Showing posts with label Wanita Syurga. Show all posts
Showing posts with label Wanita Syurga. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Darimiyah Al-Hajuniah Wanita Hajun Yang Berani


Ketika Khalifah Muawiah mengerjakan haji, beliau telah beliau ingin bertemu dengan seorang wanita dari Bani Kinanah yang bermukim di tanah Hijaz. Muawiyah memerintah orang-orangnya untuk mecari wanita tersebut untuk bertemu-bual. Orang-orang Muawiyah segera mencari Hajuniah dan membawanya mengadap Muawiyah. Tenyata wanita tersebut adalah perempuan berkulit hitam.

“Bagaiman keadaanmu wahai anak Ham?” Tanya Muawiyah. Khalifah Muawiyah memanggil anak Ham kerana hitamna. Ham adalah anak Nabi Nuh yang hitam, sedangkan anak Nabi Nuh yang putih ialah Sam. Semua keturunan Ham unmumnya hitam-hitam belaka, dan keturunan Sam adalah putih-putih belaka.

“Aku bukan anak Ham, tahu! Akau wanita Bani Kinanah!” bantah Hajuniah.

“Baiklah! Tahukah kamu mengapa aku utuskan orang memanggil kamu? Tanya Muawiyah.

“Tidak ada yang tahu pkara ghaib kecuali Allah.” Jawab Hajuniah

“Aku ingin betanyakan sesuatu.” Kata Muawyiah

“Tanyalah.” Jawab Hajuniah

“Mengapa kamu menyukai Ali bin Abi Talib dan membenci aku? Engkau berbaiah kepada Ali, tetapi mentang aku, Mengapa?” Tanya Muawiah.

“Aku rasa, tidak perlu aku mengatakanya.” Jawab Hajuniah.

“Kamu mesti mengatakannya.” Tegas Muawiyah

“Baiklah, aku akan mengatakannya dengan berterus terang. Aku menyukai Ali kerana keadilannya terhadap rakyat dan pembahagianya yang sama rata. Aku membenci kamu, kerana kamu telah membunuh orang lebih berhak menjadi khalifah daripada kamu dan permintaanmu yang bukan hakmu. Aku berbaiah kepada Ali sejajar dengan yang telah diakadkan oleh Rasulullahs.s.w., cintanya terhadap orang miski9n dan penghormatannya terhadap ahli agama. Aku menentang kamu kerana kamu orang suka menumpahkan darah (kaum musliman), kecuranganmu dalam membuat keputusan serta kamu menghukum mengikut hawa nafsu.” Jawab wanita tersebut.

“Apakah kamu pernah melihat Ali?” Tanya Muawiyah.

“Ya, saya pernah melihatnya.” Jawab Hajuniah

“Apakah yang engkau melihat padanya?” Tanya Muawiyah

“Aku melihat beliau tidah difitnah oleh tahta sebagaimana ia telah memfitnah kamu. Beliau juga tidak tertipu oleh nikmat dunia sebagaiman kamu telah tertipu olehnya.” Jawab wanita itu.

“Apakah kamu mendengar sesuatu perkataan daripadanya?” Tanya Muawiyah

“Ya, aku pernah mendengarnya. Perkataannya menerangkan hati dari kegelapan, sebagaimana minyak membersihkan karat.” Kata Hajuniah.

“Adakah kamu ingin sesuatu?” Tanya Muawiyah.

“Ya, berikan aku seratus ekor unta yang baik-baik, ang masih kuat untuk mengangkut barang dan diambil susunya. Jawab wanita itu

“Apa yang akan kamu buat dengan unta sebanyak itu?” Tanya Muawiyah.

“Agar menjadi sumber pendapatan bagi orang-orang dewasa, untuk menolong jiran-jiran dan susunya agar dapat dimanfaatkan oleh bayi.” Jawab wanita itu.

“jika aku memberikan apa yang kamu minta itu, apakah aku akan dapat tempat di hatimu sebagaimana Ali?” Tanya Muawiyah.

“Tidak sama sekali” Wanita itu berterus-terang.

Mendengar jawapan itu, Muawiyah mencemuh wanita itu dengan membaca syair. “Demi Allah, seandainya Ali masih hidup, dia tidak akan memberimu apa-apa sedikitpun.”

Betul! Bahkan sehelai bulu pun dia tidak akan memberinya, kerana harta itu adalah milik kaum Muslimin.’ Balas Wanita itu

“Sudah! Suda! Bawa wanita ini pergi” kata Muawiyah yang merasa tersinggung.

Wednesday, March 21, 2012

Isteri Nabi Safiyyah binti Huyai Seorang Yahudi


Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sumber: http://www.ekeleh.com/

Sunday, November 27, 2011

Hamnah binti Jahsy Pahlawan Perang Uhud


Hamnah binti Jahsy adalah saudara Ummul Mukmin Zainab. Ia adalah isteri Mush’ab bin Umair yang terbunuh dalam perang Uhud. Kemudian ia dikahwin oleh Thalhah bin Ubaidillah, yang melahirkan anak bernama Muhammad bin Imran.

Hamnah binti jahsy merupakan salah seorang wanita yang berbai’ah kepada Nabi Muhammad s.a.w., dan ikut serta dalam perang Uhud, untuk member minuman orang-orang yang kehausan, merawat dan mengubati orang-orang yang terluka.”

Ibnu Sa’ad berkata; “Rasulullah s.a.w. pernah memberinya makanan dari harta di Khaibar sebanyak tiga puluh wasaq.”

Ibu Hamnah ialah Umaimah binti Abdul Muthalib dan ia juga merupakan ibu kepada kepada Muhammad bin Thalhah yang terkenal banyak bersujud kepada Allah. Ia juga merupakan contoh yang baik untuk diteladani dalam pergorbanan dan perjuangan untuk menegakkan agama Allah.

Kedudukkan Hamnah binti Jahsy dalam perang Uhud standing dengan kaum lelaki. Diriwayatkan “Ia datang ke tempat pertempuran untuk mengambil orang terluka lalu mengubatinya”.

Hamnah adalah seorang pejuan wanita yang tabah dan ikhlas. Ketika suaminya Mush’ab bin Umair syahid dalam peperangan Uhud, ia menerimanya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Sehingga Allah menggantikannya dengan Thalhah bin Ubaidillah, salah seorang sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga.

Nama Hamnah binti Jahsy, Mush’ad bin Umair dan Thalhah bin Ubaidillah sering disebut-sebut oleh orang ramai, sepanjang zaman. Mereka adalah lambang perjuangan dan pengoraban untuk diikuti kita di zaman ini.

Wednesday, July 13, 2011

Mencari Zinnirah Di Alaf Baru


Allah..., Allah..., Allahu Akhbar, Allah Yang Maha Besar. Begitulah rintihan yang kedengaran daripada bibir merekah seorang wanita dek lapar dan dahaga menanggung derita kerana beriman.

Bayangkanlah betapa siksanya ditelentangkan di tengah padang pasir yang panas terik. Sedangkan badannya dihempap batu besar lagi berat. Kemudian disebat bertubi-tubi. Tetapi keadaan begini tidak sedikit pun memesongkan hati Zinnirah daripada meyakini kewujudan dan keesaan Allah. Hatinya berbisik, “Ini untuk-Mu wahai Tuhan-ku. Aku membeli kesusahan ini untuk kesenangan akhirat kelak. Aku sedar untuk memperoleh syurga terpaksa melalui ujian berat. Sedangkan jalan ke neraka itu di pagari nikmat.”

Penyiksaan demi penyiksaan diterima oleh Zinnirah dengan penuh tabah. Kaki dan tangannya diikat. Tamparan serta tendangan yang hinggap di tubuhnya tidak sedikit pun mengubah fikiran Zinnirah. Begitulah keadaan hamba perempuan Umar al-Khattab yang telah memeluk Islam sebelum tuannya sendiri beroleh hidayah Allah. Umar yang terkenal bengis semasa jahiliyahnya tidak pun menaruh belas terhadap hamba-hambanya yang memeluk Islam. Kesemuanya disiksa dengan dahsyat!

Zinnirah termasuk di kalangan generasi awwal yang memeluk Islam. Pasti dia telah menerima seruan Rasulullah secara rahsia. Zinnirah menerima cahaya keimanan itu dengan hati yang insaf dan sedar bahawa Yang Maha Pencipta sajalah yang berkuasa ke atas hamba-hamba-Nya. Dia menunaikan ibadtnya secara sembunyi pada waktu malam.

Dalam keheningan dan kesunyian malam, dia sujud memohon pertolongan Allah. Setiap kali ayat-ayat Al-Quran dibacanya, pasti tidak henti-henti airmatanya berlinangan. Bilamana terbaca ayat Al-Qur’an yang menggambarkan siksaan api neraka, dia menangis hingga pengsan. Jiwa tauhid tertanam tebal dalam dirinya, tiada suatupun dapat mempengaruhinya melainkan kekuasaan Allah.

Penyiksaan terhadap Zinnirah berada di kemuncaknya bilamana kedua-dua matanya dicucuk dengan besi tajam. Akhirnya gelaplah seluruh penglihatannya. Terlalu zalim penyiksaan tersebut. Namun hatinya masih mampu berbisik, ‘Ya Allah, aku lebih rela dibunuh daripada menjual agama-Mu. Semakin dahsyat penyiksaan ini, semakin kurasai kehebatan dan keagungan-Mu. Panahan cinta-Mu itulah yang menguatkanku menanggung azab ini. Ya Allah! Berilah petunjuk kepada orang yang menyiksaku...”

Bukan sahaja Zinnirah tidak berdendam, malahan ketabahnnya semakin mendalam. Meski pun matanya telah buta tetapi hatinya tetap celik dan berupaya melihat cahaya kebenaran Islam. Begitulah hakikat iman, kesannya terhadap hati memang luarbiasa. Apatah lagi jika disertai dengan pengorbanan yang sangat besar seumpama yang telah dikorbankan oleh Zinnirah. Ini bertepatan dengan maksud firman Allah yang berbunyi, “Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akn memberi petunjuk kepada hatinya Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS At-Taghaabun: 11)

Apabila melihat keadaan Zinnirah, orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainkannya supaya terpesong daripada Islam. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari tuhan mereka, Latta dan Uzza. Zinnirah menolak dakwaan itu dengan pendiriannya yang tegas. Dia tahu dengan jelas, Latta dan Uzza itu hasil ciptaan tangan orang-orang kafir Quraisy. Bila-bila masa saja ia boleh dimusnahkan, dan sudah tentu tidak mungkin buatan manusia tidak dapat mendatangkan sesuatu bencana maupun rahmat.

Zinnirah tetap menegaskan, bahawa matanya buta atas kehendak Allah. Maka hanya Allah jua yang akan dapat menghilangkan bencana yang ditanggungnya. Dengan pendirian Zinnirah itu, bertambah-tambah kemarahan orang-orang kafir Quraisy. Mereka memperhebatkan lagi siksaan terhadap Zinnirah dan terus mencabarnya untuk membuktikan kebenaran pendiriannya itu. Zinnirah terbukti tegas dan tabah. Keyakinannya tidak sedikit pun tergugat dan berganjak. Semuanya ini tidak sia-sia di sisi Allah. Ketabahan luar biasanya itu telah beroleh ganjaran yang ajaib!

Allah Yang Maha Berkuasa telah mengembalikan penglihatan Zinnirah! Malahan matanya dapat melihat dengan lebih terang dari sebelumnya. Ditambah dengan sesuatu yang menakjubkan; sinaran mata Zinnirah menyilaukan pandangan orang-orang kafir Quraisy! Begitulah pertolongan Allah kepada Zinnirah untuk menambah kekuatan imannya. Saydina Abu Bakar As-Siddiq sendiri datang menebus Zinnirah dengan harga yang tinggi. Mulai saat itu bebaslah Zinnirah daripada penindasan orang-orang kafir Quraisy.

