PROSES PEMBAJAAN MELIBATKAN BEBERAPA PERINGKAT:-
- Penentuan jenis baja
- Jumlah baja
- Pembelian
- Penyimpanan
- Membaja di ladang
Nutrien dalam baja mestilah mencukupi untuk Mengeluarkan hasil yang menguntungkan tanpa Pembaziran.
PENENTUAN KADAR BAJA BERGANTUNG PADA :
- Jenis tanah
- Faktor alam sekitar
- Faktor ekonomi
Pemuliharaan tanah sangat penting:
- Mengelakkan kehilangan nutrien dan bahan organik
- Pengurusan tanah dan air yang baik boleh mengurangkan hakisan, mengekalkan kelembapan tanah nutrien oleh pokok.
JENIS BAJA
- Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok sawit untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil ialah nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium (K).
- Bergantung pada jenis tanah tertentu pokok sawit, juga memerlukan nutrien sekunder magnesium (Mg) dan unsur surih iaitu boron (B), zink (Zn) dan Kuprum (Cu).
- Nutrien boleh didapati daripada bahan organik dan baja kimia
BAJA NITROGEN (N)
- Nutrien N – unsur penting untuk pertumbuhan pokok.
- Dapat meningkatkan pengeluaran buah tandan segar
BAJA FOSFAT (P)
- Kekurangan unsur P menyebabkan pokok menirus ke atas
- Pelepah menjadi pendek
- Pengeluaran hasil menurun
- Kekurangan unsur P menyebabkan penyerapan unsur N kurang cekap.
BAJA KALIUM (K)
- Diperlukan untuk kesuburan, pengeluaran bunga dan buah.
- Unsur K yang berlebihan menyebabkan penurunan nutrien mg dalam daun
- Pembajaan K dengan kadar yang berpatutan dan tidak berlebihan memberi pulangan yang maksimum
BAJA MAGNESIUM (Mg)
- Perlu untuk kesuburan pokok kerana berkait rapat dengan fotosintesis
Kawasan Pembubuhan Baja
- Keberkesanan penyerapan nutrien dipengaruhi tempat meletakkan baja dan umur pokok.
- Sebahagian besar taburan akar pemakanan pokok sawit hampir sama dengan kawasan yang diliputi kanopi pokok.
- Akar lebih banyak di hujung sadir daun dan di bawah susunan pelepah.
- Membubuh baja di kawasan ini sangat munasabah untuk memudahkan pengamatan dan penyeliaan.
Pokok sawit berumur 5 tahun mempunyai akar yang panjang dan berselirat diseluruh kawasan
- Tidak ada tempat khusus untuk meletakkan baja ( mengikut manual Golden Hope : Letakkan baja 0.6 meter dari pangkal pokok )
- Jika baja N dan K ditabur secara serakan kehilangan melalui larut resap dapat dikurangkan kerana baja bertembung dengan lebih banyak akar yang boleh menyerap nutrien/
- Baja P dan K lebih berkesan ditabur atas susunan pelepah atau antara lorong tanaman berbanding dengan kawasan bulatan merumpai kerana kawasan tersebut kurang hakisan dan lebih lembap.
Syor Kaedah Membaja
- Pokok muda (1-2 tahun) penyerapan baja terbaik apabila ditabur di kawasan bulatan merumpai.
- Pokok (3-5 tahun) pengambilan yang cekap apabila baja ditabur dalam bulatan merumpai di hujung sadur daun di mana terdapat akar pemakanan yang aktif. ( 0.6 m – 1.2 m )
- Pokok sawit matang kanopi daun telah bertindih dan akar telah menjalar jauh, oleh itu baja boleh ditabur di kawasan yang lebih luas termasuk lorong antara pokok dan kawasan meletakkan pelepah.
- Elakkan pembajaan di lorong menuai kerana tanahnya telah padat dan terdedah pada hakisan.
Kekerapan Membaja
- Kekerapan membaja ialah ulangan membaja untuk satu jenis baja dalam setahun.
- Penyerapan baja lebih berkesan dengan meningkatkan kekurangan membaja.
- Membaja akan kurang berkesan jika dilakukan pada musim hujan lebat.
- Penggunaan baja sebatian yang lengkap memerlukan pembajaan 2 atau 3 kali setahun.
Kaedah Pembajaan lain
- Kaedah lain pembajaan adalah menggali beberapa lubang di keliling pokok untuk dimasukkan baja campuran atau sebatian dan dikambus kembali.
- Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan terutama di kawasan berikut:-
- Ia dapat mengurangkan kekerapan pembajaan kerana pembajaan dilakukan hanya sekali setahun.
Cara meningkatkan kecekapan Pembajaan
Amalan berikut perlu dilaksanakan di lading Sawit:-
- Menentukan kekacang penutup bumi tumbuh dengan baik semasa pokok muda.
- Mengamalkan sungkupan dan kitaran semula biojisim pokok sawit.
- Menentukan ladang bebas daripada rumpai parasit dan pokok renek. Rumpai lembut seperti pakis dan rumput tumbuh dalam lingkungan 10% - 20% untuk menjaga kelembapan tanah dan mengurangkan kadar hakisan tanah.
- Kawasan beralun dengan kecerunan sederhana perlu sistem perparitan yang baik dan bina teres atau permatang (bund) untuk mengurangkan hakisan.
- Membina takungan keladak (silt pit) untuk menyimpan tanah yang terhakis antara barisan pokok. Takungan keladak dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan.
- Untuk tanah bukit dan curam, sediakan teres yang lebar atau lorong jentera yang sesuai.
- Bagi tanah berpasir, guna baja pada kadar rendah dan tingkatkan kekerapan membaja.
- Tidak membekalkan baja lebih dari yang diperlukan oleh pokok.
- Elakkan membaja dalam musim hujan.
Kesimpulan
Pengesyoran pembajaan adalah penentuan jumlah dan kadar baja yang diperlukan untuk setiap pokok bagi sesuatu kawasan ladang. Pengesyoran baja yang tepat dapat menentukan nutrien sentiasa berada pada tahap seimbang dan pokok dapat mengeluarkan hasil yang optimum
Sumber: www.risda.gov.my
No comments:
Post a Comment