Tuesday, July 12, 2011
Halwah istimewa dari Azarbaijan
Suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab menerima hadiah Halwah yang dikirim oleh gabenor azarbaijan melalui utusan. Halwah itu sangat baik dan dari jenis terpilih. “Apakah semua penduduk di negerimu sudah merasai makanan seperti ini?” tanya Umar
“Tidak Wahai Amirul Mukminin. Kerana makanan ini termasuk makanan istimewa di sana dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang Sanggup membelinya.” Kata utusan dengan bangganya.
Mendengar kata-kata itu, tiba Umar berkata: “Mana untamu?”
“Itu dia” Jawab utusan
“Bawa pulang semua hadiah ini kepada tuanmu, dan katakan kepadanya: “Umar memerintahkan jangan cuba mengenyangkan perut sendiri sebelum seluiruh rakyatmu dikenyangkan terlebih dahulu.
Umar tidak mahu menerima hadiah istimewa tersebut, kerana tidak semua rakyat dapat merasakannya.
Labels:
Kisah Tauladan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment