Konsep
- Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
- Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang ditrerima secara pasif
- Guru sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah
- Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut
- Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
- Menggalakan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakan sebagai panduan merancang pengajaran.
- Menggalak murid bertanya dan berdialog antara murid dan guru.
- Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
- Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
- Menyokong pembelajaran secara koperatif
- Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
- 7. Menggalakkan dan menerima daya udaha dan autonomi murid
- Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajain dan eksperimen
- Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.
- Befikir: murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
- Faham: kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasi pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru
- Ingat: murid akan dapat mengigati lebih lama konsep keran mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membian pengetahuan baru.
- Yakin: belajar secara konstruktif akan memberi peluang kepada murid untuk membina sendiri kefahaman tentang sesuatu. Ini menjadikan murid lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
- Kemahiran social: murid memperolehi kemasiran social melalui kerjasa dengan murid lain dan guru dalam menghadapi cabaran dan menelesaikan masalah. Ini berlaku apabila mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan.
- Seronok: murid akan membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk meneruskan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment