Sunday, May 30, 2010

Nabi Adam a.s. Bertaubat


Setelah Adam menyesali diri dan mengaku kesalahan yang telah dilakukannya, serta ia bersedia kembali berbakti dan taat kepada Allah, dan tidak mahu kembali lagi larangan Allah, maka Allah mengajarkan kepadanya kalimat Taubat iaitu cara bertaubat:

    "Maka Adam telah menerima beberapa perkataan dari Tuhannya, lalu diampuniNya, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Al-Baqarah: 37)
 Sejak Nabi Adam melanggar larangan Allah, setelah ditipu dan digoda oleh syaitan secara halus, Nabi Adan serta Isterinya diturunkan ke bumi. Di bumi tempat Nabi Adam dan isterinya meneruskan penghidupan serta beranak pinak., sehingga ke suatu masa yang ditentukan Allah. Sementara itu syaitan akan meneruskan usahanya untuk menyesatkan manusia (keturunan Nabi Adam).

Di bumi terpaksa menempuh kesengsaraan hidup, kerana perlu berkerja sendiri untuk menyara kehidupan. Setiap kali mereka mengenangkan kesenangan kehidupan di syurga, menangislah keduanya dan menyesali diri. Begitulah tabiat manusia, barulah menghargai kesenangan, setelah merasakan kesengsaraan. Manusia selalunya menghargai kenikmatan yang diberikan Allah setelah nikmat tersebut telah luput daripadanya.

No comments:

Post a Comment