Friday, January 25, 2013

AYAM MASAK LEMAK

Bahan-Bahan:  
  • 1 ekor ayam, potong
  • 5 biji kentang dibelah 4 (direndamkan)
  • 4 batang serai, diketuk
  • 1 inci lengkuas, diketuk
  • Santan (2 biji kelapa parut dikisar dahulu)
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Dikisar Halus   
  • 10-15 biji cili padi
  • 8-10 biji bawang merah
  • 4-5 ulas bawang putih
  • ¾-1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
Cara Memasak
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan lengkuas
  3. Masukan bahan kisar halus (Tumis hingga harum baunya
  4. Masukkan ayam kacau sampai sebati
  5. Bila ayam kecut sedikit, tuang santan cair dan masukkan kentang (Kacau hingga mendidih dalam api perlahan).
  6. Bila kentang mulai empuk, masukan asam gelugor dan santan.
  7. Masukan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  8. Akhir sekali masukkan daun kunyit tunggu sekejap sehingga gulai benar-benar masak.

Monday, January 21, 2013

LATIHAN BERASASKAN KOMPETENSI ADALAH PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Latihan Berasaskan Kompetensi atau Competency Based Trainning (CBT) adalah Pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan murid, merupakan satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada murid. Murid merupakan tumpuan utama dalam model CBT. Bagi model CBT, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan guru lebih kepada menjadi fasilitator dalam membimbing murid. Tanggungjawab untuk belajar lebih tertumpu kepada murid. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.
 
Reka bentuk kurikulum CBT berfokuskan murid 
 
Ciri-ciri pembentukan kurikulum yang berfokus kepada pelajar adalah sepeti berikuti:
  1. Murid diberi peluang memilih kursus/program yang ingin diikuti.Struktur program dilaksanakan secara modular dan berfokuskan murid.
  2. Penyediaan program kurikulum dan ko-kurikulum yang mempunyai ciri pembelajaran aktif, menekankan kepada perkembangan kemahiran insaniah termasuk kefahaman dan pengetahuan isi kandungan disiplin.
  3. Penulisan Rancangan Sesi Latihan (RSL) dan Rancangan Pembelajaran (RP) berasaskan hasil di mana fokusnya adalah apa yang murid dapat lakukan. Kurikulum CBT bukan hanya menumpukan perolehan ilmu atau pengetahuan semata-mata, tetapi ianya memberi penekanan yang lebih kepada proses pembelajaran dan kompetensi murid.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
 
Dalam menjayakan model CBT, aspek minda murid dan guru serta pendekatan aktiviti P & P perlu selaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan murid. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah:
  1. Menjadikan murid lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, tugasan, dan penggunaan ICT secara optimum.
  2. Menggalakkan murid bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan murid lebih sedar apa yang dipelajarinya.
  3. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan model CBT amat bersesuaian dengan peringkat pembelajaran, termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri.  
Kaedah penilaian
 
 Model CBT memerlukan beberapa teknik penilaian yang berkualiti sebagai maklum balas perkembangan prestasi murid. Kaedah penilaian melalui CBT akan menyediakan peluang untuk murid mendapat memberi maklum balas dari guru, bagi penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran murid tersebut. Penilaian yang sering digunakan adalah berbentuk formatif, dimana ia akan menyumbang kepada penilaian dan penaksiran di penghujung proses pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat formatif yang berpusatkan murid ini, adalah persediaan portfolio projek, dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian berasaskan rubrik perlu digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam menilai tugasan pelajar.

Sejarah Pengangkutan di Port Weld

Port Weld merupakan perhentian terakhir jalan keretapi Larut manakala Matang merupakan perhentian akhir jalan ke Taiping.

Perkhidmatan kapal menghubungi Port Weld dengan Pulau Pinang bejalan setiap hari dimana kapal-kapal ini berlayar mengikuti persisiran pantai, manakala kapal-kapal layar Melayu yang lebih kecil banyak berlabuh di Matang. Perhubungan di antara Port Weld dan Taiping, bandar utama daerah Larut, hanya melalui jalan keretapi dan denai yang boleh dilalui kereta kuda. Oleh sebab itu, untuk mengurangkan kos, barang-barang dagangan dibawa melalui jalan air ke Matang, dan dari situ, pedagang-pedagang boleh mengangkut barangan mereka dengan sendiri ke Taiping, Kuala Kangsar dan daerah Kinta.

Kapal stim di Port Weld, sekitar tahun 1890an. (Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Walaupun kedudukan Port Weld agak strategik dari segi aktiviti pengagihan barang-barang dagangan dari Pulau Pinang yang hanya 40 batu jauhnya, bilangan penduduknya tidak berkembang pesat. Di sini, kerajaan British telah membina dermaga, menambak tanah, membina jalanraya dan sistem saliran. Bekalan air di Port Weld baik kerana ianya disalirkan dari bukit-bukit di Larut. Semua usaha ini dilakukan dengan harapan Port Weld berkembang sebagai penempatan pedagang-pedagang British. Namun begitu, penduduk Port Weld hanya terdiri daripada kakitangan kerajaan dan sebilangan peniaga runcit yang membekalkan barangan untuk penduduk pekan Port Weld itu sendiri dan kampung-kampung nelayan di persekitaran. Satu pengajaran bagi pihak British di sini adalah supaya tidak membuat keputusan untuk membina pelbagai prasarana dengan melulu.

Keretapi Port Weld-Taiping. (Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Jika difikirkan, Port Weld hanyalah sebuah tempat di mana orang ramai berjalan dari kapal ke stesen keretapi atau sebaliknya, dan kesemua aktiviti yang berlaku di pekan ini boleh dijalankan tanpa ramai kakitangan, yang kebanyakannya lebih suka tinggal di bandar-bandar yang lebih besar seperti Taiping. Oleh kerana sisten keretapi dari Port Weld baik, seorang peniaga akan sanggup ke pelabuhan untuk menyelia pengagihan barang-barangnya sendiri, tanpa bergantung kepada kakitangan pelabuhan atau keretapi. Oleh sebab si peniaga ini boleh kembali ke pekan asalnya dalam tempoh 20 minit setelah selesai hal perniagaannya, tiada sebab untuk si peniaga ini membuat Port Weld tempat kediamannya. Cita-cita British untuk menjadikan Port Weld seperti bandar-bandar pelabuhan di Singapura atau Hong Kong nampaknya tidak berjaya.

Rujukan: Swettenham FA. V. Ports and Waterways. In About Perak. Singapore: Straits Times Press; 1893. p26-28.

Sumber: http://sembangkuala.wordpress.com/

Sejarah Pembukaan Landasan Port Weld

Ianya bermula pada 20 Februari 1880 apabila kerajaan meluluskan rancangan pembinaan jalan keretapi dari Taiping ke Teluk Kertang. Serentak dengan itu, kerja-kerja mengukur tapak landasan juga telah dimulakan. Namun atas faktor kemajuan masa depan, akhirnya landasan yang pertama di negara ini telah dibina menghubungkan Taiping dengan Kuala Sepetang. (Yang kedua jika landasan kayu antara Johor Bahru dengan Gunung Pulai diambil kira).

Oleh kerana ketiadaan Jurutera yang berpengalaman untuk membina jalan keretapi ini, seorang pekerja telah dibawa masuk dari kerajaan Ceylon (Sri Lanka) bagi membantu membina landasan ini.

Beberapa buah stesen dan perhentian telah dibina di sepanjang laluan sejauh 8½ batu itu. Antaranya adalah stesen di kawasan dua setengah batu dari pelabuhan (Matang Road) dan Batu Lima (sekarang Simpang). Seterusnya stesen di Taiping yang terletak di padang Sekolah King Edward VII sekarang ini, manakala bangunan ibu pejabat keretapi pula terletak di kawasan berhampiran Rumah Rehat sekarang.

Port Weld dipilih sebagai pelabuhan kerana keadaan Teluk Kertang tidak sesuai untuk aktiviti perkapalan. Sewaktu air pasang, ombak boleh mencecah sehingga sebelas kaki. Selain daripada itu, pemilihan Port Weld adalah kerana airnya dalam, sesuai untuk kapal bersauh atau berlabuh dan jaraknya agak dekat dengan Pulau Pinang.

Port Weld juga adalah tempat pertemuan empat kuala sungai dengan tebing berlumpur yang lembut setinggi empat kaki sewaktu air surut.

Sewaktu pembinaan landasan, banyak lembu yang mati akibat wabak penyakit lembu dan ini menyebabkan sewa kereta lembu melambung naik. Ini telah membawa orang ramai mula beralih untuk menggunakan perkhidmatan keretapi. Pada masa yang sama, perkhidmatan dari pintu ke pintu menggunakan kereta lembu mengalami kesulitan dan membebankan pengguna.

Pembinaan landasan itu yang mana adalah kemudiannya menjadi sebahagian daripan jajaran Keretapi Negeri Perak, disifatkan sebagai berjaya dengan permintaan yang semakin bertambah walaupun terdapat kekurangan stok guling (rolling stock) sejak dari mula landasan beroperasi.

Pada 12 Februari 1885, Gabenor Negeri Selat telah memeriksa landasan tersebut dalam satu perjalanan yang mengambil masa selama 40 minit.

Pada 1 Jun 1885, landasan Kuala Sepetang ke Taiping dibuka kepada trafik. Sejumlah $ 345,000.00 telah dibelanjakan sehingga tahun 1885. Kos ini termasuk pembinaan landasan, bangunan dan pembelian enjin serta gerabak juga peralatan trafik lainnya.

Perlu diketahui, Larut adalah sebuah daerah yang kaya dengan perlombongan bijih timah dan kawasan yang mempunyai banyak lombong-lombong bijih timah terletak di sepanjang laluan di antara Teluk Kertang dan Kamunting. Sebelum landasan keretapi dibina, kereta lembu telah digunakan untuk mengangkut bijih timah dari lombong bijih ke pelabuhan. Malah selepas perkhidmatan keretapi dimulakan, dalam tahun 1887, sebanyak 150 hingga 200 buah kereta lembu masih digunakan di antara dua tempat tersebut, yang mana kapal-kapal masih berlabuh di Teluk Kertang untuk kerja-kerja pemunggahan barang-barang.

Selain mengangkut bijih timah ke Port Weld, perjalanan balik keretapi akan dipenuhi dengan kayu bakau yang dijadikan kayu api secara meluas di lombong-lombong bijih timah. Sungguhpun begitu, bukan bijih timah atau kayu bakau yang menjadi penyumbang utama pendapatan kepada Keretapi Negeri Perak ketika itu sebaliknya hasil pendapat tinggi diperolehi daripada penjualan tiket untuk tren penumpang, barang-barang dan bungkusan.

Hasil pendapatann keretapi bagi tahun 1886 adalah $55,157 di mana penumpang menyumbang $17,649 dan barang-barang serta bungkusan menghasilkan pendapatan sebanyak $16,885. Hasil dari kayu bakau pula adalah $8,251. Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk kerja-kerja senggaraan dan pembaikan pula adalah sekitar $36,794. Pada tahun iu juga, sebuah lokomotif baru, enam gerabak kelas 3 dan sepuluh gerabak tepian sisi tinggi telah ditambah.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan di landasan itu yang beroperasi untuk berpuluh tahun lamanya terpaksa dihentikan atas sebab masalah ekonomi serta ketidakmampuan pelabuhan Port Weld menerima kapal-kapal besar untuk berlabuh.

Sumber: http://zkeretapi.blogspot.com/

F.M.S.R - Taiping - Port Weld Railway Line

Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld dinamakan sempena nama seorang Governor, Frederick Weld (Kuala Sepetang adalah nama asal sebelum dinamakan semula). Terletak berhampiran kuala sungai dan berada dalam daerah Taiping di Perak , ia bermula sebagai tempat perkampungan nelayan.

Tujuan utama landasan dibina adalah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Landasan keretapi juga telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat bekerja.Ia menjadikan Stesen Taiping sebagai stesen keretapi pertama di negara ini.

Info mengenai landasan keretapi Taiping – Port Weld
  • Landasan dibuka pada : 1 Jun 1885
  • Pembukaan rasmi : Sir Hugh Low, Residen British Perak
  • Pembiayaan : £7000 ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.
  • Status : sudah dibongkah WW II
  • Panjang landasan : 13.1 Km (TAIPING 0.0 Km - SIMPANG 4.0 Km - MATANG ROAD 8.0 Km - PORT WELD 13.1 Km)
* Difahamkan, setiap landasan milik KTM Berhad (KTMB) mesti mempunyai tanah rizab seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel. Ini bermakna, semua bangunan dan deretan rumah serta kedai di situ dibina di atas tanah milik KTMB.*

Gambar dirakam pada Jun 1885 apabila landasan sepanjang 8 batu dibuka secara rasmi dari Taiping ke Port Weld

Stesen Simpang

Stesen Port Weld

Ini saja yang tinggal (Picture : ktmrailwayfan member)

Papan tanda dikatakan sudah dialih dari kedudukan asal selepas tiangnya patah. Penduduk tempatan mengambil inisiatif membina semula tiang konkrit baru setinggi kira-kira dua meter dan diletakkan di depan Kedai Kopi Guang Ming, kira-kira 20 tahun lalu.Asalnya, kedai itu adalah Stesen Kereta api Port Weld menempatkan bilik pejabat, kaunter tiket tetapi kini dijadikan kedai kopi. Bagaimanapun, struktur asal bangunan itu masih dikekalkan termasuk tiang kayu utama yang dicat semula.Sehingga kini, semua rel landasan sudah dibongkah, saki baki yang ada sudah tenggelam di dalam simen bangunan, gudang dan deretan rumah kedai di pekan kecil Kuala Sepetang.

* FMSR - Federated Malay States Railway sebelum nama KTMB

Sumber: http://www.malayarailway.com/

Kuala Sepetang adalah Port Weld

Merujuk wikipedia; Kuala Sepetang merupakan nama asal bagi Port Weld. Kuala Sepetang adalah nama rasmi yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Kuala Sepetang terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat iaitu di negeri Perak dalam daerah Taiping.

Tempat yang berhampiran dengannya ialah Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping. Kawasan ini merupakan kawasan paya bakau yang sangat luas. Hutan paya bakau ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Matang.

Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. [perlu rujukan] Sinar merah suria di titik horizon Selat Melaka boleh menimbulkan nostalgia kepada sesiapa sahaja yang pernah menikmatinya.

Kuala Sepetang kemudian ditukar nama kepada Port Weld. Menjadi kelaziman pegawai British untuk menamakan sesuatu tempat, bangunan dan jalan raya mengunakan nama sahabat-sahabat mereka dari British. Nama 'Weld' diambil daripada nama Sir Frederick Weld yang telah tiba di Taiping pada tahun 1881 dan meningkatkan kemudahan infrastruktur Taiping sebagai ibu negeri Perak. Ini termasuklah jalan raya, kegiatan industri, perlombongan, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Nama beliau turut diabadikan pada Jalan Weld Road (Jalan Raja Chulan) di Kuala Lumpur. Upper Weld Road di Singapura dan Weld Quay di Pulau Pinang. Beliau dilahirkan di Bridport, Dorset, England pada 9 Mei 1823 dan meninggal dunia di Chideock, New Zealand pada 20 Julai, 1891.

Sumber: http://wikipedia

Nabi Syith A.S

Set bahasa Arab: Shith atau Shiyth yang bermaksud "ditempatkan; ditunjuk" dalam kitab Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak dari Adam dan Hawa, dan merupakan adik dari Qabil dan Habil. Ia dilahirkan setelah Habil dibunuh oleh Qabil. Nama Set disebut sepuluh kali dalam Alkitab, tujuh kalinya di kitab Kejadian, sekali di kitab Bilangan, I Tawarikh, dan Lukas.

Sebagai pedoman dari kisah ini adalah sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani dan Ibnu Katsir, Al Qur'an, Ubay bin Ka'ab. Setelah terbunuhnya putra Adam as yang bernama Habil, bukan main rasa sedih yang dialami oleh Nabi Adam as. Tangisan tersebut terdengar bertahun-tahun mengiringi kepergiannya.

Pada akhirnya, Allah SWT memberikan pengganti, seorang anak yang bernama Syits. Syits artinya adalah pemberian Allah SWT untuk menggantikan Habil. Setelah Syits dewasa, Nabi Adam pun memberikan kepercayaan kepada Syits serta memberikan semua ilmunya kepadanya. Bahkan ketika akan wafatpun Nabi Adam as memberikan wasiat kepada Syits untuk menggantikan dalam memimpin anak keturunannya untuk beribadah kepada Allah SWT.

Nabi Syith diangkat sebagai nabi selepas nabi adam.merupakan anak adam yang tiada kembarnya iaitu hawa melahirkan 24 anak kembar masing-masing lelaki dan perempuan. Ada yang mengatakan 20 anak kembar dan sebagainya.Hawa setiap kali hamil semuanya kembar dua..dan hawa 20 kali melahirkan anak…maka semuanya jumlah 40 orang, manakala anak Nabi Adam kesemuanya ada 41 orang..ini termasuk Nabi Sith a.s.

Nabi Syith adalah Nabi yang soleh dan berpengetahuan yang tinggi, kerana ia dianugerahi otak yang cerdas, ia banyak belajar ilmu pengetahuan dari nabi Adam. Dari nabi Syith Ilmu pengetahuan berkembang luas. Nabi Sith menetapkan kaedah2 hukum. Sejak terjadinya perkara pergaduhan atau jenayah pertama anak Adam Habil dan Qabil di muka bumi, maka sejak zaman nabi Syith sudah ada ketetapan-ketetapan hukum jenayah . Nabi Syith telah membuat timbangan sehingga setiap orang dapat membagi makanan secara adil. Selain itu nabi Syith juga telah mengembangkan ilmu hitung, ilmu Falaq (perbintangan) sehingga pada masa nabi Syith ilmu pengetahuan alam sudah berkembang dengan pesat.

Nabi Syits (sekitar 3630-2718 SM) meninggal pada usia 1042 tahun. Nabi Syith menikah dengan Azura (Hazurah), kemudian mengandung seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun. Ia juga termasuk guru Nabi Idris yang pertama kali mengajarkan baca dan tulis, ilmu falak, menjinakkan kuda dan lain-lain

Prinsip Perniagaan dalam Islam

Prinsip utama dalam perniagaan menurut perspektif Islam yang perlu dipatuhi oleh usahawan muslim ialah perniagaan yang diceburi adalah halal di mana ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Ianya tidak bercanggah dengan kehendak agama dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Maksud tidak bercanggah dengan kehendak agama merujuk kepada perniagaan haram seperti arak, judi, khinzir, riba, maksiat atau yang meragukan (syubhah) iaitu tidak dapat dipastikan halal haramnya (Muhammad Nasri Md. Hussain dan Muhammad Ahmad (2006).

Berikutnya adalah beberapa prinsip yang telah digariskan oleh Mustafa Daud (1995) berkaitan dengan urusan perniagaan:

Kebebasan, di mana tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut dan mereka diberikan tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan sesuatu urusniaga. Manakala kebebasan untuk mencari keuntungan keduniaan semata-mata amat ditegah di dalam Islam dan ini telah diterangkan dalam Surah ali-Imran ayat 196 yang bermaksud:

“Jangan sekali-kali kamu terpedaya dengan kebebasan orang-orang kafir bergerak dan kelancaran mereka membina kemajuan perdagangan dan perusahaan di dalam negeri di dunia ini. Semua itu hanya kesenangan sementara. Kemudian (di akhirat) tempat tinggal mereka di dalam neraka Jahannam”.

Kerelaan kedua-dua pihak turut menjadi prinsip perniagaan dalam Islam. Persetujuan dari sudut harga yang dikenakan oleh penjual dan kerelaan pembeli untuk menerima harga berkenaan akan dapat menghindarkan mereka dari sebarang pertelagahan di masa hadapan. Ini adalah selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud: “Janganlah kamu makan hasil pendapatan perniagaan yang dilakukan secara salah, kecuali ianya dilakukan dengan keredhaan kedua-dua pihak yang terbabit”.

Seterusnya adalah keadilan di dalam perniagaan, faktor ini amat penting bagi menjamin hubungan baik di antara peniaga dan pelanggan terus berkekalan. Keadaan ini dapat diwujudkan sekiranya kedua-dua belah pihak bersifat jujur, ikhlas dan amanah sewaktu melaksanakan urusan perniagaan tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bila mana dua pihak (penjual dan pembeli) bercakap benar dan berterus terang, jual beli ini akan diberkati, tetapi jika mereka menyembunyikan (sesuatu dari pihak lain) dan melakukan pembohongan, keberkatan akan terhapus dari jual beli tersebut”.

Islam turut mengutamakan kebajikan dalam kehidupan umatnya di mana perlindungan dari sebarang bentuk penipuan atau monopoli dalam perniagaan amat ditegah kerana ianya zalim dan menekan kesejahteraan masyarakat. Sebarang bentuk penipuan dari sudut sukatan, ukuran, jaminan, kerosakan dan sebagainya adalah perbuatan terkutuk dan balasan untuk mereka yang melakukan perkara ini telah diperjelaskan dalam Surah an-Nisa’ ayat 145 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang munafik (ditempatkan) di tingkat yang paling bawah dari neraka dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka”.

Kesopanan dalam perniagaan pula amat digalakkan oleh Islam di mana hubungan yang baik, berbudi bahasa, bertolak ansur dan bertimbang rasa akan memberikan perasaan yang tenang dan menggembirakan bagi kedua-dua pihak. Perniagaan di dalam Islam bukanlah sekadar proses pertukaran di antara wang dan barang semata-mata sebaliknya di dalam proses tersebut Allah s.w.t. mahukan hambanya memberikan layanan yang baik sesama mereka seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud: “Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia dan berbuat baiklah kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik”.

Sumber: http://www.islam.gov.my/

Mengapa Kompetensi Pendidikan Berasaskan Kompetensi (Competency-Based Education) amat sesuai dalam sistem pendidikan masa kini.

Pendidikan berasaskan kompetensi telah menjadi satu topik agak baru di kalangan pendidikan hari ini. Namun ianya menjadi semakin popular sebagai negara maju untuk mencari cara-cara untuk meningkatkan kemampuan sekolah serta kolej bagi mengukur pencapaian pembelajaran murid. Di Amerika Syariakt terdapat hampir banyak institusi mempunyai pendidikan berasaskan kompetensi, dan ianya telah memberi banyak manfaat pada pendidikan di negara tersebut.
 
Apakah pendidikan berasaskan kompetensi dan apa yang membuatkan ia berbeza dengan pendekatan yang lain? Ciri-ciri yang paling penting pendidikan berasaskan kompetensi adalah bahawa ianya mengukur pembelajaran tidak tertakluk kepada masa. Kemajuan pelajar dengan menunjukkan kecekapan mereka, yang bermaksud mereka membuktikan bahawa mereka telah menguasai pengetahuan dan kemahiran (dipanggil kecekapan) yang diperlukan bagi kursus tertentu, tanpa mengira berapa lama ia mengambil. Pembelajaran berasaskan kompetensi membolehkan murid untuk mengikuti pembelajaran berterusan hingga trampil tanpa masa sebagai sempadan.
 
Pendidikan berasaskan kompetensi adalah lebih baik untuk semua pelajar kerana ia membolehkan mereka untuk belajar dan belajar pada kemampuan mereka sendiri. Ia adalah amat sesuai dan membantu kepada murid lambat belajar (Slow Learnner). 
 
Untuk pelajar yang berpotensi tinggi, ia akan menjimatkan masa pembelajaran mereka, mereka boleh bergerak pantas melalui bahan mereka sudah tahu dan memberi tumpuan kepada apa yang mereka masih perlu untuk belajar. Bagi murid seperti ini, ia membolehkan mempercepatkan kemajuan mereka ke arah ijazah, serta menjimatkan masa dan wang.
 
Antara Faktor Pendidikan Berasaskan Kompetensi amat sesuai digunakan terutama dalam pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah seperti berikut;
  1. Ukuran pencapaian pembelajaran pelajar tidak bergantung kepada masa tetapi kebolehan murid mencapai satu-satu prestasi yang diperlukan
  2. Guru berkeupayaan membezakan setiap keupayaab muridnya. Kerana setiap murid belajar pada keupayaan yang berbeza dan mengetahui perkara yang berbeza sebelumnya.
  3. Guru dan murid akan bekerjasama untuk mencapar sesuatu prestasi. Guru akan membimbing pembelajaran murid, membantu pelajar mensintesis, dan mengaplikasi pengetahuan.
  4. Guru mampu menentukan apa yang murid perlu tahu dan dapat lakukan, dan setelah tamat sesi kursus murid telah menunjukkan kecekapan mereka. Ini juga bermaksud bahawa guru dapat menentukan kecekapan yang sangat jelas.
Melangkah ke arah Pendidikan Berasaskan Kompetensi ke dalam pendidikan sekarang, akan memerlukan perubahan asas dalam cara kita melihat pendidikan tinggi dijalankan oleh negara maju terutama Amerika Syarikat. Melalui pendekatan ini, kita boleh melihat beberapa penambahbaikan pembelajaran murid, kerana kecekapandan kemampuan murid akan menjadi perkara yang utama.

Kezuhudan dan Kesederhanaan Umar: Bayaran Bantuan Harian Kepada Umar

Umar menyara hidup dengan berniaga. Apabila beliau dilantik menjadi khalifah selepas Syaidina Abu Bakar, beliau pun mengumpul orang ramai dan berkata kepada mereka: “Aku menyara hidupku dengan berniaga. Disebabkan kamu semua telah melantikku sebagai khalifah, aku tidak dapat lagi pergi berniaga. Jadi bagaimana dengan saraanku sekarang?”.

Berbagai saranan diberikan agar bayaran harian daripada Baitul Mal diberikan kepadanya. Ali r.a tidak berkata apa-apa. Lalu Umar pun meminta pandangannya: “Wahai Ali! Apakah pendapat kamu?”

Beliau menjawab: “Aku cadangkan agar sejumlah wang diambil mencukupi bagi keperluan keluargamu”.

Umar menerima cadangannya dan jumlah bayaran harian yang sederhana ditetapkan untuknya.

Kemudian beberapa orang termasuk Ali, Uthman, Zubair dan Talhah mencadangkan agar bayaran itu ditambah kerana bayaran sebelum itu jauh daripada mencukupi. Tetapi tiada seorang pun yang berani mengesyorkannya kepada Umar r.a.

Mereka pun berjumpa dengan Ummul Mukminin Hafsah, anak perempuannya dan memintanya mendapatkan persetujuan daripada Umar tanpa menyebutkan nama orang-orang yang mengesyorkannya. Apabila perkara ini dibawa oleh Hafsah, Umar menjadi begitu marah dan berkata: “Siapakah yang mengesyorkan perkara ini?”

