Takrif Pekali Kesahan Ramalan
Menurut Marshall and Hales (1972), pekali kesahan ramalan diperolehi dengan menggunakan Korelasi Hasil Darab Momen Pearson. Nilainya diperolehi dengan mengkorelasikan skor-skor ujian dengan kriteria yang sesuai dimana skor-skor kriteria diperolehi setelah satu selang masa.
Manakala Gronlund (1990) mencadangkan bahawa prosedur biasa ialah dengan mengkorelasikan secara statistik dua set skor dan kemudian melaporkan darjah hubungan antara skor-skor berkenaan sebagai pekali korelasi.
Menurut L.R. Gay, pekali kesahan menunjukkan kesahan ramalan sesuatu ujian. Sekiranya pekali tersebut tinggi maka ujian tersebut mempunyai kesahan ramalan yang baik. Menentukan berapa nilai suatu pekali yang tinggi adalah tidak mudah. Menurut Gray tiada nilai istimewa yang boleh dianggap nilai pekali tinggi.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesahan dan Kesahan Ramalan
Gronlund (1970) menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang mungkin merendahkan nilai kesahan keputusan ujian. Salah satu daripadanya ialah alat penilaian itu sendiri.
Menurut Gronlund juga, sebarang kecacatan dalam pembinaan ujian akan menghalang item-item ujian daripada berfungsi secara harmoni dan seterusnya menyebabkan ujian tersebut tidak sah. Beliau juga menyatakan bahawa faktor-faktor emosi calon boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian. Menurut Barbara S. Plake (1982), penyusunan item-item dalam ujian ialah satu pembolehubah penting yang akan mempengaruhi prestasi ujian. Kajian yang dilakukan oleh beliau mendapati pengetahuan penyusunan item-item oleh pelajar tidak mempengaruhi prestasi ujian secara signifikan. Menurut James M.Thyne (1974), berpendapat bahawa tujuan asas pemeriksa ialah untuk memaksimakan kesahan keputusan peperiksaannya. Ia mengemukakan empat syarat yang mesti dituruti iaitu :
(a) Penyemakan skrip-skrip peperiksaan mestilah konsisten.
(b) Keputusan peperiksaan hendaklah mengukur kecapaian yang dikehendaki.
(c )Semua soalan yang diuji mestilah relevan dengan sukatan pelajaran. 4
(d) Pengagihan markah mestilah seimbang mengikut kesukaran soalan .
Kebolehpercayaan Sebagai Syarat Perlu Bagi Kesahan Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya.
Menurut Lord & Novick (1968), suatu ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan jika keputusan individu-individu dalam ujian berkenaan mempunyai persamaan apabila ujian yang sama diambil sekali lagi. Menurut Lord & Novick , ujian atau peperiksaan yang mempunyai kebolehpercayaan lengkap tidak wujud. Manakala George Sachs Adams (1966) berpendapat bahawa terdapat satu lagi faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan ialah kesubjektifan penyemak dalam menyemak dan menilai skrip. Beliau menyatakan bahawa jika sesuatu skrip disemak secara objektif, ini akan mempertingkatkan konsistensi atau ketekalan pengukuran.
Sumber: http://www.ipbl.edu.my/
Showing posts with label pengujian dan pengukuran. Show all posts
Showing posts with label pengujian dan pengukuran. Show all posts
Thursday, December 13, 2012
Wednesday, December 28, 2011
Pentaksiran Pembelajaran Dalam Pendidikan
Konsep Asas Pentaksiran Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses interaktif yang mana pembelajar, penuntut atau murid cuba mendapatkan kefahaman tentang sesuatu informasi atau maklumat dan mengintegrasikan informasi dan maklumat tersebut kepada sesuatu perkara yang mereka sudah tahu atau mengetahui . Pembelajar, penuntut atau murid biasanya akan sentiasa berfikir atau memikir akan cabaran atau cara menyerap minda pemikiran terhadap ilmu yang diperolehi secara satu persatu.
Logiknya mengunakan kaedah pentaksiran bagi tujuan meningkatkan motivasi adalah mudah :
Ciri Pentaksiran Pembelajaran

- Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna
- Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran
- Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.
- Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .
- Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)
Tumpuan dokumen ini adalah keatas tiga kategori yang berbeza tetapi berkait-rapat bagi tujuan pentaksiran bilik darjah iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) , pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .
Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) adalah untuk pendidik dan guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran murid dan pelajar, dan mengenalpasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dan pelajar ikuti. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid dan pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan samada pelajar dan murid boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari.
Pendidik dan guru boleh juga mengunakan informasi dan maklumat ini untuk menyalurkan dan mensasarkan arahan dan sumber serta memberi maklumbalas kepada pelajar dan murid bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.
Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila pelajar atau murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.
Ia memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar dan murid membina, mempraktik atau mengamalkan dan berpuashati dengan hasilan refleksi serta analisa kritikal yang dijalankan pelajar dan murid sendiri.
Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) adalah berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.
Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan dan mengunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan pelajar dan murid. Ini juga akan memastikan agar penerima maklumat dan informasi boleh mengunakan makluman tersebut untuk menghasilkan keputusan yang dapat memberi penjelasan dan kenyataan
Tiga Tujuan Pentaksiran
Apabila menyebut tentang pentaksiran dari perspektif tujuan (dan bukannya kaedah), kita memberi penekanan terhadap hasilan keputusan. Bahagian didalam seksyen ini menerangkan secara terperinci tiga jenis tujuan pentaksiran yang berbeza : pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) ; pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning). Turutan untuk, sebagai dan kepada (for, as, of) adalah disengajakan, untuk menunjukkan turutan mengikut kepentingan bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan murid. Pentaksiran kepada pembelajaran digunakan bagi membuat keputusan sumatif. Dalam perancangan, pembentukan dan pengunaan kaedah pentaksiran yang “sesuai untuk tujuan tertentu”, pendidik dan guru selalunya memikirkan mengenai kurikulum dan juga mengenai pelajar dan murid mereka apabila persoalan sebegini timbul :
a. bagaimanakah boleh saya mengunakan informasi yang terdapat dari pentaksiran ini ?;
b. bagaimanakah saya boleh memastikan kualiti dalam proses pentaksiran ini? ;
c. apakah kaedah pentaksiran yang sesuai yang patut saya gunakan? ;
d. apakah yang sebenarnya saya taksirkan ? ;
e. mengapakan saya membuat pentaksiran ini ?
Apakah Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan, ianya dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan agar pendidik dan guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Dalam masa yang sama akan terdapat perubahan pola yang dijangkakan. Prestasi dan kebolehan pelajar dan murid akan dapat dilihat dan dikesan. Dengan kaedah pentaksiran untuk pembelajaran, pendidik dan guru akan mengunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperolehi maklumat mengenai kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangan yang dihadapi.
Maklumat dan informasi mengenai proses pembelajaran murid dan pelajar akan diperolehi oleh pendidik dan guru. Ianya dijangkakan akan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar dan murid maju ketahap yang seterusnya. Hasilan maklumbalas dari murid dan pelajar akan dapat menentukan kumpulan, strategi arahan dan sumber yang dikehendaki.
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan dan merupakan satu proses yang interaktif, dengan pendidik dan guru

- mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran
- mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar
- memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran
- mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran
- menyediakan maklumbalas dan arahan segera
Pendidik dan guru juga mengunakan pentaksiran untuk pembelajaran untuk meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran. Apabila pendidik atau guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai fokus atau tumpuan kepada pentaksiran, secara tidak langsung, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar dan murid. Pendidik dan guru akan mengunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar dan murid bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.
Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran
- Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran
- Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu
- Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah
- Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru
- Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran memberi kesan impak
- Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid
- Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir
- Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri
- Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian pembelajaran murid
- Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian
Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut
Jadual; Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Sumber Assessment Roles and Goals (Wilson, 1996)
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :
Sumber Assessment Roles and Goals (Wilson, 1996)
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :
- memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri
- membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka
- menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum
- bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas
- membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam mempelajari perkara baru
- menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten
- memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci
- menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran kepada Pembelajaran
Oleh kerana pentaksiran kepada pembelajaran merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai dan menjejaskan pelajar dan murid secara serious, pendidik dan guru bertanggungjawab dalam menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi. Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan:

- kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu
- kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan
- proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi
- kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama
- penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan
- kaedah yang telus bagi pentaksiran
- deskripsi mengenai proses pentaksiran
- strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan
Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan
tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka
mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan
pembelajaran.
Ciri Pentaksiran Pembelajaran
Saturday, December 17, 2011
Peperiksaan vs Pentaksiran
Kita seringkali mendengar ungkapan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Kita disarankan supaya lebih memberi tumpuan kepada pentaksiran yang holistik. Apa itu peperiksaan dan apa itu pentaksiran. Apa pula yang dimaksudkan dengan penilaian? Apakah perbezaan antara istilah-istilah tersebut? Siri Peperiksaan Oh Peperiksaan kali ini membicarakan konsep dan penggunaan ketiga-tiga istilah ini di samping istilah-istilah lain yang berkaitan seperti pengukuran, ujian, soal selidik, kuiz, menduga akal dan temu duga.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:
Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan senarai semak (check list).
Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan.
Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.
Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.
Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.
Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.
Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.
Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.
Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).
Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan merosot berbanding prestasi tahun sebelumnya, walau pun hanya 0.1%, merasa tertekan kerana prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot.
Wajarkah tindakan di atas berlaku dalam sistem pendidikan kita? Jika kita menganggap tidak wajar, maka wajarkah pula kita memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR dan SPM serta mencadangkan pentaksiran berasaskan sekolah sahaja? Rata-rata peserta Seminar Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pendidik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju ketiga-tiga peperiksaan itu dimansuhkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan menganggap penekanan kepada peperiksaan (exam oriented) hanya merupakan persepsi masyarakat. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran alternatif, pentaksiran autentik, pentaksiran prestasi, pentaksiran formatif dan pentaksiran untuk pembelajaran, dengan sendirinya persepsi tersebut dapat dicairkan.
Oleh Dr Jamil Adimin - Lembaga Peperiksaan Malaysia

Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian

Thursday, March 24, 2011
KEBOLEHPERCAYAAN SEBAGAI KETEKALAN (RELIABILITY AS CONSISTENCY)
Kebolehpercayaan (Ketekalan) adalah satu konsep penting dalam pengukuran. Thorndike (1997) dalam bukunya Measurement and Evaluation in Psychology and Education menyatakan "When we ask about a test's reliability, we are asking not what the test measures, how accurately it measures whatever in does measure. What is the precision of the resulting score? How accurately will the score be reproduced if we measure the individual again?."
Teori Kebolehpercayaan (Ketekalan)
Beliau menambah, dalam konteks Classical Test Theory (CTT) indeks kebolehpercayaan ujian dihitung berdasarkan kolerasi antara skor sebenar dengan cerapan skor calon seperti formula berikut:
X = T + e
Yang mana, X = Pengukuran (Measurement)
T = Skor sebenar, dan
e = Ralat Pengukuran (Error of Measurement)
Ketekalan menentukan kualiti dan kredibiliti bagi seseorang pemeriksa terhadap kertas ujian sesuatu peperiksaan (Bhasah Abu Bakar, 1999).
Dengan kata lain ketekalan membawa maksud pengekalan standard yang sama bagi semua pemeriksa yang berlainan apabila mereka memeriksa skrip yang sama. Perbezaan yang ketara antara pemeriksa akan mencerminkan ketekalan yang rendah. Ketekalan yang paling ideal dalam sesatu pemeriksaan kertas ujian terjadi apabila perbezaan sifar antara pemeriksa.
Menurut Mohd Ali Isnin (1987), jika sesuatu skrip itu diperiksa oleh lebih daripada seorang pemeriksa dua kali atau lebih daripada dua kali markah yang diberikan itu mungkin tidak sama. Secara umumnya jika sesuatu skrip itu diperiksa berkali-kali maka markah yang diberikan itu jika disebarkan akan menunjukkan satu sebaran seperti berikut:
Jelasnya pemeriksaan skrip itu akan menunjukkan hasil atau keputusan yang sama atau hampir-hampir sama jika diperiksa berkali-kali dalam keadaan pembolehubah-pembolehubah yang lain
Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada pensyarah ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik kuliah dan makmal sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang pensyarah biasanya merangka objektif dan kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif kursus yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
1. Pengertian Penilaian
Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.
Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian
Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.
Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya.
2. Pengertian Pentaksiran dan Pengukuran
Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian. Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.
3. Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
4. Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti. Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para pensyarah menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.
Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran pensyarah berkesan. Sekiranya berkesan, pensyarah akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, pensyarah boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran pensyarah boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Pensyarah boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, pensyarah dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di universiti.
Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu kursus sains mungkin dipilih untuk mewakili fakulti atau universiti. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu. Malah, keputusan ujian di universiti digunapakai oleh bakal majikan sebagai kriteria pemilihan dan penempatan graduan ke dalam pekerjaan yang sesuai.
Kaunseling dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para pensyarah dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para pensyarah dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati apabila pelajar bergraduat.
Ciri Utama Ujian
Bagi memastikan sesuatu ujian mengumpul bukti dengan berkesan, ujian berkenaan mestilah sah, boleh dipercayai, objektif, boleh ditadbir dan mudah ditafsir.
1. Kesahan Ujian
Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.
Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika pensyarah memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan berkaitan kriteria.
Kesahan Kandungan
Kesahan kandungan merujuk sejauh mana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai. Kandungan sesuatu ujian perlu merupakan sampel ‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur. Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, pensyarah perlu menakrifkan kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajar.
Kandungan kursus biasanya luas. Oleh itu, pensyarah boleh menggunakan teknik persampelan kandungan bagi mewakili kandungan kursus. Pensyarah boleh merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi menggambarkan kadar tingkah laku yang perlu diuji bagi mewakili kandungan kursus. Pendapat pakar, misalnya profesor dalam bidang berkaitan boleh digunakan bagi memastikan ujian yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi.
Kesahan Gagasan
Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Setiap gagasan pendidikan mengandungi konsep-konsep yang rumit yang terdiri daripada banyak faktor yang saling berkait dan sukar dicerakinkan. Setiap gagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu gagasan dengan tepat.
Oleh kerana gagasan tidak dapat dilihat, pengukuran ke atasnya juga tidak dapat dilakukan secara langsung. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri atau kesan yang dapat dicerap daripada sesuatu gagasan. Misalnya, gagasan penguasaan pelajar dalam kursus Bahasa Inggeris. Pensyarah boleh mencerap kesan gagasan penguasaan pelajar tersebut yang ditunjukkan oleh ciri-ciri seperti bilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang dikuasai, kebolehan pelajar membina ayat mudah dalam Bahasa Inggeris dan kebolehan pelajar membincangkan sesuatu isu dalam Bahasa Inggeris Oleh itu, gagasan boleh diukur dan diuji secara tidak langsung berasaskan kesan-kesan atau ciri-ciri yang terhasil dari kewujudannya. Dengan itu, kesahan gagasan bagi ujian penguasaan Bahasa Inggeris boleh ditentukan dengan menghitung pertalian antara skor ujian itu dengan pencapaian dalam ujian perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dan pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris.
Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria
Kesahan berkaitan dengan kriteria merujuk kepada sejauh mana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali. Kesahan berkaitan dengan kriteria mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur. Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut menunjukkan kesahan berkaitan dengan kriteria.
Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan. Kriteria serentak ialah kriteria yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut. Kriteria jangkaan ialah kriteria yang ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas ujian tersebut. Sebagai contoh, ujian Matematik di universiti dikatakan mempunyai kesahan serentak yang tinggi sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut konsisten dengan pencapaian cemerlang dalam satu lagi ujian Matematik lain yang menguji kemahiran Matematik yang sama, yang ditadbirkan serentak. Ujian tersebut juga dikatakan mempunyai kriteria jangkaan yang tinggi sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian konsisten dengan prestasi dalam Matematik sepanjang karier selepas pelajar bergraduat nanti.
2. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.
Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.
Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang.
Indeks Kebolehpercayaan
Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji kembali, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji kembali dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang ditadbirkan kepada pelajar yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk setara dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada pelajar pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari jawapan pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada pelajar. Sekurang-kurangnya indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai.
Mempertingkatkan Kebolehpercayaan
Berikut adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina.
- Arahan hendaklah jelas dan tepat.
- Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
- Soalan hendaklah seragam (homogen).
- Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.
- Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
- Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.
Keobjektifan ujian berkait dengan sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya dua atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi. Sebab itu, soalan aneka pilihan dikenali sebagai soalan objektif kerana mempunyai keobjektifan penskoran yang tinggi.
Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi, skema penskoran perlu disediakan. Skema penskoran perlu dibuat lebih awal sebelum ujian ditadbirkan kepada pelajar. Seboleh mungkin skema penskoran disemak oleh beberapa pensyarah yang pakar dalam bidang yang diuji. Selain mengelak dari dipengaruhi oleh jawapan pelajar, penyediaan skema jawapan sebelum pentadbiran ujian boleh mengesan kelemahan-kelemahan yang mungkin berlaku pada soalan supaya langkah pembetulan dapat dilakukan. Penyelarasan semakan perskoran antara pemeriksa juga perlu dibuat bagi memastikan proses penskoran mempunyai keobjektifan yang tinggi.
4. Kebolehtadbiran
Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Dengan adanya suasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan pelajar dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan.
Berikut adalah panduan bagi memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna.
- Arahan terutama cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan tepat, jelas dan ringkas.
- Soalan mestilah disusun dari mudah kepada sukar.
- Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab.
- Dicadangkan agar soalan jawapan dipilih yang mengandungi 5 pilihan diperuntukan 45 saat untuk pelajar menjawab.
- Dewan di mana ujian dijalankan haruslah selamat, ceria dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan yang terang, suhu yang sederhana, sistem siar raya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat jalan raya atau alat pendingin udara.
- Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja.
- Sekiranya tersangat perlu, pemberitahuan tersebut mestilah ringkas, jelas dan difahami oleh semua pelajar.
- Masa perlu ditambah bagi mengganti masa ganguan yang berlaku.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal memerlukan skor ujian sebagai asas untuk membuat keputusan. Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap. Skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir.
Penskoran Ujian
Pemberatan markah dan kaedah yang digunakan bagi penskoran jawapan sesuatu soalan perlu diberitahu kepada pelajar terlebih dahulu. Maklumat penskoran boleh disertakan pada arahan menjawab setiap soalan. Maklumat ini sangat perlu supaya pelajar dapat menjawab dengan tepat sebagaimana yang diharapkan oleh pembina dan pemeriksa ujian.
Kriteria penskoran jawapan dipilih biasanya telah ditentukan dan diketahui oleh pelajar semasa mereka menduduki ujian. Misalnya, sekiranya terdapat 50 soalan aneka pilihan dan jumlah markah yang diperuntukkan ialah 100, maka setiap soalan yang dijawab dengan betul akan mendapat 2 markah.
Penskoran jawapan dibina terutamanya yang memerlukan jawapan panjang tidak terhad lebih mencabar. Seringkali, pemeriksa sukar untuk mengelakkan diri daripada melakukan penskoran subjektif terhadap jawapan dibina. Sebab itu soalan esei biasanya dikenali sebagai ujian subjektif. Pemeriksa boleh mengurangkan kepincangan penskoran dengan memeriksa satu soalan bagi semua pelajar, sebelum berpindah kepada soalan berikutnya. Pemeriksa perlu mengelakkan diri dari mengenali identiti pelajar seperti nama dan nombor matrik pelajar. Pemeriksa sebagai ahli profesional perlu sentiasa ingat bahawa penskoran perlu dilakukan dengan bijaksana dan amanah. Kepincangan penskoran disebabkan kelemahan pemeriksa akan mendatangkan kesan yang serius kepada masa depan pelajar, masyarakat dan negara.
Penilaian jawapan dibina haruslah berasaskan kepada kriteria berikut:
- Kandungan. Adakah pelajar mengemukakan semua isi atau kandungan bagi sesuatu soalan pokok?
- Susunan atau organisasi. Adakah susunan atau organisasi jawapan teratur, kemas dan logik?
- Proses. Adakah proses penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dilakukan dengan teratur dan sistematik?
- Ketepatan dan kemunasabahan. Adakah isi jawapan tepat dan munasabah?
- Keaslian dan kreativiti. Adakah jawapan yang diberi asli berasaskan kepada kreativiti pelajar sendiri?
- Kesempurnaan dan ketekalan dalaman. Adakah isi jawapan yang dibentangkan sempurna dan mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi?
Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali pensyarah berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 60 yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di universiti dicapai. Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi mengelakkan pertimbangan peribadi penilai.
Justeru itu, skor ujian perlu dianalisis bagi menentukan ciri yang tepat yang ada pada set skor. Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian. Skor-skor ujian perlu juga dipiawaikan bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain.
Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
1. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di universiti.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
2. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan graduan ke alam pekerjaan.
3. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, pensyarah dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.
Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.
4. Penilaian Alternatif
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di universiti sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Sebagai contoh, pensyarah boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.
Ujian Rujukan Norma dan Kriteria
Selain berasaskan tujuan dan masa pelaksanaan, ujian juga boleh dikategorikan berasaskan kegunaan hasil ujian iaitu rujukan norma dan kriteria.
1. Ujian Rujukan Norma
Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi pencapaian individu pelajar dengan prestasi pencapaian pelajar lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang ditekankan adalah apakah pelajar A lebih mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.
Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar.
2. Ujian Berasaskan Kriteria
Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain.
Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kursus berbentuk kumulatif iaitu pelajar perlu menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya kriteria yang digunakan tidak semestinya isi sesuatu kursus yang hanya diperoleh pada akhir kursus. Para pensyarah boleh menggunakan kriteria berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, para pensyarah perlu membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran.
Rajah: Menjelaskan perbandingan antara ciri-ciri rujukan norma dengan ciri-ciri rujukan kriteria.
Wednesday, March 23, 2011
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Suatu instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat kuantitatif tentang atribut-atribut (kapasiti atau keupayaan untuk bertindak balas, menstruktur atau menyusun pemikiran atau tingkah laku dalam suatu cara tertentu) psikologi yang terdapat dalam diri seseorang
Aptitud Am merupakan ukuran gabungan beberapa kebolehan
KONSTRUK APTITUD AM
Tahun 6
Aptitud khusus merujuk kepada kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang dan dinamakan dengan pekerjaan atau bidang berkenaan
BATERI UJIAN
Ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada setiap individu yang membezakannya dengan orang lain
TUJUAN INVENTORI PERSONALITI
UJIAN APTITUD AM
- Ujian untuk mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran
- Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran
- Kegunaan: (Strategi Pengajaran-pembelajaran, Tujuan khusus / tertentu dan Akauntabiliti dan Pengesanan)
- Dibangunkan atas nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi
- Ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri
- Tidak melaporkan prestasi
- Laporan dalam bentuk deskriptif
- Ujian Aptitud Am
- Ujian Aptitud Khusus
- Inventori Personaliti
Aptitud Am merupakan ukuran gabungan beberapa kebolehan
KONSTRUK APTITUD AM
- Visual - Ruang – Bukan verbal (Pintar ruang)
- Linguistik/Verbal (Pintar perkataan)
- Logik-matematik/Numerikal (Pintar nombor/penakulan)
- Minat dan Kecenderungan
- Mengenalpasti potensi murid dalam pembelajaran dan pekerjaan/karier
- Memantau tahap kebolehan umum murid untuk menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan pekerjaan di peringkat lokal dan global dengan fasiliti dan frasarana yang ada di sekelilingnya
- Tahun 6: Mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas murid dalam literasi dan numerasi
- Tingkatan 3: Mendapatkan maklumat am tentang pengetahuan dan kemahiran umum murid dalam berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan Penciptanya
- Tingkatan 5: Mendapatkan maklumat am tentang kemahiran spesifik murid
Tahun 6
- Wajib untuk semua murid di hujung tahun 6
- Dikendalikan oleh LP sepenuhnya
- Ujian tertutup
- Ujian Kertas Pensel/Pen atau komputer
- Tidak wajib kepada semua murid (secara sukarela)
- Dikendalikan oleh sekolah
- Ujian Kertas Pensel/Pen atau komputer
Aptitud khusus merujuk kepada kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang dan dinamakan dengan pekerjaan atau bidang berkenaan
BATERI UJIAN
- Ujian Minat/Kecenderungan
- Ujian Bakat
- Muzik (Pintar muzik)
- Kinestatik - Jasmani (Pintar jasmani)
- Naturalis (Pintar naturalisme)
- Interpersonal (Pintar orang - pengalaman sosial)
- Intrapersonal (Pintar diri - refleksi kendiri)
- Kreativiti (Pintar minda)
- Membantu guru mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan dan stail pembelajaran murid
- Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
- Membantu guru memahami psikologi kanak-kanak
- Membantu murid mengenal potensi diri
- LP mengenalpasti konstruk, membina spesifikasi ujian, membina item dan menghasilkan manual penggunaan ujian
- Sekolah menjalankan ujian, memeriksa dan menggunakan hasil ujian untuk tujuan tertentu
- Manual ujian yang komprehensif dan mesra pengguna
- Hasil ujian dilapor
- Tahun 1 – Tingkatan 5 bagi mana-mana jenis ujian mengikut keperluan
- Tidak diwajibkan kepada semua murid
- Dijalankan pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun
- Guru perlu diberi kursus kaedah pengendalian dan penggunaan ujian
Ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada setiap individu yang membezakannya dengan orang lain
TUJUAN INVENTORI PERSONALITI
- Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada setiap individu yang berbeza dengan orang lain
- Membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sahsiah/personaliti individu murid supaya strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan
- Membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi
- Bukan untuk melabel murid tetapi untuk mempelajari stail pembelajaran
- Khidmat pakar psikologi diperlukan dalam pembinaan instrumen, pentadbiran ujian dan pentafsiran skor
- Kepakaran luar (universiti, perubatan, kebajikan masyarakat, kaunselor) diperlukan
- Berdasarkan manual yang komprehensif dan mesra pengguna
- Tahun 1 – Tingkatan 5 bagi mana-mana instrumen mengikut keperluan dan tidak berjadual
- Tidak diwajibkan kepada semua murid
- Perlu dikendalikan dengan cermat dan beretika oleh guru terlatih
- Secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri
UJIAN APTITUD AM
- Tahun 6 - bersama Slip keputusan UPSR
- Tingkatan 3 & 5 – dilaporkan oleh pihak sekolah dalam bentuk band
- Dilaporkan dalam bentuk deskriptif oleh pihak sekolah
- Dilaporkan setiap tahun dalam portfolio, laporan perkembangan murid dan Rekod Pembelajaran Murid
- Profil Aptitud Murid
- Dilaporkan dalam bentuk deskriptif oleh pihak sekolah atas permohonan ibubapa sahaja
Wednesday, March 2, 2011
Kesahan
Konsep kesahan sesuatu ujian bahasa sebagai alat untuk mengukur dan mengkuantitikan sesuatu kemahiran atau aspek bahasa tidak berbeza dengan konsep kesahan alat pengukur yang lain. Dalam bidang pengujian bahasa, sesuatu ujian merupakan alat untuk mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Tinggi atau rendah kesahan sesuatu ujian bergantung pada ketepatannya mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang perlu diukur berdasarkan tujuan atau fungsi pengujian. Contohnya, ujian ejaan dianggap sah sekiranya benar-benar dapat mengukur kebolehan pelajar mengeja.
