Monday, May 24, 2010

Kedatangan Nabi Isa a.s.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam'an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: "Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara."

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: "Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik."

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun.

Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin."

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: "Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

"Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata:

"Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau." Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

"Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: "Bukakan pintu itu." Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

"Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

"Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: "Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam."

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: "Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini."

Rasulullah s.a.w berkata: "Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

"Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

"Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya."

Ibnu Katsir berkata: "Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: "Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya.

Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: "Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia."

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam."

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas'ud, dari Rasulullah s.a.w: "Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: "Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa." Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: "Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa."

"Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: "Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: "Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia."

Kata Nabi Isa lagi: "Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.

Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum."

Tambah beliau lagi: "Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut."

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: "Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji."

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun.

Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka'ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.


Sumber: Muhd Afiq - http://smzblog.wordpress.com

Etika Perniagaan


Etika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'ethic' yang bermakna sikap dan yang menentukan tingkahlaku manusia. Etika menurut Velasquez M.G. ialah suatu aktiviti yang mengkaji standard moral seseorang atau masyarakat dan persoalan bagaimana standard tersebut diamalkan atau digunakan dalam kehidupan dan sama ada standard tersebut baik atau tidak baik. Manakala dalam kebanyakan kamus mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip yang mengawal tingkahlaku individu atau kumpulan.
Secara kesimpulannya boleh dikatakan etika sebagai kajian ke atas nilai dan moral yang dilaksanakan dalam sebuah masyarakat dan juga tentang baik atau tidak baik nilai tersebut. Prinsip etika perlu dihormati, disanjungi dan dipertahankan oleh setiap usahawan. Etika mencakupi tanggungjawab sosial kerana etika memberi satu kerangka yang menyeluruh. Nilai etika merupakan suatu yang subjektif dan bergantung kepada tanggapan masyarakat terhadapnya.

Sunday, May 23, 2010

Tanda-tanda dan Sifat Orang Mati Su’ul Khatimah – Tidak Sempat Mengucap Syahadah Selepas Nazak


Orang yang mengakhiri hayat dengan mengucap syahadah ia dianggap meti dalam keadaan beriman dan jika tidak sempat, maka pada zahirnya ia dikira mati dalam keadaan su'ul Khatimah. Kerana kehidupan seseorang dinilai pada hujung hayatnya, apakah ia mengakhiri hayatnya dengan iman atau tidak. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

    "…sesungguhnya amalan akan dinilai pada akhir hayat seseorang"
Terdapat banyak hadis menerangkan tentang tanda seorang itu mati dalam keadaan beriman dan dianggap ahli syurga ialah jika ia sempat mengucap syahadah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    "Siapa yang di akhir hayatnya, (ketika hampir mati) sempat menyebut LA ILA HA ILLAH, maka pasti ia masuk Syurga." (Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Rasulullah s.a,w, bersabda yang bermaksud:

    "Barangsiapa yang membaca kalimah tayyibah (Lailahaillahallah) dengan niat semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, ketika itu ia mati, maka ia masuk dalam syurga. Siapa yang berpuasa dengan niat mencari keredhaan Allah dan ketika ia sedang berpuasa ia mati, maka ia masuk syurga dan demikian barang siapa bersedekah akan suatu perkara, lalu ketika itu ia mati, maka ia kan masuk syurga."Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar kita mendekatkan diri dengan orang yang hampir hendak mati dan mengajarkan (mentalqinkan) kepadanya kalimah syahadah.

Kalimah syahadah itu, bukan sahaja patut diajarkan kepada orang islam sahaja, ketika ia sedang hampir mati tetapi kepada orang bukan islam pun kita patut ajarkan, apabila ia hampir mati.

Perbuatan itu hendaklah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang pernah menjadi pelayan Baginda. Ketika pemuda yahudi itu sakit dan hampir mati, Rasulullah s.a.w. menziarahinya dan mengajar kalimah syahadah hingga pemuda yahudi tersebut mati dalam keadaan mengucap syahadah, yakni mati beriman.

Kisah di atas menjelaskan kepada kita bahawa usaha untuk mengajak dan mengislamkan orang bukan islam bukan ketika ia hidup dan di waktu sihat sahaja tetapi sehingga hampir mati pun kita digalakkan supaya menziarahinya dan mengajar kalimah syahadah. Hal itu pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Apabila ia dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bererti telah menjadi sunnah Rasullah s.a.w. yang patut kita ikuti.

