyampaikan pengajaran agama, pastinya memberikan lebih makna dan kesan kepada pendengarnya.

Selain itu, tokoh ini telah menulis kitab di samping menulis dalam majalah Pengasuh di bawah pimpinannya selaku Ketua Pengarang dan majalah Al-Hidayah. Terdapat sembilan buah kitab yang dihasilkan oleh Tok Kenali dan ada antara kitab-kitab tersebut yang dikembangkan oleh murid-muridnya. Kitab-kitab yang dimaksudkan termasuk:
  1. Khasiat Binatang
  2. Kitab Mujarobat
  3. Kitab Tasyif
  4. Sangkalan Terhadap Kaifiah; Hadiah dan Doa Yassin.
  5. Ilmu Risik Tok Kenali
  6. Ilmu Penyecah Tok Kenali
  7. Ilmu Makjun Tok Kenali
  8. Ilmu Julab Tok Kenali
  9. Tulisan-tulisan tangan Tok Kenali dalam pelbagai hal yang ada hubungan dengan pengajaran Islam.
Menurut sejarah, setelah Tok Kenali tamat pengajian di Makkah, beliau kembali ke tanah air untuk membina bangsanya dengan berlandaskan Islam. Beliau menjadi guru agama yang berwibawa di samping menjadi pemimpin kepada majalah Pengasuh yang merupakan media bagi menyampaikan pengajaran dan pemikiran kepada masyarakat. Untuk itu beliau mendirikan institusi pondok yang sehingga kini masih diwarisi.

Sahsiah peribadi yang tinggi dan terpuji yang dimiliki oleh Tok Kenali telah menjadikan beliau seorang ulama rujukan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai seorang intelektual Islam yang membina bangsanya tanpa ragu. Kewibawaan Tok Kenali bergelombang bukan sekadar di Kelantan tetapi juga dirasakan oleh seluruh masyarakat tanah air serta Nusantara amnya.

Tegasnya, Tok Kenali telah mengasaskan landas pendidikan yang cukup teguh di Kelantan di samping ulama-ulama lain di negeri itu. Gelombang ini juga dapat dirasakan dengan lahirnya ramai cerdik pandai Islam dari negeri itu. Malah terdapat institusi-institusi pondok yang masih kekal sehingga hari ini walaupun pendekatan dan perkembangannya sudah disesuaikan dengan aliran zaman. Inilah kesan kewibaan ilmu yang dimiliki oleh Tok Kenali yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T.

Sumber: http://tokoh1038.blogspot.com/

Peringatan Malaikat Maut Kepada waris Si Mati

Malaikat Maut berkata kepada waris si mati yang meratap tangis kerana kesedihan atas kematianya, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menjadi huru-hara meraung dan meratap tangis seperti orang menunjuk perasaan ini? Apakah kamu semua fikir aku zalim kerana tersilap memastikan orang ini? Demi Allah aku tidak pernah mengurangkan umur orang itu. Aku bertugas mengikut ketentuan umur yang termaktub sejak azali yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kamu menangis dan meraung seolah-olah umur orang itu masih panjang dan aku berkhianat kepadanya dengan mematikannya sebelum masa yang sepatutnya. Aku tidak pernah merampas rezekinya dan apakah kamu menyangka jika aku tidak mencabut nyawanya, masih banyak rezeki untuknya? Sekiranya kamu bersedih kerana perbuatanku, demi Allah aku tidak pernah menzalimi seseorang. Aku hanya menjalankan tugas seperti yang yang ditetapkan oleh Allah. Sekiranya kamu berdukacita kerana si mati meninggalkan hutang piutang yang banyak ketika rohnya dicabut. Sebenarnya dia telah menerima ketetapan dari Allah sama ketetapan yang akan menimpa diri engkau apabila sampai saatnya kelak. Sekiranya kamu tidak marah padaku, tidak marah pada si mati tetapi merasa tidak wajar orang itu diomatikan Allah, maka pendirian itu menyebabkan kamu menjadi kafir terhadap Allah. Kamu boleh meraung sekuat hari kamu apabila sampai saatnya suratan takdir menentukan ada di antara kamu akan mati aku akan datang lagi ke rumahmu ini. Tugasku hangya mencabut nyawa orang yang sudah tamat tempoh berfungsi umurnya. Justeru itu pada bila-ila masa sahaja aku akan datang ke rumah ini.”