Dalam ujian bahasa timbul persoalan sama ada kesahan sesuatu ujian dianggap tinggi atau rendah menurut ketepatan mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang hendak diukur. Setiap kali guru membina ujian bahasa, sama ada menguji kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis atau aspek bahasa lain seperti tatabahasa, kosa kata dan sebagainya amatlah penting bagi guru mempersoalkan kesahan ujian yang dibina.
Adakah ujian yang dibina benar-benar dapat menguji dan mengukur kemahiran murid mendengar?. Adakah ujian bertutur benar-benar dapat menguji dan mengukur kemahiran murid bertutur?. Adakah ujian kosa kata yang dibina guru benar-benar menguji perbendaharaan kata pelajar atau hakikatnya menguji tatabahasa? Atau berlaku sebaliknya, ujian tatabahasa yang dibina guru tidak menguji pengetahuan tatabahasa sebaliknya menguji kosa kata. Contoh-contoh ini perlu ditanyakan kepada diri sendiri apabila membina sesuatu alat ujian bahasa untuk menjaga darjah kesahan atau kesahihannya. Jika guru tidak diawasi, kadang kala alat ujian yang dibina tidak menepati tujuan ujian. Perkara lain yang hendak diukur tidak terukur dan perkara lain pula yang terukur. Kadang kala sesuatu ujian mungkin tidak tepat mengukur perkara yang hendak diukur tetapi hanya mengukur sedikit sahaja atau sipi-sipi. Seterusnya kita melihat jenis kesahan yang terdapat dalam ujian yang baik.
Kesahan Muka
Menurut Savignon (1983), ujian mesti kelihatan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Bagi Hearon (1979), kesahan muka saja tidak mencukupi, sebab kadang kala ujian bercorak ‘superficial’ sahaja. Contohnya, guru telah membina satu ujian untuk menguji kefahaman bacaan pelajar dengan menggunakan soalan berbentuk aneka pilihan. Sekali pandang ujian ini mungkin mempunyai kesahan muka yang benar-benar menguji kefahaman bacaan. Selepas diteliti, didapati terdapat beberapa item soalannya menguji kefahaman murid mengenai sinonim, antonim dan dan penggunaan imbuhan. Item yang dimaksudkan bukanlah menguji kefahaman bacaan murid dalam erti kata sebenarnya.
Selepas guru membina ujian yang bertujuan menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa, perlulah disemak semula setiap item atau soalan supaya tidak terkeluar daripada batasan atau tujuan ujian dibina. Sebaiknya sebelum ujian dicetak atau ditadbir, dapatkan pandangan guru lain mengenai kesesuaian item dengan kemahiran atau aspek yang hendak diuji.
Kesahan Isi
Kesahan ini mempersoalkan sama ada sesuatu ujian mengandungi satu sampel yang seimbang tentang perkara yang telah diajar seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran atau program pengajaran. Hal ini penting bagi ujian yang berbentuk sumatif atau formatif. Contohnya, ujian bulan Februari guru hendaklah menguji beberapa aspek tatabahasa yang telah diajarnya dalam bulan tersebut. Kesahan ujian isi tinggi sekiranya item ujian yang dibina mewakili semua aspek tatabahasa yang telah diajar dalam bulan itu.
Perkara penting dalam kesahan ini guru perlu merujuk semula rekod pengajaran seperti buku rekod mengajar dan sukatan pelajaran. Ujian bahasa yang bersifat sumatif seperti ujian akhir penggal, pertengahan tahun dan ujian tahunan biasanya memerlukan guru membuat persampelan yang lebih luas tentang kemahiran dan aspek bahasa yang perlu diuji. Ujian bahasa yang dibina bagi menilai kemajuan murid pada tahap tersebut mungkin mengandungi ujian tentang kemahiran lisan, membaca, menulis karangan, meringkaskan karangan, tatabahasa, peribahasa, kosa kata dan sebagainya. Bagaimanapun, skop ujian hendaklah mewakili pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku dalam tempoh tersebut.
Kesahan Konstrak
Konstrak ialah satu konsep atau gagasan tentang sesuatu perkara atau benda sama ada yang abstrak atau maujud. Contohnya, apakah konstrak (konsep) sebuah kereta? Sebuah kereta terdiri daripada enjin, cermin, roda, gear, roda dan sebagainya.
Dalam bidang pendidikan bahasa, setiap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur dan membaca adalah konstrak atau konsep yang agak abstrak. Bahagian yang mengisi konstrak mengenai sesuatu kemahiran bahasa sebenarnya adalah subkemahiran yang membina sesuatu kemahiran bahasa. Contohnya, apakah subkemahiran yang membina kemahiran bertutur?
