Monday, June 6, 2011
Peringatan Malaikat Maut Kepada waris Si Mati
Malaikat Maut berkata kepada waris si mati yang meratap tangis kerana kesedihan atas kematianya, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menjadi huru-hara meraung dan meratap tangis seperti orang menunjuk perasaan ini? Apakah kamu semua fikir aku zalim kerana tersilap memastikan orang ini? Demi Allah aku tidak pernah mengurangkan umur orang itu. Aku bertugas mengikut ketentuan umur yang termaktub sejak azali yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kamu menangis dan meraung seolah-olah umur orang itu masih panjang dan aku berkhianat kepadanya dengan mematikannya sebelum masa yang sepatutnya. Aku tidak pernah merampas rezekinya dan apakah kamu menyangka jika aku tidak mencabut nyawanya, masih banyak rezeki untuknya? Sekiranya kamu bersedih kerana perbuatanku, demi Allah aku tidak pernah menzalimi seseorang. Aku hanya menjalankan tugas seperti yang yang ditetapkan oleh Allah. Sekiranya kamu berdukacita kerana si mati meninggalkan hutang piutang yang banyak ketika rohnya dicabut. Sebenarnya dia telah menerima ketetapan dari Allah sama ketetapan yang akan menimpa diri engkau apabila sampai saatnya kelak. Sekiranya kamu tidak marah padaku, tidak marah pada si mati tetapi merasa tidak wajar orang itu diomatikan Allah, maka pendirian itu menyebabkan kamu menjadi kafir terhadap Allah. Kamu boleh meraung sekuat hari kamu apabila sampai saatnya suratan takdir menentukan ada di antara kamu akan mati aku akan datang lagi ke rumahmu ini. Tugasku hangya mencabut nyawa orang yang sudah tamat tempoh berfungsi umurnya. Justeru itu pada bila-ila masa sahaja aku akan datang ke rumah ini.”
Labels:
Secebis Nasihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment