Showing posts with label Resepi Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Pilihan. Show all posts

Monday, July 14, 2014

MI BAKAR AYAM DAN KEJU


Bahan A

Ø  Parutan Keju 30 g

Bahan B

1.    Mi MAGGI BIG Kari 2 paket direbus & ditoskan tanpa perencah
2.    Telur 3 biji

Bahan C

1.    NESTLÉ Greek Yogurt Natural 2 sudu besar
2.    Sos Tomato MAGGI ½ cawan
3.    Mi MAGGI BIG Kari 2 paket(perencah sahaja)
4.    Bawang Putih 2 biji dicincang
5.    Lobak Merah 30 g dipotong dadu dan dicelur
6.    Bawang Merah 1 biji dicincang
7.    Kerisik 10 g
8.    Dada Ayam 500 g dipotong dadu
9.    Daun Limau Purut 3 helai dihiris
10. Daun Kunyit 1 keping dihiris
11. Minyak Jagung 1 sudu besar

Penyediaan
  1. Panaskan ketuhar hingga 180°C. Gaulkan ramuan B dan tuangkan ke dalam dulang pembakar.
  2. Bakarkan selama 15 minit atau sehingga masak.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan C sehingga kering.
  4. Ratakan ramuan B ke atas mi dan taburkan keju. Bakar selama 5 minit.
Sumber: http://www.maggi.com.my/

Friday, January 25, 2013

AYAM MASAK LEMAK

Bahan-Bahan:  
  • 1 ekor ayam, potong
  • 5 biji kentang dibelah 4 (direndamkan)
  • 4 batang serai, diketuk
  • 1 inci lengkuas, diketuk
  • Santan (2 biji kelapa parut dikisar dahulu)
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Dikisar Halus   
  • 10-15 biji cili padi
  • 8-10 biji bawang merah
  • 4-5 ulas bawang putih
  • ¾-1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
Cara Memasak
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan lengkuas
  3. Masukan bahan kisar halus (Tumis hingga harum baunya
  4. Masukkan ayam kacau sampai sebati
  5. Bila ayam kecut sedikit, tuang santan cair dan masukkan kentang (Kacau hingga mendidih dalam api perlahan).
  6. Bila kentang mulai empuk, masukan asam gelugor dan santan.
  7. Masukan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  8. Akhir sekali masukkan daun kunyit tunggu sekejap sehingga gulai benar-benar masak.

Tuesday, July 24, 2012

Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Di Musim Panas Atau Waktu Berbuka


Ramai kata susah nak dapat consistency yang lembut apabila membuat sagu gula Melaka. Kalau ia kenyal, rasanya kurang enak. Ia harus lembut sahaja apabila ditelan. Tak perlu kunyah.

Mungkin ramai tahu buat sagu gula Melaka. Tetapi Kjee yakin ramai jugak tak tahu macam mana nak dapat hasil yang lembut dan licin masuk ke tekak.

Sebenarnya tak susah buat kalau kita ikut cara pembikinan yang betul. Sebelum ini ada orang beri Kjee resipi. katanya 1 cawan sagu, 2 cawan air. First time Kjee buat, jadi kenyal. Tak tahulah samada hamba allah tu berikan Kjee resipi yang betul.

Anyway, atas dasar tak pernah puas hati dengan kegagalan, Kjee buat kali kedua tetapi Kjee standy by air panas dalam cerek. Dan masa buat (kali kedua) Kjee main tambah jer air sehinggakan Kjee rasa dapat consistency yang betul.

Kemudian menyesal pulak apabila tidak sukat betul2 air yang ditambah tadi. Yalah, kita kan suka nak kongsi resipi dengan kengkawan. So tak bolehlah main hentam jer bagi resipi kan?

Anyway, kali ketiga, Kjee buat macam ni. Kjee rendam dulu sagunya lebih kurang setengah jam. Kemudian Kjee jerang air dalam periuk mengikut ratio 1:4. Maknanya 1 sagu dan 4 air. Apabila airnya mendidih, Kjee masukkan sagu yang telah direndam dan ditoskan.

Kacau pantas2 guna api sederhana selama kira-kira 7 minit atau sampai tidak kelihatan 'mata ikan'. Mata ikan itu ialah sagu mentah yang masih kelihatan dalam biji2 sagu yang sedang dijerang itu. Maknanya, kita kena adjust sendiri sampai sagu betul2 masak.

Lepas itu, padam api dan tuang ke dalam acuan2 kecil, ramekins ataupun dalam satu bekas yang besar. Kemudian sejukkan di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Ada orang makan sagu gula melaka dengan curahan santan dan gula melaka. Tai Kjee lebih suka makan dengan curahan susu cair (evaporated milk) dan gula Melaka yang telah dimasak menjadi sirap dan dibubuh daun pandan.

Hidangkan ia sejuk. Amat sedap makan di musim panas.

Sumber: http://www.dapurkakjee.com/

Sunday, March 4, 2012

Kacang Kuda Rebus (Pedas)


Bahan-bahan
  • 500 g kacang kuda(rebus dgn garam hingga empuk dan toskan airnya)
  • 1 tangkai daun kari
  • 10 sudu besar cili boh
  • 2 ulas bawang merah (kisar halus)
  • 2 ulas bawang putih (kisar halus)
  • Gula, dan garam secukup rasa
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 4 sudu besar minyak
  • Sedikit air
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi. 
  2. Masukkan cili. Biarkan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air.Tambahkan air asam jawa, gula dan garam.
  4. Masukkan kacang kuda dan masak hingga kering.
  5. Sudah boleh dihidangkan

Thursday, December 29, 2011

Pajeri Nenas


Bahan-bahan:
  • Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 4 biji bawang mera
  • 2 biji bawang putih - Dihiris memanjang
  • Biji sawi
  • Gula sikit
  • Garam secukup rasa
  • Lada merah & hijau dibelah memanjang (jangan sampai putus)
  • Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:
  1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
  2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan lada dan biji saw

Monday, August 8, 2011

Roti Canai


Bahan-bahan ( 12-16 biji )
  • 550 gm tepung gandum
  • 250 gm air
  • 1 biji telur 50gm
  • 3 sudu besar susu pekat manis 60gm
  • 1 sudu teh garam-6gm
  • 1 sudu teh butter/margerin-15gm
  • 1-2 sudu besar tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
  1. Masukkan bahan ke dalam bekas, kacau hingga sebati
  2. Masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. Uli hingga jadi doh
  4. Rehatkan doh selama 10min
  5. Uli lagi selama 5min
  6. Ulang langkah 4 dan 5 sebanyak 3 kali.
  7. Lepas kali ke 3 proses uli an rehat, doh bertambah kenyal dan tidak  melekat. sekiranya proses pertama terasa doh melekat di tangan. Pada proses kedua uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 sudu besar)
  8. buat sebanyak lebih kurang 12-16 biji dan perap selama 3jam atau lebih.
  9. Setelah diperap bolehlah  dikibar.
Tip.
  • Lepas dibulatkan, hendakklah disapu dengan magerin, kemudian baru simpan, apabila masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek-penyek dahulu sebesar tapak tangan, dan rehatkan selama 10 min, sebelum dipenyek besar untuk proses kiba

Saturday, June 25, 2011

Sagu Kelapa


Bahan-bahan
  1. 1 cawan sagu (basuh dan tos)
  2. 1 cawan gula
  3. 2 cawan air
  4. Pewarna
  5. Kelapa parut digaul dengan garam
Cara-cara
  1. Masak gula dengan air hingga gula larut.
  2. Titikkan pewarna.
  3. Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
  4. Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
  5. Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
  6. Siap untuk dihidang.

Friday, March 25, 2011

Mee Bandung Muar


Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
  • ½ cawan udang hidup
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
  • Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • ¾ – 1 cawan gula pasir
  • 3 – 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
  • Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara memasak:
  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
  2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang
  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
  5. Hidangkan.

Monday, February 14, 2011

Lempeng Pisang


Bahan-bahan ( 3 keping )
  • 5 bij pisang
  • 3 sudu gula pasir
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Kelapa parut + sedikit garam
  • Daun pisang
Cara-cara
  1. Lenyek pisang dengan gula sampai hancur.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  3. Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.
  4. Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.
  5. Lipatkan daun pisang.
  6. Bolehlah dibakar di atas kuali leper.