Apabila kita hendak menilai sama ada ujian mengenai sesuatu kemahiran bahasa itu mengandungi kesahan konstrak atau tidak, kita persoalkan sama ada ujian tersebut benar-benar menguji konstrak kita mengenai kemahiran tersebut, dan sama ada ujian itu menguji subkemahiran yang dianggap penting dalam sesuatu kemahiran bahasa yang hendak diuji. Subkemahiran yang terlibat dalam sesuatu kemahiran asas bahasa sebenarnya pengisi konstrak tersebut. Tanpa mengenali konstrak mengenai sesuatu kemahiran atau aspek bahasa, tidak mungkin kita boleh membina ujian yang sah dan menepati konstrak tersebut. Sebelum guru boleh menguji kemahiran muridnya dalam kemahiran membaca, guru seharusnya faham dengan konstrak kemahiran membaca. Sebelum guru boleh menguji dan menilai kemahiran muridnya menulis karangan, dia seharusnya faham dengan konstrak kemahiran mengarang dalam bahagian penting yang terdapat dalam sesuatu karangan yang baik. Contohnya, dalam menguji kemahiran murid menulis karangan, guru ingin melihat subkemahiran penting seperti memilih isi, menyusun isi, tatabahasa, kosa kata dan aspek mekanis dalam penulisan. Dalam menguji sesuatu kemahiran bahasa, kesahan konstrak mengenai sesuatu kemahiran yang hendak diuji sangat penting. Sekiranya konstrak kita mengenai sesuatu kemahiran itu salah, kita akan mengukur dan menilai subkemahiran yang tidak berkaitan. Oleh yang demikian, kesahan ujian itu dari segi konstraknya boleh dipertikaikan.
Kesahan Serentak
Sesuatu ujian mempunyai kesahan serentak sekiranya pencapaian murid dalam ujian itu dapat menggambarkan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang serupa, iaitu dijalankan pada masa yang sama. Contohnya, dalam pendidikan bahasa terdapat ujian bahasa. Kita katakan sesuatu ujian itu mempunyai kesahan serentak sekiranya markah seseorang murid dalam ujian itu dapat menggambarkan kebolehannya mengeja dalam ujian mengarang. Cara untuk menguji sama ada kesahan serentak ujian ejaan tersebut tinggi atau rendah adalah dengan membandingkan markah setiap murid dalam ujian tersebut dengan markah bahagian ejaan dalam keputusan karangannya. Sekiranya pertalian antara kedua-dua markah itu tinggi bagi kebanyakan murid, kita katakan ejaan tersebut mempunyai kesahan serentak yang tinggi.
Dalam ujian bahasa yang lain juga mungkin mempunyai kesahan serentak seperti itu. Contohnya, ujian perbendaharaan kata dengan kebolehan murid menggunakan perbendaharaan kata dalam mengarang, ujian tatabahasa dengan kebolehan murid dalam aspek tatabahasa dalam sesuatu situasi yang lain, seperti mengarang atau bertutur.
Sebenarnya dalam pengujian bahasa, banyak lagi contoh yang boleh disebutkan. Misalnya, kita mempersoalkan kesahan serentak sesuatu ujian kefahaman mendengar sekiranya kita mempersoalkan sama ada ujian itu boleh menggambarkan kefahaman murid mendengar sesuatu syarahan. Ataupun kita mungkin mempersoalkan kesahan serentak sesuatu ujian kefahaman membaca, sekiranya kita mempersoalkan sama ada ujian tersebut dapat menggambarkan kefahaman murid apabila membaca akhbar atau majalah.
Kesahan Ramalan
Sesuatu ujian mempunyai kesahan ramalan sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut dapat meramalkan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang serupa pada masa akan datang. Misalnya, kita boleh mempersoalkan kesahan ramalan sesuatu ujian bahasa dalam peperiksaan percubaan peringkat SPM, sekiranya kita ingin tahu sama ada keputusan pelajar dalam ujian tersebut akan dapat menggambarkan keputusan pelajar dalam kertas Bahasa Melayu peperiksaan SPM yang sebenarnya.
Cara sebenar kita menguji dan membuktikan sama ada kesahan ramalan sesuatu ujian bahasa pada peringkat percubaan SPM itu tinggi atau rendah ialah dengan membandingkan keputusan setiap pelajar dalam ujian tersebut dengan keputusannya dalam ujian bahasa pada peringkat SPM yang sebenarnya. Sekiranya pelajar yang memperoleh markah tinggi atau rendah dalam ujian percubaan dan peperiksaan SPM yang sebenarnya adalah golongan pelajar yang sama. Sehubungan itu, dapatlah dikatakan ujian bahasa pada peringkat percubaan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.

Thursday, November 18, 2010
Faktor Penentuan Mutu Item (Ujian)
Penghasilan sesuatu item yang bermutu melibatkan proses yang panjang. Pembinaan item bermula daripada pemilihan dan perlantikan penggubal soalan yang berkaliber hinggalah penyemakan kertas soalan tercetak sebelum sesuatu kertas soalan siap untuk dibuka di hadapan calon (pelajar) pada hari peperiksaan.
Keberkesanan sesuatu kertas peperiksaan banyak bergantung pada mutu item yang dibina dalam kertas peperiksaan tersebut. Menurut Ahamd Tajudin (2002), pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian perlu dilaksanakan dengan teliti untuk menjamin mutunya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan. Item itu dikatakan bermutu jika item tersebut sah dan boleh dipercayai. Sebagai alat pentaksiran, sesuatu kertas peperiksaan hendaklah sah, iaitu boleh mengukur tentang apa yang hendak diukur, disamping boleh dipercayai dimana ia dapat menghasilkan keputusan yang konsisten.
Menurut Ahmad Tajudin (2002) lagi, terdapat beberapa faktor utama yang perlu diambil kira dalam proses pembinaan dan penyediaan kertas soalan yang bermutu iaitu, kerelevanan, keseimbangan, keobjektifan, aras kesukaran dan diskriminasi.

Tuesday, November 9, 2010
Jenis Ujian Bilik Darjah
Penilaian dalam bidang pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran seseorang guru. Terdapat beberapa alat pengukuran yang biasa digunakan oleh seseorang guru iaitu ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Penilaian mempunyai fungsi penting iaitu mengesan hasil pembelajaran yang diperolehi, mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi, mengesan tahap kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain, mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar (Lee, 1993). Bagi mendapat fungsi penilaian tersebut seseorang guru berhadapan dengan penilaian diagnostik pada permulaan pembelajaran dan penilaian sumatif serta penilaian formatif selepas pembelajaran bermula.
Menurut Ng (1991), penilaian sumatif pula merupakan suatu aktiviti penilaian yang dilakukan pada akhir tiap-tiap aktiviti pendidikan umpamanya di sekolah, pada akhir tahun, akhir semester, akhir program, akhir eksperimen ataupun di akhir penggal. Sementara itu, bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ujian sumatif merupakan satu sesi peperiksaan besar yang tarafnya sama dengan penilaian peringkat kebangsaan seperti yang diadakan pada akhir sembilan tahun pembelajaran iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala penilaian formatif pula merupakan suatu cara penilaian yang dilakukan secara kerap.
Melalui penilaian formatif, maklumat pencapaian pelajar dapat diambil dari semasa ke semasa. Ujian yang dilakukan adalah sepanjang tempoh persekolahan atau sepanjang tempoh sesuatu kursus. Manakala penilaian sumatif pula suatu penilaian yang memberi tumpuan pada akhir tempoh sesuatu kursus. Dengan kata lain, penilaian sumatif memperlihatkan ruang skop penilaian yang agak luas, longgar dan jauh jaraknya.