Begitulah Islam datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan terhadap selain daripada Allah. Manusia seluruhnya hanya wajib memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Setiap Muslim mesti berpegang teguh dengan prinsip, ‘Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.’ Di situlah juga terletakkannya keunggulan generasi awal Islam bertepatan dengan maksud firman Allah, “ Kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang memperbuat kejahatan.” (QS Ali-Imran:110)

Bagaimana pula kita sebagai anak muda Islam hari ini? Anak muda hari ini disifatkan sebagai bakal pemimpin hari esok. Anak muda hari esok pula pasti akan mewarisi watak remaja hari ini. Sedangkan untuk mewarisi segala bentuk kebaikan, anak muda hari ini sepatutnya mencontohi anak muda masa silam. Yang dimaksudkan dengan anak muda masa silam ialah generasi awal Islam yang Rasulullah didik dengan prinsip Islam. Hati mereka telah ditanam dengan iman yang mendalam.

Untuk menjelmakan hakikat ini dalam kehidupan kita, setiap pengetahuan Islam yang telah kita pelajari selama ini mestilah diamalkan sepenuhnya. Tidaklah tinggal sebagai ilmu pengetahuan semat-mata. Dengan benar-benar melaksanakan tuntutan Islam kita akan berjaya menepis sebarang pujukan syaitan yang sentiasa berusaha menghalang kita daripada menghambakan diri semata-mata kepada Allah.

Apabila kita fokuskan penelitian ini ke atas anak gadis dewasa ini, kesan yang akan wujud dalam masyarakat masa depan sangatlah besar dan penting. Ini berdasarkan pendapat, apabila baik wanita sesebuah masyarakat itu, maka akan baiklah juga masyarakat tersebut. Wanita juga disifatkan sebagai tulang belakang dalam kehidupan berkeluarga. Justru itu persediaan seawal usia remaja mestilah diberi perhatian. Supaya hati mudah terpimpin untuk mematuhi perintah Allah sepertimana keyakinan dan ketaatan yang dimiliki oleh Zinnirah. Hanya hati yang demikian akan bebas daripada cengkaman nafsu. Hati tersebut merdeka daripada sebarang rasa gelisah serta menjamin pemiliknya beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan lain perkataan mengecap kebahagiaan di dunia manakala di akhirat beroleh syurga idaman.


Wallahu’alam.
Ummu Anas.

Sumber: http://www.haluan.org.my/

Monday, May 9, 2011

Ummu Kulsum berhijrah ke Madinah


NAMA sebenarnya ialah Ummu Kulsum binti Uqbah bin Abi Muith al-Amawiyyah al-Quraisyah. Bapanya merupakan seorang musuh Islam yang kuat. Sementara ibunya bernama Arwa binti Kuraiz merupakan srikandi yang memberi sumbangan kepada Islam.

Ummu Kulsum mempunyai saudara tiri yang bernama Usman bin Affan. Manakala adik-beradik kandungnya sebanyak enam orang iaitu al-Walid, Imarah, Khalid, Ummu Kulsum, Ummu Hakim dan Hindun.

Ummu Kulsum seorang wanita yang berani, cekal dan tabah. Hal ini terbukti semasa Ummu Kulsum di tahan oleh orang kafir Quraisy. Mereka menahan Ummu Kulsum daripada ikut serta berhijrah ke Madinah.

Semasa di Mekah, orang kafir Quraisy telah menyeksa Ummu Kulsum dan wanita Islam yang lain. Namun penyeksaan yang diterima oleh Ummu Kulsum tidak mematahkan semangatnya untuk berhijrah ke Madinah. Pada suatu hari, Ummu Kulsum telah mendapat satu idea. Dia ingin berhijrah ke Madinah sendirian.

"Saya rasa dengan cara ini mungkin saya boleh berhirah ke Madinah," bisik Ummu Kulsum sendirian.

