Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

Friday, May 2, 2014

Cuba suami jadi isteri satu hari

Salim jarang membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering berungut kerana telah merasa letih setiap hari pergi kerja, sedangkan isterinya hanya tinggal di rumah. Dia merasakan isterinya perlu tahu betapa sukar dan letihnya menjadi suami yang terpaksa bekerja setiap hari untuk menanggung seisi keluarga.

Suatu malam salim berdoa dengan penuh kusyuk dan mengharap agar tuhan memperkenankan permohonan. Dengan lenangan air mata Salimpun berdoa. “Ya Tuhanku! Aku bekerja hampir 8 jam sehari sedangkan isteriku tidak memahaminya, ia hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku memohon agar dia tahu betapa sukarnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah, ya Tuhanku cukuplah hanya sehari sahaja”

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Salim. Pada keesokan pagi, Salim bangun dari tidur, dan menjadi seorang isteri. Lalu ia bergegas ke bilik air, membersihkan diri lalu terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Kemudian, ia bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Setelah selesai ia menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu dan kembali semula melayan anak-anak yang nak ke sekolah dengan menyediakan bekalan untuk anak-anaknya membawa ke sekolah. Kemudian dipanaskan enjin kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Selesai menghantar anak-anak ke sekolah dia terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dalam beberapa jam barulah ia sampai balik ke rumah. Barang-barang dapur dikemas dan menjalankan proses memasak untuk tengahari. Sementara itu kayu baju prlu dicuci, nasib baik ada mesin basuh.

Jam tepat 12.30 hari bari selesai membasuh baju dan memasak makanan tengahari. Belum sempat berehat terpaksa bergegas ke sekolah mengambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah dan mengemas rumah.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam dan mandikan anak yang masih kecil. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, kemudian cuci pinggan mangkuk, dan kemudian lagi uruskan supaya anak-anak masuk tidur.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun sudah lemah longlai dan bolehlah berehat. Namun begitu belum boleh rehat rupanya. Sebab suaminya berkeras mahu dilayan malam itu juga. Berdosa isteri jika tidak melayan kemahuan suami.. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dan terus tertidur.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Salim segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku tidak mampu menjadi isteri jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Taubat aku tak sanggup dah jadi isteri. Aku sangkakan
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’

Sekonyong-konyong Salim terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Salim, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan lebih untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Apa???.. . mengandung? 9 bulan.. lamanya..Tidakkkkk tak nak beranakkkkkk

Wednesday, February 19, 2014

Poligami

Kisah ini berlaku ketika forum di salah sebuah masjid…

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."

Hadirin : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang lelaki atau suami nikah lebih dari satu."

Hadirin : "Wah, ustazah benar-benar memahami para suami."

Ustazah : "Yang penting........"

Hadirin : "Yang penting adil dan saksama! Betul tak ustazah?"

Ustazah : "Bukan...yang penting, ;lelaki itu bukan suami saya

Hadirin : ?????

Monday, November 18, 2013

Suatu pagi sekumpulan suri rumah sedang bercerita tentang isu semasa membelikan ikan di pasar.

Surirumah 1: Apa nak zaman sekarang. Macam-macam belaku, ada Pak Guard kena maki dengan perempuan, ada Pak Guard tembak pegawai bank, Pak Guard kena belasah dgn isteri kerana tidak sediakan sarapan pagi.

Surirumah 2: Ye la.. dunia dah nak kiamat kot?

Surirumah 3: Betul tu. nasib baik suami saya askar.

Surirumah 1: Syukur suami saya askar.

Surirumah 2: Saya tak perlu risau suami saya kerjanya doktor.

Apek jual ikan: Saya yang paling bernasib baik, sebab saya tiada suami, hahahaha

Suri 1,2, 3: ???????

Thursday, September 26, 2013

Pemuda gila Vs Ketua Orang Kampung

 
Pada suatu masa ada seorang pemuda yang dikatakan gila oleh penduduk kampong. Sebenar pemuda ini adalah lepasan Universiti Al-Azhar. Entah macam mana akibat kemalangan jalan raya, menjadi kurang siuman. Suatu hari hendak menjadi cerita, pemuda tersebut telah melukukan azan pada pukul 10.30 pagi di surau. Apalagi berpusu-pusu orang kampong dengan ramainya berkumpul di surau termasuk ketua kampong. Alangkah marahnya ketua kampong mendapat yang melakukan azan adalah pemuda gila tersebut. Maka ketua kampong bertempik dengan memarahi pemuda gila tersebut.

Ketua kampong: Hei orang gila kenapa kamu azan waktu 10.30 pagi.

Pemuda gila: Siapa yang gila?

Ketua Kampung: Kamulah, menyusahkan orang saja. (Orang ramai mengiyakan kata ketua kampong tadi.

Pemuda: Kamu kata saya gila? Habis tu waktu azan subuh tadi waktu azan hanya empat orang yang datang ke surau. Sekarang aku azan 10.30 pagi, hamper satu kampong datang. Sebenarnya kamu yang gila.

Ketua kampong: Betul juga (dalam hati)

Friday, September 6, 2013

4 Peringkat untuk mengenali pengidap penyakit kencing manis

Menurut pakar, ada empat peringkat orang yang mengidap penyakit kencing manis.

Peringkat Pertama:

Sesudah buang air kecil di tandas, didapati semut banyak berkumpul di kawasan air kecil anda. Diperingkat ini anda digalakkan mengurangkan makanan yang manis.

Peringkat Kedua:
Semasa anda memasuki tandas untuk membuang air kecil, didapati semut sudah berada di kawasan untuk membuang air kecil. Pada peringkat ini anda di galakkan bersenaman dan kurangkan memakan makanan yang mengandungi banyak gula.

Peringkat Ketiga:

Sewaktu anda hendak memasuki tandas untuk membuang air kecil. Semut sedang mengekori anda untuk memasuki tandas bersama-sama. Pada peringkat ini anda dinasihat mengamal herba dan ulam yang pahit. Ini adalah untuk mengawal penyakit kencing manis yang agak kriktikal. Anda juga perlu mengelak dari melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda terluka, kerana pada peringkat ini, jika terluka adalah sukar untuk sembuh.

Peringkat Keempat:

Pada peringkat ini adlah peringkat yang paling sukar untuk sembuh. Sekiranya anda mempunyai harta yang banyak eloklah diwasiatkan kepada orang yang boleh dipercayai. Di peringkat keempat ini, semasa membuang air kecil didapati semut akan keluar bersama-sama dengan air kencing anada.

Wednesday, September 4, 2013

Lelaki Tampan Yang Boleh Jadi Bangang Orangnya…

Seorang lelaki yang agak tampan dari ibu kota sedang bersiar-siar dengan sebuah kereta BMW dalam kawasan sebuah kampong utara Malaysia. Di saat ia sedang menikmati keindahan kampung tersebut, tiba-tiba ia ternampak seorang perempuan tua sedang memakan rumput di atas padang. Terdetik di hatinya ingin mengetahui mengapa perempuan tersebut melakukan perbuatan sedemikian. Lantas lelaki tersebut menemui perempuan tua itu, lalu bertanya.

Lelaki tampan: Mak cik! Kenapa mak cik makan rumput.
Perempuan tua: Mak cik miskin! Mak cik tak mampu membeli makanan. Mak cik sangat lapar.
Lelaki tampan: Tak sakit perut ke?
Perempuan tua: Mak cik dah biasa. Kadang-kadang lalang pun mak cik makan.
Lelaki tampan: Kalau begitu mak cik ikut saya ke ibu kota. Datanglah ke rumah saya.
Perempuan tua: Tak mengapa ke?
Lelaki tampan: Tak mengapa?
Perempuan tua: Tetapi saya ada anak ramai.
Lelaki tampan: Bawalah mereka ke semua sekali.
Perempuan tua: Anak saya ada sepuluh orang
Lelaki tampan: Bagus tu! Lagi ramai lagi bagus. Nanti saya suruh pemandu saya jemput mereka di rumah makcik.
Perempuan Tua: Ok! Baik lah!

Setelah perempuan tua dan kesemua anaknya sampai di rumah lelaki tampan tersebut. Lalu lelaki tampan tersebut menunjuk sebuah padang sambil berkata “Mak cik padang ini kepunyaan saya. Mak cik makanlah sepuas-puasnya bersama anak-anak mak cik, saya sedekah. Nanti bila rumput dah pendek bolehlah saya bermain golf.

Perempuan tua: Celeka betul…. Jauh-jauh kau jemput mak cik semata-mata sedekah rumput untuk mak cik dan anak-anak makcik makan.

Monday, September 10, 2012

Itu Perasaan Pakcik Saja!!!!


Sebuah sekolah menengah dari Taiping membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut, apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Murid tersebut memberi tahu pemandu bas supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus.

Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" 

Murid tadi pula dengan selamba menjawab. Hisshhh..., Mana ada..... ITU PERASAAN PAK CIK SAJA!!!!.., saya tak bau apa-apa pun!!!

Friday, September 7, 2012

Lima Belas Minit Lagi Pukul Tiga


Seorang pemuda berpakaian kemas sedang berjalan kaki menuju ke suatu tempat, ketika itu secara tiba-tiba seorang kanak muncul di hadapannya lalu bertanya:

“Maaf bang, boleh tumpang bertanya?. Sekarang ini jam pukul berapa?”

Pemuda tersebut menyinsing lengan baju kirinya dan melihat jam tanganya lalu berkata:

“Sekarang jam kurang 15 minit pukul tiga.”

Kanak-kank tersebut mengucapkan terima kasih, lalu berkata:” Tepat pukul tiga nanti abang boleh mencium punggung saya.” katanya sambil melarikan diri.

Pemuda tadi tersebut merasa amat marah lalu mengejar kanak-kank tersebut untuk memberi pengajaran.

Ketika sedang berlari mengejar, seorang lelaki tua menahan pemuda tersebut untuk menghentikan aksi kejar mengejar.

“Mengapa kamu mengejar kanak-kanak itu?” tanya lelaki tua.

Sambil menunjuk kanak-kank tadi, lalu ia bercerita:” Budak itu bertanyakan jam pukul berapa, lalu saya menjawab kurang 15 minit pukul tiga,..eeee.. kemudian buadak itu menjawab tepat pukul tiga, aku boleh mencium punggungnya.”

Lelaki tua melihat jam dan berkata:”La....., masih sepuluh minit lagi, kenapa hendak terburu-buru?”.

Pemuda: ????? ishhhh

Wednesday, April 25, 2012

JOM BUNUH SETAN


Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapa orang calon isteri untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

Abang! Abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu... abang kann... dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan'.

Kata si suami 'ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg...' sambil ketawa. Si isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, 'Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...'. Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, 'Banggg, jom kita bunuh syaitan bang..'. Ok! tunggulah malam ni'.

Esoknya si isteri berkata lagi, 'Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...'. Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, 'Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... '.

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... 'Sayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!! ? '

Kesimpulannya: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU!!!

Friday, April 6, 2012

Ayat Selepas Kahwin


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

Sumber: http://lawakjenaka.blogmas.com/

Friday, June 10, 2011

Orang Gila dan Matahari


Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa.

Orang gila 1 : (sambil naik atas meja) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?"

Orang gila 1 : "Aku nie matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : (dalam hati) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Doktor : "???"

Tuesday, June 7, 2011

Saat Indah Awal Perkahwinan


Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Mengapai kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau mencium ku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku…..!

Sesudah 5 tahun perkahwinan
Anda baca dari bawah keatas pulak…


Sumber: http://www.saifulazrul.net/