Tuesday, May 4, 2010

Gelaran Nabi Idris


Nama sebenarnya ialah Akhnuh dan merupakan Keturunan ketujuk Nabi Adam. Gelaran Idris diberi, kerana ia banyak mempelajari shahifah-shahifah yang diturunkan kepada Nabi a.s., Nabi Syis dan dirinya sendiri. Nabi Idris sangat banyak ilmu dan juga dianggkat menjadi Nabi dan Rasul.

Nabi Idris mempunyai kekuatan yang luar biasa, sehingga beliau digelar "Asadul Usud" iaitu harimau dari segala harimau. Gelaran ini juga diberi kerana Nabi Idris berani memerangi orang-orang yang derhaka kepada Allah. Beliau sentiasa ingat kepada Allah, dan Tuhan telah memberikan kepadanya darjat yang tinggi, sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

    "Dan ingatlah engkau (tentang) Idris yang tersebut dalam Kitab. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat benar, seorang Nabi. Dan kami telah tempatkan dia di satu tempat yang tinggi"

No comments:

Post a Comment