Monday, July 23, 2012
Dr Asri: Berpuasa Tapi Bersugilah
Kebersihan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam sepanjang masa. Ini khususnya apabila kita beribadah kepada Allah. Juga apabila kita bertemu manusia lain. Islam memerintahkan kita menjaga hubungan baik dengan Allah, demikian juga kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Kebersihan, wangian dan penampilan yang baik sesuatu yang menunjukkan penghormatan dan penghargaan kita kepada pihak yang ingin kita bertemu dengannya. Ini adalah tabiat manusia. Justeru itu, semasa soat kita diwajibkan menjaga kebersihan dan menutup aurat, juga disunatkan berwangian. Demikian ketika berjumpa dengan manusia. Pakaian yang sesuai dan memakai wangian adalah sunnah dalam bermasyarakat. Mereka yang mempunyai bau busuk dilarang datang ke tempat perhimpunan awam khususnya solat berjemaah. Sebab itu tidak dibenarkan sesiapa yang memakan bawang putih ataupun makanan yang lain yang mengeluarkan bau busuk dari pemakannya menghadiri solat berjemaah. Ini kerana Islam ingin mengelakkan kita menyakitkan orang lain dan menimbulkan kebencian sesama manusia.
Galakan Gosok Gigi
Islam menggalakkan bersugi (gosok gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w: “Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda: “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.
Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.
Bukan Hujah
Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).
Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut: “Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!
Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/
Friday, June 1, 2012
Enggan Masuk Syurga?
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “Siapakah yang enggan?” Baginda bersabda: “Sesiapa yang taat kepada ku ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia masuk neraka.” (al-Bukhari)
Huraian:
Pada hakikatnya tiada seorang pun yang waras fikirannya enggan memasuki syurga, malah yang bermati-matian mengejar dunia ini sekali pun, tidak lain ialah kerana menganggap dunia ini adalah syurga yang terlalu indah padahal syurga yang sebenar adalah syurga akhirat yang kekal abadi. Enggan memasuki syurga bererti seseorang itu memilih untuk memasuki neraka. Kesimpulan daripada hadis di atas ialah bahawa orang yang bakal memasuki syurga adalah orang yang taat kepada Rasulullah SAW sedangkan pengertian orang yang tidak mahu memasuki syurga adalah mereka yang derhaka kepada baginda SAW.
Thursday, May 17, 2012
Pelajar Yaman Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..
Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.
Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.
Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu menangkap 5 pelajar tersebut.
Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya. Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.
Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata;"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
- Pemimpin yang adil;
- Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
- Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
- Lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
- Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
- Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
- Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”(Riwayat Muslim)
Sumber: http://biaqpila.blogspot.com/
Wednesday, May 16, 2012
Pelajar Melayu makin kurang
KUALA LUMPUR 30 Sept. – Negara akan berdepan dengan dilema ketandusan profesional Melayu terutama dalam bidang perubatan dan kejuruteraan jika tindakan tidak diambil bagi menyediakan pelapis dalam bidang tersebut untuk tempoh jangka panjang.
Senario itu tidak mustahil berlaku ekoran kemasukan pelajar Melayu dalam bidang kritikal di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini sejak 10 tahun lalu sangat rendah berbanding kaum lain.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah mendedahkan, sejak sistem meritokrasi diperkenalkan pada awal tahun 1999, jumlah pelajar Melayu yang memasuki bidang kritikal tidak sampai 30 peratus berbanding pelajar bukan Melayu.
Menurutnya, sangat menyedihkan melihat ketandusan pelajar Melayu dalam jurusan farmasi, kejuruteraan, sains, perundangan, perubatan, pergigian serta perakaunan.
‘‘Contohnya sebelum meritokrasi diperkenalkan terdapat 70 peratus pelajar Melayu dalam bidang farmasi tetapi kini fenomena itu sudah terbalik.
‘‘Sedangkan pelajar Melayu sangat diperlukan untuk memasuki bidang-bidang kritikal demi memastikan usaha membangunkan bangsa Melayu dan negara dapat diteruskan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyebut jumlah kemasukan pelajar Melayu ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang semakin berkurangan berbanding kaum lain.
Semalam, Dr. Mahathir menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan tersebut dan mengaitkan fenomena itu dengan perpecahan orang Melayu yang akan mengakibatkan kerajaan menjadi lemah sehingga terpaksa akur pada pelbagai tuntutan.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, perpecahan Melayu yang semakin parah sejak tahun 1999 turut menjadi faktor kepada kekurangan pelajar Melayu di IPTA.
‘‘Kaum lain mengambil peluang untuk membuat pelbagai tuntutan apabila mendapati Melayu semakin lemah dan berpecah. Keadaan ini turut memberi kesan kepada pelajar Melayu di IPTA,’’ jelasnya.
Serentak dengan itu, beliau menyarankan agar UiTM yang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan 100 peratus pelajar Melayu diperkukuhkan bagi mengimbangi pelajar kaum lain dalam bidang kritikal.
‘‘Buat masa ini pelajar UiTM berjumlah 140,000. Jika mahu mengimbangi cerdik pandai kaum lain bagi jangka panjang, jumlah pelajar UiTM mesti ditingkatkan sehingga 400,000,’’ jelasnya.
Beliau berkata, UiTM juga mestilah dibenarkan memulakan kursus asasi dalam semua bidang kritikal bagi membekalkan pelajar Melayu ke IPTA lain yang mempunyai masalah kekurangan pelajar Melayu dalam bidang tersebut.
Katanya, IPTA yang lain juga diwajibkan menerima pelajar diploma daripada UiTM untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti tersebut tanpa sebarang alasan.
Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my
Sumber: http://www.utusan.com.my/
6 Musuh Iblis Dan 5 Kelemahannya
Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal r.a. dari Ibn Abbas r.a., ia berkata : ” Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang sahabat dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar : “ Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, kerana kalian memerlukanku ”.
Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat :” Apakah anda tahu siapa yang menyeru itu ?”. Para sahabat menjawab , ” Tentu Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui ”. Rasulullah berkata: “ Dia adalah Iblis yang terkutuk – semoga Allah senantiasa melaknatnya”. Umar bin Khattab r.a. berkata :” Ya, Rasulullah, apakah engkau mengizinkanku untuk membunuhnya?”. Nabi SAW berkata:” Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu bahwa dia termasuk mereka yang tertunda kematiannya sampai waktu yang ditentukan ?. Sekarang silak bukakan pintu untuknya, kerana ia sedang diperintahkan Allah SWT. Fahamilah apa yang dia ucapkan dan dengarkan apa yang akan dia sampaikan kepada kita! ”.
Ibnu Abbas berkata : “ Maka dibukalah pintu, kemudian Iblis masuk ke tengah-tengah kami. Ternyata dia adalah seorang yang sudah tua bangka dan buta sebelah mata. Dagunya berjanggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda, kedua kelopak matanya memanjang , kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang keluar seperti taring babi, kedua bibirnya seperti bibir kerbau . Dia berkata, “ Assalamu ‘alaika ya Muhammad, assalamu ‘alaikum ya jamaa’atal-muslimin ”. Nabi SAW menjawab :” Assamu lillah ya la’iin AKU telah mengetahui, engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluanmu wahai Iblis”.
Iblis berkata :” Wahai Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa .”
Nabi SAW berkata :” Apa yang membuatmu terpaksa harus datang kesini, wahai terlaknat?”.
Iblis berkata,” Aku didatangi oleh seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung, ia berkata kepada-ku ‘Sesungguhnya Allah SWT menyuruhmu untuk datang kepada Muhammad SAW dalam keadaan hina dan bersahaja. Engkau harus memberitahu kepadanya bagaimana tipu muslihat, godaanmu dan rekayasamu terhadap Bani Adam, bagaimana engkau memmujuk dan merayu mereka. Engkau harus menjawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan kepa-damu’. Allah SWT berfirman,” Demi kemulia-an dan keagungan-Ku, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar, niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas oleh angin dan Aku puaskan musuhmu kerana bencana yang menimpamu”. Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanyakan kepadaku, niscaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku daripada leganya musuh-musuhku yang menimpa diriku”.
Rasulullah kemudian mulai bertanya :” Jika kamu jujur, beritahukanlah kepada-ku, siapakah orang yang paling kamu benci ?”.
Iblis menjawab :” Engkau, wahai Muhammad, engkau adalah makhluq Allah yang paling aku benci, dan kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu”.
Rasulullah SAW :” Siapa lagi yang kamu benci?”.
Iblis :” Anak muda yang taqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah SWT”.
Rasulullah :” Lalu siapa lagi ?”.
Iblis :” Orang Alim dan Wara yang saya tahu, lagi penyabar”.
Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”.
Iblis :” Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran”.
Rasulullah:” Lalu, siapa lagi ?”.
Iblis :” Orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh-kesahnya “.
Rasulullah :” Bagaimana kamu tahu bahwa ia itu penyabar ?”.
Iblis :” Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak memasukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar “.
Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”.
Iblis :” Orang kaya yang bersyukur “.
Rasulullah bertanya :” Bagaimana kamu tahu bahwa ia bersyukur ?”.
