Sunday, May 9, 2010

Syaitan Pandai Menyamar


Adalah tidak benar sekiranya ada orang menggambarkan, bahawa syaitan itu sebagai perempuan yang menghurai-urai rambutnya, atau menggambarkan sebagai patung yang menyeramkan. Sekiranya syaitan hendak menggoda manusia suci, maka dia kan menyamar seperti orang suci dan memberi nasihat sebaik orang baik pada zahirnya. Akan tetapi akhirnya orang yang suci tersebut akan terperangkap dengan tipu daya syaitan.

Bagi orang biasa seperti kita, sudah cukup bagi syaitan membisik sahaja untuk menyesatkan kita dari kebenaran. Untuk merosakkan masyarakat, disebarkannya perbuatan-perbuatan terlarang seperti judi, minuman keras, zina, riba dan lain-lain. Perbuatan-perbuatan terlarang dihiasi agar nampak baik serta bagus, membawa keuntungan yang cepat, tidak perlu banyak kerja dan kurang mengeluarkan tenaga.

Untuk menyesatkan manusia ke jurang kejahatan syaitan telah mendapat peluang dan ruang yang sangat luas, kerana jalan yang menuju kemungkaran amat banyak, sedangkan jalan kepada kebenaran hanyalah satu sahaja (jalan Allah s.w.t.). Maka untuk memilih jalan kebenaran iaitu jalan Allah s.w.t., syaitan akan memastikan kita sentiasa menghadapi kesukaran. Hanya orang yang teguh imannya dan suci batinnya yang sentiasa dapat menempuh kesukaran tersebut. Semoga kita menjadi orang-orang yang sabar dan teguh imannya, untuk menghadapi bisikan syaitan yang telah dilaknati Allah s.w.t. Amin!

No comments:

Post a Comment