Ummu Kulsum mendapat idea, lalu dia pun pergi ke luar rumahnya menjuju ke kampung yang terletak di padang pasir. Perkampungan itu agak terpencil. Ummu Kulsum pergi ke rumah saudaranya yang tinggal di kampung itu.

"Sudah agak lama awak tidak datang ke sini," kata saudaranya.

"Saya sibuk di rumah. Sekarang ini baru saya ada masa lapang," balas Ummu Kulsum.

Mereka berbual panjang. Kemudian Ummu Kulsum bertanya kepada saudaranya, "Bolehkah saya bermalam di sini?"

Saudaranya pun menjawab, "Boleh, apa salahnya. Awak tinggal di sini lebih lama pun tidak mengapa. Kita ini bersaudara. Elok kita jalinkan tali silaturrahim. Banyak pahala dan berkatnya."

"Terima kasih. Saya bercadang untuk tinggal di sini dua atau tiga hari lagi. Kemudian saya perlu pulang ke rumah semula," jelas Ummu Kulsum.

"Baiklah," jawab saudaranya.

Ummu Kulsum bermalam di rumah saudaranya. Dia berharap rancangannya berhijrah ke Madinah akan berjaya. Sampai masanya, Ummu Kulsum pulang semula ke rumahnya. Saudaranya juga tidak menghalangnya pulang ke rumah. Selang beberapa hari kemudian, Ummu Kulsum bersiap-siap seperti hendak ke rumah saudaranya lagi.

"Saya harap rancangan saya untuk pergi ke Madinah hari ini akan berjaya," bisik Ummu Kulsum sendirian.

Semasa dia bersiap untuk ke luar rumah, keluarganya menegurnya. "Awak hendak pergi ke rumah saudara awak lagikah?"

Sebelum ini keluarga Ummu kulsum sudah mengetahui bahawa dia pergi ke rumah saudaranya di perkampungan terpencil itu.

"Saya perlu bawa sedikit bekalan makanan," kata Ummu Kulsum.

"Ambil makanan ini," kata keluarganya sambil menghulur bekalan makanan kepadanya.

"Berhati-hati semasa dalam perjalanan ke sana," pesan keluarganya.

Ummu Kulsum terlepas daripada ditahan oleh ahli keluarganya. Dia terus berjalan meninggalkan rumahnya.

Kemudian datang seorang lelaki bertanya kepadanya, "Awak hendak kemana?"

"Ini bukan urusan awak. Mengapa awak ingin tahu?" jawab Ummu Kuslum.

Lelaki itu dengan beraninya berkata, "Awak tidak perlu takut dengan saya. Saya berasal dari Khazaah. Sekiranya awak tidak keberatan, saya sedia membantu awak."

"Lega rasanya bila dapat tahu lelaki ini dari Khazaah," bisik Ummu Kulsum sendirian.

Khazaah adalah satu wilayah pemerintahan Nabi Muhammad. Wilayah itu telah terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad.

"Saya adalah wanita Quraisy. Saya ingin berjumpa dengan Nabi Muhammad. Masalah saya sekarang ialah saya tidak tahu jalan hendak ke sana," jelas Ummu Kulsum.

Lantas lelaki itu berkata, "Saya tahu selok-belok jalan ke kota Madinah. Jika awak tidak keberatan saya boleh teman awak ke sana."

"Baik, saya setuju," jawab Ummu Kulsum.

Tanpa berlengah masa, lelaki itu pergi mengambil seekor unta. Unta itu diberikan kepada Ummu Kulsum untuk dinaiki. Mereka meneruskan perjalanan. Akhirnya mereka sampai di kota Madinah.

"Seronoknya saya. Dapat juga saya sampai di kota Madinah ini," bisik Ummu Kulsum sendirian.

"Terima kasih kerana sudi membantu saya," ucap Ummu Kulsum kepada lelaki itu.

"Sama-sama. Semoga awak berjaya berjumpa Nabi Muhammad," kata lelaki itu pula.

Akhirnya Ummu Kulsum berjaya berjumpa dengan Nabi Muhammad.

Oleh: Arbain Muhayat
Sumber: http://www.ipislam.edu.my/