Wednesday, September 19, 2012

Kadar Baja Kelapa Sawit Yang Disyorkan


Entri pada kali ini saya ingin menyentuh berkenaan kadar pembajaan yang seimbang untuk diberikan kepada pokok kelapa sawit agar dapat mencapai pertumbuhan yang optimum dan seterusnya memberikan hasil yang lumayan. Jenis baja yang digunakan dalam komendasi ini adalah baja berbutir sebatian 44, baja tunggal Rock Phosphate dan GML. Bagi memudahkan penentuan kadar baja saya akan bahagikan kepada 3 fasa umur yang berlainan. Jadual pembajaan yang disyorkan adalah sebagaimana berikut.

FASA 1 (1-3 tahun)

  • Umur 1 bulan – Baja Rock phosphate - kadar 1.0 kg/pokok/tahun
  • Umur 2 bulan - Baja Sebatian 44 - kadar 0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 4 bulan – Baja GML – kadar 0.5kg/pokok/tahun
  • Umur 6 bulan – Baja Sebatian 45 + boron – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 8 bulan – Baja Sebatian 44 – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 12 bulan – Baja Sebatian 45 + boron -kadar 0.5kg/pokok/tahun
Jumlah 3.5kg/pokok/tahun

Umur 2 tahun
  • Baja Sebatian 44 – kadar 1.0kg/pokok/pusingan (3 kalipusingan setahun)
  • Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
  • Baja Sebatian 45 + boron – 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 6.0 kg/pokok/tahun

Umur 3 tahun
  • Baja Sebatian 44 – kadar 1.5kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun).
  • Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
  • Baja GML – Kadar – 1.5kg/pkok/tahun
  • Baja Sebatian 45 + boron- kadar 2.0kg/pkok/tahun
Jumlah 6.5 kg/pokok/tahun

FASA 2 (4-20 tahun)

Umur4-6 tahun
  • Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun)
  • Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.0kg/pokok/tahun
  • Baja Rock phospate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
  • Baja GML – kadar 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 9.0kg/pokok/tahun

Umur 7-20 tahun
  • Baja Sebatian 44 – 2.5kg/pokok /pusingan (2 kali pusingan setahun)
  • Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.5kg/pokok/tahun
  • Baja Rock phospate – kadar 2.0kg/pokok/tahun
  • Baja GML – kadar 2.0kg/pokok/tahun
Jumlah 11.5kg/pokok/tahun

FASA 3 (21 tahun hingga tebang)

Umur 21 tahun dan keatas
  • Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan (3 kali pusingan setahun)
  • Baja Rock phospate – 2.0 kg/pokok/tahunJumlah
Jumlah 8.0 kg/pokok/tahun

Anggaran baja yang disyorkan adalah berdasarkan hasil BTS 25 mt/ha/tahun atau 10.12 mt/ekar/tahun di tanah kawasan pendalaman. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah melebihi 30 mt/ha/tahun, maka tambahkan lagi 2 pusingan sebatian 44 atau tambahkan baja tunggal MOP sebanyak 0.5 hingga 1kg/pokok dan 1kg baja AS/pokok. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah kurang daripada 20 mt/ha, maka potonglah 1-2 pusingan baja sebatian 44.

Kadar yang disyorkan juga boleh diubahsuai mengikut kesuburan tanah sebagaimana berikut.
  • Tanah pesisir pantai yang bertekstur loam liat atau liat dengan saliran yang baik seperti dibahagian pantai barat Semenanjung terutamanya di Batu Pahat dan Pontian – kurangkan satu pusingan sebatian 44.
  • Tanah pesisir pantai yang bertekstur pasir – digalakkan untuk menambah 2 pusingan sebatian 44 lagi, akan tetapi kadar yang disyorkan bagi setiap pusingan dipotong kepada 30-50%.
  • Adalah disyorkan supaya mengambil sampel daun untuk dianalisa sekurang-kurangnya 2-3 tahun sekali bagi memastikan zat-zat makanan yang diberikan menepati keperluan pokok kelapa sawit dengan seimbang.
  • Rekomendasi ini adalah untuk kawasan tanah mineral. InsyaAllah, saya akan cuba keluarkan rekomendasi pembajaan am bagi kawasan tanah gambut.
Kadar yang disyorkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Bagi menghasilkan program pembajaan yang seimbang dan memenuhi keperluan makanan pokok kelapa sawit, maka analisa-analisa seperti analisa daun, tanah, keadaan cuaca dan sebagainya adalah perlu.
Sekian.

Sumber: http://sawitbiz.com/

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    boleh tolong perincikan anggaran jumlah harga baja setiap tahun bagi pokok sawit??

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya saya sedang berjinak-jinak dengan kebun kelapa sawit. Jadi saya tidak dapat memberi harga baja secara terperinci. Anda boleh merujuk kepada MPOB.

    ReplyDelete