Friday, May 9, 2014

Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim

  1. Untuk mengenali peribadi Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim, Umat Islam nusantara harus berpegang kembali kepada iktiqad ahlussunnah wal jamaah yang diperjuangkan oleh para sahabat dan ahlulbait. Pegangan ini dipertahankankan sejak turun- temurun dirantau ini. Oleh itu carilah guru mursyid yang bersanad kepada Rasulullah SAW. Ulama ul’amilin. Belajarlah ilmu Islam secara sempurna (mengaji kitab secara berguru sampai habis, dari kulit ke kulit. Bukan cedok sana sikit… cedok sini sikit, ambil ilmu sekerat - sekerat, ikut silibus semata, terutama kepada golongan remaja dan pelajar universiti). Bila ada bab-bab ilmu dalam Islam yang dicebak-cebak, kemudiannya dicelahi pula oleh fahaman wahabi, syiah dan liberalisme maka Islam yang dianut sudah tidak tulen lagi. (Maaf. Ada yang belajar Islam tetapi bersanad pula kepada guru-guru Yahudi). Akibatnya Ilmu Islam itu bercampur aduk dan mengelirukan. Ajaran Islam yang dipelajari secara tidak seimbang (antara tauhid, feqah dan tasauf) akan menjadi sukar untuk difahami dan berat pula untuk diamalkan. Akhirnya penganut Islam rasa curiga dan menjauhi agamanya sendiri. Atau memahami ajaran Islam dalam ruang lingkup yang amat sempit dan jumud. ‘Label’ Islam dilihat keras dan ganas. Semua ini sudah lama dirancang oleh musuh-musuh Islam.
  2. Allah SWT berjanji untuk memelihara kesahihan Al Quran. Rasulullah SAW pula bersabda bahawa pada setiap awal kurun akan datang mujaddid yang berperibadi Al Quran, mewakili Nabi akhir zaman, membimbing dan memimpin ummat kembali mengamalkan intipati ajaran Al Quran. Peranan para mujaddid membaharui, mensucikan, menghidupkan dan memperjuangkan kembali ajaran Islam yang telah tersasar dan dirosakkan oleh musuh dari masa ke masa. Kenalilah mereka, bacalah riwayat mereka dan hayatilah pengorbanan dan perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran. Sejarah mereka perlu digali dan dimasyhurkan kerana semakin lenyap ditelan zaman atau ‘sengaja di lupuskan’ oleh ‘musuh yang menang’. Pada mereka ada rahsia kekuatan umat Islam untuk bertahan dari satu kurun ke satu kurun, menggenggam bara api Islam sehinggalah kembali marak di akhir zaman. Perjuangan kebenaran mempunyai ciri-ciri khas, unik dan persamaan antara satu sama lain walau berlainan tempat dan zaman. Oleh itu ‘time frame’ pencarian anda harus dianjakkan lagi ke masa lampau (sejauh waktu ‘keghaiban’ Nabi Isa as) agar anda boleh menjejaki petunjuk, ‘hint’, ‘clue’, petanda dan teka-teki yang mereka tinggalkan untuk menemukan Imam Mahdi yang akan muncul dipenghujung umur dunia. Perjuangan kebenaran adalah berkesinambungan, melangkaui jarak ruang, tempat dan masa. Matlamatnya adalah satu.
  3. Peribadi Imam Mahdi adalah gambaran peribadi Rasululllah SAW bahkan beliau mirip baginda dalam banyak aspek, secara lahiriah dan batiniah. Beliau dari keturunan Rasulullah SAW yang mulia. Dari keluarga (ahlulbait) yang sangat kuat bersyariat dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Terpelihara (Mahfuz) dan jauh dari terlibat dengan maksiat dan dosa-dosa besar. Beliau seorang tokoh yang sangat berwibawa, mempunyai aura tersendiri, disegani kawan dan lawan, juga sultan dan rakyat jelata. Beliau adalah guru mursyid, ketua keluarga, ketua jemaah Islam, ketua ulama’, ayah-ibu, saudara dan sahabat. Beliau juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa, diuji dengan berbagai-bagai kesusahan dan kesulitan dalam memperjuangkan Islam, mempunyai musuh dan juga simpati. Beliau menegakkan sunnah Rasululllah SAW , berdakwah dan membangunkan Islam secara berjemaah bersama pengikutnya. Tetapi ramai dikalangan pengikutnya sendiri tidak menyedari bahawa mursyid mereka itu adalah bakal Imam Mahdi.
  4. Imam Mahdi adalah wali besar, bertaraf mujaddid, mempunyai kedudukan yang tinggi dikalangan para wali bahkan menjadi ketua mereka. Pernah berguru dengan Nabi Allah Khidir as. Menurut ahli sufi ‘la ya’rifal-wali illa al-wali’. Tidak akan mengetahui seorang wali, selain wali Tuhan yang lainnya (atau dalam kata lain hanya wali mengenal wali, tetapi wali itu tidak tahu dirinya wali). Justeru itu sosok Imam Mahdi sangat dikenali dan dicintai oleh para wali lainnya. Beliau juga diyakini dan diijtihadkan sebagai bakal Imam Mahdi al Muntazar jauh sebelum tempoh kezahirannya lagi . Imam Mahdi adalah pemimpin lahiriah dan rohaniah. Sebab itu beliau boleh berhubung secara rohani dengan orang-orang yang mempunyai peranan dalam proses kebangkitan Islam kali kedua walau dimana mereka berada. (Telerohani lebih canggih dari telefon).
  5. Dalam sejarah kesufian, memang terdapat individu yang pernah terjebak dengan maksiat, diangkat oleh Allah menjadi wali kecil setelah taubat mereka diterima. Itulah rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Namun kedudukan mereka bukanlah sebagai pemimpin kepada ummat Islam. Mereka hanya beribadah kepada Allah dan berdoa untuk kemaslahatan ummat. Pada diri mereka lebih menonjol ciri-ciri atau watak nabi dan bukan watak rasul (sebagai pemimpin). Mereka berperanan secara bersendirian ditengah kehidupan masyarakat Islam dan kadangkala orang tidak perasan kehadiran mereka. Doa mereka sangat makbul.
  6. Musuh juga sangat mengenali ciri-ciri Imam Mahdi dan tidak pernah berhenti mengesannya di mana-mana. Mereka berdatangan ke Nusantara melalui perdagangan dan penjajahan, menjejaki ahlulbait yang merantau ke daerah sini dan membunuh mereka sekiranya berpeluang. Selaku Imam Mahdi, pastinya beliau dibekalkan dengan karamah yang paling ampuh kerana beliau akan berhadapan dengan musuh no 1 iaitu Dajjal dan konco-konconya (yang memiliki teknologi sihir dan sains yang tidak kurang hebatnya). Jadi adalah wajar pada suatu ketika pihak musuh berjaya mengesannya. Maka beliau mengambil langkah segera ‘menghilangkan diri’ secara membuat tipu helah atas tujuan keselamatan dan sebab-sebab strategi. Semuanya mengandungi hikmah yang tidak mampu difahami oleh orang awam biasa.Tugas dan kepimpinan beliau diserahkan kepada orang-orang kepercayaannya dan ahli jemaahnya terpaksa bertebaran selepas itu. Sehingga musuh pun tertipu dan yakin bahawa mereka sudah ‘tersalah orang’. (Beliau juga perlu ‘pergi’ untuk ‘seketika’ mempersiapkan diri selayaknya bagi memikul amanah dan tanggungjawab yang lebih berat sebagai Khalifah Allah diakhir zaman dan akan berdepan pula secara langsung dengan Dajjal serta menyambut kedatangan Nabi Allah Isa as). Apabila gerakan musuh yang datang mencarinya mulai reda atau beralih ke tempat lain, maka usaha-usaha beliau dibangunkan semula oleh Pemuda Bani Tamim. Orang kanannya itu dapat membina semula jemaahnya yang dihancurkan oleh musuh dan mempersiapkan tapak untuk kebangkitan ummah Islam kali kedua dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau dari ‘balik tabir’ secara rohaniah (karamah). Musuh pada mulanya terlepas pandang kepada Pemuda Bani Tamim ini (yang dijaga, dikepung dan dikawal rapi oleh orang-orang kepercayaan Imam Mahdi). Tambahan pula musuh hanya memberi tumpuan kepada usaha mengesan Imam Mahdi. Ini memberi ruang kepada Islam untuk membina kekuatan semula hingga ke suatu tahap yang tidak boleh digugat lagi. Yang di sangkakan ular lidi, akhirnya bertukar menjadi naga.
  7. Imam Mahdi dilantik oleh Allah dan Rasul , (bukan oleh orang yang membaiahnya secara paksa depan Kaabah ). Beliau menerima perlantikan dari Rasulullah SAW dalam perhimpunan para wali atau kerajaan ‘ghaib’. Beliau sudah lama berperanan malah turut serta mempertahankan orang mukmin yang berjihad fisabilillah dan yang menderita teraniaya oleh serangan musuh yang zalim . Orang awam tidak dapat mengenali beliau, walaupun sudah diwar-warkan mereka tidak percaya bahkan menentangnya (Mereka memusuhi beliau kerana jahil dan terpedaya dengan fitnah Dajjal). Sosok peribadi Imam Mahdi masih menjadi misteri kepada umat Islam, tetapi sebenarnya bukan lagi rahsia dikalangan para wali dan pejuang-pejuang kebenaran. Imam Mahdi tidak bersendirian. Mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain tanpa dapat dikesan oleh musuh . Apatah lagi saat kemunculannya sudah amat dekat. Mungkin anda pernah terserempak, mendapat berita atau bertemu dengan orang-orang beliau tetapi anda tidak menyedarinya . Mereka sedang membuat persiapan dibidang masing-masing dan berada di tempat yang tidak disangkakan. (Rahsia kalau habaq jadi habuk.) Di malam hari mereka menangisi dosa-dosa, ‘menghalusi’ lagi hubungan mereka dengan Allah SWT. Berselawat untuk Rasulullah SAW yang amat dirindui lagi dicintai. Merintih dan berdoa agar Islam mendapat kemenangan.
  8. Kod - kod rahsia di dalam hadis-hadis akhir zaman terutama yang berkaitan dengan perjuangan Imam Mahdi hanya mampu diungkai dan ditafsirkan oleh Pemuda Bani Tamim kerana beliau dipimpin secara rohani oleh Nur Muhammad. Sebab itu Rasulullah SAW memerintahkan kita mencari Pemuda Bani Tamim untuk mendapatkan Imam Mahdi. Perjuangan beliau adalah meniti turutan hadis kerana beliau dapat memahami kod-kod rahsia tersebut. Orang Islam yang bersandar dengan kajian akal semata-mata tidak akan mampu mentafsirkan atau ‘melihat disebalik peristiwa’ yang sedang berlaku dihadapan mata. Banyak sumber maklumat dan bahan rujukan tidak lengkap, (termasuk sumber hadis) sama ada sudah dimusnahkan, disembunyikan atau dilemahkan. Hadis yang tersirat mempunyai maksud yang berlapis-lapis. Sebab itu musuh sering tertipu. Kekuatan IQ semata-mata tak mampu menghuraikan maksudnya yang sebenar melainkan dengan pimpinan Allah SWT dan oleh pengungkap hadis itu sendiri iaitu Nur Muhammad SAW serta mereka yang terpilih. Hati yang celik dan cerdik hanya dimiliki oleh orang-orang yang sanggup mujahadah melawan nafsu dan mengusahakan taqwa, dan semestinya mendapat pimpinan mursyid.
  9. Pemuda Bani Tamim bukan tokoh sembarangan. Beliau bertaraf wali besar bahkan mujaddid dikurun ini. Beliau berani mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid (itu adalah sunnah, mujaddid lain sebelumnya juga melakukan hal yang sama). Supaya umat Islam dan bukan Islam boleh menerima seruan Islam dan mengikutinya. Pemuda Bani Tamim berdepan dengan penentangan kaumnya dan juga serangan musuh yang tidak berkesudahan. Jemaah kebenaran pimpinan beliau tidak dapat dimusnahkan, malah kali ini terus membesar dan berkembang seantero dunia. Dakwah beliau terangan-terangan kerana seruan Islam mesti disampaikan menggunakan seluruh jentera teknologi dan saluran komunikasi yang ada , melalui ekonomi, penerbitan, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya dalam berbagai-bagai bahasa. Pendekatan beliau adalah kasih-sayang, sangat dinamik dan relevan dengan perubahan zaman. Peranannya lebih terserlah, lebih mudah dikenalpasti dan menjangkau hampir ke seluruh lapisan masyarakat. Beliau tidak hanya bercakap Islam tetapi membuktikannya dengan membina model cara hidup masyarakat Islam yang indah dan syumul melalui jemaah pimpinannya.
  10. Pemuda Bani Tamim sangat mencintai Imam Mahdi dan berjuang menyediakan tapak untuk pemerintahannya. Beliau juga berusaha mempromosikan Imam Mahdi versi ahlussunnah wal jamaah, sewaktu umat Islam sudah hampir putus harapan dengan kedatangannya atau terpengaruh dengan Imam Mahdi versi syiah dan seumpamanya. Sesiapa yang ingin bersama Imam Mahdi mestilah mendapatkan restu dari beliau terlebih dahulu (yakni membai’ahnya) termasuk sekutu-sekutu Imam Mahdi yang lain. Hanya Pemuda Bani Tamim sekutu Imam Mahdi yang bergerak atau berjuang secara terang-terangan, manakala sekutu yang lain tidak nampak ketara atau bergerak secara rahsia. Beliau akan berusaha memperkenalkan Imam Mahdi sebelum pengisytiharan di Kaabah supaya ummat Islam tidak terkeliru dengan Dajjal dan Imam Mahdi palsu yang lainnya. Dalam hal ini mereka yang direzekikan Allah sahaja yang mampu melihat, memahami, meyakini, menyahut seruan beliau dan kekal mengikuti beliau kerana sihir dan tipudaya musuh sangat mengelirukan . Tugasan beliau yang paling besar ialah tertegaknya sebuah Daulah Islamiyah, Madinah ‘kedua’ diakhir zaman. Akan sampai suatu ketika nanti, semua orang akan mengakui dan menerima kepimpinan beliau sebelum diserahkan kepada Khalifah Al Mahdi. Manakala yang masih degil, sombong dan menolak kepimpinannya adalah menjadi musuh kepada Imam Mahdi.
  11. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim berjuang bergandingan, menggunakan kaedah dan strategi baru, yang belum pernah ada dalam lipatan sejarah perjuangan Islam, sepanjang zaman. Sehinggakan musuh yang paling pakar pun tak dapat menebaknya. Mereka mendapat bantuan dari Allah SWT dan boleh mematahkan semua serangan, tipudaya dan strategi Yahudi- Jesuit dengan cara tersendiri yang kita pun tak terfikirkan. Natijahnya Islam semakin kuat dan bertambah gagah dari hari ke hari menuju kemenangan. Islam berkembang pesat menongkah arus jahiliyah moden ciptaan Yahudi-Jesuit. Musuh akan beransur menjadi lemah dan semakin lemah disebabkan usaha taqwa mereka yang berterusan.
  12. Sudah terang lagi bersuluh. Hanya orang yang mempunyai kesedaran dan azam yang kuat untuk berjuang bersama Imam Mahdi akan terus mengkaji, menambah ilmu dan mencari pemimpin yang dijanjikan Allah SWT itu dengan hati ikhlas, berlapang dada dan fikiran terbuka. Jiwa mesti kuat untuk keluar dari momokan-momokan tajaan Yahudi seperti takut hantu, takut sesat, takut rugi, takut sial, takut bos, takut periuk nasi terancam, takut untuk keluar dari zon selesa, takut yang bermacam-macam hingga diri terhalang dan hilang keberanian untuk mencari dan mengakui kebenaran. Dan yang paling utama ,yakinlah bahawa kebenaran itu datang dari Tuhan, maka akan jatuh ke hati. Ia bukan setakat berlegar-legar di akal fikiran tanpa sebarang tindakan susulan. Kita hamba yang sangat lemah. Nasib kita belum tahu. Berdoalah bersungguh-sungguh agar diberi petunjuk dan kekuatan oleh Allah SWT. Ikutilah saranan baginda Rasul 1400 tahun yang silam “hendaklah kamu bersama Pemuda Bani Tamim itu kerana padanya ada alMahdi”.