Hafsah menjawab: “Berikan pendapatmu dahulu”.

Umar: “Jika aku mengetahui mereka, nescaya aku akan ku tampar muka mereka. Hafsah! Ceritakanlah kepadaku pakaian Rasulullah yang terbaik yang ada di rumahmu?”

Hafsah: “Sepasang kain kemerah-merahan yang dipakai oleh Rasulullah pada hari Jumaat atau tatkala menerima perutusan”.

Umar: “Apakah jenis makanan yang terbaik yang pernah dimakan oleh Rasulullah di rumahmu?”

Hafsah: “Kami makan roti barli biasa. Pada suatu hari daku telah menyapu sekeping roti daripada bekas minyak sapi dan baginda makan dengan penuh selera dan menyungguhkannya kepada orang lain”.

Umar: “Apakah jenis hamparan tidur yang terbaik yang digunakan oleh Rasulullah di rumahmu?”

Hafsah: “Sehelai kain tebal. Pada musim panas ia dilipat empat dan pada musim sejuk ia dilipat dua, sebahagian dijadikan selimut untuk menutupinya”.

Umar: “Hafsah! Pergilah beritahu orang-orang ini bahawa Rasulullah telah menunjukkan satu tauladan peribadinya. Aku mesti ikut teladan itu. Perumpamaan bagi kami bertiga yakni aku, Rasulullah dan Abu Bakar adalah seumpama tiga orang yang bermusafir melalui sebatang jalan yang sama”.

Orang yang pertama (Rasulullah) yang memulakannya dengan perbekalan dan telah mencapai matlamatnya. Yang kedua (Abu Bakar) mengikuti jejaknya dan telah bertemu dengannya. Sekarang orang yang ketiga sedang dalam perjalanan. Jikalau dia menuruti jejak mereka nescayalah dia juga akan bertemu dengan mereka. Jika tidak menyimpanglah dia.

Thursday, January 10, 2013

PENDIDIKAN DAN KERJAYA TEKNOLOGI HIJAU

Mempunyai paksi tegak yang besar dilengkapi dengan beberapa bilah segi empat yang berputar mengikut arah tiupan angin membawa kita ke satu kawasan lapang yang cantik dan menenangkan. Dahulu, kincir angin digunakan sebagai mesin untuk menimba air bagi mengairi kawasan pertanian serta menumbuk atau mengisar biji-bijian. Kini, ia telah menjadi sumber tenaga elektrik yang dikenali sebagai turbin angin untuk menggerakkan generator. Evolusi dalam sistem pendidikan telah membawa masyarakat menuju ke arah kemajuan teknologi. Walau bagaimanapun, elemen-elemen penjagaan alam sekitar atau teknologi hijau perlu ditekankan. Menyedari konsep, „Earth for All‟, ia perlu diperlihara agar menjadi warisan berharga buat generasi yang akan datang.

Di dalam Dasar Teknologi Hijau Negara, terdapat tiga peringkat matlamat yang disasarkan. Matlamat jangka pendek dalam RMKe-10 menyatakan institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi perlu mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai. Bagi matlamat jangka sederhana dalam RMKe-11 pula, ia mengharapkan peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional. Manakala, matlamat jangka panjang dalam RMKe-12 pula mengharapkan konsistensi peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa antara universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi

Hijau. Maka, jelaslah di sini bahawa pendidikan dan teknologi hijau sentiasa bergerak seiringan dalam membentuk pertumbuhan ekonomi negara. Bersesuaian dengan objektif kelima di dalam Dasar Teknologi Hijau Negara iaitu untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau, serta menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau. Maka, bidang utama yang berkaitan dengan teknologi hijau perlu dikenalpasti. Selain itu, kaedah dan objektif pendidikan juga haruslah jelas dan sistematik. Merujuk kepada Bloom‟s Taxonomy, terdapat enam peringkat perkembangan pemikiran bagi pelajar. Ia bermula daripada peringkat yang paling mudah kepada peringkat yang paling komplek. Gambar rajah 1 menunjukkan hubungan diantara pendidikan dan teknologi hijau secara menyeluruh.

Gambar rajah 1: Hubungan diantara Pendidikan dan Teknologi Hijau

Baru-baru ini, pihak kementerian menyeru agar integrasi teknologi hijau dalam sistem pendidikan dikemaskini mengikut peringkat pemikiran dan tahap pemahaman pelajar. Di dalam sistem PTV, model „Pendidikan Berasaskan Hasil‟ telah lama digunakan. Melalui model ini, elemen yang perlu dikenalpasti adalah permintaan pasaran, pelajar yang ingin dihasilkan serta perancanagan pembelajaran. Gambar rajah 1 menunjukkan tenaga, bangunan, kimia dan nanoteknologi hijau sebagai permintaan pasaran. Ia diikuti dengan SKAs (Knowledge, skills and attitudes) yang ingin dibentuk dalam diri pelajar dan Bloom‟s Taxonomy yang terdiri daripada enam peringkat pemikiran pelajar bertindak sebagai kayu ukur dalam menentukan tahap perkembangan pemikiran pelajar. Gambar rajah ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi perlaksanan integrasi bidang teknologi hijau dalam pendidikan yang lebih sistematik. Umumnya, pendidikan dan kerjaya merupakan gandingan ideal yang tidak boleh dipisahkan. Proses pendidikan bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan ilmu untuk kerjaya di masa hadapan. Justeru itu, isu kerjasama pintar di laman sesawang KeTTHA, (2011) menyatakan bahawa kementerian telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk membangunkan Occupational Analysis (OA) dan National Competency Standard (NCS) dalam bidang Teknologi Hijau. Dokumen-dokumen OA dan NCS tersebut telahpun diluluskan oleh KSM pada tahun 2010. Occupational Analysis (OA) merupakan proses sistematik untuk mengumpul maklumat mengenai tugas-tugas yang penting dalam sesuatu pekerjaan. NCS pula dibangunkan bagi menyenaraikan kompentensi generik sesuatu pekerjaan yang perlu dicapai untuk dijadikan pekerjaan hijau. Sektor Teknologi Hijau juga atas inisiatifnya sendiri telah berhubung dengan pihak International Labour Organization (ILO) untuk mendapatkan bantuan dalam menyediakan “roadmap” bagi pekerjaan hijau (Green Jobs) di Malaysia. Tujuan penyediaan “roadmap” ini adalah untuk memberi hala tuju kepada pihak industri dalam pelbagai sektor yang berkaitan Teknologi Hijau mengenai kepentingan pekerjaan hijau dalam menjamin masa depan Negara.

Dokumen-dokumen OA dan NCS pekerjaan hijau akan digunakan sebagai standard amalan di setiap institusi PTV. Dengan adanya kedua-dua dokumen ini, ia dapat membantu pelajar mengetahui dengan lebih lanjut tentang deskripsi pekerjaan, klasifikasi pekerjaan, penilaian pekerjaan, reka bentuk penyusunan semula sesuatu pekerjaan, keperluan personal, penilaian prestasi, latihan pekerja, mobiliti pekerja, kecekapan, keselamatan, perancangan sumber manusia dan undang-undang yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan hijau. Ia turut menyediakan kaedah berkesan untuk membantu pelajar mencapai standard yang lebih tinggi di dalam sesuatu bidang. Pelajar bukan sahaja tahu malah dia mampu untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna. Sistem pendidikan yang dibentuk haruslah mempunyai matlamat yang difahami dan pencapaian yang boleh diukur agar menjadi institusi yang produktif dalam melahirkan pekerja yang cekap.

Oleh: Siti Nor Syazwani Saibani , Mohd Safarin Nordin & Muhammad Sukri Saud (Journal of 
          Technical, Vocational & Engineering Education 15)
Sumber: http://eprints.utm.my/

Perlaksanaan Keadah Compeency Based Trainning (CBT) di sekolah yang menjalankan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Dalam sistem pendidikan tradisional, latihan tertumpu kepada kandungan subjek dan penyampaian pengajaran berasaskan masa dan berpusatkan guru. Kandungan kursus berdasarkan takrifan objektif latihan dan tahap pengetahuan diandaikan homogenus dari murid yang menghadiri program latihan tersebut, manakalaserta kecekapan mereka jarang dinilai sebelim memasuki program tersebut. Program latihan jenis ini memberikan sedikit peluang untuk menangani keperluan individu.
 
Melalui Kaedah CBT, penyampaian ditakrif berdasarkan kepada keperluan latihan dan tugas-tugas yang dilaksanakan dengan berpusatkan murid. Langkah pertama dalam program CBT adalah dengan menganalisis keperluan latihan, dengan mengenal pasti jurang antara kompetensi sedia ada dan kecekapan yang diperlukan, untuk memenuhi takrifan tugas kepada standard yang ditetapkan (standard kualiti dan prestasi) oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
Bagaimana CBT boleh dilaksanakan?
 
Sistem Rekabentuk Pengajaran melalui kaedah CBT, menggunakan pendekatan yang sistematik dalam membangunkan latihan, ia termasuk jaminan kualiti yang menyokong pematuhan dengan keperluan dan pembangunan aktiviti latihan yang mencukupi. Berikut adalah aspek yang perlu ada untuk membangunkan dan melaksanakan CBT:
  • Membangunkan dan menyampaikan program latihan yang komprehensif untuk menangani kompetensi yang dikenal pasti penting, merangkumi pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan untuk setiap bidang kerjaya. Matlamat ini termasuk menentukan kecekapan penting yang perlu bagi setiap bidang kerjaya; menjalankan latihan memerlukan penilaian untuk menentukan keperluan pembangunan tertentu; membangunkan program latihan yang komprehensif untuk menangani kecekapan yang telah dikenal pasti; dan membangunkan kurikulum teras dan kaedah penghantaran.
  • Mewujudkan satu proses untuk mengesahkan acara latihan dan pembangunan dan program pembangunan untuk memastikan bahawa mereka menyebabkan faedah negara dan individu yang akan dibangunkan. Matlamat ini termasuk membangunkan satu kaedah penilaian untuk menentukan sama ada kursus latihan, program atau aktiviti telah menghasilkan hasil seperti yang dikehendaki; dan mengenal pasti prosedur untuk mewujudkan dan mengiktiraf pensijilan dan penanda aras bagi kompetensi khusus.
Apakah Kompetensi?
  • Kompetensi (Competency): Satu gabungan pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan dalam bidang kerjaya tertentu, yang mana, apabila diperoleh, membolehkan seseorang untuk melakukan tugas atau fungsi di peringkat khusus ditakrifkan kecekapan.
  •  Kompetensi Penting (Essential Competency): Kecekapan yang membentuk sebahagian daripada pengetahuan penting, kemahiran, dan kebolehan untuk bidang kerjaya individu.
 Apakah maksud Latihan Berasaskan Kecekapan (CBT)?
 
