Showing posts with label Pendidikan Teknikal Vokasional dan Kemahiran. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Teknikal Vokasional dan Kemahiran. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Transformasi Pendidikan Vokasional

INTI PATI UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA 06/01/2012 DI MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
 
  1. Selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional.
  2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan ‘High Income Economy’ atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi. Kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.
  3. Pendidikan Vokasional adalah laluan yang penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional untuk menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Pendidikan Vokasional perlu menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  4. Kementerian Pendidkan telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan. Negara Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship. Di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah negara maju juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil atau diploma.
  5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, bimbang negara tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.
  6. Pendidikan Vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.
  7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional iaitu: (1.- Transformasi kurikulum pendidikan vokasional, 2. - Transformasi institusi pendidikan vokasional, 3.- Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industry, 4. - Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional. 5. - Transformasi organisasi pendidikan vokasional).
  8. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS.
  9. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui “work based learning” dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.
  10. Amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan kepada pelajar KV. Graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti.

Wednesday, July 3, 2013

Perkembangan Profesinalisme Guru PAV Khas untuk Guru Mata Pelajaran Pendawaian Elektrik


































Jutaan Terima Kasih
 
Tn. Hj. Naza Idris bin Saadon (Ketua Sektor Pendidikan Teknikal dan Vokasional, BPK, KPM
Pn. Sharida binti Mohd Sharif (KPP, CIAST)
En. Anuar bin Mohd. Som (Ketua Unit Elektrik BPK, KPM)
En. Halim bin Jajuli (Pen. Pengarah BPK, KPM)
Tn. Hj. Abd. Ghani bin Ihwan(IPG, Teknik)
Guru-guru  PAV yang terlibat dengan Mata Pelajaran Pendawaian Elektrik di 10 buah SMK  pada 2013

Friday, January 4, 2013

Apa itu “Projret Based Learning (PBL)”?

Project Based Learning (PBL) atau Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP), adalah dimana murid perlu melalui proses masa untuk memberi respon terhadap pelbagai persoalan yang agak kompleks ketika merungkai sesuatu masalah atau cabaran. Guru akan menilai projek-projek yang dihasilkan oleh murid dengan melihat bagaimana projek tersebut dirancang, diurus, dinilai dan dipilh. Dengan Ini ia dapat membantu murid tersebut mempelajari kandungan di dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) atau Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). PBL adalah salah satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang selari dengan kemahiran amalan abad ke-21 (seperti kerjasama, komunikasi serta pemikiran kritikal), ia juga mewujudkan produk berkualiti tinggi, produk sahih untuk dipersembahkan.
Pembelajaran Berasaskan Projek akan bermakna dan berkesan sekiranya:
  • Isi kandungan yang yang diajar adalah signifiken: Matlamat untuk pembelajaran murid jelas diperolehi daripada standard kandungan dan konsep utama di tengah-tengah disiplin akademik. 
  • Melibatkan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kerjasama, dan pelbagai bentuk komunikasi: Soalan Memandu daripada guru sangat diperlukan untuk membantu murid mendapatkan jawapan bagi sesuatu pemasalah bagi menghasil Projek yang berkualiti tinggi. Murid perlu bukan sahaja mengingati maklumat tetapi mereka juga perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dan belajar untuk bekerja sebagai satu pasukan. Mereka perlu mendengar pendapat orang lain dan bersedia memberi idea, dan jelas ketika memberi pendapat. Selain daripada itu perlu membuat persembahan yang berkesan untuk menengahkan Projek mereka. Kemahiran, kecekapan dan tabiat fikiran tersebut merupakan elemen yang terdapat dalam "kemahiran abad ke-21”.
  • Melakukan siasatan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran serta mewujudkan sesuatu idea yang baru: Murid menimbul banyak persoalan, mencari jawapan, dan serta membuat kesimpulan, dan akhirnya murid bersedia untuk membina sesuatu yang baru: idea, tafsiran, atau produk.
  • Guru akan membuka Soalan Memandu murid mendapat jawapan: Kaedah akan menumpukan murid terhadap kerjanya dan mendalami pembelajaran mereka dengan merangka isu-isu penting ketika berdebat dalam melihat beberapa cabaran atau masalah.
  • Memberi gambaran untuk murid mendapatkan maklumat yang penting dan kemahiran yang diperlukan: Pembelajaran Berasaskan Projek bermula dengan membentangkan kepada murid dengan pengetahuan dan konsep dan kemudian memberi murid peluang untuk membentang idea mereka pula. Pembelajaran Berasaskan Projek bermula dengan wawasan produk akhir atau pembentangan. Ini mewujudkan konteks dan sebab untuk belajar dan memahami maklumat dan konsep.
  • Murid memberi pendapat dan membuat pilihan: Setiap murid belajar untuk bekerja secara bebas dan mengambil tanggungjawab apabila mereka diminta untuk membuat pilihan. Peluang untuk membuat pilihan, dan untuk menyatakan pembelajaran mereka dalam suara mereka sendiri, juga membantu untuk meningkatkan penglibatan pendidikan murid.
  • Proses semakan dan refleksi: Setiap murid belajar untuk memberi dan menerima maklum balas dalam usaha untuk meningkatkan kualiti produk yang mereka buat, dan diminta untuk berfikir tentang apa dan bagaimana mereka belajar.
  • Melibatkan orang luar bilik darjah: Murid membentangkan hasil kerja mereka kepada orang lain, di luar rakan sekelas mereka dan guru atau ibubapa. Kaedah ini adalah penting untuk meningkatkan motivasi mereka untuk melakukan kerja yang berkualiti tinggi, dan keaslian projek.
Mengapa menggunakan PBL?
Murid mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep dan standard di terhadap projek yang dihasilkan. Projek juga membina kemahiran kerja yang penting dan tabiat pembelajaran sepanjang hayat. Projek boleh membenarkan murid untuk menangani isu-isu masyarakat, meneroka kerjaya, berinteraksi dengan mentor dewasa, menggunakan teknologi, dan membentangkan kerja mereka kepada penonton di luar bilik darjah. PBL boleh memotivasikan pelajar dan meningkatkan penumpuanpembelajaran murid di dalam kelas.
 
Bagaimana PBL digunakan?
Sesetengah guru menggunakan PBL secara meluas sebagai penganjur kurikulum utama mereka dan kaedah pengajaran. Lain-lain menggunakan PBL kadang-kadang semasa tahun persekolahan. Projek berbeza dari segi tempoh, dari beberapa hari hingga beberapa minggu atau walaupun semester. PBL boleh menjadi berkesan di semua peringkat dan gred mata pelajaran serta sesuai dalam pendidikan vokasional dan teknikal.
 

Friday, November 30, 2012

Lebih ramai digalak ikuti Vokasional-Teknikal

2010/07/02

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan meningkatkan penyertaan pelajar mengikuti pendidikan Vokasional-Teknikal atau 'voctech', antara usaha untuk menyalurkan pelajar lelaki yang gagal melanjutkan pengajian di universiti awam ke bidang yang diminati, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyifatkan dominasi pelajar wanita di institusi pengajian tinggi fenomena global, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajar lelaki yang didapati gagal memberi tumpuan pada pelajaran selain dipengaruhi keadaan persekitaran.

“Kementerian Pelajaran meneliti perkara ini tetapi pada masa sama jika pelajar lelaki tidak berapa berminat dalam soal akademik, maka kita harus salurkan mereka ke bidang yang mereka minati.

“Sebab itu, ini ada kaitan dengan keputusan saya supaya kita tingkatkan pembelajaran dalam bidang vokasional, yang ini berlaku di lain-lain negara di mana kemasukan pelajar ke bidang vokasional sama banyaknya dalam bidang akademik.

“Mungkin di peringkat itu, pelajar lelaki boleh dikatakan lebih sesuai kerana mereka lebih mudah dalam kemahiran, perkara yang berkaitan vokasional, mungkin kita akan lihat ada kemajuan dalam satu saluran bidang lebih diminati pelajar lelaki,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Sebanyak 14 kertas kerja dibentangkan selain 12 sesi bengkel pada persidangan yang berlangsung selama empat hari berakhir hari ini.

Berita Harian semalam melaporkan pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.
Laporan turut menyebut jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran mensasarkan penyertaan pelajar yang mengikuti pendidikan `voctech' meningkat 20 peratus menjelang 2015, berikutan pelbagai usaha terancang dilaksanakan.

Katanya, fenomena dominasi pelajar perempuan bukan saja berlaku di Malaysia tetapi di banyak negara lain yang turut berdepan dengan keadaan hampir sama.

“Sebab musabab itu mungkin boleh dijadikan satu bahan perdebatan, yang pentingnya kita tidak rasa gusar mengenai hal itu kerana saya fikir pejuang gender wanita berbangga dengan pencapaian pelajar perempuan yang cemerlang dalam pendidikan, ” katanya.

Sumber: Berita Harian

Pendidikan vokasional untuk kurangkan jurang pelajar lelaki dan perempuan


Oleh Lisa J. Ariffin 

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Putrajaya hari ini melancarkan program latihan vokasional untuk mengurangkan jurang perbezaan antara jantina dimana pelajar perempuan terus melebihi pelajar lelaki di sekolah peringkat menengah.

Akhbar Straits Times (ST) di Singapura melaporkan hari ini kerajaan akan memperkenalkan di 15 buah sekolah untuk “memberi pendedahan kepada mereka yang lemah dalam bidang akademik bermula dari umur 13 tahun untuk mempelajari bidang vokasional seperti pertukangan dan pemasangan elektrik” untuk mereka terus berada di sekolah.

“Kita akan cuba untuk memastikan mereka tidak terkeluar dari sistem,” kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong dipetik dari ST hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong berkata mereka yang berada di dalam skim vokasional tersebut akan menerima sijil sebaik sahaja pembelajaran mereka tamat. — Gambar file

Beliau menambah, mereka yang berada di dalam skim tersebut akan menerima sijil sebaik sahaja pembelajaran mereka tamat, dengan sijil Tingkatan Empat untuk vokasional yang sama taraf dengan sijil Tingkatan Lima sekolah biasa.

Laporan ST turut berkata tujuannya untuk mengajar “mereka yang ketinggalan” untuk bekerja dalam kemahiran hidup, dan mengekalkan mereka di sekolah dan tidak berakhir di jalanan.

Fenomena “pelajar lelaki yang ketinggalan” ini disuarakan dalam Pelan Pendidikan Nasional peringkat awal yang dilancarkan bulan ini yang memberi amaran bahawa pelajar lelaki akan menjadi “masyarakat yang diketepikan dari segi pelajaran”.

Merujuk kepada pelan tersebut, akhbar ST turut melaporkan temubual bersama ibu bapa dan guru yang mencadangkan sesetengah pelajar lelaki yang mengalami kesukaran dengan ko-kurikulum akademik untuk dihantar ke latihan vokasional.

Berdasarkan laporan Unicef tahun lalu, dari 2005 hingga 2009, 34 peratus dari 500,000 pelajar sekolah rendah di Malaysia tidak ke sekolah menengah, kebanyakkannya lelaki, dengan 85 peratus yang berada dalam kelompok miskin.

Pelajar perempuan mewakili 70 peratus dari pengambilan universiti utama tempatan dan mempunyai keputusan lebih baik dalam peperiksaan dari sekolah rendah.

Pakar pendidikan Universiti Sains Malaysia Dr Abdul Jalil Ali berkata perubahan ke arah pendidikan vokasional boleh menjadikan semua pelajar mempelajari kemahiran hidup.

“Tidak semua boleh berjaya dalam bidang akademik. Negara juga memerlukan pekerja mempunyai kemahiran tinggi,” kata beliau kepada ST.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan harus melihat semula teknik pembelajaran untuk mengkaji cara pembelajaran lelaki dan perempuan yang berbeza, dimana pelajar perempuan dapat belajar dengan lebih baik di kelas sementara lelaki lebih gemar untuk bersikap pasif.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/

Friday, April 13, 2012

Tranformasi Kurikulum Pendidikan Vokasional di Malaysia


Kepentingan Pendidikan Vokasional ialah untuk membantu pelajar bagi menghadapi masalah pekerjaan setelah tamat persekolahan. Malah didapati kemampuan bekerja bekas pelajar vokasional lebih baik berbanding dengan individu yang tidak mempunyai latihan vokasional. Ini kerana latihan vokasional yang diterima di sekolah dapat menyediakan pelajar dengan kemahiran berguna dalam menyelesaikan masalah sewaktu bekerja (Ramlee et al. 2007). Boleh dikatakan, program latihan vokasional yang disediakan di sekolah adalah relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa serta bersesuaian daripada segi keupayaan fizikal dan mental pelajar itu sendiri Kurikulum yang dibina banyak menekankan dalam aspek pemilihan bidang kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan individu. Selain itu juga, kurikulum pendidikan vokasional tidak bersifat akademik dan tidak terlalu mencabar keupayaan intelek pelajar serta memberi penekanan dari aspek pembinaan sikap positif pelajar terhadap kurikulum dalam usaha menyerap isi kandungan yang ada seterusnya dapat menguasai kemahiran tersebut.

Sikap minat pelajar terhadap sesuatu pekerjaan akan timbul apabila kurikulum yang dibina mampu mengadaptasikan kebolehan dan kemahiran yang diperolehi di sekolah. Selain itu, kurikulum vokasional amat menekankan ke arah mendedahkan pelajar dengan kemahiran untuk bersosialisasi; kaunseling kerjaya; meningkatkan keyakinan diri/kendiri; hidup berdikari; latihan vokasional; menyesuaikan diri dengan pekerjaan, kemahiran membaca dan mengeja; kemahiran mengorganisasi dan mentadbir kewangan; penerapan bidang keusahawanan serta kemahiran mengawal diri yang merupakan kunci kejayaan dalam sesuatu bidang kerjaya

Transformasi Pendidikan Vokasional kini banyak memberi penumpuan secara mendalam berkaitan sesuatu kemahiran bersesuaian bagi tujuan memahirkan pelajar di samping akan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran insaniah dan kemahiran keusahawanan. Latihan industri juga diperkenalkan pada beberapa peringkat pengajian, iaitu asas pendidikan berasaskan pengeluaran selama sebulan, diikuti tambahan tiga hingga enam 6 bulan untuk praktikal di syarikat industr memenuhi keperluan dari segi keupayaan intelek, minat dan cita rasa pelajar. Keadaan ini menyebabkan tahap kecekapan, mutu dan kemampuan yang mereka perolehi mampu memberi keyakinan kepada bakal majikan untuk menerima mereka bekerja. Kurikulum Pendidikan kini juga menekankan bidang komunikasi dan pengurusan kerana kajian menunjukkan bahawa bekas pelajar bermasalah pembelajaran memiliki tahap kemahiran komunikasi dan motivasi yang rendah yang menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan. Kegagalan berkomunikasi dengan adalah berpunca daripada kegagalan mereka untuk berkomunikasi dalam masyarakat di samping ketidakupayaan melakukan tugas dengan berkesan seperti orang normal (Ramlee et al. 2007; McConkey 2001; Dayang 1997; Smith 1995; White 1992).

Kesimpulannya Kurikulum Pendidikan Vokasional yang dibangunkan sentiasa menumpukan usaha untuk melaksanakan pelbagai program transformasi dan inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.

Sunday, February 26, 2012

386 Perintis Program Asas Vokasional


15 sekolah menengah terpilih mula sistem pembelajaran beri kemahiran pada usia muda

PUTRAJAYA: Seramai 386 pelajar Tingkatan Satu menjadi perintis Program Asas Vokasional (PAV) membabitkan 15 sekolah menengah terpilih di seluruh negara selepas memulakan pembelajaran mereka sebaik sesi persekolahan baru dibuka dua minggu lalu.

Melalui program itu, pelajar didedahkan bidang kemahiran yang juga asas vokasional pada usia lebih muda, seterusnya melayakkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua sebaik menamatkan Tingkatan Tiga kelak.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata sekolah perintis itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak Selatan di Perak yang menawarkan kursus Automotif; SMK Sungai Rawang, Sepang, Selangor (Tanaman) serta SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang; SMK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, Kelantan dan SMK Beaufort, Sabah bagi kursus Penyediaan dan Penyajian Makanan.

Sekolah lain ialah SMK Datuk Menteri, Batu Pahat, Johor dan SMK Simpang Kuala, Alor Star, Kedah bagi kursus Pembuat Perabot; SMK Taman Perumahan Bedaun, Labuan (Visual dan Animasi); SMK Seri Pengkalan, Melaka (Pakaian dan Jahitan) dan SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara).

SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang pula menyediakan kursus Menservis Motosikal; SMK Arau, Perlis (Pakaian dan Jahitan); SMK Belaga, Sarawak (Pendawaian Elektrik); SMK Saujana, Setiu, Terengganu (Akuakultur) dan SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur (Hiasan Dalaman).

“Sepanjang enam bulan pertama ini, pelajar didedahkan dengan pengurusan diri, asas kemahiran selain diperkenalkan dengan bengkel serta peralatan yang akan digunakan kelak.
“Pembelajaran dijalankan secara hands on sepenuhnya selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga muda berkemahiran tinggi pada masa depan,” katanya, di sini.

Ahmad Tajudin berkata, tenaga pengajar membabitkan guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sedia ada yang sudah diberi kursus PAV yang baru diperkenalkan.

Katanya, silibus turut membabitkan beberapa mata pelajaran teras, selain diterapkan komponen jati diri, keusahawanan dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

“Kementerian bercadang memperluaskan PAV ke 150 sekolah membabitkan 20 pilihan kursus tahun depan.

“Keutamaan diberikan kepada pelajar lemah akademik, tetapi jika ada kekosongan, pelajar memiliki akademik sederhana yang berminat dipertimbangkan,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com/

Tuesday, October 18, 2011

Kajian Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional Daripada Perspektif Ibu Bapa Dan Guru


Pendidikan teknikal dan latihan vokasional selari dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Malaysia sebagai negara perindustrian. Perancangan sumber manusia yang cekap dan berkemahiran tinggi perlu dipertingkatkan melalui pendidikan dan latihan vokasional. Hasrat kerajaan bagi membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi dan mempunyai nilai kerja positif tidak selari dengan pengendalian kurikulum vokasional di sekolah-sekolah menengah. Manakala pendidikan vokasional terus mengalami imej negatif daripada ibu bapa dan guru-guru dalam memotivasikan pelajar terus menceburi laluan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional. Imej negatif terhadap bidang teknikal dan vokasional bukan sahaja di Malaysia, malah pelbagai negara di Asean dan Amerika Syarikat juga mempunyai persepektif yang hampir sama (Wancott, 2000; Gray, 1997; Kang and Bishop, 1986).

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempromosikan bidang teknikal dan vokasional oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sejumlah agensi yang berkaitan bagi meningkatkan minat pelajar dalam bidang tersebut. Pilihan ibu bapa dan pelajar masih lagi kepada pendidikan akademik berbanding pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Mengapa fenomena ini berlaku dalam abad ke 21, di pihak kerajaan ingin mencapai negara perindustrian, sebaliknya di pihak ibu bapa dan guru tidak nampak laluan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional merupakan satu potensi bagi mencapai negara perindustrian.

Jesteru itu, adalah penting untuk memahami dan memberi kesedaran kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar mengenai pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Tanggapan imej negatif terhadap pendidikan teknikal dan latihan vokasional perlu diterokai daripada pemengang kepentingan. Tujuan utama kajian ini adalah memahami tanggapan imej dan kebanggaan kerja dalam bidang teknikal dan vokasional daripada perspektif ibu bapa dan guru-guru sekolah menengah.

Kajian ini dijalankan di dua zon, iaitu, utara (Kedah) dan zon tengah (Selangor), dua buah sekolah telah dipilih bagi satu zon misalnya sekolah di bandar (Kajang) dan luar bandar (Dengkil) memadai bagi mendapatkan pandangan ibu bapa dan guru-guru. Persampelan bertujuan telah dipilih bagi memenuhi perbincangan kumpulan berfokus di sekolah dengan penyertaan ahli PIBG, iaitu, ibu bapa, guru kaunselor kerjaya, guru-guru. Analisis tematik telah dijalankan setelah temu bual berkumpulan dilaporkan secara verbatim, disusun dan ditafsirkan selepas kajian lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua tema utama iaitu, imej positif dan imej negatif mengenai pendidikan teknikal dan latihan vokasional dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru.

Walaubagaimanapun, imej negatif kekal kental dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru terutama bagi laluan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional. Pengkaji juga mengenal pasti beberapa isu baru, misalnya, pembaziran tenaga kerja negara, antaranya disebabkan kelemahan prasyarat pengambilan pelajar dalam sistem pendidikan teknikal dan vokasional; prasyararat matapelajaran Bahasa Melayu menghalang pelajar meneruskan pengajian peringkat sijil kemahiran, pelajar pengajian Islam dan Bahasa

Arab serta pelajar-pelajar cemerlang akademik dan pelajar perempuan yang berminat dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional perlu diambil kira sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi pada masa akan datang. Beberapa implikasi kajian telah dikemukakan sebagai cadangan pembentukan polisi bagi meningkatkan imej pendidikan teknikal dan latihan vokasional.

