Wednesday, February 19, 2014

Poligami

Kisah ini berlaku ketika forum di salah sebuah masjid…

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."

Hadirin : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang lelaki atau suami nikah lebih dari satu."

Hadirin : "Wah, ustazah benar-benar memahami para suami."

Ustazah : "Yang penting........"

Hadirin : "Yang penting adil dan saksama! Betul tak ustazah?"

Ustazah : "Bukan...yang penting, ;lelaki itu bukan suami saya

Hadirin : ?????

Thursday, December 26, 2013

Merintis Pembangunan Teknologi Biosensor

Friday, 16 May 2008

Utusan Malaysia

Bidang nanoteknologi di negara ini mendapat perhatian pihak kerajaan berdasarkan kepada syor yang dikemukakan oleh MiGHT supaya bidang tersebut diberi tumpuan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Nanoteknologi diberi definisi sebagai bidang kajian dan penghasilan alat atau perkakas bersaiz nanometer iaitu satu perbilion meter.

Di Malaysia, nanoteknologi dikategorikan bawah penyelidikan strategik (SR) yang terletak dalam Tumpuan Penyelidikan Dalam bidang Keutamaan (IRPA) ketika itu menerima peruntukan sehingga RM160 juta dalam RMK-8.

Kini banyak penyelidikan melibatkan nanoteknologi meskipun masih bersifat fundamental tetapi kerajaan sudah pun menyatakan minat mendalam mengenainya.

Ini kerana, nanoteknologi pada pandangan ramai saintis akan memainkan peranan menjelang dua dekad akan datang dan menjana pasaran besar sehingga mengatasi bioteknologi dan teknologi maklumat (IT).

Justeru, apabila, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melancarkan Inisiatif Nanoteknologi pada 2006, maka penyelidikan ke arah itu wajar di semarakkan oleh penyelidik tempatan

Setakat ini, beberapa pusat penyelidikan tempatan telah menumpukan kepada bidang nanoteknologi dan merekalah yang sewajarnya menjadi satu gagasan penggerak kepada penubuhan satu badan khusus hasil daripada inisiatif tersebut.

Pusat-pusat tersebut termasuklah iaitu Makmal Combinatorial Technology and Catalyst Research Centre (Combicat) di Universiti Malaya (UM), , Insitut Bahan Termaju (ITMA-UPM), Institut Ibnu Sina bagi Pengajian Sains Asas (UTM). Makmal Penyelidikan Bahan Termaju (AMREC) di Sirim Berhad, Glycolipids Research Centre (UM), Sekolah Sains Perubatan (USM) dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Malaysia perlu mengorak langkah serius bermula daripada sekarang dengan menggembleng pusat-pusat penyelidikan tersebut menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

Setakat ini, langkah strategik telah dikenal pasti di bawah Program Penyelidikan Strategik Nanoteknologi itu strategik jangka pendek dan jangka panjang.

Di bawah strategi jangka pendek, antara yang dikenal pasti ialah mengenal pasti penyelidik dalam pelbagai bidang nano sains, meningkatkan dan menambah makmal nano sains serta menyediakan program pembangunan modal insan secara menyeluruh.

Di bawah program jangka panjang pula, langkah strategik ialah pemupukan budaya penyelidikan nanosains, pembangunan makmal nanosains kebangsaan serta melahirkan saintis tersohor.

Malaysia pula akan menumpukan kepada beberapa bidang yang boleh memanfaatkan nanoteknologi iaitu pertanian bioteknologi, perubatan, tenaga dan persekitaran.

Antara produk yang disasarkan untuk dikeluarkan ialah sel solar, bateri ion Lithium, vaksin tanaman, sistem pengedaran ubat-ubatan , nanobiocip dan nano bio penderia (biosensor).

Pada masa yang sama kekuatan Malaysia dalam bidang pertanian wajar dimanfaatkan untuk menghasilkan produk nanoteknologi.

Justeru, apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengorak langkah untuk menghasilkan produk nanoteknologinya sendiri, ia memberi harapan baru kepada pengusaha bidang tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Program Biodiagnosis dan Biokeselamatan, Pusat Bioteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr. Zamri Ishak, pihaknya sedang merangka program penyelidikan dalam bidang nanoteknologi yang bakal membantu pembangunan pertanian.

Produk yang disasarkan ialah nano biocip dan biosensor (biopenderia) yang berguna dalam memeriksa tahap keracunan pada tanaman.

Biosensor berguna untuk mengenal pasti kualiti makanan dengan hanya mengambil sedikit sampel dan bacaan dapat diperoleh dalam masa singkat,’’ ujarnya.

Ketika ini, alat biosensor itu telah pun berada di pasaran tetapi bersaiz lebih besar sedangkan sekiranya komponennya dikecilkan ke tahap nano, ia lebih mudah.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, beberapa institusi selain MARDI iaitu SIRIM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah bekerjasama membangunkan Kumpulan Penyelidik Biosensor Kebangsaan (NBRG) sejak 1999.

Justeru, satu persidangan mengenai biosensor dan biodiagnostik akan diadakan pada 21 dan 22 Mei ini bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Biosensor merupakan gabungan antara biologi dan elektronik di mana semua organisma mempunyai isyaratnya sendiri,” katanya.

Dr. Zamri berkata, semua organisma berkenaan dianugerahkan dengan deria pengesan atau sensor.

Buat masa kini haiwan seperti ikan digunakan sebagai biosensor di kawasan empangan dan burung pula di terowong.

Ini bagi memastikan air yang diminum dan kawasan yang dilalui selamat sama ada dari bahan berbahaya dan toksik.

Justeru sebagai saintis mereka perlu mengkaji bagaimana isyarat dapat dikesan oleh sesuatu organisma.

NBRG menggunakan pelbagai kaedah biosensor seperti antibodi dan sel kuantitatif sebagai kuantitatif.

Justeru persidangan berkenaan bakal membincangkan mengenai kegunaan dan masa depan biosensor di rantau Asia.

Monday, November 18, 2013

Suatu pagi sekumpulan suri rumah sedang bercerita tentang isu semasa membelikan ikan di pasar.

Surirumah 1: Apa nak zaman sekarang. Macam-macam belaku, ada Pak Guard kena maki dengan perempuan, ada Pak Guard tembak pegawai bank, Pak Guard kena belasah dgn isteri kerana tidak sediakan sarapan pagi.

Surirumah 2: Ye la.. dunia dah nak kiamat kot?

Surirumah 3: Betul tu. nasib baik suami saya askar.

Surirumah 1: Syukur suami saya askar.

Surirumah 2: Saya tak perlu risau suami saya kerjanya doktor.

Apek jual ikan: Saya yang paling bernasib baik, sebab saya tiada suami, hahahaha

Suri 1,2, 3: ???????

Transformasi Pendidikan Vokasional

INTI PATI UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA 06/01/2012 DI MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
 
  1. Selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional.
  2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan ‘High Income Economy’ atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi. Kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.
  3. Pendidikan Vokasional adalah laluan yang penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional untuk menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Pendidikan Vokasional perlu menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  4. Kementerian Pendidkan telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan. Negara Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship. Di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah negara maju juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil atau diploma.
  5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, bimbang negara tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.
  6. Pendidikan Vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.
  7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional iaitu: (1.- Transformasi kurikulum pendidikan vokasional, 2. - Transformasi institusi pendidikan vokasional, 3.- Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industry, 4. - Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional. 5. - Transformasi organisasi pendidikan vokasional).
  8. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS.
  9. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui “work based learning” dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.
  10. Amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan kepada pelajar KV. Graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti.

Tuesday, November 12, 2013

Tubuh Anda yang Berubah Ketika 30 minggu kehamilan

Pada kehamilan minggu ke-30, tenaga tiga bulan kedua itu mungkin kelihatan sudah lama hilang. Anda mungkin merasa lelah kerana tubuh anda membawa berat janin tambahan dan rahim anda yang terus berkembang memberikan tekanan tambahan pada organ-organ dan sistem-sistem tubuh anda yang lain. Juga selama kehamilan minggu ke-30
 
Rahim anda terus meluas ke dasar sangkar rusuk anda.
 
Hormon-hormon terus melunak dan melonggarkan jaringan-jaringan penghubung di dalam tubuh anda ketika tubuh anda bersiap untuk kelahiran janin. Anda mungkin merasakan sakit pinggang, mungkin hanya pada satu sisi, dan juga sakit punggung bawah akibat rahim Anda yang berkembang.
 
Itu semuanya di pergelangan tangan! Dengan pembengkakan dan berat janin tambahan, kadang-kadang saraf pergelangan tangan Anda mungkin untuk sementara menjadi tertekan. 
  • Jika anda merasa kebas, geli, atau bahkan sakit di tangan anda, anda mungkin mengalami sindrom lorong karpal, yang mempengaruhi 25% wanita hamil.
  • Akibat-akibat ini seharusnya menghilang setelah janin Anda lahir.
  • Doktor anda mungkin menyarankan belat khusus pergelangan jika simtom-simtom anda menyulitkan Anda.
Kebas atau geli di tempat lain? Ketika anda hamil 30 minggu, rahim anda yang berkembang mungkin menekan saraf-saraf yang bersambung ke tungkai dan lengan anda, sehingga menyebabkan kaki, jari kaki, atau seluruh lengan anda geli. Ini normal bagi sebahagian wanita dan akan hilang selepas kelahiran janin anda.
 
Sesak nafas? Ini normal bagi wanita ketika anda hamil 30 minggu dan melalui kehamilan tiga bulan ketiga. Rahim anda berkembang dan menekan diafragma anda keluar dari tempatnya.
 
Anda mungkin merasa seolah-olah anda tidak mendapatkan cukup udara, yang boleh tidak menyenangkan.
 
Tetapi ingatlah, dengan dorongan progesteron tubuh anda, anda bernafas dengan dalam dan mendapatkan lebih banyak udara pada setiap nafas daripada sebelum anda hamil.
 
Petunjuk untuk pernafasan yang lebih baik selama kehamilan minggu ke-30 anda (dan kemudian!):
 
Bergeraklah dengan lambat. Apabila anda bergerak secara perlahan-lahan, paru-paru anda tidak perlu bekerja terlalu keras.
 
Memerlukan sedikit tambahan ruang bernafas? Sikap badan yang baik adalah kuncinya. Duduk dengan tegak memberikan kepada paru-paru anda lebih banyak ruang untuk meluas.
 
Tidur yang disangga juga memberikan lebih banyak ruang kepada paru-paru anda.
 
Pertumbuhan dan Perkembangan Janin Ketika Anda Hamil 30 Minggu
 
Selama kehamilan minggu ke-30 ini, janin anda terus bertambah berat secara stabil dan mempunyai lapisan-lapisan penyekat lemak yang penting pada tubuhnya.

Pada kehamilan 30 minggu, janin anda beratnya sekitar 1500 gram dan panjangnya kira-kira 27 cm dari puncak kepala sampai punggung, atau kira-kira sepanjang seikat saderi. (Tungkai dan kakinya menambah saiz ini beberapa cm lagi).
 
Sejak minggu ini sampai kehamilan minggu 37, janin anda mendapatkan pertambahan berat yang mengagumkan, iaitu 250 gram seminggu!
 
Janin anda mungkin menghasilkan gerakan-gerakan bernafas ketika ia menggerakkan diafragma secara berirama. Anda bahkan mungkin merasakan kedutan ringan di dalam rongga perut anda ketika ini terjadi.
 
Otak janin anda terus meluas dan berkembang, mewujudkan alur dan lipatan tambahan di permukaan otak. Lipatan - lipatan ini memberikan kepada jaringan otak janin anda ruang yang diperlukan untuk meluas ketika ia berkembang dan belajar sepanjang hidupnya.
 

Monday, November 11, 2013

Makanan Untuk Otak

Otak merupakan organ vital yang menjadi pusat mengawal tubuh badan, Adalah menjadi sangat penting bagi kita untuk menjaganya otak dapat berfungsi baik.

Berikut beberapa pengambilan makanan yang dapat membantu supaya otak dapat bekeja dengan baik;

1. Untuk Meningkatkan Konsentrasi

Konsentrasi yang baik bergantung pada kesihatan sel-sel otak. Sementara sel-sel otak memerlukan zat bernama myelin untuk terus membina diri.

Penggunaan omega 3 sangat membantu dalam pengeluaran myelin. Omega 3 terdapat dalam ikan, kacang walnut, labu dan biji rami.

Produk shaklee yang disyorkan ialah Omega Guard
2. Untuk mengangkat mood

Dalam otak mood diatur oleh seperangkat sel yang disebut neurotransmitters. Salah satu kunci dari neurotransmitters ini bernama dopamine. Meningkatnya dopamine akan membuat anda merasa senang, bersemangat, dan positif. Sedangkan menurunnya dopamine mengakibatkan sebaliknya.
Untuk meningkatkan dopamine, cuba pengambilan makanan yang mengandungi phenylalanine seperti kacang soya, badam, telur, dan daging

Produk shaklee yang disyorkan ialah Energizing Soy Protien



3. Untuk mempertajam ingatan

Kemampuan kita mengingat sesuatu bergantung pada pemberian nutrisi pada sel otak untuk membina sambungan.

Sayuran mememiliki kandungan terbaik vitamin E dan asam folat. Kedua nutrisi ini sangat baik untuk kesehatan otak dan dapat membantu mengurangi resiko penyakit lupa dan Alzheimer. Sayuran juga mengandung vitamin B6, dan B12 yang merupakan senyawa penting untuk mendobrak tingkat homocystein, yang dapat memicu sifat lupa dan bahkan penyakit Alzheimer.

Alpukat adalah salah satu buah yang kaya akan vitamin E nya. Selain digunakan sebagai makanan pelengkap, alpukat juga bermanfaat untuk mengurangi resiko penyakit penyakit Alzheimer.

Produk shaklee yang disyorkan ialah Vita-E Complex dan B-Complex









Monday, October 14, 2013

Vitamin yang Penting untuk ibu hamil.

Vitamin C

Vitamin C, dikenali sebagai asid askorbik berkesan untuk perbaikan rangkaian, kulit yang sihat dan pertumbuhan tulang dan gigi. Dos harian vitamin ini penting bagi wanita hamil dan bayi mereka. Selain manfaat kesihatan sendiri, vitamin C juga membantu tubuh menyerap zat besi. Kekurangan vitamin C juga boleh mengganggu perkembangan mental.

Beberapa sumber yang baik dari vitamin C antara lain buah oren, lada, kacang hijau, kentang, strawberi, betik, brokoli dan tomato.

Produk Shaklee ialah Sustained Release Vita-CTM 500 mg

Vitamin E

Vitamin ini membantu dalam pembentukan otot dan sel darah merah. Namun, dos tinggi dari vitamin E dalam kehamilan juga tidak baik. Pakar menyarankan untuk ibu hamil, vitamin E adalah mencukupi dalam makanan harian mereka dan tidak perlu suplemen tambahan vitamin E selama kehamilan. Vitamin E yang berlebihan berpotensi berbahaya bagi ibu hamil.

Vitamin D

Kekurangan vitamin D sering dikaitkan dengan pertumbuhan mundur, kelainan bentuk tulang dan risiko komplikasi kehamilan. Pakar menyatakan bahawa vitamin D boleh mencegah banyak penyakit seperti diabetes, kanser, penyakit gusi dan penyakit autoimun. Selain itu, juga memudahkan tubuh dalam mengekalkan tahap yang tepat dari kalsium dan fosforus.

Sinar matahari, susu dan lemak ikan adalah beberapa sumber mudah untuk vitamin D.

Produk Shaklee ialah Ostematrix
Tiamin

Tiamin adalah vitamin yang larut air yang termasuk dalam kumpulan vitamin B. Popular disebut sebagai vitamin B1, memainkan peranan penting dalam metabolisme dan proses vital lain. Sebagai contoh, adalah penting untuk mengeluarkan tenaga dari glukosa. Selain membantu dalam perkembangan normal ari otak dan sistem saraf bayi, juga menurunkan risiko berat badan lahir rendah.

Bijirin, gandum, telur, nasi, buah-buahan dan kacang-kacangan adalah beberapa sumber untuk mendapatkan tiamin.

Produk Shaklee ialah B-Complex
Riboflavin

Riboflavin (vitamin B2) yang diperlukan oleh ibu hamil untuk kekebalan tubuh yang baik. Ini membantu dalam pengeluaran tenaga untuk metabolisme lemak, protein serta karbohidrat. Vitamin ini larut dalam air, jadi tidak disimpan dalam badan anda sehingga sangat penting untuk memenuhi asupannya setiap hari.

Produk tenusu, ikan, telur dan bijirin merupakan sumber yang baik dari Vitamin B2.

Produk Shaklee ialah B-Complex

Asid Folic

Sering disebut sebagai vitamin B9 atau folat, asid folis mengurangkan risiko kecacatan saraf (NTDs). Wanita yang hamil muda dan mereka yang merancang untuk hamil dianjurkan untuk makan dan minum yang mengandungi asid folik setiap hari. Oren, sayur-sayuran hijau dan kacang adalah beberapa sumbernya.

Produk Shaklee ialah B-Complex ini adalah kerana dalam vitamin B-Complex keluaran Shaklee lengkap dengan Asid Folic

SHAKLEE

Produk
 
Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee
 
Kesihatan Badan
 
Kesihatan bermula dengan nutrisi yang baik
 
Anti-Aging
Essential Nutrition
Antioxidants
Bone Health
Heart Health
Digestive Health
Immune Support
Liver Health
Women's Health
Children's Nutrition
Sports Nutrition
 Healthy Weight
 
Kesihatan Kecantikan
 
Manjakanlah kulit dan rambut anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih
 
NutriWhite
Enfuselle
ProSante
Daily Care
Kesihatan Kediaman
 
Sesuai untuk Bumi dan kediaman anda
 
Get Clean
Sumber: http://www.shaklee.com.my/

Tuesday, October 1, 2013

Ultrasound fetus – 6 bulan

Pada 25 minggu kehamilan, bayi anda hampir 660 gram beratnya, dan 35 sentimeter panjang bila diukur dari mercu kepala ke tapak kaki. Lemak bayi mula ditambah pada tubuh badannya yang kelihatan panjang and ramping. Pada 26 minggu, imbasan otak fetus menunjukkan respon terhadap sentuhan. Jika anda tujukan cahaya pada perut anda, bayi anda akan menolehkan kepalanya. Ini bermakna saraf optiknya lengkap dan sudah berfungsi.

Bayi anda juga terus mengambil nafas kecil, sebagai latihan untuk kelahiran. Ini semua persediaan yang dibuatnya bagi menempuhi detik pertama menghela nafas ketika dilahirkan. Bayi anda membesar dengan cepat, dan otaknya berkembang secara pesat pada peringkat ini. Sesetengah pakar percaya yang bayi-bayi mula bermimpi pada 27 minggu kehamilan! Pada 29 minggu kehamilan, anda bukan sahaja memasuki trimester ketiga, bayi anda juga sudah membesar sehingga 39 sentimeter panjang, dari kepala ke jari kaki.

Nota: Setiap bayi berkembang secara berlainan. Laman ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Sumber: http://www.babycenter.com.my/

Thursday, September 26, 2013

Kisah Nabi Syits As dan Kisah Kematian Qabil sang Pendengki

Bismillaahirrahmaanirrahim. Setelah kasus terbunuhnya Habil oleh saudaranya Qabil, kemudian Siti Hawa melahirkan anak kembar lagi. Yang laki-laki diberi nama Syits (dalam bahasa Arab dan Ibrani) atau Syats (dalam bahasa Suryani). Sedangkan yang perempuan diberi nama 'Azura.
 
Pengarang kitab Qasas Al- Anbiya (Hal. 59) menyebutkan bahwa setelah menderita sakit selama 11 hari, nabi Adam As wafat. Ketika masih sakit, Nabi Adam berwasiat kepada Syits untuk menggantikan posisi kepemimpinannya. Nabi Adam juga mengingatkan Syits menjaga kerahasiaan pelimpahan mandat ini agar jangan sampai diketahui oleh Qabil, sang pendengki.
 
Menurut keterangan Ibnu Abbas, ketika Syits Dilahirkan, nabi Adam sudah berusia 930 tahun. Nabi Adam sengaja memilih Syits sebab anaknya yang satu ini memiliki kelebihan dari segi keilmuan, kecerdasan, ketakwaan dan kepatuhan dibandingkan dengan semua anaknya yang lain.
 
Sebagai Nabi, Syits As menerima perintah-perintah dari Allah SWT yang tertulis dalam 50 Sahifah. Demikian keterang dari hadits nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Abu Dzar al-Ghifari sebagaimana dikutip dalam Tarikh Thabari (Jil. 1, hal 152). Patut kita perhatikan bahwa dalam memilih pemimpin, nabi Adam As menjadikan ketakwaan, kecerdasan dan ketaatan sebagai kriteria utama. Nabi Adam As mengebawahkan faktor usia, postur tubuh, kekuatan fisik dan aspek-aspek lainnya.
 
Nasihat Nabi Adam As kepada Nabi Syits As:
  1. Janganlah kamu merasa tenang dan aman hidup di dunia. Karena aku merasa tenang hidup di surga yang bersifat abadi, ternyata aku dikeluarkan oleh Allah daripadanya.
  2. Janganlah kamu bertindak menurut kemauan hawa istri-istri kamu. Karena aku bertindak menurut kesenangan hawa istriku, sehingga aku memakan pohon terlarang lalu aku menjadi menyesal.
  3. Setiap perbuatan yang kamu lakukan, renungkan terlebih dahulu akibat yang akan ditimbulkan. Seandainya aku merenungkan akibat suatu perkara, tentu aku tidak tertimpa musibah seperti ini.
  4. Ketika hati kamu merasakan kegamangan akan sesuatu, maka tinggalkanlah ia. Karena ketika aku hendak makan syajarah, hatiku merasa gamang, tetapi aku tidak menghiraukannya, sehingga aku benar-benar menemui penyesalan.
  5. Bermusyawarahlah mengenai suatu perkara, karena seandainya aku bermusyawarah dengan para malaikat, tentu aku tidak akan tertimpa musibah.
Dalam kisah lain dicetuskan: Wahab bin Munabbih mengatakan, ketika Adam As meninggal, Syits As berusia 400 tahun. Dia telah diberi tabut, tali, pedang dan kudanya yang bernama Maimun yang telah diturunkan kepadanya dari surga. Apabila kuda itu meringkik, semua binatang yang melata di bumi menyambutnya dengan tasbih. Syits As telah diwasiati untuk memerangi saudaranya, Qabil. Dia pergi memerangi Qabil dan akhirnya perang itu pun berkecamuk. Itulah perang pertama yang terjadi antara anak-anak Adam di muka bumi. Dalam peperangan itu, Syits As memperolehh kemenangan dan dia menawan Qabil.
 
Qabil sebagai tawanan berkata, ''wahai Syits, jagalah persaudaraan di antara kita''. Syits As berkata, ''mengapa engkau sendiri tidak menjaganya? Engkau telah membunuh saudaramu, Habil''. Kemudian Qabil ditawan oleh Syits As, kedua tangannya dibelenggu di atas pundaknya, dan dia ditahan di tempat yang panas sampai meninggal.
 
Anak-anak Qabil bermaksud menguburkannya. Tiba-tiba Iblis datang kepada mereka dalam rupa malaikat. Iblis berkata kepada mereka, ''Jangan dikubur di dalam bumi''. Iblis membawakan dua batu hablur yang telah dilubangi tengah-tengahnya. Dia menyuruh mereka memasukkan Qabil ke dalam ruang antara dua batu hablur itu. Memakaikannya dengan pakaian terindah dan meminyakinya dengan ramuan-ramuan tertentu sehingga dia tidak mengering. Lalu Iblis menyuruh mereka menyimpannya di sebuah rumah, diletakkan di atas kursi yang terbuat dari emas dan memerintahkan kepada setiap orang yang masuk kerumah itu untuk bersujud kepadanya sebanyak tiga kali. Iblis memerintahkan kepada mereka untuk merayakan upacara setiap tahun untuknya dan berkumpul di sekitarnya. Kemudian Iblis mewakilkan urusan ini kepada setan. Setan itulah yang kemudian berkomunikasi dengan mereka sehingga manusia terus-menerus sujud kepada Qabil.
 
Sementara Syits As, setelah dia menunaikan tugasnya memerangi Qabil, dia pulang ke negerinya dan menetap di sana sebagai juru pemutus yang adil di antara manusia. Wahab bin Munabbih mengatakan bahwa Hawa, Istri Adam As, meninggal di zaman anaknya, Syits As. Setelah meninggalnya Adam, Hawa tidak hidup lama, hanya setahun, dan meninggal di hari jum'at dalam waktu yang sama ketika dia diciptakan.
 
Diriwayatkan bahwa Hawa dikuburkan berdekatan dengan Adam As. Setelah kepergian mereka, Allah menurunkan 50 Sahifah kepada Syits As. Dialah orang pertama yang mengeluarkan kata-kata hikmah. Dialah yang pertama kali melakukan transaksi emas dan perak dan orang pertama yang memperkenalkan jual beli, membuat timbangan dan takaran. Dan dialah orang pertama yang menggali barang tambang dari dalam bumi.
 
Selanjutnya, Nabi Syits As mempunyai seorang anak laki-laki yang diberi nama Anusy. Di dalam kening Syits As terdapat cahaya Muhammad SAW yang berpindah kepadanya dari Adam As. Setelah Anusy lahir, cahaya tersebut berpindah ke keningnya. Oleh kerana itu, Syits As tahu bahwa ajalnya sudah dekat. Dia melihat rambut-rambut sudah memutih. Maka, pada tahun itu Syits As meninggal dunia dalam umur 900 tahun.
 
Wahab bin Munabbih mengatakan, setelah Syits As meninggal, dia digantikan oleh anaknya, Anusy. Sebelum meninggal, Syits As menyerahkan tabut, tali, suhuf, dan cincin kepada Anusy. Anusy berperilaku dengan baik dan memutuskan dengan benar. Kemudian dia menikah dengan seorang wanita yang kemudian mengandung seorang anak. Setelah anak itu lahir, cahaya Muhammad SAW yang ada pada Anusy pindah ke wajahnya. Anak tersebut diberi nama Qainan. Anusy terus melakukan kebiasaannya sampai dia menemui ajalnya. Sebelum meninggal, dia serahkan tabut dan shuhuf kepada anaknya, Qainan. Dia memberi wasiat dan mengangkatnya sebagai pengganti setelahnya.
 
Setelah Qainan diangkat menjadi pemimpin setelah bapaknya, dia muncul di antara manusia dengan adil. Menjalankan perilaku yang baik. Kemudian menikah dengan seorang wanita yang bernama Uthnuk. Dari pernikahan tersebut, Uthnuk mengandung seorang anak laki-laki. Setelah lahir, anak tersebut diberi nama Mahlaila dan cahaya Muhammad SAW pindah ke keningnya. Selanjutnya, Qainan sakit, yang membawanya pada kematian. Maka, dia serahkan tabut dan suhuf kepada anaknya dan mengangkatnya sebagai penggantinya. Berikut Mahlaila meninggal dan cahaya beralih ke anaknya yang bernama Yarid. Yarid pun meninggal dan cahaya itu berpindah ke anaknya yang bernama Ukhnukh, yang kemudian dikenal dengan Nabi Idris As.
 
Sumber: istiqommah.com;
               http://religi.pun.bz/

Google+ Followers