Menghitung Hari Kematian


Sesungguhnya saat menghadapi kematian ialah saat yang paling dasyat yang tidak dapat dibandingkan dengan segala bahaya dan bala bencana di muka bumi ini. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksubnya;

“Kematian itu apabila dikenangkan seorang itu akan lebih banyak menangis daripada ketawa” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar)

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya;

“Ada dua perkara yang sangat ditakuti dan dibenci oleh manusia;
  1. Manusia itu takut dan benci pada maut padahal ia lebih baik kepada mukmin daripada ancaman fitnah
  2. Manusia juga takut dan benci kepada miskin padahal itu lebih baik baginya daripada susah dan menderita dihisab di akhirat nanti” (Ahmad)
Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;

“Sesungguhnya para malaikat mengawal dan menjaga orang yang menghadapi mati supaya tidak menggelepar dan lari kerana terlalu taklut dan sakit.”

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya;

“Sakitnya sakaratulmaut itu umpama tiga ratus kali tetakan pedang” (Abi Dunya)

Sayidina Umar Al Khattab r.a. berkata; “Kalau masih ada lagi dosa orang mukmin Sungguhpun dia melakukan banyak amal kebaikan, maka Allah memayahkan kematian supaya dia mendapat darjat yang tinggi di Syurga.”

Berkata Syaddad bin Aus; “Kematian itu adalah hal yang paling ditakuti oleh orang mukmin, baik di dunia atau di akhirat. Kematian lebih pedih daripada luka disebabkan gergaji ataupun gunting dan lebih panas daripada api. Dan sekiranya mayat itu dibangkitkan dan dapat memberitahu ahli bumi tentang kepedihan kerana kematian pastilah mereka tiada kenikmatan makan dan kenyenyakan tidur”

Malaikat Maut berkata kepada orang yang telah melewati umur 50 hingga 60 tahun; “Hai tuan puan yang berusia empat puluh tahun. In ilah waktunya untuk berbekal. Ingatan kamu masih kuat, tenagamu masih sasa. Wahai tuan yang berusia lima puluh tahun, sudah dekat masanya untuk tuan puan mengutip hasil dan menuai. Wahai tuan puan ytang berusia enam puluh tahun, kamu lupa akan seksa dan lalai dengan soal Mungkar Nakir, nanti tidak ada siapa yang dapat menolong kamu.”

Malaikat Maut berkata kepada orang yang sampai ajal; “Demi Allah, Ia telah mengirim beberapa tanda seperti penyakit, uban, kesusahan, mata semakin kelam, telinga semakin tuli. Orang yang tidak menyedari hal ini bererti tidak mahu bertaubat dan apabila aku mencabut nyawanya aku akan berkata kepadanya: “Bukankah akau telah mengirim beberapa tanda kepadamu?”

Malaikat Maut berkata kepada orang yang lalai dengan kematian; “Alangkah hairannya aku melihat orang ini. Aku diutuskan untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok dan gelak ketawa.”

Berkata Roh kepada manusia yang masih hidup ketika mayatnya dibawa ke kubur; “Wahai manusia, janganlah kamu dilalaikan dan dipermainkan oleh dunia seperti mana aku dipermainkannya. Aku telah menghimpun harta tanpa Mengira halal ataupun haram asalkan banyak. Setelah terhimpun hartaku yang banyak ajalku pun sampai, maka harta yang banyak itu menjadi milik orang. Aku ditimpa bala kerana harta yang kukumpulkan, sedangkan orang lain mendapat nikmat atas kecelakaanku. Tolonglah beringat agar janganlah bala yang menimpaku akan menimpa dirimu pula.”

Roh berkata kepada keluarganya; “Wahai keluarga, kerabat dan anak-anakku, Wahai mereka yang membahagi-bahagikan hartaku, janganlah kamu terperdaya dengan dunia sebagaimana aku telah terpedaya.”

Sementara kubur pula berkata kepada jasad yang dibawa masuk ke dalamnya, “Aku adalah rumah kesepian, aku adalah tanah, aku adalah orang perseorangan, aku adalah rumah bagi ulat.”