Monday, May 7, 2012

Five Foods That Could Save Your Life



The foods that we often feel guilty about eating can help to save your life. ‘What …

We’ve compiled a list of our five favourite health-boosting foods and the reasons why they can save your life. Here's our refreshing approach to healthy eating.

Life-saving food number 1: Chocolate

Exciting news for chocolate lovers: studies have shown that chocolate can reduce the risk of heart attacks and protect against deadly blood clots. Indeed, US researchers published in the British Medical Journal explain that chocolate can lower the risk of heart disease by over a third. This is achieved by natural health-promoting flavonoids, which improve the blood flow through the vessels to decrease the chances of heart attack. In fact, researchers have even recommended that anyone going on a long-haul flight should eat chocolate to promote healthy blood flow, lowering the risk of blood clots passengers are more prone to after sitting in the same position for long periods of time. This is the perfect excuse to book a holiday, and munch on chocolate during the flight – bliss! Woman eating chocolate

Life-saving food number 2: Salmon

According to research undertaken by Rush University Medical Centre, those who eat fish at least once a week are less likely to experience Alzheimer’s disease compared to those who rarely incorporate fish into their diet. Dr Martha Morris of St Luke’s Medical Centre in Chicago conducted a study on 815 people between the ages of 65 and 94, documenting their brain health for seven years. Luckily, such a time-consuming task revealed some fantastic results: Morris discovered that regular fish-eaters had a massive seventy per cent less chance of contracting Alzheimer’s disease than those who did not eat fish. Scientists have discovered that the DHA (docosahexaenoic acid) in fish is the key to combating Alzheimer’s: DHA slows down the progression of Alzheimer’s disease, making this the key ingredient for a healthy brain and, ultimately, a healthier lifestyle too.

Life-saving food number 3: Garlic

More and more evidence seems to be emerging that, of the many compounds found in garlic, 10 of them help to combat cancer. Garlic also contains immune-enhancing compounds that help to break down the substances that cause cancer. For example, diallyl sulphide, a component of garlic, is known for its ability to break down carcinogens in the body, which may have led to cancer if they weren’t destroyed. According to research, people who consume garlic regularly face half the risk of stomach cancer than those who eat little or none.

Life-saving food number 4: Cranberries

It would take a long time to list the many health benefits of cranberries but, in short, this tiny fruit is a life-saver (literally) when it comes to our health. Indeed, the little cranberry is full of antioxidant, anti-inflammatory, anti-bacterial and immune-boosting properties, as well as being jam-packed full of phytonutrients. The more phytonutrients we have in our body, the greater the protection. Moreover, the phytochemicals found in red fruits and berries help to combat cancer-causing molecules. In a study conducted by Cornell University, researchers tested cranberry extracts on human breast cancer cells and discovered that, over four hours, many of the same breast cancer cells had begun to die. So not only do they taste amazing, but these little red gems make a powerful addition to any diet.

Life-saving food number 5: The coffee bean

A study by the University of Scranton found that the flavonoids contained in coffee can prevent heart disease. The professor who led the experiment, Dr. Joe Vinson, says that “antioxidants are your army to protect you from the toxic free radicals, which come from breathing oxygen and eating sugar, that start chronic diseases”. The antioxidants in coffee ward off life-threatening diseases such as cancer, heart disease, diabetes, and stroke. It’s worth bearing in mind though, that caffeine raises your blood pressure, so if you’re drinking a large amount it’s best to opt for decaf, which offers the same amount of antioxidant properties as regular coffee. So let’s raise our warm mugs of coffee to health, happiness, and battling horrible diseases the tasty way. Here’s to a prosperous life!

Sumber: realbuzz.com...

Manfaatkan Kehidupan Di Dunia Tanpa Lupa Akhirat


DARIPADA Abdullah, katanya: "Bersabda Rasulullah SAW kepada kami: Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat penghuni syurga itu daripada kamu? Kata Abdullah, kami pun segera mohon ditambah.

Kemudian berkata pula Baginda: Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu daripada kamu? Kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua penghuni syurga itu daripada kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Hadis riwayat Muslim)

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah yang benar dan diredai Allah SWT. Namun, fenomena hari ini memperlihatkan tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad).

... Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih. - Riwayat Muslim

Betapa mudahnya iman mereka goyah kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu, benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai, namun nilaian mereka hanyalah seperti buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.

Mereka mudah dipermainkan pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah antara satu sama lain. Justeru, meskipun peluang untuk menghuni syurga Allah amat besar namun peluang itu tidak direbut oleh semua orang.

Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya dengan orang kafir.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (Hadis riwayat Muslim) Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan.

Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun, hakikatnya larangan itu demi kebaikan dan kesejahteraan manusia supaya tidak terjebak ke lembah kebinasaan.

Berbeza bagi golongan kafir, mereka bebas melakukan apa saja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya.

Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-duanya (kebahagiaan dunia dan akhirat).

Namun, jika kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah akan memberikan satu kenikmatan saja iaitu dunia semata sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Pelajar Islam Tak Tahu Mengucap


Posted on PUTRAJAYA: Sungguh mengejutkan apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sekolah di Kuala Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kajian itu dibuat tahun lalu membabitkan lima kelas di sekolah itu dan hasil kajian mendapati hanya pelajar di tiga kelas yang mempunyai pengetahuan agama.

“Sementara pelajar dalam dua kelas lagi tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, termasuk ada yang mengaku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Keputusan kajian ini mengejutkan kami, jika mengucap dua kalimah syahadah pun tak boleh, macam mana mereka nak solat,” katanya ketika merasmikan Penutup Program Pengukuhan Akhlak ‘Smart Solat’ Remaja di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.

Program itu dianjurkan Pertubuhan Pembangunan dan Transformasi Insan Malaysia (P-TIM) yang bertujuan mengajak golongan remaja dan belia menguasai dan memahami asas solat.

Othman berkata, pada 1995, kajian seumpama itu pernah dilakukan terhadap 6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Katanya, keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.

“Ini kajian yang dilakukan pada 1995 dan sekarang kita percaya mereka ini sudah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga dan anak, dan sekiranya mereka tidak berubah tidak mustahil anak mereka mewarisi sifat sama,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata selain penguatkuasaan undang-undang, isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini mampu ditangani melalui pendekatan pendidikan solat.

Katanya, senario gejala sosial di kalangan remaja dan belia ketika ini menakutkan, kebanyakan mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah, merokok, melepak di pasar raya, bohsia, ponteng sekolah, zina dan menonton video lucah. “Kebanyakan remaja yang bermasalah menghadapi masalah solat, iaitu mereka tidak solat di rumah, apatah lagi di masjid atau surau.

“Namun, lebih menyedihkan anak ini tidak pernah nampak ibu bapa mereka bersolat. Walaupun mereka bukan anak kami tetapi atas nama kemanusiaan, kami sangat bersimpati dengan mereka,” katanya.

Justeru, katanya program Smart Solat yang dianjurkan P-TIM sangat bertepatan dengan waktunya bagi membina benteng ampuh dalam diri anak menangani masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan belia.

“Bila anak solat dengan sempurna, Insya-Allah mereka terpelihara daripada melakukan perkara negatif dan mereka boleh menjaga diri “Ini kesan suntikan iman yang membajai hati dan sanubari anak kita yang disebut sebagai taqwa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Kawal Makanan Anak


KANAK-KANAK yang tembam dan montel sememangnya comel tetapi adakah mereka sihat?

Kebanyakan ibu bapa di Asia juga mudah ghairah untuk melihat badan anak mereka menjadi lebih berisi atau dalam definisi mudahnya, gemuk.

Apapun, kegemukan kanak-kanak sering dipandang ringan meskipun masalah ini mungkin akan mengganggu perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak berkenaan.

Menurut Ketua Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince Court, Datin Dr Farah Diba Khan, orang Asia sering membuat tanggapan yang salah apabila mengatakan anak kecil yang gemuk itu sihat dan comel.

Ibu perlu mengikut panduan diet yang sepatutnya supaya isu anak gemuk yang kini menjadi masalah utama Dalam kalangan pelajar di negara ini dapat diatasi.

“Penyediaan makanan yang betul dan mendidik tabiat makan yang sempurna bermula sejak kecil lagi dan ibu bapa bertanggungjawab ke arah pembentukan itu.

“Secara normalnya, fizikal anak adalah gambaran kepada keadaan fizikal ibu bapa. Tabiat pemakanan sekeluarga juga amat mempengaruhi kesihatan kita.
Menjadi sifat anak untuk meniru dan menerima apa saja makanan pemberian ibu.

“Justeru, ibu harus ingat semuanya bermula daripada tangan kita dan sentiasa berjaga-jaga serta prihatin dengan jenis makanan yang diberikan kepada anak bagi mengelakkan masalah berat badan berlebihan,” katanya.

Bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga bermasalah kegemukan, anda perlu lebih memandang berat pengambilan makanan dalam kalangan anak sejak kecil.

Ini kerana kanak-kanak yang gemuk sejak kecil berpotensi tinggi untuk terus berkeadaan begitu apabila dewasa kelak. Dengan itu, wajar mengambil langkah pencegahan sebelum masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung menyerang.

Selain itu, dia turut menasihati agar ibu bapa dan anak melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Tambahnya, tidak ada satu makanan pun yang membekalkan semua nutrien diperlukan kanak-kanak untuk pembesaran fizikal dan mental secara optimum.

Tetapi, setiap makanan boleh dipadankan ke dalam diet yang pelbagai, sederhana, seimbang dan sihat. Sehubungan itu, tidak ada istilah makanan baik atau tidak baik, khususnya bagi kanak-kanak kerana keseluruhan diet bagi sesuatu hari perlu diambil kira.

Oleh itu, berikan pelbagai makanan daripada setiap kumpulan makanan (karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian dan serat) pada setiap hari bagi membekalkan nutrien diperlukan oleh anak anda.

Bagi remaja pula, normal untuk mereka mengambil makanan dalam kadar kerap berikutan faktor usia yang semakin meningkat. Golongan ini sememangnya aktif serta memerlukan lebih banyak makanan untuk membesar.

“Memang waktu usia remaja mereka perlu makan banyak, tetapi harus diingatkan supaya mendisiplinkan diri dengan tidak mengambil makanan ringan terlalu kerap kerana akan mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan pada masa depan.

“Ibu bapa memainkan peranan dalam mengawal pemakanan anak mereka, tetapi tidak dinafikan kesibukan ibu bapa bekerja menyebabkan mereka tiada masa untuk memasak makanan berkhasiat dan seimbang kepada anak.

“Makanan seimbang saja tidak cukup. Kita kena amalkan kehidupan sihat dengan sentiasa bersenam untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan. Di samping itu, pihak sekolah dan pengendali kantin juga perlu memainkan peranan dalam menyediakan pemakanan seimbang kepada pelajar,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

Saad bin Abi Waqas


Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.

Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”.

Daripada peristiwa ini, lalu turunlah firman Allah SWT yang bermaksud, “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan DAKU (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Al-Ankabut: 8)

Saad adalah orang yang pertama memanah dalam perang di jalan Allah. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Tak kala sampai berita tentang serangan Pasukan Persia terhadap kaum muslimin dan gugurnya 4000 tentera muslimin dalam pertempuran Al Jisr dan penduduk Iraq mengingkari janji mereka, Khalifah Umar bin Al Khattab telah memutuskan untuk mengepalai sendiri angkatan tentera Muslimin. Akan tetapi kaum muslimin tidak bersetuju. Abdurrahman bin Aus mengusulkan untuk mengutuskan Saad bin Abi Waqas sebagai panglima perang. Pasukan Saad telah berjaya memerangi pasukan Persia sampai ke wilayah Nahrawand kemudian ke wilayah Al-Madain.

Dalam perang Al-Madain, pasukan yang dipimpinnya menyeberangi sungai Eufrat. Ketika mereka turun ke sungai dengan kenderaan tunggangan mereka, Saad menyuruh mereka mengucapkan, “Kami meminta pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Cukuplah bagi kami Allah sebagai wakil. Tidak ada daya dan kekuatan selain daya dan kekuatan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Setelah itu mereka berjalan atas sungai seperti mereka berjalan di darat.

Saad adalah salah satu diantara enam orang yang ditunjukkan oleh Umar sebagai calon untuk menggantikannya sebagai Khalifah selepas peninggalannya. Saidina Uthman bin Affan dipilih sebagai pengganti Umar.

Saad menghindarkan diri dari pergolakan politik antara Saidina Ali (khalifah ke4) dengan Saidina Muawiyah.

Ia kehilangan penglihatannya di akhir hayatnya. Ia meninggal dunia di istananya di daerah Al-‘Aqiq yang berjarak 5 batu dari Kota Madinah. Ia meninggal pada tahun 55 H dalam usia 80 tahun.

-ibnuahmad-
Sumber: http://fakir-insani.blogspot.com/

Pembunuh Abu Jahal


Abdurrahman bin Auf didatangi dua orang remaja dari kaum Ansar, iaitu Muaz bin Amr Al-Jamuh, 14 tahun dan Muawwiz bin Afra berumur 13 tahun. Kedua duanya bersenjatakan pedang. Tentera Quraisy seolah olah tidak menghiraukan kehadiran dua remaja itu kerana menganggap kedua duanya tidak berbahaya. Mereka lebih memilih Abdurrahman bin Auf agar ditawan hidup hidup untuk dijadikan tebusan kerana dia terkenal sebagai saudagar yang kaya.

Dalam keadaan rusuhan pertempuran, Abdurrahman bin Auf berteriak, "Wahai anak, kamu masih terlalu muda untuk terlibat di peperangan ini, sebaiknya engkau menjauhlah dari tempat ini."

"Kami mendapat izin daripada ibu dan ayah kami bagi menyertai pasukan Muhammad," teriak Muaz.

"Saya datang ke sini hanya untuk membunuh Abu Jahal. Tunjukkan di mana dia? "Kata Muawwiz dengan penuh semangat.

Pada mulanya Abdurrahman bin Auf tidak menghiraukan kata kata dua remaja itu, tetapi Muaz dan Muawwiz terus mendesaknya supaya menunjukkan dimana Abu Jahal maka akhirnya Abdurrahman terpaksa menyetujuinya.

"Paman akan tunjukkan kepada kamu di mana Abu Jahal, boleh tahu apa yang akan anda lakukan apabila berjumpa dengannya? Tanya Abdul Rahman bin Auf pula.

"Ibu saya berpesan jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya," jawab Muaz bersungguh sungguh.

"Abu Jahal menghina serta menyakiti Rasulullah, saya ingin membunuhnya," kata Muawwiz pula.

Abdurrahman bin Auf tersenyum mendengar kata-kata dari dua orang remaja yang berani itu. Dia berjanji akan menunjukkan Abu Jahal apabila berjumpa. Tiba tiba seorang tentera quraisy menyerang Abdurrahman bin auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz yang melihat kejadian itu segera bertindak melindunginya. Muaz dengan cepat menebas kaki tentera Quraisy menyebabkan dia tersungkur dan Muawwaiz pula menikamnya hingga mati. Melihat itu Abdurrahman bin Auf berasa kagum dengan kehidupan dua remaja itu.

"Tunjukkan kepada kami di mana Abu Jahal," kata Muaz seolah-olah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan ketua pasukan Quraisy itu.

Tiba tiba Abdurrahman bin Auf melihat Abu Jahal sedang berada di bawah sepohon kayu yang rendang. Dia menunggang kuda sambil berteriak memberi kata kata semangat kepada pasukannya agar terus berjuang.

Itulah lelaki yang kamu cari. Tetapi kamu haruslah berhati hati kerana dia juga seorang perwira Quraisy "kata Abdul Rahman bin Auf

"Terima kasih pakcik. Saya akan dapatkan dia sekarang, "ujar Muaz sambil berlari ke arah Abu Jahal.

"Saya akan membantunya membunuh lelaki yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu," kata Muawwiz juga.

"Berhati hati kerana dia dilindungi oleh pasukan Quraisy," mesej Abdurrahman bin Auf. Dia sendiri tidak dapat membantu kerana sedang berhadapan dengan tentera Quraisy yang menyerangnya.

Muaz dan Muawwiz terus berlari ke arah Abu Jahal yang masih berada di atas kudanya, mereka berlari tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Ketika itu Abu Jahal tidak menyedari kedatangan dua remaja tersebut. Muaz tiba lebih dahulu, dia tidak mencapai menebas kaki abu Jahal, maka yang ia tebas adalah kaki kanan kuda yang dinaiki Abu Jahal, seketika kuda tersebut jatuh tersungkur, Abu Jahal pun tersungkur. Dia marah sekali sambil menahan sakitnya akibat jatuh dari kuda, Abu Jahal cuba bangun tetapi dengan cepat Muaz menebas kaki kanan Abu Jahal hingga putus. Muawwiz yang menyusul memukul pula kepala Abu Jahal hingga dia teramat sakit.

Ikramah anak Abu Jahal yang turut berada di situ akan menolong dan melindungi bapanya, dia menyerang balik Muaz dan menebas tangan kiri remaja itu hingga hampir putus, Muaz terjerembab. Muaz berusaha lari dan dibiarkan oleh ikrimah kerana dia melihat Muawwiz hendak membunuh bapanya. Maka terjadi pertarungan seorang dewasa matang dalam pertempuran iaitu Ikramah dengan Muawwiz yang masih berumur 13 tahun, kerana tidak seimbang akhirnya Muawwiz gugur sebagai syahid.

Muaz selepas berjaya menjauhi Ikramah yang mengejarnya, ia terus berlari menuju Rasulullah, tapi pelariannya terganggu kerana tangan kirinya yang terkulai kerana hampir tamat. Muaz akhirnya berhenti lalu mengambil keputusan untuk memutuskan tangannya yang terkulai itu lalu berkata, "wahai tangan, kamu mengganggu perjalananku untuk bertemu Rasulullah.

Tanpa menghiraukan kesakitannya Muaz terus berlari hingga bertemu Rasulullah, kemudian Muaz memeluk Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, saya dan Muawwiz berjaya membuat Abu Jahal cedera, tetapi dia masih hidup kerana kami di serang oleh anaknya bernama Ikramah dan beberapa pasukan Quraisy." Beritahu Muaz lalu menunjukkan kedudukan mana Abu Jahal sedang berada.

Nabi Muhammad memanggil Abdullah Ibnu Mas'ud yang berada di situ kerana gilirannya mengawal Rasulullah, Beliau lalu menyuruh Ibnu Masud mencari Abu Jahal berada.

"Wahai Ibnu Mas'ud, anak ini mengatakan dia telah membuat Abu Jahal terluka, pergilah dan lihatlah dia disana," kata Rasulullah.

Abdullah ibnu Mas'ud segera pergi mencari Abu Jahal, didapatinya pimpinan Quraisy itu cedera parah tetapi masih hidup. Tanpa rasa belas kasihan Abdullah bin Mas'ud menekan leher Abu Jahal sambil berkata, "Wahai musuh Allah dan musuh RasulNya, pada hari ini Allah menutup."

"Dengan apa Allah menghina aku? Apakah kerana aku mati ditangan engkau? Tanya Abu Jahal yang masih menunjukkan kesombongannya.

Abdullah ibnu Mas'ud mengangkat pedang hendak memenggal kepala Abu Jahal, tetapi Abu Jahal berkata, "sebelum engkau membunuh aku, beritahu dahulu pihak mana yang memenangi pertempuran ini, milik siapakah kemenangan hari ini?"

"Pasukan Quraisy kalah, kemenangan itu milik Allah dan Rasul-Nya," Jawab Abdullah bin Mas'ud.

"Anda bohong wahai pengembala kambing!" Kata Abu Jahal, dia masih menunjukkan angkuhnya walau situasi sedang kritis.

Tanpa ada sela masa, pedang Abdullah bin Mas'ud memancung kepala Abu Jahal ...

Berita terbunuhnya Abu Jahal dengan cepat disampaikan kepada tentera Islam, mereka menjadi semakin membara dan semangat, tetapi dipihak lain berita kematian itu meluluhkan semangat pasukan Quraisy ....

Rasul mendengar berita kematian Abu Jahal dari Abdullah bin Mas'ud, beliau mengatakan, "Wallahi, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Allahu Akbar, AlhamduliLLah, Dia yang memenuhi janjiNya dengan menolong hambaNya dan mengalahkan musuhNya."

Begitulah kematian musuh Allah, secara fizikal dan kemegahan saat itu Abu Jahal termasuk manusia yang dihormati kaumnya, punya posis tinggi, tapi Allah menghinakannya, bermula dengan serangan dua orang remaja di bawah umur, segala kekuatannya tumbang atas izin Allah, sebuah bukti hanyalah dengan kekuatan iman dan jihad lah yang dapat mengalahkan kekuatan kekuatan musrik dan musuh Islam dari dulu hingga sekarang ...

Ya Allah kuatkanlah Islam dengan generasi yang Engkau ridhoi, dan munculkanlah kekuatan Islam dari munculnya pemuda pemuda muslim belia seperti Muaz bin Amr Al-Jamuh, dan Muawwiz bin Afra

Sumber: http://detikislam.blogspot.com/

Wednesday, May 2, 2012

Mengapa Manusia Dilarang Bersikap Sombong?


Sifat angkuh dan sombong telah banyak membinasakan makhluk Allah s.w.t., bermula dari peristiwa pengusiran Iblis dari syurga kerana, lantaran niat sombongnya, enggan sujud kepada Nabi Adam a.s tatkala diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk sujud hormat kepadanya.

Demikian juga Allah s.w.t telah menenggelamkan Qarun beserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi disebabkan kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t dan juga kepada kaumnya sendiri.

Allah s.w.t juga telah menenggelamkan Fir'aun dan bala tenteranya ke dalam laut kerana kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t. dan juga kepada kaumnya sendiri, dan kerana kesombongannya itulah dia lupa diri sehingga dengan keangkuhannya dia menyatakan dirinya adalah tuhan yang mesti disembah dan diagungkan.

Kehancuran kaum Nabi Luth a.s juga kerana kesombongan mereka dengan menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Luth a.s. agar mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka iaitu melakukan penyimpangan seksual, yakni lebih suka memilih pasangan hidup sama jenis (homoseks); sehingga tanpa disangka-sangka pada suatu pagi, Allah s.w.t membalikkan bumi tempat tinggal mereka dan tiada seorang pun dari mereka yang dapat menyelamatkan diri dari azab Allah yang datangnya secara tiba-tiba itu.

Dan masih banyak kisah lain yang dapat menyedarkan manusia dari sifat sombong dan angkuh, sekiranya mereka menggunakan hati nurani dan akalnya yang sihat.

Mengapa manusia dilarang bersikap sombong? Sebabnya ialah manusia adalah makhluk yang lemah. Layakkah makhluk yang lemah itu bermegah-megah dan sombong di hadapan penguasa langit dan bumi? Sayangnya, realiti masa kini , kita dapati ramai manusia yang lupa hakikat dan jati dirinya, sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain, serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.

Rasulullah s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,

"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)

Imam An-Nawawi rahimahullah memberi komentar tentang hadis ini, "Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, memperlekehkan mereka dan menolak kebenaran". (Syarah Shahih Muslim 2/269).

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)

Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata, "Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain, kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam mentauhidkan-Nya.” (Umdatul Qari` 22/140).

Nash-nash Ilahiyyah banyak sekali mencela orang yang sombong dan angkuh, baik yang terdapat dalam Al-Qur`an maupun dalam As-Sunnah.

1. Orang Yang Sombong Telah Mengabaikan Perintah Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman, ertinya:

”Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. " (QS. 31:18)

Ibnu Abbas r.a , ketika menjelaskan makna firman Allah s.w.t: ”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia” berkata: "Janganlah kamu sombong dan merendahkan manusia, hingga kamu memalingkan mukamu ketika mereka berbicara kepadamu." (Tafsir At-Thabari 21/74)

Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah s.w.t., ”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh”, maksudnya: ”Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati, janganlah kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu". (Tafsir Ibnu Katsir 3/417).