Strategi meningkatkan Latihan dan Program Pembangunan perlu memberi tumpuan kepada latihan berasaskan kompetensi, tidak seperti pendekatan tradisional dengan hanya mengenal pasti keperluan latihan dan kemudian menghadiri program latihan berdasarkan objektif lengkap pengajaran. Latihan berasaskan kompetensi menjawab kesemua tiga komponen objektif yang baik pengajaran sepeti berikut:
  • Apakah seorang murid harus dapat melakukan di akhir program latihan (prestasi)?
  • Di bawah apa keadaan murid harus dapat melakukannya (keadaan)?
  • Sejauh kaedah tersebut mesti dilakukan (kriteria)?
Kekuatan CBT adalah bahawa ia adalah:
  • Hasil pembelajaran berasaskan prestasi murid.
  • Menggalakkan proses pembangunan melalui pelbagai sumber
  • Menyediakan prestasi jelas (kompetensi) mengikut piawaian yang boleh diukur
  • Menilai (memperakui) pencapaian kompetensi
  • Mengenal pasti tahap pendidikan dan latihan terdahulu.
  • Bertujuan untuk pertumbuhan profesional peribadi
Untuk memastikan kaedah CBT dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, kedua-dua murid dan guru perlu bersedia dengan alat-alat yang diperlukan untuk menyesuaikan kepada pembangunan peribadi setiap murid, dan memberi tumpuan kepada hasil mencapai kecekapan mereka.

Wednesday, January 9, 2013

Memahami Kepentingan Kerja Berpasukan

Bagaimana anda boleh menilai dan membangunkan satu pasukan yang padu
 
Konsep kerja berpasukan adalah sangat penting untuk kejayaan mana-mana pasukan. Semua jurulatih bercakap tentang bekerja sebagai satu unit, sebagai satu pasukan bersatu. Kerja berpasukan dan “unselfishness” mewujudkan tulang belakang pasukan yang hebat, tanpa mereka satu pasukan tidak boleh bersaing. Anda boleh mempunyai kumpulan superstar, tetapi jika mereka tidak bekerja dengan baik sebagai satu unit yang berjaya. Pasukan yang bekerja sebagai satu unit padu akan menjadi kunci dalam kejayaan mereka.
 
Berikut adalah beberapa perkara untuk mengambil kira apabila anda melihat pasukan anda:
  1. Adakah pasukan anda telah dipersetujui matlamat mereka dicipta sebagai satu pasukan?
  2. Adakah setiap ahli pasukan secara terbuka menggalakkan dan menyokong antara satu sama lain?
  3. Adakah mereka dan kakitangan kejurulatihan mempunyai komunikasi terbuka dengan satu sama lain?
  4. Adakah setiap ahli pasukan anda tahu apa peranan mereka dalam pasukan?
  5. Adakah terdapat sikap saling hormat menghormati di kalangan ahli pasukan andan dan dengan barisan kepimpinan/jurulatihnya?
  6. Adakah ahli pasukan anda menggunakan kenyataan seperti "kita" apabila merujuk kepada pasukan, atau adakah ia lebih "setiap manusia untuk dirinya" mentaliti?
  7. Adakah mereka mencipta imej pasukan yang positif untuk diri mereka sendiri?
  8. Adakah sumbangan individu setiap ahli pasukan yang diiktiraf (tanpa mengira sama ada dia adalah permulaan atau bukan)?
  9. Adakah ahli pasukan secara keseluruhannya komited untuk meningkatkan prestasi?
  10. Adakah setiap ahli menganggap diri mereka sebagai "sebahagian pasukan?"
Satu pasukan produktif mempunyai ahli yang berkongsi matlamat yang sama, wawasan yang sama dan mempunyai beberapa tahap saling bergantung yang memerlukan interaksi secara lisan dan fizikal. Pasukan wujud melalui sikap berkongsi tentang matlamat tertentu. Mereka mungkin datang bersama-sama untuk beberapa sebab-sebab yang berbeza, tetapi matlamat mereka adalah sama untuk mencapai puncak prestasi serta kejayaan. Setiap ahli pasukan adalah bertanggungjawab terhadap hasil dari kerja berpasukan.
 
Kerja Berpasukan
 
Untuk berjaya pada tugas di tangan semua yang terlibat perlu untuk menggabungkan usaha mereka. Jika semua orang melakukan tugas mereka dengan baik, maka ia meningkatkan apa pasukan itu boleh mencapai. Kerja berpasukan akan diiktiraf oleh semua orang, sekiranya mereka tahu bahawa perkara-perkara penting boleh berlaku jika individu menguasai asas-asas dan mempraktik kerja bersama-sama dalam satu unit. Setiap orang mempunyai peranan mereka sendiri yang unik, tetapi peranan individu setiap orang mesti diiktiraf dan dihargai.
 
Kerjasama adalah sesuatu yang mesti menjadi keutamaan yang tinggi dan diberi perhatian secara berterusan. Setiap ahli perlu memahami bagaimana pentingnya bagi mereka untuk bekerja dengan lancar bersama-sama sekiranya mahu berjaya. Setiap ahli mesti fokus kepada seluruh pasukan dan bersedia untuk bertindak tanpa mementingkan diri. Apabila cabaran timbul, pasukan perlu mempunyai sumber, akauntabiliti dan komitmen untuk berurusan dengan mereka dengan cara yang membina dan positif.
 
T.E.A.M. - Together Everyone Achieves More! (Bersama Semua orang Mencapai Lebih!)