Akan tetapi sekarang ini siapakah di antara orang islam yang mahu melakukan pekerjaan mengajak orang bukan islam kepada islam sehingga hampir mati pun sanggup menziarahi dan mengajarnya akan kalimah syahadah? Kita hari ini bukan hendak mendekati orang bukan islam untuk tujuan berdakwah, tetapi sebaliknya kita suka sekali memusuhi orang bukan islam, tanpa mengira tahap kekafiran mereka (kafir harbi atau kafir zimmmi atau kafir musta' atau kafir ma'had)

Sikap memusuhi semua orang bukan islam tanpa membezakan jenis kekafirannya mereka adalah merugikan perjuangan islam. Islam tidak memusuhi semua orang bukan islam, kecuali mereka yang memerangi umat islam. Secara umumnya kita umat islam disuruh menunjukkan akhlak yang mulia terhadap semua manusia supaya dengan itu, orang bukan islam lebih tertarik dan menganut agama islam. Sekiranya mereka tidak menganut agama islam, sudah memadai mereka tidak memusuhi penganut agama islam.

Nabi Zulkifli amanah, penyabar


NABI seterusnya, Zulkifli, anak Nabi Ayub. Nama sebenarnya Basyar, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya.

Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.

Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai: "Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya."

Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata: "Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?"

Sejurus itu, sahut seorang pemuda bernama Basyar dengan suara yang lantang: "Aku sanggup." Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.

Beliau adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud: "Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."


Kemudian Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani rakyatnya dengan baik. Pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah.

Satu hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya ketika beliau tidur. Kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan urusan dengan raja (Zulkifli), tetapi tujuan sebenar mahu menggoda.

Kedatangannya disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus dapat berjumpa dengan beliau.

Disebabkan tetamu itu tidak mahu beredar, malah meminta urusannya diselesaikan segera, Zulkifli keluar menemuinya. Selesai urusan itu, tetamu berkenaan terus beredar. Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mahu menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah tetap bersabar.


Satu hari berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan orang yang derhaka kepada Allah. Raja Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi dibantah.

Rakyatnya berkata: "Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang."

Mendengar perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa: "Ya Allah, aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan. Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka."

Tidak lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu: "Wahai Zulkifli, Aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya Aku akan kabulkan."

Nabi Zulkifli digolongkan dalam al-Quran sebagai orang yang sabar dan soleh. Firman Allah bermaksud: "Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa dan Zulkifli. Semuanya orang yang paling baik."

Zulkifli yang dinyatakan melalui al-Quran itu bukannya Kifli seperti dinyatakan dalam sebuah hadis (hasan) yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tirmizi, iaitu: "Kifli yang berasal dari kalangan Bani Israel tidak menjaga diri daripada dosa.

Ada seorang wanita muda datang kepadanya, lalu Kifli memberi wang 60 dinar kepadanya dengan maksud wanita itu setuju disetubuhi. Setelah Kifli siap melakukan persetubuhan itu selayak seorang suami ke atas isteri, tiba-tiba wanita itu gementar dan menangis.

Kifli bertanya kepada wanita itu: "Kenapa kamu menangis? Apakah kamu tidak mahu? Wanita itu menjawab: "Tidak, tetapi perbuatan seperti itu aku belum pernah lakukan dan aku mahu lakukannya kerana ada keperluan yang mendesak."

Kifli berkata: "Jadi, baru kali ini kamu melakukan perbuatan seperti itu. Sebelum ini kamu belum pernah melakukannya." Kemudian Kifli melepaskan wanita itu dan berkata: "Pergilah kamu dan bawalah dinar yang telah aku berikan kepadamu.

Kemudian Rasulullah bersabda:, "Demi Allah, Kifli tidak melakukan maksiat terhadap Allah selamanya. Selepas itu Kifli meninggal dunia pada waktu malam dan di pintunya tertulis, Allah memberikan keampunan kepada Kifli."

Mengikut teori pada sanad hadis itu, Kifli yang diceritakan dalam hadis berkenaan bukan Zulkifli kerana ia menyebut perkataan Kifli saja, dengan tidak mengaitkan perkataan lain yang merujuk pada Zulkifli.

Nabi Zulkifli mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut hingga negerinya padat dan menghadapi masalah bekalan makanan. Selepas itu, rakyatnya yang panjang usia meminta Nabi Zulkifli supaya ditentukan ajal.

Zulkifli meninggal dunia pada usia 75 tahun. Beliau seorang nabi dan raja terkenal dengan sikap sabar dan tidak marah. Beliau juga mematuhi janji dan segala amanah yang diserahkan raja terdahulu hingga dapat memimpin kaumnya dengan baik.


Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/

Seburuk-buruk Tempat Kembali - Neraka


Wahai saudaraku, semoga Allah subhanahu wata'ala senantiasa mencurahkan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita, ketahuilah…!!!, bahwa Al Jannah (syurga) adalah tempat tinggal yang kekal, penuh dengan kenikmatan yang penuh lazat yang tidak dapat dibandingkan dengan segala kenikmatan yang ada di dunia. Itulah negeri yang hanya dapat dicapai oleh orang-orang yang bertaqwa kepada Allah subhanahu wata'ala. Bagi yang tidak diizinkan memasukinya maka tiada tempat lagi baginya kecuali an naar (neraka). Suatu tempat tinggal yang penuh dengan kengerian yang tidak dapat digambarkan dengan kengerian di dunia. Sejelek-jeleknya tempat tinggal dan seburuk-buruknya tempat kembali.

Itulah tempat tinggal yang bakal dihuni oleh orang-orang yang tidak mahu tunduk dan taat kepada Allah subhanahu wata'ala dan itulah tempat kembali bagi orang-orang yang enggan terhadap petunjuk Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Bicara tentang negeri akhirat merupakan topik yang seharusnya dijadikan headline (kajian utama) bagi orang-orang yang beriman tentang hari akhir. Suatu kajian yang akan melembutkan hati, menundukkan pandangan, menitiskan air mata dan meredamkan hawa nafsu. Menjadikan sedikit ketawa dan canda. Mengingatkan tentang ajal (maut) yang datang secara tiba-tiba. Tidak membedakan tua dan muda.


Sudahkah kita siap mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan yang kita lakukan di hari kiamat kelak? Inilah sebuah pertanyaan yang besar. Sebuah pertanyaan yang mesti memerlukan penjawaban. Maka siapkanlah jawapannya sebelum nanti ditanya di hari kiamat kelak!!! Ya, Allah selamatkanlah kami dari pedihnya adzab neraka!!!
'
Dari shahabat Anas bin Malik radhiallahu 'anhu, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Para sahabat bertanya: "Apa yang engkau lihat ya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam" Beliau shalallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Saya melihat Al Jannah dan An Naar." (HR. Muslim Kitab Sholat no. 426)

Edisi kali ini akan menyajikan topik yang berkaitan dengan sifat-sifat An Naar. Dengan harapan dapat menambah rasa takut kita kepada Allah subhanahu wata'ala. Mendorong untuk berlumba-lumba memperbanyak amal kebajikan. Tiada benteng yang mampu menahan dahsyatnya api neraka melaikan benteng dari amal kebajikan.

Luas An Naar (neraka) - Memiliki keluasan yang amat luas yang daya tampungnya tidak akan penuh meskipun dimasuki oleh orang–orang durhaka sejak zaman Nabi Adam sampai hari kiamat. Allah subhanahu wata'ala berfirman (artinya): "Pada hari itu Kami bertanya kepada Jahannam: "Apakah kamu sudah penuh?" Jahannam menjawab: "Masihkah ada tambahan?" (Qoof: 30) Ayat di atas menggambarkan betapa luas dan besarnya Jahannam itu. Meskipun Jahannam dilempari dari seluruh jin dan manusia (yang durhaka) dari masa nabi Adam sampai hari kiamat nanti, namun belum dapat memenuhinya.
Kedalaman An Naar - Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menggambarkan tentang dalamnya An Naar dalam sebuah hadits dari shahabat Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, beliau berkata: "Kami pernah bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba kami mendengar sesuatu yang jatuh, lalu beliau bersabda: "Tahukah kalian apakah itu?" Kami (para shahabat) menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Kemudian beliau shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ini adalah sebuah batu yang dilemparkan dari atas An Naar sejak tujuh puluh tahun yang lalu, sekarang batu itu baru sampai di dasarnya." (HR. Muslim no. 2844) MasyaAllah, betapa dalamnya An Naar!?!, sebuah batu yang dilemparkan dari tepi jurang/bibir An Naar, baru sampai ke dasarnya setelah 70 puluh tahun lamanya. Maka, jarak kedalaman An Naar itu hanya Allah subhanahu wata'ala lah yang tahu.

Pintu JahannamAn Naar - Memiliki 7 pintu yang akan dilewati dari pintu-pintu tersebut oleh para penghuni neraka sesuai dengan kadar dosa dan maksiat yang mereka lakukan di dunia. Allah subhanahu wata'ala berfirman (artinya): "Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka." (Al Hijr: 43-44)

Belenggu An Naar - Allah subhanahu wata'ala juga menyediakan belenggu-belenggu yang sangat berat dan menyiksa. Sehingga para penghuni An Naar itu tidak dapat lari dan mengelakkan diri. Siap merasakan hukuman dan siksaan. Allah berfirman (artinya): "Karena sesungguhnya pada sisi kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala." (Al Muzammil: 12) "Dan kamu akan melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama-sama dengan belenggu." (Ibrahim : 49)

Penjaga An Naar - Allah subhanahu wata'ala juga telah menyiapkan penjaga yang siap mengawasi dan menyiksa para penghuni An Naar. Allah memilih penjaga itu dari kalangan malaikat. Allah berfirman (artinya): "Dan tiada Kami jadikan penjaga An Naar melainkan dari malaikat." (Al Mudatstsir: 31)

Panas An Naar - Para pembaca yang semoga Allah subhanahu wata'ala tetap melimpahkan rahmat-Nya kepada kita, bahwa An Naar (neraka) itu adalah suatu tempat tinggal yang memiliki daya panas yang dahsyat. Kadar terpanas yang ada di dunia itu belum seberapa dibanding dengan panasnya api neraka. Allah berfirman (artinya): "Maka, Kami akan memperingatkan kamu dengan An Naar yang menyala-nyala." (Al Lail : 14)
'
Bagaimana gambaran dasyatnya api neraka yang telah Allah subhanahu wata'ala sediakan itu? Hal itu telah digambarkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah hadist yang diriwayatkan shahabat Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: "(Panasnya) api yang kalian (Bani Adam) nyalakan di dunia ini merupakan sebagian dari tujuh puluh bahagian panasnya api neraka Jahannam." Para sahabat bertanya: "Demi Allah, apakah itu sudah cukup wahai Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam" Beliau shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: "(Belum), sesungguhnya panasnya sebahagian yang satu melebihi sebahagian yang lainnya sebanyak enam puluh kali gandat." (HR. Muslim no. 2843)

Api neraka itu juga melontarkan bunga-bunga api. Seberapa besar dan bagaimana warna bunga api tersebut? Allah subhanahu wata'ala telah gambarkan hal tersebut dalam surat Al Mursalat: 32-33 (artinya): "Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana. Seolah-olah seperti iringan unta yang kuning." Berkata Asy Syaikh As Sa'di dalam tafsir ayat ini: "Sesungguhnya api neraka itu hitam mengerikan dan sangat panas." (Lihat Taisirul Karimir Rahman)

Bagaimana dengan suara api neraka itu?Allah subhanahu wata'ala berfirman (artinya): "Apabila An Naar melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar kegeramannya dan suara yang menyala-nyala." (Al Furqon : 12)

Berkata As Sa'di dalam tafsirnya: "Sebelum orang-orang penghuni sampai ke An Naar, dari jauh mereka sudah mendengar kengerian suaranya yang menggoncangkan dan menyempitkan hati, hampir-hampir seorang dari mereka mati karena ketakutan dengan suaranya. Sungguh api neraka itu murka kepada mereka karena kemurkaan Allah. Dan semakin bertambah murkanya disebabkan semakin besar kekufuran dan kedurhakaan mereka kepada Allah. (Lihat Taisirul Karimir Rahman) Lalu dari bahan bakar apakah yang dengannya Allah subhanahu wata'ala menjadikan api neraka itu dasyat dan bersuara yang mengerikan? Ketahuilah, untuk menunjukkan semakin ngerinya dan pedihnya siksaan di neraka, maka Allah subhanahu wata'ala jadikan bahan bakar api neraka itu dari manusia dan batu. Allah subhanahu wata'ala berfirman (artinya): "Jagalah dirimu dari (lahapan api) neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir." (Al Baqarah: 24)

Makanan Dan Minuman Penghui An Naar - Apakah para penghuni jahannam juga mendapatkan hidangan makan dan minuman? Ya, tapi tidak seperti penjara di dunia yang masih menaruh belas kasih. Penjara di akhirat itu adalah tempat siksaan diatas siksaan dan kepedihan diatas kepedihan. Makanan dan minuman yang dihidangkan pun sebagai bentuk azab dan siksaan.

a. Makanan Yang Berduri - Allah berfirman (artinya): "Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan rasa lapar." (Al Ghasiyah: 6-7) "Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih." (Al Muzammil: 13)
'
Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma menjelaskan tentang ayat diatas: Bahwa "makanan yang menyumbat di kerongkongan" itu adalah duri yang nyangkut di kerongkongan yang tidak bisa masuk dan tidak pula keluar. Sehingga makanan itu hanya akan menambah kepedihan dan kesengsaraan.

b. Pohon Zaqqum - Allah subhanahu wata'ala berfirman (artinya): "Sesungguhnya kalian wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, kalian benar-benar akan memakan pohon zaqqum. Dan kalian akan memenuhi perutmu dengannya." (Al Waqi'ah: 51-53) Apakah pohon zaqquum itu? Apakah pohon itu enak lagi lazat? Tentu tidak, justeru pohon itu hanya akan menambah kepedihan dan kesengsaraan pula.
'
Allah subhanahu wata'ala mensifati lebih lanjut tentang pohon zaqqum dalam ayat lainnya (artinya): "Sesungguhnya dia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahim. Mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu. Maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum tersebut." (Ash Shaffat : 64-66)
'
Tatkala para penghuni neraka haus karena terbakar. Maka Allah subhanahu wata'ala sudah siapkan hidangan minuman bagi mereka yang akan menambah pedih siksaan mereka. Minuman berupa nanah dan air panas yang dapat memotong usus-usus mereka. Allah berfirman (artinya): "Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas.." (Ash Shaffat: 67-68"… dan mereka diberi minuman air yang mendidih sehingga memotong usus-usus mereka." (Muhammad: 15) "Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah." (An Naba' : 24-25)

Pakaian Penghuni An Naar - Mereka juga akan dikenakan pakaian. Tentu pakaian itu tidak dibuat untuk kenyamanan. Justru pakaian itu sengaja disiapkan untuk menambah kesengsaraan bagi para penghuni nereka. Allah subhanahu wata'ala berfirman (artinya): "Pakaian mereka adalah dari pelangkin (ter) dan muka mereka ditutup oleh api neraka." (Ibrahim : 50) "Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka…," (Al Haj : 19)

Tempat Tidur Penghuni An Naar - Demikian juga mereka telah disiapkan tempat tidur dan selimut. Yang sengaja dibuat untuk menambah kepedihan adzab bagi mereka. Allah subhanahu wata'ala berfirman: "Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim." (Al A'raf: 41)

Pembaca yang dimuliakan Allah, setelah kita mengetahui kengerian dahsyatnya azab neraka, maka banyak-banyaklah kita berdo'a, bertaubat dan beramal soleh kerana Allah dengan rahmat-Nya hanya akan menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa kepada-Nya dan takut dari azab neraka. Dengan melaksanakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Ya Allah, tunjukilah kami ke dalam jalan-Mu yang lurus yang melorongkan kami ke dalam Al Jannah (syurga) dan jauhkanlah kami daripada jalan-jalan yang melorongkan kami ke dalam api neraka.!!! Amiin, Ya Rabbal alamiin.

Sumber: Leftenan Kolonel - http://www.tranungkite.net/

Hipokompal kalosum


Hipokompal kalosum adalah berkeadaan lebih kecil daripada korpus kalosum. Ia menghubungkan fungsi otak kiri bawah (limbik kiri) dengan otak kanan bawah (limbik). Seperti talian talipon, iaitu sesaraf akson dalam otak menghubungkan struktur utama kedua-dua belah otak untuk melaksanakan perpindahan dan intergrasi maklumat antara keduanya. Dalam otak banyak berlaku pergerakan isyarat pulsa elektrik ke hadapan dan ke belakang antara pusat kepakaran otak seperti pusat bahasa, pusat penulisan, pusat pertuturan, pusat perasaan dan sebagainya. Proses pergerakan itu dipanggil proses iterasi otak.

Proses iterasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang berlaku satu iterasi sahaja dan kadang-kadang berlaku lebih dari satu iterasi sahaja. Ini bergantung pada senang atau sukar sesuatu kerja atau masalah yang hendak diselesaikan. Semakin rumit perkara yang hendak diselesaikan semakin banyak berlaku iterasi dalam hemisfera itu sendiri atau antara hemisfera. Proses iterasi otak ini amat penting dilakukan untuk meningkatkan potensi keseluruhan otak. Memikirkan berbagai-bagai alternative sebelum membuat sesuatu keputusan, memerlukan proses iterasi otak.

Thursday, May 20, 2010

Korpus Kalosum


Korpus Kalosum ialah sesaraf akson yang menghubungkan antara otak kiri atas (serebum kiri) dengan otak kanan atas (serebum kanan). Bilangan sesaraf dalam korpus kalosum in ialah antara 200 ke 300 juta. Terdapat tiga perbezaan antara korpus kalosum lelaki dengan korpus kalosum perempuan, iaitu:

  1. Secara purata korpus kalosum perempuan 10 peratus lebih besar daripada korpus kalosum lelaki.
  2. Pulsa elektrik dari satu neuron dalam satu hemisfera ke satu neuron dalam hemisfera yang lain bergerak 5 ke 10 peratus lebih pantas dalam otak perempuan berbanding dengan otak lelaki. Ini menyebabkan ramai perempuan boleh mengolahkan sesuatu idea lebih cepat dan pantas daripada kebanyakan kaum lelaki.
  3. Kematangan korpus kalosum anak perempuan 3 tahun lebih awal daripada anak lelaki. Ini berlaku antara umur 9 ke 12 tahun. Kematangan awal ini membolehkan anak perempuan lebih mudah melakukan proses minda berbanding dengan anak lelaki.

Khutbah Pilihan 1


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Apa yang membezakan manusia dan malaikat adalah pada kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan dalam masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik, dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan di sekitarnya.
Semasa memilih kebaikan, dia mendapat kebaikan.
Semasa terpilih kejahatan, usahanya untuk kembali kepada kebaikan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'aala:

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [Al-Shams 91: 7-10]
Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?
Pilihan semasa hidup susah.
Pilihan semasa hidup senang.
Semasa susah kita tiada banyak pilihan.
Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.
Merujuk kepada kisah Nabi Allah Yusuf alayhi al-Salaam, baginda berada di dalam ujian yang berat semasa terkurung dalam buangan di lubang telaga akibat konspirasi adik beradiknya. Bayangkan, seorang budak, terpisah daripada ibu bapanya, terbuang ke telaga buta, siang dan malam dalam kegelapan dan sendirian, apakah ada yang lebih teruk untuk dialami oleh seorang budak seperti Yusuf?
Tetapi semasa di dalam telaga, Yusuf tiada banyak pilihan. Bersabar adalah satu-satunya cara untuk baginda bertahan. Baginda terpaksa bertahan. Terpaksa bersabar. Itu sahaja pilihan yang ada.
Akan tetapi, ujian yang menjadikan Yusuf seorang insan pilihan Allah yang begitu hebat adalah semasa baginda di istana Mesir.
Di dalam telaga, Yusuf diuji.
Di dalam istana, Yusuf masih juga diuji.
Hidup adalah ujian.
Firman Allah:


"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya" [Yusuf 12: 23]
Benar!
Itulah saat paling genting buat Yusuf.
Diuji dengan pilihan.
Wanita bangsawan yang selama ini menjadi ibu angkatnya, menyerahkan diri untuk dijamah dengan zina. Sedangkan Yusuf ada banyak peluang. Beliau adalah anak asing di bumi Mesir. Tiada ibu bapa, tiada adik beradik dan saudara mara, tiada muka yang bakal diconteng arang!
Saat itu, Yusuf diuji, menerima zina yang enak untuk sebuah kecenderungan nafsu, atau menolaknya dengan kuasa Iman.
"Datanglah kepadaku" kata wanita yang digelar Zulaikha itu.
"Aku berlindung dengan Allah!" itulah jawapan Yusuf.
Engkau selama ini adalah ibu angkatku, engkau memberiku bumbung untuk berteduh, engkau memberiku lantai tempat bersantai, engkau memberiku makan dan minum, engkau tuanku tetapi ALLAH adalah TUHANKU!
Sesungguhnya Dia telah melindungiku selama ini, dan tidak akan berjaya orang-orang yang zalim!
Itulah penegasan Yusuf. Baginda berjaya dalam ujian pilihannya. Memilih untuk menolak zina, semata-mata kerana IMAN.
Sidang Jumaat sekalian,
Ramai di kalangan kita yang bertahan dalam ujian kesusahan.
Tetapi bagaimana dengan ujian kesenangan?
Hari ini, anak-anak muda di Universiti boleh mendapat wang secara mudah melalui pilihan zina. Menyerah diri menjadi pelayan seks kepada manusia-manusia keji yang berwang, membolehkan mereka mengatasi masalah kekurangan wang pinjaman, memakai telefon bimbit mewah, menukar motorsikal kepada kereta dan memakai pakaian berjenama, hanya dengan berkata YA kepada peluang yang terbentang di depan mata. Buat kerja paling sedap, dapat hasil paling mantap!

Daripada Ibn Masoud radhiyallahu 'anhu beliau berkata: Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya di antara perkara yang diketahui oleh sekalian manusia daripada kalam nukilan Kenabian ialah: Jika kamu sudah tiada rasa malu, maka buat sahajalah apa yang kamu suka! [Hadith riwayat al-Bukhari]
Malu yang datang dari Iman.
Namun, apakah caranya untuk anak-anak muda kita memiliki keyakinan seperti Yusuf? Keyakinan bahawa Allah tidak akan sekali-kali memberi kejayaan hidup kepada manusia yang zalim. Keyakinan untuk berkata TIDAK kepada ZINA!
Jauh dari keluarga, seperti jauhnya Yusuf dari bumi Palestin, bagaimanakah anak perantau di Menara Gading boleh menolak zina yang pada hari ini, zina itu lebih mudah berbanding jalan yang halal?
Tiadalah jawapan lain, kecuali kembali kepada IMAN.
Iman yang membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya itulah hikmah mengapa kita diberi peringatan tentang TAQWA, saban minggu di Mimbar Jumaat ini.
TAQWA seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu 'anhuma.

Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu 'anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.
Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.
Sedarlah!
Kawallah!
Hidup ini menuntut kita membuat pilihan.
Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat.
Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.
Jangan banyak memberi alasan.
Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah daripada hidupmu, rahmat dan bantuan Tuhan.


sumber: saifulislam.com

Laksa Penang



1 kg laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
2 batang serai (diketuk)
4 liter air
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
Garam secukup rasa
Cara:
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.

Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)



Terdapat pelbagai definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz asset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS. Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendifenisikan IKS sebagai sebiah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi S$8 juta (bagi sektot pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan).
Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Jadual 1: Bilangan pekerja dan nilai jualan IKS
Industri
Bil. Pekerja Tetap
Nilai jualan Tahunan
IKS
150
RM25 juta
Sederhana
51-150
RM10-RM25 juta
Kecil
50
RM10 juta
Sumber: SMDEC

Manakala menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinisikan IKS dari sudut jumlah modal seperti berikut:-
Jadual 2: Jumlah modal IKS
IndustriJumlah Modal (RM)
KecilKurang daripada RM500,000
SederhanaRM500,000 hingga RM2.5 juta
Sumber: MITI
Peranan dan sumbangan IKS penting kepada negara. Di antara peranan IKS adalah:-
  • Menjadi teras proses perindustrian negara.
  • Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor perindustri.
  • Meningkat daya saing negara.
Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dan mencapai Wawasan 2020.