Tuesday, May 11, 2010

Kaum ‘Ad ingkar seruan Nabi Hud a.s.


Kaum Nabi Hud a.s. tidak pernah menghiraukan seruan Nabi Hud a.s. Mereka tetap pada pendiriannya sama sekali tidak mempercayai Nabi Hud a.s. Sebagaimana Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud:

    "Mereka menjawab: Wahai Hud! Tiada engkau mendatangkan kepada kami suatu keterangan, sebab itu kami tidak suka meninggalkan Tuhan kami dengan semata-mata perkataan engkau sahaja, dan tiadalah kami percaya kepada engkau." (Hud: 53)    "Tiadalah kami mengatakan, melainkan di antara Tuhan kami telah menimbulkan kejahatan kepada engkau (iaitu penyakit gila babi). Hud berkata: Sesungguhnya saya mempersaksikan hal ini kepada Allah dan jadi saksilah kamu, bahawa saya berlepas diri daripada yang kamu persekutukan." (Hud: 54)

Demikianlah dialog yang terjadi antara Nabi Hud a.s. dengan kaumnya. Mereka tetap tidak mahu menerima ajakkan Nabi Hud a.s. Namun Nabi Hud a.s. terus mengajak mereka, walaupun kaum 'Ad langsung tidak menghiraukan seruannya itu. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun hingga beratus-ratus tahun kaum 'Ad masih lagi ingkar. Hanya sedikit sahaja yang menurut ajaran Nabi Hud a.s.

Kaum 'Ad memang benar-benar tidak mahu beriman, mereka tidak mahu berhenti menderhaka dan membuat kejahatan. Kaum 'Ad hanya berbuat apa yang mereka ingin lakukan sahaja, tanpa menghiraukan sesiapapun. Sikap sombong kaum 'Ad semakin menjadi-jadi, hingga tidak dapat diubah oleh Nabi Hud a.s. lagi.

No comments:

Post a Comment