Sumber: http://www.nvtc.gov.my/

Monday, July 11, 2011

PENGGUNA HIJAU UNTUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR


Pengguna “hijau” merupakan seseorang pengguna yang mementingkan alam sekitar ini. Pengguna “hijau” membeli barangan yang mesra alam atau barangan eko. Barangan mesra alam atau barangan eko merupakan produk yang tidak mempunyai bungkusan atau kurang pembungkusan, diperbuat daripada bahan semula jadi atau produk yang tidak mencemarkan alam sekitar. Pengguna “hijau” akan menggunakan kenderaan hibrid dan sentiasa membeli produk yang dibuat daripada bahan kitar semula.

Teknologi “Hijau”

Bidang "teknologi hijau" merangkumi perkembangan kaedah dan bahan, daripada teknik untuk menghasilkan tenaga yang tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.

Dunia sedang menghadapi dua cabaran utama dalam bidang tenaga iaitu bekalan tenaga yang tidak mencukupi dan mahal serta kesan negatif aktiviti manusia ke atas alam sekitar.


Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara banyak bergantung kepada bekalan tenaga yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan ekonomi tersebut.

Sumber tenaga utama untuk penjanaan elektrik diperolehi daripada sumber fosil (seperti bahan api gas dan arang batu).

Sektor pengangkutan, industri pembuatan dan penjanaan elektrik telah dikenal pasti sebagai sektor utama yang menggunakan sumber bahan api fosil ini.

Kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Teknologi Hijau Negara yang dilancarkan pada bulan Julai tahun 2009. Dasar Teknologi Hijau Negara bertujuan untuk memacu perkembangan teknologi hijau di negara ini di samping memelihara alam sekitar.

Empat tonggak di bawah dasar tersebut ialah tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Bagi sektor tenaga, cabaran utama ialah untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui dan menggunakan tenaga dengan cekap.

Teknologi “hijau”

Keberterusan - memenuhi keperluan masyarakat secara terus-menerus sehingga untuk kegunaan pada masa hadapan tanpa merosakkan atau mengurangkan sumber alam. Ringkasnya, pertemuan keperluan sekarang tanpa mengurangi kemampuan generasi mendatang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.

"Rekabentuk dari “buaian ke buaian” (Cradle to cradle design) - menamatkan kitaran produk pengilangan yang berkonsepkan "buaian ke kubur", dengan mencipta produk yang boleh ditebus guna sepenuhnya atau digunakan semula.

Pengurangan Sumber - mengurangkan sisa buangan dan pencemaran dengan mengubah pola pengeluaran dan penggunaan.

Inovasi - mengembangkan teknologi alternatif - adakah bahan api fosil atau bahan kimia pertanian secara intensif - yang telah terbukti telah merosakkan kesihatan dan persekitaran.

Contoh bidang berkaitan teknologi ”hijau”

  1. Tenaga: Mungkin merupakan masalah yang paling mendesak untuk mewujudkan teknologi hijau. Ini termasuk pengembangan bahan api alternatif, yang merupakan kaedah baru untuk menghasilkan tenaga dan kecekapan tenaga.
  2. Bangunan hijau: Bangunan hijau meliputi semua aspek daripada pemilihan bahan binaan sehingga tempat bangunan tersebut berada.
  3. Persekitaran lebih suka membeli: Ini merupakan inovasi kerajaan yang melibatkan pencarian produk yang kandungan dan kaedah pengeluaran mungkin mempunyai kesan yang terkecil terhadap alam sekitar, dan mandat bahawa ia merupakan produk pilihan untuk pembelian kerajaan.
  4. Bahan Kimia hijau: Penemuan, desain dan aplikasi produk kimia dan proses untuk mengurangkan atau menghilangkan penggunaan dan pengeluaran bahan berbahaya.
  5. Nanoteknologi hijau: Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer, iaitu bersamaan dengan satu bilion meter. Sesetengah saintis percaya bahawa misteri perkara ini pada masa akan datang, yang bakal mengubah kaedah pengeluaran semua benda di dunia ini. cara bahawa segala sesuatu di dunia ini dicipta. ”Nanoteknologi hijau” adalah penerapan bahan kimia hijau dan prinsip-prinsip kejuruteraan hijau dalam bidang ini.
Kesimpulan

Era teknologi hijau merupakan satu tren yang tidak dapat dielakkan untuk mengurangkan kesan pemanasan global di dunia kita sekarang.

Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Sumber: http://www.konsumerkini.net.my/