Thursday, September 27, 2012

MESYUARAT PEMBANGUNAN DOKUMEN STANDARD DAN MODUL PEMBELAJARAN PAV BAGI MATA PELAJARAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TINGKATAN DUA PADA 18 - 21 SEPTEMBER 2012 DI BPK, KPM










Ibuku


IBUKU mempunyai seribu mimpi
Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.

Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah darat

Ibuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upahnya buruhnya sangat sedikit

Ibuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkan

Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
kaburlah mata ibu diselaputi logam

Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancur

O ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteri


- Usman Awang

Iblis, syaitan dan Jin - Tangani Masalahnya


Pengenalan

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”(al-Zariyat 56)

Tanda-Tanda Kerasukkan

1. Terhalang untuk mengingati Allah dan untuk beribadat
Disebut dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang maksudnya:

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

2. Dadanya terasa sesak dan hatinya terasa keras
Allah berfirman dalam Surah Al-An'aam, ayat 43 yang maksudnya:

[43] Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

3. Membenci dan memusuhi orang di sekelilingnya.
Di dalam Surah Al-Maaidah ayat 91, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

4. Sering lupa
Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan kita lupa terhadap sesuatu kebaikan. Di dalam Surah Yusuf ayat 42, Allah SWT berfirman yang maksudnya:

[42] Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.

5. Selesa menyendiri
Syaitan selalu menyenangi perpecahan. Umar bin Al-Khathab RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

"Barangsiapa di antara kalian yang ingin mendapatkan wangi syurga, maka hendaklah ia selalu bersama jemaah, kerana sesungguhnya syaitan senang bersama orang yang sendirian dan ia akan lebih menjauh dari dua orang." (Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

6. Merasa tertekan atau wujud gangguan jiwa.
Syaitan juga membuat seseorang yang telah dirasukinya merasa tertekan. Hatinya selalu merasakan keraguan di dalam ibadatnya, kepercayaannya terhadap Allah, hilang keyakinan diri, kecewa dengan kehidupannya dan lain-lain lagi. Dalam Surah Al-An'am ayat 71, Allah SAW berfirman maksudnya:

[71] Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

7. Rasa takut yang luar biasa
Orang yang telah terpengaruh dengan syaitan selalu mempunyai rasa takut yang luar biasa. Mereka mudah merasakan ketakutan sehinggakan kadangkala mereka tidak tahu apa yang ditakuti itu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran ayat 175 yang bermaksud:

[175] Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Terdapat juga tanda-tanda kerasukan syaitan iaitu di waktu tidur. Antaranya ialah:

1. Gelisah ketika tidur di waktu malam
Syaitan bertebaran dan aktif di waktu malam. Orang yang dirasuki itu ingin berehat (tidur), sedangkan syaitan di dalam dirinya tidak mengingininya. Mereka yang dirasuki syaitan biasanya mudah terganggu dalam tidurnya, walaupun hanya kerana bunyi detikan jarum jam. Mereka sering terjaga daripada tidurnya di tengah malam hanya sekadar ingin minum atau membuang air kecil.

2. Mimpi buruk
Pada umumnya, orang yang telah dirasuki akan melihat di dalam mimpinya seokor anjing, ular, kalajengking, kucing dan lain-lain yang biasanya berwarna hitam, atau seakan-akan berjalan di perkuburan, tempat yang menakutkan, berada di tempat yang tinggi seperti akan terjatuh. Manakala mereka yang telah dirasuki jin yang mencintainya, akan selalu bermimpi seorang wanita yang tidak dikenali (bagi seorang lelaki, manakala ternampak seorang lelaki bagi mangsa yang seorang wanita).

Abu Qatadah RA mengatakan, maksudnya "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Mimpi yang baik adalah dari Allah. Sedangkan mimpi yang menakutkan berasa dari syaitan. Jika seseorang di antara kamu mendapat mimpi yang menakutkan, hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya dan berlindunglah kepada Allah dari keburukannya, maka mimpi itu tidak akan membahayakannya"". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Mengeluh dalam tidur
Disebut juga di dalam kursus perubatan Islam, mereka yang telah dirasuki syaitan, kelihatan ketika tidurnya seperti sedang mengeluh keletihan.

Apa yang disebut adalah tanda-tanda umum bagi rasukan syaitan ke dalam hati manusia, manakala jika rasukan syaitan kerana sihir, tandanya adalah lebih banyak sesuai dengan jenis sihir itu. InsyaAllah ia akan disebut dalam artikel lain kemudian.

Apabila seseorang merasakan tanda-tanda ini, hendaklah beliau kembali mengingati Allah, cuba mencari semula titik keikhlasan dalam beribadat kepada-Nya dan sentiasa membentengi diri daripada kejahatan syaitan seperti yang telah disebut dalam artikel sebelum ini. Walau bagaimana pun, mungkin juga tanda-tanda yang disebutkan itu bukanlah kerana syaitan di dalam dirinya, tetapi adalah kerana suatu penyakit fizikal yang boleh dirawat oleh perubatan hospital dan psikologi.

Semoga kita sentiasa terlindung daripada kejahatan syaitan dan semoga Allah sentiasa memelihara hati kita daripada lalai mengingati-Nya.

SIMTOM GANGGUAN


Sintom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan. Kebanyakan sintom yang di beritahu oleh pesakit-pesakit kepada penulis adalah seperti:

1. Sakit anggota badan:

  • Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.
  • Sakit menyeluroh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.
  • Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.
  • d. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas. Sedawa yang berpanjangan tanpa sebab.

2. Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.

3. Gangguan pemikiran. Fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian. Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman. Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Quran atau berzikir.

4. Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas. Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini di rasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.

5. Pesakit rasa putus asa untuk hidup. Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.

6. Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.

7. Gangguan tidur - tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam. Suatu ketika dahulu penulis pernah bertemu dengan seorang pesakit yang tidur pada siang hari dan hanya berjaga dari jam 12 malam hingga 6 pagi.

8. Gangguan ketika beribadah iaitu ketika solat, membaca Al-Quran atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.

9. Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.

10. Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.

11. Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya. Penulis pernah diberitahu situasi dimana lampu bilek menyala dengan sendiri, pair mengeluarkan air dan tutup dengan sendiri, alat komputer dinyalakan dengan sendiri dan sebagainya. Penulis pernah pergi ke satu pejabat dimana lampu dan alat-alat mesin dan instrument di pejabat itu dinyalakan dengan sendiri dari bilek kawalan yang kosong.

12. Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.

13. Pesakit dirasuk. Di sini jin atau syaitan/iblis akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya. Apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya. Pernah penulis berhadapan dengan seorang pesakit perempuan tua berumur tujuh puluhan apabila dirasuk, pesakit berbicara dengan bahasa Thai (Siam) dan kemudian bersilat ala Thai (tomoi).

14. Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.

15. Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang. Ramai dikalangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka. Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.

16. Bayi kecil yang mengalami sawan tangis. Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat. Kebiasaannya selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.

17. Penderitaan dan halangan. Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Sihir juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.

Larangan dan Suruhan bagi Memelihara Diri Daripada Kejahatan Syaitan

1. Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama-kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, ertinya:

"Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." (Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang baik).

2. Menyebut nama Allah apabila masuk ke rumah dan apabila makan


Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya, sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah RA, beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, 'Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian.' Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata (kepada saudara-saudaranya), 'Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.' Dan ketika makan, dia tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata, 'Kalian boleh ikut menyantap makan malam.'"

3. Membaca doa perlindungan apabila masuk ke tandas


Terdapat hadith daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, apabila Nabi Muhammad SAW memasuki tandas, baginda mengucapkan:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari jin kafir (syaitan) betina dan syaitan jantan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berwuduk sebelum tidur

Disebutkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Bara` bin Azib RA, maksudnya:

"Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidurmu, berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk melakukan solat." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur

Dalam satu hadith yang panjang, diringkaskan di sini, bahawa Abu Hurairah RA menceritakan beliau telah didatangi seorang pencuri yang mencuri hasil kutipan zakat yang dijaganya sebanyak tiga kali, sedangkan telah dua kali diberi amaran dan dia telah berjanji tidak akan datang mencuri hasil kutipan zakat itu lagi.

Untuk kali ke tiganya, dia berkata "Lepaskanlah saya, saya akan mengajarkan beberapa kalimat semoga Allah memberikan manfaat untukmu dengan kalimat ini." Beliau pun bertanya tentang doa itu. Dia berkata, "Jika kamu berbaring di perbaringan, bacalah ayat kursi, kerana dengan begitu, Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi harinya."

Maka beliau pun melepaskannya sekali lagi. Pagi esoknya, Rasulullah SAW bertanyakan akan hal tahanannya lagi, lalu Abu Hurairah RA menceritakannya. Lalu baginda bersabda, "Mahkluk itu telah berkata benar kepadamu, sedangkan ia adalah si pendusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa yang kamu ajak bicara sejak tiga hari yang lalu itu?" Beliau menjawab, "Tidak". Baginda bersabda, "Ia adalah syaitan." (Hadith Riwayat Bukhari dengan ta'liq)


6. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur


Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan,

"Gabungkanlah kedua telapak tangan anda dan bacalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas padanya. Kemudian, tiuplah keduanya lalu sentuh anggota badan seluruhnya, sejauh yang dapat dicapai dimulai dari kepala." (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)

7. Tutup mulut apabila menguap

Dalam satu hadith, Abu Said Al-Khudri RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila salah seorang di antara kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan, kerana syaitan akan masuk." (Hadith Riwayat Imam Muslim dan Ad-Damiri)


8. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam


Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan istintsar tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Istintsar ialah perbuatan menyedut air ke dalam hidung, kemudian menghembusnya keluar, seperti ketika berwuduk. Hikmah lain istintsar ialah ia merupakan satu penawar bagi penyakit resdung. Amalkanlah selalu, contohnya selepas keluar ke kawasan kotor berdebu seperti di jalan raya.

9. Mendirikan Solat Tahajjud


Apabila seseorang tidur, lalu bangun di pagi harinya tanpa sedikit pun qiyamullail, syaitan akan semakin dekat menguasainya. Dari Abdullah bin Masud RA, dia berkata,

"Pernah disebutkan kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang tidur semalam penuh hingga bangun di pagi harinya, maka beliau bersabda: 'Itu adalah orang yang kedua telinganya (atau satu telinganya) telah dikencingi syaitan.'" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Tutup rumah dan tahan anak-anak menjelang Maghrib

Dalam satu hadith marfu' yang meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA, katanya;

"Janganlah kalian biarkan unta, lembu, kambing dan yang sejenisnya, serta anak-anak kalian masih berkeliaran di luar rumah ketika matahari terbenam hingga kabut malam (waktu Isya') menghilang; kerana syaitan-syaitan bertebaran ketika matahari terbenam, hingga kabut malam menghilang." (Hadith Riwayat Muslim)

11. Jangan kencing pada lubang-lubang

Imam Nasa'i meriwayatkan dari Qatadah, dari Abdullah bin Sirjis, katanya Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya;

"Janganlah salah seorang di antara kaluan kencing pada lubang-lubang." Mereka bertanya kepada Qatadah, "Mengapa kita dimakhruhkan untuk kencing pada lubang-lubang?" Dia menjawab, "Kerana lubang-lubang merupakan tempat tinggal jin." (Hadith Riwayat Abu Dawud, An-Nasa'i dan Imam Ahmad)

12. Mengingat Allah setiap waktu dan keadaan

Menurut satu kajian oleh Prof Dr Sir Norhisham Wahab, seorang pelopor Colour Vibration Therapy (CVT), syaitan dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang. Zikir pula memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal, menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti syaitan atau jin. Selalulah berzikir dengan zikir yang telah diajar oleh Rasulullah SAW yang banyak dikumpulkan sekarang di dalam koleksi Al-Maksurat dan Al-Azkar.

Dalam satu hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya;

"Dan aku memerintahkan kalian untuk mengingat Allah kerana perumpamaan mengenai hal itu seperti seorang lelaki yang dikejar oleh musuh-musuhnya hingga ia sampai di sebuah benteng kukuh yang melindungi dirinya dari mereka. Sama halnya dengan seorang hamba tidak akan dapat menjaga dirinya dari syaitan kecuali dengan mengingat Allah (berdzikir kepada Allah)." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

13. Mengingat Allah ketika bangun tidur

Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

"Jika seseorang dari kalian tidur, maka syaitan membuat tiga ikatan pada lehernya yang dilakukan padamu sepanjang malam tidurmu. Maka tidurlah, dan jika kamu terbangun, sebutlah/ingatlah Allah, maka satu ikatan akan terlepas. Kemudian jika kamu berwuduk, maka akan terlepas satu ikatan, dan kemudian jika kamu melaksanakan solat, maka akan terlepas satu ikatan lagi hingga ia memulakan paginya dengan semangat dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka jiwanya akan kotor dan dalam keadaan malas."(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

14. Mengingat Allah ketika keluar rumah

Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

"Barangsiapa yang ketika akan keluar rumah mengucapkan; bismillahi tawakkaltu alalloh la haula wa la quwwata illa billah (dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah), maka kepadanya akan dikatakan cukuplah bagimu, kamu telah dijaga dan syaitan telah menjauh darimu." (Haith Riwayat At-Tirmidzi)

15. Mengingat Allah ketika masuk masjid

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA, dari Nabi Muhammad SAW bahawa ketika akan masuk masjid, baginda mengucapkan, "A'udzu billahil-azhim wa bi wajhihil-karim wa sultonihil-qodimminassyaithonirrojim (Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Na yang mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang qodim dari syaitan yang terkutuk." Beliau berkata, "Itu saja?" Baginda berkata, "Ya, jika seseorang mengucapkan ini, maka syaitan akan berkata 'Ia telah dijaga dariku sepanjang hari'. " (Hadith Riwayat Abu Dawud)

16. Merapatkan saf solat berjemaah


Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya;

"Luruskan barisan dan rapatkan bahu-bahu di antara kamu, dan lembutkan badan kamu untuk saudara yang di sebelah kamu. Jangan tinggalkan ruang kosong untuk syaitan mengambil tempat. Sesiapa yang merapatkan saf, maka Allah akan bersama dengannya dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan putuskan hubungan dengannya." (Hadith Riwayat Abu Dawud)

17. Mengingat Allah ketika menanggalkan pakaian

Dari Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya;

"Penghalang antara pandangan syaitan dan aurat anak cucu Adam adalah, apabila ia menanggalkan pakaiannya, mereka mengucapkan bismillah." (Hadith Riwayat At-Thabarani)

Adalah penting membaca doa menanggalkan pakaian kerana banyak kes terjadi di mana jin telah tergoda dengan manusia dan menaruh cintanya kepada manusia itu hingga membawa mudarat kepadanya. Doa menanggalkan pakaian:

Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain dari Dia.

18. Mengingat Allah ketika akan berhubungan suami isteri

Dari Abdullah bin Abbas RA, ia mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya;

"Jika salah seorang dari kalian ingin menggauli isterinya, hendaklah ia mengucapkan 'Allahumma janibnassyaiton wa jannibissyaiton ma rozaqtana' (Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah Engkau berkan kepada kami). Jika Allah menakdirkan kepada keduanya seorang anak (dari hubungan itu), maka anak tersebut akan terhindar dari syaitan selamanya." (Hadith Riwayat Bukhari)

19. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Buah Tamar atau Kurma mempunyai pelbagai khasiat. Bagi Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya;

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Madinah setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir." (Hadith Riwayat Bukhari)

20. Mengelakkan pintu-pintu kemasukan jin dan syaitan

Daripada penceritaan para pengamal perubatan Islam, terdapat empat pintu utama yang ditunggu-tunggu oleh jin dan syaitan untuk merasuki manusia. Empat pintu itu ialah:
  • Terlalu marah
  • Terlalu gembira/ seronok/ leka
  • Terlalu dukacita
  • Terlalu syahwat
Selain itu, syaitan mudah menghasut manusia apabila ia dalam keadaan kenyang, terlalu sayangkan harta dunia, melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa, terdetik di dalam hati perasaan hasad dengki dan lain-lain lagi.

Sebenarnya banyak lagi pintu masuknya syaitan jika dikaji secara terperinci. Untuk itu, adalah lebih baik untuk sentiasa membentengi diri dengan dzikrullah (mengingati Allah) setiap masa dan

Sumber: http://mypustaka.20m.com/

Wednesday, September 26, 2012

7 Khasiat Ampuh Sinar Matahari Pagi Untuk Kesihatan


TUJUH Khasiat Ampuh Sinar Matahari Pagi Untuk Kesihatan Tubuh dan Tulang - Sinar matahari adalah sumber kehidupan bagi semua makhluk yang berada di bumi ini, terutama bagi manusia. Ketika bangun di pagi hari disaat cuaca yang cerah, Kita menghirup udara yang segar dan menghangatkan tubuh Kita di bawah terik sinar matahari yang membuat tubuh dan kulit Kita terasa cerah di pagi hari, kerana matahari di pagi hari sangat baik untuk kesihatan Kita. Selain itu berjemur dibawah sinar matahari mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita.

Antara 7 manfaat sinar matahari bagi kesihatan tubuh kita ialah:
  1. Mengandung vitamin D: Pada waktu berkas sinar ultraviolet disaring di kulit, sinar tersebut merubah simpanan kolesterol di kulit menjadi vitamin D. Menerima paparan sinar matahari selama 5 minit saja sama ertinya dengan memberikan 400 unit vitamin D pada tubuh kita.
  2. Membentuk dan memperbaiki Tulang: Meningkatnya vitamin D dalam tubuh kerana paparan sinar matahari dapat meningkatkan penyerapan kalsium di dalam tubuh kitaa. Kondisi ini adalah aktiviti dalam pembentukan dan perbaikan tulang dan mencegah penyakit seperti rakhitis dan osteomalacia.
  3. Penawar infekif dan pembunuh bakteria: Sinar matahari mampu membunuh bakteria penyakit, virus, dan juga fungus. Pada perawatan TBC, erysipelas, keracunan darah, peritonisis, pneumonia, mumps, dan asma, terapi sinar matahari sangat diperlukan. Bahkan beberapa dari virus penyebar kanser dapat dimusnahkan oleh sinar ultraviolet ini. funggus, termasuk candida, juga bakteria di udara dapat dibinasakan oleh sinar matahari.
  4. Meningkatkan kesegaran pernafasan: Peningkatan kapasiti darah untuk membawa oksigen dan menyalurkannya ke jaringan-jaringan adalah salah satu kegunaan sinar matahari. Selain itu, sinar matahari juga mampu meningkatkan kesegaran pernafasan kerana jumlah glikogen akan bertambah setelah berjemur di bawah terik matahari.
  5. Kekebalan: Saat kulit terkena sinar matahari, terjadi penambahan sel darah putih, terutama limfosit, yang digunakan untuk menyerang penyakit. Secara tidak langsung antibodi-pun akan ikut meningkat. Kondisi ini akan bertahan hingga 3 minggu. Menurut penelitian, 10 menit di bawah matahari satu dua kali seminggu dapat mengurangi risiko terkena flu hingga 30-40%.
  6. Meredam kolesterol darah: Ini merupakan kelanjutan proses di atas. Setelah kolesterol di bawah kulit dirubah menjadi vitamin D, otak dan tubuh kemudian memberikan isyarat kepada kolesterol yang ada dalam darah untuk keluar dari darah menuju ke kulit. Dari proses inilah kadar kolesterol dalam darah dapat dikawal dengan baik.
  7. Mengurangi gula darah: Sinar matahari adalah insulin semulajadi yang memberikan kemudahan penyerapan glukosa masuk ke dalam sel-sel tubuh. Perkara inilah yang merangsang tubuh untuk mengubah gula darah menjadi glycogen, yang kemudian disimpan di hati dan otot. Proses inilah sebagai turunnya kadar gula darah.
Begitu pentingnya matahari bagi kita, mari jangan kita sia-siakan anugerah Allah kepada kita yang telah memberikan sumber kehidupan bagi kita. Untuk itu marilah kita harus membiasakan diri terkena sinar matahari setiap hari, kerana demi kesihatan tubuh kita. Semoga ia dapat bermanfaat bagi kita.

Sumber: http://www.storyunic.com/

Ayat Pengesan Jin & Penawar Sihir


Satu MP3 yang lengkap nmengandungi ayat-ayat pengesan dan penawar sihir
Khasiat Ayat Ini :-

Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-
  1. denyutan jantung makin kencang
  2. badan bergegar
  3. ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  4. mengantuk/menguap
  5. batuk
  6. gelisah
  7. panas di tengkuk
Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan mendegar MP3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit – penyakit misteri antaranya:
  • Fikiran runsing/jiwa gelisah
  • Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
  • Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
  • Ketengangan dalam rumahtangga
  • Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
  • Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
  • Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
  • Menguatkan hafalan dan pembelajaran
  • Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
  • Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
Cara Menggunakan MP3 Ini :

RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu:-
  1. Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
  2. Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
  3. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
  4. Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
  5. Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
  6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
  • Download Sekarang :-MP3
  • Download Sekarang :-PDF
  • Sekiranya Mempunyai Masalah Download MP3, Boleh Download Link Ke-2 :-MP3
Sumber: IsuHangat

Cara Mengelak JIN Rasuk Dalam Tubuh..



Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya".Biasanya jin akan merasuk kaum wanita saja dan kaum lelaki nie jarang kena rasuk jin. Kenapa pula jin nie suka sangat merasuk wanita ? Hal ini kerana, wanita suka sangat nak bersolek dan suka berpakaian yang mendedahkan aurat. Oleh itu, mudahlah para jin-jin ini untuk memikat korang dan menjadi sasaran utama golongan jin. So, wanita dekat luar sana kena ambil tahu tentang perkara ini.

Golongan jin ini bukannya merasuk secara suka-suka dan main 'hentam' saja nak rasuk orang. Jin nie pun pandai juga siapa yang akan menjadi mangsanya. Jin akan merasuk mereka yang tiada pendirian dan lalai dengan perintah Allah.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri.

Tapi kita kena ingat ada juga golongan manusia yang menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Di sini ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:


  1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
  2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
  3. Meninggikan suara dalam bilik air
  4. Menangis dan merintih sebelum tidur
  5. Membuang air panas ke dalam bilik air
  6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
  7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
  8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
  9. Selalu bertengkar suami isteri
  10. Terlampau marah
  11. Mengikut hawa nafsu
  12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
  13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
  14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
  15. Perempuan suka bersolek
  16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
  17. Jin jatuh cinta pada manusia
  18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Terdapat beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu

Sumber: http://suraual-ikhwan.blogspot.com/

Balasan terhadap jin di akhirat ikut keimanan


Makhluk akan dihisab untuk masuk syurga atau neraka melalui amalan, kebaikan dilakukan

Ulama bersepakat bahawa jin kafir akan diazab pada hari akhirat. Firman Allah SWT dalam Surah al-An'am ayat 28: “Neraka itulah tempat tinggal kamu sekalian”.
Firman Allah SWT lagi dalam Surah al-Jin ayat 15 (yang bermaksud): “Adapun orang yang menyimpang daripada kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahanam.”
Mengenai jin mukmin, ada beberapa pendapat yang berkembang dalam kalangan ulama iaitu;

Pertama: Mereka tidak mendapat pahala kecuali keselamatan daripada api neraka, lalu dikatakan kepada mereka, “Jadilah kamu debu seperti debu binatang”. Ini adalah pendapat Abu Hanifah, seperti yang disebutkan Ibnu Hazim daripadanya.

Ibnu Abid-Dunya mentakhrij daripada al-Laits bin Abu Sulaim, beliau berkata: “Pahala bagi jin ialah diselamatkan daripada api neraka, lalu dikatakan kepada mereka, jadilah kamu semua debu.”

Abd bin Humaid, Ibnu al-Munzir dan Ibn Syahin mentakhrij di dalam kitabnya, al-Ajaa'ib wal-Gharaib daripada Abuz Zanad, beliau berkata: “Selepas penghuni syurga masuk ke dalam syurga dan penghuni neraka masuk neraka, maka Allah SWT berfirman kepada jin mukmin dan sebangsanya. “Jadilah kalian debu”. Maka mereka pun menjadi debu. Pada saat itu orang kafir berkata, “Alangkah baik sekiranya aku menjadi debu.”

Kedua: Jin mendapat pahala atas ketaatan dan diseksa kerana kederhakaan. Ini adalah pendapat Ibnu Abi Laila, Malik, al-Auza'iy, as-Syafi'i dan Ahmad serta Abu Hanifah.

Ibnu Hazm mengatakan dalam al-Milal wan-Nihal, “Mereka masuk Syurga.”
Ibnu Abi Hatim mentakhrij dari Ya'kub, beliau berkata: “Menurut pendapat Ibnu Abi Laila, jin mendapat pahala.

Firman Allah SWT dalam Surah al-An'am ayat 132 yang bermaksud: “Dan, masing-masing memperoleh darjat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya”.
Abus-Syeikh mentakhrij dalam al-Uzmah dari Khuzaimah, beliau berkata: “Ibnu Wahb pernah ditanya dan aku mendengarnya. Apakah jin mendapat pahala dan seksa?”

Ibnu Wahb menjawab, “Allah berfirman dalam Surah Fushilat ayat 25: “Dan, tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang yang rugi”.

Juga firman-Nya dalam Surah al-An'am ayat 132 (yang bermaksud): “Dan masing-masing memperoleh darjat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya”.

Abus-Syeikh mentakhrij dari Ibnu Abbas r.a, beliau berkata: “Makhluk itu ada empat macam; makhluk di syurga semuanya, makhluk di neraka semuanya dan dua makhluk di syurga dan neraka. Yang di syurga semuanya adalah Malaikat, yang di neraka semuanya adalah syaitan. Adapun yang di syurga dan di neraka adalah jin dan manusia. mereka mendapat pahala dan seksa”. Wallahua'lam.

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Gangguan jin punca histeria


HATI-HATI, jangan sampai menjadi mangsa pengamal perubatan tradisional yang mengambil kesempatan.

HISTERIA dikaitkan dengan perlakuan, tindakan dan pengeluaran suara individu yang luar daripada biasa. Ia dimulai dengan seorang individu dan boleh berjangkit kepada individu lain dalam sebuah kumpulan seperti dalam asrama, bilik darjah serta kilang.

Walaupun ada mengaitkan individu berkenaan atau mangsa sebagai mengalami tekanan mental, kita tidak seharusnya menafikan wujudkan pengaruh persekitaran luar pemikiran manusia seperti dunia jin dan syaitan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Kiswah, Ustaz Hayat Abdul Rahman, berkata mangsa histeria dikaitkan dengan wanita lantaran ada ‘perkara’ yang tidak dimiliki lelaki, tetapi dipunyai wanita iaitu darah haid.


Beliau berkata, dari segi psikologi ketika datang bulan, emosi wanita menjadi tidak menentu dan merasa lebih lemah akibat darah yang keluar itu, selain pertahanan tubuh menjadi kurang stabil, lemah termasuk perubahan emosi ketika datang bulan.

Kedatangan darah kotor yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh membaca ayat suci al-Quran sepanjang tempoh itu menjadikan mereka pilihan makhluk halus untuk merapati mereka.

Histeria juga dilaporkan sering berlaku di kalangan pelajar dan ia mungkin berpunca daripada pengumpulan tekanan kesan kesibukan belajar dan peperiksaan.
Selain itu, katanya, kedudukan sekolah yang menjadi ‘pusat’ makhluk halus berkampung dan apabila koloni mereka terganggu, tidak mustahil ia akan mengamuk boleh mencetus kepada histeria.
“Ia turut dikaitkan dengan aspek kebersihan. Dalam banyak kes ia berlaku di sekolah berasrama yang mana ketika itu remaja tidak begitu tahu bagaimana menguruskan kebersihan diri termasuk membersihkan darah pada pada tuala wanita sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bukannya dibuang sesuka hati. Pengalaman saya selama 10 tahun sebagai pengamal perubatan, membuktikannya.

“Histeria banyak terjadi di kalangan remaja perempuan yang berada di sekolah dan paling banyak membabitkan masalah pengurusan kebersihan. Dalam kes saya kendalikan sebelum ini, seorang remaja perempuan dirasuk dan berjangkit dengan puluhan pelajar lain. Ketika berdialog dengan jin itu, ia menyatakan bahawa remaja itu membuang tuala wanitanya ke dalam kolah asrama, dan kolah berkenaan sebenarnya perkampungan jin. Tindakan remaja itu mengundang marah jin berkenaan lalu ‘menyerang’ pelajar itu,” katanya mengulas mengenai kejadian histeria yang dilaporkan kerap berlaku di kalangan wanita.

