Thursday, March 11, 2010

Competency Based Training and Instruction (CBT-I)

Sebelum seseorang individu memulakan kehidupan mereka sebagai seorang profesional, mereka telah menjalani pelbagai pengalaman, latihan dan pengetahuan. Bermula dari pra-sekolah dan berterusan hingga ke tahap akademik atau vokasional yang tinggi, kita telah dididik pelbagai guru dan jurulatih dengan bermacam-macam teknik dan pendekatan. Semua pakar di dalam sistem pendidikan juga telah pun pernah melalui proses ini sebagai pelajar.

Menurut pakar dalam membina modul pambelajaran dan latihan telah mengenalpasti terdapat tiga teknik dan pendekatan yang digunakan dalam proses pembelajaran pelajar, iaitu

1. Education

Satu kaedah am untuk mendapatkan ilmu yang akan mempersiapkan pelajar untuk sesuatu tugas atau keinginan mereka di masa hadapan. Ia selalu dikaitkan dengan persekolahan formal atau akademik.

2. Trainning
 
Merupakan satu kaedah mendapatkan ilmu dan kemahiran yang hasilnya ialah sesuatu prestasi yang khusus. Trainning biasanya akan membantu para pelajar melakukan sesuatu tugas yang baru dalam tugas semasa mereka atau membantu melaksanakan tugas sedia ada dengan cara yang berbeza dan lebih baik.

3. Instruction

Mengembelengkan kedua-dua education dan trainning untuk membantu pelajar memperolehi ilmu dan kemahiran yang baru untuk digunakan masa kini dan hadapan.
Bagaimana CBT-I dikatakan berbeza dengan pembelajar konvensional.
Perkataan Competency Based Trainning and Instruction bermakna pada akhir sessi para pelajar mampu meleksanakan tugas, atau menggunakan sesuatu set maklumat dengan cekap sekali. CBT-I direka dan disampaikan dalam satu kaedah yang membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dengan cekap dan berkesan.
Oleh itu, melalui kaedah CBT-I ia dapat membantu guru merancang dan mereka bentuk trainning dan instruction memadankan beberapa keperluan, bagi menghasilkan P&P yang lebih berkesan dan bermakna.

Wednesday, March 10, 2010

Tenaga Kerja Abad ke 21

 
Malaysia dijangka menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu negara akan mengalami modeninsasi dan perkembangan teknologi yang akan membawa bersamanya cabaran yang sudah pasti memerlukan tenaga manusia yang cekap, berkesan dan paling utama boleh berfikir.

Seseorang pekerja mungkin akan menukar jenis pekerjaannya sebanyak beberapa kali sepanjang hayatnya oleh kerana perubahan dan perkembangan teknologi. Ini hanya boleh berlaku kepada lulusan yang telah dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran berffikir yang membolehkan mereka menguasai teknologi baru dengan mudah dan dalam masa singkat.

 
Antara kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran menggunakan peralatan ICT, kecekapan mengendalikan maklumat, menyelesaikan masalah, bekerjasama, berkomunikasi, berfikir dengan kritis dan konstruktif (Perkins, 1986).

Para majikan kerapkali menyarankan pentingnya pelajar yang keluar dari sistem pendidikan formal dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan dan berfikir secara kritis dan konstruktif. Berdasarkan pengalaman mereka, ramai pelajar yang diambil bekerja kurang berinisiatif, tidak disemaikan dengan budaya ilmu untuk pembelajaran swepanjang hayat (life-long learning), dan bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan mereka.

Keupayaan Teras

Keupayaan teras (core abilities) adalah merupakan kemahiran yang diperlukan yang merentasi alam akademik dan alam pekerjaan. Kebolehan teras ini adalah luas, dan perlu dimiliki oleh seseorang lulusan.


Neil (1989) menyatakan bahawa walaupun sesebuah intitusi pendidikan memasukkan keupayaan teras ini ke dalam penyataan misinya, dan walaupun sesorang guru yang baik menghargai betgapa pentingnya aspek komunikasi, pengurusan maklumat, interpesonal dan penyelesaian masalah; keupayaan teras tidak dinyatakan pada peringkat pelaksanaan kursusu dan seterusnya tidak diterapkan ke dalam kurikulum. Hasilnya, kemahiran ini yang dikenal pasti sebagai penting, telah ditenggelami oleh objektif-objektif isi kandungan spesifik (content-specific competencies)

Mielke (1989) menyenaraikan tujuh keupayaan teras iaitu;
  1. bekerja dengan produktif
  2. belajar dengan efektif
  3. berkomunikasi dengan jelas
  4. bekerja dalam pasukan
  5. bertindak dengan penuh tanggungjawab
  6. menghargai diri dengan positif
  7. berfikir secara kritis dan kreatif

Tuesday, March 9, 2010

ADHD Gangguan Daya Tumpuan Kanak-kanak.

ADHD atau Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan merupakan masalah biologi dan merujuk kepada gangguan kurang daya tumpuan. Biassanya kanak-kanak yang tergolong dalam masalah ini mudah terganggu setiap kali memberi perhatian terhadap sesuatu perkara. Kajian saintifik menunjukkan ketidakseimbangan sejenis bahan kimia iaitu neurotransmitter dalam otak menyebabkan sesetengah kanak-kanak mengalami ADHD.

Gejala ADHD

Terdapat tiga kategori merupakan antara tingkah laku yang biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak ADHD
1. Hiperaktif
2. Kurang daya tumpuan
3. Tingkah laku impulsif

Masalah akibat ADHD

1. Masalah sosial

Kanak-kanak ADHD sering menghadapi masalah tiada kawan. Ini kerana sikap agresif yang ditimbulkan membuatkan mereka disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya

2. Masalah akademik

Kebanyakan daripada mereka yang mengalami ADHD biasanya akan menghadapi masalah akademik apabila melangkah alam persekolahan nanti.

3. Masalah keluarga

Akibat dari keagresifan diri, anak-anak ADHD sering menimbulkan masalah di rumah. Kadangkala ada ibu bapa yang bertindak luar batasan kerana tidak tahan dengan kerenah anak mereka yang sukar dikawal.

Rawatan ADHD

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan. Namun demikian hanya pakar perubatan yang berpengalaman sahaja dapat merawat kanak-kanak tersebut. Antara ubat yang digunakan ialah stimulat iaitu methyphenidate Namun begitu, ubat ini tidak dapat membantu kanaka-kanak ADHD pulih sepenuhnya. Ubat yang digunakan ini akan membantu kanak-kanak tersebut tenang dan menumpu perhatian, kesan ubat ini akan hilang selepas tiga hingga empat jam.

Bolehkah kanak-kanak ADHD disembuhkan?

Setiap penyakit ada penawarnya. Walau bagaimanapun, dengan adanya ikhtiar yang berterusan ia dapat mengatasi masalah kanak-kanak tersebut. Bagi mereka yang mempunyai anak ADHD, sentiasalah membantu mereka dengan cara yang lebih baik. Salurkanlah tingkah laku hiperaktif melalui latihan fizikal dan senaman. Apa yang dirisaukan segelintir kanak-kanak ADHD telah menunjukkan gejala ADHD sehingga dewasa.

Resepi Kuih Peniram



600g gula merah
21/2 gelas air sejuk
Garam secukup rasa
900g tepung beras
4 cawan minyak
daun pisang secukupnya


1. Masak gula merah dengan air sejuk sehingga hancur.
2. Masukkan garam. Angkat dan sejukkan.
3. Ambil tepung beras dan gaul dengan air gula yang sejuk.
4. Simpan lapan jam supaya adunan lembut.
5. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana.
6. Ambil adunan sejemput-sejemput, letak di atas daun pisang.
7. Lubangkan di tengah-tengah adunan.
8. Kemudian goreng sehingga berwarna merah tua.
9. Setelah masak, tus dan sejukkan.

Student Performance Assessment

Kaedah pentaksiran formatif atau student performent assessment perlu digunakan dengan meluas oleh semua guru bagi membantu meningkat kualiti pengajaran.Setiap kali guru telah tamat pengajaran sesuatu sub-topik dalam mata pelajaran yang diajar, guru mentadbir kuiz atau ujian (formative assessment) untuk menguji kefahaman murid. Ini bermakna dalam sesuatu topik akan terdapat beberapa skor pelajar dalam topik berkenaan. Guru membuat analisa kelemahan murid untuk mendapat maklum balas aspek sub-topik yang belum dikuasai pelajar dan guru boleh mengubahsuai strategi pengajaran untuk subtopik berkenaan. Ini bermakna guru menggunakan data emperikal untuk membangunkan profesionalisme guru itu sendiri. Disamping itu juga guru boleh berbincang dengan murid untuk mengetahui aspek pembelajaran yang pelajar sukar fahami. Di kebanyakan sekolah, pencapaian murid melalui pentaksiran sumatif sahaja digunakan.

Sebagai keperluan, guru perlu mahir dalam pembinaan item untuk menyediakan pentaksiran formatif. Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang taksonomi pembelajaran dan tahap kognitif dan memilih jenis item juga merupakan aspek pembangunan profesionalisme guru.

Monday, March 8, 2010

Kafein Menjejaskan Fungsi Insulin

Menurut laporan daripada penyelidik di Kanada pengambilan kafein boleh menyebabkan insulin kurang berfungsi untuk mengurangkan tahap gula dalam darah. Kesan ini didapati berlaku ke atas semua orang tidak kiralah sama ada dia pesakit diabetes ataupun tidak. Paling penting untuk diketahui ialah masalah ini tidak boleh diatasi walaupun dengan selalu bersenam.

Lazimnya, apabila kadar gula dalam darah meningkat, insulin akan dirembeskan untuk menurun semula tahap gula tersebut. Penurunan fungsi insulin bermaksud penurunan sensitiviti insulin. Dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada diabetes.

Menurut kajian Dr. Robert dari Universiti Queens di Kington, Ontario, mengdapati senaman tidak mampu memperbaiki tahap kebersanan insulin jika pesakit mengambil minuman berkafien.

Info lain tentang kafaien

Menurut Susan Brown, seorang pakar pemakanan dan ketua projek Pendidikan Osteoporosis di Amerika Syarikat, minuman yang mengandungi kafaien boleh menghalang penyerapan mineral dan  kalsium dalam tubuh. Dengan mengambil minuman yang mengandungi kafien lebih empat cawan sehari bermakna anada telah menghabiskan mineral seperti magnesium, sodium dan klorida yang ada dalam badan dengan sia-sia. Keadaan  ini seterusnya akan mengurangkan kandungan kalsium pada tulang.

Kafein di dalam kopi cepat diserap tubuh seterusnya berupaya untuk merangsang sistem saraf pusat dan membuat kita tidak mengantuk. Pada masa yang sama, kafein turut meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah.

Sifat kafein yang diuretik boleh menyebabkan seseorang itu sering membuang air kecil seterusnya mengakibatkan vitamin B dan C yang ada dalam tubuh turut keluar bersama urin.

Kafein tidak hanya terdapat dalam kopi tetapi juga dalam teh, coklat dan minuman ringan.

Minum tiga cawan kopi sehari bermakna kita telah mengambil 200 mg kafein. Keadan ini setrusnya memungkinkan kita mengalami simptom-simptom stress.

Ciri-ciri Pentaksiran Kompetensi


Pentaksiran kompetensi harus mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menjadikannya berkesan.

1. Fleksibel

Aspek fleksibel merujuk kepada waktu dan masa pentaksiran. Pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza. Jika diberi masa dan peluang, mereka berupaya mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Proses pentaksiran ini perlu kepada waktu pentaksiran yang fleksibel, yakni dilakukan apabila pelajar telah bersedia. Pendekatan ini disebut sebagai pentaksiran atas permintaan (assessment on demand)

2. Individual

Fokus pentaksiran ini ialah kemampuan individu dan bukan kumpulan. Ini boleh dilakukan kerana pelajar dan pentaksiran jelas tentang tahap perlu dicapai. Hasilnya skor pencapaian penguasaan peribadi boleh diberi tanpa membuat pembandingan dengan pelajar lain (skor yang berbentuk absolute, bukan relatif). Pendekatan ini merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar dan merujuk kriteria (criterion referenced). yang mana prestasi pelajar ditentukan berdasarkan kedudukannya dibandingkan dengan pelajar lain.

3. Mempertingkatkan Pembelajaran

Menerusi pentaksiran merujuk kriteria (criterion-referenced assessment) yang digunakan dalam pentaksiran kompetensi, prestasi pelajar ditentukan dengan membandingkan evidens yang diperolehi daripada pelajar dengan pernyataan kriteria. Ini berbeza dengan pentaksiran merujuk norma (norm-referenced assessment)

Pentaksiran Kompetensi Aliran Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT)  sekarang Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) memperkenalkan pendidikan berasaskan kompetensi (PBK) atau competency-based education pada tahun 2006 untuk aliran vokasional. Proses pengajaran adan pembelajaran pula menggunakan pendekatan modular di mana setiap mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) dibahagikan kepada beberapa modul. Setiap pelajar secara individu mengikuti modul yang ditetapkan dan perlu mempamerkan kekompetenan bagi setiap keteria yang terdapat modul yang diambil sebelum dibenarkan meneruskan pembelajaran modul seterusnya. Justeru, pentaksiran kompetensi yang digunakan adalah sebenarnya dari jenis rujukan kriteria (criterion-referenced). Manakala kaedah pensijilan yang digunakan adalah modular.

Pendijilan modular memberi maksud pengiktirafan kompetensi pelajar dalam suatu modul yang diambil. Pada sijil berkenaan akan dicatatkan semua modul yang pelajar telah kompeten. Pensijilan ini lebih bermakna kepada pelajar dan industri kerana ia memberi gambaran yang jelas tentang keupayaan pelajar. Ini adalah kerana pentaksiran yang telah dilaksanakan adalah merujuk kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Sunday, March 7, 2010

10 Tip Ibubapa menjadi Guru yang hebat kepada Anak2

  1. Sentiasa buat perancangan dan diikutinya.
  2. Patuhi! pembahagian masa. Latih keluarga juga perlu kerana masa tidak boleh dipersia-siakan. Ingatkan mereka masa itu emas.
  3. Anak-anak, baik lelaki atau perempuan, mesti diberi tanggungjawab supaya mudah mereka berdikari.
  4. Beri tempoh percubaan setiap kali tanggungjawab diberikan kepada anak supaya mereka tidak tertekan.
  5. Jangan menyerah bulat-bulat tanggungjawab yang diberi sebaliknya memantau dari masa ke semasa.
  6. Jika meningggalkan anak di rumah, talipon selalu!
  7. Jangan abaikan waktu rehat kerana ia membantu mencergaskan badan dan menenangkan fikiran. Badan yang letih membuat kita gagal berfikir dengan baik dan mudah marah.
  8. Mesti tegas dengan peraturan yang dibuat. Memang sukar pada awalnya tetapi lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan.
  9. Ibu bapa mesti menunjukkan contoh dengan mematuhi peraturan dibuat secara langsung, anak-anak akan mengikut.
  10. Sentiasa tekankan kepentingan displin pada keluarga agar mereka juga berdisplin di sekolah dan apabila melangkah ke alam kerja kelak.

KeNapa KiTa Perlu PuJi AnaK ????

Sesiapapun suka dipuji, tetapi ibu bapa sering lupa bahawa anak kecil juga ingin dan seronok dipuji. Pujian , kasih sayang dan perhatian ibu bapa kepada si manja adalah satu bentuk komunikasi melalui body language, pandangan mata serta perkataan.

Pakar psikologi mengatakan perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anda sebagai ibu bapa akan memberikan kesan positif kepada perkembangan jiwa anak anda.

Mereka akan membesar menjadi anak yang percaya pada diri sendiri dan tidak mudah kalah dalam menghadapi sebarang Cabaran dalam kehidupan ketika meniti hari-hari menuju
dewasa.

Pujian adalah salah satu cara anda menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak anda. Antara tips-tips ketika memberi pujian kepada anak-anak kita :

1. Renung mata anak kita semasa memberi pujian

2. Sebut nama penuhnya dengan Penuh perhatian

Contohnya; ‘mama bangga, Nur Qistina , Nur Yasmin pandai berus gigi sendiri. Tengok gigi cantik, bersih dan putih’

Contohnya;’wah! Nur Yasmin , Nur Qistina tolong mama angkat beg. Mama sayang kamu berdua’

3. Cuba Elakkan dari bercakap dengan nada memuji di awal percakapan kemudian ditambah kritikan di akhir kata

Contohnya; ‘wah! Bilik anak mama hari ini kemas, selalunya macam kapal pecah’

Contohnya; ‘Baiknya Luqman, bagi pinjam mainan pada kawan, jangan nakal seperti semalam’

Mungkin anda sukar mencari masa yang sesuai untuk memuji anak. Tetapi berusahalah dan mulakan dengan memberi pujian perkara-perkara yang kecil. Tanpa pujian daripada ibu bapa seorang anak akan mencari cara negative untuk mendapatkan perhatian anda. Anda tidak perlu bimbang memberi pujian. Si kecil anda tidak akan menjadi manja atau besar kepala kerana anda sering memujinya.