Friday, May 14, 2010

Faktor Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Pelbagai faktor mempengaruhi kebolehpercayaan skor ujian antara yang penting ialah:
  1. Tempoh ujian: Pada amnya semakin panjang tempoh ujian semakin tinggi kebolehpercayaannya. Ini kerana tempoh ujian dapat memberikan persampelan yang lebih dari segi tingkah laku yang ingin diukur, malah skor kurang diganggu oleh tekanan.
  2. Ralat rawak: Prestasi seseorang itu berubah-ubah mengikut keadaan sekelilingnya. Sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling menyebabkan prestasi berubah. Misalnya semasa ujian tiba-tiba bunyi bising di sekeliling calon. Ini akan menyebabkan perubahan konsentrasi calon dan varians skor ralat akan masuk ke dalam varians skor dicerap. Lain-lain contoh ralat rawak adalah seperti sakit, penat, ketegangan emosi risau dan lain-lain. Pihak pentadbir yang mengendalikan ujian hendaklah menyediakan keadaan persekitaran tempat yang sesuai dan peraturan pentadbiran ujian yang sempurna.
  3. Persampelan Item: Item-item yang digunakan dalam sesuatu ujian adalah untuk menguji sebahagian trait yang menjadi petunjuk kepada kebolehan seseorang. Oleh itu item tersebut adalah semata-mata sampel bagi mewakili keseluruhan trait mengenai kebolehan seseorang. Jika pemilihan itu tidak tepat, ia menyumbangkan kepada varians ralat pengukuran. Akibatnya ujian itu tidak boleh dipercayai.
  4. Kehomogenan item: Item ujian homogen ialah item-item yang mempunyai kesamaan dari segi prestasi atau peluang untuk dipilih. Bagi ujian berbentuk aneka pilihan, pilihan jawapan mestilah homogen. Ini bermakna tiap-tiap opsyen mestilah berkaitan antara satu sama lain dan ada daya tarikan untuk dipilih oleh pelajar. Jawapan atau Distraktor seharusnya tidak "bias" sehingga pelajar yang diuji terlalu mudah mengenal pasti jawapan atau bukan jawapan. Ketidakhomogen opsyen boleh menjejaskan kebolehpercayaan ujian.

No comments:

Post a Comment