Iblis :” Jika aku melihatnya meng-ambil dari dan meletakkannya pada tempat yang halal”.
Rassulullah :”Bagaimana keadaanmu jika umatku mengerjakan shalat ?”.
Iblis :”Aku merasa panas dan gemetar”.
Rasulullah :”Kenapa, wahai terlaknat?”.
Iblis :” Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud saja, maka Allah mengangkat derajatnya satu tingkat”.
Rassulullah :”Jika mereka shaum ?”.
Iblis : ” Saya terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”.
Rasulullah:” Jika mereka menunaikan haji ?”.
Iblis :” Saya menjadi gila”.
Rasulullah :”Jika mereka membaca Al Qur’an ?’.
Iblis :’ Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.
Rasulullah :” Jika mereka berzakat ?”.
Iblis :” Seakan-akan orang yang berzakat itu mengambil gergaji / kapak dan memotongku menjadi dua”.
Rasulullah :” Mengapa begitu, wahai Abu Murrah ?”.
Iblis :” Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang bezakat disenangi makhluq-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Ke-empat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”.
Rasulullah:”Apa pendapatmu tentang Abu Bakar?”.
Iblis :” Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyah, dia tidak taat kepadaku, bagaimana mungkin dia akan mentaatiku pada masa Islam”.
Rasulullah :” Apa pendapatmu tentang Umar ?”.
Iblis :” Demi Tuhan, tiada aku ketemu dengannya kecuali aku lari darinya”.
Rasulullah :”Apa pendapatmu tentang Utsman ?”.
Iblis :” Aku malu dengan orang yang para malaikat saja malu padanya”.
INTISARI HR Muadz bin Jabal r.a. dari Ibn Abbas r.a
6 MUSUH IBLIS
- Nabi Muhammad SAW
- Anak muda yang taqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah SWT
- Orang Alim dan Wara yang saya tahu, lagi penyabar
- Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran
- Orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh-kesahnya “.Iblis berkata :” Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak memasukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar
- Orang kaya yang bersyukur. Bagaimana iblis tahu orang bersyukur. Iblis berkata :” Jika aku melihatnya meng-ambil dari dan meletakkannya pada tempat yang halal”.
- Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku mengerjakan shalat, Iblis berkata :”Aku merasa panas dan gemetar”. Kenapa? Ibli sberkata :” Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud saja, maka Allah mengangkat derajatnya satu tingkat”.
- Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku shaum?”. Iblis berkata : ” Saya terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”.
- Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku menunaikan haji. Iblis berkata :” Saya menjadi gila”.
- Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku membaca Al-Qur’an. Iblis berkata :” Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.
- Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku membayar zakat. Iblis berkata :” Seakan-akan orang yang berzakat itu mengambil gergaji / kapak dan memotongku menjadi dua”. Rosul bertanya” Mengapa begitu, wahai Abu Murrah ?”. Iblis menjawab :” Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang bezakat disenangi makhluq-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Ke-empat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”.
Ayat-Ayat Pelindung Daripada Sihir Jin & Manusia:
- Al-A'Araf (Surah 7 : Ayat 117-122)
- Yunus (Surah 10 : Ayat 81-82)
- Thoha (Surah 20 : Ayat 69)
- Dibacakan pada mangsa sihir
- Di tulis dengan dakwat bersih dan suci kemudian dilarutkan pada air dan di minum
- Dibaca pada air yang bercampurkan dengan daun bidara lalu dibuat mandi
- Dirakamkan ayat-ayat ini lalu didengarkan pagi dan petang hingga sembuh. InsyaAllah.
Ayat-Ayat
Hifzu ( Pelindung)
Ayat-Ayat
Hifzu yang tercatit bi bawah ini, hendaklah dibaca pada air dengan Ayat-Ayat
Azab, Ayat-Ayat Doa dan Ayat-Ayat Sihir kemudian disiramkan / direnjis di semua
sudut rumah, kedai, pejabat atau mana-mana tempat yang dirasakan ada gangguan
jin atau syaitan dengan penuh harapan kepada Allah SWT. InsyaAllah berkesan.
- Al-An'am (Surah 6 : Ayat 61)
- Yusof (Surah 12 : Ayat 64)
- Ar Ra'd (Surah 13 : Ayat 1)
- Al-Hijr (Surah 15 : Ayat 9)
- As Shoffat (Surah 37 : Ayat 17)
- Al Infithar (Surah 82 : Ayat 9-12)
- Al Buruj (Surah 85 : Ayat 17-22)
- Al Tariq (Surah 86 : Ayat 4
Sumber:
http://www.rawatanislam.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)