    sumber utama: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/
  13.  
     

Thursday, May 8, 2014

PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT


Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

 
Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai. 

 
Tandan Muda ialah tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kekuningan. Tandan ini tidak mempunyai soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Soket buah relai (jika ada) pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh proses kemasakan biasa. 

  
Tandan Terlalu Masak ialah tandan segar yang mempunyai buah berwarna merah tua dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah telah relai daripada tandan tetapi sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) buah segar masih melekat pada tandannya semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

 
Tandan Kosong ialah tandan yang lebih daripada sembilan puluh peratus (90%) buah telah relai dari tandannya semasa pemeriksaan di kilang. 
 
 
Tandan Busuk ialah tandan yang sebahagian atau kesemua bahagian tandan dan buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman, busuk dan berkulat. 
 
 
Tandan Tangkai Panjang ialah tandan segar yang mempunyai tangkai melebihi 5cm diukur dari paras terbawah tangkai tandan. 

 
Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan di ladang lebih daripada 48 jam sebelum dihantar ke kilang dan semua atau sebahagian buah serta tangkainya telah layu. Tangkai tandan tidak segar biasanya kering dan berwarna kehitaman. 
 
 
Tandan Lama ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan lama di ladang sebelum dihantar ke kilang. Buah yang masih melekat pada tandan ini telah kecut dan berwarna perang kehitaman. Tangkainya juga telah kecut, lembut, berserabut dan warna kehitaman.
 
 
Tandan Kotor ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaan buahnya berlumpur, berpasir,beramang dan dicampur dengan batu atau jirim-jirim asing yang lain

 
Tandan Kecil ialah tandan yang mempunyai buah yang kecil dan beratnya kurang daripada 2.3 kg (5 lb).  
Tandan Rosak ialah tandan yang lebih daripada 30 % bahagian buahnya telah rosak diserang oleh binatang-binatang perosak terutamanya tikus.
 
 
Tandan Berpenyakit ialah tandan yang mempunyai buah yang tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau tandan yang mempunyai lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah ‘parthenocarpic’ 
 
 
Tandan Dura ialah tandan segar yang buahnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • Tebal tempurung - 2-8 mm
  •  Nisbah tempurung dengan buah - 25-50 %
  •  Nisbah mesokarpa dengan buah - 20-60 %
  •  Nisbah isirong dengan buah - 4-20 %
  •  Tiada gelung serabut di sekeliling biji

Buah Relai ialah buah yang berwarna oren kemerahan yang gugur daripada tandan segar kerana masak. Buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tandan dituai
 
 
Tandan Basah adalah merujuk kepada konsignasi buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air yang berlebihan
 
Sumber: http://wskj.mpob.gov.my/

Teknik Pembajaan Sawit Efektif

  1. Teknik ‘task’. Task dengan jumlah pokok yang ditentukan diberikan kepada pekerja. Pekerja perlu menghabiskan baja dalam task tersebut. Sebarang pencabulan seperti dos baja tidak serata atau ada pokok yang tidak dapat akan dipertanggungjawapkan hanya kepada pekerja tersebut.
  2. Teknik ‘label’ – Pekerja dikehendaki menampal label yang tertera nombor atau nama pekerja pada pokok yang terakhir dalam baris pokok. Mandore mesti mengambil balik label yang diletakkan oleh pekerja. Sebarang masalah yang dijumpai oleh mandore semasa mengambil label, boleh terus ditujukan kepada pekerja berkenaan.
  3. Teknik angkat-masuk – Pekerja perlu mengangkat beg baja masuk ke tengah baris pokok dan mulakan pembajaan dari pokok yang terletak ditengah baris ke arah luar pokok yang terletak ditepi jalan.
  4. Teknik kereta sorong – Kereta sorong digunakan untuk mengangkat baja dan seorang pekerja lagi menabur baja.
  5. Teknik beg plastik – Baja di bungkus didalam beg plastik kecil dengan dos yang cukup untuk satu pokok. Kemudian pekerja membawa beg plastik yang berisi baja dengan jumlah yang sama dengan jumlah pokok dalam satu atau dua baris.
  6. Teknik ‘spreader’ – Aplikasi menggunakan spreader adalah yang terbaik. Baja dapat ditabur secara rata dan hampir sama. Apa yang penting ialah mengetahui jumlah pokok yang boleh menggunakan spreader dan yang tidak boleh seperti kawasan teres dan jurang.
  7. Perkara yang paling pokok dalam meningkatkan kecekapan penyeliaan pembajaan adalah mengetahui jumlah pokok dalam sesuatu kawasan dengan tepat. Teknik penomboran pokok boleh meningkatkan kecekapan penyeliaan. Anda boleh anggarkan secara tepat jumlah baja yang diperlukan sekiranya mengetahui jumlah pokok disesuatu kawasan dengan tepat. Sebarang baki baja yang berlebihan atau kekurangan disesuatu kawasan yang telah diprogramkan boleh menimbulkan kesangsian terhadap pekerja berkenaan seterusnya siasatan boleh dijalankan.
Sumber: http://sawitbiz.com/
 
 

Friday, May 2, 2014

Cuba suami jadi isteri satu hari

Salim jarang membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering berungut kerana telah merasa letih setiap hari pergi kerja, sedangkan isterinya hanya tinggal di rumah. Dia merasakan isterinya perlu tahu betapa sukar dan letihnya menjadi suami yang terpaksa bekerja setiap hari untuk menanggung seisi keluarga.

Suatu malam salim berdoa dengan penuh kusyuk dan mengharap agar tuhan memperkenankan permohonan. Dengan lenangan air mata Salimpun berdoa. “Ya Tuhanku! Aku bekerja hampir 8 jam sehari sedangkan isteriku tidak memahaminya, ia hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku memohon agar dia tahu betapa sukarnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah, ya Tuhanku cukuplah hanya sehari sahaja”

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Salim. Pada keesokan pagi, Salim bangun dari tidur, dan menjadi seorang isteri. Lalu ia bergegas ke bilik air, membersihkan diri lalu terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Kemudian, ia bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Setelah selesai ia menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu dan kembali semula melayan anak-anak yang nak ke sekolah dengan menyediakan bekalan untuk anak-anaknya membawa ke sekolah. Kemudian dipanaskan enjin kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Selesai menghantar anak-anak ke sekolah dia terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dalam beberapa jam barulah ia sampai balik ke rumah. Barang-barang dapur dikemas dan menjalankan proses memasak untuk tengahari. Sementara itu kayu baju prlu dicuci, nasib baik ada mesin basuh.

Jam tepat 12.30 hari bari selesai membasuh baju dan memasak makanan tengahari. Belum sempat berehat terpaksa bergegas ke sekolah mengambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah dan mengemas rumah.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam dan mandikan anak yang masih kecil. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, kemudian cuci pinggan mangkuk, dan kemudian lagi uruskan supaya anak-anak masuk tidur.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun sudah lemah longlai dan bolehlah berehat. Namun begitu belum boleh rehat rupanya. Sebab suaminya berkeras mahu dilayan malam itu juga. Berdosa isteri jika tidak melayan kemahuan suami.. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dan terus tertidur.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Salim segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku tidak mampu menjadi isteri jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Taubat aku tak sanggup dah jadi isteri. Aku sangkakan
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’

Sekonyong-konyong Salim terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Salim, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan lebih untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Apa???.. . mengandung? 9 bulan.. lamanya..Tidakkkkk tak nak beranakkkkkk

Iblis Dengan Ahli Neraka

DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api. Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”

Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis. Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”

Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”

Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”

Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.”

Wednesday, February 19, 2014

Poligami

Kisah ini berlaku ketika forum di salah sebuah masjid…

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."

Hadirin : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang lelaki atau suami nikah lebih dari satu."

Hadirin : "Wah, ustazah benar-benar memahami para suami."

Ustazah : "Yang penting........"

Hadirin : "Yang penting adil dan saksama! Betul tak ustazah?"

Ustazah : "Bukan...yang penting, ;lelaki itu bukan suami saya

Hadirin : ?????

Thursday, December 26, 2013

Merintis Pembangunan Teknologi Biosensor

Friday, 16 May 2008

Utusan Malaysia

Bidang nanoteknologi di negara ini mendapat perhatian pihak kerajaan berdasarkan kepada syor yang dikemukakan oleh MiGHT supaya bidang tersebut diberi tumpuan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Nanoteknologi diberi definisi sebagai bidang kajian dan penghasilan alat atau perkakas bersaiz nanometer iaitu satu perbilion meter.

Di Malaysia, nanoteknologi dikategorikan bawah penyelidikan strategik (SR) yang terletak dalam Tumpuan Penyelidikan Dalam bidang Keutamaan (IRPA) ketika itu menerima peruntukan sehingga RM160 juta dalam RMK-8.

Kini banyak penyelidikan melibatkan nanoteknologi meskipun masih bersifat fundamental tetapi kerajaan sudah pun menyatakan minat mendalam mengenainya.

Ini kerana, nanoteknologi pada pandangan ramai saintis akan memainkan peranan menjelang dua dekad akan datang dan menjana pasaran besar sehingga mengatasi bioteknologi dan teknologi maklumat (IT).

Justeru, apabila, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melancarkan Inisiatif Nanoteknologi pada 2006, maka penyelidikan ke arah itu wajar di semarakkan oleh penyelidik tempatan

Setakat ini, beberapa pusat penyelidikan tempatan telah menumpukan kepada bidang nanoteknologi dan merekalah yang sewajarnya menjadi satu gagasan penggerak kepada penubuhan satu badan khusus hasil daripada inisiatif tersebut.

Pusat-pusat tersebut termasuklah iaitu Makmal Combinatorial Technology and Catalyst Research Centre (Combicat) di Universiti Malaya (UM), , Insitut Bahan Termaju (ITMA-UPM), Institut Ibnu Sina bagi Pengajian Sains Asas (UTM). Makmal Penyelidikan Bahan Termaju (AMREC) di Sirim Berhad, Glycolipids Research Centre (UM), Sekolah Sains Perubatan (USM) dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Malaysia perlu mengorak langkah serius bermula daripada sekarang dengan menggembleng pusat-pusat penyelidikan tersebut menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

Setakat ini, langkah strategik telah dikenal pasti di bawah Program Penyelidikan Strategik Nanoteknologi itu strategik jangka pendek dan jangka panjang.

Di bawah strategi jangka pendek, antara yang dikenal pasti ialah mengenal pasti penyelidik dalam pelbagai bidang nano sains, meningkatkan dan menambah makmal nano sains serta menyediakan program pembangunan modal insan secara menyeluruh.

Di bawah program jangka panjang pula, langkah strategik ialah pemupukan budaya penyelidikan nanosains, pembangunan makmal nanosains kebangsaan serta melahirkan saintis tersohor.

Malaysia pula akan menumpukan kepada beberapa bidang yang boleh memanfaatkan nanoteknologi iaitu pertanian bioteknologi, perubatan, tenaga dan persekitaran.

Antara produk yang disasarkan untuk dikeluarkan ialah sel solar, bateri ion Lithium, vaksin tanaman, sistem pengedaran ubat-ubatan , nanobiocip dan nano bio penderia (biosensor).

Pada masa yang sama kekuatan Malaysia dalam bidang pertanian wajar dimanfaatkan untuk menghasilkan produk nanoteknologi.

Justeru, apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengorak langkah untuk menghasilkan produk nanoteknologinya sendiri, ia memberi harapan baru kepada pengusaha bidang tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Program Biodiagnosis dan Biokeselamatan, Pusat Bioteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr. Zamri Ishak, pihaknya sedang merangka program penyelidikan dalam bidang nanoteknologi yang bakal membantu pembangunan pertanian.

Produk yang disasarkan ialah nano biocip dan biosensor (biopenderia) yang berguna dalam memeriksa tahap keracunan pada tanaman.

Biosensor berguna untuk mengenal pasti kualiti makanan dengan hanya mengambil sedikit sampel dan bacaan dapat diperoleh dalam masa singkat,’’ ujarnya.

Ketika ini, alat biosensor itu telah pun berada di pasaran tetapi bersaiz lebih besar sedangkan sekiranya komponennya dikecilkan ke tahap nano, ia lebih mudah.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, beberapa institusi selain MARDI iaitu SIRIM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah bekerjasama membangunkan Kumpulan Penyelidik Biosensor Kebangsaan (NBRG) sejak 1999.

Justeru, satu persidangan mengenai biosensor dan biodiagnostik akan diadakan pada 21 dan 22 Mei ini bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Biosensor merupakan gabungan antara biologi dan elektronik di mana semua organisma mempunyai isyaratnya sendiri,” katanya.

Dr. Zamri berkata, semua organisma berkenaan dianugerahkan dengan deria pengesan atau sensor.

Buat masa kini haiwan seperti ikan digunakan sebagai biosensor di kawasan empangan dan burung pula di terowong.

Ini bagi memastikan air yang diminum dan kawasan yang dilalui selamat sama ada dari bahan berbahaya dan toksik.

Justeru sebagai saintis mereka perlu mengkaji bagaimana isyarat dapat dikesan oleh sesuatu organisma.

NBRG menggunakan pelbagai kaedah biosensor seperti antibodi dan sel kuantitatif sebagai kuantitatif.

Justeru persidangan berkenaan bakal membincangkan mengenai kegunaan dan masa depan biosensor di rantau Asia.

Monday, November 18, 2013

Suatu pagi sekumpulan suri rumah sedang bercerita tentang isu semasa membelikan ikan di pasar.

Surirumah 1: Apa nak zaman sekarang. Macam-macam belaku, ada Pak Guard kena maki dengan perempuan, ada Pak Guard tembak pegawai bank, Pak Guard kena belasah dgn isteri kerana tidak sediakan sarapan pagi.

Surirumah 2: Ye la.. dunia dah nak kiamat kot?

Surirumah 3: Betul tu. nasib baik suami saya askar.

Surirumah 1: Syukur suami saya askar.

Surirumah 2: Saya tak perlu risau suami saya kerjanya doktor.

Apek jual ikan: Saya yang paling bernasib baik, sebab saya tiada suami, hahahaha

Suri 1,2, 3: ???????

Transformasi Pendidikan Vokasional

INTI PATI UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA 06/01/2012 DI MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
 
  1. Selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional.
  2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan ‘High Income Economy’ atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi. Kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.
  3. Pendidikan Vokasional adalah laluan yang penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional untuk menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Pendidikan Vokasional perlu menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  4. Kementerian Pendidkan telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan. Negara Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship. Di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah negara maju juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil atau diploma.
  5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, bimbang negara tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.
  6. Pendidikan Vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.
  7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional iaitu: (1.- Transformasi kurikulum pendidikan vokasional, 2. - Transformasi institusi pendidikan vokasional, 3.- Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industry, 4. - Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional. 5. - Transformasi organisasi pendidikan vokasional).
  8. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS.
  9. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui “work based learning” dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.
  10. Amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan kepada pelajar KV. Graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti.

Tuesday, November 12, 2013

Tubuh Anda yang Berubah Ketika 30 minggu kehamilan

Pada kehamilan minggu ke-30, tenaga tiga bulan kedua itu mungkin kelihatan sudah lama hilang. Anda mungkin merasa lelah kerana tubuh anda membawa berat janin tambahan dan rahim anda yang terus berkembang memberikan tekanan tambahan pada organ-organ dan sistem-sistem tubuh anda yang lain. Juga selama kehamilan minggu ke-30
 
Rahim anda terus meluas ke dasar sangkar rusuk anda.
 
Hormon-hormon terus melunak dan melonggarkan jaringan-jaringan penghubung di dalam tubuh anda ketika tubuh anda bersiap untuk kelahiran janin. Anda mungkin merasakan sakit pinggang, mungkin hanya pada satu sisi, dan juga sakit punggung bawah akibat rahim Anda yang berkembang.
 
Itu semuanya di pergelangan tangan! Dengan pembengkakan dan berat janin tambahan, kadang-kadang saraf pergelangan tangan Anda mungkin untuk sementara menjadi tertekan. 
  • Jika anda merasa kebas, geli, atau bahkan sakit di tangan anda, anda mungkin mengalami sindrom lorong karpal, yang mempengaruhi 25% wanita hamil.
  • Akibat-akibat ini seharusnya menghilang setelah janin Anda lahir.
  • Doktor anda mungkin menyarankan belat khusus pergelangan jika simtom-simtom anda menyulitkan Anda.
Kebas atau geli di tempat lain? Ketika anda hamil 30 minggu, rahim anda yang berkembang mungkin menekan saraf-saraf yang bersambung ke tungkai dan lengan anda, sehingga menyebabkan kaki, jari kaki, atau seluruh lengan anda geli. Ini normal bagi sebahagian wanita dan akan hilang selepas kelahiran janin anda.
 
Sesak nafas? Ini normal bagi wanita ketika anda hamil 30 minggu dan melalui kehamilan tiga bulan ketiga. Rahim anda berkembang dan menekan diafragma anda keluar dari tempatnya.
 
Anda mungkin merasa seolah-olah anda tidak mendapatkan cukup udara, yang boleh tidak menyenangkan.
 
Tetapi ingatlah, dengan dorongan progesteron tubuh anda, anda bernafas dengan dalam dan mendapatkan lebih banyak udara pada setiap nafas daripada sebelum anda hamil.
 
Petunjuk untuk pernafasan yang lebih baik selama kehamilan minggu ke-30 anda (dan kemudian!):
 
Bergeraklah dengan lambat. Apabila anda bergerak secara perlahan-lahan, paru-paru anda tidak perlu bekerja terlalu keras.
 
Memerlukan sedikit tambahan ruang bernafas? Sikap badan yang baik adalah kuncinya. Duduk dengan tegak memberikan kepada paru-paru anda lebih banyak ruang untuk meluas.
 
Tidur yang disangga juga memberikan lebih banyak ruang kepada paru-paru anda.
 
Pertumbuhan dan Perkembangan Janin Ketika Anda Hamil 30 Minggu
 
Selama kehamilan minggu ke-30 ini, janin anda terus bertambah berat secara stabil dan mempunyai lapisan-lapisan penyekat lemak yang penting pada tubuhnya.

Pada kehamilan 30 minggu, janin anda beratnya sekitar 1500 gram dan panjangnya kira-kira 27 cm dari puncak kepala sampai punggung, atau kira-kira sepanjang seikat saderi. (Tungkai dan kakinya menambah saiz ini beberapa cm lagi).
 
Sejak minggu ini sampai kehamilan minggu 37, janin anda mendapatkan pertambahan berat yang mengagumkan, iaitu 250 gram seminggu!
 
Janin anda mungkin menghasilkan gerakan-gerakan bernafas ketika ia menggerakkan diafragma secara berirama. Anda bahkan mungkin merasakan kedutan ringan di dalam rongga perut anda ketika ini terjadi.
 
Otak janin anda terus meluas dan berkembang, mewujudkan alur dan lipatan tambahan di permukaan otak. Lipatan - lipatan ini memberikan kepada jaringan otak janin anda ruang yang diperlukan untuk meluas ketika ia berkembang dan belajar sepanjang hidupnya.