Friday, April 13, 2012

Tranformasi Kurikulum Pendidikan Vokasional di Malaysia


Kepentingan Pendidikan Vokasional ialah untuk membantu pelajar bagi menghadapi masalah pekerjaan setelah tamat persekolahan. Malah didapati kemampuan bekerja bekas pelajar vokasional lebih baik berbanding dengan individu yang tidak mempunyai latihan vokasional. Ini kerana latihan vokasional yang diterima di sekolah dapat menyediakan pelajar dengan kemahiran berguna dalam menyelesaikan masalah sewaktu bekerja (Ramlee et al. 2007). Boleh dikatakan, program latihan vokasional yang disediakan di sekolah adalah relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa serta bersesuaian daripada segi keupayaan fizikal dan mental pelajar itu sendiri Kurikulum yang dibina banyak menekankan dalam aspek pemilihan bidang kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan individu. Selain itu juga, kurikulum pendidikan vokasional tidak bersifat akademik dan tidak terlalu mencabar keupayaan intelek pelajar serta memberi penekanan dari aspek pembinaan sikap positif pelajar terhadap kurikulum dalam usaha menyerap isi kandungan yang ada seterusnya dapat menguasai kemahiran tersebut.

Sikap minat pelajar terhadap sesuatu pekerjaan akan timbul apabila kurikulum yang dibina mampu mengadaptasikan kebolehan dan kemahiran yang diperolehi di sekolah. Selain itu, kurikulum vokasional amat menekankan ke arah mendedahkan pelajar dengan kemahiran untuk bersosialisasi; kaunseling kerjaya; meningkatkan keyakinan diri/kendiri; hidup berdikari; latihan vokasional; menyesuaikan diri dengan pekerjaan, kemahiran membaca dan mengeja; kemahiran mengorganisasi dan mentadbir kewangan; penerapan bidang keusahawanan serta kemahiran mengawal diri yang merupakan kunci kejayaan dalam sesuatu bidang kerjaya

Transformasi Pendidikan Vokasional kini banyak memberi penumpuan secara mendalam berkaitan sesuatu kemahiran bersesuaian bagi tujuan memahirkan pelajar di samping akan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran insaniah dan kemahiran keusahawanan. Latihan industri juga diperkenalkan pada beberapa peringkat pengajian, iaitu asas pendidikan berasaskan pengeluaran selama sebulan, diikuti tambahan tiga hingga enam 6 bulan untuk praktikal di syarikat industr memenuhi keperluan dari segi keupayaan intelek, minat dan cita rasa pelajar. Keadaan ini menyebabkan tahap kecekapan, mutu dan kemampuan yang mereka perolehi mampu memberi keyakinan kepada bakal majikan untuk menerima mereka bekerja. Kurikulum Pendidikan kini juga menekankan bidang komunikasi dan pengurusan kerana kajian menunjukkan bahawa bekas pelajar bermasalah pembelajaran memiliki tahap kemahiran komunikasi dan motivasi yang rendah yang menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan. Kegagalan berkomunikasi dengan adalah berpunca daripada kegagalan mereka untuk berkomunikasi dalam masyarakat di samping ketidakupayaan melakukan tugas dengan berkesan seperti orang normal (Ramlee et al. 2007; McConkey 2001; Dayang 1997; Smith 1995; White 1992).

Kesimpulannya Kurikulum Pendidikan Vokasional yang dibangunkan sentiasa menumpukan usaha untuk melaksanakan pelbagai program transformasi dan inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.

1 comment: