Pengajaran
secara kontekstual ialah pengajaran yang menggabungkan isi kandungan
dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan
minds-on. Ia merupakan alternatif bagi para pendidik untuk menarik minat
para pelajar dalam pembelajaran matematik terutamanya daripada golongan yang
berprestasi sederhana. Pendekatan pengajaran kontekstual juga meliputi bidang
ilmu sains, teknologi maklumat, teknikal dan vokasional. Matlamat utama
pengajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan para pelajar yang
cemerlang dan berkualiti sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan kelak.
Pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran
berikut dalam pengajaran kontekstual iaitu Relating
(Menghubungkait), Experiencing (Mengalami), Applying
(Mengaplikasi), Cooperating (Bekerjasama) dan Transfering
(Memindahkan).
a. Motivasi – Ia bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan merangkumi pengenalan, isu perbincangan dan penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan.
b. Pemahaman – Ia merangkumi kemahiran murid dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan untuk dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Antara contoh pemahaman adalah melalui penerangan konsep dan perbincangan, pembacaan dan melakukan contoh kajian.
c. Aplikasi – Kemahiran yang diperolehi pelajar dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut situasi dimana mereka dapat mengaitkan pengetahuan yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah harian. Pendidik boleh mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka perolehi hasil dari pembelajaran secara kontekstual. Ia melibatkan aktiviti hands on dan penyelesaian masalah.
d. Imbasan kembali dan kemajuan – Ia meliputi dua aspek dalam segmen ini. Apabila seseorang pendidik mengupas sesuatu tajuk, pelajar akan diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkayakan lagi pengetahuan murid. Selepas itu, penilaian kemajuan pelajar perlu dijalankan secara bertulis, lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.
Manakala
strategi pengajarannya pula melibatkan empat segmen iaitu motivasi, pemahaman,
aplikasi dan imbasan kembali dan kemajuan. Pengajaran konteksual ini mampu
memberi kebaikan kepada semua pihak iaitu pendidik, pelajar dan juga industri.
Selain itu, pengajaran secara kontekstual juga dapat memotivasikan pelajar
untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan
harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Pembelajaran
kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di pelajar,
pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Sokongan daripada organisasi masyarakat
diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran kontekstual selain daripada
maklum balas yang diperolehi daripada pelajar sebagai satu komponen yang
penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual.
STRATEGI PENGAJARAN KONTEKSTUAL
Proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat
dititikberatkan dalam pendidikan. Para pendidik boleh memilih pendekatan dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan sesuai dengan kebolehan
murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan
teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang
dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif,
berkomunikasi, dan berinteraksi. Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan
pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi berikut:
a. Motivasi – Ia bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan merangkumi pengenalan, isu perbincangan dan penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan.
b. Pemahaman – Ia merangkumi kemahiran murid dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan untuk dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Antara contoh pemahaman adalah melalui penerangan konsep dan perbincangan, pembacaan dan melakukan contoh kajian.
c. Aplikasi – Kemahiran yang diperolehi pelajar dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut situasi dimana mereka dapat mengaitkan pengetahuan yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah harian. Pendidik boleh mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka perolehi hasil dari pembelajaran secara kontekstual. Ia melibatkan aktiviti hands on dan penyelesaian masalah.
d. Imbasan kembali dan kemajuan – Ia meliputi dua aspek dalam segmen ini. Apabila seseorang pendidik mengupas sesuatu tajuk, pelajar akan diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkayakan lagi pengetahuan murid. Selepas itu, penilaian kemajuan pelajar perlu dijalankan secara bertulis, lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.
FAEDAH
PENGAJARAN KONTEKSTUAL
Terdapat
beberapa faedah bagi pengajaran secara kontekstual ini iaitu kepada para
pendidik, pelajara dan juga pihak industri. Antara kebaikan kepada pendidik
adalah dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya,
mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan dan menjadi
penghubung antara pihak akademik dan industri.
Selain
itu, setelah mengalami pengajaran kontekstual ini, pelajar-pelajar dapat
mengaitkan kandungan pelajaran dengan kehidupan harian dan pekerjaan mereka.
Pelajar juga boleh memindahkan kemahiran yang diperolehi kepada situasi
sebenar. Faedah lain kepada pelajar ialah mereka boleh menguasai perkara
abstrak melalui pengalaman konkrit dan dapat belajar secara kerjasama antara
rakan-rakan. Aktiviti berkumpulan seperti ini memberi peluang kepada kumpulan
lemah atau sederhana berinteraksi dengan pelajar yang cemerlang melalui konsep peer
teaching.
Pihak
industri juga mempunyai kesan sewajarnya jika pengajaran kontekstual ini
dilaksanakan semasa proses pembelajaran kerana mereka akan menerima tenaga
kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan
mengikut keperluan selain mampu menggerakkan industri ke dalam pendidikan
sebagai rakan kongsi
Sumber: http://eta305.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment