- Untuk mengekalkan kanopi yang sihat sepenuhnya dengan membuang pelepah lebihan. (tua, mati, rosak dan berpenyakit)
- Untuk mengekalkan luas daun yang optimum dan memaksimakan pengekalan nutrient dan air kedalam bahan kering vegetatif dan penghasilan buah.
Kekerapan
- Semasa menuai dan setahun sekali.
Peralatan
Pokok kelapa sawit muda (tinggi pokok kurang 4 meter)
- Pahat (4 – 5 inci lebar) disambung pada batang paip besi.
- Batu pengasah.
Pokok tinggi melebihi 4 meter
- Sabit penuai.
- Batu pengasah.
Kaedah Kerja
- Sebelum tuaian yang pertama hendaklah dilakukan ‘basal pruning’ dan diikuti amalan curi buah selama 12 bulan.
- Bilangan pelepah yang mencukupi perlu dikekalkan untuk menyediakan luas indek daun (LAI) yang mencukupi sepanjang hayat pokok kelapa sawit tersebut. Pemangkasan berlebihan dan kurang pemangkasan hedaklah dielakkan.
- Pangkal pelepah hendaklah dipotong rapat bagi mengelakkan biji lerai terlekat.
- Pokok mandul adalah tidak produktif, tetapi perlu dicantas juga untuk menjaga dan mengekalkan kebersihan lading sehinggalah ia diracun dan dibuang.
- Penyusunan pelepah dikawasan rata perlu dibuat dengan kemas dilorong pelepah yang disediakan selang sebaris dengan lorong tuai.
- Bagi kawasan bukit atau tanpa teres, susunan pelepah hendaklah dibuat melintang atau mengikut kontor teres.
- Jangan biarkan laluan air tersekat dengan pelepah dan jangan bakar pelepah yang dipotong.
Keselamatan
- Pekerja mencantas mestilah menjarakkan diri dari pokok dan memotong pada lingkaran pelepah bagi mengelakkan kecederaan dari pelepah yang jatuh.
- Alihkan pangkal pelepah dan letakkan kawasan yang berduri kedalam ditengah lorong pelepah bagi meminimakan kecederaan kaki dan tapak kaki.
- Bulatan yang bersih dan bebas dari rumpai akan menyediakan laluan yang selamat bagi pekerja mencantas pelepah.
- Pahat, sabit, parang adalah alat yang tajam dan perlu digunakan dengan berhati-hati.
- Kegagalan mengikut prosedur keselamatan boleh mengakibatkan kecederaan.
No comments:
Post a Comment