Dari sudut amalan perubatan tradisional, histeria dikaitkan dengan sejenis ‘jin yang suka berpindah-randah’. Rasukan boleh berlaku apabila jin memasuki 32 rongga tubuh dan apabila berjaya dilakukan, maka ia akan mulai menguasai manusia dan sebanyak 60 peratus rasukan, duduknya di kepala dan ia diterjemahkan dengan jeritan dan tindak balas.

Apabila seseorang itu kerasukan akibat jin berkenaan, ia boleh menjangkiti pelajar lain, tetapi dilakukan oleh pelbagai jenis jin lain, apatah lagi sekiranya orang berhampiran itu lemah semangat dan mungkin juga berhadapan tekanan sama dengan individu yang mula-mula dirasuk.

Tidak menafikan ia banyak membabitkan pelajar Melayu Islam dan pelajar sekolah agama serta tahfiz, Hayat berkata, ia berlaku bukan kerana pelajar berkenaan dalam kategori ‘nakal’, sebaliknya makhluk halus sememangnya gemar mengganggu golongan yang ingin hampir kepada Allah.

“Manusia ini unik, ada jenis yang dilahirkan jenis yang disukai jin serta lemah semangat. Bila orang pertama merasuk, jin lain akan kacau orang lain, kerana rasukan terhadap orang yang mula-mula terkena histeria itu adalah provokasi terhadap jin lain untuk mengeluarkan diri masing-masing.

“Ada juga yang mengaitkan orang yang mempunyai saka sebagai sasaran histeria. Ini ada juga kebenarannya memandangkan saka bagaikan biji benih yang boleh membesar dan ia keluar dalam bentuk rasukan,” katanya.

Mengenai keadaan histeria, katanya, ia berlaku dalam beberapa cara termasuk ada mangsa yang tidak sedar sehingga tiga jam, tetapi sedar dalam keadaan keletihan kerana dalam keadaan tidak sedar itu jin berkenaan mengawal dirinya.

Ada juga keadaan individu sedar dan membuka mata, tetapi pergerakan dan perbuatannya di kawal makhluk berkenaan. Selalunya mangsa mengeluarkan suara yang berbeza daripada biasa dan mempunyai kuasa yang kuat dan lain daripada orang normal. Tidak kecuali ada segelintir yang ‘buat-buat’ dengan alasan untuk mendapat perhatian ibu bapa.

Mengulas mengenai rawatan, katanya, ia bergantung kepada sekolah atau organisasi, tetapi perawatan yang dilakukan pengamal perubatan Islam tidak boleh dicampuradukkan dengan rawatan dilakukan bomoh.

“Bomoh selalunya akan menggunakan ‘tangkapan’ seperti memasukkan jin ke dalam tin dan sebagainya yang mana ia berbeza dengan amalan perubatan Islam. Cara perubatan Islam adalah dalam bentuk kitab rawatan menggunakan ayat suci al-Quran, doa, khutbah serta azan. Cara ini membantu menghalau makhluk ini daripada mengganggu manusia.

“Begitupun suka saya memberikan nasihat supaya berwaspada dengan kewujudan pihak tidak bertanggungjawab mempergunakan rawatan tradisional sebagai topeng sedangkan ada yang menyeleweng hingga melakukan jenayah rogol, pencabulan dan sebagainya. Ada perawat hingga meminta untuk tidur bersama mangsa hingga berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Menangani histeria, katanya sekolah atau organisasi perlulah mengambil beberapa tindakan termasuk menjauhi unsur kelalaian seperti hiburan atau konsert nyanyian terlampau sehingga meninggalkan solat, percampuran lelaki dengan wanita tanpa batasan serta tingkatkan kebersihan.

“Individu yang terkena histeria boleh berulang tetapi tingkatkan ibadat untuk mengelakkan ia daripada terus berlaku,” katanya yang boleh dihubungi di 017-9065131 atau layari laman http://www.rukyahsyariah.com

Sumber: http://www.bharian.com.my/