Monday, July 11, 2011

Syaitan menangis


Dalam al-Quran ada lima belas ayat yang apabila kita membaca atau mendengarnya disunatkan kita sujud. Sujud ini Namanya sujud Tilawah, ertinya sujud bacaan. Syaitan ketika melihat orang muslim sujud kerana perkara tersebut, maka larilah ia dengan menangis serta meratap pada diri sendir. Ada Riwayat yang menyatakan iaitu;

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Apabila anak Adam membaca ayat As Sajdah lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: Ah celaka Aku!! Anak Adam disuruh sujud, lalu ia sujud, maka ia mendapat syurga, sedang akau disuruh sujud tetapi aku membangkang, maka aku mendapat neraka.” (Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment