Wednesday, September 15, 2010

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:
  1. Keluarga
  2. Hartanya
  3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
  1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
  2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad, Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik;

Wahai Fulan Anak Si Fulan.
  • Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
  • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
  • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
  • Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan, Terdengar Dari Langit Suara Memekik;

Wahai Fulan Anak Si Fulan.
  • Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
  • Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
  • Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
  • Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara
Ketika Mayat Siap Dikafan, Suara Dari Langit Terdengar Memekik;

Wahai Fulan Anak Si Fulan
  • Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
  • Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan.
  • Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
  • Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
  • Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan
Ketika Mayat Diusung, Terdengar Dari Langit Suara Memekik;

Wahai Fulan Anak Si Fulan.
  • Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
  • Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
  • Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat
Ketika Mayat Siap Disholatkan, Terdengar Dari Langit Suara Memekik;

Wahai Fulan Anak Si Fulan.
  • Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat , Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik dan Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat, terdengar Suara Memekik Dari Langit;

Wahai Fulan Anak Si Fulan.
  • Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan.
  • Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
  • Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
  • Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian. Allah Berkata Kepadanya;

Wahai Hamba-Ku!
Kini Kau Tinggal Seorang Diri,
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat,
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.
Mereka Pergi Meninggalkanmu Seorang Diri
Padahal,
Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
Hari Ini,
Akan Kutunjukan Kepadamu,
Kasih Sayang-Ku,
Yang Akan Takjub Seisi Alam.
Aku Akan Menyayangimu,
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman;

Wahai Jiwa Yang Tenang,
Kembalilah Kepada Tuhanmu,
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya,
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku


Anda Ingin Beramal Soleh?

Tolong Kirimkan dan Sampaikan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu! Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin.

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja. Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca artikel ini.

Aktiviti keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tidak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita?

Kesempatan ini marilah kita saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.

Oleh Arbain Muhayat pada 11 February 2010
Sumber: http://www.ipislam.edu.my/

TANDA-TANDA DAN SIFAT MATI HUSNUL KHATIMAH – Mati Pada Malam Jumaat

Sabda Rasulullah s.aw. yang maksudnya;

"Tiada seorang muslim yang mati pada hari atau siang dan malam jumaat melainkan Allah akan memerliharanya daripada fitnah kubur." (Ahmad dan At-Tirmizi)

Maksud "fitnah kubur" ialah kesusahan di alam kubur. Jadi orang yang mati di hari Jumaat atau malam Jumaat terlepas dari "fitnah kubur". Maka menandakan ia dalam keadaan terlepas daripada seksa kubur.

Syaitan menyamakan riba dengan berniaga.


Orang yang telah digoda syaitan untuk memakan riba, ia menganggap bahawa riba itu sama dengan berniaga. Ia tidak mahu berhenti daripada menjalankan wang riba itu, kerana telah dihiasi oleh syaitan, bahawa perkerjaan dan perbuatannya itu adalah baik, ringan kurang tenaga, tetapi untungnya berlimpah-limpah dan lekas kaya. Begitulah syaitan menghiasi perbuatannya yang buruk itu, agar dipandang baik.

Firman Allah s.w.t.

"Orang-orang yang makan riba itu tidak sekali-kali mengerjakannya, melainkan seperti orang yang kemasukan syaitan. Yang demikain, kerana mereka mengatakan, bahawa dagang sama dengan riba." (Al-Baqarah: 275)

Putar belit syaitan itu, dapat mempengaruhi tukang riba, dan ia menganggap riba sama dengan dagang. Dan kalau sudah sama dengan dagang, pada anggapannya, maka hukumnya juga halal. Begitu beraninya syaitan dan pengikut-pengikutnya memutar-balik hukum. Yang haram dicari-carinya jalan supaya dipandang halal oleh manusia.

Cara putar belit yang mengelirukan in,i banyak memasukan manusia ke dalam perangkap syaitan. Dalam islam riba hukumnya haran seperti firman Allah s.w.t.

'Dan Allah halalkan dagang, dan Ia haramkan riba." (Al-Baqarah: 275)


Maka hanya orang yang ada dan berjalan di jalan hidayah Allah yang tak mudah digoda dan diperdayakan oleh syaitan.

Nabi Ibrahim Menyeru Ayahnya Beriman

Kegagalan Nabi Ibrahim dalam usahanya menyedarkan ayahnya yang tersesat itu sangat menusuk hatinya, kerana ia sebagai putera yang baik, ingin sekali melihat ayahnya berada dalam jalan benar terangkat dari lembah kesesatan dan syirik, namun ia sedar hidayah itu adalah di tangan Allah, dan bagaimana pun ia ingin dengan sepenuh hatinya agar ayahnya mendapat hidayah, bila belum dikehandaki oleh Allah, maka sia-sialah keinginan dan usahanya.

Nabi Ibrahim selalu menyeru dan mengajak ayahnya agar beriman kepada Allah, dan lekas bertaubat, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran bermaksud:

"Sesungguhnya ia seorang Nabi yang benar. Ketika ia berkata kepada bapanya. Ya bapaku, mengapa engkau menyembah sesuatu yang tiada mendengar dan tiada melihat dan tiada manafaat kepada engkau sedikit juga? Ya bapaku, aku telah diberi pengetahuan yang belum engkau ketahui. Sebab itu ikutlah aku, boleh kutunjukkan engkau ke jalan yang lurus. Ya abpaku, jangan engkau sembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Allah. Ya bapaku, sesungguhnya aku takut kepada seksaan Allah yang menimpa engkau, maka adalah engkau berteman dengan syaitan di dalam neraka." (Maryam: 41-45)

Kemudian ayahnya menjawab, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran bermaksud:

"Adakah engkau benci kepada persembahanku (patung-patung), ya Ibrahim? Ingatlah jika engkau berhenti menghina tuhan-tuhank nescaya aku akan melempar (menyeksa)mu dan nyahlah engkau dari sini selama-lamanya."

Sejak itu Nabi Ibrahim pindah ke negeri Mausul ke Ka'an (Palestina) dan disanalah beliau berumahtangga bersama dengan wanita bernama Siti Sarah.

Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Pihak Luar

  1. Juru Bank/Pegawai Bank: Untuk menilai potensi cadangan projek berhubung dengan permohonan pembiayaan prniagaan.
  2. Pembekal: Untuk gambaran yng jelas akan idea dan kedudukan kewangan perniagaan bagi tujuan menilai sama ada akan memberi kemudahan kredit atau tidak.
  3. Kakitangan: Untuk memahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan mereka melakukan kerja-kerja seperti yang diharapkan oleh perniagaan dan bagi meyakinkan pekerja untuk terus bekerja dengan perniagaan.
  4. Pelanggan: Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawar produk atau perkhidmatan yang lebih selamat dan meyakinkan jika proses pembuatan terjamin dari segi keselamatan dan kesihatannya.
  5. Pelabur: Untuk menilai maklumat perniagaan dan memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal pelabur atau pelabur untuk membuat pelaburan dengannya.

Beramal sebelum sampai lima perkara

SUDAH lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberi peringatan yang mengakibatkan hilanglah kenikmatan hidup dan barulah mula mengingati Allah.

Rasulullah SAW bersabda: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

SIHAT SEBELUM SAKIT

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.

Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.

KAYA SEBELUM MISKIN

Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat.

LAPANG SEBELUM SEMPIT

Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.

Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.

MUDA SEBELUM TUA

Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi.

Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.

Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.

HIDUP SEBELUM MATI

Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah.

Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.

Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.

Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.

Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.

Firman Allah SWT: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan bera

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

Tuesday, September 14, 2010

Thank You Allah


The sky is clear
The air is clean
The land is green
Thank you Allah

The path we walk
The lines we talk
The thing we see
 
Thank you Allah
Thank you Allah

Say Thak You Allah
Thank You Allah

When I sleep
When I eat
When I breath

Thank You Allah
Thank You Allah

Say Thak You Allah
Thank You Allah

In the night or in the day
Every morning after pray
I'll never forget to say thank you

There are times when I'm alone
Feel alright or not so strong
I'll pray to you and say

Thank You Allah
Thank You Allah

So friends everytime remember
Allah The Most Merciful

Say Thank you Allah
Thank You Allah

Penyanyi: Raihan

Contohi Rasulullah tahan marah, memaafkan musuh

BERMAAF-MAAFAN antara satu sama lain adalah amalan mahmudah (mulia) dan unggul yang dianjurkan oleh Islam. Melalui amalan ini kita dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat, terutama sesama umat Islam.

Amalan bermaaf-maafan ini, terutama ketika menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha sudah menjadi sebati dalam jiwa masyarakat Islam di Malaysia.

Lazimnya, amalan bermaaf-maafan ini berlaku sesama sanak saudara yang dekat dan jauh, dengan jiran tetangga, sahabat handai dan sebagainya. Secara tidak langsung, dengan wujudnya amalan ini dalam masyarakat Islam, bermakna konsep kembali kepada fitrah dan kebersihan, suci dari pencemaran dosa dan kesilapan dengan Allah SWT dan sesama insan yang ada pada Aidilfitri telah pun terlaksana.

Di dalam Islam juga, kemaafan adalah sebahagian daripada sifat Allah yang yang suka mengampunkan dosa hamba-Nya, kecuali mereka yang syirik kepada-Nya.

Namun begitu, ada pula syarat tertentu yang membolehkan Allah mengampunkan dosa hamba-Nya, yakni hamba-Nya yang begitu taat dan patuh serta sentiasa bertaubat kepada-Nya.

Sesungguhnya keutuhan dan kewibawaan konsep kemaafan dalam Islam telah lama terbukti. Malah ia tercatat kemas dalam sejarah Islam.

Misalnya sewaktu Nabi Muhammad SAW menyebarkan syiar Islam, baginda tidak pernah memusuhi atau memarahi wanita Yahudi yang selalu mencaci, meludah dan melemparkan najis kepada baginda ketika setiap kali melalui berdekatan rumah wanita itu.
Dengan sikap kemaafan yang ditunjukkan oleh Rasulullah, wanita itu telah menganut agama Islam.

Ketika peristiwa Fath Makkah (pembukaan Kota Makkah), Rasulullah tidak pernah melakukan pembunuhan walaupun baginda dan rombongannya telah berjaya menguasai Kota Makkah.

Rasulullah juga pernah memaafkan seorang Arab Badwi yang melakukan kesalahan kencing di dalam masjid. Baginda menegah orang ramai daripada mengerumuni dan menghalangnya. Menurut Anas bin Malik, sebaik saja orang itu pergi, Rasulullah SAW meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu membasuhnya.

Sikap mulia Rasulullah yang sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan musuh-musuh Islam seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa pemimpin masyarakat Musyrikin Makkah ketika itu, menyebabkan suasana hidup aman damai dapat dipertahankan.

Apabila sifat maaf-memaafkan antara satu sama lain itu diamalkan oleh baginda, hasil dakwah Rasulullah adalah positif. Dengan mengamalkan sikap mulia ini, Islam dapat disebarkan dengan meluas.

Selain itu, ketika Saidina Abu Bakar al-Siddiq terlalu marah terhadap Mistah yang turut menyebarkan cerita fitnah (Kisah Ifki) terhadap anaknya, Aisyah, maka beliau telah bersumpah tidak akan memaafkan Mistah dan akan menghentikan bantuan yang diberikan kepadanya.

Menurut ahli tafsir al-Quran, berikutan peristiwa ini, maka turunlah ayat 22 daripada Surah al-Nur yang bermaksud: "Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang yang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah, hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Berpandukan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa manusia yang sedang marah disebabkan oleh perbuatan orang lain yang menyebarkan berita fitnah dan tuduhan palsu seperti yang dihadapi oleh Saidina Abu Bakar dan ahli keluarganya diminta oleh Allah SWT supaya mengambil jalan kemaafan dan berlapang dada terhadapnya.

Sebenarnya sikap ini satu sikap yang mulia dan unggul yang diajarkan oleh agama Islam. Keunggulan dan kemuliaan sikap kemaafan itu, telah meletakkan kemaafan sebagai salah satu sikap penting yang wajar diamalkan dalam kehidupan seharian umat Islam.

Sekiranya sikap bermaaf-maafan ini tersemat rapi dalam diri maka sudah pasti perasaan dendam tidak akan timbul, malahan membuahkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Jika diamati dengan betul, perkara ini boleh berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Oleh Mohd Shukri Hanapi

Sumber : http://www.bharian.com.my/

Kematian Saidina Hamzah

KETIKA peperangan begitu sengit di antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy, semangat tentera-tentera Muslimin semakin memuncak sehingga mereka terus menerkam ke arah tentera Quraisy bagaikan ombak melanda pantai sambil melaungkan amit, amit iaitu "matilah! Matilah!"

Pada masa yang sama, kelihatan Hamzah bin Abdul Muttalib sedang melawan dan menerkam semua serangannya bagaikan seekor singa yang garang.

Beliau meluru ke tengah-tengah barisan tentera Quraisy dalam gerak kilat yang tiada bandingannya.

Tentera-tentera Quraisy pula mengelak daripada libasan pedangnya umpama daun-daun kering yang dipukul oleh angin.

Ketika Hamzah sedang bergelut dengan pihak musuh, tiba-tiba datang kepadanya Wahsyi bin Harb iaitu budak suruhan Jabir bin Mut'im secara sembunyi-sembunyi untuk membunuh beliau.

Bapa saudara Jabir telah dibunuh dalam Perang Badar. Oleh yang demikian, Jabir mengupah Wahsyi dan dijanji akan dibebaskan sekiranya berjaya membunuh Hamzah kerana ingin menuntut bela ke atas kematian bapa saudaranya itu.

Wahsyi menyertai perang itu dengan tekad untuk membunuh Sayidina Hamzah. Dia mengekori Hamzah dicelah-celah orang ramai. Wahsyi bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon kayu.

Ketika Sayidina Hamzah sibuk berlawan dengan tentera-tentera Quraisy, Wahsyi lalu mengambil kesempatan melontarkan lembingnya ke arah Sayidina Hamzah secara curi-curi.

Lembing itu terkena dada Hamzah hingga menembusi badannya. Beliau cuba menerpa ke arah Wahsyi tetapi rebah tersungkur.

Setelah Hamzah menemui ajalnya, datanglah Hindun binti Utbah iaitu isteri Abu Sufyan pemimpin tentera Quraisy lalu menoreh dada Hamzah untuk mengeluarkan hati dan jantungnya yang masih panas dan bergerak-gerak itu, Hindon cuba menggigit hati dan jantung Saidina Hamzah untuk melepaskan sakit hatinya.

Setelah perang selesai dan kaum Quraisy telah kembali ke Mekah, Rasulullah menghadapi kemurungan dan kesedihan apabila melihat keadaan jenazah bapa saudaranya. Lalu baginda meminta Allah melaknat pemuka-pemuka Quraisy itu.

Sesudah baginda memohon laknat untuk orang-orang itu, datanglah ayat daripada Allah yang berbunyi: "Tiada satu pun bagimu sama ada Allah hendak menerima taubat mereka, ataupun Dia hendak mengazab mereka, lantaran mereka itu adalah orang-orang yang zalim."

Baginda dan orang-orang Islam yang lain juga berazam untuk mencacatkan setiap mayat tentera Quraisy dalam peperangan akan datang sebagai membalas dendam.

Sehubungan dengan itu, Allah telah menurunkan Surah an-Nahl di atas.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Sunday, September 12, 2010

Ciri-ciri Keusahawanan

Pendahuluan

KEUSAHAWANAN sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji. Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. Corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Sehingga lebih kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera yang merupakan majoriti golongan etnik. Jika adapun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya. Berikutan itu, berbagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera. Penekanan oleh Kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995.

Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum.

Tiga atau empat dekad yang lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi kebanyakan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati. Kebanyakan berpendapat bahawa keusahawananadalah sesuatu yang sukar dan ianya merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan Kerajaan. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan Bumiputera yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lain. Mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa’ ini selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan.

Mereka biasanya belajar melalui kesilapan dan pengalaman. Jika mereka lambat belajar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya keusahawanan, maka sukar bagi mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan itu kita dapati bahawa lebih ramai yang secara sedar dan sukarela memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka. Mereka mula melihat keusahawanan sebagai sumber rezeki yang lebih meyakinkan.

Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan. Namun begitu kita dapati ramai juga yang gagal dalam perniagaan yang diceburi. Melihat kepada kegagalan yang berlaku kepada sebilangan usahawan, kita tertanya apakah keusahawanan merupakan satu kerjaya yang selamat? Untuk membuat kesimpulan kita perlu melihat secara terperinci apakah pula ciri -ciri keusahawanan, faktor persekitaran luaran dan proses kreativiti.

Ciri-Ciri Keusahawanan

Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:

• Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
• Maklumat pasaran yang disasarkan.
• Maklumat mengenai persaingan.
• Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
• Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
• Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.

Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.

Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.

Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.

Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan.

Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan. Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.

Untuk membuat keputusan sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut. Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak.

Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan. Kita tidak nampak bagaimana seseorang usahawan akan berjaya tanpa ciri-ciri seperti berikut:

• Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat.
• Jujur dan ikhlas.
• Berdaya kreatif.
• Mahir berkomunikasi.
• Berani menanggung risiko.
• Bijak membuat penilaian dan keputusan.

Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama. Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:

• Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi.
• Keinginan yang kuat untuk berjaya.
• Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan.
• Memberi tumpuan dalam perniagaan.
• Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap.
• Membentuk jaringan perniagaan yang luas.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenalpasti adalah:

• Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi.
• Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan.
• Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan.
• Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah.
• Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi.

Sumber: http://msani.wordpress.com