Selepas kemangkatan Parameswara pada tahun 1414, baginda telah digantikan oleh anakandanya Raja Ahmad yang juga dikenali dengan nama Raja Besar Muda sebagai pemerintah kedua Melaka. Baginda digelar Sultan Megat Iskandar Syah. Sepanjang pemerintahannya, baginda telah membuat dua lawatan ke China bagi mendapatkan pengiktirafan dari Maharaja China serta mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemerintah Melaka.
Melaka terus berkembang maju di bawah pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah. Dua kawasan perlombongan bijih timah dijumpai di bahagian utara Melaka di mana kawasan ini dikawal rapi oleh pengawal diraja. Pada ketika itu, bijih timah digunakan sebagai matawang di Melaka. Kebanyakan daripada tongkang dari China yang singgah di Melaka dikenakan cukai. Kayu arang dan damar dihasilkan di kawasan hutan. Pokok sagu boleh didapati di ladang-ladang sementara di kawasan muara dan pantai pula dipenuhi oleh pokok nipah. Pelbagai jenis tanaman seperti pisang, tebu, ubi keledek, ubi keladi, nenas dan ubi kentang diusahakan serta berbagai jenis sayuran seperti bawang, halia, sawi, labu dan tembikai juga ditanam. Binatang ternakan seperti itik, ayam, kerbau dan kambing turut diternak. Akan tetapi, penternakan kerbau dan kambing sangat jarang pada ketika itu, disebabkan oleh harga pasaran yang tinggi. Kota Melaka dilindungi oleh tembok yang dibina sepanjang kawasan pantai. Tembok tersebut mempunyai empat buah pintu yang setiapnya dikawal rapi oleh para pengawal. Sebuah kubu berpagar turut dibina di dalam kawasan kota Melaka di mana beberapa gudang digunakan sebagai pusat perbendaharaan dan pembekalan kerajaan.
Sultan Megat Iskandar Syah bersama permaisuri, putera dan pegawai-pegawai kanannya telah mengadakan lawatan rasmi kedua ke China. Semasa lawatan tersebut, Sultan Melaka telah memohon bantuan daripada Maharaja China bagi menentang kekerasan dari pihak kerajaan Siam. Sehubungan itu, pada tahun 1419, Maharaja China telah menghantar perwakilannya ke Siam untuk memberi amaran agar tidak mengganggu Melaka. Hubungan di antara Maharaja China dan Sultan Melaka juga turut diperkukuhkan lagi dengan penghantaran beberapa perwakilan yang diketuai oleh putera-putera Melaka pada tahun 1420, 1421 dan 1423. Pada tahun 1424, Sultan Megat Iskandar Syah telah mangkat.
Sumber: http://sejarahmalaysia.pnm.my/
Monday, December 27, 2010
Sunday, December 26, 2010
Hasrat Nabi Ibrahim
NABI Ibrahim telah meyakini dengan sepenuh hati akan kekuasaan dan penciptaan Allah SWT. Kepercayaannya tidak berbelah bahagi malah berjanji akan menghapuskan perbuatan syirik dan penyembahan berhala yang dilakukan oleh penduduk Mesir.
Baginda juga selalu memohon kepada Allah agar dirinya dikuatkan iman dan ditambahkan keyakinan di samping menghilangkan keraguan yang ada kalanya wujud dalam dirinya. Kadangkala baginda tertanya-tanya, bagaimanakah Allah SWT menghidup dan mematikan makhluk di dunia ini.
Suatu hari, baginda telah bermunajat kepada Allah agar ditunjukkan bagaimana Allah menghidupkan kembali makhluk setelah dimatikan. Allah SWT telah menjawab permintaan Nabi Ibrahim itu.
"Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?"
Setelah mendengar jawapan daripada Allah SWT itu, Nabi Ibrahim pun menjawab: "Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu. Tetapi aku ingin sekali melihatnya dengan mataku sendiri. Semoga ianya akan mendatangkan ketenteraman dan ketenangan dalam hatiku. Biarlah ia makin bertambah tebal dan mendalam keyakinanku kepada-Mu serta kekuasaan-Mu."
Permintaan Nabi Ibrahim itu telah diperkenankan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memerintahkan agar Nabi Ibrahim menangkap empat ekor burung. Burung-burung itu hendaklah dipotong menjadi kepingan-kepingan yang kecil dan dicampurkan semuanya. Selepas itu bahagikan pula kepada empat bahagian. Setiap bahagian perlulah diletakkan di atas puncak bukit yang berasingan dan jauh jaraknya antara satu sama lain.
Setelah selesai mengerjakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT, Nabi Ibrahim pun memanggil semula burung-burung berkenaan. Dengan izin dan kekuasaan-Nya, semua kepingan burung yang telah dipotong itu berterbangan di udara mencari bahagian badan masing-masing. Walaupun jarak antara satu longgok dengan longgok yang lain jauh, namun ia tetap bertemu dengan bahagian masing-masing. Setelah semuanya selesai, keempat-empat ekor burung itu pun datang kepada Nabi Ibrahim sebagaimana asalnya. Tiada terlebih dan terkurang satu bahagian pun. Setelah Nabi Ibrahim melihat segala kejadian tadi dengan matanya sendiri, maka bertambahlah keyakinannya terhadap kekuasaan Allah SWT. Allah SWT menghidupkan dan mematikan makhluk-Nya dengan sendiri tanpa ada bantuan daripada sesiapa pun. Tidak ada sesiapa pun yang menyuruh dan tidak ada sesiapa pun yang mampu menghalang kekuasaan Allah itu.
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Saturday, December 25, 2010
Amalan tinggi di sisi Allah
AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menerangkan bahawa manusia tidak patut terpedaya oleh kekuatan tubuhnya dan kemewahan sehingga bergelumang dalam kesombongan dan kebongkakan, lalu Allah SWT mencela mereka kerana tertipu oleh kekuatan dan kemewahan yang mudah lenyap.
Kemudian Allah SWT mengingatkan mereka akan adanya kenikmatan-kenikmatan yang mereka terima baik yang bersifat pancaindera mahupun yang batin.
Diriwayatkan oleh seorang sahabat, bahawa ayat kelima turun berkaitan dengan kisah Abu al-Ashad 'Usayd Ibn Kaladah al-Jumahiy yang terpedaya oleh kekuatan tubuhnya.
Ayat keenam turun berhubung dengan kisah al-Harth Ibn Nawfal yang pernah berkata: "Aku telah habiskan harta sebagai pembayaran denda sejak aku ikut Muhammad SAW."
Sama ada ayat-ayat tersebut berkaitan dengan kisah mereka atau yang lain, tetapi maknanya tetap berlaku umum sebagaimana yang dapat kamu fahami.
Firman Allah SWT: Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
Berkenaan perkataan aqabah, Sheikh Ibnu Jauzi dalam Zad al-Masir berkata: Ada tujuh pendapat:
"Ia akan mencapai hasilnya dan akan mendapat gantinya kerana setiap pengorbanannya tidak akan hilang percuma."
Kemudian Allah mula menerangkan hakikat jalan yang sukar atau halangan itu dengan menyebut persoalan yang amat diperlukan masyarakat Mekah khususnya yang dihadapi oleh dakwah Islam, iaitu persoalan membebaskan hamba abdi dan memberi makanan yang amat diperlukan oleh golongan yang lemah yang ditindas oleh masyarakat yang kufur dan tamak haloba itu.
Firman Allah SWT: (di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) adalah: Memerdekakan hamba abdi.
Al-Maraghi berkata: "Membebaskan hamba daripada perhambaannya atau memberikan pertolongan. Di dalam kitab al-Quran dan al-Sunnah banyak didapati cadangan dan dorongan untuk membebaskan hamba."
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

- Gunung dalam neraka jahanam adalah pendapat Ibn Umar.
- Rintangan tanpa jambatan. Inilah pendapat al-Hasan.
- Tujuh puluh tangga ke bawah dalam neraka jahanam. Inilah pendapat Ka'ab.
- Titian sirat. Inilah pendapat Mujahid, al-Dhahak dan al-Qalb.
- Api neraka di bawah jambatan. Inilah pendapat Qatadah.
- Jalan keselamatan. Inilah pendapat Ibn Zaid.
- Perumpamaan Allah untuk melawan hawa nafsu dan syaitan dalam melakukan amalan kebaikan. Ini pendapat Ali bin Ahmad al-Naisaburi dan lainnya.
"Ia akan mencapai hasilnya dan akan mendapat gantinya kerana setiap pengorbanannya tidak akan hilang percuma."
Kemudian Allah mula menerangkan hakikat jalan yang sukar atau halangan itu dengan menyebut persoalan yang amat diperlukan masyarakat Mekah khususnya yang dihadapi oleh dakwah Islam, iaitu persoalan membebaskan hamba abdi dan memberi makanan yang amat diperlukan oleh golongan yang lemah yang ditindas oleh masyarakat yang kufur dan tamak haloba itu.
Firman Allah SWT: (di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) adalah: Memerdekakan hamba abdi.
Al-Maraghi berkata: "Membebaskan hamba daripada perhambaannya atau memberikan pertolongan. Di dalam kitab al-Quran dan al-Sunnah banyak didapati cadangan dan dorongan untuk membebaskan hamba."
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Friday, December 24, 2010
Pencapaian Universiti Lahir Modal Insan Diutama
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata KPT tidak taksub dengan penarafan universiti, namun menjadikannya sebagai rujukan kedudukan institusi pengajian tinggi tempatan berbanding yang lain di peringkat dunia.
“Walaupun kita tidak begitu berjaya dengan kedudukan yang tidak memberangsangkan dalam proses penarafan yang terdapat di dunia, kita lihat dalam aspek lain iaitu perkara asas.
“Perkembangan terkini mendapati universiti kita telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam pelbagai aspek, dan kementerian amat berpuas hati dengan pencapaian ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata, pencapaian dalam aspek modal insan di universiti penyelidikan menyaksikan jumlah pelajar pasca siswazah meningkat 34 peratus kepada 39,813 orang pada tahun ini, berbanding 2009.
Selain itu, bilangan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan kehadiran pelajar pasca siswazah antarabangsa juga meningkat, sekali gus menunjukkan penerimaan masyarakat antarabangsa terhadap universiti tempatan.
“Bagi bilangan kakitangan akademik yang memiliki PhD, ia meningkat daripada 3,348 orang kepada 3,742 orang. Begitu juga soal penerbitan jurnal berimpak yang menyaksikan peningkatan sebanyak 99 peratus daripada 3,221 penerbitan pada 2007 dan 2009, kini menjadi 6,419 penerbitan,” katanya sambil menambah peningkatan turut dicatatkan dalam aspek paten harta intelek dan penjanaan pendapatan.
2010/12/10
Sumber: http://www.bharian.com.my/
SUMBER PENDIDIKAN
Pengenalan
Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid. Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses PNP lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.
Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan PNP. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan PNP melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.
Ciri-ciri Sumber Pendidikan yang Berkesan
Kepentingan Sumber Pendidikan dalam PNP
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences) merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Pengurusan Sumber Pendidikan
Secara umumnya, Sumber Pendidikan terdiri daripada dua jenis media iaitu bahan cetak dan bukan cetak. Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi meningkatkan koleksi Sumber Pendidikan melalui per capita grant (PCG) dan sumber kewangan tambahan setiap tahun. Justeru, Sumber Pendidikan ini perlu diurus dengan baik, efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan penggunaan oleh guru dan murid dalam mempertingkatkan kualiti P&P.
Kemudahan bagi menempatkan pelbagai jenis dan format Sumber Pendidikan turut diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya:
Sumber Pendidikan Berteknologi Tinggi
Menjelang abad ke-21, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Dengan wujudnya Sekolah Bestari pada tahun 1997, penekanan diberikan kepada Sumber Pendidikan berteknologi tinggi agar pengetahuan dan kemahiran murid adalah seiring dengan perkembangan teknologi semasa dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing (k-economy).
Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan, perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses PNP secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan sumber pendidikan berteknologi tinggi pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.
Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Pengurusan Sumber Pendidikan yang berkesan, sistematik dan efisien perlu dititik berat dan ditingkatkan. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi Maklumat (Information Literacy) supaya mereka mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan mengguna maklumat secara berkesan dan efisien.
Oleh: Fadzliaton Zainudin
Sumber: http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/

- Membantu guru dan murid menjalani proses PNP dengan lebih berkesan
- Penggunaan sumber pendidikan dirancang dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas
- Sumber pendidikan memenuhi keperluan kurikulum untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan PNP
- Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kos, masa dan teknologi yang sesuai untuk mengoptimum PNP
- Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif PNP, latar belakang dan strategi pembelajaran murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah
- Sumber pendidikan yang dipilih menarik minat murid serta mengayakan pengetahuan dan pengalaman murid
Kepentingan Sumber Pendidikan dalam PNP
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences) merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Pengurusan Sumber Pendidikan
Secara umumnya, Sumber Pendidikan terdiri daripada dua jenis media iaitu bahan cetak dan bukan cetak. Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi meningkatkan koleksi Sumber Pendidikan melalui per capita grant (PCG) dan sumber kewangan tambahan setiap tahun. Justeru, Sumber Pendidikan ini perlu diurus dengan baik, efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan penggunaan oleh guru dan murid dalam mempertingkatkan kualiti P&P.
Kemudahan bagi menempatkan pelbagai jenis dan format Sumber Pendidikan turut diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya:
- Pusat Sumber Sekolah (Bilik Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Bahan Bantu Mengajar)
- Pusat Akses Sekolah
- Makmal Komputer
- Selain itu, sekolah-sekolah yang proaktif mewujudkan kemudahan dan Sumber Pendidikan tambahan seperti Bilik Sumber Mata Pelajaran, Bilik / Ruang Akses Kendiri, Laluan Ilmu, Taman Ilmu dan sebagainya yang dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif, menarik dan bermakna kepada murid.
Sumber Pendidikan Berteknologi Tinggi
Menjelang abad ke-21, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Dengan wujudnya Sekolah Bestari pada tahun 1997, penekanan diberikan kepada Sumber Pendidikan berteknologi tinggi agar pengetahuan dan kemahiran murid adalah seiring dengan perkembangan teknologi semasa dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing (k-economy).
Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan, perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses PNP secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan sumber pendidikan berteknologi tinggi pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.
Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Pengurusan Sumber Pendidikan yang berkesan, sistematik dan efisien perlu dititik berat dan ditingkatkan. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi Maklumat (Information Literacy) supaya mereka mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan mengguna maklumat secara berkesan dan efisien.
Oleh: Fadzliaton Zainudin
Sumber: http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/
Penjenamaan Semula Teknik, Vokasional
PROGRAM pendidikan teknik dan vokasional perlu penjenamaan semula supaya ia kekal relevan dengan tuntutan semasa guna tenaga dan pendidikan arus perdana.
Penjenamaan mencakupi pelbagai aspek - daripada kos sehinggalah kepada pembentukan imej baru.
Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Tajudin Jab berkata, isu ketidaksesuaian kursus serta nisbah agihan komponen akademik dan kemahiran perlu disesuaikan semula.
Antaranya ialah pecahan komponen akademik berbanding kemahiran perlulah 30:70, akademik berbanding vokasional (40:60) dan akademik berbanding teknik (70:30) - disulam dengan tenaga pengajar yang bertauliah dan berkemahiran.
Tempoh pengajian juga perlu dikaji semula, iaitu antara dua hingga empat tahun, dengan memperkenalkan satu konsep terbuka bagi kemasukan (pengambilan) dan tamat pengajian (persekolahan).
Sistem pentaksiran dan penilaian terhadap kualiti lepasannya perlulah berasaskan artikulasi, persijilan dan piawaian, supaya lepasannya mempunyai kemahiran yang senang dipasarkan dan bernilai dalam pasaran guna tenaga.
Selain itu, satu konsep kursus kluster dan customized perlu diperkenalkan bagi menyerlahkan sifat fleksibel dalam pemilihan laluan kerjaya.
Konsep penilaian berasaskan sekolah perlu dilaksanakan.
Untuk perancangan masa depan, SMT dan SMV perlu menawarkan kursus peringkat sijil yang tidak lagi ditawarkan oleh kolej komuniti atau politeknik.
Sebagai nilai tambah, sepasang seragam khas pelajar teknik dan vokasional boleh diperkenalkan untuk mencerminkan identiti, kata Ahmad Tajudin.
Sumber: http://www.jpnpp.edu.my/

Thursday, December 23, 2010
Tawakkal
Tawakkal ialah menyerahkan natijah atau keputusan sesuatu kepada Allah swt setelah berusaha sedaya upaya melakukannya.
Seorang yang menyerah kepada Allah swt semata-mata tanpa melakukan sebarang usaha tidak menepati konsep tawakkal yang dikehandaki oleh Islam.
Suatu kisah yang berlaku zaman Rasulullah saw, seorang lelaki telah melepaskan untanya di hadapan masjid tanpa mengikatnya terlebih dahulu dan terus masuk ke dalam masjid untuk beribadat. Beliau ditegur oleh Rasulullah dengan sabdanya bermaksud:
“Ikatlah terlebih dahulu untamu itu, kemudian barulah kamu bettawakkal kepada Allah swt.”
Sifat tawakkal menjadi kita lebih yakin dan sentiasa mengigati Allah swt dengan penuh ketenangan dan tidak merasa menyesal dan putus harapan apabila gagal memperolehi hasil yang diingini. Dengan ada sifat bertawakkal, kita akan berusaha bersungguh dan berdoa kepada Allah swt dengan sabar tanpa jemu.

DIMANAKAH SYURGA DIMANAKAH NERAKA
Bagian terakhir dari kehidupan Akhirat adalah Syurga dan Neraka. Syurga adalah tempat yang digambarkan sangat indah dan penuh fasilitet, yang disediakan bagi orang-orang yang banyak berbuat kebajikan. Sedangkan Neraka, adalah tempat yang digambarkan sangat mengerikan yang disediakan untuk orang-orang yang banyak berbuat dosa dan kejahatan.
Dimanakah kedua tempat itu berada? Hingga sejauh ini, kebanyakan kita tidak memperoleh kesimpulan yang cukup memadai untuk menggambarkan Syurga. Padahal sebenarnya Al Qur'an memberikan informasi yang sangat banyak tentang keduanya. Jika kita mencermatinya, Insya Allah kita boleh memperoleh gambaran yang sangat baik.
Yang pertama, Syurga itu ternyata luasnya seluas langit dan Bumi. Hal ini disebutkan Allah didalam firmanNya
“Dan bersegeralah kalian kepada ampunan Allah dan Syurga yang luasnya seluas langit dan Bumi, yang disediakan kepada orang-orang yang bertakwa. (Ali Imran: 133)
Langit kita ada 7 lapisan. Firmn Allah bermaksud;
"Allah-lah yang menciptakan tujuh langit, dan seperti itu pula Bumi.” (Ath Talaaq: 12)
Bagaimanakah menjelaskan bahwa langit dan Bumi itu ada tujuh? Hal ini memang sangat abstrak, tetapi sebenarnya boleh dijelaskan dengan teori dimensi.
Akan tetapi secara ringkasnya, Allah memang mengatakan bahwa Dia menciptakan langit alam semesta ini sebenarnya bukan hanya satu, melainkan tujuh.
Langit yang pertama dihuni oleh manusia, haiwan, dan tumbuhan, serta benda-benda langit seperti bintang, planet, galaksi, supercluster dan lain sebagainya. Langit yang disebut sebagai langit Dunia ini berdimensi 3.
Langit kedua dihuni oleh bangsa jin. Mereka memiliki dimensi 4. Alamnya sebenarnya berdampingan dengan kita, akan tetapi tidak bersentuhan, kerana memang dimensinya berbeza. Perbandingannya bagaikan 'Dunia Bayangan' yang 2 dimensi dan hidup di permukaan tembok, dengan 'Dunia Manusia' yang berdimensi 3, hidup di dalam ruangan. Kedua dunia itu hidup berdampingan tetapi tidak bercampur aduk.
Langit ketiga Hingga ke enam, berturut-turut adalah berdimensi 5, 6, 7, dan 8. Semua langit itu digunakan dalam masa penantian' oleh roh-roh manusia yang telah mati, selama di Alam Barzakh. Rasulullah, diceritakan pernah bertemu roh para Nabi ketika menjalani Mi'raj ke langit yang ke tujuh.
Langit yang ke tujuh adalah langit tertinggi, yang berdimensi 9. Di langit inilah terdapat Syurga dan Neraka. Ketika berada di Sidratul Muntaha, di langit ke tujuh, Rasulullah pernah melihat Syurga. Hal ini diceritakan di ayat berikut ini.
“Di Sidratul Muntaha. Di dekatnya ada Syurga tempat tingga” (An Najm: 14-15)
Langit ke tujuh adalah langit yang 'terbesar' dan 'tertinggi' di antara ke tujuh langit itu. Sebab, menurut teori dimensi, langit yang lebih rendah dimensinya, termuat oleh langit yang lebih tinggi dimensinya. Berarti, langit ke tujuh memuat langit ke enam, memuat langit ke lima, ke empat ke tiga, ke dua dan ke satu.
Bayangkan, ibarat sebuah kubus (dimensi 3) yang tersusun dari lembaran-lembaran luasan (dimensi 2), dan tersusun oleh garis-garis (berdimensi 1), serta memuat titik titik dalam jumlah tak berhingga, sebagai komponen penyusunnya.
Pendek kata, langit ke tujuh memuat seluruh pintu masuk yang ada di langit pertama Hingga ke tujuh. Maka, ketika Syurga itu berada di langit ke tujuh, sebenarnya Syurga itu memang memiliki luas yang seluas luasnya: terbentang antara langit dan Bumi. Bukan hanya langit Dunia, melainkan langit Akhirat, iaitu di langit yang ke tujuh. Akan tetapi, semua itu boleh diperhati dari Bumi yang kita duduki ini. Kenapa boleh demikian?
Bumi yang kita duduki ini berada di dalam pertama atau langit Dunia. Akan tetapi, kerana langit pertama menjadi komponen penyusun Langit Kedua, maka Bumi ini juga berada di langit ke dua. Jika sebuah garis tersusun dari titik-titik, dan sebuah luasan tersusun dari garis garis yang dijejer, maka titik-titik itu pun akan menjadi penyusun luasan
Demikian pula, Bumi sebagai komponen penyusun langit pertama, juga tetap pintu masuk di langit ke dua, di langit tiga Hingga langit yang ke tujuh.
Hanya saja, kerana sudut pandang setiap langit adalah berbeda beza, maka Bumi yang sama dilihat dari langit pertama akan berbeza dibandingkan dengan dilihat dari langit kedua. Demikian pula akan berbeza jika dilihat dari langit ke tiga Hingga langit ke tujuh.
Sehingga, kita boleh memahami apa yang dikatakan dalam al-Quran ayat Ath Talaaq: 12 di atas, bahwa sebagaimana langit, Bumi temyata juga ada 7 buah. Sebenarnya, bukan ada 7 buah Bumi, melainkan Bumi yang satu tersebut memiliki 7 wajah sesuai dengan sudut pandang langitnya.
Dari Bumi yang satu itu juga kita sebenarnya boleh memerhatikan langit yang ke tujuh. Untuk boleh merasakan Syurga dan Neraka, kita tidak perlu beranjak ke mana-mana. Cukup dari Bumi saja!
Kerana itu Allah berfirman bahwa Akhirat itu sebenarnya terjadi di Bumi, seperti firman Allah bermaksud:
“Di Bumi itulah kita hidup, di Bumi itu kita mati, dan di Bumi itu pula kita dibangkitkan.”
Jadi, pada kenyataannya, kita ini sudah berada di dalam Akhirat (langit ke tujuh) sejak hidup di dunia. Hanya kerana keterbatasan fizikal dan pancaindera kita saja, maka kita tidak menyedari bahwa kita telah berada di dalam alam Akhirat sejak awal.
Alam Akhirat bukanlah alam yang sekarang tidak ada, lantas nanti diadakan setelah terjadinya kiamat. Bukan begitu. Alam Akhirat ini sekarang sudah ada. Bahkan, sejak alam semesta diciptakan, Allah sudah menciptakan Akhirat, Syurga dan Neraka di langit yang ke tujuh. Tapi kita belum boleh merasakannya, kerana badan kita 'terikat' di dimensi 3. Sementara itu, Akhirat berada di dimensi 9.
Buktinya, Rasulullah sudah pernah melihat Syurga itu di langit ke tujuh, saat Mi'raj. Dan ketika itu, sebenarnya Rasulullah tidak beranjak dari Bumi. Beliau hanya mengalami perjalanan dimensional, dari dimensi 3 di langit pertama menuju dimensi 9 di langit ke tujuh. Tetapi beliau masih tetap berada di Bumi!
Oleh sebab itu, Syurga ini boleh dinampakkan atau tidak dinampakkan oleh Allah kepada kita, kerana ia memang sudah ada. Persoalannya, ia tersembunyi dari pandangan kita dikeranakan terbatasnya dimensi manusia. Jika batas-batas dimensi itu disingkapkan oleh Allah, kita akan boleh 'melihatnya' atau bahkan merasakannya.
Hal itu bakal terjadi kepada kita setelah terjadinya kiamat Bumi. Alam semesta bergerak menciut kembali, sehingga hukum alamnya akan berbalik 180 darjah. Pancaindera kita, termasuk 'mata hati', bakal boleh memerhatikan dan merasakan seluruh langit yang tujuh itu dari Bumi. Kita lantas boleh 'melihat' Syurga dan Neraka, termasuk para malaikat yang hidup di langit ke tujuh.
Oleh: firliana putri
Sumber: http://www.mail-archive.com/daarut-tauhiid@yahoogroups.com/

Tafsir Ayat: Niat keji Perkahwinan Punca Rumah Tangga Terkandas
Firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada malam. Ada tempat yang subur, ada pula tandus. Ada gunung-ganang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam.
Ada lelaki dan ada pula perempuan. Allah menciptakan pasangan untuk manusia supaya mereka dapat hidup seiring sejalan, berkongsi suka duka serta tetap bersama melayari kehidupan demi mencapai matlamat membina keluarga sakinah di bawah naungan keredaan Ilahi. Perlu ditegaskan bahawa dalam al-Quran, jalinan perkahwinan disebut Allah sebagai satu perjanjian yang sangat berat tanggungjawabnya. Jelas di sini Allah dan Rasul-Nya melarang umatnya mempermainkan persoalan nikah kahwin, apatah lagi untuk dijadikan isu atau modal dalam gurauan.
Malah, Islam juga melarang pernikahan bersifat kontrak atau sementara kerana ikatan pernikahan adalah jalinan perhubungan antara lelaki dan wanita yang berlangsung sepanjang hayat, bukannya untuk tempoh lima belas minit, sebulan atau empat bulan.
Maksud ayat di atas jelas mengungkapkan beberapa persoalan penting yang wajar dihayati dan difahami untuk dijadikan pedoman bagi pasangan muda yang hendak menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.
Persoalan pertama ialah bahagianya atau tidak, berkatnya atau tidak sesebuah rumah tangga banyak bergantung kepada niat awal. Justeru, niat tidak benar dan keji hanya akan menyebabkan rumah tangga dibina jauh daripada keberkatan Ilahi, malah terkandas di pertengahan jalan.
Sebaliknya, institusi rumah tangga yang dibangunkan atas dasar niat yang suci dan tujuan benar iaitu untuk memelihara kehormatan diri daripada terjebak ke jurang perzinaan di samping untuk mengukuhkan jalinan silaturahim sesama Muslim, nescaya keberkatan Ilahi dan kebahagiaan hidup dapat diraih bersama pasangan.
Oleh sebab itu, faktor keagamaan adalah faktor penting dalam konteks pembinaan sebuah keluarga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam kata lain, Allah akan menurunkan rahmat dalam satu keluarga apabila keluarga itu dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah menganjurkan supaya agama menjadi keutamaan.
Dalam keluarga Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang salih.
Keluarga yang salih ini akan melahirkan masyarakat salih dan menjadi asas bagi negara yang salih, bertamadun dan berwawasan.
Selain ketenangan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah dalam hati suami isteri. Prof Hamka berkata, mawaddah dan rahmah adalah rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan tidak bertepi dan ketenangan tidak terbatas.
Di sini dapat disimpulkan bahawa pembentukan rumah tangga dibina atas dasar cinta dan kasih sayang suci akan mententeramkan jiwa dan ruh dalam kehidupan Muslim. Tiada contoh paling tepat selain rumah tangga Rasulullah SAW bersama Saidatina Khadijah yang sentiasa memberi sokongan padu kepada suaminya terutama ketika berhadapan cabaran.
Akhirnya, anak yang dibentuk dalam suasana mawaddah dan rahmah ini akan menghasilkan peribadi bahagia, yakin diri, tenteram, berkasih sayang serta jauh daripada gangguan emosi serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.
Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pujuk Ibu Peluk Islam
ABU Hurairah atau nama Islamnya, Abdul Rahman, dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Beliau berasal daripada kabilah al-Dusi yang tinggal di Yaman adalah pelopor hadis yang terkenal. Selama hidupnya, Abu Hurairah melaporkan sebanyak 5,374 hadis.
Gelaran Abu Hurairah diberi oleh Nabi Muhammad kepadanya kerana beliau suka bermain anak kucing.
Menurut cerita, semasa Abu Hurairah berjumpa Nabi SAW, beliau membawa bersama seekor anak kucing. Anak kucing itu disorokkan di dalam lengan bajunya.
Apabila ditanya oleh Nabi Muhammad mengenai hal itu, Abu Hurairah segera mengeluarkan seekor anak kucing yang berada dalam lengan bajunya. Bermula pada hari itu, Nabi Muhammad menggelarnya Abu Hurairah. Beliau suka gelaran itu.
Semasa hidupnya, Abu Hurairah tergolong sebagai ahli suffah. Ia adalah golongan yang miskin yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau penuntut ilmu. Mereka juga penghuni yang tinggal di Masjid Nabawi. Nabi Muhammad selalu menyuruh Abu Hurairah mengumpul ahli suffah lain apabila ada makanan yang mahu diberikan kepada mereka.
Abu Hurairah memeluk Islam pada 7 Hijrah, semasa Nabi Muhammad berangkat pergi ke Khaibar. Abu Hurairah meninggal dunia pada 57 atau 58 Hijrah iaitu pada usia 78 tahun. Beliau meninggal dunia di kota Madinah.
Walaupun Abu Hurairah sudah memeluk agama Islam, beliau masih bimbang mengenai ibunya sendiri. Pada masa itu, ibunya masih belum dapat menerima ajaran Islam.
"Ibu, sekarang saya sudah menjadi orang Islam. Mahukah ibu ikut jejak langkah saya sebagai seorang Islam?" Tanya Abu Hurairah kepada ibunya.
"Ibu tetap dengan agama nenek moyang kita. Ibu tidak mahu ajaran Nabi Muhammad yang sesat itu dibawa ke rumah ini. Nabi Muhammad memesongkan fikiran kamu. Beliau menyesatkan kamu. Semua ajaran-ajaran yang dibawanya adalah sesat," kata ibunya selepas menolak ajakan Abu Hurairah supaya memeluk agama Islam.
Selepas Abu Hurairah mendengar kata-kata ibunya, beliau cuba mempertahankannya: "Tidak. Ajaran Nabi Muhammad adalah ajaran dan ilmu-ilmu yang diberikan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad tidak mengajar ajaran yang salah kecuali semuanya adalah ajaran yang baik bagi kita. Ibu silap, ibu perlu mendengar ajarannya dahulu."
"Tidak . Kamu jangat sebut lagi nama Muhammad di hadapan ibu. Ibu tidak suka!" jawab ibunya dengan suara yang tinggi.
Kemudian, Abu Hurairah dengan sedih terus keluar dari rumahnya dan berjumpa Nabi Muhammad. Sampai sahaja di hadapan Nabi Muhammad, Abu Hurairah menceritakan kisahnya bersama ibunya tadi: "Hari ini sekali lagi saya cuba memujuk mengajak ibu saya memeluk Islam. Tetapi ibu saya menolak dan mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada Nabi Muhammad. Saya tidak dapat menahan kesedihan atas perbuatan ibu saya. Tolonglah Rasulullah doakan supaya ibu saya terbuka hatinya menerima ajaran Islam dan memeluk agama ini."
Melihat kesedihan Abu Hurairah, Nabi Muhammad terus berdoa kepada Allah: "Ya Allah, bukakanlah pintu hati ibu Abu Hurairah, semoga beliau dapat menerima ajaran ini. Berilah petunjuk kepada ibunya."
Selepas Nabi Muhammad selesai berdoa, Abu Hurairah segera pulang mendapatkan ibunya di rumah. Sampai sahaja di rumah Abu Hurairah mendapati pintu rumahnya tetutup rapat. Ibunya mengetahui anaknya sudah pulang, lalu ibunya memberitahu, "Tunggu sebentar. Nanti, ibu bukakan pintu itu". Rupa-rupanya, ibu Abu Hurairah mandi.
Selesai sahaja mandi, segera ibunya membuka pintu. Diizinkan Allah, doa Nabi Muhammad termakbul. Ibunya sendiri berubah dan mahu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Abu Hurairah.
"Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," kata ibunya di hadapan Abu Hurairah.
Melihat peristiwa itu, Abu Hurairah berasa terharu dan gembira. Beliau terus berjumpa Nabi Muhammad dan memberitahu perkara yang terjadi. Nabi Muhammad tersenyum dan bersabda: "Syukur kepada Allah kerana memperkenankan doa tadi. Mulai hari ini, ibu kamu adalah orang Islam."
Petikan daripada buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Subscribe to:
Posts (Atom)