2. Orang Yang Sombong Menjadi Penghuni Neraka.

Allah s.w.t berfirman, mafhumnya:

”(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahannam”
(QS. Az-Zumar: 72)

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan." (HR. Muslim)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, "Mahukah Aku beritahu kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat menjawab: tentu (wahai Rasulullah), lalu beliau berkata: "(Penghuni syurga adalah) orang-orang yang lemah lagi direndahkan oleh orang lain, kalau dia bersumpah (berdo'a) kepada Allah nescaya Allah kabulkan do'anya, Mahukah Aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab: tentu (wahai Rasulullah), lalu beliau berkata: "(Penghuni neraka adalah) orang-orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong". (HR. Bukhari & Muslim)

3. Orang Yang Sombong Pintu Hatinya Terkunci Dan Tertutup.


Sebagaimana Firman Allah s.w.t.,mafhumnya:

"Demikianah Allah mengunci mati pintu hati orang yang sombong takabbur , lagi bermaharajalela pencerobohannya " (QS. Ghafir 35)

Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata, "Sebagaimana Allah mengunci mati hati orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah maka demikian juga halnya Allah juga mengunci mati hati orang yang sombong lagi berbuat sewenang-wenangnya , yang demikian itu kerana hati merupakan sumber pangkal kesombongan, sedangkan anggota tubuh hanya tunduk dan patuh mengikuti hati". (Fathul Qodir 4/492).

4. Kesombongan Membawa Kepada Kehinaan Di Dunia Dan Di Akhirat


Orang yang sombong akan mendapat kehinaan di dunia ini berupa kejahilan, sebagai balasan dari perbuatannya. Perhatikanlah firman Allah s.w.t. , ertinya: Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu)” (QS. Al-'Araf: 146)

Maksudnya, iaitu, Aku (Allah) halangi mereka dari memahami hujah-hujah dan dalil-dalil yang menunjukkan tentang keagungan-Ku, syari'at-Ku, hukum-hukum-Ku pada hati orang-orang yang sombong untuk ta'at kepada-Ku dan sombong kepada manusia tanpa alasan yang benar, sebagaimana mereka sombong tanpa alasan yang benar, maka Allah hinakan mereka dengan kebodohan (kejahilan). (Tafsir Ibnu Katsir 2/228)

Kebodohan adalah sumber segala malapetaka, sehingga Allah sangat mencela orang-orang yang jahil dan orang-orang yang selesa dengan kejahilannya, Allah s.w.t. berfirman, artinya: Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan akal fikirannya). ”(QS. Al-Anfal: 22)

Allah s.w.t menghina orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran dan tidak mahu mengatakan yang haq, sehingga orang tersebut tidak memahami ayat-ayat-Nya yang pada akhirnya menyebabkan dia menjadi seorang yang jahil dan tidak mengerti apa-apa; dan kejahilan itulah bentuk kehinaan bagi orang-orang yang sombong.

Dan orang yang sombong di akhirat dihinakan oleh Allah s.w.t. dengan mengecilkan saiz tubuh mereka sekecil semut dan kehinaan datang kepada mereka dari segenap penjuru , hal ini sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis berikut:

"Orang-orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat seperti dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia, dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara neraka jahannam yang di sebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman dari kotoran penghuni neraka". (HR. Tirmizi & Ahmad, dihasankan oleh Syeikh Al-Albani dalam Al-Misykat)

Semoga dengan merenungi nash-nash Ilahiyyah diatas, rahmat Allah akan sentiasa bersama kita dan menjauhkan kita dari sifat angkuh dan sombong. (Abu Abdillah Dzahabi)

Marilah kita perbanyakkan istigfar di dalam hati dengan ikhlas semoga akan terhakis sifat sifat mazmumah di dalam hati kita

Sumber: http://mencariygbenar.blogspot.com/