Sumber: Bahagian Kurikulum Teknik & Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal
Rajah 2.1: Hubungkait penilaian diagnostik, formatif dan sumatif.
Tuesday, September 21, 2010
Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Pentaksiran Selesai
Jika pentaksiran (buku ujian, manuskrip jawapan atau kerta penulisan) dihantar ke organisasi lain bagi tujuan skoran dan analisa, pastikan semua arahan penyediaan dan pembungkusan adalah dipatuhi. Kumpulkan semua bahan secepat mungkin, secara teratur dan tersusun agar murid tahu bahawa tugasan mereka adalah selamat. Seperti yang telah dinyatakan pada arahan manual, pastikan semua kertas jawapan mengandungi nama atau pengenalan murid dan dan mengandungi tanda-tandan pengenalan yang diperlukan, Kembalikan atau hapuskan bahan yang tidak digunakan.
Jelaskan sebarang arahan terutama opsyen skoran, laporan atau ringkasan atau permohonan pengendalian. Permohonan semak semula atau analisa semula akan menambahkan kos.
Jika pentaksiran pemarkahan diadakan setempat, pastikan ianya dikumpulkan setempat bagi mengelak tugasan murid tidak bercampur aduk atau hilang,
Sebarang permasalahan yang berlaku ketika pentadbiran pentaksiran dijalankan akan menjejaskan skoran murid, oleh itu, pendidik boleh menentukan samada agar prosedur pentaksiran adalah berjalan dengan baik dan lancar.
Pastikan pentaksiran skoran adalah tepat dan seragam. Membenarkan murid membuat skoran terhadap diri sendiri atau rakan adalah dianggap tidak berkebolepercayaan. Pentaksiran prestasi hendaklah dijalankan oleh guru atau lain-lain pentaksir yang telah dilatih; dan pentaksir hendaklah mengunakan rubrik bagi menjamin kebolehpercayaan. Pastikan juga semakan dibuat agar kunci skoran yang dibina adalah betul dan menyemak respon sampel yang kecil akan membantu memastikan ketepatan

Jenis Prosuder dan Sumber Pentaksiran
Monday, August 30, 2010
Menggubal Item
Mengubal item mestilah berdasarkan sukatan palajaran dengan mengambil kira kehendak JPU dari segi kandungan dan kemahiran yang hendak diuji. Secara umumnya, kriteria yang perlu ada pada seseorang penggubal ialah;
- Menguasai isi kandungan sukatan pelajaran, termasuklah kesedaran tentang sebarang kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk mengusai mata pelajaran, kesedaran tentang kekeliruan atau kesilapan lazim dibuat pelajar dan kesedaran tentang kesukaran bandingan antara tajuk-tajuk yang ada. Kesedaran ini penting kerana sampel soalan perlu didasarkan pada kesukaran bandingan yang ada supaya kertas soalan tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu susah.
- Mempunyai objektif pendidikan yang rasional supaya dapat membezakan antara perkara penting diketahui oleh pelajar dengan perkara yang remeh temeh yang tidak perlu diuji.
- Memahami dan menyedari tahap pendidikan pelajar supaya soalan yang dibina dapat disesuaikan dengan kemampuan mental pelajar tanpa menjejaskan standard soalan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang menimbulkan sebarang keraguan atau perkara di luar liputan sukatan pelajaran.
- Mahir dalam perhubungan verbal supaya soalan yang ditulis tepat maknanya secara eksplisit dan implisit dan betul jalan bahasanya (kesilapan tafsiran terhadap item adalah kerana penggunaan kata-kata atau ungkapan yang kurang tepat).
- Mahir dalam teknik menulis item dengan menggunakan imaginasi dan daya cipta sendiri.
Tuesday, August 24, 2010
Panduan Membina Item
Keperluan menulis item
Soalan hendaklah berdasarkan Jadual Penentuan Ujian yang telah ditetapkan. Soalan digunakan untuk mentaksir perkara yang hendak diperkembangkan dalam diri pelajar melalui mata pelajaran. Penulis item mesti mengetahui spesifikasi item yang kan dibina seperti item subjektif, konstruk dan tajuk, aras kesukaran (pertimbangan profesional), peruntukan markah dan jenis pemarkahan.
Soalan hendaklah jelas dari segi tugasan dan perkataan
Pelajar sepatutnya tidak keliru dengan apa yang dikehendaki oleh soalan. Tajuk atau topik yang digunakan untuk menguji konstruk tertentu biarlah menguji kebolehan pelajar untuk menjawabnya dan bukanlah mereka berkehendak soalan. Pelajar mesti faham apa yang diperlukan bagi menjawab soalan.
Soalan hendaklah seberapa jelas dan tepat yang mungkin
Janganlah menggunakan perkataan yang tidak berfungsi sebagai hiasan (window dressing). Soalan biarlah terus tetapi janganlah terlalu ringkas hingga mengelirukan pelajar atau hingga tugasannya tidak jelas.
Elakkan soalan-soalan yang memerlukan jawapan 'ya' atau 'tidak'.
Misalnya "Setujukah anda dengan perancangan keluarga?" memerlukan jawapan 'ya' atau 'tidak'. Dari itu apakah patut ditulis? Adakah pelajar diperluakn memberi sebab-sebab atau hujah-hujah atau sebagainya. Pelajar cuma meramal kehendak soalan.
Soalan-soalan hendaklah berkemampuan mendiskriminasi antara pelajar lemah, sederhanan atau cemerlang
Topik atau soalan yang dikemukakan sepatutnya dapat memeringkatkan pelajar. Pelajar yang sederhana sepatutnya dapat menjawab soalan pada aras mudah dan sederhana sukar tetapi pelajar yang cerdas dapat menunjukkan kecerdasannya dengan dapat menjawab soalan mudah, sederhana dan sukar. Soalan sepatutnya memberi peluang kepada calon pintar menjawab dengan lebih mendalam.

Monday, August 23, 2010
Item Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis adalah bersifat evalutif. Ia melibatkan analisis yang objektif, jitu dan gigih terhadap setiap maklumat, dan data komunikasi. Pemikiran kritis boleh dilihat melalui kriteria seperti keobjektifan, kejituan dan kegigihan. Kewujudan pemikiran kritis boleh dilihat melalui petunjuk tertentu.
Item pemikran kritis mestilah mempunyai ciri-ciri berikut;
- Matlamat dimana hasil merupakan pertimbangan kritikal
- Kemahiran teras yang diperlukan ialah berkemahran menilai kemunasabahan idea
Keobjektifan: kebolehan membuat penilaian berasaskan kenyataan atau fakta sebenar atau tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau persangka sendiri. Contoh petunjuk untuk keobjektifan ialah;
- Alat berfikir yang dipilih betul dan sesuai seperti membandingkan dan membezakan, menciri, mengumpul, mengelas dan lain-lain.
- Hujah, alasan dan bukti berdasarkan data serta maklumat yang ada.
- Langkah bagi setiap alat berfikir yang telah dipilh diikuti dengan betul untuk membanding dan membezakan (i. Perhatiakan satu antara dua tau lebih objek, ii. Kenal pasti satu daripada ciri-ciri objek itu, iii. Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri-ciri yang sama, iv. Nayatakan ciri-ciri sama atau berbeza)
- Hujah, alasan dan bukti disokong dengan fakta yang tepat.
- Sumber maklumat atau data berwibawa.
- Mempelbagaikan kaedah
- Mengulangi semula kaedah yang digunakan
- Mengemukankan banyk bukti yang boleh diterima
- Mempunyai alasan terperinci.
Oleh itu untuk membina item pemikiran kritis ciri-ciri yang diperlukan ialah seperti berikut
- Situasi yang dibekalkan
- Set pengetahuan/kemahiran
- Peluang membuat penghakiman
- Peluang membuat keputusan
Friday, August 20, 2010
Item Pemikiran Kreatif
Pemikiran kreatif adalah bersifat generatif. Melibatkan penghasilan idea baru ataupun pengubahsuaian idea yang ada terhadap sesuatu komunikasi. Item pemikiran kreatif mestilah mempunyai ciri-ciri berikut;
1. Menjana kemungkinan
Kelancaran
Kebolehanyang dipamerkan melalui penghasilan idea yang banyak, pendapat, pandangan dan buah fikiran yang dipersembahkan melalui lisan grafik atau bertulis. Contoh petunjuk untuk kelancaran adalah seperti berikut;
Kebolehan mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea, pandangan, buah fikiran dalam pelbagai cara, kategori dan aspek. Contoh petunjuk untuk keluwesa adalah seperti berikut;
Kebolehan menghuraikan idea, pendapat, pandangan dan buah fikiran dengan terperinci secara sistematik. Contoh petunjuk untuk kejelasan ialah seperti berikut;
Kebolehan menghasilkan sesuatu idea, pendapat dan buah fikiran yang baru, luar biasa dan hanya sekumpulan individu sahaja yang mengemukakannya. Contoh petunjuk untuk keaslian ialah seperti berikut;
Kesimpulan
Oleh itu setiap item yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif bagi menjawab item pemikran kreatif, item tersebut perlu mempunyai perkara seperti berikut;
- Matlamat dimana hasilnya asli
- Kemahran teras yang diperlukan ialah berkebolehan menjana idea
1. Menjana kemungkinan
- Penggandaan idea (Kelancaran)
- Pelbagai idea (Fleksibel)
- Idea baru (Keaslian)
- Perincian Idea (Penerangan)
- Analogi/Metaphor
- Idea luar biasa perlu dipertimbangkan
Kelancaran
Kebolehanyang dipamerkan melalui penghasilan idea yang banyak, pendapat, pandangan dan buah fikiran yang dipersembahkan melalui lisan grafik atau bertulis. Contoh petunjuk untuk kelancaran adalah seperti berikut;
- Idea yang banyak berkaitan dengan tugasan yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik.
- Idea berterusan.
- Idea yang dipersembahkan dalam bentuk gambar (gambar mewakili banyak idea atau banyak idea diwakili satu gambar rajah)
Kebolehan mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea, pandangan, buah fikiran dalam pelbagai cara, kategori dan aspek. Contoh petunjuk untuk keluwesa adalah seperti berikut;
- Idea boleh ditokok tambah.
- Idea boleh diubahsuai
- Pelbagai penerangan yang rasional tentang idea yang berkaitan dengan tugasan.
- Pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan.
- Pelbagai ketegori tugasan.
Kebolehan menghuraikan idea, pendapat, pandangan dan buah fikiran dengan terperinci secara sistematik. Contoh petunjuk untuk kejelasan ialah seperti berikut;
- Idea dihuraikan kepada butiran atau bahagian yang kecil dan khusus (idea yang logik, fakta yang tepat atau mungkin tidak tepat)
- Idea tersusun dan mudah difahami.
- Gambar rajah berlabel menunjukkan bahagiannya yang lengkap.
- Langkah kemahiran berfikir secara kreatif dengan menggunakan alat berfikir seperti menjana idea, membuat inferens, menghubungkait, meramal, membuat hipotesis, mensentesis dan mengitlak mesti diikuti dengan betul
Kebolehan menghasilkan sesuatu idea, pendapat dan buah fikiran yang baru, luar biasa dan hanya sekumpulan individu sahaja yang mengemukakannya. Contoh petunjuk untuk keaslian ialah seperti berikut;
- Idea tidak sama dengan yang lain.
- Idea tidak seperti biasa.
- Idea belum ada.
- Kekerapan idea yang dikemukakan adalah amat rendah.
Kesimpulan
Oleh itu setiap item yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif bagi menjawab item pemikran kreatif, item tersebut perlu mempunyai perkara seperti berikut;
- Situasi dibekalan
- Set pengetahuan dan kemahiran
- Peluang bagi menjana idea
- Peluang menghasilkan produk
Thursday, July 29, 2010
Jadual Penentuan Ujian
Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari.
Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980)
"A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content on the other. The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" .
Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.
Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.
Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa depan.

Item Pemikiran
Item Pemukuran (Thinking Item) ialah item yang memerlukan pelajar/calon mengaplikasikan kemahiran berfikir untuk menjawab. Terdapat dua jenis pemikiran yang digunakan oleh pelajar/calon ketika menjawab item tersebut. Pemikiran kreatif dan pemikiran kritis adalah dua jenis kemahiran berfikir yang perlu diperkembangan oleh guru pada diri pelajar/calon, sebagaimana yang tertera dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun perlu diketahui bahawa kemahiran berfikir adalah luas serta pelbagai, dan tidak terhad kepada dua jenis sahaja.
Pemikiran Kreatif
Pemikiran Kreatif adalah bersifat generatif. Melibatkan penghasilan idea baru ataupun pengubahsuaian idea yang ada terhadap sesuatu komunikasi. Pemikiran Kreatif boleh dilihat melalui kriteria seperti kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian.
Pemikiran Kritis
Pemikran Kritis adalah bersifat evalutif. Ia melibatkan analisis yang objektif, jitu dan gigih terhadap setiap maklumat, data dan komunikasi. Pemikiran Kritis boleh dilihat melalui kriteria seperti keobjektifan, kejituan dan kegigihan.

Subscribe to:
Posts (Atom)